GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV DAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA

dokumen-dokumen yang mirip
PERMOHONAN UNTUK PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Khas

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PEKELILING BENDAHARI BIL: 9/2006 PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGENALAN YAYASAN PASIR GUDANG. 3 Oktober 2013 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN AM SUKAN MASUM

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN FRANGKI

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI - i

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

1. Butiran Program. 1.1 Latar Belakang

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009; iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009; v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.

GARIS PANDUAN PEMBERIAN GERAN KOMPUTER KEPADA STAF AKADEMIK

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2016

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) UNTUK BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN)

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDANA MENTERI 2013

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

Terma & Syarat Kempen MyDebit

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV DAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA - JAWATANKUASA KERJA MUZIK DIKN (JKMD) - BAHAGIAN MUZIK KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV DAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA 1. TUJUAN Garis Panduan ini adalah untuk memaklumkan mengenai kaedah pelaksanaan Pemberian Geran Pemadanan Klip Video Muzik (MTV) dan Geran Sokongan Lawatan Artis ke Luar Negara kepada semua artis yang merupakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia. 2. LATAR BELAKANG Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 November 2010 dan dilancarkan oleh YB Menteri KPKK pada 21 Oktober 2011. DIKN merupakan satu dasar yang signifikan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi kreatif di Malaysia. Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan Dasar Industri Kreatif Negara telah ditubuhkan di bawah KPKK yang dipengerusikan oleh YBhg Dato Sri KSU, KPKK yang dianggotai oleh pelbagai agensi pusat dan syarikatsyarikat swasta yang terlibat dengan Industri Kreatif serta penggiat-penggiat. Peranan utama Jawatankuasa ini bagi menyelaras pelaksanaan Dasar Industri Kreatif Negara di antara KPKK dan semua pihak 1

terlibat termasuk penggiat industri bagi membangunkan industri kreatif. Sebanyak 9 Jawatankuasa Kerja bagi bidang Industri Kreatif telah ditubuhkan yang turut dianggotai oleh syarikat dan penggiat industri bagi memastikan dan memacu Industri Kreatif mencapai sasaran Kerajaan iaitu dalam tempoh 3 tahun bermula 2012 hingga 2014, Industri Kreatif menyumbang sebanyak 0.5% kepada KDNK. Salah satu Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan adalah Jawatankuasa Kerja Muzik DIKN (JKMD). 3. TAFSIRAN Bagi maksud garis panduan ini, tafsiran berikut adalah diguna pakai bagi pengertian yang merujuk kepada:- 3.1. Artis ertinya penghibur, seperti penyanyi. 3.2. Artis rakaman ertinya penyanyi atau pemuzik yang merakamkan persembahannya dalam sesebuah album dengan syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. 3.3. Syarikat Rakaman ertinya penyanyi atau pemuzik yang merakamkan persembahannya dalam sesebuah album dengan syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu 3.4. Geran Pemadanan ertinya peruntukan kewangan bagi membiayai sebahagian kos atau jumlah sesuatu aktiviti atau program 3.5. Pemohon ertinya syarikat rakaman Malaysia dan manamana individu yang merupakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia. 3.6. Lojing ertinya tempat penginapan sementara dengan kadar bayaran tertentu 2

3.7. MTV ertinya video muzik, 3.8. KPKK ertinya akronim kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3.9. DIKN akronim kepada Dasar Industri Kreatif Negara 3.10. JKMD akronim kepada Jawatankuasa Kerja Muzik DIKN 4. JAWATANKUASA KERJA MUZIK DIKN (JKMD) Jawatankuasa Kerja Muzik DIKN (JKMD) ini bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang dapat membantu serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi industri muzik Negara. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemain industri muzik, syarikat komunikasi, persatuan muzik dan Bahagian Muzik KPKK. Sebuah jawatankuasa kecil telah ditubuhkan di bawah JKMD ini iaitu Jawatankuasa Kerja Muzik DIKN - Pemberian Geran Pemadanan MTV Dan Geran Sokongan Lawatan Artis Ke Luar Negara. 5. JAWATANKUASA KERJA MUZIK DIKN - PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV DAN GERAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA. 5.1. Fungsi Jawatankuasa ini bertanggungjawab di dalam menimbang dan membuat keputusan ke atas permohonan berkaitan Geran Pemadanan MTV dan Geran Lawatan Artis ke Luar Negara. 3

5.2. Keanggotaan Keanggotaan JKMD adalah seperti berikut: Pengerusi Tetap: Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), KPKK Pengerusi Ganti: Setiausaha Bahagian, Bahagian Muzik, KPKK Ahli Tetap: a) Wakil Bahagian Perkhidmatan Muzik, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) b) Wakil Bahagian Muzik, KPKK c) Wakil Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) d) Wakil Music Author s Copyright Protection (MACP) e) Wakil ASTRO f) Wakil Telekom Malaysia g) Wakil Maxis Ahli Turut Hadir: Wakil Bahagian Industri Kreatif Negara Urusetia: Bahagian Muzik, KPKK 5.3. Korum Bilangan minimum ahli mesyuarat tetap yang diperlukan untuk JKMD - Geran Pemadanan MTV dan Geran Lawatan Artis ke Luar Negara boleh bersidang adalah seramai lima (5) orang. 4

5.4. Keputusan Permohonan Keputusan sesuatu permohonan yang dibuat oleh JKMD adalah keputusan majoriti dan muktamad ahli mesyuarat. 5.5. Komunikasi Keputusan Keputusan permohonan secara rasmi akan dimaklumkan secara bertulis melalui surat secara faksimili atau e-mel atau pos. 5.6. Implikasi Mana-mana pemohon yang tidak berpuas hati dengan keputusan JKMD boleh membuat permohonan rayuan. 5.7. Penghantaran Borang Permohonan Permohonan hendaklah dihantar ke alamat di bawah: Tel: 03-8911 5000 atau Faks: 03 8911 5203 E-melkan pertanyaan di muzik@kpkk.gov.my. Setiausaha Bahagian, Bahagian Muzik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Aras 23, Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Lot 4G9, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya (u/p: Jawatankuasa Kerja Muzik DIKN) 5

6. TERMA RUJUKAN JAWATAN KUASA KERJA MUZIK DIKN - PEMBERIAN GERAN PEMADANAN KLIP VIDEO MUZIK (MTV) DAN GERAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA Terma rujukan kerja Jawatankuasa adalah seperti berikut: 6.1. Menilai cadangan-cadangan dan memberi ulasan terhadap permohonan yang diterima; 6.2. Memperakukan permohonan-permohonan yang layak diberi pertimbangan; 6.3. Melulus atau tidak melulus permohonan pemberian geran MTV dan sokongan lawatan ke luar negara. 7. PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV 7.1. Pemberian Geran Pemadanan MTV adalah pemberian peruntukan kewangan bagi membiayai sebahagian proses penerbitan video muzik (MTV) tempatan yang berkualiti dan bermutu tinggi. 7.2. Geran yang diberikan hanya meliputi kos pembikinan MTV sahaja seperti pengarahan, artistik, teknikal, set dan props, kostum, penggunaan teknologi terkini, suntingan dan yang mana-mana berkenaan yang diperakui oleh JKMD. 6

7.3. Bantuan diberikan dalam bentuk geran pemadanan di mana 50% daripada kos keseluruhan pembikinan MTV dibiayai oleh Kerajaan dan bakinya oleh pemohon. 7.3. Jumlah maksimum pemberian geran adalah sebanyak RM 15,000.00, tiada jumlah minimum pemberian geran kerana pemberian berdasarkan 50% daripada kos keseluruhan pembikinan MTV. 8. TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV 8.1. Pemohon Permohonan terbuka kepada semua Syarikat Rakaman Malaysia dan mana-mana individu yang merupakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia. 8.2. Video Muzik Permohonan terbuka kepada video-video muzik yang dihasilkan mulai 1 Julai 2012. 8.3. Rakaman Lagu Hanya terpakai kepada lagu-lagu yang direkodkan dari 1 Januari 2012 dan lagu-lagu yang direkodkan sebelum 1 Januari 2012 adalah tertakluk kepada semakan atau budibicara oleh JKMD. 7

8.4. Cover Version Untuk cover version, hanya lagu-lagu yang direkodkan oleh artis bukan asal dengan aturan baru dibenarkan. 8.5. Tanggungjawab Pemohon 8.5.1. Setiap pemohon hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengemukaan maklumat yang tepat untuk permohonan ini. Sebarang permohonan yang didapati mengandungi maklumat yang tidak benar atau tidak disertai dengan dokumen-dokumen yang diminta akan dibatalkan. Setiap pemohon hanya boleh memohon untuk 3 video muzik bagi setiap artis. 8.5.2. Penyerahan profil perniagaan, profil pengarah, CD, karya-karya lalu, pecahan bajet dan dokumen sokongan lain adalah diperlukan. 8.6. Perakuan Pemohon Dengan mengemukakan permohonan bagi pemberian ini, Pemohon mengakui dan bersetuju bahawa beliau telah membaca, memahami dan mematuhi Terma-terma dan Syarat-syarat di Borang Permohonan Pemberian Geran Pemadanan MTV. 8

8.7. Kuasa Jawatankuasa Kerja Muzik DIKN (JKMD) 8.7.1. Jawatankuasa Kerja Muzik DIKN (JKMD) berhak untuk meninggal, menukar/meminda, menambah atau mengubah Terma-terma dan Syarat-syarat di sini dari semasa ke semasa dan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada Pemohon dan Pemohon adalah terikat untuk menurut, melaksana dan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat di sini dan apa-apa pindaan kepadanya. 8.7.2. Permohonan ini adalah tertakluk kepada pelaksanaan perjanjian formal selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat di sini. 8.7.3. Semua keputusan yang dibuat oleh JKMD adalah muktamad dan mengikat Pemohon. 9. PEMBERIAN GERAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA 9.1. Pemberian Geran Sokongan Lawatan Artis Ke Luar Negara adalah pemberian peruntukan bagi artis tempatan membuat promosi album / lagu di luar negara dan untuk menyertai pertandingan atau festival yang berprestij di luar negara. 9

9.2. Permohonan Sokongan Lawatan Artis Ke Luar Negara mesti melibatkan hal-hal seperti temuramah media, fotografi, persembahan bagi tujuan promosi dan semua urusan berkaitan promosi sahaja. 9.3. Geran yang diberikan hanya meliputi kos lojing, pengangkutan makan dan minum artis sahaja. 9.4. Jumlah pemberian adalah bergantung kepada kelulusan JKMD. Walau bagimanapun, jumlah maksimum pemberian geran adalah tidak melebihi RM 30,000.00, tiada jumlah minimum pemberian geran. 10. TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBERIAN GERAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA 10.1 Pemohon Permohonan terbuka kepada semua artis yang merupakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia. 10.2 Rakaman Lagu Permohonan terbuka kepada lagu-lagu yang direkodkan mulai 1 Januari 2012. 10.3 Keutamaan 10.3.1. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) album yang 10

mengandungi sekurang-kurangnya lima (5) lagu dan satu (1) video muzik. 10.3.2. Keutamaan diberikan kepada pemenang anugerah. 10.3.3. Diberikan secara automatik kepada pemenang Lagu Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM). Sekiranya pemenang yang sama bagi keduadua anugerah, ia akan dianggap sebagai satu (1) permohonan dan hanya RM30,000.00 akan diberikan. 10.4 Tanggungjawab Pemohon 10.4.1 Setiap pemohon hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengemukaan maklumat yang tepat untuk permohonan ini. Sebarang permohonan yang didapati mengandungi maklumat yang tidak benar atau tidak disertai dengan dokumen-dokumen yang diminta akan dibatalkan. 10.4.2 Penyerahan pelan promosi, produk, profil pengedar asing, bajet, tauliah, rekod pencapaian, ramalan, rancangan TV, preview dan dokumen sokongan lain adalah diperlukan. 10.5 Perakuan Pemohon Dengan mengemukakan permohonan bagi sokongan lawatan luar negara, Pemohon mengakui dan bersetuju bahawa beliau telah membaca, memahami dan mematuhi 11

Terma-terma dan Syarat-syarat di Borang Permohonan Surat Tawaran Sokongan Lawatan Artis ke Luar Negara. 10.6 Kuasa Jawatankuasa Kerja Muzik DIKN (JKMD) 10.6.1 Jawatankuasa Kerja Muzik DIKN (JKMD) berhak untuk meninggal, menukar/meminda, menambah atau mengubah Terma-terma dan Syarat-syarat di sini dari semasa ke semasa dan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada Pemohon dan Pemohon adalah terikat untuk menurut, melaksana dan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat di sini dan apa-apa pindaan kepadanya. 10.6.2 Permohonan ini adalah tertakluk kepada pelaksanaan perjanjian formal selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat di sini. 10.6.3 Semua keputusan yang dibuat oleh JKMD adalah muktamad dan mengikat Pemohon. 11. TATACARA PERMOHONAN 11.1 Permohonan kelulusan hendaklah dibuat melalui: 11.1.1. Serahan borang permohonan serta dokumen berkaitan secara SERAHAN TANGAN kepada urus setia JKMD. 12

11.1.2. Serahan borang permohonan serta dokumen berkaitan SECARA POS kepada urus setia JKMD. 11.2 Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 30 HARI sebelum tarikh perancangan / penggambaran MTV atau pemergian artis ke luar negara. 11.3 Setiap permohonan perlu mengandungi DUA (2) salinan asal borang permohonan. 11.4 Borang boleh didapati di: 11.4.1. Bahagian Muzik, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Aras 23, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya; atau 11.4.2. Muat turun borang di; www.kpkk.gov.my www.rim.org.my www.facebook.com/pages/industri-kreatif- Negara/236510093133389 11.5 Urus setia JKMD BOLEH MENOLAK mana-mana permohonan yang tidak lengkap ketika ia dikemukakan atau diserahkan. 13

12. MAKLUMAN PERMOHONAN Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui telefon terlebih dahulu sebelum dimaklumkan secara bertulis dengan penghantaran surat makluman secara pos atau secara atas talian (e-mel) kepada pemohon. 13. PERMOHONAN YANG BERJAYA 13.1. Urus setia JKMD akan mengeluarkan Surat Tawaran Pemberian Geran Pemadanan MTV atau Surat Tawaran Sokongan Lawatan Artis ke Luar Negara kepada pemohon yang berjaya. 13.2. Pemohon yang berjaya mendapat kelulusan permohonan WAJIB menandatangani Surat Tawaran Pemberian Geran Pemadanan MTV atau Surat Tawaran Sokongan Lawatan Artis ke Luar Negara. 13.3. Syarat-syarat di dalam Surat Tawaran Pemberian Geran Pemadanan MTV atau Surat Tawaran Sokongan Lawatan Artis ke Luar Negara WAJIB dipatuhi. 13.4. KEGAGALAN pematuhan syarat yang termaktub di dalam Surat Tawaran Pemberian Geran Pemadanan MTV atau Surat Tawaran Sokongan Lawatan Artis ke Luar Negara akan menyebabkan tawaran dan pemberian geran TERBATAL SERTA-MERTA. 14

14. PENOLAKAN PERMOHONAN Urus setia JKMD boleh menolak permohonan berikut; 14.1. Permohonan yang tidak lengkap; atau 14.2. Dokumen yang didapati dipalsukan; atau 14.3. Syarikat yang disenarai hitamkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau 14.4. Syarikat / Pemohon yang telah disytiharkan muflis; atau 14.5. Persatuan yang tidak didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). 15. RAYUAN Permohonan rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan Mesyuarat JKMD. Hanya sekali sahaja rayuan yang dibenarkan. TAMAT 15