BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

SONANGBAH TU! Oleh. Jindu anak Lundu, Sekolah Kebangsaan Koran, Serian, Sarawak. Abstrak

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS BACAAN MENGGUNAKAN MODEL JARI JEMARIKU MENARI. Pn Mazirah bt Abul Malik. Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK

SK (2) TAMAN KERAMAT

Panduan Guru. Unit 1 : Modul Guru

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (LINUS TEGAR) ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS APRIL 2011

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

NOMBOR OH NOMBOR... Oleh. Christina Agang Sekolah Kebangsaan Tema, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2011

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

KAJIAN TINDAKAN 2011

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan JADUAL WAKTU

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU

19 JANUARI 2010 BENGKEL PRABACAAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BORANG SOAL SELIDIK (A) (untuk diisi oleh guru) Sila tandakan ( ) pada pilihan yang anda pilih dan isikan tempat kosong dalam ruangan yang disediakan.

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

(PROGRAM KECEMERLANGAN) KEMILAU UPSR

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

PELAN BERTINDAK MATEMATIK UPSR 2009 SK. JLN. SG. BESI ( 1 )

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

NADI ILMU AMALAN MEMBACA

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Baghdadi, iaitu yang diterbitkan oleh Syihab Resources. Keberkesanan kaedah ini dinilai

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Transkripsi:

BACALAH SAYANG Oleh Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini dijalankan setelah saya mendapati 8 orang murid Tahun 3 belum dapat menguasai kemahiran membaca. Setelah menghadiri Kursus Penyelidikan Tindakan anjuran Maktab Perguruan Batu Lintang, maka tergerak untuk mengkaji masalah ini. Golongan murid ini menghadapi masalah mengenal suku kata dan membaca secara lancar. Mereka akan membaca secara tersekat-sekat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan merangka program untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Satu program pemulihan intensif dirangka dan dibuat semasa kelas dan di luar waktu kelas. Setelah dijalankan tindakan, didapati mereka dapat membaca suku kata. Meraka dapat membaca secara lancar bahan bacaan yang mempunyai dua suku kata. Saya dapati mereka menghadapi masalah pembelajaran iaitu lambat menangkap apa yang diajar. Walaupun mereka sudah agak ketinggalan, tindakan yang saya ambil merupakan satu langkah yang positif ke arah mengurangkan masalah tidak pandai membaca murid-murid berkenaan. PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Tebakang, sebuah sekolah Luar Bandar yang terletak kira-kira 18 km dari Bandar Serian. Sekolah ini mempunyai 7 buah kelas dan menempatkan 260 orang pelajar. Terdapat 17 orang guru di sekolah ini. Semua murid yang mendaftar ke Tahun 1 sekolah ini ada pengalaman belajar di TADIKA KEMAS. Saya mengajar di sekolah ini mulai tahun 2003. Saya rasa sekolah ini akan memberi keselesaan kepada saya kerana sekolah ini bukan jauh di pedalaman. Tetapi sangkaan saya meleset. Selama ini saya menghadapi masalah murid yang datang ke sekolah rendah tanpa pengalaman TADIKA menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca suku kata dan ayat mudah. SK Tebakang juga menghadapi masalah murid Tahap 1 yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas. Jadi bermulalah keinginan saya membuat Penyelidikan Tindakan berasaskan masalah tersebut. Setelah tiga tahun mengajar di sekolah ini, pada 71

tahun ini terdapat tidak kurang dari 5 orang murid Tahun 3 yang belum dapat menguasai asas membaca. KEPERIHATINAN SAYA Hati saya tergerak membuat Penyelidikan Tindakan ini kerana atas rasa kasihan dan prihatin terhadap murid-murid tahap 1 yang belum menguasai asas membaca di akhir Tahap 1 iaitu di Tahun 3. Keduanya, ialah supaya tidak ada murid yang terus tidakk dapat menguasai Kemahiran Asas ini sehingga mereka berada di Tahun 6, yang mana seperti yang kita ketahui akan menjejaskan peratusan kelulusan UPSR sekolah. Pada pendapat saya, kalau murid tidak dipulih di akhir Tahap 1 maka mereka akan terus tertinggal kerana di Tahap 2, mereka tidak akan diajar asas suku kata. Ini akan menjejas proses pembelajaran mereka di tahap yang lebih tinggi. FOKUS KAJIAN Sehingga Mac lalu, masih terdapat murid Tahun 3 yang belum menguasai asas menulis suku kata dan membaca ayat mudah yang patut mereka telah kuasai pada akhir Tahun 2 jika dibandingkan dengan murid lain yang sudah dapat membaca buku cerita yang mudah. Dengan itu, saya merancang suatu tindakan yang dapat membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca dan membatang suku kata. Dalam merancang suatu program atau rancngan saya perlu kembali merenung amalan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi amalan guru-guru di sekolah saya selama ini. Ini ialah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan proses pengajaran saya. Saya juga perlu mengenali mereka secara lebih dekat dan mendekatkan diri dengan muridmurid berkenaan supaya mereka lebih mempercayai saya dan diri mereka sendiri. Dengan itu, saya boleh merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. TINJAUAN AWAL 72

1. 15 Januari 2005: didapati 8 daripada 46 orang murid belum dapat menguasai Asas Membaca dan menulis perkataan dan ayat mudah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1. Jadual 1: Hasil Ujian Pengesanan Pra 15 Januari 2005 Bil Nama Markah Keputusan 1 James 12/50 BM 2 Blair 15/50 BM 3 Anuar 8/50 BM 4 Patimah 2/50 BM 5 Silver 17/50 BM 6 Shaun 24/50 BM 7 Jim 10/50 BM 8 Nathan 13/50 BM *Markah Lulus ialah 36/50 M-Menguasai BM Belum Menguasai 2. Setelah proses pemulihan dijalankan selama 4 bulan dan pada Ujian Pengesanan Fasa 1 yang diadakan pada pertengahan bulan Mei lalu, didapati 8 daripada 46 orang masa belum dapat menguasai asas membaca dan menulis. Jadual 2 menunjukkan keputusan Ujian Pengesanan Fasa 1. Jadual 2: Keputusan Ujian Pengesanan Fasa 1 (15 MEI 2005) Bil Nama Markah Keputusan 1 James 17/50 BM 2 Blair 18/50 BM 3 Anuar 10/50 BM 4 Patimah 5/50 BM 73

5 Silver 18/50 BM 6 Shaun 30/50 BM 7 Jim 20/50 BM 8 Nathan 23/50 BM *Markah lulus 36/50 M-Menguasai BM- Belum Menguasai *Catatan 4 daripada 12 orang murid telah dapat menguasai kemahiran asas. Jadual 3 pula menunjukkan latar belakang 8 orang murid yang dikaji dari segi jantina, kaum dan pekerjaan ibu bapa mereka. Secara umumnya, terdapat seorang murid perempuan dan 7 orang murid-murid lelaki yang menjadi fokus kajian ini. 2 orang murid adalah murid berbangsa Melayu manakala yang lain adalah berbangsa Bidayuh. Kesemua pekerjaan ibu bapa murid-murid tersebut adalah petani. Jadual 3: Latar belakang murid yang dikaji Bil Nama Murid Jantina Kaum Pekerjaan Ibu Bapa 1 James L Melayu Petani 2 Blair L Bidayuh Petani 3 Patimah P Melayu Petani 4 Anuar L Melayu Petani 5 Silver L Bidayuh Petani 6 Shaun L Bidayuh Petani 7 Jim L Bidayuh Petani 8 Nathan L Bidayuy Petani Kemungkinan sebab-sebab mereka manghadapi masalah ini: 1. Ponteng kelas: Setelah dikaji daftar kehadiran seperti yang dipaparkan pada Jadual 4, didapati bagi tempoh Januari hingga Mei 2005, bilangan hari tidak hadir sekolah adalah dari 13 hingga 19 hari. Jadual 4: Analisis kehadiran bagi bulan Januari hingga Mei 2005 Nama Jan Feb Mac Apr Mei Jumlah James 4 3 3 3 4 17 Blair 3 4 4 3 4 18 74

Patimah 4 3 4 4 3 18 Anuar 4 4 2 3 3 16 Silver 4 3 3 2 4 16 Shaun 3 3 2 4 3 15 Jim 3 4 4 4 4 19 Nathan 4 2 3 3 2 13 Setelah dikaji sebab-sebab mereka tidak datang ke sekolah, setelah ditemubual kawan-kawan sekampung serta ibu bapa, didapati alasan tersebut adalah seperti berikut iaitu sakit atau demam dan tidak buat kerja rumah. 20 peratus (%) tidak hadir sekolah disebabkan sakit atau demam manakala 80% tidak hadir adalah disebabkan tidak membuat kerja rumah. 2. Kelakuan dalam kelas: Bila ditemubual guru-guru yang mengajar Tahun 3 serta ketua kelas tersebut, didapati 2 orang murid tersebut adalah pendiam dan 6 orang murid tersebut pula adalah nakal seperti yang ditunjukkan pada Jadual 5. Jadual 5: Analisis kelakuan murid Nama Nakal Pendiam James Blair Patimah Anuar Silver Shaun Jim Nathan Jadual 6 pula menunjukkan dapatan dari pengesanan semua mata pelajaran 8 orang murid tersebut berdasarkan ujian Semester 1 pada bulan Mei 2005. Jadual 6: Ujian /Dapatan dari pengesanan semua mata pelajaran Nama BM BI MT SNS PJK MK PSV PM PI James G G G G Aktif Aktif Kreatif G Blair G G G G T.A TA T.Kreatif G 75

Patimah G G G G T.A TA T.Kreatif G G Anuar G G G G T.A TA T.Kreatif G G Silver G G G G Aktif Aktif Kreatif G Shaun G G G G Aktif Aktif T.Kreatif G Jim G G G G Aktif Aktif Kreatif G Nathan G G G G Aktif Aktif T.Kreatif G Selain itu, hasil temubual dengan 6 oran guru yang mengajar Tahun 3 adalah seperti berikut: i) 3 orang guru berkenaan mengatakan murid-murid ini menyusahkan saja dan mereka tidak ada masa untuk melayan mereka. Mereka juga tidak mahu membuang masa dengan mereka kerana memberi tumpuan kepada murid lain yang baik. ii) 3 orang guru lain pula mengatakan bahawa mereka sebenarnya boleh dipulihkan, cuma mereka perlu diberi perhatian khas. OBJEKTIF KAJIAN Ekoran daripada tinjauan tersebut, kajian ini dijalankan bertujuan untuk 1. mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran saya yang sesuai dan berkesan untuk membantu 8 orang murid yang belum menguasai kemahiran membaca; serta 2. membantu 8 orang murid tersebut dapat membaca dan menulis. PERANCANGAN TINDAKAN Bagi mencapai objektif kajian ini, saya telah merancang satu program bimbingan individu dan kumpulan yang intensif, melibatkan jangka masa selama 5 Bulan iaitu dari bulan Februari hingga Jun 2005. Saya memperuntukan masa selama 10 minit 76

pada pengajaran dan pembelajaran dan satu sesi 1 jam di luar waktu kelas sekali seminggu. Ini bertujuan memberi peluang agar mereka mendapat lebih perhatian dan teknik-teknik pengajaran Back to Basic dapat dilaksanakan Program ini diadakan dalam bilik darjah bila murid lain mengadakan aktiviti menulis atau menyiapkan kerja mereka. Secara umumnya, pecahan aktiviti program ini adalah seperti berikut: Bulan pertama: Membunyi dan mengenal suku kata Ba, bu, be, bi, bo Bulan kedua: Menyambung dan membunyi suku kata ba tu,ca ri ku ku kak ki Bulan ketiga: Menyambung perkataan menjadi ayat mudah; Saya ada bola (dua suku kata) Bulan keempat: Membaca petikan mudah; Ali ada bola/bola Ali Biru/Ali Suka main bola. Bulan kelima: Ujian akhir dan murid membaca di kelas/waktu perhimpunan (individu) (Proses ini akan disambung dengan perkataan serta 3 dan empat suku kata) Program ini melibatkan membaca dan mengenal suku kata dan membaca secara latih tubi. Data-data dan kemajuan murid dikumpul berdasarkan pemerhatian dan hasil kerja. Penambahbaikan program dibuat dari masa ke semasa. 1. Pemulihan khas secara kumpulan: melalui latih tubi suku kata, mengeja dan membaca ayat mudah. 2. Bimbingan individu: melalui latih tubi suku kata, mengeja oleh guru pada masa luang; murid dipanggil ke bilik sumber untuk dipulih mengikut masa guru-guru penyayang yang luang. 3. Pendekatan kolaboratif: bantuan daripada guru-guru mata pelajaran seperti PJK/Muzik/Pendidikan Seni untuk memberi latih tubi dan pemulihan kepada murid-murid ini. 77

4. Memberi peluang murid-murid ini membaca dan mempersembahkan bacaan ayat mudah semasa perhimpunan dan diberi galakan dalam bentuk hadiah. 5. Bimbingan Guru Penyayang pada waktu petang selama dua jam sekali seminggu. PELAKSANAAN TINDAKAN DAN DAPATAN KAJIAN. Setelah mengenal pasti subjek saya yang seramai lapan orang yang masih belum pandai membaca, program pertama yang dilaksanakan saya ialah program pemulihan khusus secara berkumpulan dan individu menggunakan latih tubi suku kata dan bacaan. Setiap sesi saya jalankan semasa murid lain membuat kerja mereka. Sesi ini mengambil masa 10 minit di mana saya telah sediakan suku kata asas A,I,E,O,U dan konsonan untuk dibaca secara latih tubi secara kumpulan. Ini dilakukan pada minggu pertama. Contohnya adalah seperti berikut: Ba,Bi,Be,Bo,Bu Ca,Ci,Ce,Co,Cu Da,Di,De,Du. Suku kata yang ditulis pada kad manila digantung di satu sudut untuk rujukan dan bacaan murid ini semasa masa luang. Proses ini berterusan selama sebulan dan pada ahkir bulan pertama, satu ujian diadakan dan didapati mereka sudah dapat membaca dan membunyikan suku kata tersebut. Pada bulan kedua saya mula mengajar dan melatih mereka membunyikan suku kata yang telah dicantumkan iaitu dua suku kata. Contohnya adalah seperti berikut: 78

Ba tu Ba lu Ca ri Ca tu Da du Da ku Ka ki Latih tubi dijalankan selama 10 minit setiap masa mengajar dan bahan ABM yang mana suku kata yang dicantumkan dengan warna yang berbeza dipamerkan di sudut bacaan untuk murid yang mengikuti program ini. Program fasa dua ini disertai dengan nyanyian berbentuk suku kata yang didapati dapat menarik minat muridmurid tersebut. Setelah seminggu dijalankan tindakan ini, didapati masa 10 minit setiap masa p&p tidak mencukupi. Maka dengan keazaman dan komitmen yang ada, dengan persetujuan guru besar, saya telah mengadakan sesi 1 jam seminggu pada sebelah petang sesi khas untuk mereka. Langkah ketiga yang dilaksanakan melibatkan proses membaca ayat pendek yang mana suku kata diwarnakan dengan dua warna. Proses ini dilakukan bila murid telah dapat menyebut dan membunyikan suku kata. Proses ini berterusan dan diulang sehingga murid dapat mengenal dan membunyikan suku kata secara spontan tanpa tersekat-sekat. Contohnya adalah seperti berikut: Ini Abu Abu ada bola Bola Abu biru Abu suka main bola Proses ini dilakukan setiap hari iaitu 10 minit masa terakhir pada waktu mata pelajaran Bahasa Melayu. Pada minggu seterusnya, murid-murid diberi ujian untuk murid membaca, membunyikan dan membaca suku kata. Ini diikuti dengan bacaan ayat mudah dan cerita pendek. Saya mendapati murid dapat membaca dan membunyikan suku kata dan membaca ayat dan cerita pendek dua suku kata. 79

Sebagai menambah masa belajar kumpulan ini, saya memohon kerjasama guru mata pelajaran lain seperti PJK dan Muzik untuk membuat latih tubi kepada muridmurid ini dengan persetujuan mereka. Saya juga mendapat restu Guru Besar. Pada bulan kelima, murid ini diberi peluang membuat bacaan cerita mudah semasa perhimpunan dan ganjaran berbentuk hadiah diberikan kepada mereka. Ini saya dapati dapat memberi keyakinan dan menanam minat mereka untuk belajar. Beberapa kesimpulan dan dapatan yang saya perolehi dari kajian ini, antaranya ialah: Pengajaran dan pembelajaran di kelas perlu diperingkatkan mengikut kebolehan murid supaya mereka yang lambat tidak akan ketinggalan dan terus tertinggal. Murid yang selama ini yang dianggap sebagai beban dan menyusahkan guru sebenarnya boleh dipulihkan dan mereka juga dapat membaca seperti murid lain. Mereka cuma memerlukan jangka masa yang agak lama dan perhatian khusus. Pemulihan biasa atas khas memang sesuatu yang wajib dijalankan pada setiap masa untuk memastikan tiada murid yang buta huruf bila mereka melangkah ke sekolah menengah. Pada waktu terluang, saya dapati murid-murid yang saya kaji akan membaca ABM yang saya paparkan di dinding kelas dan mereka juga akan menguji kawan mereka dengan meminta kawan mereka membaca cerita pendek. Mereka juga didapati sudah mula meminjam buku dari perpustakaan seperti murid lain dan akan membaca dengan kuat untuk menunjukkan mereka sudah boleh membaca walaupun tahap mereka belum menyamai tahap rakan-rakan yang lain. REFLEKSI Tindakan memberi bimbingan khusus kepada kumpulan murid ini saya dapati berkesan walaupun ia memerlukan komitmen dan perancangan mengajar tahap 80

tinggi dan tahap rendah. Saya dapati murid-murid ini mula berminat belajar bila diberi tumpuan khusus dan bimbingan yang lebih dari biasa. Perubahan cara mengajar yang lebih kepada cara latih tubi berkesan dan konsisten dapat menolong mereka untuk menguasai kemahiran membaca. Saya juga menyeru supaya mrid-murid yang lambat ini tidak sepatutnya dilabel sebagai bodoh atau hanya menyusahkan guru. Kita sebagai seorang guru perlu bersikap positif kerana ibu bapa memberi tanggunjawab kepada kita untuk mengajar anak-anak mereka membaca. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran yang mementingkan sukatan pelajaran akan menyebabkan murid-murid yang lambat tertinggal sehingga berlarutan sehingga ke Tahun 6 dan ini akan menjejaskan keputusan UPSR yang menjadi kayu pengukur kejayaan sesebuah sekolah. Saya berasa seolaholah ada satu kepuasan bila dapat membimbing murid-murid yang lambat ini sehingga mereka dapat membaca dan tidak lagi merasa gelisah sehinga ada yang menangis bila guru meminta mereka membaca. Harapan saya ialah saya akan terus menggunakan pemulihan dalam setiap sesi pengajaran saya. Selama ini saya tidak sedar bahawa tindakan saya membuat pemulihan khas adalah merupakan penyelidikan tindakan. Saya rasa bertuah kerana saya dipanggil mengikuti kursus Penyelidikan Tindakan. Saya akan teruskan kajian saya dengan meneruskan program ini pada tahap yang lebih tinggi iaitu untuk kumpulan ini iaitu melibatkan gabungan 3 dan 4 suku kata. BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85. 81

Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147. 82