BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

dokumen-dokumen yang mirip
BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB III METODOLOGI. Bab ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji serta

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Kajian terhadap tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan kepada Job

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membentangkan kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji hasil

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KAJIAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA DARAT DI PENEMPATAN KAWASAN BANDAR MEJAR AHMAD NORZAINI BIN BADRUN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB I PENDAHULUAN. Kerjaya ketenteraan adalah merupakan salah satu profesion yang tertua wujud di

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Pengenalan Makroekonomi

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini membincangkan kesimpulan dan cadangan berdasarkan keputusan yang

Sustainable Education 54

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 PENGENALAN. kegagalan sesebuah organisasi. Masalah yang berkaitan isu kawalan

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

UCMMC SERIAL /2009 INSTITUT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT (INSPEKA)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

FACT SHEET

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

FAKTOR-FAKTOR ORGANISASI YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN LATIHAN KELOMPOK: SATU KAJIAN DI REJIMEN ARMOR BAB 1 PENDAHULUAN

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

SOAL SELIDIK. Kurang dari 18 tahun [ ] 19 tahun [ ] 20 tahun [ ] 21 tahun [ ] 22 tahun [ ] 23 tahun [ ] 24 tahun [ ] 25 tahun [ ]

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Pengenalan kepada Ekonomi

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEFAHAMAN KE ATAS KAWALAN DALAMAN BAGI TABUNG PERKHIDMATAN DI KALANGAN ANGGOTA TENTERA DARAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Model Pengurusan Strategik

BAB 14 AUDIT DALAMAN

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 HASIL KAJIAN. Bab ini akan memaklumkan hasil kajian berkaitan ujian hipotesis yang telah

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB V KESIMPULAN 5.1 PENGENALAN Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau pandangan setelah meneliti hasil kajian dari Bab IV dan juga akan mengemukakan suatu rumusan ringkas mengenai hasil kajian, implikasi kajian, limitasi kajian dan beberapa cadangan untuk kajian akan datang. Di akhir bab ini, pengkaji akan memberikan keseluruhan kesimpulan tentang kajian yang telah dilaksanakan. 5.2 RUMUSAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat fenomena penyalahgunaan dadah dan hubungannya dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh anggota Tentera Darat Malaysia terutamanya yang berkhidmat di kawasan bandar. Secara khususnya, kajian ini telah dijalankan untuk mengumpul data mentah melalui temuduga dan soal selidik bagi melihat fenomena sebenar penyalahgunaan dadah di kalangan anggota TDM di kawasan bandar dan hubungannya dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka hingga memberi kesan terhadap kualiti disiplin TDM. Secara ringkas, keputusan kajian menunjukkan majoriti anggota bersetuju faktor kewangan, tekanan kerja dan keadaan sekeliling amat mempengaruhi dan menyumbang kepada penyalahgunaan dadah. 80

Sungguhpun selama ini beberapa kajian telah dilaksanakan mengenai masalah ini pada lewat tahun 1990 an, namun trend punca pemasalahan ini yang pada asalnya melibatkan keempat-empat pemboleh ubah telah mula berubah yang mana faktor keluarga bukan lagi menjadi salah satu faktor utama penyumbang kepada penyalahgunaan dadah. Kajian ini juga mendapati bahawa penyalahgunaan dadah mula berkait rapat dengan pemboleh ubah faktor kewangan, tekanan kerja dan keadaan sekeliling apabila anggota TDM ingin merasa bebas dan berhibur bagi melepaskan rasa tekanan yang dihadapi oleh mereka. Pengkaji ingin mengimbas kembali objektif yang telah ditetapkan di dalam Bab I seperti berikut:. Mengenal pasti perkaitan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor kewangan.. Mengenal pasti perkaitan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor tekanan kerja.. Mengenal pasti perkaitan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor sosial.. Mengenal pasti perkaitan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor keluarga. 81

Berdasarkan kepada ujian korelasi terhadap hipotesis, kajian telah mendapati keputusan hubungan setiap hipotesis adalah seperti berikut:. Hipotesis satu. Terdapat hubungan yang signifikan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor kewangan. Kedapatan hubungan ini berlaku adalah berdasarkan kepada faktor kewangan yang tidak mencukupi hingga mengakibatkan anggotaanggota sanggup bertindak meminjam wang, berhutang dan membuat kerja sambilan di dalam usaha mereka untuk memenuhi keperluan harian.. Hipotesis Dua. Terdapat hubungan yang signifikan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor tekanan kerja. Ini jelas membuktikan bahawa faktor tekanan kerja turut memberi impak terhadap penyalahgunaan dadah anggota TDM. Walaupun pelaksanaan tugas harian dianggap sebagai suatu perkara yang rutin, namun anggota TDM dilihat tidak dapat melarikan diri dari isu ini hingga ada yang sanggup terlibat dengan penyalahgunaan dadah dengan persepsi untuk melepas serta meluahkan rasa bosan mereka dengan cara yang salah.. Hipotesis Tiga. Terdapat hubungan yang signifikan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor keadaan sekeling. 82

Kedapatan hasil ini jelas mempamerkan faktor keadaan sekeliling turut menjadi penyumbang kepada penyalahgunaan dadah anggota TDM. Ini berikutan ada di antara mereka yang gagal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling terutamanya semasa di dalam kem dan mereka cenderung untuk mencari hiburan di luar yang lebih menjanjikan keseronokan.. Hipotesis Empat. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor keluarga. Kedapatan hasil kajian terhadap Hipotesis Empat membuktikan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor keluarga. Andaian boleh dibuat bahawa anggota TDM dilihat lebih bebas dan tidak cenderung melibatkan masalah keluarga di dalam penyalahgunaan dadah kerana isu ini senantiasa dipantau oleh setiap lapisan Pemerintah di pasukan. Sebagaimana yang telah diterangkan di dalam Bab II, hasil kajian tentang pemasalahan di kalangan pekerja telah mula dikaji sejak tahun tiga puluhan lagi di luar negara. Beberapa teknik telah digunakan oleh Mooney (1950), dengan menggunakan senarai semakan masalah terhadap 600 orang pelajar sekolah tinggi dan mendapati masalah yang paling tinggi dihadapi adalah disebabkan oleh pengaruh keadaan sekeliling, rakan-rakan, kerjaya masa depan, masalah kewangan, keadaan kehidupan, pekerjaan, penyesuaian terhadap kerja-kerja sekolah. 83

Justeru itu, ternyata tiga dari empat hipotesis yang dibina di atas dapat memberi gambaran yang jelas bahawa semua pemasalahan telah menyokong hipotesis yang dinyatakan. Secara ringkasnya, keputusan kajian ini menepati hasil kajian Mooney (1950), namun faktor keluarga tidak memainkan peranan membawa kepada penyalahgunaan dadah oleh anggota TDM yang berkhidmat di kawasan bandar iaitu di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor. 5.3 IMPLIKASI KAJIAN Sepertimana kita sedia maklum di kawasan bandar adalah merupakan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan ini akan menyebabkan individu terpaksa bersaing di antara sama demi untuk meneruskan kehidupan mereka. Erti kata lain warga Wilayah Persekutuan dan Selangor akan membuat sebarang kerja yang boleh menjanakan pendapatan. Ini akan menyebabkan ada di antara mereka yang memilih jalan pintas dengan melibatkan diri dengan mengedar najis dadah kepada individu yang amat memerlukan. Justeru itu, anggota-anggota TDM yang berkhidmat di kawasan bandar ini dilihat akan lebih terdedah kepada gejala-gejala negatif seperti mengedar dadah, aktiviti Mat Rempit, moon lighting dan gangterism di pusat-pusat hiburan. Apabila timbulnya isu-isu ini, mutu kerja anggota mula menurun dan mengakibatkan kepada penyalahgunaan dadah. Kejadian ini akan menjadi barah kepada TDM amnya dan pasukan khasnya kerana kejadian 84

penyalahgunaan dadah ini dilakukan secara senyap-senyap dan amat sukar dikesan oleh Pemerintah Pasukan. Sehubungan itu, Pasukan disaran untuk mengambil suatu langkah tindakan yang efektif ke atas pemasalahan ini dan seharusnya pendekatan baru yang lebih relevan harus difikirkan. Sebagai contoh perlunya tindakan kerjasama di antara pihak pasukan dengan PDRM, Cawangan Siasatan Jenayah dan beberapa agensi lain diambil demi untuk memastikan maklumat-maklumat awal dan tepat diperolehi oleh pihak pasukan dan seterusnya melaksanakan tindakan undang-undang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan. Sewajarnya, kejadian ini boleh dipantau sekiranya setiap kes dianalisa, dikuti perkembangan kes secara teratur dan tepat. Hasil kajian ini juga, membuktikan bahawa setiap ujian yang dilaksanakan adalah konsisten berdasarkan soalan yang berpandukan dari model Technology Mooney Problem Check List (Mooney dan Gordon, 1950). Keputusan yang dihasilkan telah menunjukkan bahawa pembolehubahpembolehubah seperti faktor kewangan, tekanan kerja dan keadaan sekeliling adalah faktor-faktor penting yang membawa kepada penyalahgunaan dadah oleh anggota-anggota TDM. Di samping itu juga, pihak Pengurusan Pasukan perlu bertanggungjawab kepada anggota-anggota yang berada di sekitar kawasan kem, untuk Cawangan Siasatan Jenayah pula perlu memainkan peranan dengan mengkaji setiap faktor pemasalahan yang dibincangkan agar ianya mampu mengurangkan unsur-unsur yang boleh mempengaruhi penyalahgunaan dadah oleh anggota TDM secara menyeluruh. 85

5.4 LIMITASI KAJIAN Dalam kajian ini terdapat beberapa limitasi kajian yang telah dikenalpasti semasa kajian dijalankan. Limitasi secara geografikal, faktor berbagai-bagai pembolehubah yang lain semasa kajian dibuat dan jumlah sampel dalam mendapatkan responden telah menjadi satu faktor pengaruh yang sangat nyata. Sampel kawasan dan tempat yang terhad seperti melibatkan kawasan kem-kem di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan keputusan keseluruhan kajian yang dilaksanakan ini. Sehubungan itu adalah disarankan kajian ini dapat diadakan di seluruh Malaysia dengan melibatkan unit-unit yang besar dan dibahagikan kepada beberapa kelompok kawasan atau zon. Ini seterusnya dapat memperjelaskan lagi sama ada corak yang sama wujud dan menyumbang kepada penyalahgunaan dadah oleh anggota TDM. Kajian yang dijalankan adalah merupakan cross - sectional study di mana terdapat limitasi yang tidak dapat diatasi seperti berikut: Kajian ini ditumpukan kepada anggota Tentera Darat yang berkhidmat di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor sahaja. Memandangkan kajian hanya dilakukan ke atas 379 anggota tentera sahaja, gambaran sebenar atau perspektif hasil kajian 86

hanya berpandukan kepada jumlah kekuatan sample tersebut sahaja dan tidak mewakili secara keseluruhan warga TDM. Kajian ini menggunakan teknik soal selidik sebagai alat pengukur kajian. Dengan menggunakan soal selidik laporan kendiri akan menyebabkan persembunyian yang mungkin bagi sesetengah sampel kajian kerana takut dan tidak telus dalam menjawab soalan yang berikan. Sebaliknya pula akan berlaku penokok tambah dari sampel kajian di mana responden akan cuba menjawab bahawa mereka bersetuju sedangkan mereka pada asalnya tidak bersetuju. Selain dari itu kemungkinan mereka merasa takut terhadap pengurusan pihak atasan dan hanya bersetuju sahaja terhadap pengurusan yang dibuat. 5.5 CADANGAN Dari perspektif akademik, hasil kajian ini adalah berpandukan dari model Technology Mooney Problem Check List (Mooney dan Gordon, 1950) bagi mengukur masalah yang dihadapi oleh anggota tentera yang menggunakan dadah jenis ringan dan berat. Alat ini dilihat tepat dan sesuai kerana telah diterjemahkan oleh Jabatan Psikologi UKM pada (1981) dan dibuat oleh En Halim Othman dan Wan Rafie Rahman dengan menggunakan metod Back Translation seperti yang dicadangkan oleh Brislin pada 1973. Hasil dari analisa kajian ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diperkembangkan untuk kajian di masa hadapan. Di antaranya adalah 87

penglibatan semua pegawai dan anggota TDM di seluruh Malaysia di mana perbandingan sistematik dapat dilaksanakan terutama persepsi setiap anggota yang berdasarkan kumpulan yang besar dan berbeza pasukan. Malah pendekatan ini dilihat sangat berfaedah sekiranya ia melibatkan perkhidmatan Darat, Laut dan Udara, adakah corak pemasalahan ini sama. Hasil kajian ini juga telah membuktikan empirikal data yang jelas iaitu penggunaan model Technology Mooney Problem Check List adalah dicadangkan untuk terus digunakan pada masa hadapan bagi mengumpul data anggota TDM ketika melaksanakan soal selidik. Sehubungan itu pengkaji ingin membuat saranan beberapa perkara di peringkat TDM bagi mengatasi pemasalahan penyalahgunaan dadah yang wujud seperti berikut: 5.5.1 Pendidikan Agama Yang Sistematik Pendekatan secara rohaniah iaitu melalui pendidikan agama Islam di dalam TDM pada masa sekarang dilaksanakan secara berasingan dengan fungsi pemerintahan. Jika kita melihat masa yang diperuntukkan bagi syarahan agama di pasukan memang mencukupi, namun masalah yang timbul disebabkan pendidikan ini dibuat secara tidak sistematik dan bergantung kepada kreativiti Pegawai Agama Pasukan serta kurang pula mendapat sokongan dari Pemerintah Pasukan. Oleh kerana disebabkan tiada pendekatan yang sistematik dan khusus, anggota-anggota yang mengikuti syarahan agama ini dilihat tidak memperolehi faedah yang maksimum bagi mempertingkatkan ilmu serta menyedarkan mereka tentang 88

pemasalahan semasa terutamanya melibatkan masalah sosial. Sudah tiba masanya pendidikan agama Islam ini perlu diberi perhatian oleh Pemerintah Pasukan. Silibus dan pendekatan terhadap skop pembelajaran hendaklah dikenal pasti dan dilaksanakan secara tersusun termasuk ujian-ujian yang perlu untuk memastikan masa yang diperuntukkan dimanfaatkan oleh anggota. 5.5.2 Pendidikan Pengurusan Kewangan Sepertimana yang dinyatakan faktor kewangan merupakan penyumbang kepada penyalahgunaan dadah. Perkara ini seringkali berlaku disebabkan oleh anggota TDM yang berbelanja melebihi pendapatan mereka. Budaya ini memberi implikasi kepada tabiat berhutang dan membuat kerja tambahan (selepas waktu kerja) hingga mengakibatkan anggota tidak fokus terhadap kerja utama mereka. Faktor yang menjurus kepada isu ini adalah kerana Pendidikan Pengurusan Kewangan jarang diberi perhatian di pasukan-pasukan. Ketika ini dasar sedia ada hanyalah mewajibkan simpanan wajib dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk LLP sahaja dan potongan paksa untuk isteri bagi Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah berkahwin. Bagi lebihan pendapatan terpulang kepada kebijaksanaan anggota untuk merancang simpanan atau pelaburan masa depan mereka. Sudah sampai masanya dasar-dasar tambahan untuk membantu anggota dalam pengurusan kewangan dibentuk sebagai contoh simpanan wajib dalam Amanah Saham dan kawalan terhadap pembelian kredit barang-barang melalui PERNAMA. Di samping itu 89

subjek pengurusan kewangan juga perlu dimasukkan pada silibus kursus-kursus yang dilaksanakan samada di pasukan atau di Pusat- Pusat Latihan Tentera Darat. 5.5.3 Kajian Semula Gaji dan Elaun Bagi memastikan moral anggota terjaga dan terbela, adalah wajar kajian semula kadar gaji dan elaun secara menyeluruh TDM perlu dilaksanakan. Ianya bertujuan bagi memastikan jumlah pendapatan yang diterima oleh anggota TDM mampu menampung perbelanjaan anggota dengan selesa dan mengurangkan pergantungan kepada pendapatan menerusi aktiviti moonlighting. Kajian semula ini penting kerana bersesuaian dengan bebanan kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terutamanya anggota TDM yang bertugas di kawasan bandar. Dengan gaji dan elaun yang baru ianya akan berjaya mengelakkan anggota TDM dari terlibat dengan budaya meminjam wang daripada along dan seterusnya akan membentuk anggota yang lebih berdisiplin dan bebas dari masalah kewangan. 5.5.4 Kajian Semula Kebajikan Anggota Umumnya tekanan kerja seringkali dikaitkan kegagalan anggota untuk memberi tumpuan kepada tugas yang dipertanggungjawabkan. Sehubungan itu, pelaksanaan tugas yang lebih flexible perlu dipraktikkan agar anggota tidak tertekan seterusnya mewujudkan sesuana yang lebih ceria. Di samping itu juga bagi memastikan 90

kebajikan anggota dan keluarga TDM terjamin, perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh TDM terutama selepas waktu kerja perlu disemak semula. Ini adalah untuk mengelakkan anggota menggunakan perkhidmatan klinik swasta yang sudah pasti menambah perbelanjaan mereka. Kelonggaran perlu diberikan kepada anggota TDM menggunakan kemudahan klinik swasta bagi kes-kes kecemasan selepas waktu pejabat terutama kepada anggota yang tinggal jauh dari hospital kerajaan atau pangkalan tentera kerana ketiadaan rumah keluarga yang disediakan dan bayaran terhadap kos perubatan yang boleh dituntut semula oleh anggota. 5.5.5 Pendidikan Pengetahuan Berkenaan Undang-Undang Pengetahuan undang-undang, dasar-dasar, peraturan yang telah ditetapkan oleh TDM perlu diketahui oleh semua anggota. Langkah ini adalah untuk memastikan anggota yang melakukan perlakuan yang melanggar undang-undang dan disiplin akan menerima implikasinya. Usaha ini juga untuk mengelakkan anggota mempunyai salah tanggapan terhadap tindakan pemimpin mereka yang mematuhi peraturan tetapi di salah sangka melakukan penyelewengan. Keadaan ini sudah pasti akan berjaya menjelaskan kepada anggota bahawa mereka diadili secara adil tanpa ada perasaan berat sebelah. Pendidikan ini juga mampu memberi pengetahuan kepada anggota berkenaan peruntukan-peruntukan atau hak-hak mereka di sisi undang-undang bagi menghindarkan sebarang penganiayaan terhadap mereka. 91

5.5.6 Pendidikan Bahaya Dadah Kepada Anggota Berdasarkan perspektif pasukan dan formasi bahawa kesedaran bahaya dadah telah memadai dilaksanakan melalui media dan setiap anggota telah sedia maklum dengan bahaya dadah, justeru itu syarahan-syarahan atau kempen-kempen pendidikan dan kesedaran kurang dilaksanakan. Jawatankuasa Dadah TDM yang sedia ada juga seolah-olah telah mengaku kalah dalam usaha membanteras dadah dalam TDM. Ini dapat dilihat melalui program-program pendidikan yang tidak sistematik. Jawatankuasa yang sedia ada ini hendaklah disusun semula dengan merancang program-program pendidikan dan pencegahan di peringkat pasukan dan formasi. Program-program seperti pemeriksaan air kencing secara mengejut yang lebih konsisten, pameran, syarahan serta mengadakan lawatan ke pusat-pusat pemulihan dadah perlu diadakan bagi menimbulkan kesedaran yang berkekalan kepada anggota terhadap bahaya penyalahgunaan dadah. Bagi memastikan isu penyalahgunaan dadah ini dapat dikurangkan, pengkaji berharap saranan ini dapat dilaksanakan dengan segera. Pengkaji berpendapat terdapat tiga pihak yang mempunyai peranan penting bagi membendung isu ini daripada berleluasa iaitu pihak Pemerintah Pasukan, anggota dan Penguatkuasa Undang-Undang. Adalah disarankan supaya kajian-kajian yang akan datang dapat dijalankan dengan melibatkan ketiga-tiga pihak di atas dan meliputi konteks kawasan yang lebih luas atau di kawasan yang lain. Dengan itu, segala sifat kelakuan 92

kepada pemasalahan semasa dari segi pengurusan di kalangan anggota tentera dapat dilihat dengan lebih dekat lagi dan secara tidak langsung akan memberi maklumat tentang faktor-faktor lain hingga menyebabkan anggota TDM sanggup melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah. Adalah diharapkan hasil dari kajian ini dapat membantu pihak TDM menilai semula pendekatan yang lebih berkesan di dalam memberikan komitmen yang terbaik kepada warga anggotanya. 5.6 KESIMPULAN Pada keseluruhannya kajian ini telah menunjukkan satu hasil yang signifikan dan telah menyumbangkan kepada satu kajian akademik terhadap faktor-faktor utama yang membawa kepada penyalahgunaan dadah oleh anggota TDM. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa sorotan kajian yang telah digunakan dengan menggunakan model Technology Mooney Problem Check List ini masih lagi relevan untuk diaplikasikan bagi menilai hubungan penyalahgunaan dadah oleh anggota TDM di dalam organisasi. Selain dari itu juga terdapat beberapa pembolehubah tak bersandar tertentu yang masih belum dikaji dan boleh mempengaruhi pembolehubah bersandar perlu diuji kesahannya sebagai tambahan kepada kajian ini. Pada peringkat pengurusan TDM, adalah diharapkan kajian ini akan dapat dijadikan sebagai satu penanda aras sebagai usaha untuk menangani isu-isu melibatkan penyalahgunaan dadah yang mana ia amat berkait rapat dengan kemerosotan disiplin serta perlu diberikan perhatian sewajarnya. 93