ABSTRAK PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH

dokumen-dokumen yang mirip
KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

EDU 3108 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU. Nordin Tahir JIP, IPG Kampus Ipoh

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Katakunci : faktor, tuisyen Bahasa Inggeris

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Ariegusrini Bte Agus Mohamad Johdi Bin Salleh International Islamic University Malaysia (IIUM)

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT :

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

2.0 PENYATAAN MASALAH

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Kajian terhadap tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan kepada Job

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Kesilapan Yang Dilakukan Pelajar Dalam Menjawab Topik Janjang Di Dalam Kursus BA301 (Matematik Kejuruteraan 3) Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

Transkripsi:

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DALAM SUBJEK YANG MEMPUNYAI KONSEP PENGIRAAN ADALAH DI DORONG OLEH FAKTOR PENCAPAIAN DALAM SUBJEK MATEMATIK BAGI PELAJAR DKA3-S2 1 Nurfadzlina Binti Mohd Rozi 1 Jabatan Kejuruteraan Awam, 1 Politeknik Kuching Sarawak. 1 nurfadzlina@poliku.edu.my ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan dan mencari perkaitan samada pencapaian ini di dorong oleh faktor pencapaian pelajar dalam subjek matematik. Seramai 22 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam daripada semester tiga telah dipilih menjadi sampel kajian ini. Pencapaian akademik pelajarpelajar ini diukur berdasarkan keputusan-keputusan peperiksaan yang diambil daripada setiap semester dan berdasarkan matapelajaran-matapelajaran yang menggunakan pengiraan di dalam prinsip pembelajaran. Ujian Kesignifikanan Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk mencari perkaitan di antara pencapaian pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan dengan subjek matematik. Nilai CGPA juga adalah salah satu pembolehubah selain daripada faktor laterbelakang. Hasil analisis menunjukkan menunjukkan bahawa perkaitan wujud di antara keputusan peperiksaan bagi subjek yang menggunakan konsep pengiraan dengan subjek matematik (nilai p=0.00). Faktor-faktor lain seperti jantina dan bangsa tidak mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam subjek-subjek pengiraan yang telah dipilih (nilai p=1.87). Manakala CGPA mempunyai perkaitan yang signifikan dengan keputusan peperiksaan pelajar dalam subjek-subjek pengiraan (p=0.00). PENGENALAN Pencapaian akademik pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan mempengaruhinya. Satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Nasir Khalid (1997) mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar adalah faktor-faktor seperti keyakinan pelajar, status sosio ekonomi, keluarga, jantina, kedudukan sekolah, persekitaran sekolah dan pencapaian matematik terdahulu adalah antara penganggar yang signifikan bagi pencapaian matematik bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Kajian ini dibuat berdasarkan teori Pavlov yang menyatakan bahawa generalisasi boleh berlaku di dalam proses pembelajaran. Di 1 dalam bilik darjah generalisasi bermaksud kemahiran boleh dipindahkan kepada beberapa mata pelajaran seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah yang lebih kurang sama dalam dalam fizik. Di dalam kajian ini, generalisasi boleh berlaku apabila pelajar mengaplikasikan konsep pengiraan di dalam matapelajaran-matapelajaran yang berlainan. PERNYATAAN MASALAH Teknologi Konkrit dan Mekanik Struktur adalah antara kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching Sarawak bagi memperoleh Diploma Kejuruteraan Awam. Kursus ini menekankan

tentang konsep-konsep penting dalam pengiraan yang secara keseluruhannya memerlukan kemahiran pelajar di dalam matapelajaran matematik. Tinjauan awal yang dilakukan mendapati kebanyakan pelajar berpendapat bahawa kursus ini adalah antara kursus yang sukar kerana ia banyak menggunakan prinsip matematik di dalam proses pembelajarannya. Pencapaian akademik pelajar dalam subjek yang mempunyai kesamaan dalam konsep pembelajaran sering dikaitkan dengan asas kepada sesuatu subjek. Dalam kajian ini pengkaji melihat kepada pencapaian subjek iaitu Mekanik Struktur dan Teknologi Konkrit dimana subjek berkenaan mempunyai kesamaan dengan konsep pembelajaran subjek Matematik. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut: 1. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah di dalam beberapa matapelajaran yang menggunakan prinsip pengiraan sebagai asas pembelajaran. 2. Mengkaji samada generalisasi berlaku dikalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester 3 berdasarkan data-data yang diperolehi. LITERATUR BERKAITAN Setiap masyarakat di dunia menyedari kepentingan pendidikan. Sejarah membuktikan sejak zaman dahulu lagi para ibu bapa, pendidik dan ahli psikologi sentiasa melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai disiplin pelajaran. Individu yang bergelar pelajar sememangnya mempunyai perbezaan daripada pelbagai segi. Kebolehan dan tahap pencapaian akademik juga mempunyai perbezaan. Perbezaan ini amat menarik perhatian kalangan pendidik untuk dikaji, khususnya ahli psikologi pendidikan. Perbezaan individu diperhatikan dalam pelbagai bidang seperti kurikulum, pengajaran guru, psikologi perkembangan dan sebagainya. Dalam kajian-kajian yang dijalankan, terdapat pelbagai penemuan yang amat berguna telah diperolehi terutamanya daripada segi usaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Ramai pengkaji bersetuju pangajaran dan pembelajaran yang berkesan harus dilihat daripada pelbagai perspektif. Faktor-faktor lain yang terlibat dalam pencapaian ini adalah persediaan dan pembelajaran pelajar itu sendiri. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran telah diaplikasikan dalam bilik darjah khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat kajian-kajian yang menghasilkan dapatan bahawa gaya pembelajaran berkaitan dengan pencapaian akademik. (Shahabuddin dan Rohizani,2003) Teori pengajaran boleh didefinisikan sebagai usaha mengenal pasti kaedah yang dapat mewujudkan keadaan bagi membolehkan matlamat pembelajaran dicapai. Bagi menjamin keberkesanan teori pengajaran, ia perlu serasi dengan teori pembelajaran yang sedia ada. Dengan kata lain, teori pembelajaran menghuraikan hubungkait antara apa yang dipelajari dengan keadaan dalam mana pembelajaran itu berlaku. (Ee Ah Meng, 2002). Generalisasi adalah kesesuaian dan pengekalan pembelajaran dengan pelbagai rangsangan iaitu kebolehan memindah kemahiran kepada beberapa keadaan dan situasi. Di dalam bilik darjah, generalisasi bermaksud kemahiran boleh dipindahkan kepada beberapa mata pelajaran seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah yang lebih kurang sama dalam dalam fizik. Generalisasi rangsangan berlaku apabila gerak balas terlazim tersebar kepada objek yang lebih kurang serupa dengan rangsangan terlazim atau aspek situasi di mana gerak balas itu mula dilazimkan. Secara ringkas prinsip generalisasi menyatakan apabila rangsangan terlazim 2

berpasnagn dengan rangsangan tak terlazim dan menghasilkan gerak balas, rangsangan lain yang berbeza tetapi mengikut dimensi yang sama seperti rangsangan terlazim boleh membangkitkan gerak balas terlazim. Tambahan lagi, lebih mirip rangsangan baru ini dengan rangsangan terlazim asal, lebih kuat gerak balas terlazim berlaku. Contohnya pelajar berasa risau apabila berhadapan dengan masalah tugas dalam matematik mungkin akan mengeneralisasikan perasaan risau terhadap aspek lain dalam matematik. Ataupun seorang pelajar diperkecilkan dalam satu kelas akan mengeneralisasikan perasaan rendah diri ini di dalamkelas lain. Di sini juga adalah penting untuk guru memberikan persekitaran bilik darjah yang positif untuk membantu pelajar mengaitkan perasaan keselesaan terhadap mata pelajaran dan kemahiran yang diajar. (Rahil et.al, 2000). Dalam pendidikan matematik, semakin banyak topik yang dipelajari, semakin banyak aktiviti pengiraan yang perlu dilakukan oleh pelajar. Bagi pelajar yang agak lemah dari segi pengiraan, mereka merasakan matapelajaran yang melibatkan pengiraan semakin sukar dan kadangkala timbul rasa putus asa untuk menyelesaikan sesuatu masalah pengiraan. Pelajar mmepelajari kemahiran mengira bukan sahaja untuk membuat pengiraan tetapi menggunakan kemahiran itu untuk menyelesaikan masalah dan meneroka idea baru dalam pengiraan.(noraini, 2002) Pelaziman memang berlaku di dalam bilik darjah misalnya tidak terdapat perhubungan logik antara perasaan rendah diri seorang pelajar dengan ilmu hisab. Tetapi apabila dalam kelas ilmu hisab, pelajar tersebut dibuat berasa rendah diri beberapa kali, aktiviti yang berkaitan ilmu hisab menjadi hampirhampir tidak boleh dipisahkan dengan gerak balas emosi yang berkaitan dengan perasaan rendah diri. Pada lazimnya, peneguhan digunakan adalah untuk menggalakkan wujudnya tingkah laku positif dalam diri pelajar. Berbagai-bagai langkah dilakukan oleh guru untuk mewujudkan peneguhan di kalangan pelajar. Untuk mengubah tingkah laku pelajar dalam bidang pelajaran, guru kerap kali menyuruh mereka mengulang sesuatu tindakan itu. Mereka juga melakukan latih tubi pelajar sebagai tindakan peneguhan. Dari segi pembelajaran pula, peneguhan terhadap pengajaran guru adalah perlu agar pelajaran yang disampaikan oleh guru akan kekal dalam ingatan dan tersemat dalam hati pelajar. (Omardin Ashaari, 1999) Rajah 1 menunjukkan satu model proses pendidikan yang dibina oleh Bryant (1974, dalam Alias Baba, 1989). Ianya menunjukkan secara keseluruhan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Rajah 1 : Model Proses Pendidikan Dalam kajian ini, penyelidik menetapkan untuk mengkaji dua faktor yang dijangkakan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matapelajaran teknologi konkrit dan mekanik struktur. Faktor-faktor tersebut adalah latarbelakang pelajar dan keputusan peperiksaan matematik. Rajah 2 berikut menunjukkan kerangka teori bagi kajian ini yang menggambarkan hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar. Pemboleh ubah bersandar dalam 3

kajian ini adalah terdiri dari latarbelakang pelajar dan keputusan peperiksaan matematik. Manakala pembolehubah bersandar pula adalah keputusan peperiksaan bagi 2 matapelajaran yang telah dipilih iaitu Teknologi Konkrit dan Mekanik Struktur. Rajah 2 : Model Kajian METODOLOGI KAJIAN Kajian ini berbentuk kajian pemerhatian berdasarkan keputusan peperiksaan bagi subjek-subjek yang telah dipilih. Ini bertujuan untuk mengenalpasti samada generalisasi berlaku di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester Tiga. Populasi yang digunakan untuk kajian ini adalah seramai 22 orang. Pakej perisian Statistical Packages for the Social Science atau SPSS telah digunakan untuk menganalisis data kajian ini. Ujian statistic yang digunakan dalam analisis hipotesis kajian adalah korelasi Pearson, r untuk mendapatkan hubungan antara pembolehubah, Menurut Majid Konting (1994), ujian-t sangat berkuasa dalam menentukan perbezaan antara dua min pemolehubah. Di dalam ujian korelasi, pekali korelasi, r digunakan untuk menunjukkan sejauh mana kekuatan atau keteguhan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Pekali korelasi mempunyai nilai di antara negatif satu dan positif satu ( -1 r 1 ). Nilai sifar menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan linear di antara pembolehubahpembolehubah. Pekali korelasi yang menghampiri sifar menunjukkan bahawa hubungan antara pemboleh ubahpembolehubah adalah lemah. Pekali korelasi -1 atau +1 pula menunjukkan hubungan yang sempurna di antara pembolehubahpembolehubah yang dikaji. Hubungan antara pembolehubah-pembolehubah adalah sangat teguh sekiranya pekali korelasi menghampiri -1 atau +1. (Mohd Majid Konting,1990) Dalam SPSS, prosedur bagi mengira pekali kebolehpercayaan boleh dilakukan dengan menggunakan subprogram REALIBILITY. Program ini akan menilai pelbagai butir dengan menggunakan pengiraan pekali keboleh percayaan. (Mohd Majid Konting,1990) DAPATAN Jaduai 1 di bawah menunjukkan keputusan peperiksaan akhir pelajar-pelajar daripada Diploma Kejuruteraan Awam Semester 3 Seksyen 2 (DKA3S2) yang diperolehi daripada Unit Peperiksaan Politeknik Kuching Sarawak. Secara pemerhatian didapati terdapat beberapa orang pelajar yang didapati mendapat markah yang kurang memuaskan di dalam subjeksubjek yang telah dipilih. Jadual 1 : Keputusan peperiksaan akhir pelajar DKA3S2 Bil. No. Pend B 3001 C 3007 C 2003 CGPA 1 05DKA06F047 79 71 93 3.51 2 05DKA06F030 74 84 74 3.46 3 05DKA06F025 72 69 86 3.45 4 05DKA06F033 79 67 68 3.42 5 05DKA06F045 78 60 65 3.36 6 05DKA06F031 75 62 87 3.35 7 05DKA06F038 61 74 69 3.25 8 05DKA06F032 52 68 86 3.24 9 05DKA06F044 64 73 57 3.24 10 05DKA06F024 82 66 84 3.20 11 05DKA06F034 76 50 65 3.12 12 05DKA06F028 57 64 70 3.11 13 05DKA06F046 60 62 81 3.06 14 05DKA06F026 52 63 79 3.05 4

15 05DKA06F041 66 52 77 3.04 16 05DKA06F043 50 67 84 3.01 17 05DKA06F040 53 52 80 2.88 18 05DKA06F027 64 64 87 2.87 19 05DKA06F035 64 50 80 2.81 20 05DKA06F036 67 51 69 2.67 21 05DKA06F039 55 51 68 2.61 22 05DKA06F029 70 83 84 3.39 Sumber :Unit Peperiksaan Politeknik Kuching Sarawak Kajian melibatkan seramai 22 orang pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Awam Semester Tiga (DKA3S2) semester Julai 2007 yang terdiri daripada 12 orang lelaki mewakili 54.5% dan 10 orang perempuan mewakili 45.5%. Carta 1 menunjukkan jumlah responden yang terlibat di dalam kajian ini mengikut jantina. Carta 1 :Jumlah responden mengikut jantina Count 12 10 8 6 Carta 2 :Peratusan pelajar mengikut CGPA Hasil Analisis Menggunakan Ujian Kesignifikanan Pekali Korelasi Jadual 2 menunjukkan nilai pekali kolerasi Pearson yang diperolehi daripada ujikaji yang telah dijalankan bagi mencari perkaitan antara subjek matematik dan subjek-subjek pengiraan yang lain. Jadual 2 :Nilai pekali pearson Bil Pembolehubah Nilai pekali kolerasi pearson,r 1 Subjek matematik 0.000 2 Subjek-subjek pengiraan 0.000 yang lain 4 2 0 Lelaki Jantina Perempuan Daripada jadual di atas di dapati nilai r=0.000. Daripada nilai itu dapat dibuat kesimpulan bahawa memang wujud perkaitan yang kuat antara keputusan subjek matematik dengan subjek-subjek pengiraan yang lain. Sesuatu faktor dikatakan mempunyai hubungan yang signifikan sekiranya nilai r kurang daripada 0.05. Daripada kajian juga di dapati seramai 5 orang pelajar mendapat keputusan CGPA kurang daripada 3.0 dan 17 orang mendapat CGPA lebih atau sama dengan 3.0. Carta 2 di bawah menunjukkan peratusan pelajar mengikut CGPA. Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik, pekali Cronbach s Alpha digunakan. Semakin tinggi nilai pekali iaitu menghampiri 1 maka semakin baik sesuatu instrumen. Jadual 3 menunjukkan nilai pekali Cronbach s Alpha yang diperolehi di mana bagi soalan-soalan di bahagian B adalah 0.969 manakala nilai pekali bagi soalan-soalan 5

di bahagian C adalah 0.949. Daripada keputusan ini di dapati instumen soal selidik berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Jadual 3 : Nilai pekali Cronbach s Alpha Soalan Kaji Nilai pekali N of Bil Selidik Cronbach s Alpha items 1 Bahagian B 0.969 10 (Asas matematik) 2 Bahagian C (Kesamaan dengan lainlain subjek perkiraan) 0.949 10 Di dalam kajian ini juga ujian-t telah dibuat untuk mencari perkaitan antara pembolehubah - pembolehubah. Perkaitan antara keputusan peperiksaan mekanik struktur dan pencapaian CGPA pelajar menunjukkan p 0.05. Oleh itu memang terdapat hubungan yang signifikan antara keputusan peperiksaan Mekanik Struktur dengan nilai CGPA pelajar. Manakala bagi subjek Teknologi Konkrit nilai p 0.05. Ini menunjukkan bahawa keputusan bagi subjek Teknologi Konkrit juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai CGPA pelajar. KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang dijalankan didapati sememangnya wujud generalisasi di dikalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester Tiga. Secara keseluruhan, di dapati pencapaian akademik pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan adalah di dorong oleh faktor pencapaian dalam subjek matematik dan seterusnya ini akan mempengaruhi keputusan CGPA mereka. Ini dapat diterangkan berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan di mana nilai r 0.05 yang menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar di dalam subjek yeng melibatkan konsep pengiraan mempunyai hubungan yang signifikan dengan keputusan mereka dalam subjek matematik. Walaubagaimanapun, faktor latarbelakang seperti jantina dan bangsa tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan keputusan peperiksaan pelajar-pelajar DKA3S2 samada dalam subjek Matematik, Mekanik Struktur dan Teknologi Konkrit (p 0.05). Hanya nilai CGPA didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan keputusan peperiksaan pelajar-pelajar bagi subjek Mekanik Struktur dan Teknologi Konkrit (p<0.05) CADANGAN Daripada kajian yang dijalankan, di dapati pencapaian akademik pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan adalah di dorong oleh faktor pencapaian dalam subjek matematik dan seterusnya ini akan mempengaruhi keputusan CGPA mereka. Ini seterusnya membuktikan generalisasi berlaku di kalangan pelajar DKA3S2 dimana pelajar memindahkan kemahiran yang mereka ada dalam menyelesaikan masalah matematik kepada subjek-subjek lain yang memerlukan pengiraan sebagai konsep pembelajaran. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar supaya mereka dapat mengenalpasti kecenderungan seseorang pelajar itu belajar. Dengan memahami gaya pembelajaran, guru dapat mempelbagaikan gaya pengajaran mereka supaya dapat menyesuaikan dan memenuhi pelbagai kehendak gaya pembelajaran pelajar-pelajar. Oleh kerana terdapat hubungan antara gaya pengajaran dan gaya pembelajaran, secara tidak langsung guru dapat memahami dan mengdiagnosis kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka. Jika ketidaksepadanan wujud antara gaya pengajaran dan gaya pembelajaran, berkemungkinan besar pelajar menjadi bosan dan menjadi pasif serta tidak responsif dalam kelas. Jika fenomena negatif ini tidak segera diperbaiki dan berlarutan, golongan pelajar itu berkecenderungan mendapat keputusan yang tidak cemerlang dalam peperiksaan atau ujian 6

dan akhirnya mereka tercicir daripada persekolahan. Keyakinan diri juga amat penting untuk memastikan pelajar dapat menguasai pelajaran dengan betul. Dengan wujudnya keyakinan diri, pelajar akan dapat menghindarkan cengkaman belenggu perasaan rendah diri. Keyakinan diri juga dapat membangkitkan semangat kental di kalangan pelajar untuk belajar bersungguhsungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang. (Omardin, 1999) RUJUKAN EE AH MENG. (2002). Psikologi Pendidikan III. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Pp 9-10 (136 pp) MOHD MAJID KONTING. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka NORAINI IDRIS. (2002). Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Jurnal Penyelidikan Pendididkan OMARDIN ASHAARI. (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka RAHIL MAHYUDDIN, JAMI AH MOHAMAD DAN KASNANI AB KARIM. (2000). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur : Longman pp 3-5 (154pp) SHAHABUDDIN HASHIM DAN ROHIZANI YAAKUB. (2003). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd pp 52-66 (193pp) 7