KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

TAKLIMAT FAEDAH TERBITAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

TAKLIMAT FAEDAH TERBITAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PROSEDUR PERKHIDMATAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P008. PROSEDUR PENCEN TERBITAN Tarikh: 08/08/2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

Universiti Malaysia PAHANG

GARIS PANDUAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

Pengurusan Maklumat Persaraan. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P006 PROSEDUR PERSARAAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ARAHAN KERJA PERSARAAN WAJIB. Ringkasan Pindaan Dokumen. Disediakan Oleh Dokumen Baru TP(P) TPK(HCM)

PROSES PERSARAAN. DISAMPAIKAN Oleh

PENGENALAN BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan 2

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

PEJABAT PENDAFTAR PROSEDUR PERKHIDMATAN PERSONEL. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru PP(P) TPK (HCM)

PERATURAN BAYARAN KHAS TAHUN 2017

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

PERATURAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP BIL. 11/2016)

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (22) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

K U M P U L A N W A N G S I M P A N A N P E K E R J A SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PERMOHONAN PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN / PESARA PILIHAN

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

TAKLIMAT BAKAL PESARA

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia Jun 2010

SKIM PERKESO SKIM FAEDAH PERKESO

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P009. PROSEDUR PEMBERIAN TARAF BERPENCEN Tarikh: 30/04/2013

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2015 PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) BAGI PEGAWAI YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

UPSI (ISO) / BSM / P06 PINDAAN : 01

BUKU PANDUAN PERSARAAN

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

1. Lampirkan sesalinan dokumen yang bertanda ( * ) bersama-sama borang permohonan ini. Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan.

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

Pengakuan Perkhidmatan 2. 2 Salinan fotostat Kad Pengenalan Balu atau Penerima Pencen 3. 2 Salinan fotostat Sijil Kematian Pesara

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) D.R. 23/2008 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

AKTA SARAAN HAKIM 1971

DASAR PELETAKAN JAWATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

Transkripsi:

JPA/PEN/228/11/5 ( 7 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009 TAWARAN OPSYEN SEMULA KEPADA PEKERJA PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN YANG TELAH MEMILIH SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA MELALUI PEKELILING PERKHIDMATAN PIHAK BERKUASA BERKENAAN PADA TAHUN 1977/1978 TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan syarat dan menetapkan prosedur bagi melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan pemberian opsyen semula kepada pekerja sektor awam yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Secara khusus Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk melaksanakan keputusan tersebut bagi pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang telah memilih Skim KWSP semasa memilih Skim Baru. Skim Baru ertinya gaji-gaji dan had-had serta syarat-syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pekerja-pekerja dalam Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan berbangkit daripada penyemakan gaji-gaji dan had-had serta syarat- 1

syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan mulai dari 1hb Januari 1976. LATAR BELAKANG 2. Semasa melaksanakan Skim Baru, pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang masih tertakluk kepada Skim KWSP diberi opsyen untuk terus mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang simpanan lain yang dibenarkan. Pekerja yang telah memilih untuk berbuat demikian telah tertakluk kepada Skim KWSP dan undang-undang berkaitan sehingga hari ini. Pekeliling Perkhidmatan bagi opsyen tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan pada tahun 1977 (bagi Pihak Berkuasa di Semenanjung) dan pada tahun 1978 (bagi Pihak Berkuasa Sabah/Sarawak). 3. Dengan keputusan Kerajaan untuk memberi opsyen semula ini, mereka yang memilih pencen, ganjaran dan faedah-faedah lain melalui Pekeliling Perkhidmatan ini akan tertakluk kepada Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239). 4. Opsyen semula pekerja di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini akan menjadi muktamad pada 1 Februari 2009. PELAKSANAAN Pekerja Yang Layak Ditawarkan Opsyen Semula 5. Opsyen semula ini layak ditawarkan kepada pekerja tetap yang telah memilih Skim KWSP melalui tawaran opsyen kepada pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Berkuasa berkenaan pada tahun 1977/1978. 2

6. Pekerja tetap yang dimaksudkan adalah termasuk pekerja yang sedang (i) dalam peminjaman; (ii) dalam pertukaran sementara; (iii) bercuti (cuti tanpa gaji, cuti separa gaji dan cuti sakit khas); (iv) bercuti belajar atau berkursus; dan (v) dalam tindakan tatatertib yang belum berkeputusan muktamad pekerja itu dibuang kerja. Pekerja Yang Tidak Layak Ditawarkan Opsyen Semula 7. Opsyen semula ini tidak layak ditawarkan kepada: (i) pekerja yang telah memilih Skim KWSP dan telah bersara pada atau sebelum 1 Januari 2009; dan (ii) pekerja yang telah memilih Skim KWSP dan berkhidmat di agensi Kerajaan berasaskan sistem saraan yang diasingkan daripada Skim Baru (termasuk Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia). Tanggungjawab Ketua Jabatan 8. Ketua Jabatan hendaklah: (i) memberikan penjelasan mengenai perbandingan antara Skim KWSP dan pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A, sebelum pekerja membuat pilihan melalui opsyen semula; 3

(ii) mengedarkan Borang Opsyen Semula seperti di Lampiran B kepada setiap pekerja yang layak diberi opsyen semula; (iii) memastikan pekerja mengemukakan 3 salinan Borang Opsyen Semula yang telah dilengkapkan sebelum tarikh tamat tempoh opsyen semula dan mengembalikan sesalinan borang tersebut untuk rujukan pekerja; (iv) menyimpan sesalinan Borang Opsyen Semula pekerja dalam fail peribadinya; (v) merekodkan pilihan opsyen semula pekerja dalam Buku Perkhidmatan dengan mencatatkan maklumat seperti di Lampiran C; (vi) memperakukan secepat mungkin setiap pekerja yang memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain melalui opsyen semula ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) untuk diberi taraf berpencen mengikut prosedur yang berkuat kuasa pada masa kini; (vii) mengembalikan sesalinan borang opsyen semula yang lengkap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) sebelum 7 Februari 2009. Tempoh Opsyen Semula 9. Opsyen semula boleh dibuat mulai tarikh Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa. Borang Opsyen Semula hendaklah diserahkan kepada Ketua 4

Jabatan sebelum 1 Februari 2009. Pekerja yang tidak membuat opsyen semula atau tidak menyerahkan Borang Opsyen Semula sebelum tarikh tersebut atau yang membuat opsyen dengan bantahan atau syarat tambahan disifatkan kekal di bawah Skim KWSP. Opsyen oleh pekerja berkuat kuasa pada 1 Februari 2009 dan adalah muktamad. IMPLIKASI OPSYEN SEMULA KEPADA PEKERJA YANG MEMILIH PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN SEBAGAI SKIM FAEDAH PERSARAAN Pemakaian Undang-Undang Pencen Dan Peraturan-Peraturan Lain 10. Pekerja yang memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain di bawah pemberian opsyen semula ini adalah tertakluk kepada undang-undang pencen serta Perintah Am, peraturan perkhidmatan, skim perkhidmatan, pekeliling perkhidmatan, surat pekeliling perkhidmatan dan arahan-arahan lain berkaitannya yang berkuat kuasa sehubungan dengan pemberian pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain. Pemberian Taraf Berpencen 11. Perakuan pemberian taraf berpencen kepada pekerja yang memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain di bawah opsyen semula ini hendaklah mengikut prosedur yang sedang berkuat kuasa. Borang Opsyen Semula pekerja tersebut hendaklah dilampirkan semasa perakuan pemberian taraf berpencen dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan). Tarikh kuat kuasa pemberian taraf berpencen tidak boleh lebih awal daripada 1 Februari 2009. 12. Bagi memenuhi syarat pemberian taraf berpencen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 6 Akta 239, tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira adalah mulai tarikh pelantikan pertama pekerja dalam perkhidmatan, tertakluk 5

kepada syarat-syarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undang-undang pencen. Pengambilan Kira Tempoh Perkhidmatan 13. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi maksud pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran) ialah mulai tarikh lantikan pertama pekerja dalam perkhidmatan sehingga pekerja berkenaan bersara atau dibersarakan di bawah undang-undang pencen tertakluk kepada syarat-syarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undangundang pencen. Walau bagaimanapun, apa-apa caruman KWSP syer Kerajaan/majikan serta faedah yang terakru bagi mana-mana tempoh perkhidmatan yang diambil kira hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan sebagaimana contoh di Lampiran D. Kematian Pekerja Dalam Tempoh Opsyen 14. Jika seseorang pekerja yang telah memilih pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain melalui opsyen semula meninggal dunia sebelum tarikh kuat kuasa opsyen tersebut, pekerja itu disifatkan sebagai pekerja berpencen seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7(d) Akta 239 berasaskan pengesahan ke dalam perkhidmatan beliau sebelum ini. Peruntukan undang-undang pencen berkaitan dengan pemberian pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain adalah terpakai ke atasnya pada tarikh kematiannya itu. TARIKH KUAT KUASA 15. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. 6

PEMAKAIAN 16. Pekeliling Perkhidmatan ini meliputi pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA " ( TAN SRI ISMAIL ADAM ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 6 Januari 2009 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 7

Lampiran A Perbandingan Antara Faedah Persaraan/Faedah Terbitan Yang Akan Diterima Oleh Pekerja Yang Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pilihan Pencen, Ganjaran atau Faedah-Faedah Lain PERKARA 1. ASAS PERUNDANGAN PERBANDINGAN ANTARA SKIM KWSP DAN PILIHAN PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN SKIM KWSP Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452) NOTA:Tertakluk kepada pindaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN (1) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239); dan (2) Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238). NOTA:Tertakluk kepada pindaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. 2. SKIM CARUMAN (a) Caruman Kerajaan (majikan) (b) Caruman pekerja 3. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN (PTB) (a) Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja. (b) Caruman oleh pekerja atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja. NOTA:Tertakluk kepada apa-apa kadar caruman yang ditetapkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452). Tiada konsep pemberian taraf berpencen. (a) Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap). (b) Caruman oleh pekerja atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap). NOTA: i. Tertakluk kepada apa-apa kadar caruman yang ditetapkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452). ii. Caruman dihentikan apabila pekerja diberi taraf berpencen. Jumlah caruman Kerajaan (majikan) berserta faedahnya dikembalikan kepada Kerajaan apabila faedah persaraan atau faedah terbitan di bawah undang-undang pencen diberi kepada pekerja atau tanggungannya, atau semasa pekerja mengeluarkan carumannya berserta faedah melalui Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen KWSP. Taraf pekerja berpencen diberi oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selepas pekerja disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun tempoh perkhidmatan. NOTA:Taraf pekerja berpencen melayakkan pekerja diberi faedah persaraan sekiranya berlaku persaraan (kecuali bagi maksud persaraan atas sebab kesihatan dan persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan yang mana syarat pengesahan dalam perkhidmatan sahaja adalah memadai). Faedah terbitan boleh diberi dengan syarat telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja. 8

PERKARA 4. FAEDAH PERSARAAN/ FAEDAH TERBITAN PERBANDINGAN ANTARA SKIM KWSP DAN PILIHAN PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN SKIM KWSP (1) Apabila pekerja bersara atau meninggal dunia dalam perkhidmatan, pekerja/penama/ balu atau duda/anak akan diberi jumlah caruman Kerajaan (majikan) dan caruman pekerja kepada KWSP, berserta faedah ke atasnya untuk dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang KWSP yang berkuat kuasa. (2) Jika pekerja meninggal dunia dalam persaraan, tiada apa-apa pemberian dibuat kepada mana-mana pihak sekiranya pekerja telah mengeluarkan keseluruhan carumannya di KWSP berserta faedah ke atasnya. PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN (1) Faedah persaraan yang boleh diberi apabila pekerja bersara ialah (i) pencen (bulanan) atas kadar: 1/600 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga per lima daripada gaji akhir yang diterimanya; dan (ii) ganjaran (sekaligus) atas kadar: 7.5% x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji yang akhir diterima. (2) Faedah terbitan yang boleh diberi jika (i) pekerja meninggal dunia dalam perkhidmatan ialah (a) (b) pencen terbitan (bulanan) atas kadar seperti di (1) (i) tetapi tidak kurang 1/5 dari gaji akhir, kepada: balu atau duda (diberi seumur hidup, tidak kira sama ada berkahwin semula atau tidak); anak yang belum berkahwin (sehingga mencapai umur 21 tahun atau sehingga menamatkan pendidikan ke ijazah pertama, mengikut mana yang terkemudian); dan anak cacat dan tidak boleh menanggung nafkah sendiri (diberi seumur hidup) [sekiranya gemulah dilantik selepas 16 Mei 1986, kecacatan anak tersebut hendaklah sebelum dia mencapai umur 21 tahun]. ganjaran terbitan (sekaligus) atas kadar seperti di (1)(ii), kepada: balu atau duda; anak di bawah umur 21 tahun (tiada had umur bagi anak cacat); ibu (atau bapa tanggungan sekiranya ibu telah meninggal dunia) 9

PERKARA PERBANDINGAN ANTARA SKIM KWSP DAN PILIHAN PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN SKIM KWSP PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN Jika tiada ahli keluarga tanggungan, ganjaran terbitan diberi kepada wakil diri di sisi undang-undang. (ii) pekerja meninggal dunia dalam persaraan ialah (a) pencen terbitan yang kadarnya sama banyak dengan kadar pencen yang telah dibayar kepada gemulah, diberi kepada: balu atau duda (seumur hidup, tidak kira sama ada berkahwin semula atau tidak); anak yang belum berkahwin (sehingga mencapai umur 21 tahun atau sehingga menamatkan pendidikan ke ijazah pertama, mengikut mana yang terkemudian); dan anak cacat dan tidak boleh menanggung nafkah sendiri (diberi seumur hidup) [sekiranya gemulah dilantik selepas 16 Mei 1986, kecacatan anak tersebut adalah sebelum dia mencapai umur 21 tahun]. (3) Faedah-faedah lain yang boleh diberi kepada pekerja ialah (i) pencen hilang upaya sebagai pemberian tambahan kepada pencen di 1(i); atau (ii) pencen tanggungan sebagai pemberian tambahan kepada pencen terbitan di 2(i)(a); atau (iii) elaun tanggungan sebagai menggantikan pencen yang dihentikan dalam keadaan pesara atau penerima pencen dipenjarakan atau diisytiharkan bankrap. NOTA: Pencen/pencen terbitan, pencen hilang upaya dan pencen tanggungan diselaraskan di bawah Akta 238 apabila berlaku semakan atau pelarasan gaji sektor awam secara umum. 10

PERKARA PERBANDINGAN ANTARA SKIM KWSP DAN PILIHAN PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN SKIM KWSP PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dibayar kepada semua pekerja sama ada yang memilih Skim KWSP atau pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain atas kadar 1/30 x gaji yang akhir diterima (termasuk imbuhan tetap) x jumlah hari Cuti Rehat (atau Cuti Rehat Khas, bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) yang dikumpulkan, tertakluk kepada had maksimum 150 hari. 5. FAEDAH PERUBATAN Tiada. Kemudahan rawatan dan perubatan di Hospital Kerajaan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, sekiranya diterima pakai oleh Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan berkenaan. NOTA: i. Kad pesara akan dikeluarkan kepada semua pesara untuk pengenalan dan bagi melayakkan pesara mendapat faedah perubatan. ii. Tuntutan bayaran balik bagi kemudahan rawatan dan perubatan boleh dibuat kepada Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. 6. SEKIRANYA TAMAT PERKHIDMATAN TANPA BERSARA (CONTOHNYA, LETAK JAWATAN ATAU DIBUANG KERJA) Jumlah caruman Kerajaan (majikan) dan caruman pekerja kepada KWSP, berserta faedah ke atasnya kekal dalam akaun KWSP pekerja untuk ditambahkan kepada caruman semasa pekerjaan seterusnya dan boleh dikeluarkan oleh pekerja mengikut peruntukan undang-undang KWSP yang berkuat kuasa. Pekerja tidak diberi pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain. Jumlah caruman Kerajaan (majikan) dan caruman pekerja kepada KWSP, berserta faedah ke atasnya sebelum pekerja memperolehi taraf berpencen, kekal dalam akaun KWSP pekerja untuk ditambahkan kepada caruman KWSP semasa pekerjaan seterusnya dan boleh dikeluarkan oleh pekerja mengikut peruntukan undang-undang KWSP yang berkuat kuasa. NOTA: (1) Untuk fahaman terperinci, sila rujuk undang-undang berkaitan termasuk perundangan tambahan di bawah undang-undang tersebut. (2) Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan ini termasuk penjelasan perbandingan antara faedah-faedah persaraan yang akan diterima oleh pekerja yang memilih Skim KWSP dan yang memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan). 11

Lampiran B Kepada: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009 Borang Opsyen Semula Tuan, (Ketua Jabatan) Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009, saya dengan ini membuat opsyen semula untuk *: Memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain dan tertakluk kepada Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dibaca bersama Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) 2008, tertakluk kepada semua peruntukan Akta Pindaan tersebut. ATAU Kekal di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tertakluk kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452). 2. Saya sesungguhnya mengaku memahami akan segala kandungan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009 serta implikasi, kesan dan akibat opsyen semula saya ini dan saya sesungguhnya mengetahui bahawa opsyen yang telah saya buat ini adalah muktamad. Tandatangan : Nama : No. Kad Pengenalan : Jawatan : Tarikh : * Tandakan ( ) dalam petak yang berkenaan Disahkan oleh: Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Cop Rasmi Jabatan : 12

Lampiran C CATATAN DI BUKU REKOD PERKHIDMATAN KERAJAAN Opsyen Semula Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009 Telah memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain dan tertakluk kepada Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dibaca bersama Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) 2008, tertakluk kepada semua peruntukan Akta Pindaan tersebut. (ATAU) Telah memilih untuk kekal di bawah Skim KWSP dan tertakluk kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452 ). Tandatangan pihak yang mengesahkan, jawatannya dan tarikh pengesahan 13

Lampiran D PENGAMBILAN KIRA TEMPOH PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN PERKIRAAN PENCEN DAN GANJARAN BAGI PEKERJA YANG MEMILIH PENCEN, GANJARAN ATAU FAEDAH-FAEDAH LAIN DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009 Tarikh Pelantikan Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan Tarikh Kuat Kuasa Opsyen Semula Dan Pekerja Memilih Pencen, Ganjaran Atau Faedah-Faedah Lain Tarikh Pemberian Taraf Berpencen Tarikh Henti Caruman KWSP Tarikh Persaraan / Tarikh Kematian Dalam Perkhidmatan A B C D E F 376 bulan 20 bulan KWSP Caruman Pekerja KWSP Caruman Kerajaan/Majikan 396 bulan 1. Tempoh perkhidmatan bagi pengiraan pencen dan ganjaran bagi pekerja yang memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain ialah : 1 (i) bagi persaraan, dari (A) hingga sehari sebelum tarikh persaraan di (F); (ii) bagi kematian dalam perkhidmatan, dari (A) hingga tarikh kematian di (F). 2. Pencen/Pencen Terbitan: 1/600 x 360 bulan (maksimum tempoh perkhidmatan yang diambil kira) x gaji akhir yang diterima [bagi persaraan, pada sehari sebelum tarikh persaraan di (F) dan bagi kematian dalam perkhidmatan, pada tarikh kematian di (F)]. 3. Ganjaran/Ganjaran Terbitan: 7.5% x 396 bulan x gaji akhir yang diterima [bagi persaraan, pada sehari sebelum tarikh persaraan di (F) dan bagi kematian dalam perkhidmatan, pada tarikh kematian di (F)] tolak KWSP caruman syer Kerajaan/majikan bagi tempoh caruman di (A) sehingga di (E) berserta faedah yang terakru (sekiranya telah dikeluarkan oleh pekerja). 14