Kerjasama Antarabangsa

dokumen-dokumen yang mirip
BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Suruhanjaya Sekuriti TELUS ADIL TERJAMIN CEKAP. Suruhanjaya Sekuriti Securities Commission

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Perutusan Pengerusi. Tan Sri Dato Seri Ranjit Ajit Singh

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

11149-Separators:Layout 1 3/23/08 11:10 AM Page 2 Perutusan Pengerusi

PELAN TINDAKAN STRATEGIK KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK)

Bahagian Satu: Menyokong Pemakaian dan Pelaksanaan Piawaian 1-1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Akaun Pelaburan Waheed

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

TADBIR URUS BAIK UNTUK PEMBANGUNAN

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

بسم هللا الرحمن الرحيم

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Akaun Pelaburan Wafiyah

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

PERUTUSAN PENGERUSI. iii. Pengenalan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Amanah Saham Panduan Pelabur

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Tuan yang Di Pertua, DEW AN RAKYAT. M A LA YSIA. YB D ATUK HAJI DATU N ASRUN BIN DATU M A N SUR (SILAM ) 14 M ac 2016

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

DATUK SERI TAJUDDIN ATAN

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

BUKAN LISAN : DR. AZMAN BIN ISMAIL KUALA KEDAH 421

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Program Doktor Pendidikan Tinggi

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

BAHAGIAN 2 MENGAWASI PASARAN KAMI DENGAN PENGAWALSELIAAN BERKADARAN

BAHAGIAN. Menggalakkan Amalan Audit Berkualiti Tinggi

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

Suruhanjaya. laporan tahunan PERUTUSAN PENGERUSI. PERUTUSAN PENGERUSI v

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

Akaun Semasa Mudarabah

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015.

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

MESEJ KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

Transkripsi:

Kerjasama Antarabangsa

Berdasarkan pembangunan pasaran yang pesat serta pengawalseliaan dan gerak balas dasar antarabangsa, Suruhanjaya amat menyedari betapa mustahak penglibatannya dalam proses ke arah output piawaian sejagat, amalan terbaik dan rangka kerja pelbagai hala. Peningkatan aktiviti rentas sempadan dalam bidang dagangan dan pelaburan memerlukan usaha kerjasama dan perjanjian dua hala bagi memperketat fungsi kawal selia, di samping menggalakkan dan mengintegrasikan aktiviti pelaburan merentasi sempadan. Pelbagai perjanjian perdagangan bebas dan MoU kawal selia dirundingkan pada tahun 2004. Suruhanjaya beriltizam untuk menjalin kerjasama antarabangsa dan perkongsian maklumat, dan telah pun memberikan dan memperoleh manfaat daripada inisiatif tersebut. Pada tahun 2004, Suruhanjaya meneruskan penyertaan aktifnya dalam arena pengawalseliaan dan pembuatan dasar antarabangsa melalui pelbagai saluran, umpamanya melalui penyertaan langsung, mempengerusikan dan menerajui kumpulan kerja khusus, keahlian sebagai pemerhati, dan juga memberikan pandangan dan maklumat melalui proses runding cara. Terutamanya, Program Pasaran Baru Muncul bagi pengawal selia sekuriti anjuran tahunan Suruhanjaya bagi peserta pihak kuasa pasaran baru muncul telah mendapat pengiktirafan selanjutnya apabila ia ditauliahi oleh Kerajaan Malaysia sebagai Program Kerjasama Teknikal Malaysia pada tahun 2004. Suruhanjaya terlibat dalam banyak forum antarabangsa, terutamanya di IOSCO, juga dalam forum lain seperti ASEAN, APEC dan WTO. Selain komitmennya terhadap pertubuhan pelbagai hala, Suruhanjaya telah juga menyalurkan sumber bagi mempertingkat hubungan dua hala dengan pasaran dan pengawal selia serantau. Suruhanjaya juga terus menyediakan maklumat terkini dan signifikan kepada pelabur antarabangsa dan pelbagai kepentingan melalui penerbitan berita suku tahunan. PERTUBUHAN ANTARABANGSA SURUHANJAYA SEKURITI IOSCO kini merupakan forum kerjasama sedunia yang paling penting bagi agensi pengawalseliaan sekuriti. Keahliannya yang terus berkembang pesat kini mencecah 181 ahli mengawal selia lebih daripada 90% pasaran sekuriti dunia. Antara pencapaian terbaru IOSCO ialah penerimaan satu set menyeluruh Objektif dan Prinsip bagi Pengawalseliaan Sekuriti (Prinsip IOSCO) pada tahun 1998 yang kini diiktiraf oleh masyarakat kewangan dunia sebagai satu ukur rujuk bagi semua pasaran, sokongan pada tahun 2002 bagi MoU pelbagai hala (MoU IOSCO) yang dirancang bertujuan membantu penguatkuasaan dan pertukaran maklumat antara pengawal selia sekuriti, dan kelulusan pada tahun 2003 terhadap satu pengkaedahan menyeluruh (Pengkaedahan Penilaian IOSCO) sebagai pemboleh satu penilaian objektif terhadap tahap pelaksanaan Prinsip IOSCO dalam bidang kuasa ahli IOSCO serta pembangunan tindakan praktikal yang direka khusus bertujuan membetulkan sebarang bentuk kekurangan yang dikenal pasti. Suruhanjaya yang menganggotai IOSCO sejak tahun 1994 dan memainkan peranan aktif dalam organisasi tersebut, dengan memegang jawatan pengerusi bagi Jawatankuasa Pasaran Baru Muncul (1996 1999), Pengerusi bagi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik (2000 2004), Pengerusi bagi Pasukan Petugas Pasaran Modal Islam (2002-hingga kini) dan Pengerusi bagi Kumpulan Kerja Pengawalseliaan Pasaran Sekunder bagi Jawatankuasa Pasaran Baru Muncul (1994-hingga kini). Suruhanjaya juga menjadi ahli Jawatankuasa Eksekutif (1996 2004) yang merupakan badan terbesar pembuat keputusan dalam IOSCO. Aktiviti yang dilaksanakan bawah bidang kuasa Pasukan Petugas ICM IOSCO dijelaskan dalam bab Tinjauan Pasaran Modal Islam. 2-86

IOSCO APRC APRC secara aktif menggalakkan dan memudahcarakan kerjasama serta pertukaran maklumat antara pengawal selia sekuriti serantau bagi mencapai pengawalseliaan dan penguatkuasaan pasaran modal serantau yang berkesan. Suruhanjaya mengakhiri jawatan pengerusi APRC pada tahun 2004, dituruti dengan pemilihan Monetary Authority of Singapore (MAS) sebagai pengerusi baru APRC. APRC bersidang sebanyak tiga kali pada tahun 2004, yang berlangsung di Wellington, Amman dan Singapura. Fokus APRC pada tahun 2004, antara lain, termasuk tajuk seperti langkah perlindungan pelabur, program latihan serantau bersepadu bagi pengawal selia, capaian bursa serta hal penguatkuasaan berhubung manipulasi pasaran dan peranan media. Suruhanjaya buat masa ini mengetuai projek yang memberi fokus kepada mengenal pasti dan memenuhi keperluan membina keupayaan anggota APRC sebagai satu cara menggalakkan kerjasama lanjut dalam APRC. APRC juga diwakili dalam jawatankuasa penting lain IOSCO melalui keanggotaannya yang boleh menduduki Jawatankuasa Eksekutif, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pasaran Baru Muncul (EMC). demutualisasi bertempat di Jakarta pada bulan Oktober 2004. Bapepam, Indonesia telah menjadi tuan rumah kepada kolokium tersebut. Semasa kolokium, perwakilan dari Bursa Singapura, Bursa Malaysia, Bursa Saham Tokyo dan Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia membentangkan pengalaman masing-masing dalam demutualisasi, serta isu kritikal berhubung dengan struktur demutualisasi dan perkembangan bursa selepas demutualisasi. Kolokium itu terbukti berjaya menyediakan maklumat langsung serta perbincangan bermakna bagi mandat Kumpulan Kerja. Bidang yang diberi tumpuan dalam draf laporan Kumpulan Kerja termasuk satu analisis isu berkaitan pengawalseliaan dan isu lain seperti asas pasaran sebagai prasyarat kepada demutualisasi, merangka struktur proses demutualisasi yang berkesan serta isu pelaksanaan berhubung demutualisasi. Draf laporan dijangka siap untuk dimajukan bagi penerimaan oleh EMC pada mesyuaratnya pada tahun 2005 di Colombo, Sri Lanka. Suruhanjaya ialah ahli Jawatankuasa Bertindak 2 bagi Jawatankuasa Teknikal (SC2) disebabkan Suruhanjaya mempengerusikan WG2. SC2 menerbitkan dua laporan pada tahun 2004 Transparency of Corporate Bond Markets dan Stock Repurchase Programs. IOSCO Kumpulan Kerja Pengawalseliaan Pasaran Sekunder EMC Kumpulan Kerja EMC (Kumpulan Kerja) mengenai Pengawalseliaan Pasaran Sekunder dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Strategi dan Pengurusan Risiko Suruhanjaya. Kumpulan Kerja ini mempunyai 30 ahli agensi pengawal selia pasaran baru muncul, dan membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan pasaran sekuriti. Mandat Kumpulan Kerja itu buat masa ini berhubung kait dengan demutualisasi bursa saham. Skop mandat tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman demutualisasi bursa di bursa-bursa pasaran maju dan pasaran baru muncul bagi menyediakan penilaian terhadap implikasi pelaksanaan demutualisasi bagi bursa pasaran baru muncul. Sebagai sebahagian daripada program kerja mandat, Kumpulan Kerja menganjurkan satu kolokium mengenai IOSCO PASUKAN PETUGAS EMC TERHADAP TADBIR URUS KORPORAT Kepentingan tadbir urus korporat sudah mapan dan menjangkaui sektor korporat dalam ekonomi yang sedang membangun, mengalami peralihan dan baru muncul. Ketika tadbir urus korporat ditekankan bagi sektor korporat kerana kesannya terhadap ekonomi negara, kualiti institusi tadbir urus sesebuah negara juga penting untuk pembangunan nasional. Oleh itu, IOSCO EMC berpendapat bahawa amat mustahak meneliti semua isu tersebut, dan mencadangkan satu rangka kerja untuk ahli bagi memastikan nilai korporat berfungsi secara berhubung kait dengan berkesan bagi mewujudkan nilai untuk semua pemegang saham, daripada pemegang saham korporat hinggalah kepada masyarakat umum. Pasukan Petugas Tadbir Urus Korporat diwujudkan hasil daripada mesyuarat EMC yang diadakan di Seoul pada 2-87

penghujung tahun 2003 untuk meneliti bagaimana pengawal selia boleh memperbaiki penguatkuasaan awam dan persendirian terhadap tadbir urus korporat. Pasukan petugas itu, dipengerusikan oleh Lembaga Sekuriti dan Bursa India, dianggotai ahli dari Bahrain, Bermuda, Federal Republic of Bosnia and Herzegovina, Indonesia, Jordan, Malaysia, Nigeria, Pakistan, Sri Lanka dan Turki. Mandat Pasukan Petugas itu ialah mengenal pasti alat dan strategi yang dirancang untuk meningkatkan pengiktirafan nilai tadbir urus yang baik dan kesedaran terhadap risiko yang kompleks (misalannya, jurang pengetahuan ); menilai impak kod tadbir urus korporat yang ada kini dan mengemukakan cadangan bagi pembaharuan tadbir urus korporat kepada prinsip yang wajar dan kukuh ; dan mencadangkan cara yang boleh mewujudkan mekanisme penguatkuasaan pengawalseliaan awam dan persendirian yang berkesan dengan fokus terhadap faedah kos bagi penguatkuasaan. Pasukan petugas pada masa ini sedang menyediakan laporan yang menjelaskan tentang mekanisme tadbir urus korporat dalam bidang kuasa EMC. Selain itu, Pasukan Petugas juga merancang untuk mengadakan perjumpaan meja bulat untuk memudahcarakan dialog antara pengawal selia dan korporat dengan objektif bagi menimbulkan dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pengawal selia dan masyarakat perniagaan dalam bidang tadbir urus korporat. ASEAN Forum Pasaran Modal ASEAN Suruhanjaya meneruskan penglibatan rapat dalam proses ASEAN, sebagai sebahagian daripada program kerja antarabangsanya. Suruhanjaya menyediakan input dan sokongan kepada Kementerian Kewangan dalam banyak isu berhubung dengan pasaran modal yang dibincangkan sesama ASEAN. Pada tahun 2004, Suruhanjaya mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya membentangkan cadangan pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN bagi membentuk satu forum untuk pengawal selia sekuriti. Seterusnya, Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) telah dibentuk dan mengandungi pengawal selia utama pasaran sekuriti ASEAN. Forum ini menumpukan kepada pembangunan pasaran modal serantau dengan matlamat untuk menganalisis isu-isu penting, dan lebih mustahak lagi, mendapatkan pandangan sebulat suara dalam menangani cabaran pasaran modal serantau yang kritikal. Antara bidang tugas yang dijalankan bawah ASEAN dan ACMF termasuklah pengharmonian standard perakaunan Pada tahun 2004, Suruhanjaya menerajui satu projek bagi pakatan satu standard perakaunan dan audit di ASEAN. Projek ini ialah hasil daripada mesyuarat ACMF di Bangkok pada bulan Jun 2004 yang, antara lain, meneliti pelbagai bidang yang memerlukan pengharmonian termasuklah standard perakaunan dan audit, dengan hasrat untuk menggalakkan integrasi serantau dan dagangan antara serantau, di samping memaksimumkan nilai ASEAN sebagai satu kelas aset tersendiri dan akhirnya, meningkatkan daya saing ASEAN secara global. Projek ini memerlukan soal selidik an laporan mengenai tahap pakatan di kalangan negara-negara ahli. Menteri-menteri Kewangan ASEAN dijangka membincangkan perkara ini lebih lanjut pada bulan April 2005; ASEAN 100 Ini ialah inisiatif yang diterima pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN 2004, dan diterajui oleh Suruhanjaya bersama dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Thailand. Projek ini bermatlamat untuk menjenamakan ASEAN sebagai satu kelas aset, memperluas pendedahan syarikatsyarikat ASEAN, memudahcarakan pelaburan dalam syarikat-syarikat ASEAN dan bertindak sebagai ukur rujuk bagi prestasi ASEAN. Pada masa ini, projek tersebut mempromosikan syarikat-syarikat utama rantau ini kepada pelabur asing melalui himpunan senarai 100 Syarikat Teratas ASEAN. Syarikat-syarikat ASEAN dimasukkan dalam senarai ini berdasarkan satu set kriteria yang telah ditetapkan. Senarai 100 ASEAN ini dijangka diperkenalkan pada tahun 2006; 2-88

Pasukan Petugas ASEAN bagi Pautan Persaingan sengit bagi kecairan dalam pasaran global menyebabkan berlaku gelombang penggabungan dalam industri bursa pada akhir 1990an. Perubahan ini mempunyai implikasi terhadap pasaran sekuriti di Asia, termasuk ASEAN. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ASEAN dalam menempatkan pasarannya mendahului cabaran ini, Menteri-menteri Kewangan ASEAN bersetuju menubuhkan satu pasukan petugas bagi meneliti cara untuk memeterai perjanjian dan pautan dalam lingkungan pasaran sekuriti ASEAN. Pasukan petugas ini akan mengemukakan cadangan mengenai cara yang boleh dilakukan bagi kerjasama dan bantuan teknikal untuk ahli-ahli ASEAN yang sedang membangunkan pasaran sekuriti mereka; dan Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan ASEAN Suruhanjaya terlibat secara aktif dalam membangunkan program seminar yang julung kali diadakan iaitu Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan ASEAN yang berlangsung di New York pada bulan September 2004. Suruhanjaya juga terlibat secara aktif dalam merangka draf Laporan Ekonomi ASEAN, yang dikeluarkan sempena seminar tersebut. Seminar itu mendapat sambutan baik dan dijangka menjadi acara tahunan. Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN Suruhanjaya memberi sokongan kepada Kementerian Kewangan dalam rundingan bagi liberalisasi perdagangan dalam perkhidmatan kewangan di rantau ASEAN. Rundingan ini tertakluk kepada Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan (AFAS) yang diketuai oleh Thailand, lanjutan kepada Jawatankuasa Kerja Liberalisasi Perkhidmatan Kewangan ASEAN, bawah naungan Proses Menteri Kewangan ASEAN. Rundingan itu, yang telah dilancarkan semasa Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN keenam di Yangon pada 6 April 2002, kini pada peringkat pusingan ketiga. Suruhanjaya kini membuat persiapan bagi rundingan pusingan keempat, yang dijangka bermula pada tahun 2005 dan berakhir pada tahun 2007. ASEAN Program Tindakan Vientiane Program Tindakan Vientiane (VAP) telah ditandatangani oleh para pemimpin ASEAN semasa Persidangan Kemuncak ASEAN ke-10 di Laos pada 29 30 November 2004. VAP, merangkumi tempoh dari tahun 2004 hingga 2010, merupakan pelan pengganti kepada Pelan Tindakan Hanoi yang berakhir pada tahun 2004, menuju ke arah matlamat akhir Wawasan ASEAN 2020. ASEAN 2020 bermatlamat membina masyarakat ASEAN yang terbuka, dinamik dan bersemangat waja menjelang tahun 2020. Sungguhpun perkhidmatan kewangan tidak termasuk dalam 11 sektor keutamaan asal yang dikenal pasti bawah rangka kerja VAP untuk integrasi sepenuhnya menjelang tahun 2010, namun usaha kukuh sedang diambil bagi pembentukan asas integrasi perkhidmatan kewangan menjelang tahun 2020. Bawah VAP, kerjasama kewangan berhasrat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan kewangan serantau melalui pengukuhan mekanisme pengawasan, peningkatan sistem kewangan domestik, dan memudahcarakan perkembangan serta integrasi pasaran kewangan secara teratur sebagai sebahagian daripada hala tuju ke arah Integrasi Monetari dan Kewangan ASEAN. Inisiatif Pasaran Bon Asia Pegawai-pegawai ASEAN+3 menempa kemajuan penting pada tahun 2004 bagi mencapai objektif Inisiatif Pasaran Bon Asia (ABMI). ABMI ialah usaha permuafakatan anggota negara Asia Timur, bertujuan menubuhkan satu mekanisme serantau untuk menggalakkan pembangunan pasaran bon serantau yang cekap dan cair di Asia. Pembentukan pasaran bon Asia akan menyumbang kepada kestabilan kewangan di rantau ini dengan membolehkan penggunaan tabungan Asia untuk pelaburan Asia. ABMI juga dilengkapkan lagi dengan tertubuhnya Dana Bon Asia, yang diterajui oleh Mesyuarat Eksekutif Kumpulan Bank Pusat Asia Timur dan Pasifik (EMEAP) bagi menjalin permintaan atas dana yang dikeluarkan oleh entiti kerajaan dan korporat serantau. 2-89

Malaysia komited sepenuhnya ke arah mempercepat pembangunan pasaran bon dalam negara sealiran dengan ABMI. Dalam hal ini, Suruhanjaya telah menganjurkan satu persidangan pasaran bon antarabangsa di Kuala Lumpur pada 29 Mac 2004, dengan objektif untuk menyerlahkan isu dasar dan cabaran yang perlu ditangani oleh pembuat dasar serantau dan peserta pasaran bagi melangkah ke hadapan bersama ABMI. Pelbagai kajian, projek penyelidikan dan program pembinaan keupayaan juga telah dilakukan oleh pegawai ASEAN+3, dengan bantuan Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Sekretariat ASEAN, bagi meletakkan asas yang kukuh bagi pembangunan pasaran bon di rantau ini. Pencapaian penting oleh ABMI pada tahun 2004 termasuklah yang berikut: pengeluaran bon denominasi ringgit oleh ADB dan Pertubuhan Kewangan Antarabangsa (IFC) di Malaysia; pembentukan rentas sempadan obligasi bon sandaran (collaterised bond obligations atau CBO) denominasi yen oleh kerajaan Jepun dan Korea, yang bon dasarnya berasal daripada syarikat Korea manakala CBO berkenaan dijamin oleh institusi kewangan milik kerajaan Jepun; peruntukan jaminan kredit oleh Bank Jepun bagi International Cooperation and Nippon Export and Investment Insurance bagi bon keluaran syarikat multinasional Asia di negara-negara Asia; dan Pelancaran Tapak Web Dalam Talian Bon Asia oleh ADB Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik Proses Menteri Kewangan APEC 2003 mencapai kemuncaknya dalam Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan APEC ke-11 yang diadakan pada 2 3 September 2004 di Santiago, Chile. Malaysia diwakili oleh Kementerian Kewangan, Suruhanjaya dan BNM. Peranan Suruhanjaya ialah menerajui dan/atau menasihati mengenai isu pasaran modal dan inisiatif yang dibincangkan dalam mesyuarat. Tema dasar yang dipilih ialah Dasar Fiskal bagi Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Rantau APEC Terbuka ; dan Pembinaan Institusi dalam Dunia yang Aliran Modal Bebas dan Aliran Modal Mudah Ubah: Maju Ke Hadapan Tahun 2020. Perbincangan berhubung dengan tema dasar pertama difokuskan kepada, antara lain, peranan dasar fiskal dalam mengekalkan kestabilan pembangunan dan ekonomi pada jangka masa pendek, sederhana dan panjang, serta disiplin fiskal dan bagaimana ia boleh dicapai. Bawah tema kedua, para Menteri tersebut menekankan kepada rangka kerja pengawalseliaan dan institusi yang perlu diterima pakai bagi meningkatkan daya ketahanan ekonomi dalam menghadapi aliran modal yang mudah ubah dan kesan aliran modal ke atas kestabilan ekonomi makro. Para Menteri Kewangan itu juga menerima laporan kemajuan bagi inisiatif dasar yang merangkumi Pelan Tindakan Sukarela bagi Menyokong Aliran Modal Lebih Bebas dan Stabil, yang diketuai oleh Kanada, New Zealand dan Chile. Dua dialog dasar yang diadakan bawah inisiatif ini ialah insurans deposit dan penzahiran kewangan. Suruhanjaya turut serta dalam Dialog Dasar APEC bagi Penzahiran Kewangan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 18 20 Februari 2004. Dialog itu dipengerusikan bersama oleh Kementerian Kewangan Chile dan Reserve Bank of New Zealand, dengan BNM selaku tuan rumah. Dialog itu membincangkan tentang kepentingan penzahiran bermutu tinggi dalam sektor korporat dan kewangan, dan cara menggalakkan penzahiran tersebut. Inisiatif Latihan Pengawal Selia Kewangan (FRTI) yang diketuai oleh ADB dan AS Pada mesyuarat FRTI tanggal 19 Julai 2004 di Manila, Filipina, kumpulan petugas bersetuju dengan cadangan supaya jawatan pengerusi bagi kumpulan petugas bertukar setiap tempoh dua tahun. Malaysia telah dilantik sebagai 2-90

pengerusi bagi tempoh 2004 2006. Suruhanjaya akan mengawasi komponen latihan pasaran kewangan dan BNM akan mengawasi komponen penyeliaan bank. Inisiatif Perintis Tadbir Urus Korporat Suruhanjaya menyediakan laporan dan kajian kes terhadap pencapaian atau pelan untuk reformasi tadbir urus korporat di Malaysia bagi pihak Kementerian Kewangan. Laporan dan kajian kes itu menyumbang ke arah Laporan Inisiatif Perintis APEC Terhadap Tadbir Urus Korporat yang dibentangkan pada mesyuarat Menterimenteri Kewangan. Ahli Kumpulan Teras Inisiatif itu termasuklah Australia, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand dan Singapura. Perintis tersebut merupakan proses tinjauan setara yang bertujuan menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam proses IMF dan Reports on the Observance of Standards and Codes (ROSC) Bank Dunia, serta laporan mengenai pencapaian ahli atau pelan bagi reformasi tadbir urus korporat. ORGANISASI KERJASAMA DAN PEMBANGUNAN EKONOMI Suruhanjaya menyediakan satu kertas mengenai isu-isu dan cabaran dalam membangunkan keupayaan institusi dan pengawalseliaan dalam penguatkuasaan agensi di Persidangan Meja Bulat Asia OECD yang Ke-6 Mengenai Tadbir Urus Korporat. Persidangan itu diadakan di Seoul pada bulan November 2004 dan memberi fokus ke atas isu pelaksanaan dan penguatkuasaan dalam tadbir urus korporat. Persidangan Meja Bulat Tadbir Urus Asia OECD Mengenai Tadbir Urus Korporat telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan menyediakan platform untuk penggubal dasar, pengawal selia, pemimpin perniagaan, serta pakar serantau dan antarabangsa untuk berbincang secara kolektif mengenai pendekatan ke arah memperbaiki tadbir urus korporat dalam ekonomi anggota bukan OECD. INISIATIF PROMOSI DAN KOMUNIKASI ANTARABANGSA Jerayawara Antarabangsa Suruhanjaya telah dijemput menyertai beberapa jerayawara sepanjang tahun 2004. Hala tuju dan matlamat utama bagi jerayawara itu adalah untuk menyediakan maklumat mengenai perkembangan mutakhir dalam pasaran modal Malaysia kepada kumpulan antarabangsa (pengawal selia, bursa dan pelabur). Jerayawara telah diadakan di Australia (Ogos), Indonesia (September) dan London (Oktober). Suruhanjaya juga, berganding sama dengan Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, menyertai perjumpaan Menteri-menteri Kewangan ASEAN dan seminar yang julung kali diadakan iaitu Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan ASEAN di New York, AS pada 29 September 2004. Tema seminar pelaburan tersebut ialah Harapan ASEAN. Tajuk persidangan termasuklah Perubahan Ekonomi dan Integrasi Serantau dalam Asia, Sektor Pembangunan ASEAN dan Pasaran Modal ASEAN. Menteri-menteri Kewangan ASEAN bertemu dengan lebih daripada 200 orang pelabur dan pengurus dana antarabangsa dalam sesi panel awam dan sesi negara khusus. Anjuran bersama JP Morgan, acara yang mendapat sambutan baik pelabur daripada pelbagai industri itu menyorot minat mendalam pasaran baru muncul di Asia Tenggara. Mesyuarat Dua Hala Dengan Singapura Suruhanjaya menjadi tuan rumah bagi mesyuarat dua hala yang pertama bersama Monetary Authority of Singapore (MAS) pada 27 Julai 2004. Mesyuarat dua hala tersebut membincangkan cara menggalakkan kerjasama lebih erat dan bantuan antara Suruhanjaya dan MAS bagi mengawal selia serta menggalakkan perkembangan pasaran modal antara dua negara tersebut, juga serantau. Antara lain, 2-91

MAS berkongsi pengalamannya dalam menyelia pembentukan struktur dan pelaksanaan pautan dagangan rentas Bursa Singapura Bursa Saham Australia, juga isu kawal selia yang mungkin timbul kesan daripada pautan dagangan Bursa Malaysia Bursa Singapura. Mesyuarat dua hala akan datang dengan MAS dijadualkan pada bulan Februari 2005. Capital.My Capital.My, surat berita suku tahunan terbitan Suruhanjaya, menyediakan laporan kemas kini mengenai perkembangan mutakhir dalam pasaran modal Malaysia. Dilancarkan pada bulan Julai 2003, empat keluaran surat berita tersebut telah diterbitkan pada tahun 2004 bagi bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Antara tajuk yang dimuatkan dalam tahun 2004 termasuk fasa selanjutnya bagi CMP, kemas kini bagi ICM, pindaan kepada undangundang sekuriti, sorotan penting penguatkuasaan, prestasi suku tahunan pasaran, pengumuman belanjawan negara dan langkah-langkah liberalisasi pasaran modal. Surat berita ini telah mendapat sambutan baik daripada pelabur antarabangsa dan pengawal selia sejagat. PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN BANTUAN KEPADA RAKAN SEJAWATAN ASING Memorandum Persefahaman Menandatangani MoU dengan rakan pengawal selia asing merupakan sebahagian penting daripada penekanan Suruhanjaya terhadap kerjasama antarabangsa. Sejak lama, Suruhanjaya telah menguntukkan sumber keperluan bagi membina hubungan dengan pengawal selia sekuriti lain dan kini menikmati hubungan erat dengan pengawal selia sekuriti di serata dunia. Pada tahun 2004, Suruhanjaya menandatangani MoU dengan Suruhanjaya Sekuriti New Zealand, Suruhanjaya Pengawasan Kewangan Korea dan Comissao do Mercado de Valores Mobilarios Portugal, menjadikan jumlah MoU ditandatangani kini sebanyak 22. Selain itu, sebagai sokongan terhadap hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi kerjasama dan perikatan dengan rakan niaga utama, Suruhanjaya menyediakan input pasaran modal terhadap perundingan dua hala kerajaan ke kerajaan. Malaysia, secara sendiri atau bersama negara anggota ASEAN, telah memulakan pelbagai rundingan dua hala untuk kerjasama teknikal, perkongsian maklumat dan akses pasaran/liberalisasi dengan Jepun dan China, manakala perbincangan awal telah diadakan dengan New Zealand, Australia, AS dan Korea. Aktiviti Lain Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya menjadi tuan rumah kepada 24 lawatan oleh badan pengawalselian asing, organisasi antarabangsa dan badan sektor swasta asing lain yang meminta maklumat umum, bantuan teknikal khusus, atau bertukar-tukar pendapat mengenai isu tertentu, juga lawatan sambil belajar dan perkhidmatan sandaran. Suruhanjaya menerima pelawat, antaranya daripada Kemboja, Thailand, Hong Kong, New Zealand, Kazakhstan, Australia, Nigeria, Kanada, India, Jepun, Korea, UK dan AS. Suruhanjaya terus mengamalkan dasar terbuka bagi menerima pelawat pengawalseliaan asing dan industri untuk memudah cara pertukaran idea dan kepakaran, lantas mempertingkat interaksi antarabangsa dengan masyarakat pasaran sekuriti. Selain itu, Suruhanjaya turut menerima dan menjawab 81 permintaan maklumat, termasuk maklumat berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelesenan. Semasa melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya turut membuat 72 permintaan maklumat daripada rakan kawal selia asing. Kebolehan untuk bertukar-tukar maklumat kritikal menambahkan lagi keberkesanan pengawalseliaan, serta dapat dilakukan melalui MoU yang formal di kalangan pengawal selia, serta keanggotaan dalam platform pelbagai hala antarabangsa seperti IOSCO yang menghimpunkan pengawal selia ke arah mencapai matlamat bersama. 2-92