BAB 12 PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA PERALATAN DAN BAHAN SAINS

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

KANDUNGAN. 1. Objektif Kuasa Melulus Hapuskira Urusetia Kehilangan dan Hapuskira Proses Hapuskira 3-5

Diluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Lampiran C JADUAL 1 : PENDAFTARAN ASET ALIH UNIVERSITI. 1 Terima aset bersama punca maklumat. 2 Tentukan kumpulan aset

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Dr.SHARIFAH FETOM BT SYED ZAIN DATO MISRAH BIN IBRAHIM PENGARAH PENDIDIKAN GURU

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

KERAJAAN MALAYSIA PERAKUAN PELUPUSAN (PEP) ASET ALIH KERAJAAN

PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN PP 5/2007 OLEH: UNIT PENGURUSAN ASET & PELUPUSAN BAHAGIAN PEROLEHAN & PENSWASTAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) : Pemeriksaan

KERTAS KERJA AI 4 BINTANG (MARKAH PENUH 100%) OLEH UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

PROSES KERJA : PENERIMAAN ASET

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

Apabila terdapat apa-apa kehilangan, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:-

TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UiTM. BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA BENDA PEJABAT BENDAHARI UiTM SHAH ALAM

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

BAB 6 PENGURUSAN ASET

PENGURUSAN ASET UNIVERSITI Tanggungjawab Bersama

PROSEDUR PENYELENGGARAAN ASET ALIH KERAJAAN

TAKLIMAT TATACARA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

Ketua sesuatu Pusat Tanggungjawab seperti Dekan, Dekan Penyelidikan, Pengarah, Penyelaras dan Penggawa.

Nama: RAMLAH BT. MOHAMED Nama: DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN. Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAHAGIAN AUDIT DALAM JABATAN PERDANA MENTERI SELF ASSESSMENT PENGURUSAN KEWANGAN TEMPOH PENILAIAN : 1 JULAI 2014 HINGGA 30 JUN 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. BORANG LAPORAN PENERIMAAN ASET ALIH UNIVERSITI (Hendaklah diisi dalam 2 salinan jika terdapat kerosakan/perselisihan)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

PEKELILING PERBENDAHARAAN (PP) BIL. 5 TAHUN 2007 TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (TPA) Kementerian Kewangan Malaysia

KANDUNGAN. 1. Objektif Penggunaan Penyimpanan Pematuhan Pemeriksaan Pemeriksaan Mengejut Ke Atas Pengurusan Aset 5

BAB 8 PENGURUSAN ASET HIDUP (TUMBUHAN)

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

300 PENGURUSAN ASET Tadbir Urus Aset Alih

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI 1/2008: TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ARAHAN KERJA BAB A. PENERIMAAN ASET/INVENTORI AGEN PENGHANTARAN / SYARIKAT PEMBEKAL PEMEGANG/PENGGUNA ASET/INVENTORI PEGAWAI ASET.

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

VERIFIKASI ASET TAHUN HASIL PEMERHATIAN DAN CADANGAN TINDAKAN. Oleh : Bahagian Audit Dalam 13 DISEMBER 2017

BAB 7 PENGURUSAN STOR

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN/ PERKHIDMATAN

Inventori dengan jumlah keseluruhan kurang daripada RM50,000; teruskan ke langkah 1.2 hingga 3.9

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

KANDUNGAN. 1. Objektif Tempoh Pendaftaran Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan Aset Yang Dibekalkan Bersekali Dengan Bangunan 2

PEKELILING BURSAR BIL 1 TAHUN 2018: TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UNIVERSITI

PTSS PK PS 13 PENGURUSAN PENYELENGGARAAN PERKAKASAN KOMPUTER DAN SISTEM RANGKAIAN

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN. November Versi 1.0

BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PENSWASTAAN PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL -

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL 2/2010

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

Arkib Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PELUPUSAN REKOD AWAM

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/OPR/IDEC/P004

PROSEDUR PENYELENGGARAAN KENDERAAN JABATAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendaftaran

Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT)

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR TARIKH KUATKUASA : 1 MAC 2014 PROSEDUR PEROLEHAN

(UKM-SPKP-PKU08-BO01)

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN ALATAN (VOT 35000) (PPSP/Pent/CP4)

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penyelenggaraan

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

M / S : 1 / 15 TARIKH : 8 JANUARI 2016 PINDAAN : 01 PENGURUSAN ASET /INVENTORI UPSI(ISO)/BEN/P08 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SENARAI PINDAAN BAGI GARIS PANDUAN PENGURUSAN ASET ALIH UMS

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pelupusan Buku Pusat Sumber Sekolah

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P006. PROSEDUR TENDER Tarikh: 26/05/2017

TAKLIMAT KONTRAK SEWAAN PERALATAN KOMPUTER PERIBADI BAGI PROJEK 1GFMAS PTJ NEGERI JOHOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

PTSS PK PS 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PEGAWAI PENGARAH PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JAWATAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

POLITEKNIK KOTA BHARU

KAWALAN OPERASI. Kod Dokumen: UPM/ISO-EMS/P014 PROSEDUR PENJIMATAN PENGGUNAAN KERTAS

1.0 Pengurusan Makmal Pengajaran Dan Pembelajaran

PROSEDUR KUALITI TERAS PENGENDALIAN MAKMAL PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGENDALIAN MAKMAL

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(0).10

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

Transkripsi:

BAB 12 PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA PERALATAN DAN BAHAN SAINS Pelupusan dan hapus kira adalah aspek penting dalam pengurusan makmal dan bilik sains di sekolah. Tatacara pelupusan dan hapuskira aset alih serta stok perlu dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009. 12.1 Pelupusan Peralatan Dan Bahan Sains Pelupusan adalah satu tindakan untuk mengeluarkan aset daripada milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Pelupusan hendaklah dilaksanakan ke atas stok yang didapati rosak, luput, tidak boleh guna, tidak diperlukan, tidak bergerak, melebihi keperluan dan disyorkan selepas pengiraan/ pemeriksaan/verifikasi stor. Tujuan pelupusan adalah untuk mewujudkan makmal dan bilik sains yang kondusif untuk P & P yang berkesan. 12.1.1 Definisi Pelupusan Pelupusan ialah proses mengeluarkan aset alih atau stok dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. 12.1.2 Objektif Tindakan pelupusan perlu diambil sekiranya terdapat bahan dan peralatan sains yang tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan serta yang berlebihan untuk dipindahmilik. 12.1.3 Rasional Pelupusan perlu dilaksanakan bagi menjimatkan ruang stor, mendapatkan pulangan balik, memastikan pengurusan stok makmal dan bilik sains yang sistematik serta menjamin keselamatan di makmal dan bilik sains. 12.1.4 Justifikasi Pelupusan Bahan dan peralatan sains yang boleh dilupuskan dikategorikan seperti berikut: a. Tidak ekonomi untuk dibaiki. b. Luput tempoh penggunaan. c. Keupayaan bahan/peralatan sains tidak lagi di peringkat optimum. d. Tiada alat ganti. e. Disyorkan selepas pemeriksaan bahan/peralatan. f. Perubahan teknologi. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 206

g. Melebihi keperluan. h. Usang/Obsolete. i. Rosak dan tidak boleh digunakan. j. Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan. k. Tidak lagi diperlukan oleh jabatan. 12.1.5 Kuasa Melulus Mengikut Akta Perwakilan Kuasa 1956 P.U. (B) 285 bertarikh 6hb Ogos 2009: i. Peringkat Kementerian (KPM) Tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada satu juta ringgit (RM1,000,000.00) bagi nilai agregatnya untuk semua kaedah pelupusan; dan ii. Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00) bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada seratus ribu ringgit (RM100,000.00) bagi nilai agregatnya untuk semua kaedah pelupusan. 12.1.6 Pelupusan Aset Alih dalam Makmal Carta aliran dan proses kerja pelupusan adalah seperti di Rajah 12.1 dan Jadual 12.1 207 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

CARTA ALIRAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN 1 Kenalpasti aset yang perlu dilupuskan 2 Dapatkan PEP KEW.PA-16, jika perlu 3 Sediakan maklumat aset dalam Borang Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17 4 Pemeriksaan oleh Lembaga Pemeriksa 5 Lembaga Pemeriksa melengkapkan Laporan Lembaga Pemeriksa dan tandatangan Kembalikan kepada Lembaga Pemeriksa 8a Tidak 6 7 8 Lengkap? Kemukakan Laporan Lembaga Pemeriksa kepada Urusetia Pelupusan Urusetia menyemak laporan dan pastikan dokumen sokongan disertakan Ya 9 Tentukan Kuasa Melulus Semak bidang Kuasa Melulus: Kementerian 10(a) Nilai perolehan asal tidak lebih daripada RM200,000 bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada RM1,000,000 bagi nilai agregatnya untuk semua kaedah pelupusan 10(a) 10 Lulus? 11 Tidak Ya 10(b) 11(a) Jabatan Pelajaran Negeri 10(b) Nilai perolehan asal tidak lebih daripada RM10,000 bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada RM100,000 bagi nilai agregatnya untuk semua kaedah pelupusan. (permohonan dari sekolah ke JPN sebelum 15hb September) Kembalikan kepada Urus Setia untuk maklumat lanjut 12 Maklumkan keputusan kepada pemohon 13 Laksanakan pelupusan mengikut keputusan 14 Sediakan Sijil Pelupusan KEW.PA-19 15 Kemukakan Sijil Pelupusan kepada Kuasa Melulus dan dokumen lain disertakan 16 Kemaskini merekod JADUA. Rajah 12.1 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 208

Jadual 12.1: Proses Kerja Pelupusan Aset Alih Kerajaan Langkah Proses Kerja Tindakan 1 Kenal pasti aset yang perlu dilupuskan Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pembantu Makmal atau Guru Sains Nota: Pelantikan Pegawai Aset dan Lembaga Pemeriksa berdasarkan cadangan oleh Pengetua/ Guru Besar dan dilantik oleh KSU. (Rujuk muka surat 6 para 12.1.7.1b) 2 Dapatkan PEP KEW.PA-16, jika perlu. Pegawai Aset 3 Sediakan maklumat aset dalam KEW.PA-17 seperti berikut: a. Keterangan aset b. Kuantiti c. Tarikh pembelian d. Tempoh digunakan/disimpan e. Nilai Perolehan Asal f. Nilai Semasa Lembaga Pemeriksa 4 Pemeriksaan oleh Lembaga Pemeriksa Lembaga Pemeriksa 5 Lembaga Pemeriksa melengkapkan dan menandatangani KEW.PA-17 Lembaga Pemeriksa 6 Kemukakan KEW.PA-17 kepada Urus Setia Pelupusan Lembaga Pemeriksa 7 Urus setia menyemak KEW.PA-17 dan pastikan dokumen sokongan disertakan Urusetia Aset 8 Jika laporan lengkap, terus ke proses 9 Urusetia Aset 8a Jika laporan tidak lengkap, dikembalikan kepada Lembaga Pemeriksa Urusetia Aset 9 Menentukan Jawatankuasa Melulus Urusetia Aset 10 Urus setia menyemak bidang Kuasa Melulus Urusetia Aset 209 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Langkah Proses Kerja Tindakan 10a Kemukakan kepada Kementerian jika: Nilai perolehan asal tidak lebih daripada RM200,000 bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada RM1,000,000 bagi nilai agregatnya untuk semua kaedah pelupusan. Urusetia Aset 10b Kemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri jika: Nilai perolehan asal tidak lebih daripada RM10,000 bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada RM100,000 bagi nilai agregatnya untuk semua kaedah pelupusan. (permohonan dari sekolah ke JPN sebelum 15hb September) Urusetia Aset 11 Jika pelupusan diluluskan, terus ke proses 12. Urusetia Aset 11a Jika pelupusan tidak diluluskan, laporan dikembalikan kepada Urus setia Pelupusan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Urusetia Aset 12 Maklumkan keputusan kepada pemohon. Urusetia Aset 13 Laksanakan pelupusan mengikut keputusan. Urusetia Aset 14 Sediakan Sijil Pelupusan KEW.PA-19. Urusetia Aset 15 Kemukakan Sijil Pelupusan kepada Kuasa Melulus berserta: a. Salinan resit bagi pelupusan kaedah jualan. Urusetia Aset b. Surat akuan terima bagi pelupusan kaedah pindahan/ hadiah. c. Sijil Penyaksian Pemusnahan KEW.PA-18 bagi pelupusan kaedah musnah. 16 Kemaskini rekod daftar aset. Pegawai Aset PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 210

12.1.7 Pelupusan Stok 12.1.7.1 Pelupusan Stok Bernilai Rendah a. Pelupusan stok yang bernilai rendah hendaklah dilaksanakan bagi stok yang nilai perolehan asalnya tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00) bagi nilai agregatnya dalam satu permohonan. b. Ketua Jabatan hendaklah melantik dua (2) orang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 atau yang setaraf bagi membuat pemeriksaan stok yang hendak dilupuskan. Pegawai yang dilantik hendaklah yang tidak terlibat secara langsung menguruskan stok berkenaan. c. Pemeriksaan dilaksanakan dengan menggunakan borang Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah KEW.PS-19. d. Pegawai Pemeriksa hendaklah mencatatkan keadaan stok serta memberi syor kaedah pelupusan yang sesuai untuk kelulusan Kuasa Melulus. e. Pegawai Stor hendaklah mengemaskini Kad Kawalan Stok (Bahagian B) dan Kad Petak di ruang keluar dan di ruang baki. 12.1.7.2 Kuasa Melulus Pelupusan Stok Bernilai Rendah Kuasa Melulus pelupusan stok bernilai rendah tertakluk kepada Seksyen 5, Akta Perwakilan Kuasa 1956 yang sedang berkuat kuasa dan dilaksanakan oleh Pengetua dan Guru Besar. 12.1.7.3 Perakuan Pelupusan (PEP) Perakuan Pelupusan (PEP) tidak diperlukan bagi semua pelupusan stok. 12.1.7.4 Urusetia Pelupusan Urusetia Pengurusan Aset di Kementerian/ Jabatan adalah bertanggungjawab sebagai Urusetia Pelupusan Stok. 12.1.7.5 Laporan Tahunan Pelupusan Stok Pegawai Aset hendaklah mengemukakan Laporan Tahunan Pelupusan Stok KEW.PS-20 ke Perbendaharaan sebelum 15 Januari pada tahun berikutnya. 12.1.7.6 Carta Aliran dan Kerja Proses Pelupusan Stok Bernilai Rendah Carta Aliran dan Kerja Proses Pelupusan Stok Bernilai Rendah adalah seperti di Rajah 12.2 dan Jadual 12.2. 211 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

CARTA ALIRAN PELUPUSAN STOK BERNILAI RENDAH 1 2 3 4 Kenal pasti stok yang tamat tarikh luput/ berlebihan/ tercemar/ bekas bocor Melabel stok Sediakan maklumat stok dalam Borang Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah KEW.PS-19 Pengetua/Guru Besar melantik dua pegawai pemeriksa stok :- (a) seorang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (b) seorang lagi daripada Kumpulan Sokongan, (c) atau kedua-dua daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional 5 Pegawai Pemeriksa stok (a) memeriksa stok yang hendak dilupus (b) mencatat keadaan stok (c) mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai 6 Tentukan Kuasa Melulus 7 Lulus Pengetua/ Guru Besar Meluluskan permohonan 8 Ya 9 Laksanakan pelupusan mengikut keputusan (a) buang/ tanam/ bakar (b) menghubungi syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar 10 Mencatat pelupusan stok Borang Laporan Tahunan Pelupusan Stok KEW.PS -20 sebelum 15hb Januari Rajah 12.2 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 212

Jadual 12.2: Proses Kerja Pelupusan Stok Kerajaan Langkah Proses Kerja Tindakan 1 Kenal pasti stok yang tamat tarikh luput/ berlebihan/ tercemar/bekas bocor. Ketua Bidang Sains dan Matematik 2 Melabel stok. Pembantu Makmal 3 Sediakan maklumat stok dalam Borang Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah KEW.PS-19. 4 Ketua Jabatan melantik dua pegawai pemeriksa stok: a. seorang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional. b. seorang lagi daripada Kumpulan Sokongan, c. atau kedua-dua daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional. 5 Pegawai Pemeriksa Stok a. memeriksa stok yang hendak dilupus. b. mencatat keadaan stok. c. mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai. Pegawai Aset atau Pembantu Makmal Pengetua/Guru Besar Pegawai Pemeriksa Stok 6 Tentukan Kuasa Melulus. Urusetia Aset 7 Jika lulus teruskan ke proses 8. Urusetia Aset 8 Ketua Jabatan meluluskan permohonan Pengetua/ Guru Besar 9 Laksanakan pelupusan mengikut keputusan a. buang/ tanam/ bakar. Guru Sains b. menghubungi syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar bagi bahan toksik dan bahan yang mencemarkan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar 10 Mencatat pelupusan stok Borang Laporan Tahunan Pelupusan Stok KEW.PS-20 sebelum 15hb Januari. Pegawai Aset 213 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

12.2 Kehilangan Dan Hapus Kira 12.2.1 Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih 12.2.1.1 Definisi/Huraian Istilah: a. Kehilangan bermaksud aset yang tiada lagi dalam simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai awam. b. Hapus kira ialah satu proses untuk membatalkan rekod aset yang hilang. c. Pegawai Pengawal ialah Ketua Setiausaha Kementerian. d. Pegawai Aset ialah pegawai yang menguruskan aset dan dilantik oleh Pegawai Pengawal. e. Ketua Jabatan termasuk ketua sesuatu cawangan, daerah-daerah kecil, pejabat atau pejabat wilayah. (Peringkat : Pengetua/Guru Besar) 12.2.1.2 Jawatankuasa Penyiasat 12.2.1.3 Objektif a. Jawatankuasa Penyiasat hendaklah dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal menggunakan KEW.PA-29 dengan segera dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh Laporan Awal ditandatangani. b. Keanggotaan Jawatankuasa Penyiasat terdiri daripada : i. pegawai yang tidak terlibat dengan kehilangan itu dan bukan dari bahagian/ unit yang sama. ii. pegawai berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang terlibat; dan iii. sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli di mana pegawai yang lebih kanan sebagai Pengerusi. Hapus kira aset kerajaan bertujuan untuk : a. Mengawal kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan akibat kehilangan aset; b. Menyelaraskan rekod aset; c. Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan aset kerajaan; dan d. Membolehkan tindakan surcaj atau tindakan tatatertib dikenakan ke atas kecuaian pegawai. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 214

12.2.1.4 Kuasa Melulus Rujuk Akta Perwakilan Kuasa 1956 P.U. (B) 285. dalam Warta Kerajaan Jil. 53 No. 6 Tambahan No. 70 Perundangan (B) bertarikh 6hb Ogos 2009. a. Peringkat Kementerian i. Tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada satu juta ringgit (RM1,000,000.00) bagi nilai agregatnya untuk semua jenis aset kecuali kehilangan yang melibatkan kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai awam. ii. Semua kehilangan yang melibatkan peralatan Elektronik, Komunikasi dan ICT seperti di bawah tanpa mengira nilai perolehan asal iaitu: Telefon Bimbit; Walkie-Talkie; Kamera Digital; Kamera Video; Komputer Riba; Palmtop/ Pocket PC; Personal Digital Assistant (PDA); Digital Light Projector (DLP) ; Pemain CD/DVD; dan Smartphone. iii. Semua kes kehilangan peralatan elektronik, telekomunikasi dan ICT dengan nilai semasanya tidak melebihi RM5,000 yang belum diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib termasuk kes-kes sebelum Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 5hb Februari 2009 dikeluarkan adalah dibenarkan mengguna pakai kaedah bayaran balik; Tindakan bayaran balik akan dikenakan terhadap seorang pegawai atau beberapa orang pegawai yang bertanggungjawab atas kehilangan itu sekiranya terdapat unsur-unsur kecurian, penipuan atau kecuaian; dan Skop pemakaian kaedah bayaran balik diperluaskan untuk meliputi semua aset alih lain dengan nilai semasa 215 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

tidak melebihi RM5,000 kecuali aset-aset yang melibatkan peralatan keselamatan seperti senjata api atau aset yang sukar diperoleh, peralatan/ komponen strategik atau aset yang digunakan atas maksud kepentingan negara. Kehilangan aset-aset tersebut perlu disiasat dengan teliti dan kecuaian berkaitan dengannya boleh dikenakan kedua-dua tindakan surcaj dan tatatertib. (Kaedah Alternatif Kepada Tindakan Surcaj Bagi Mendapatkan Nilai Harta Mudah Alih (Elektronik) Yang Hilang sila rujuk Surat Arahan Perbendaharaan KKIBKPII 01535136 Jld. 4 (15) Bertarikh 5hb Februari 2009) b. Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri/ Tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00) bagi tiap-tiap barang individu dan tidak lebih daripada seratus ribu ringgit (RM100,000.00) bagi nilai agregatnya untuk semua jenis aset kecuali kehilangan yang melibatkan kecurian atau penipuan atau kecuaian pegawai awam. 12.2.1.5 Urus Setia Kehilangan Dan Hapus Kira Aset Alih a. Jawatankuasa Aset adalah bertanggung jawab sebagai Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira. b. Tugas-tugas Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira adalah seperti berikut: i. Mendapatkan maklumat mengenai aset yang hilang melalui Daftar Harta Modal/ Inventori; ii. Mendapatkan Laporan Awal KEW.PA-28 daripada Ketua Jabatan; iii. Mengemukakan Laporan Awal dan salinan Laporan Polis kepada Pegawai Pengawal; iv. Menguruskan pelantikan Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan contoh format KEW.PA-29; v. Mendapatkan hasil siasatan polis; vi. Mendapatkan Laporan Akhir KEW.PA-30 daripada Jawatankuasa Penyiasat: Mengemukakan Laporan Akhir bagi mendapatkan ulasan dan syor daripada Pegawai Pengawal; Menyemak dan memastikan dokumen bagi permohonan hapus kira lengkap dan teratur; dan PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 216

Mengemukakan permohonan hapus kira kepada Kuasa Melulus dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh Laporan Awal dikemukakan walaupun laporan hasil penyiasatan polis belum diperolehi. 12.2.1.6 Laporan Awal KEW.PA-28 a. Pengetua dan Guru Besar hendaklah menyediakan Laporan Awal. Bagi kes kehilangan yang melibatkan seseorang Pengetua dan Guru Besar, Laporan Awal hendaklah disediakan oleh pegawai atasannya di peringkat Kementerian/Ibu Pejabat. b. Pengetua dan Guru Besar di mana kehilangan berlaku hendaklah dengan segera, dalam tempoh dua (2) hari bekerja menghantar Laporan Awal dan salinan Laporan Polis terus kepada: Pegawai Pengawal bagi Jabatan di mana kehilangan aset berlaku; dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. c. Salinan Laporan Awal hendaklah dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, Akauntan Negara, Ketua Audit Negara dan wakil tempatan Ketua Audit Negara. 12.2.1.7 Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Penyiasat: a. Menjalankan siasatan dengan segera selepas pelantikan; b. Memeriksa sendiri tempat berlakunya kehilangan; c. Meneliti Laporan Polis yang dibuat mengenai kehilangan; d. Memeriksa rekod-rekod mengenai aset yang hilang; e. Memastikan sama ada Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) dan Arahan Keselamatan Kerajaan dipatuhi; f. Mengenalpasti kelemahan yang wujud; g. Mengesyorkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelak berulangnya kejadian kehilangan; h. Menyediakan dan menandatangani Laporan Akhir; i. Memaklumkan keputusan kepada Ketua Jabatan untuk tindakan kemaskini rekod daftar aset; j. Memaklumkan syor surcaj atau tatatertib kepada Urus Setia Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya; 217 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

k. Mendapatkan Sijil Hapus Kira KEW.PA-31 daripada Ketua Jabatan dan mengemukakannya kepada Kuasa Melulus dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kelulusan hapus kira; l. Mendapatkan maklumbalas kedudukan tindakan surcaj/ tatatertib daripada Urus Setia Pihak Berkuasa Tatatertib dan memaklumkannya kepada Perbendaharaan; dan m. Menyedia dan mengemukakan Laporan Tahunan Tindakan Surcaj atau Tindakan Tatatertib KEW.PA-32 ke Perbendaharaan tidak lewat dari 15hb Januari. 12.2.1.8 Laporan Akhir KEW.PA-30 a. Jawatankuasa Penyiasat bertanggungjawab menyediakan Laporan Akhir dan kemukakan kepada Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pelantikan. Keterangan bertulis daripada pegawai yang terlibat boleh dilampirkan kepada Laporan Akhir, jika ada. b. Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira mengemukakan Laporan Akhir untuk syor dan ulasan kepada Pegawai Pengawal. c. Laporan akhir hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti salinan Daftar Harta Modal/Daftar Inventori, salinan Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori, gambar lokasi kejadian (jika perlu) dan dokumen-dokumen berkaitan ke Perbendaharaan. d. Laporan Akhir perlu dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan walaupun Laporan Hasil Penyiasatan Polis belum diperolehi. e. Pengawai Pengawal setelah berpuas hati dengan hasil siasatan di Laporan Akhir adalah bertanggungjawab untuk: i. Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang hilang dengan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali; atau ii. Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang hilang tanpa surcaj atau tatatertib; dan iii. Menandatangani sendiri syor dan ulasan. f. Sekiranya Pegawai Pengawal tidak berpuashati dengan hasil siasatan di Laporan Akhir maka Pegawai Pengawal boleh mengarahkan siasatan semula. Bagi maksud ini Pegawai Pengawal boleh: i. Mengarahkan siasatan semula oleh Jawatankuasa Penyiasat sedia ada; atau ii. Melantik Jawatankuasa Penyiasat yang baru untuk menjalankan siasatan semula. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 218

g. Laporan Akhir yang lengkap dengan syor dan ulasan Pegawai Pengawal hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Kuasa Melulus dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh Laporan Awal dikemukakan. 12.2.1.9 Tindakan Kementerian/ Jabatan Selepas Kelulusan a. Kelulusan hapus kira hendaklah dicatatkan di dalam Daftar Harta Modal atau Inventori. b. Maklumkan pelaksanaan tindakan hapus kira kepada Kuasa Melulus dengan mengemukakan Sijil Hapus Kira Aset KEW.PA- 31 dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kelulusan. c. Syor Surcaj/Tatatertib hendaklah dibawa ke Pihak Berkuasa Tatatertib Kementerian/ Jabatan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan Perbendaharaan. d. Maklumkan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib ke atas syor surcaj/ tatatertib kepada Perbendaharaan dalam tempoh sembilan (9) bulan dari tarikh surat kelulusan Perbendaharaan. 12.2.1.10 Carta Aliran dan Kerja Proses Hapus Kira Aset Alih Carta Aliran dan Kerja Proses Hapus Kira Aset Alih adalah seperti di Rajah 12.3 dan Jadual 12.3. 219 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

CARTA ALIRAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET ALIH 1 Laporkan kehilangan serta merta kepada Pengetua/ Guru Besar 2 Laporkan segera kepada Polis dalam masa 24 jam 3 Pengetua/Guru Besar sediakan Laporan Awal KEW.PA 28 dan kemuka kepada Pegawai Pengawal dan PPD/ JPN 4 Pegawai Pengawal lantik JK Penyiasat KEW.PA 29 5 JK Penyiasat menjalankan siasatan Kembalikan kepada JK Penyiasat 8a 6 7 JK Penyiasat sediakan Laporan Akhir KEW.PA 30 dan kemukankan kepada Urus Setia Urus setia semak Laporan Akhir Tidak 8 Lengkap? Ya 9 Urus setia kemukakan Laporan Akhir kepada Pegawai Pengawal untuk syor dan ulasan Kembalikan kepada Urus Setia untuk siasatan semula 11a 10 Pegawai Pengawal meneliti Laporan Akhir Tidak 11 Puas hati? 12 Ya (a) Berikan syor dan ulasan di Laporan Akhir (b) Luluskan Hapus Kira jika di bawah bidang kuasanya 13 Kemukakan Laporan Akhir kepada Perbendaharaan 14 Perbendaharaan membuat pertimbangan dan keputusan Kembalikan kepada Pegawai Pengawal untuk maklumat lanjut 15a 15 16 Ya Lulus? Maklumkan keputusan kepada Pegawai Pengawal 17 Kementerian/Jabatan laksanakan keputusan 18 Kemukakan Sijil Hapus Kira KEW.PA 31 kepada perbendaharaan Rajah 12.3 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 220

JADUAL 12.3 PROSES KERJA BAGI TINDAKAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET ALIH Langkah Proses Kerja Tindakan 1 Pegawai yang mengetahui kehilangan melaporkan kehilangan dengan serta merta kepada Pengetua atau Guru Besar. 2 Pengetua/ Guru Besar/ pegawai yang berkenaaan melaporkan segera kehilangan kepada Polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui. Ketua Bidang Sains dan Matematik Pengetua/ Guru Besar 3 Ketua Jabatan sediakan Laporan Awal KEW.PA-28 dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh kehilangan dan kemukakan kepada Pegawai Pengawal dan Perbendaharaan berserta salinan Laporan Polis. 4 Pegawai Pengawal melantik Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan format KEW.PA-29. Pengetua/Guru Besar Pengetua/ Guru Besar 5 Jawatankuasa Penyiasat menjalankan siasatan. JK Penyiasat 6 Jawatankuasa Penyiasat menyedia dan mengemukakan Laporan Akhir KEW.PA-30 kepada Urus setia dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pelantikan. JK Penyiasat 7 Urus setia menyemak Laporan Akhir. PPD/JPN 8 Jika Laporan akhir lengkap, terus ke proses 9. 8a Laporan yang tidak lengkap dikembalikan kepada Jawatankuasa Penyiasat. PPD/ JPN 9 Kemukakan Laporan Akhir yang lengkap kepada Pegawai Pengawal untuk mendapatkan syor dan ulasan. JK Penyiasat 10 Pegawai Pengawal meneliti Laporan Akhir. Pegawai Aset 11 Setelah berpuas hati dengan hasil siasatan, terus ke proses 12. Pegawai Aset 11a Jika tidak berpuas hati, kembalikan kepada Urusetia untuk siasatan semula. (balik ke langkah 9). Pegawai Pengawal 221 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Langkah Proses Kerja Tindakan 12 Pegawai Pengawal hendaklah: a. Memberi syor dan ulasan; dan b. Ketua Pengarah Pelajaran Negeri meluluskan hapus kira jika: i. Nilai perolehan asal kurang daripada RM 10,000 setiap satu atau jumlah keseluruhan kurang daripada RM100,000 dan bukan aset yang dinyatakan di para 12.2.1.4a (ii) dan ii. Tidak melibatkan soal kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai awam. Urusetia Aset 13 Kemukakan ke Kementerian jika: a. Nilai perolehan asal melebihi RM200,000 setiap satu atau jumlah keseluruhan melebihi RM1,000,000; Urusetia Aset b. Jenis aset seperti yang dinyatakan di para 12.2.1.4a (ii) tanpa mengira nilai perolehan asalnya; dan c. Melibatkan soal kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai awam. 14 Perbendaharaan membuat pertimbangan dan keputusan. 15 Jika mendapat kelulusan daripada Perbendaharaan, terus ke proses 16. Perbendaharaan Perbendaharaan 15a Jika Perbendaharaan memerlukan penjelasan lanjut, permohonan dikembalikan kepada Pegawai Pengawal Perbendaharaan 16 Perbendaharaan memaklumkan keputusan kepada Pegawai Pengawal. 17 Kementerian/ Jabatan laksanakan keputusan dengan tindakan berikut : Perbendaharaan Urusetia aset sekolah a. Catatkan kelulusan Hapus kira dalam Daftar Harta Modal/ Inventori; b. Sediakan Sijil Hapus kira Aset Alih Kerajaan KEW.PA-31; dan c. Syor surcaj/tatatertib jika ada, hendaklah dibawa ke Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Surat Kelulusan Perbendaharaan. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 222

Langkah Proses Kerja Tindakan 18 Kementerian/ Jabatan hendaklah: a. mengemukakan Sijil Hapus kira kepada Perbendaharaan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kelulusan; dan b. memaklumkan kedudukan tindakan surcaj/ tatatertib (jika ada). JPN 12.2.2 Kehilangan dan Hapus Kira Aset Stok Bernilai Rendah Hapus Kira Kehilangan Stok hendaklah dilaksanakan apabila berlaku kecurian, kebakaran, bencana alam, kesusutan dan seumpamanya dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang sedang berkuat kuasa kecuali Kekurangan Stok Yang Bernilai Rendah. 12.2.2.1 Kekurangan Stok Yang Bernilai Rendah i. Stok yang bernilai rendah bermaksud jumlah nilai keseluruhan perolehan asalnya tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit (RM250) yang kekurangannya disebabkan oleh kesusutan akibat dipotong, ditimbang, dibancuh, bocor, sejat, meruap atau kemerosotan/kekurangan yang tidak dapat dielakkan. ii. Kekurangan stok tersebut bukan disebabkan kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai awam. 12.2.2.2 Kuasa Melulus Hapus Kira Kekurangan Stok Kuasa melulus hapus kira kekurangan stok adalah tertakluk kepada Seksyen 5, Akta Perwakilan Kuasa 1956 yang sedang berkuat kuasa. 12.2.2.3 Laporan Hapus Kira Kekurangan Stok i. Pegawai Stor hendaklah menyediakan Laporan Hapus Kira Kekurangan Stok KEW.PS-21 dengan merujuk di ruangan syor oleh Pegawai Pemeriksa/Pemverifikasi stor di KEW.PS- 14. ii. KEW.PS-21 hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan sebelum dikemukakan kepada Kuasa Melulus untuk kelulusan Hapus Kira. iii. Pegawai Stor hendaklah mengemaskini Kad Kawalan Stok (Bahagian B) dan Kad Petak di ruang keluar dan di ruang baki. 223 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

iv. Laporan Polis, Laporan Awal dan Laporan Akhir tidak diperlukan bagi kes kekurangan stok yang bernilai rendah kecuali sesuatu kehilangan melibatkan jenayah. 12.2.2.4 Urusetia Kehilangan Dan Hapus Kira Stok Urusetia Pengurusan Aset di Kementerian/Jabatan adalah bertanggungjawab sebagai Urusetia Kehilangan dan Hapus Kira stok. 12.2.2.5 Laporan Tahunan Kehilangan Dan Hapus Kira Stok i. Pegawai Pengawal hendaklah melaporkan kesemua kes kehilangan dan hapus kira stok dengan menggunakan Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok KEW.PS-22. ii. KEW.PS-22 hendaklah dikemukakan ke Perbendaharaan sebelum 15 Mac pada tahun berikutnya. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 224

12.4 Cadangan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan Di (JKPAK) Pengerusi (Pengetua/Guru Besar) Setiausaha (Pegawai Aset ) Dicadangkan oleh Pengetua/Guru Besar. Dilantik oleh KSU. AJK a) Penolong Kanan b) Ketua Bidang c) Ketua Panitia d) Ahli yang dirasakan sesuai Agenda mesyuarat JKPAK: 1 Kedudukan aset alih/stok. 2 Laporan Hasil Pemeriksaan Aset Alih 3 Laporan Tindakan Pelupusan 4 Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib 5 Masalah Berkaitan Pengurusan Aset Alih dan Stok 225 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

12.5 Rujukan 12.5 Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda Diterbitkan Dengan Kuasa, Jil. 53 No. 16, Tambahan No. 70 Perundangan (B), (6hb Ogos 2009): Akta Perwakilan Kuasa 1956 Perwakilan Kuasa Di Bawah Seksyen 5. 12.6 Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007, KK/BKP10/535/36-Jld.2 (15): Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. 12.7 Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2009, KK/BKP10/535/36-B (38): Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan. 12.8 Surat Arahan Perbendaharaan, KKIBKPII 01535136 Jld. 4 (15), (5 Februari 2009): Kaedah Alternatif Kepada Tindakan Surcaj Bagi Mendapatkan Nilai Harta Mudah Alih (Elektronik) Yang Hilang. 12.9 Surat Arahan Perbendaharaan Penambahbaikan, KWBKPl101535136 Jld. 5 (41), (31 Julai 2009): Kaedah Alternatif Kepada Tindakan Surcaj Bagi Mendapatkan Nilai Harta Mudah Alih (Elektronik) Yang Hilang. 12.10 Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil 4/20009: Garis Panduan Pengurusan Aset Alih Kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 226