Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

dokumen-dokumen yang mirip
KANSER PAYU DARA. 1 dalam 32 orang Mungkinkah ANDA? menyerang. kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 1

Untuk Wanita Yang Menghidap Kanser Payudara

Perlukah saya memulakan Insulin?

Masalah Ketika Hamil

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin

Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV.

Perlukah saya memulakan Insulin? DMIT GROUP

Penyakit Kelamin (STIs)

Kehamilan Ektopi. Mempunyai sejarah perubatan menghidap Salpingitis atau penyakit keradangan pelvis (PID)

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Kanker Payudara. Breast Cancer / Indonesian Copyright 2017 Hospital Authority. All rights reserved

Soalan: Mohd Shukri Kuantan. Jawapan:

LAPORAN ESKLUSIF: Katakan Tidak Jerawat Badan Hidup Lebih Sihat Tanpa Jerawat Badan

Angina Pektoris. Angina merujuk kepada sakit dada yang sementara yang tidak tetap, yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung.

UBAT-UBATAN UNTUK ARTRITIS (RA)

Gangguan Hipertensi semasa Hamil

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Hepatitis B dan Kehamilan

Oriental Herbs. Perkongsian Pengalaman

LUMPEKTOMI Panduan untuk pesakit

Rawatan Pemindahan Sel-Benih Darah Autologus (sendiri) dalam penyakit hematologi.

Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

#11 Amalan Mudah Ketika Berpantang Selepas Bersalin

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Luka Terbakar dan Melecur

Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah. Dibawa kepada anda oleh. Disokong oleh

Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi

Penyebab, Gejala, dan Pengobatan Kanker Payudara Thursday, 14 August :15

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

ENOXAPARIN. (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

IBU MENGANDUNG PERKONGSIAN SPIRULINA ORGANIK- Susu saya kurang dan cair. Joy Lim Ying Ying, 44 KOMPILASI

Mengatasi sakit sendi, tulang dan saraf dengan Royalife Rec Pluz

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

ZCT 531/4 - Anatomi dan Fisiologi Manusia

Seterusnya? Memahami Kesedihan

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Malay. 1 Soalan: Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya telan, suntik atau gunakan pada tubuh saya.

Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Kanker Paru-Paru. (Terima kasih kepada Dr SH LO, Konsultan, Departemen Onkologi Klinis, Rumah Sakit Tuen Mun, Cluster Barat New Territories) 26/9

Memahami Angin Ahmar. Menambahkan usia Sihat kepada penduduk Singapura. Sebuah Buku Pendidikan untuk

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder)

MAKLUMATPESAKIT Ubat Untuk Merawat Penyakit Jantung Agen Anti-anginal Nitrates Medicine To Treat: Cardiac Diseases Anti-anginal Agents Nitrates

Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic

MAKLUMAT. Penyakit Kencing Manis. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Insulin. Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin

PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR

Soalan yang kerap ditanya mengenai Salindah

Insurans. Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan)

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Penyakit AIDS. pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang normal. beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI


Pendarahan Semasa Kehamilan

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

TAKAFUL PUTERI. Hayatilah hidup anda hari ini dengan kebebasan sepenuhnya.

segala-galanya mengenai Denggi

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

Bagi pria, kewaspadaan juga harus diterapkan karena kanker payudara bisa menyerang

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

FAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSTI MALAYSIA PERLIS Risalah Kesihatan Bulan Ogos 2008.

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Fig : Lepuhan air terbentuk pada kulit akibat geseran, gosokan, garu atau tape pelekat

Undang-undang Permainan

BAB I PENDAHULUAN. Kanker payudara adalah keganasan yang terjadi pada sel-sel yang terdapat

Borang Cadangan MedicaGen 200

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

PruBSN CrisisCover. Di kala memerlukan, kami sentiasa bersama anda.

Nama :... Tarikh :... Tingkatan : Malnutrisi. ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan. seperti,, protein,

QRA Water by QRA Brand

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN. Alat Anda untuk Kesihatan yang Baik

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah. pertama tidak bertindak atau tidak melakukan apa-apa, alasannya antara lain

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Inovasi dan Perubahan

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PruBSN CRISISCOVER DI KALA MEMERLUKAN, KAMI SENTIASA BERSAMA ANDA.

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENGAWALAN KENCING MANIS

Buku Panduan Mudah Bagi. Refleksologi Tapak Tangan

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA)

Kesetiaan kepada Syarikat

DR.ZUBAIDI HAJI AHMAD. Oleh: Doktor Perubatan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 523 Psikologi Perkembangan Remaja, Dewasa dan Orang Tua

Diabetes semasa Hamil

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Batu Karang Hati & Hempedu

Transkripsi:

Kandungan Apakah yang membimbangkan anda? 3 Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4 Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7 Apakah pilihan anda? 13 Kelebihan dan kekurangan rawatan pilihan anda 14 Sejauh manakah pengetahuan anda 16 Mengetahui apa yang penting untuk anda 17 Adakah anda memerlukan lebih sokongan? 18 Apakah keputusan anda? 19 Buku ini milik: Nama Doktor/Jururawat anda: 2

Apakah yang membimbangkan anda? Perasaan terkejut, marah, risau, takut atau sedih selepas mengetahui anda menghidap kanser payudara adalah reaksi biasa. Anda mungkin perlu meluangkan sedikit masa untuk berfi kir dan menerima penyakit kanser payudara yang anda hidapi sebelum membuat keputusan tentang rawatannya. Wanita yang menghidap kanser payudara peringkat awal selalunya mempunyai persoalan berikut: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kenapa saya mendapat kanser payudara? Apa sebenarnya kanser payudara? Adakah saya akan mati? Berapa lamakah masa yang saya ada untuk hidup? Adakah saya perlu menjalani pembedahan? Adakah cara lain untuk merawat kanser payudara selain daripada pembedahan? Adakah saya perlu menjalani rawatan kemoterapi? Bolehkah saya mencuba rawatan tradisional atau rawatan alternatif? Bagaimanakah keluarga saya, termasuk suami saya menerima perkara ini? Adakah anak-anak saya juga akan mendapat kanser payudara? Buku ini akan cuba menjawab persoalan di atas dan membimbing anda untuk membuat keputusan. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau jururawat anda tentang perasaan dan perkaraperkara yang membimbangkan anda pada ketika ini. Buku ini perlu digunakan dengan panduan dan tunjuk ajar doktor atau jururawat anda. Alat bantu membuat keputusan bagi membantu pesakit kanser payudara peringkat awal 3

Informasi lanjut mengenai kanser payudara Apakah kanser payudara? Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap dihidap oleh wanita di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Satu dalam dua puluh wanita di Malaysia akan menghidap kanser payudara. Wanita selalunya dapat mengesan kanser payudara apabila: mereka membuat pemeriksaan saringan (mamografi ) secara berkala mereka menemui ketulan pada payudara terdapat lelehan keluar dari puting payudara * Ujian darah tidak dapat membantu dalam mengesan kanser payudara Kanser berlaku apabila sel-sel dalam badan kita menjadi tidak normal dan mula membiak di luar kawalan. Sel-sel payudara yang tidak normal ini berkembang di dalam payudara lalu menjadi ketulan. Kanser payudara biasanya tidak menyakitkan. Jika tidak dirawat, ianya boleh merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan seperti kelenjar limfa, paru-paru, hati, tulang dan otak. Apakah penyebab kanser payudara? Pelbagai faktor boleh menyebabkan kanser payudara. Faktor genetik, gaya hidup dan persekitaran boleh meningkatkan risiko kanser payudara terhadap wanita. Walaubagaimanapun dalam kebanyakan kes, tiada penyebab tertentu yang boleh ditemui. Faktor-faktor risiko termasuk: mempunyai ahli keluarga yang mengidap kanser payudara atau ovari (seperti ibu, kakak atau anak perempuan) mempunyai sejarah menghidap ketulan payudara (jenis tertentu), kanser payudara atau ovari mempunyai gen kanser payudara (BRCA 1 atau 2) telah terdedah kepada dos radiasi yang tinggi seperti radioterapi 4

Informasi lanjut mengenai kanser payudara Doktor anda akan menyarankan rawatan bagi kanser payudara anda berdasarkan: peringkat kanser anda tahap kanser anda samada kanser anda sensitif kepada estrogen (hormone wanita) atau tidak Peringkat-peringkat kanser payudara Peringkat kanser payudara ditentukan oleh saiz ketumbuhan dan sejauh mana ia merebak. Kanser payudara boleh disembuhkan sekiranya ia dikesan dan dirawat awal. Terdapat empat peringkat/tahap kanser payudara: Peringkat 1 Saiz ketumbuhan ialah kurang dari 2cm. Kanser masih belum merebak ke kelenjar limfa di bahagian bawah lengan. Peringkat 2 Saiz ketumbuhan ialah di antara 2 hingga 5cm. Kanser belum lagi merebak tetapi kelenjar limfa mungkin telah terlibat. Peringkat 3 Saiz ketumbuhan ialah lebih dari 5cm atau telah merebak ke bahagian kulit atau dada. Peringkat 4 Kanser payudara telah merebak ke bahagian badan yang lain seperti paru-paru, hati, tulang dan otak. Anda di peringkat kanser payudara. Anda mungkin memerlukan penyiasatan lanjut seperti mammogram dan imbasan CT untuk mengetahui peringkat kanser payudara anda. Alat bantu membuat keputusan bagi membantu pesakit kanser payudara peringkat awal 5

Informasi lanjut mengenai kanser payudara Apakah yang akan berlaku kepada pesakit kanser? Adalah penting untuk anda mengetahui fakta berikut: 1Kebanyakan saiz kanser payudara akan membesar dua kali ganda selepas 3-6 bulan 2 3 Kanser payudara biasanya mangambil masa kira-kira 2 tahun untuk merebak ke bahagian badan yang lain Kebanyakan wanita dapat hidup selama 2-3 tahun lagi sekiranya mereka tidak mendapat sebarang rawatan 4 Anda mungkin diberitahu bahawa rawatan alternatif akan melambatkan pertumbuhan kanser payudara anda. Fakta ini mungkin tidak benar kerana kanser payudara biasanya membesar secara perlahan walaupun tanpa rawatan. 6

Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara Apakah pilihan-pilihan rawatan bagi kanser payudara peringkat awal? Kebanyakan doktor akan menyarankan pembedahan kerana ianya adalah kaedah yang paling berkesan untuk merawat kanser payudara peringkat awal. Kemoterapi, radioterapi atau terapi hormon mungkin diperlukan selepas pembedahan. Rawatan-rawatan ini boleh meningkatkan keberkesanan rawatan pembedahan dan mengelakkan kanser dari kembali semula. Sebilangan wanita memilih rawatan alternatif seperti makanan suplemen, perubatan secara herba atau penyembuhan secara kerohanian. Tiada bukti saintifi k yang menyatakan ianya boleh memperlahankan atau merawat kanser. Bahagian seterusnya akan menerangkan tentang setiap pilihan rawatan kepada anda. Alat bantu membuat keputusan bagi membantu pesakit kanser payudara peringkat awal 7

Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara Pembedahan Terdapat dua jenis pembedahan untuk kanser payudara peringkat awal: Lumpektomi Mastektomi Satu prosedur di ketiak dilakukan semasa kedua-dua pembedahan di atas untuk menilai samada kanser telah merebak ke kelenjar limfa. Doktor anda akan berbincang mengenainya dengan lebih lanjut dengan anda. Lumpektomi Sebilangan wanita memilih lumpektomi kerana ianya membantu mengekalkan payudara mereka. Lumpektomi melibatkan pembuangan sebahagian payudara sahaja. Pakar bedah biasanya akan membuang ketulan kanser berserta dengan tisu payudara yang berukuran 1cm disekelilingnya. Sel-sel kanser mungkin merebak ke nodus limfa di bahagian ketiak. Sekiranya keadaan in berlaku, nodus limfa akan dibuang semasa pembedahan. Selepas pembedahan, satu tiub saluran akan diletakkan di dalam luka untuk mengeluarkan cecair atau darah lama yang terkumpul dibawah luka. Saluran ini adalah tiub plastik lembut yang disambungkan ke botol plastik. Ia akan dikeluarkan apabila tiada lagi cecair atau darah yang keluar. Kebanyakan wanita boleh pulang ke rumah dalam satu atau dua hari selepas pembedahan. Kadang-kadang satu lagi pembedahan diperlukan jika sel kanser ditemui berdekatan dengan tisu payudara (margin) yang dikeluarkan semasa lumpektomi. Ini hanya berlaku kepada 5 daripada 100 wanita yang dibedah. 8

Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara Mastektomi Mastektomi adalah pembedahan di mana keseluruhan payudara dibuang termasuk puting payudara dan ia akan meninggalkan dada yang rata bersama parut di bahagian dada. Kebanyakan wanita dijangka akan berada 2 hingga 3 malam di hospital. Seperti lumpektomi, satu saluran yang diperbuat daripada tiub plastik lembut yang disambungkan ke botol plastik akan digunakan untuk mengeluarkan cecair atau darah yang terkumpul di bawah luka. Sebilangan wanita mungkin ingin mempertimbangkan pembedahan untuk membentuk semula payudara selepas mastektomi. Anda boleh membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut bersama pakar bedah anda. Komplikasi pembedahan Komplikasi seperti dibawah boleh berlaku selepas menjalani mastektomi : Seroma: Bendalir boleh berkumpul di bahagian luka beberapa minggu selepas pembedahan. Ia boleh dikeluarkan dengan menggunakan jarum dan picagari. Pendarahan: Kadangkala darah boleh berkumpul dalam luka menyebabkan ia bengkak Jangkitan kuman pada luka: Jangkitan kuman boleh berlaku pada bahagian luka selepas pembedahan. Ia boleh dirawat menggunakan antibiotik. Limfodema: Ini adalah masalah jangka panjang di mana lengan anda mungkin membengkak dan sakit selepas pembedahan. Komplikasi ini berlaku kerana cecair limfa berkumpul di lengan selepas pembuangan kelenjar yang telah di hidapi kanser payudara. Alat bantu membuat keputusan bagi membantu pesakit kanser payudara peringkat awal 9

Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara Kemoterapi Kemoterapi adalah satu rawatan menggunakan ubat untuk membunuh sel-sel kanser pada payudara dan juga yang telah merebak ke organ yang lain. Biasanya ia diberikan selepas pembedahan dan sebelum radioterapi. Selepas pembedahan, doktor yang mempunyai kepakaran dalam kemoterapi dan radioterapi (dikenali sebagai pakar onkologi) akan menasihatkan anda samada anda memerlukan kemoterapi. Kemoterapi diberikan kepada pesakit setiap tiga minggu sekali, selama 4-6 bulan. Ia diberikan melalui suntikan ke dalam saluran darah. Kesan sampingan kemoterapi yang biasa berlaku termasuk: ulser mulut, loya dan muntah, keguguran rambut, keletihan and perubahan kitaran haid. Kesan kemoterapi terhadap setiap individu adalah berbeza. Kebanyakkan daripada mereka perlu mengambil cuti rehat semasa kemoterapi. Gejala-gejala sampingan kemoterapi hanyalah sementara dan boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat. Jangkitan dan anemia (kekurangan darah) sering berlaku selepas kemoterapi. Ujian darah akan dilakukan sebelum setiap rawatan untuk memastikan anda boleh menjalani rawatan kemoterapi yang seterusnya. Kemoterapi boleh menyebabkan sesetengah wanita mendapat menopaus lebih awal dan mengalami ketidaksuburan. Ini hanyalah untuk sementara sahaja dan badan anda akan kembali pulih sepenuhnya selepas itu. Anda di nasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau jururawat sekiranya ada perkara yang membimbangkan mengenai kemoterapi. 10

Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara Radioterapi Radioterapi adalah penggunaan radiasi dalam dos yang kecil untuk membunuh sel-sel kanser sekitar payudara. Radioterapi biasanya bermula 6 minggu selepas pembedahan apabila luka telah sembuh. Jika anda dinasihatkan untuk menjalani kemoterapi dan radioterapi, rawatan kemoterapi akan diberikan terlebih dahulu. Kesan sampingan radioterapi termasuk: kulit mungkin menjadi merah, gatal, sakit atau keras keletihan keguguran bulu roma di kawasan yang dirawat tetapi bukan rambut dari kepala anda parut pada paru-paru kebas, lemah dan sakit pada bahu, lengan dan tangan limfodema payudara mungkin akan mengecut dari masa ke semasa Alat bantu membuat keputusan bagi membantu pesakit kanser payudara peringkat awal 11

Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara Terapi Hormon Terdapat jenis sel-sel kanser payudara yang sensitif kepada hormon. Hormon semulajadi wanita boleh merangsang pertumbuhan sel kanser. Oleh itu, terapi hormon diperlukan untuk mengelakkan perangsangan sel-sel kanser. Selepas pembedahan, sel kanser akan diuji bagi mengesan samada sel sensitif terhadap hormon estrogen wanita. Ini adalah untuk mengetahui samada anda memerlukan terapi hormon ataupun tidak. Kadang-kadang terapi hormon menggantikan pembedahan untuk wanita yang terlalu sakit bagi menjalani pembedahan. Kesan sampingannya termasuk: berasa panas, berpeluh pada waktu malam, perubahan mood, pertambahan berat badan dan sakit sendi. Rawatan Alternatif Sesetengah wanita lebih suka mencuba rawatan alternatif seperti suplemen tambahan, perubatan secara herba atau penyembuhan secara kerohanian. Tetapi setakat ini, tiada bukti saintifi k yang menyatakan keberkesanan rawatan alternatif ke atas kanser payudara. Perubatan moden adalah berdasarkan bukti saintifi k manakala rawatan alternatif biasanya hanya berdasarkan pengalaman individu yang mengamalkannya. Anda mungkin ingin bertanyakan soalan berikut sebelum mempertimbangkan rawatan alternatif: Adakah pengamal rawatan alternatif berkelayakan untuk merawat kanser payudara? Adakah terdapat maklumat saintifi k berasaskan manusia (bukan haiwan) yang dapat menyokong keberkesanan rawatan tersebut? Sekiranya ada dakwaan bahawa ada individu yang telah sembuh, tanya pengamal rawatan samada ianya kanser payudara atau hanya ketulan payudara yang tidak berbahaya? Apakah kebarangkalian rawatan alternatif dapat menyembuh kanser payudara berbanding dengan pembedahan? 12 Adalah penting untuk mengetahui bahawa kebanyakan kanser payudara membesar secara perlahan dan tidak merebak dengan cepat. Sekiranya ketulan kanser payudara tidak membesar atau merebak dalam beberapa bulan, ini tidak bermaksud bahawa rawatan alternatif adalah berkesan.

Apakah pilihan anda? Wanita yang menghidap kanser payudara peringkat awal mungkin memilih: Pembedahan Rawatan alternatif Tiada rawatan Jika anda memilih kaedah pembedahan, doktor akan menyarankan: Lumpektomi atau Mastektomi Doktor anda mungkin menasihatkan anda menjalani kemoterapi atau radioterapi selepas pembedahan. Jika anda belum bersedia untuk membuat keputusan pada ketika ini, anda boleh menentukannya selepas pembedahan. Alat bantu membuat keputusan bagi membantu pesakit kanser payudara peringkat awal 13

Kelebihan dan kekurangan Berapa lamakah saya akan hidup? (Kanser boleh dianggap sudah sembuh jika ia tidak kembali dalam masa 5 tahun) Lumpektomi Mastektomi Rawatan alternatif Dalam masa 5 tahun, daripada 100 wanita pengidap kanser payudara yang menjalani lumpektomi dan radioterapi, 80 akan hidup dan 20 mungkin meninggal dunia Sama seperti lumpektomi Tiada informasi Sila tanya pengamal Tiada rawatan Kebanyakan wanita akan meninggal dunia dalam masa 5 tahun Adakah kanser akan datang kembali? Dalam masa 8 tahun, daripada 100 wanita, 10 mungkin akan mendapat kanser berulang dan 90 tidak (dengan radioterapi); 39 mungkin akan mendapat kanser berulang dan 61 tidak (tanpa radioterapi) Dalam masa 8 tahun, daripada 100 wanita, 8 mungkin akan mendapat kanser berulang di dinding dada dan 92 tidak Tiada informasi Sila tanya pengamal Kebanyakan wanita akan meninggal dunia dalam masa 5 tahun Adakah saya memerlukan satu lagi pembedahan? Mungkin Sekiranya masih terdapat sel-sel kanser yang tertinggal. Ini berlaku pada 20 daripada 100 pesakit kanser payudara Melainkan anda memilih pembentukan semula payudara Adakah saya akan mendapat limfodema? Daripada 100 wanita yang menjalani biopsi sentinel node, 5 mungkin akan mendapat limfodema dan 95 tidak*; Sama seperti lumpektomi Daripada 100 wanita yang menjalani pembedahan kelenjar nodus limfa di ketiak, 17 mungkin akan mendapat limfodema dan 83 tidak*. 14 * sila bertanyakan risiko anda pada doktor atau jururawat anda.

rawatan pilihan anda Adakah saya akan kehilangan payudara saya? Lumpektomi Mastektomi Rawatan alternatif Tetapi jika margin tumor didapati terlibat atau terdapat kanser berulang pada masa hadapan, anda disarankan menjalani mastektomi Ya Tetapi anda mungkin boleh mempertimbangkan pembedahan pembinaan semula payudara Tetapi jika rawatan tidak berkesan, payudara akan berubah bentuk Tiada rawatan Tetapi jika kanser membesar, payudara akan berubah bentuk Adakah kemoterapi diperlukan? Ya (bergantung kepada saranan pakar onkologi) Ya (bergantung kepada saranan pakar onkologi) Adakah radioterapi diperlukan? Ya (kecuali nodus limfa pada bahagian ketiak terlibat atau tumor bersaiz besar atau melibatkan margin) Berapakah kos yang diperlukan? (Untuk diisi oleh doktor/ jururawat anda) (Untuk diisi oleh doktor/ jururawat anda) (Untuk diisi oleh pengamal) Tiada kos Tetapi anda mungkin memerlukan rawatan apabila apabila kanser semakin membesar dan ini akan melibatkan kos Alat bantu membuat keputusan bagi membantu pesakit kanser payudara peringkat awal 15

Sejauh manakah pengetahuan anda? Untuk mengetahui tahap pemahaman anda mengenai informasi yang telah diberi, sila jawab soalan-soalan berikut. Kemudian, doktor atau jururawat anda akan memeriksa jawapan bersama anda. Anda juga boleh mendapatkan jawapan di halaman 18. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. A. Apakah rawatan yang mempunyai peluang terbaik untuk mengubati kanser payudara dalam tempoh 5 tahun? Tiada rawatan Lumpektomi Mastektomi Rawatan Alternatif B. Apakah rawatan yang mempunyai peluang terbaik untuk mencegah kanser payudara dari berulang dalam masa 8 tahun? Tiada rawatan Lumpektomi dengan radioterapi Mastektomi Rawatan Alternatif C. Apakah rawatan yang memerlukan kemoterapi? Tiada rawatan Lumpektomi Mastektomi Rawatan Alternatif D. Apakah rawatan yang memerlukan radioterapi? Tiada rawatan Lumpektomi Mastektomi Rawatan Alternatif 16 E. Apakah rawatan yang mempunyai bukti saintifik untuk rawatan kanser payudara? Tiada rawatan Lumpektomi Mastektomi Rawatan Alternatif

Mengetahui apa yang penting bagi anda Anda mungkin menerima nasihat mengenai kanser payudara daripada individu dan sumber yang berbeza. Adalah penting untuk anda meluangkan masa dan berfi kir tentang apa yang penting bagi anda sebelum membuat keputusan. Sila tandakan kotak yang sesuai (Anda boleh tanda lebih daripada satu). Pembedahan Saya memilih pembedahan kerana: ia menawarkan peluang terbaik untuk sembuh Saya tidak mahu kanser payudara saya kembali Ia mempunyai bukti saintifi k yang kukuh Tanpa pembedahan Saya tidak mahu memilih pembedahan kerana: Saya tidak mahu kehilangan payudara Saya tidak mahu mendapat kesan sampingan dari pembedahan Saya lebih suka rawatan yang mempunyai bahan asli/ semulajadi (seperti herba) Saya bimbang: tentang menjalani kemoterapis elepas pembedahan tentang menjalani radioterapi selepas pembedahan tentang kos rawatan yang mahal suami atau pasangan saya mungkin tidak bersetuju dengan pilihan rawatan saya keluarga saya mungkin tidak bersetuju dengan pilihan rawatan saya adakah saya mampu sembuh dengan cepat dan kembali melakukan rutin harian saya siapa yang akan menjaga keluarga saya semasa saya menjalani rawatan adakah semangat saya cukup kuat untuk menjalani rawatan Sila tulis perkara lain yang membimbangkan anda pada halaman 19. Alat bantu membuat keputusan bagi membantu pesakit kanser payudara peringkat awal 17

Adakah anda memerlukan lebih sokongan? Sila tanda kotak yang sesuai. YA TIDAK Adakah anda faham tentang kelebihan dan kekurangan bagi setiap pilihan rawatan untuk membuat keputusan? Adakah anda jelas tentang perkara yang penting bagi diri anda untuk membuat keputusan? Adakah anda mendapat sokongan dan nasihat yang cukup daripada doktor atau jururawat anda untuk membuat keputusan? Adakah anda mendapat sokongan yang cukup daripada keluarga anda untuk membuat keputusan? Adakah anda memerlukan lebih masa untuk membuat keputusan anda? Jawapan untuk Sejauh manakah pengetahuan anda pada halaman 16: A. Mastektomi atau Lumpektomi; B. Lumpektomi dengan radioterapi; C. Lumpektomi atau mastektomi; D. Lumpektomi atau mastektomi; E. Lumpektomi atau mastektomi. 18

Apakah keputusan anda? Adakah anda bersedia untuk membuat keputusan mengenai rawatan kanser payudara anda?, saya belum bersedia Ya, saya sudah bersedia Jika anda bersedia, apakah rawatan pilihan anda? Tiada rawatan Lumpektomi Mastektomi Rawatan alternatif Jika anda belum bersedia, anda boleh datang semula dan berbincang dengan doktor atau jururawat anda mengenai keputusan anda. Gunakan ruangan ini untuk menulis kebimbangan dan soalan yang anda ingin kemukakan kepada doktor/jururawat anda. Alat bantu membuat keputusan ini tidak bertujuan untuk menggantikan saranan dan nasihat doktor anda. Alat bantu membuat keputusan bagi membantu pesakit kanser payudara peringkat awal 19