Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

Perkhidmatan-perkhidmatan yang bidang tugasnya memerlukan bakat, kreativiti dan/atau kemahiran seni.

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MAKLUMAT JAWATAN DAN KERTAS PEPERIKSAAN YANG PERLU DIDUDUKI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAHAGIAN III SKIM A: PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

GAJI PERMULAAN DAN IMBUHAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

LAMPIRAN A- JAWATAN-JAWATAN UNTUK PERTUKARAN KE KAMPUS BAHARU

IKLAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT

-2-5. Tarikh Tutup Permohonan Tarikh tutup permohonan ialah pada 8 November Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Senarai jawatan untuk tujuan Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Pelaksana bagi Tahun 2015

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.10 TAHUN 2015 SKIM FELO INDUSTRI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN UiTM KUMPULAN SOKONGAN 1 DAN 2 (GRED 11 DAN GRED 17) BIL. 1/2007 UNTUK TUJUAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

GARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

SESI PERKONGSIAN SEKSYEN KENAIKAN PANGKAT PEJABAT PENDAFTAR. 11 April 2018

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

SURAT PEKELILING BENDAHARI

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

PENAWARAN OPSYEN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Rujukan : UKM3.6/224/3 Jld. 9 Tarikh : 16 Januari 2014 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 1/2014

BAYARAN UPAH JAHIT DAN KASUT KULIT PAKAIAN SERAGAM

IKLAN DALAMAN KEKOSONGAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT BUKAN AKADEMIK JAWATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (JURUTRENGKAS) GRED N17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat yang dilantik terus;

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

IKLAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT

TATACARA PEMILIHAN PROFESOR SEBAGAI AHLI SENAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.56/2008

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

SUKATAN PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR - GRED N29

Tatacara Pencalonan Dekan/Pengarah & Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Pusat Tanggungjawab Sesi Tahun

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENTADBIR AKADEMIK

PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI (GURU) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

JADUAL AKTIVITI MENGUKUR SAIZ SAFETY SHOES, KOT MAKMAL DAN KOT PUTIH BAGI TAHUN 2017

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

: 8 Jun Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Pembantu Laut A19.

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

MS ISO 9001:2008 Cert. No. : AR 5779

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penyelia Asrama N19.

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Transkripsi:

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 Tujuan 2 2 Pendahuluan 2 3 Tafsiran 2-3 4 Objektif Pertukaran 3-4 5 Dasar Pertukaran Tempat Bertugas 4 6 Panduan Penempatan 4-5 7 Tempoh Penempatan 5 8 Kaedah Pertukaran Secara Permohonan 5 9 Tarikh Pertukaran 6 10 Peralihan Pertukaran 6 11 12 Jawatankuasa Pertukaran Kakitangan Dan Terma Rujukan Setiap Jawatankuasa Pertukaran Dalaman Jabatan/ Sekolah/ Pusat/ Institut/ Unit/ Bahagian 6-8 8-9 13 Penutup 9 14 Lampiran 1 Pembahagian Tempat Bertugas 10 15 Lampiran 2 Skim Perkhidmatan Kakitangan Bukan Akademik 11-15 16 Lampiran 3 Contoh Format Surat Pertukaran Tempat Bertukar 16 Muka Surat 1/16

GARIS PANDUAN PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL DAN KUMPULAN SOKONGAN) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan urusan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan) supaya dapat dilaksanakan dengan berkesan, teratur dan seragam di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ianya selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004. Garis Panduan ini juga telah diluluskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil. 2/2009 pada 20 Februari 2009. 2.0 PENDAHULUAN 2.1 Kakitangan Bukan Akademik Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan di sesebuah organisasi yang besar seperti UMS perlu diberi peluang untuk berkhidmat antara program perkhidmatan utama universiti yang mana fungsi utamanya adalah berbeza. 2.2 Keperluan ini adalah bagi memastikan kakitangan di UMS dapat menimba sebanyak mana pengalaman kerja dan dapat membangunkan jaringan kerja yang luas sekaligus membantu UMS mencapai misi dan visinya. 2.3 Memastikan Proses Pertukaran Kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kakitangan Sokongan di UMS terkawal dengan justifikasi yang jelas dan lebih bersifat pembangunan kerjaya seseorang pegawai. 2.4 Pertukaran tempat bertugas juga melibatkan semua Skim Perkhidmatan Bukan Akademik yang mempunyai keperluan di Sekolah atau Jabatan yang ada di universiti. 2.5 Memastikan kakitangan yang terlibat dengan proses pertukaran memahami tujuan pertukaran dan dapat meneruskan komitmen kerja serta meningkatkan mutu perkhidmatan mereka di tempat bertugas yang baru. 3. 0 TAFSIRAN Bagi maksud garis panduan ini, tafsiran berikut adalah diguna pakai bagi pengertian yang merujuk kepada:- 3.1 Pertukaran bermaksud perpindahan tempat bertugas seseorang pegawai ke suatu jawatan dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti atau pegawai Muka Surat 2/16

yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti. 3.2 Pegawai Baru merujuk kepada pekerja universiti yang baru melapor diri sebagai kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS). 3.3 Kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional bermaksud: a) Semua Skim Perkhidmatan yang mempunyai perjawatan antara Jabatan/Sekolah/ Pusat; b) Semua Gred Perjawatan mulai Gred 41 ke Gred 54; c) Semua kakitangan bertaraf Tetap, Sementara dan Kontrak 3.4 Kakitangan Sokongan bermaksud: a) Semua Skim Perkhidmatan yang mempunyai perjawatan antara Jabatan/Sekolah/Pusat; b) Semua Gred Perjawatan Sokongan I dan II mulai Gred 1 ke Gred 40; c) Semua kakitangan bertaraf Tetap, Sementara dan Kontrak. 4.0. OBJEKTIF PERTUKARAN 4.1 Memperkaya dan memperluaskan kemahiran pegawai serta menyumbang ke arah perkara-perkara berikut: i) Meningkatkan produktiviti pegawai dan tempat mereka berkhidmat; ii) iii) iv) Mempelbagaikan pengalaman, pendedahan dan proses pembelajaran di kalangan pegawai terlibat untuk kemajuan kerjaya mereka; Meningkatkan motivasi pegawai selepas bertugas di satu tempat dan menjalankan tugas yang sama dalam tempoh masa yang panjang; Memperluaskan lagi jaringan (networking) pegawai kerana ini dapat membantu mempermudahkan mereka melaksanakan tugas jawatan masing-masing; v) Pencegahan sebarang kemungkinan berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah; vi) vii) Memberi peluang kepada pegawai dinilai oleh penyelia yang berbeza supaya penilaian prestasi mereka dapat dibuat dengan lebih saksama; Membolehkan pegawai melihat organisasi di mana mereka ditempatkan dari perspektif yang berbeza dan dengan itu mereka diharap dapat mencuba pendekatan baru yang boleh mempertingkatkan lagi keberkesanan organisasi berkenaan; dan Muka Surat 3/16

viii) Memberi peluang kepada pegawai mendapatkan tugas yang sesuai dengan minat, kebolehan, latihan dan pengalaman mereka supaya mereka dapat mencapai penghasilan kerja yang maksimum. 5.0 DASAR PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS 5.1 Dasar Pertukaran Tempat Bertugas adalah berasaskan kepada salah satu atau gabungan perkara-perkara berikut: i) Kenaikan Pangkat atau Gred Jawatan yang disandang. ii) iii) iv) Tempoh Perkhidmatan di sesebuah Jabatan/Sekolah/Pusat di antara 3 tahun hingga 5 tahun. Keputusan Jawatankuasa Tatatertib atas kesalahan tatatertib. Permohonan yang dibuat sendiri oleh kakitangan atau Ketua Jabatan dengan alasan-alasan yang menyentuh kepada kepentingan Universiti. v) Atas kepentingan perkhidmatan. vi) Arahan daripada Naib Canselor. 6.0 PANDUAN PENEMPATAN 6.1 Seseorang Pegawai Baru (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) dalam Skim Perkhidmatan yang mempunyai perjawatan di mana-mana Jabatan/Sekolah/Pusat akan ditempatkan secara berperingkat mengikut kumpulan Program Utama Universiti. Keutamaan penempatan adalah mengikut urutan seperti dalam Lampiran 1. Contohnya; Jika penempatan dalam Urutan 1 tidak mempunyai kekosongan maka penempatan akan bermula pada Urutan 2 dan seterusnya; 6.2 Seseorang Pegawai Baru Dilantik akan ditempatkan di Jabatan/Sekolah/Pusat yang mana tugas hakikinya tidak terlibat dalam membuat keputusan utama; 6.3 Penempatan Pegawai Baru Dilantik adalah di Jabatan/Pusat yang mempunyai kakitangan kanan pada skim perkhidmatan yang sama. Contohnya adalah seperti berikut: I. Bagi Seseorang Pegawai Baru (Kumpulan Sokongan) dalam Skim Perkhidmatan Sains dengan Gred C17 akan ditempatkan di Jabatan yang mempunyai kakitangan pada Gred C22 ataupun sekurangkurangnya pada gred yang sama dan telah 3 tahun disahkan dalam perkhidmatan. II. Pegawai Baru (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) dalam Skim Muka Surat 4/16

Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan pada Gred N41 akan ditempatkan di Jabatan atau Pusat yang mempunyai pegawai pada Gred N44 ke atas. Walaubagaimanapun, penempatan adalah mengikut Kumpulan Program Utama Universiti dalam Lampiran 1. 6.4 Kakitangan Universiti yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kakitangan lain yang berkhidmat dalam universiti yang sama tidak boleh ditempatkan di tempat bertugas yang sama. 7.0 TEMPOH PENEMPATAN 7.1 Kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Professional adalah di antara tiga (3) tahun hingga lima (5) tahun perkhidmatan dalam sesebuah jabatan; 7.2 Kakitangan Kumpulan Sokongan adalah lima (5) tahun perkhidmatan dalam sesebuah jabatan; 7.3 Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan atau arahan Naib Canselor. 8.0 KAEDAH PERTUKARAN SECARA PERMOHONAN 8.1 Permohonan oleh Ketua Jabatan i) Mengemukakan permohonan rasmi kepada Pendaftar dengan memberikan justifikasi. ii) Permohonan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pertukaran Kakitangan untuk pertimbangan, siasatan dan syor kelulusan kepada Naib Canselor. 8.2 Permohonan oleh Kakitangan i) Mengemukakan permohonan rasmi kepada Pendaftar (melalui Ketua Jabatan) dengan memberikan justifikasi. ii) Permohonan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pertukaran Kakitangan untuk pertimbangan, siasatan dan syor kelulusan kepada Naib Canselor. Muka Surat 5/16

9.0 TARIKH PERTUKARAN 9.1 Tarikh pertukaran rasmi adalah pada awal bulan Januari setiap tahun. Walaubagaimanapun, atas kepentingan perkhidmatan, pertukaran boleh dibuat pada bila-bila masa. 10.0 PERALIHAN PERTUKARAN 10.1 Pegawai yang terlibat akan ditempatkan di tempat bertugas baru secara berkala dalam tempoh seminggu bagi memberi pendedahan awal sebelum pertukaran dilaksanakan. 10.2 Notis pemberitahuan pertukaran tempat bertugas akan dikeluarkan sekurangkurangnya satu (1) bulan iaitu 30 hari sebelum pertukaran berkuatkuasa. Walaubagaimanapun, sebarang pertukaran yang dibuat kurang dari tempoh sebulan sebelum notis pemberitahuan dikeluarkan hendaklah mendapat kelulusan daripada Naib Canselor. 10.3 Satu sesi induksi antara pegawai akan diwujudkan bertujuan untuk membantu pegawai yang terlibat mengetahui tugas masing-masing. 11.0 JAWATANKUASA PERTUKARAN KAKITANGAN DAN TERMA RUJUKAN SETIAP JAWATANKUASA 11.1 Kumpulan Pengurusan dan Profesional TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA NAMA JAWATANKUASA Jawatankuasa Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik Kumpulan Pengurusan dan Profesional FUNGSI Memastikan pertukaran tempat bertugas kakitangan bukan akademik dilaksanakan berdasarkan garis panduan pertukaran. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA Jawatankuasa ini bertanggungjawab : 1. Mengemukakan cadangan pertukaran tempat bertugas kakitangan kepada Naib Canselor untuk kelulusan. Muka Surat 6/16

Pengerusi : Pendaftar / Wakil Ahli : 1. Bendahari/ Wakil PROFIL KEAHLIAN 2. Ketua Pustakawan/ Wakil 3. Ketua Bahagian Sumber Manusia 4. 2 orang Pegawai Gred 48 dan ke atas yang dilantik oleh Pendaftar; bergantung kepada jawatan yang dipegang oleh kakitangan yang akan ditukarkan TEMPOH KEAHLIAN Tiada tempoh keahlian bagi Pengerusi dan Ahli dalam perkara 1,2 dan 3. Tempoh keahlian adalah selama satu tahun bagi Perkara 4. SETIAUSAHA Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia URUS SETIA Seksyen Perancangan Sumber Manusia 11.2 Sokongan I dan II TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA NAMA JAWATANKUASA Jawatankuasa Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik Kumpulan Sokongan I dan II FUNGSI Memastikan pertukaran tempat bertugas kakitangan bukan akademik dilaksanakan berdasarkan garis panduan Muka Surat 7/16

Jawatankuasa ini bertanggungjawab : TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA 1. Mengemukakan cadangan pertukaran tempat bertugas kakitangan kepada Naib Canselor untuk kelulusan. Pengerusi : Pendaftar / Wakil Ahli : 1. Ketua Bahagian Sumber Manusia PROFIL KEAHLIAN 2. Timbalan Bendahari/ Wakil 3. Timbalan Ketua Pustakawan/ Wakil 4. 2 orang Pegawai Gred 48 dan ke atas yang dilantik oleh Pendaftar; (jika terdapat keperluan yang berkaitan dengan kakitangan yang terlibat dengan perpindahan tempat bertugas) TEMPOH KEAHLIAN Tiada tempoh keahlian bagi Pengerusi dan Ahli dalam perkara 1,2 dan 3. Tempoh keahlian adalah selama satu tahun bagi Perkara 4. SETIAUSAHA Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia URUS SETIA Seksyen Perancangan Sumber Manusia, 12.0 PERTUKARAN DALAMAN JABATAN/SEKOLAH/PUSAT/INSTITUT/UNIT/ BAHAGIAN 12.1 Ketua Jabatan boleh membuat pertukaran tempat bertugas secara dalaman di antara Seksyen/Unit di dalam Jabatan/Sekolah/Pusat/Institut/Unit/ Bahagian di bawah tanggungjawabnya. Pertukaran ini perlulah dimaklumkan kepada Bahagian Sumber Manusia. Muka Surat 8/16

12.2 Sekiranya melibatkan pertukaran wilayah, perlulah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pertukaran Kakitangan untuk mendapatkan kelulusan Naib Canselor. 13.0 PENUTUP 13.1 Melalui garis panduan ini, Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) serta Kakitangan Sokongan di UMS dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan. 13.2 Pertukaran kakitangan di UMS adalah bersifat objektif dan menjurus kepada peningkatan mutu perkhidmatan dalam sistem penyampaian universiti. 13.3 Garis panduan ini diguna pakai berkuatkuasa dari tarikh ianya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti. Muka Surat 9/16

PEMBAHAGIAN TEMPAT BERTUGAS LAMPIRAN 1 BIL PERKHIDMATAN JABATAN/SEKOLAH/PUSAT 1. Perkhidmatan Akademik 2. Perkhidmatan Pusat Kecemerlangan 3. Perkhidmatan Sokongan Semua sekolah di Kampus Induk Pusat Pengajian Pasca Siswazah Pusat Penataraan Ilmu dan Bahasa Pusat Ko-Kurikulum & Pemajuan Pelajar Semua Sekolah di Kampus Cawangan (KAL & Sandakan) Semua Institut Penyelidikan Semua Unit Penyelidikan Jabatan Pembangunan & penyelenggaraan Unit Media dan Teknologi Pendidikan Unit Sukan dan Rekreasi Unit Hal Ehwal Islam & Pengurusan Masjid Lain-lain Perkhidmatan Sokongan Canselori (Pejabat Canselori, Bahagian Perhubungan Korporat, Penerbitan, Audit Dalam) Jabatan Pendaftar (Bahagian Pentadbiran dan Governan, Bahagian Khidmat Pelanggan, Bahagian Perundangan & Tatatertib, Bahagian Sumber Manusia) 4. Perkhidmatan Pusat 5. Perkhidmatan Kampus Cawangan Jabatan Bendahari Perpustakaan Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa Bahagian Perkhidmatan Akademik Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Pusat Penyelidikan dan Inovasi Pusat Perkembangan Akademik Kampus Cawangan Pengurusan Kampus Bahagian Perkhidmatan Akademik Bahagian Hal Ehwal Pelajar Muka Surat 10/16

SKIM PERKHIDMATAN KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK LAMPIRAN 2 BIL. SKIM PERKHIDMATAN GRED JAWATAN JAWATAN PENTADBIRAN: KUMPULAN P&P 1 Pegawai Kebudayaan B41 2 Pereka B41/B42 3 Penerbit Rancangan B41/B42 4 Pegawai Sains C48 5 Pegawai Sains C44 6 Pegawai Sains C41 7 Pegawai Teknologi Maklumat F48 8 Pegawai Teknologi Maklumat F44 9 Pegawai Teknologi Maklumat F41 10 Pegawai Veteriner G41 11 Pegawai Pertanian G41 12 Pegawai Perikanan G41 13 Arkitek J48 14 Arkitek J41 15 Jurutera J52 16 Jurutera J48 17 Jurutera J44 18 Jurutera J41 19 Juruukur Bahan J48 20 Juruukur Bahan J41 21 Pegawai Keselamatan KP48 22 Pegawai Keselamatan KP44 23 Pegawai Keselamatan KP41 24 Pegawai Tadbir N54 25 Pegawai Tadbir N52 26 Pegawai Tadbir N48 27 Pegawai Tadbir N44 28 Pegawai Tadbir N41 29 Pegawai Penerbitan N44 30 Pegawai Penerbitan N41 Muka Surat 11/16

BIL. SKIM PERKHIDMATAN GRED JAWATAN JAWATAN PENTADBIRAN: KUMPULAN P&P 31 Pengurus Asrama N41 32 Pegawai Pemeriksa Paten Q41 33 Pegawai Penyelidik Q41 34 Kurator S41 35 Pegawai Penerangan S41 36 Pegawai Psikologi S44 37 Pegawai Psikologi S41 38 Pegawai Hal Ehwal Islam S41 39 Pegawai Belia & Sukan S52 40 Pegawai Belia & Sukan S48 41 Pegawai Belia & Sukan S44 42 Pegawai Belia & Sukan S41 43 Ketua Pustakawan S54 44 Pustakawan S52 45 Pustakawan S48 46 Pustakawan S44 47 Pustakawan S41 48 Pegawai Pergigian U44 49 Pegawai Pergigian U41 50 Pegawai Perubatan U48 51 Pegawai Perubatan UD43/44 52 Pegawai Perubatan UD41 53 Akauntan W41 54 Juruaudit Dalam W52 55 Juruaudit Dalam W44 56 Juruaudit Dalam W41 57 Bendahari/ Pegawai Kewangan W54 58 Pegawai Kewangan W52 59 Pegawai Kewangan W48 60 Pegawai Kewangan W44 61 Pegawai Kewangan W41 Muka Surat 12/16

BIL. SKIM PERKHIDMATAN GRED JAWATAN JAWATAN PENTADBIRAN: KUMPULAN SOKONGAN 62 Juruenjin A18 63 Serang A17 64 Jurumudi A3/4 65 Kelasi A1 66 Pembantu Juruenjin Laut A1 67 Ahli Fotografi B21/22 68 Ahli Fotografi B17/18 69 Artis Budaya B27/28 70 Artis Budaya B17/18 71 Penerbit Rancangan B27/28 72 Penerbit Rancangan B17 73 Pereka B21/22 74 Pereka B17/18 75 Penolong Pegawai Sains C27 76 Penolong Pegawai Sains (Perubatan) C27 77 Pembantu Makmal C22 78 Pembantu Makmal C17 79 Penolong Pensyarah DM29 80 Juruteknik Komputer FT22 81 Juruteknik Komputer FT17 82 Penolong Pegawai Sistem Maklumat F32 83 Penolong Pegawai Sistem Maklumat F29 84 Penolong Pegawai pertanian G27 85 Pembantu Perikanan G17 86 Pembantu Pertanian G17 87 Pembantu Veteriner G17 88 Pembantu Teknik Ukur Bahan J29 89 Juruteknik Ukur Bahan J17 90 Pembantu Teknik J38 91 Pembantu Teknik J36 92 Pembantu Teknik J29 93 Pembantu Teknik J26 94 Juruteknik J22 95 Juruteknik J17 Muka Surat 13/16

BIL. SKIM PERKHIDMATAN GRED JAWATAN JAWATAN PENTADBIRAN: KUMPULAN SOKONGAN 96 Juruteknik Bunyi J17 97 Pelukis Pelan J17 98 Penolong Pegawai Keselamatan KP27 99 Pembantu Keselamatan KP17 100 Pengawal Keselamatan KP14 101 Pengawal Keselamatan KP11 102 Pembantu Am Pejabat N4 103 Pembantu Am Pejabat N1 104 Penolong Pegawai Penerbitan N27 105 Pembantu Penerbitan N17 106 Pegawai Khidmat Pelanggan N17 107 Pembantu Tadbir (K) N22 108 Pembantu Tadbir (K) N17-32 109 Pembantu Tadbir (K) N17 110 Penolong Pegawai Tadbir N32 111 Penolong Pegawai Tadbir N27 112 Pembantu Tadbir (P/O) N26 113 Pembantu Tadbir (P/O) N22 114 Pembantu Tadbir (P/O) N17 115 Pembantu Tadbir Rendah N11 116 Penolong Pengurus Asrama N36 117 Penolong Pengurus Asrama N32 118 Penolong Pengurus Asrama N27 119 Penyelia Asrama N22 120 Penyelia Asrama N17 121 Pembantu Penyelidik Q17 122 Pemandu R6 123 Pemandu R3 124 Pemandu Bot R1 125 Pekerja Rendah Awam Khas R3 126 Pekerja Rendah Awam R4 127 Pekerja Rendah Awam R1 128 Tukang K2 R11 129 Tukang K3 R9 130 Jurudandang R12 Muka Surat 14/16

BIL. SKIM PERKHIDMATAN GRED JAWATAN JAWATAN PENTADBIRAN: KUMPULAN SOKONGAN 131 Pembantu Perpustakaan S26 132 Pembantu Perpustakaan S22 133 Pembantu Perpustakaan S17 134 Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 135 Pembantu Hal Ehwal Islam S17 136 Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam S11 137 Penolong Pegawai Penerangan S27 138 Penolong Pegawai Belia & Sukan S32 139 Penolong Pegawai Belia & Sukan S27 140 Pembantu Belia & Sukan S17 141 Wartawan S27 142 Juruteknologi Makmal Perubatan U36 143 Juruteknologi Makmal Perubatan U32 144 Juruteknologi Makmal Perubatan U29 145 Pembantu Farmasi U32 146 Pembantu Farmasi U29 147 Jururawat U32 148 Jururawat U29 149 Jururawat Pergigian U29 150 Juru X-Ray U29 151 Pembantu Perubatan U29 152 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 153 Atendan Kesihatan U11 154 Atendan Kesihatan U3 155 Penolong Akauntan W36 156 Penolong Akauntan W32 157 Penolong Akauntan W27 158 Pembantu Akauntan W22 159 Pembantu Akauntan W17 160 Penolong Juruaudit W32 161 Penolong Juruaudit W27 162 Pembantu Juruaudit W17 163 Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W26 164 Pembantu Tadbir Kewangan W22 165 Pembantu Tadbir Kewangan W17 Muka Surat 15/16

CONTOH FORMAT SURAT PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS Rujukan : UMS/PN2.2/P44/2 Tarikh : 2010. Universiti Malaysia Sabah Puan, LAMPIRAN 3 PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS SEBAGAI PENOLONG PENDAFTAR GRED N41 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. Berdasarkan kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan Kumpulan Sokongan), adalah dimaklumkan bahawai puan akan dipindahkan tempat bertugas sebagai Penolong Pendaftar Gred N41 dari..ke, berkuatkuasa pada. 2010. Sebelum menamatkan perkhidmatan puan di.., puan adalah dipohon supaya dapat menguruskan semua tugas-tugas yang tertangguh serta membuat nota penyerahan tugas kepada Ketua Jabatan dan sesalinan nota penyerahan tugas tersebut dikemukakan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Diharapkan semoga puan akan terus memberi sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang kepada Universiti. Sekian, terima kasih. BERTEKAD CEMERLANG Yang ikhlas, AG. JAMALUDIN BIN HJ. JUMAT Penolong Pendaftar Seksyen Perancangan Strategik Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar s.k. Pendaftar Pengarah/Dekan.. Timbalan Pendaftar Kanan, BSM Pengarah/Dekan.. Penolong Pendaftar Kanan, (Unit Perkhidmatan) Penolong Pendaftar, Unit Pengambilan (Bukan Akademik) Seksyen Pengurusan Maklumat & ICT Fail PER Muka Surat 16/16