Kod Tatakelakuan Jula AB

dokumen-dokumen yang mirip
Tatakelakuan. Pembekal

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

EICC komited untuk memperoleh input berterusan daripada pihak berkepentingan dalam pembangunan dan pelaksanaan Tata Pengendalian yang berterusan.

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Polisi Privasi. Pengenalan

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Versi 5.0 (2014) TATAKELAKUAN ELECTRONIC INDUSTRY CITIZENSHIP COALITION

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Tatakelakuan Pembekal NXP

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Tatalaku Pembekal NXP

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Syarat Perlindungan Data Pembekal Microsoft

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Kod pengendalian perniagaan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

PELAN KECEMASAN RADIASI

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kesetiaan kepada Syarikat

GARIS PANDUAN PEMBEKAL

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

[Tambahan kepada Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Standard Minima untuk Layanan Banduan-Banduan]

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

A. dilatih dan lulus dalam MSOC B. dilatih dan lulus dalam OPSOC C. dilatih dan lulus dalam SSIC D. dilatih dan lulus dalam CSOC

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Tatakelakuan & Tataetika Perniagaan Semakan: Ogos 2012

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN. Maklumat Penuh Larian Amal 50 Tahun FSPU. UiTM)

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Garis Panduan Tiga Pihak Bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Peraturan Pelaksanaan Pertandingan Abilympics Malaysia

Transkripsi:

Kod Tatakelakuan Jula AB Visi Jula AB adalah untuk memudahkan kehidupan para penggemar DIY (Dibuat Individu dengan Yakin) dan ahli-ahli profesional di seluruh dunia. Visi kami dicapai dengan menawarkan produk pembaikan rumah pada harga yang rendah. Kami menyedari bahawa perniagaan kami memberi kesan kepada kehidupan orang ramai serta alam sekitar di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Bagi merealisasikan visi kami, kami mengakui bahawa kami memikul tanggungjawab yang menjangkaui produk-produk kami. Kami amat meyakini kerjasama rapat dengan para pembekal kami, termasuklah memikul tanggungjawab sosial dan alam sekitar yang jelas di seluruh rantaian bekalan kami. Ini merupakan prasyarat untuk kualiti yang baik, penggunaan sumber secara mampan dan harga yang rendah. Kesedaran, kepercayaan dan perkembangan berterusan ialah asas untuk pertumbuhan berterusan, bersama-sama dengan para pembekal yang berkongsi nilai dan cita-cita kami. Tujuan Kod Tatakelakuan Jula adalah untuk menggariskan standard dan prinsip-prinsip umum serta menetapkan keperluan kami terhadap Jula dan para pembekal kami. Jula telah menerima pakai prinsip-prinsip berikut dan kami menjangkakan agar para pembekal kami juga mengamalkan komitmen yang sama: - kelakuan yang beretika dan bertanggungjawab dalam semua bidang perniagaan kami - rasa hormat terhadap hak semua individu - rasa hormat terhadap alam sekitar Kod Tatakelakuan Jula dikenakan pada semua pembekal, begitu juga dengan subkontraktor dan subpembekal mereka, yang terlibat dalam pengilangan atau pembekalan produk dan perkhidmatan kepada Jula. Pembekal bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada para pekerja dan rantaian bekalan mereka tentang Kod Tatakelakuan Jula, serta memastikan pelaksanaan dan pematuhan. Versi ringkas Kod Tatakelakuan ini, halaman 5, mestilah jelas kelihatan dipaparkan dalam bahasa sepunya para pekerja, di kawasan umum di semua kemudahan yang mengilang produk secara terus untuk Jula. Keperluan ini selaras dengan Kompak Global PBB yang berasaskan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat PBB (1948), Perisytiharan ILO mengenai Prinsip Asas dan Hak di Tempat Kerja (1998), Perisytiharan Rio tentang perlindungan alam sekitar dan pembangunan (1992), dan konvensyen antirasuah PBB (2000). KEPERLUAN UNDANG-UNDANG Selain memenuhi keperluan kod ini, para pembekal hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan kebangsaan serta piawaian lain yang berkenaan (cthnya. amalan pengilangan baik, Kod tatakelakuan lain), dan apa-apa keperluan statutori lain yang berkaitan, keperluan mana yang lebih ketat. HAK ASASI MANUSIA DAN BURUH 1. Layanan adil Pembekal hendaklah melayan setiap pekerja dengan bermaruah dan rasa hormat, dan tidak boleh menggunakan hukuman dera, ancaman, keganasan atau bentuk gangguan fizikal, seksual, psikologi atau lisan yang lain. 2. Waktu Bekerja dan Upah Waktu bekerja maksimum yang dibenarkan dalam seminggu adalah seperti yang ditakrif oleh undangundang kebangsaan, tetapi tidak akan secara tetap melebihi 48 jam dan jumlah jam kerja lebih masa maksimum yang dibenarkan dalam seminggu tidak boleh melebihi 12 jam. Kerja lebih masa mestilah sentiasa bersifat sukarela. Para pekerja berhak menerima sekurang-kurangnya satu hari cuti dalam setiap tempoh tujuh hari. www.jula.com Halaman 1 daripada 5

Semua pekerja berhak mendapat kontrak pekerjaan secara bertulis. Para pekerja hendaklah dibayar sekurang-kurangnya upah minimum diterima pakai yang sah dan semua pekerja hendaklah diberikan pampasan bagi semua jam kerja lebih masa yang dilengkapkan menurut keperluan undang-undang. Kerja yang upahnya diberikan mengikut kerja tidak boleh dikecualikan daripada hak untuk menerima pampasan kerja lebih masa. Upah hendaklah dibayar secara tetap dan pada masanya kepada semua pekerja. Upah hendaklah dibayar sekurang-kurangnya secara bulanan. Pembekal tidak boleh menahan gaji bagi mana-mana pekerja. Pembekal hendaklah menyimpan rekod kedatangan dan gaji yang tepat serta lengkap yang mendokumenkan jam bekerja dan pembayaran upah untuk setiap pekerja, termasuklah para pekerja yang upahnya diberikan mengikut kerja dan para pekerja sementara. 3. Buruh kanak-kanak dan Pekerja muda Pembekal tidak boleh menggunakan buruh kanak-kanak. Tiada individu yang boleh diambil bekerja pada umur yang lebih rendah daripada 15 tahun (atau 14 tahun jika ditetapkan oleh undang-undang tempatan), atau lebih muda daripada umur yang sah untuk diambil bekerja jika umur ini lebih tinggi daripada 15 tahun. Pembekal hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan bahawa buruh kanak-kanak tidak berlaku di tempat pengeluaran mereka sendiri atau di tempat subpembekal. Pembekal hendaklah menyimpan dokumentasi bagi setiap pekerja yang mengesahkan tarikh lahir pekerja berkenaan. Pembekal yang mengambil pekerja muda sebagai kakitangan, yang melebihi umur minimum sah yang diterima pakai untuk diambil bekerja tetapi lebih muda daripada 18 tahun, mestilah mematuhi apa-apa undang-undang dan peraturan yang berkenaan untuk individu sedemikian. Pekerja muda tidak boleh melakukan pekerjaan yang mungkin berbahaya atau mengganggu pendidikan kanak-kanak tersebut, atau memudaratkan kesihatan atau perkembangan fizikal, mental, rohani, moral atau sosial kanakkanak berkenaan. 4. Buruh paksa Apa-apa bentuk buruh paksa atau buruh terikat tidak diterima, begitu juga dengan penggunaan buruh penjara atau yang menyalahi undang-undang. Ini termasuklah semua bentuk perjanjian wajib. Tiada sesiapa boleh ditahan di tempat kerja jika bertentangan dengan kemahuan individu tersebut untuk apa-apa tempoh waktu. Pembekal hendaklah membenarkan para pekerja meninggalkan kawasan kilang apabila syif kerja mereka tamat dan pembekal tidak boleh menahan kad pengenalan atau memerlukan deposit. 5. Kebebasan berpersatuan dan hak perundingan kolektif Pembekal tidak boleh campur tangan dalam hak pekerja untuk membentuk dan menyertai kesatuan atau pertubuhan lain atas pilihan mereka sendiri, dan untuk berunding secara kolektif. Pembekal melarang diskriminasi, penalti, ancaman atau gangguan terhadap wakil pekerja atau kakitangan kerana menyertai aktiviti kesatuan sekerja yang mematuhi undang-undang dan dibuat secara aman. Jika kesatuan sekerja tidak dibenarkan di dalam kawasan operasi, atau hanya organisasi negeri yang diberi kuasa yang dibenarkan menjalankan kegiatan, maka pembekal akan memudahkan, dan bukan menghalang, langkah-langkah alternatif untuk membenarkan para pekerja berkumpul secara bebas bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja dan forum untuk mengemukakan kemusykilan yang berkaitan dengan kerja kepada pihak pengurusan. 6. Tanpa Diskriminasi Pembekal tidak boleh terlibat atau menyokong diskriminasi atas dasar bangsa, jantina, umur, pendapat politik, agama, etnik dan negara asal, kepercayaan, status perkahwinan atau status keibuan, kesihatan, orientasi seksual, penyakit atau kehilangan upaya, keanggotaan dalam organisasi pekerja termasuklah kesatuan atau apa-apa ciri peribadi lain semasa perekrutan dan pengambilan bekerja. Pengambilan bekerja, upah, manfaat, latihan, kenaikan pangkat, disiplin, pemberhentian, www.jula.com Halaman 2 daripada 5

persaraan atau apa-apa keputusan lain yang berkaitan dengan pekerjaan akan berdasarkan kriteria yang relevan dan objektif. KESIHATAN DAN KESELAMATAN 7. Pencegahan dan perlindungan di tempat kerja Pembekal hendaklah menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat untuk para pekerja dengan mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Para pekerja tidak boleh didedahkan kepada proses, bahan kimia, bahan atau teknik yang memudaratkan. Apabila pendedahan tidak dapat dielakkan, semua pekerja yang terlibat mestilah disediakan dengan peralatan perlindungan yang diperlukan. Perlindungan kerja dan peralatan keselamatan yang sewajarnya untuk para pekerja mestilah disediakan, diselenggarakan, digunakan dan dibekalkan secara percuma untuk para Pekerja di kawasan kerja yang memudaratkan atau mempunyai potensi risiko. Binaan bangunan, semua jentera dan peralatan lain mestilah selamat digunakan dan dilengkapi dengan peranti keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan kecederaan. Tempat kerja hendaklah diselenggarakan dengan langkah-langkah pencegahan untuk melindungi para pekerja daripada bahaya yang berkaitan dengan kerja serta memastikan keadaan kerja yang baik. Pembekal hendaklah menyediakan air minuman yang bersih untuk semua pekerja tanpa dikenakan kos dan bilangan tandas bersih yang mencukupi dilengkapi dengan kemudahan mencuci disediakan untuk lelaki dan wanita. Latihan kesihatan dan keselamatan yang tetap dan direkodkan hendaklah disediakan untuk semua pekerja dan pengurusan yang baharu atau yang ditugaskan semula ke bahagian lain. Pembekal hendaklah menyediakan latihan keselamatan kebakaran yang asas berserta dengan peralatan memadam kebakaran di tempat kerja. Alat pemadam api hendaklah bertanda dengan betul dan dicas sepenuhnya. Laluan keluar kebakaran hendaklah bertanda dengan jelas dan tidak disekat. Pembekal juga hendaklah menyediakan bahan-bahan pertolongan cemas yang asas dan mudah diperoleh dan para pekerja yang terlatih di tempat kerja. 8. Mengendalikan bahan kimia Pembekal hendaklah mengambil langkah-langkah bagi memastikan pengendalian, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia dan bahan berbahaya dengan cara yang selamat serta menyediakan latihan yang mencukupi. Bekas bahan kimia mestilah dilabelkan dengan betul dan disimpan dengan selamat. Suatu senarai bahan kimia dengan Helaian Data Keselamatan (SDS - Safety Data Sheet) yang sah serta digunakan dalam pengeluaran hendaklah disediakan dalam bahasa tempatan di tempat kerja. 9. Kemudahan kediaman Kemudahan kediaman, cthnya. bilik asrama yang disediakan oleh pembekal mestilah selamat dan bersih serta memenuhi keperluan asas para pekerja berhubung dengan binaan bangunan, ruang, suhu, pencahayaan, pengudaraan, memasak, air, kemudahan sanitari, privasi dan kemampuan. PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR 10. Alam Sekitar Am Pembekal hendaklah berusaha secara berterusan bagi meningkatkan prestasi alam sekitar dalam semua operasi dan kitaran hayat produk. Ini melibatkan sikap yang menyedari tentang, serta memantau, aspek dan impak alam sekitar yang penting, termasuklah tetapi tidak terhad kepada: Isu produk iaitu reka bentuk, pembungkusan, pengangkutan, penggunaan dan kitar semula/pelupusan Penggunaan sumber asli yang terhad, tenaga dan air Emisi atau kontaminasi kepada udara, air dan tanah Pengendalian sisa berbahaya dan tidak berbahaya Pengendalian bahan berbahaya Bunyi bising, bau busuk dan emisi debu www.jula.com Halaman 3 daripada 5

Pembekal hendaklah memastikan dan menunjukkan penambahbaikan alam sekitar yang berterusan melalui pendekatan yang proaktif dan pengurusan yang bertanggungjawab. Pembekal hendaklah memastikan bahawa semua bahan kimia dan bahan berbahaya yang digunakan dalam pengeluaran produk Jula mematuhi keperluan Jula. Pembekal hendaklah mengamalkan prinsip penggantian dan berusaha secara berterusan untuk menggantikan bahan yang berbahaya dengan bahan yang kurang berbahaya. Pembekal hendaklah mendapatkan maklumat terkini tentang, dan mematuhi, keperluan alam sekitar selaras dengan undang-undang kebangsaan, peraturan dan piawaian industri. 11. Sisa Apa-apa sisa dan terutamanya sisa berbahaya mestilah disimpan, dikendalikan dan diuruskan selaras dengan undang-undang tempatan dan dengan cara bertanggungjawab yang mengelakkan pencemaran udara, tanah dan air, mengelakkan risiko pencucuhan serta memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja. 12. Air sisa Pembekal hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengelakkan pencemaran air dengan mengelakkan dan mengurangkan pelepasan air sisa. Air sisa mestilah dirawat dengan betul di tapak oleh pembekal atau dilepaskan ke kemudahan rawatan air sisa luaran yang dibenarkan bagi meminimumkan kesan terhadap persekitaran akuatik. LAYANAN TERHADAP HAIWAN Pembekal hendaklah melayan haiwan selaras dengan peraturan kebangsaan dan kaedah antarabangsa yang diperakui. Semua haiwan yang dimiliki oleh, atau di bawah kawalan manusia, hendaklah dijaga dalam keadaan yang sesuai dengan keperluan fisiologi dan kelakuan spesies berkenaan. Kebajikan haiwan boleh digambarkan sebagai baik jika ia cergas, sihat dan bebas daripada penderitaan. Melindungi haiwan membabitkan usaha mencegah penderitaan yang tidak perlu, memastikan kualiti hidup yang baik atau kematian yang berperikemanusiaan. ANTIRASUAH Pembekal tidak boleh terlibat dalam apa-apa bentuk rasuah, termasuklah sogokan, penipuan atau pemerasan. Pembekal tidak boleh mengambil apa-apa tindakan yang akan melanggar, atau menyebabkan Jula melanggar, apa-apa undang-undang atau peraturan antirasuah yang berkaitan. PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN Pembekal hendaklah memaklumkan Kod Tatakelakuan ini kepada semua pekerja serta subpembekal yang terlibat dengan proses pengeluaran produk Jula. Pembekal mempunyai rutin yang telah didokumenkan tentang cara mengemukakan isu dan aduan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan Kod Tatakelakuan Jula, cthnya. tentang diskriminasi, gangguan atau penyalahgunaan. Rutin timbang cara ini sudah diketahui oleh para Pekerja. Semua pembekal mestilah, atas permintaan Jula, memaklumkan kepada Jula tentang alamat kilang tempat setiap pesanan dikeluarkan. Pembekal hendaklah memberi kuasa kepada Jula dan wakilnya bagi menjalankan pemeriksaan. Ini boleh dilakukan setelah dimaklumkan atau tanpa makluman, pada bila-bila masa di semua tempat pengeluaran, termasuklah subpembekal, tempat produk Jula dikeluarkan, bagi memastikan pematuhan dengan Kod Tatakelakuan Jula. Jula atau mana-mana pihak ketiga yang mewakili Jula akan memperoleh akses bebas kepada semua rekod, dokumen dan kawasan pengeluaran yang berkaitan. www.jula.com Halaman 4 daripada 5

Kod Tatakelakuan Jula Versi ringkas KOD INI MESTILAH JELAS KELIHATAN DIPAPARKAN DALAM BAHASA TEMPATAN PARA PEKERJA, DI KAWASAN UMUM DI SEMUA KEMUDAHAN YANG MENGILANG PRODUK SECARA TERUS UNTUK JULA. Gangguan, Penyalahgunaan dan Tindakan Tatatertib (Layanan adil) Pembekal hendaklah melayan setiap pekerja dengan bermaruah dan rasa hormat, dan tidak boleh menggunakan hukuman dera, ancaman, keganasan atau bentuk gangguan fizikal, seksual, psikologi atau lisan yang lain. Membayar upah untuk sara hidup Para pekerja hendaklah dibayar sekurang-kurangnya upah minimum diterima pakai yang sah dan semua pekerja hendaklah diberikan pampasan bagi semua jam kerja lebih masa yang dilengkapkan menurut keperluan undangundang. Waktu bekerja tidak keterlaluan Waktu bekerja maksimum yang dibenarkan tidak akan secara tetap melebihi 48 jam dan jumlah jam kerja lebih masa maksimum yang dibenarkan dalam seminggu tidak boleh melebihi 12 jam. Para pekerja berhak menerima sekurang-kurangnya satu hari cuti dalam setiap tempoh tujuh hari. Buruh kanak-kanak tidak akan digunakan Tiada individu akan diambil bekerja pada umur yang lebih rendah daripada 15 tahun Kanak-kanak ditakrif sebagai mana-mana individu yang lebih muda daripada 15 tahun, atau lebih muda daripada umur yang sah untuk diambil bekerja jika umur ini lebih tinggi daripada 15 tahun. Pekerja muda, lebih muda daripada 18 tahun, tidak boleh melakukan pekerjaan yang mungkin berbahaya. Pekerjaan dipilih dengan bebas Apa-apa bentuk buruh paksa atau buruh terikat tidak diterima. Pembekal hendaklah membenarkan para pekerja meninggalkan kawasan kilang apabila syif kerja mereka tamat dan pembekal tidak boleh menahan kad pengenalan atau memerlukan deposit. Kebebasan berpersatuan dan hak perundingan kolektif Pembekal hendaklah memudahkan, dan bukan menghalang, langkah-langkah alternatif untuk membenarkan para pekerja berkumpul secara bebas bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja dan forum untuk mengemukakan kemusykilan yang berkaitan dengan kerja kepada pihak pengurusan. Tiada diskriminasi diamalkan Tiada diskriminasi dalam pengambilan bekerja, pampasan, akses kepada latihan, kenaikan pangkat, pemberhentian atau persaraan berdasarkan bangsa, kasta, negara asal, agama, umur, kehilangan upaya, jantina, status perkahwinan, orientasi seksual, keanggotaan kesatuan atau hubungan politik. Keadaan kerja selamat dan bersih Para pekerja tidak boleh didedahkan kepada proses, bahan kimia, bahan atau teknik yang memudaratkan. Perlindungan kerja dan peralatan keselamatan yang sewajarnya bagi para pekerja hendaklah disediakan untuk pekerja di kawasan kerja yang memudaratkan atau mempunyai potensi risiko. Untuk mendapatkan versi penuh, lihat www.julasupplier.com/code-of-conduct HUBUNGI JULA Jika pembekal melanggar apa-apa perkara dalam Kod Tatakelakuan ini, kami ingin mengetahuinya. Sila bawa isu berkenaan kepada perhatian kami dengan menghubungi kami di talian +86 (0)21 5465 1608 atau isikan borang di www.julasupplier.com/report-issue. Usahlah teragak-agak untuk menulis dalam bahasa tempatan anda. Semua maklumat yang kami terima akan dirahsiakan sepenuhnya dan identiti anda akan dilindungi. www.jula.com Halaman 5 daripada 5