BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

GARIS PANDUAN KEPERLUAN PERLAKSANAAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB SATU PENDAHULUAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 14 AUDIT DALAMAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penyelenggaraan

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Transkripsi:

BAB 1 PENGENALAN 1.1. Latar belakang kajian Dalam usaha Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, industri pembinaan menurut Sistem Binaan Terbuka (OBS) adalah merupakan satu syarat asas yang perlu di adaptasi sepenuhnya. Kaedah sistem terbuka ini diarah untuk digunakan seperti mana yang telah dinyatakan dalam Industrialised Building System (IBS) Roadmap 2003-2010, Construction Industry Master Pelan (CIMP) 2006-2015 dan kini adalah Surat Pekeliling Perbendaharaan BIL. 7 Tahun 2008. Kelebihan perlaksanaan sistem terbuka industri pembinaan ialah boleh membantu dalam kemampuan pembinaan, keperluan tenaga manusia yang rendah, masa pembinaan yang cepat, menambah baik kualiti, dan dalam jangka panjang mengurangkan kos pembinaan. Untuk menjayakan konsep sistem terbuka ini penggunaan kaedah rekabentuk Koordinasi Modular (KM) telah diperkenalkan dan disarankan oleh kerajaan dalam melaksanakan projek-projek di Malaysia. Roadmap IBS 2003-2010 telah diluluskan oleh Kabinet pada 29hb. Oktober 2003 adalah rangka kerja untuk sektor pembinaan di Malaysia bagi mencapai proses perindustrian sepenuhnya menjelang tahun 2020, dengan objektif jangka panjangnya untuk menjayakan konsep OBS. Antara lain sebabsebab timbulnya roadmap ini adalah kerana terdapat halangan dan rintangan

2 dalam mempercepatkan perlaksanaan IBS di Malaysia. Elemen utama yang melibatkan KM dalam Roadmap tersebut ialah: 1. Melibatkan banyak kursus KM dalam program kursus CPD untuk arkitek, jurutera dan sebagainya. 2. Memasukkan silibus KM dalam kursus senibina, kejuruteraan dan bangunan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 3. Menguatkuasakan penggunaan Koordinasi Modular (KM) dalam rekabentuk oleh PBT melalui Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) mulai 2004. Oleh itu kerajaan akan memastikan komponen IBS yang digunakan mematuhi piawaian Malaysia MS 1064. Penggunaan piawaian ini akan memastikan kualiti dan mengawal kos pembinaan dicapai. Oleh yang demikian adalah penting supaya rekabentuk KM diberi penekanan dalam usaha meningkatkan perindustrian di sektor pembinaan di negara ini. 1.2. Mengenal Pasti Isu Kajian Koordinasi Modular (KM) telah diperkenalkan di negara ini sejak April 1986 (CIDB, 2000). Usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan rekabentuk KM sejak 24 tahun dahulu, masih kurang mendapat sambutan yang positif (CIDB, 2001) walaupun setelah beberapa langkah untuk mempromosikan kaedah tersebut dibuat oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Penyediaan rekabentuk KM adalah berbeza daripada rekabentuk konvensional kerana ia perlu memenuhi kehendak spesifikasi piawai MS:1064, iaitu apabila bangunan perlu mematuhi ukuran dan peraturan tertentu yang telah

3 ditetapkan. Spesifikasi ini telah disediakan oleh SIRIM dan diwartakan pada Disember 1988. Sungguhpun begitu sehingga kini tiada kajian yang mendalam untuk mengkaji kenapa rekabentuk KM tersebut kurang mendapat sambutan. Persepsi yang menyatakan rekabentuk KM mengongkong kreativiti dan sukar dilaksanakan mungkin ada benarnya. Antara langkah untuk menggalakkan rekabentuk KM, pihak kerajaan terutamanya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) cuba untuk menerajui rekabentuk tersebut. Sehingga kini pihak JKR telah melaksanakan konsep KM ini ke atas beberapa projek seperti kuarters kerajaan, sekolah dan hospital. JKR adalah sebuah jabatan kerajaan yang terlibat secara langsung di dalam industri pembinaan khususnya untuk projek-projek kerajaan. Segala usaha dan perubahan yang dilaksanakan oleh organisasi pembinaan terbesar di Malaysia ini bakal mempengaruhi corak pembinaan masa depan secara meluas. Oleh yang demikian, arkitek JKR diarah untuk mengemukakan cadangan rekabentuk kuarters baru dengan menggunakan kaedah KM dan apabila sebilangan besar arkitek yang terlibat telah menimba pengalaman melalui penggunaan KM, mestilah ada satu kaedah pantau dan nilai (check and balance) bagi memastikan usaha ini terus berjaya. Tujuan kajian ini adalah sebagai mekanisme semakan (checking mechanism) untuk mengetahui isu dan masalah yang timbul apabila rekabentuk KM digunakan, serta cadangan pembaikan nya. Sehingga ini penyediaan rekabentuk KM dilaksanakan secara konvensional. Maksud rekabentuk KM konvensional adalah penyediaan rekabentuknya tidak menggunakan komputer dalam penyelesaian menurut kehendak KM. Proses rekabentuk secara konvensional ini adalah rumit dan tidak popular (CIDB, 2001). Ini adalah kerana pada peringkat awal, idea rekabentuk dan konsep tidak menurut sesuatu struktur yang jelas, di samping itu perekabentuk pula ingin merekabentuk dengan bebas tanpa konstrain ukuran atau peraturan yang tidak seharusnya menghalang kreativiti (Hui, 2003).

4 Untuk mengatasi masalah ini, adalah dipercayai penggunaan teknologi komputer boleh membantu dalam memperbaiki proses perlaksanaan rekabentuk KM dengan lebih efisien lagi. Masalah ini perlu diatasi di peringkat awal lagi dengan itu membolehkan masalah rekabentuk dan pematuhan kepada peraturan KM boleh ditangani dengan lebih baik. Proses yang rumit dalam memenuhi ukuran-ukuran KM dapat dipermudahkan dan kesilapan boleh dielakkan. Akhirnya hasil rekabentuk yang lebih baik dalam masa yang singkat dapat dicapai. Majunya teknologi komputer kini, maka wujudlah beberapa perisian yang boleh membantu rekabentuk bangunan dengan lebih efisien dan produktif. Perisian itu dikenali sebagai aplikasi Building Information Modelling (BIM). Banyak kajian telah dilakukan untuk memperbaiki akan kemampuannya dan dari masa ke semasa, sentiasa dipertingkatkan. Walaupun aplikasi ini digunakan dalam bidang senibina, ia hanya digunakan secara umum dan tidak dimanfaatkan untuk tugas-tugas yang lebih khusus. Kebanyakannya ia digunakan terus Out of the Box tanpa mendalami dan menyelidiki kemampuan yang terdapat dalam perisian tersebut. Oleh itu, tesis ini ingin menyelidiki bagaimanakah perlaksanaan KM dapat dipermudah lagi dengan bantuan komputer terutamanya dengan penggunaan sistem bantuan rekabentuk yang boleh membantu memenuhi kehendak-kehendak rekabentuk KM. 1.3. Kajian Awalan Satu kajian awalan mengenai kaedah KM telah dibuat bagi mengetahui pandangan dan pendapat umum arkitek serta jurutera mengenai kaedah KM. Seramai 16 orang arkitek dan 4 orang jurutera JKR telah mengambil bahagian dalam menjawab soalan-soalan tinjauan. Kajian ini dilakukan selepas mereka menghadiri satu kursus pengenalan mengenai KM. Mereka tergolong dari

5 pelbagai gred jawatan dan dari pelbagai cawangan di JKR. Soalan kajian adalah pada lampiran A. Hasil dari kajian awalan tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan mereka (12 responden 60%) telah ada pendedahan dan telah memahami tentang konsep KM. Walau bagaimanapun kebanyakan mereka (14 responden 70%) mengakui kesukaran untuk memahami konsep KM. Punca kesukaran tersebut adalah terlalu banyak panduan yang perlu dirujuk (9 responden 45%), terlalu banyak terminologi (8 responden 40 %), alat pembelajaran seperti perisian CAD tidak digunakan (8 responden - 40 %) dan kurangnya bahan rujukan (6 responden 30%). Mengenai penggunaan KM di dalam industri binaan, pada pendapat mereka masih lagi terdapatnya kurang sokongan dari pihak industri kerana belum ada banyak komponen binaan yang dibekalkan sekarang ini yang memenuhi konsep KM (15 responden 75%). Mereka berpendapat kelebihan menggunakan konsep ini adalah untuk menggalakkan penggunaan komponen modular (15 responden 75%) dan mengelakkan pembaziran bahan binaan (12 responden 60%). Selain dari itu, konsep ini boleh mempermudahkan rekabentuk dan proses dokumentasi (8 responden - 40 %), menggalakkan piawaian butiran dan penyambungan (8 responden - 40 %) serta merapatkan jurang komunikasi di antara semua disiplin (7 responden 58%). Di antara tanggapan mereka mengenai kaedah KM adalah; Dapat menyiapkan sesuatu projek dengan cepat dan menjimatkan. Sistem yang baik tetapi perlu mengambil masa untuk perlaksanaannya. Rekabentuk bangunan agak seragam (tiada variasi). Sistem ini baik digunakan di JKR yang mempunyai rekabentuk piawai.

6 Untuk mengatasi masalah KM, berikut adalah perkara-perkara yang telah dicadangkan: Mengadakan bengkel hands-on untuk Pegawai Pembantu Senibina dan Pelukis Pelan. Mewujudkan vendor sistem terbuka 'JKR' supaya kontraktor mudah dapatkan bekalan komponen. Memudahkan sistem drafting untuk pelukis pelan dalam melaksanakan lukisan rekabentuk KM. Permudahkan sistem sedia ada. Ini adalah kerana kaedah yang digunakan untuk melaksanakan rekabentuk KM adalah sukar diikuti. Penglibatan semua pihak dalam industri pembinaan. Kejayaan rekabentuk KM sangat bergantung kepada semua pihak termasuk pengilang, perunding, pengguna, kontraktor dan juga pihak kerajaan. Memerlukan penerangan dan contoh yang lebih terperinci. Sehingga kini tiada satu panduan yang lengkap dan jelas bagaimanakah kaedah KM ini dilaksanakan. Hanya lima responden yang telah melaksanakan kaedah KM pada projek mereka dan kebanyakan mereka (3 responden 60%) mempunyai masalah dalam penggunaan kaedah KM. Mereka (3 responden 60%) merasakan kaedah ini hanya boleh dilaksanakan pada projek tertentu sahaja. Mengenai hasil rekabentuk, mereka (4 responden 80%) merasakan ianya adalah agak mengongkong. Dari aspek penggunaan komputer, kebanyakan mereka iaitu 16 responden pernah menggunakan perisian CAD dalam rekabentuk. Di antara perisianperisian yang digunakan adalah AutoCAD, ArchiCAD, Revit, Architectural Desktop (ADT). Mereka berpendapat penggunaan komputer boleh membantu dalam rekabentuk KM (3 sangat setuju 19%, 11 setuju 68%).

7 Dari responden yang pernah menggunakan komputer hanya lima responden menggunakan perisian CAD dalam rekabentuk KM. Mereka yang menjawab soalan sama ada perisian CAD itu membantu dan mudah digunakan untuk rekabentuk KM - seorang responden sangat setuju, tiga mengatakan setuju dan seorang kurang setuju. Mengenai masalah penggunaan perisian CAD ialah tiadanya pangkalan data mengenai komponen-komponen rekabentuk KM disertakan sekali di dalam perisian, butiran piawai tidak disimpan untuk dirujuk semula dan simbol-simbol rekabentuk KM tidak disertakan (3 responden 60% ). Mengenai kelebihan yang diperolehi dari penggunaan CAD dalam penyediaan rekabentuk KM mereka bersetuju iaitu; Lukisan butiran boleh disediakan dengan lebih mudah (3 responden). Perubahan rekabentuk dapat dilaksanakan dengan segera. Rekabentuk boleh disediakan lebih cepat. Kemudahan komputer dapat digunakan dengan sepenuhnya (2 responden 40%). Mengenai bagaimanakah perisian CAD dapat membantu dalam rekabentuk KM, mereka bersetuju menurut aturan seperti berikut; Panduan serta rujukan konsep KM seharusnya disertakan dalam perisian CAD (4 responden 80%). Komponen dan bahan-bahan yang telah memenuhi konsep KM dibekalkan di dalam perisian CAD (3 responden 60%). Contoh-contoh rekabentuk KM di sertakan dalam perisian CAD sebagai rujukan (3 responden 60%). Dari kajian awalan ini dapatlah dirumuskan bahawa penerimaan mereka tentang konsep KM adalah positif, walau bagaimanapun dalam melaksanakan KM mereka menghadapi pelbagai masalah yang mana di antaranya boleh dibantu sekiranya menggunakan komputer.

8 1.4. Tujuan dan Objektif Kajian Bagi menjayakan program IBS melalui OBS menurut matlamat Roadmap IBS 2003-2010, adalah penting terlebih dahulu supaya isu kerumitan dan masalah yang dihadapi oleh para arkitek dalam penyediaan rekabentuk KM diatasi. Rekabentuk KM akan lebih mudah dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi BIM. Oleh yang demikian tujuan dan objektif utama kajian adalah untuk mencadangkan satu sistem bantuan rekabentuk berkomputer menurut kehendak KM berasaskan kepada aplikasi BIM. Untuk mencapai objektif di atas beberapa perkara berikut dikenal pasti, antaranya adalah; 1. Mengkaji penggunaan komputer dalam industri binaan terutamanya dalam rekabentuk. 2. Mengkaji mengenai kaedah KM serta platform aplikasi BIM 3. Mengkaji kaedah rekabentuk KM yang dilaksanakan secara konvensional, seterusnya mencadangkan sistem rekabentuk berkomputer dengan menyediakan model perisian rekabentuk KM. 1.5. Metodologi Kajian Untuk mencapai objektif kajian, metodologi kajian dirangka dan dibahagi kepada empat bahagian (Rujuk carta aliran 1-1) iaitu: Bahagian 1 : Kajian permulaan dengan mengenal pasti isu kajian.

9 Bahagian 2 : Mengetahui proses rekabentuk KM secara konvensional ke atas kuarters kerajaan. Bahagian 3 : Mencadangkan sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer. Bahagian 4: Keputusan kajian dengan melaksanakan perbandingan kaedah sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer dengan rekabentuk KM secara konvensional.

10 Berikut adalah carta aliran metodologi kajian: Bahagian 1 Kajian Permulaan 1.1 Kajian Literatur: ISU, KM dan aplikasi BIM. 1.2 2.1 Kajian Permulaan: Kajian tinjauan, memilih kajian kes, membentuk metod kajian, pengenalan kepada KM dan aplikasi BIM. Bahagian 3 Mencadangkan satu sistem bantuan rekabentuk berkomputer menurut kehendak KM ke atas aplikasi BIM. 3.1 Mencadangkan ciri-ciri sistem (senarai yang diinginkan). 3.2 Pemilihan platform aplikasi BIM yang sesuai. 3.3 Laksana cadangan ke atas aplikasi BIM. 3.4 Laksana dan analisa satu contoh proses rekabentuk KM dengan menggunakan sistem bantuan rekabentuk KM. Bahagian 2 Temubual mengenai proses rekabentuk KM secara konvensional ke atas kuarters kerajaan. Kajian Kes: Proses Rekabentuk KM temubual, analisa lakaran 2.2 Kesimpulan: Huraian analisa kajian. Merumuskan proses rekabentuk KM secara konvensional berdasarkan kajian kes. Bahagian 4 Perbandingan dan keputusan kajian 4.1 Membandingkan kaedah perlaksanaan rekabentuk KM menggunakan sistem bantuan berkomputer dengan secara konvensional. Penilaiaan perbandingan tersebut. 4.2 Penilaian dan kesimpulan: Sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer. Carta aliran 1-1 Metodologi kajian menunjukkan peringkat-peringkat yang akan dilaksanakan.

11 Berikut ini dihuraikan proses rekabentuk kajian berdasarkan kepada perkara-perkara berikut (sepertimana mengikut carta aliran 1.1); 1.5.1. Kajian Permulaan Kajian tesis ini dimulakan iaitu dengan mengenal pasti isu kajian iaitu masalah melaksanakan rekabentuk KM dengan melakukan kajian literatur serta kajian awalan bagi mengetahui isu-isu perlaksanaan rekabentuk menurut kaedah KM. Kajian literatur lebih tertumpu pada: 1. Penggunaan komputer secara umum dalam industri binaan terutamanya dalam rekabentuk awalan. 2. Kaedah KM dalam industri binaan. 3. Aplikasi BIM dalam rekabentuk bangunan khususnya rekabentuk KM. 1.5.2. Menemubual Arkitek Tujuan temubual adalah untuk mengenal pasti proses serta masalahmasalah dalam melaksanakan rekabentuk KM. Mengadakan temubual dan menganalisa lakaran-lakaran projek kuarters bagi mengetahui teknik serta proses rekabentuk KM secara konvensional. Mengenalpasti dan merekodkan peralatanperalatan atau perisian yang digunakan. Objektif perekabentuk perlu diselidiki di samping maklumat-maklumat yang diperlukan semasa rekabentuk. Seterusnya masalah-masalah yang dihadapi juga perlu diketahui dalam mendapatkan gambaran sebenar perlaksanaan rekabentuk KM tersebut. Keputusan temubual

12 tersebut dianalisa untuk dijadikan panduan bagi mencadangkan sistem bantuan rekabentuk berkomputer. 1.5.3. Mencadangkan sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer. Mencadangkan satu sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer untuk memudahkan proses rekabentuk KM. Untuk menjelaskan bagaimana sistem rekabentuk KM berfungsi serta melihat kaedah perlaksanaannya maka penyesuaian telah dibuat ke atas perisian BIM sediada. Seterusnya adalah pemilihan platform aplikasi BIM yang sesuai akan dibuat bagi melaksanakan penyesuaian untuk menunjukkan simulasi sistem bantuan tersebut. Faktor pemilihan aplikasi BIM adalah di antara yang mudah digunakan dan tidak perlu menggunakan bahasa pengaturcaraan dan yang bersesuaian dengan kajian ini. Selain itu perisian tersebut mempunyai rangkaian yang luas dan bantuan sokongan yang baik. Aplikasi BIM tersebut hanya digunakan sebagai platform bagi mencadangkan satu sistem bantuan rekabentuk berkomputer menurut kehendak KM sahaja. Kriteria-kriteria sistem rekabentuk berkomputer adalah berasaskan dari keputusan temubual dengan arkitek serta dari kajian literatur. Setelah sistem ini dibangunkan, ianya akan dilaksanakan dengan menggunakan satu contoh rekabentuk KM sedia ada. Proses dan kelebihan sistem bantuan rekabentuk KM tersebut akan dikenal pasti setelah proses perbandingan rekabentuk dibuat.

13 1.5.4. Membandingkan perlaksanaan rekabentuk KM menggunakan sistem bantuan rekabentuk berkomputer dengan kaedah konvensional Di peringkat akhir kajian adalah membandingkan proses penyediaan rekabentuk KM secara konvensional 1 dengan menggunakan sistem bantuan rekabentuk yang dicadangkan. Ia dibuat bagi menilai perbezaan kaedah perlaksanaan menggunakan sistem bantuan rekabentuk tersebut dalam melaksanakan rekabentuk KM. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui perbezaan dan pembaharuan yang telah dicapai dalam proses melaksanakan rekabentuk. Penilaian juga dilakukan terhadap bagaimanakah prestasi sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer tersebut dalam membantu rekabentuk KM. Akhirnya kesimpulan akan dibuat terhadap prestasi sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer dalam membantu rekabentuk KM. 1.6. Skop dan Struktur Kajian Fokus kajian adalah tertumpu pada perlaksanaan rekabentuk KM dikawal proses rekabentuk, kerana di peringkat ini adalah fasa yang kritikal dalam rekabentuk. Dalam kajian ini aplikasi BIM digunakan sebagai platform bagi merekabentuk sistem bantuan rekabentuk KM. Aplikasi BIM yang dipilih adalah perisian Autodesk Revit kerana ianya mesra pengguna dan mempunyai rangkaian bantuan yang luas dan baik. Penyesuaian perisian hanya berdasarkan kepada kekuatan dan ciri-ciri yang telah disediakan oleh perisian berkenaan, tiada perisian tambahan digunakan dan tidak perlu pengetahuan atau mempelajari bahasa pengaturcaraan yang baru bagi tujuan untuk mengoptimumkan penggunaan perisian sedia ada. 1 Maksud rekabentuk KM konvensional dalam kajian ini adalah penyediaan rekabentuk KM sedia ada, tidak menggunakan komputer dalam penyelesaian menurut kehendak KM.

14 Rekabentuk yang dikaji adalah rekabentuk kuarters kerajaan dan setakat ini hanya pihak JKR yang menerajui dan mempromosikan rekabentuk KM dan projek kuarters yang dilaksanakan dengan menggunakan kaedah KM. Kajian ini tidak mengambil kira penggunaan komponen IBS. Ini adalah kerana konsep OBS tidak mementingkan ciri-ciri komponen sebaliknya penggunaan prinsip KM harus dipatuhi secara umumnya. 1.7. Kaitan di antara IBS, OBS, KM dan Aplikasi BIM Untuk menuju ke arah negara maju berindustri dalam bidang pembinaan sistem secara IBS perlu dimajukan. Sistem IBS ini haruslah memenuhi konsep OBS untuk mendapat manfaat perlaksanaannya. Piawaian yang dilaksanakan untuk menjayakan konsep OBS di Malaysia adalah menggunakan piawaian MS:1064 iaitu kaedah KM. Tujuan utama perlaksanaan KM ialah untuk menambah produktiviti melalui pengurangan bahan terbuang dalam pengeluaran, pemasangan untuk memperbaiki kualiti dalam industri pembinaan dan menggalakkan sistem terbuka. Dengan konsep OBS, komponen bangunan dapat digunakan secara kombinasi komponen dalam pelbagai cara dan memberikan kebebasan kepada arkitek dalam merekabentuk. Penggunaan kaedah KM adalah penting dalam perlaksanaan IBS dalam piawaian komponen dan ukuran dalam mempercepatkan pemasangan dan mencapai pengulangan dan mampu mengurangkan kos (CIDB, Oktober Disember 2005). Untuk melaksanakan KM ini penggunaan teknologi maklumat dapat membantu dengan lebih mudah dan cekap dengan berupaya untuk mengawal koordinasi kedudukan komponen dan ukurannya. Dari segi pengurusan pangkalan data komponen dan katalog, boleh diurus dengan lebih baik lagi. Aplikasi BIM adalah teknologi terkini di dalam Senibina, Kejuruteraan dan

15 Pembinaan (AEC) yang perlu diberi penekanan untuk dimanfaatkan sepenuhnya di dalam membantu melaksanakan rekabentuk berasaskan KM. 1.8. Kepentingan Kajian Menurut CIMP 2006-2015 ada dinyatakan strategi teras untuk memajukan industri pembinaan di Malaysia. Di antara teras-teras yang dinyatakan adalah mengenai kaedah penggunaan pembinaan yang baru. Teras 5, iaitu Inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan serta adaptasi kaedah pembinaan yang baru. Di antara perkara yang dianjurkan di sini adalah penggunaan kaedah KM dalam rekabentuk. Manakala pada teras 6 pula, menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam industri binaan. Ianya adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan perisianperisian baru dalam mengatasi masalah pembinaan di Malaysia (CIMP 2006-2007). Kajian ini adalah penting khususnya bagi memajukan industri pembinaan di Malaysia melalui kaedah rekabentuk baru. Ia juga menggalakkan aplikasi BIM dan panduan kepada pembaikan perisian yang akan datang khususnya menyumbangkan kepada satu pembaharuan dalam penggunaan komputer di sektor pembinaan sepertimana yang dianjurkan oleh CIMP 2006-2007. Sehingga kini belum ada kajian yang mendalam dilaksanakan bagi melihat tentang masalah perlaksanaan rekabentuk KM. Oleh itu penyelidikan ini akan cuba menyelesaikan masalah-masalah perlaksanaan rekabentuk KM seterusnya menggalakkan rekabentuk KM seperti dinyatakan di dalam roadmap IBS 2003-2010. Kajian ini akan mencari kaedah yang akan memudahkan perlaksanaan rekabentuk KM dan membolehkan arkitek memberi perhatian yang lebih kepada rekabentuk daripada terbelenggu kepada konstrain ukuran dan peraturan. Ini

16 boleh menambahkan kualiti dan kuantiti rekabentuk serta prestasi hasil projek yang baik. Selain dari itu kepentingan kajian secara khusus adalah melibatkan organisasi berikut; (i) Kementerian Kerja Raya, (ii) Kementerian Perumahan dan Kerajaan, Tempatan, (iii) Badan Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), (iv) Firma Perunding Arkitek dan Jurutera Struktur, (v) Syarikat Kontraktor Bangunan. (vi) Ahli Akademik dan para pelajar (vii) Pengeluar atau pengilang komponen IBS dan akhirnya kerajaan Malaysia secara amnya. 1.9. Organisasi Tesis Tesis ini mengandungi tujuh bab. Bab Satu adalah pengenalan dan latar belakang kepada keseluruhan kajian. Bab Dua adalah kajian terhadap penggunaan komputer secara umum dalam industri binaan, rekabentuk senibina dan akhirnya dalam melaksanakan KM. Bab Tiga menghuraikan kajian mengenai KM dan aplikasi BIM. Perkara-perkara yang akan dibentangkan adalah mengenai definisi KM dan aplikasi BIM tersebut, sejarah dan perkembangannya, objektif dan kelebihan, isu dan masalah yang di hadapi dan akhirnya kaitan di antara kedua-dua perkara tersebut. Bab Empat membincangkan hasil temubual dengan arkitek JKR mengenai proses rekabentuk awalan kuarters kerajaan yang menggunakan kaedah KM. Perbincangan adalah pada proses sebenar rekabentuk KM sedia ada oleh para arkitek JKR tersebut khususnya untuk mengetahui kesukaran yang dihadapi dalam proses rekabentuk tersebut. Bab Lima pula membincangkan proses rekabentuk dengan menggunakan sistem bantuan rekabentuk berkomputer menurut kehendak KM. Ia menerangkan cadangan sistem menurut senarai yang diinginkan dan pemilihan platform BIM yang digunakan untuk membangunkan sistem bantuan tersebut. Di sini juga dijelaskan bagaimana sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer berfungsi serta menunjukkan kaedah perlaksanaannya dengan menerangkan bagaimana perisian komputer dapat mengatasi masalah-masalah rekabentuk KM

17 yang dilaksanakan secara konvensional. Bab Enam seterusnya membincangkan perbezaan di antara kedua-dua proses tersebut dengan mengambil satu contoh rekabentuk kuarters sebagai kajian kes perbandingan yang menggunakan kaedah Boundary. Kajian perbandingan ini khusus bagi menunjukkan perbezaan langkah-langkah yang diambil dari kedua-dua kaedah rekabentuk tersebut. Di akhir bab ini akan dinyatakan hasil keputusan dari kedua kaedah rekabentuk tersebut iaitu untuk menunjukkan bagaimana proses rekabentuk berkomputer dapat memperbaiki, meningkatkan mutu serta memudahkan rekabentuk KM. Bab terakhir iaitu Bab Tujuh adalah merumuskan hasil keseluruhan kajian tesis, pernyataan permasalahan serta cadangan kajian akan datang. 1.10. Rumusan Pada kesimpulannya kajian ini cuba merungkaikan masalah rekabentuk KM dengan mencari jalan penyelesaiannya kepada menghasilkan sistem bantuan rekabentuk berkomputer menurut kehendak KM. Ia juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dalam industri pembinaan. Adalah diharapkan dengan adanya kemudahan penyediaan rekabentuk KM dalam aplikasi BIM, akan memudahkan lagi kerja-kerja rekabentuk, seterusnya menggalakkan rekabentuk KM seperti yang disarankan oleh Roadmap IBS 2003-2010 dan ke arah negara maju 2020.