SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA 02500 MATA AYER, PERLIS. TEL : 04-9863562 FAX: 04-9862091 LAPORAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-35 2013/2014 TARIKH : 22 FEBRUARI 2013 (JUMAAT) MASA : 2:30 PETANG TEMPAT : KANTIN SK GUAR NANGKA
LAPORAN SARANA IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 1.0 : TUJUAN Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara sesama waris dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak. 2.0 : PENGENALAN Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak. Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-35 ini telah dilaksanakan pada 22 Februari 2013 (Jumaat) yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mansor bin Jusoh. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa menambahbaik dalam bidang bidang tertentu. Sebenarnya ibu bapa telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masingmasing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar. Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa secara aktif dalam sarana ini diharap akn dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kecermelangan murid dan juga sekolah. 3.0 : MISI Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai segi bagi membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid dalam kebajikan dan kemajuan pelajaran anak-anak selaras dengan dasar kerajaan melalui pengenalan Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
4.0 : MATLAMAT Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. 5.0 : OBJEKTIF Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik. 6.0 : TEMA IBU BAPA CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG 7.0 : ANJURAN Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, 02500 Mata Ayer, Perlis. Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Guar Nangka. 8.0 : TARIKH : 22 Februari 2013 (Jumaat) 9.0 : MASA : 2:30 petang 10.0 : TEMPAT : Kantin SK Guar Nangka 11.0 : PENGLIBATAN a. Jumlah peserta : 200 orang i. Ibu bapa/ waris : 168 orang ii. Jumlah guru : 32 orang
12.0 : STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA (rujuk lampiran) 13.0 : TENTATIF/ ATURCARA PROGRAM (rujuk lampiran : brochure) 14.0 : PERINCIAN PROGRAM Slot 1 : Majlis Perasmian Slot 2 : Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil - Murid Cemerlang UPSR 2012 - Ibu Bapa MIsali - Guru Inovatif Slot 3 : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 15.0 : BELANJAWAN / ANGGARAN PERUNTUKAN Makanan ibu/bapa : Ditaja oleh Yang Berhormat Tuan Mansor bin Jusoh Minuman : Ditaja oleh Yang Berhormat Tuan Mansor bin Jusoh Hadiah Murid dan Ibu Bapa : RM xxx JUMLAH RM xxx.00 16.0 : PENCAPAIAN 16.1: Pelaporan Perlaksanaan 6 Elemen yang Menyokong Pembelajaran (Borang A,B,Lampiran 1) 16.2: Pelaporan Kehadiran Ahli-Ahli Program (Lampiran) 16.3: Pelaporan Bergambar (Lampiran) 17.0 : PENUTUP / SYOR Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbezabeza, untuk menjadikannya panduan untuk mengatasi cabaran mendidik anak-anak. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema Ibu Bapa Cemerlang Sekolah Gemilang
Disediakan oleh, Disahkan oleh, ( ) Setiausaha, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Perlis. Disemak oleh,
SENARAI AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 2013/2014 SAMBUTAN/JEMPUTAN 1. EN RASHID BIN HUSSAIN (PENGERUSI PIBG) 2. PN NOORIZAH BT SHUID (GURU BESAR) 3. PN DALILA BT AWANG (GPK 1) 4. EN OSMAN BIN OMAR (GPK HEM) 5. EN CHATRI A/L SING (GPK KOKURIKULUM) URUSETIA BUKU PROGRAM/SURAT MENYURAT 1. PN HASNIYANTI BT MOHD HANAFIAH 2. CIK SURAIZA BT ABDULLAH 3. PN SALIHAH BT ABD KADIR PERALATAN/SIARAYA 1. EN YUSRIZAL BIN YUSOFF 2. EN MOHAMMAD SOFI BIN HASSAN PENCATAT (PIBG) 1. PN JUNIZA BT HASHIM 2. PN NORIEZA BT SERON 3. PN SHARIZAH BT ABDULLAH 4. CIK SOPIAH BT OMAR CENDERAMATA VIP/HAMPER/SIJIL 1. EN RAMLEE BIN HUSSAIN 2. PN HASNAH BT WAHAB 3. PN JAMALULHASLINA BT FUAD 4. PN JAMILAH BT HJ RAMLI 5. PN NORLIZA BT KADIR 6. PN AINUN KAMALIYAH BT KAMARULZAMAN PENDAFTARAN 1. PN NUR NASIHAH BT ABDULLAH 2. CIK NOR AIDAZURA BT SHAFIEE 3. PN AZLINA BT RAMLI 4. PN SHARIFAH BT OSMAN 5. CIK GOH SZE CHIEN BACAAN DOA 1. USTAZ WAN MUHAMMAD NIZAR BIN WAN PE JURU ACARA MAJLIS 1. EN ROHISYAM BIN ABIDIN 2. PN NUR ADILA BT MOHD FADZIL 3. PN SITI @LEBAR BT REJAB
PERSEDIAAN TEMPAT/BACKDROP 1. EN ISA BIN MAT 2. EN ROSLI BIN HASSAN 3. EN MAT JININ BIN DAUD 4. EN BAHRIN BIN MD ZAIN 5. EN LATIF BIN ARIF 6. EN KHALID BIN MANSUR 7. EN ABIDIN BIN MAHMUD 8. EN MOHD RODZI BIN NAYAN 9. EN SAW YONG CHIA MAKANAN/MINUMAN VIP DAN AHLI PIBG 1. PN HAYATI BT YAHAYA 2. PN AZIZAH BT HASAN 3. PN ATHIYAH BT SHUID 4. PN SURIANY BT IDRIS 5. PN WAN HAYAZI BT ABDULLAH 6. PN ROSHANIZA BT OTHMAN 7. PN NOOR AISHAH BT MANSOR AHMAD KHAN 8. PN ROSHIHAIZA BT MUSA 9. PN WARDAH BT MUHAMAD 10. PN NORHASANAH BT MANSOR 11. EN KEN A/L TIN 12. EN IDRUS BIN ABDULLAH DOKUMENTASI 1. EN MUHAMMAD RIDZUAN BIN HJ ISMAIL 2. PN HARTINA BT ROSDI