Permasalahan Pengajaran Guru Pendidikan Islam bagi Komponen Tamadun Islam: Satu Pemerhatian Awal di Sekolah Menengah Daerah Sepang, Selangor

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

Ulasan Buku/Book Review

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PIMKU 11 PENDIDIKAN ISLAM GOLONGAN MASALAH PENDENGARAN : TINJAUAN AWAL ISU DAN CABARAN DARI PERSPEKTIF GURU

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIAN

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA LAPORAN TARIKH : 10 MEI 2013 TEMPAT : DEWAN KULIAH KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

DPPI PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (2a) 15 Jun 2017

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

DPPI PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (1) 13 Jun 2017

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29

SATU KAJIAN AWAL KEDUDUKAN MASJID Dl NEGERI PERLIS BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH.

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

Epistemologi Sejarah Ibn Athir dalam Kata Pengantar al-kamil fi al-tarikh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

Transkripsi:

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm Permasalahan Pengajaran Guru Pendidikan Islam bagi Komponen Tamadun Islam: Satu Pemerhatian Awal di Sekolah Menengah Daerah Sepang, Selangor 1 Rozita Che Mustapha, 1,2 Ezad Azraai Jamsari, 1 Norshahidah Zakaria & 1 Nurliyana Mohd Talib 1 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2 Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Abstrak: Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji permasalahan pengajaran guru Pendidikan Islam bagi komponen Tamadun Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Kajian ini melibatkan subjek Pendidikan Islam bagi tingkatan 4 dan 5 dalam komponen Tamadun Islam. Tinjauan dibuat ke atas beberapa buah sekolah menengah di daerah Sepang. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi kaedah temubual guru-guru Pendidikan Islam dan menganalisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Temubual telah dijalankan ke atas beberapa orang guru dan melibatkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2008 hingga 2010 ke atas 257 orang pelajar. Hasil kajian ini mendapati bahawa guruguru Pendidikan Islam kurang mendapat pendedahan khusus dalam bidang pengajaran Tamadun Islam, kurang memahami konsep dan kurang meminati komponen Tamadun Islam. PENGENALAN Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang mana KBSR menekankan kemahiran membaca al-quran, Asas 'Ulum Syar'iyah dan Asas Akhlak Islamiyah sebagai fardu 'ain kepada setiap individu. Dalam KBSM pula, para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan penghayatan mereka dalam bidang Tilawah al-quran,ilmu Hadis,Akidah,Ibadah,Akhlak Islamiyah dan Tamadun Islam.Pendidikan Islam KBSM akan memberikan penekanan dan tumpuan yang sepenuhnya kepada aspek-aspek tersebut sebagai pengukuhan dalam kehidupan harian individu muslim bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani,emosi dan intelektual selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan Islam di Tanah Melayu telah dikembangkan oleh ulama-ulama dalam bentuk tradisi iaitu pengajian al Qur an di rumah-rumah ulama itu sendiri ataupun dalam bentuk pengajian pondok.perkembangan pengajian tradisi ini amat ketara di akhir abad ke-19m. Sehinggalah di awal abad ke-20m, sekolah-sekolah agama rakyat mula dibina oleh orang ramai atas kesedaran yang amat tinggi di kalangan mereka terhadap Pendidikan Islam.Malah dalam era 1970-an,Pendidikan Islam di Malaysia menjadi bertambah mantap apabila Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dibuka dan diikuti pula dengan penubuhan Maktab Perguruan Islam (1976) serta pengambilalihan sekolah-sekolah agama rakyat menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) ketika Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dipimpin oleh Allahyarham Tuan Haji Nik Muhyiddin Musa. Kurikulum pendidikan di Malaysia secara umumnya hanya disusun selepas Penyata Razak 1956 dibentangkan dan menjadi teras kepada penggubalan Ordinan Pelajaran 1957 yang menobatkan pembentukan satu sistem Pendidikan Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.kemudian Penyata Rahman Talib 1960 dirangka bagi menterjemahkan keperluan pendidikan yang lebih luas supaya ia dapat dijalankan secara berkesan,termasuk satu sistem pelajaran dalam bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama.manakala Pendidikan Islam secara rasminya terkandung di dalam Akta Pendidikan 1961 (KPM) yang mewajibkan semua anak orang Islam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Menyedari hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup, maka perubahan dalam Pendidikan Islam di Malaysia menjadi bertambah positif dalam era tahun 80-an dengan perubahan kurikulum yang lebih menekankan kepada penghayatan dan amalan Islam serta bermatlamat kepada menanamkan asas Pendidikan Islam dengan membentuk pelajar berakhlak, berdisiplin dan mengamalkan ciri-ciri hidup Islam (Kementerian Pelajaran Malaysia 2002). Subjek Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah menengah sekarang terdiri daripada 414

beberapa komponen khususnya bagi pelajar tingkatan empat dan lima. Antara komponen tersebut ialah Tilawah al-qur an, Ilmu Hadith, Ibadah, Aqidah, Akhlak Islamiyyah dan Tamadun Islam. Peruntukan masa bagi subjek ini adalah sebanyak empat kali seminggu bagi pelajar tingkatan empat dan lima. Walaupun Laporan Prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010 mendapati bahawa terdapat 13.3% peningkatan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, namun masih ramai calon yang masih lemah dan mendapat markah yang rendah dalam komponen Tamadun Islam (LPM 2010). Mengapakah fenomena ini berlaku?adakah ia berpunca dari masalah pengajaran guru di dalam kelas?atau adakah kerana timbul ketidakfahaman guru dan pelajar tentang konsep Tamadun Islam itu sendiri? Persoalan inilah yang telah menarik minat pengkaji untuk membuat kajian mengenai permasalahan ini. Kajian telah dilakukan ke atas beberapa buah Sekolah Menengah Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Pernyataan Masalah: Komponen Tamadun Islam sekolah menengah yang diajar di tingkatan empat dan lima adalah satu komponen yang telah dibuat pindaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggantikan komponen Sejarah Islam yang diguna pakai sejak tahun 1961M dengan menekankan kepada untuk mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan Tamadun Islam (Pusat Perkembangan Kurikulum 1992). Namun begitu, tahap pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap komponen ini masih lagi lemah berbanding dengan komponen-komponen lain. Ini ditambah dengan pengalaman pengkaji sendiri setelah lebih tujuh tahun memeriksa kertas jawapan calon. Pengkaji mendapati pelajar gagal mendapat markah yang tinggi dalam komponen Tamadun Islam ini. Permasalahan ini juga telah dikaji dalam disertasi Sarjana oleh Mohd Yusri Mustafa pada tahun 2005 di bawah tajuk Permasalahan Pengajaran Tamadun Islam di Sekolah Menengah: Kajian Kes di Daerah Kinta, Perak. Objektif Kajian: Permasalahan pengajaran komponen Tamadun Islam sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada keputusan peperiksaan subjek Pendidikan Islam. Oleh itu, tujuan dan objektif kajian ini dilakukan adalah untuk: Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran komponen Tamadun Islam. Menilai minat guru terhadap komponen Tamadun Islam. Meneliti pandangan guru Pendidikan Islam mengenai topik-topik dan konsep Tamadun Islam yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Metode Kajian: Secara keseluruhannya, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif menerusi temubual dan menganalisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008 hingga 2010 yang diperolehi dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. Di samping itu, setiap data yang diperolehi turut dinilai dan dianalisis. Oleh itu, kajian ini menjadikan temubual sebagai keutamaan kajian. Kaedah Temubual. Temubual telah dijalankan ke atas dua orang guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya di Daerah Sepang, Selangor. Kajian Analisis Data. Menganalisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2008 hingga 2010 yang diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. Keputusan peperiksaan ini melibatkan 257 orang pelajar. Hasil Kajian: Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya masalah dalam pengajaran komponen Tamadun Islam dari pihak guru. Temubual yang telah dijalankan ke atas dua orang guru yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam mengendalikan pengajaran Pendidikan Islam bagi tingkatan empat dan lima, iaitu Puan Tengku Maznon Binti Tengku Othman dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya dan Puan Nor Aniza Binti Abd Samad Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang. Berdasarkan keputusan temubual tersebut pengkaji mendapati salah satu faktor timbulnya permasalahan ini adalah kerana kurangnya guru yang benar-benar pakar atau berkemahiran dalam Tamadun Islam yang mengajar subjek Pendidikan Islam. Ini merupakan permasalahan yang boleh menjejaskan kualiti pengajaran komponen Tamadun Islam. Malah, melalui pengalaman pengkaji sendiri yang telah mengajar subjek Pendidikan Islam dalam tempoh lebih 14 tahun juga tidak pernah menghadiri latihan khusus bagi komponen tersebut. Selain daripada itu, guru yang telah ditemubual turut menyatakan bahawa majoriti guru Pendidikan Islam kurang mendapat pendedahan dan latihan yang khusus dalam pengajaran komponen Tamadun Islam. Oleh kerana kurangnya pendedahan dan latihan khusus tersebut, guru-guru Pendidikan Islam menjadi kurang meminati terhadap komponen ini. Tambahan pula, komponen Tamadun Islam bersifat fakta yang perlu diingati seperti tarikh-tarikh peristiwa, nama-nama tokoh, perjalanan sesuatu peristiwa dan lain berbanding komponen-komponen lain yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam yang lebih bersifat praktikal dan berkaitan dengan permasalahan semasa. Di samping itu juga, guru-guru Pendidikan Islam turut menghadapi masalah kekurangan sumber rujukan tambahan dan bahan bantu mengajar berkaitan dengan komponen Tamadun Islam di sekolah. Contoh sumber rujukan tambahan seperti 415

kitab-kitab muktabar seperti Sirah Nabawiyyah, Tarikh Khulafa dan rujukan-rujukan mengenai tokoh-tokoh Islam seperti empat orang Imam Mazhab, iaitu Imam Abu Hanifah, Maliki, Syafi i dan Ahmad ibn Hanbal serta bahan bantu mengajar seperti peta. Sebagai seorang guru masalah kekangan masa turut menyebabkan mereka sukar membuat rujukan kepada sumber rujukan tambahan dan mandapatkan bahan bantu mengajar. Hal ini kerana masa yang diperuntukan bagi subjek Pendidikan Islam ini adalah empat jam seminggu sedang terdapat banyak topik yang perlu disentuh dan diterangkan kepada para pelajar. Bagi subjek Pendidikan Islam Tingkatan Empat dan Lima komponennya dibahagikan kepada Tilawah al-qur an, Ilmu Hadith, Ibadah, Aqidah, Akhlak Islamiyyah dan Tamadun Islam. Keseluruhan topik yang terdapat dalam silibus bagi tingkatan empat ialah 43 buah topik dan bagi komponen Tamadun Islam sahaja mempunyai lapan buah topik iaitu, Kerajaan Khulafa al-rashidin, Kerajaan Banu Umayyah, Imam Abu Hanifah, Imam Maliki, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Bukhari dan Imam al-ghazali. Manakala bagi tingkatan lima pula mempunyai 38 buah topik dan tujuh topik bagi komponen Tamadun Islam yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perkembangan Islam pada zaman Bani Abbasiyyah dan tokoh cendiakawan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Khaldun, Jamaluddin al-afghani, Muhammad Abduh, Hamka dan Syeikh Tahir Jalaluddin (Kementerian Pelajaran Malaysia 2002). Berdasarkan kepada topik-topik yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam bagi kedua-dua tingkatan sangat mustahil bagi seseorang guru Pendidikan Islam menyentuh sesebuah topik secara mendalam dan terperinci sekiranya masa yang diperuntukakan hanya empat jam seminggu. Seterusnya kajian ini mendapati secara keseluruhan guru-guru Pendidikan Islam berpuas hati dengan topik-topik dan konsep Tamadun Islam yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Puan Tengku Maznon dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya berpandangan topik-topik Tamadun Islam yang terdapat subjek Pengajian Islam bagi Tingkatan Empat dan Lima sekarang adalah selaras dan menepati dengan pemikiran para pelajar. Hal ini kerana ianya terdiri daripada peristiwa-peristiwa serta tokoh-tokoh pejuang Islam yang boleh membawa para pelajar menguasai dan menghayati latar belakang sejarawan yang dipelajari serta memotivasikan diri pelajar dalam menuntut ilmu (Tengku Maznon 2011). Pandangan beliau turut disetujui oleh Puan Nor Azniza dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang. Namun, Puan Nor Azniza mencadangkan supaya susunan dan isi kandungannya diperbaiki kerana sejarah bukan perkara yang sekadar dibaca atau dihafal tetapi perlu dihayati dan difahami secara mendalam. Menurut beliau lagi, pembelajaran komponen Tamadun Islam jika tidak diselitkan penghayatan, ianya ibarat sebuah cerita sahaja. Kajian dan susunan semula komponen Tamadun Islam adalah perlu supaya para guru dan pelajar dapat melihat dan menilai apa yang perlu dihayati dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian (Nor Azniza 2011). KESIMPULAN Pengkajian ini adalah satu usaha untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam komponen Tamadun Islam. Ringkasnya, fokus pengkajian ini diharap dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia amnya dan Sektor Pendidikan Islam khususnya untuk melihat dan mengkaji semula keberkesanan serta kesesuaian komponen Tamadun Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi menjamin dan memartabatkan Pendidikan Islam agar sentiasa berada pada tahap tertinggi setiap masa samada dari sudut akademik mahupun personaliti ummah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan negara Malaysia. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan pengkaji mencadangkan supaya diperbanyakkan pendedahan dan latihan khusus kepada para guru untuk meningkatkan kemampuan mereka dalam pengajaran komponen Tamadun Islam. Selain itu, pihak yang berkaitan juga perlu menyediakan bahanbahan bantu mengajar dan sumber-sumber Tamadun Islam yang lebih efektif. RUJUKAN Abdul Rahman Haji Abdullah. 1992. Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Gage, N. L. 1975. Educational Psychology. Chicago: Rand Mc. Nally. Hassan Langgulung. 1986. Pengenalan Tamadun Islam dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Abdul Rahman (pnyt.). 1992. Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamarudin Haji Husain. 1989. Pedagogi 3. Selangor: Longman Malaysia Sdn Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam(KBSM). Lembaga Peperiksaan Malaysia (KPM). 2010. Laporan Prestasi SPM 2010. Lembaga Peperiksaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Nor Azniza Abd Samad. 2011. Permasalahan Pengajaran Yang Dihadapi Oleh Guru Pendidikan Islam. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Sepang. Temubual, 28 Oktober. 416

Mok Soon Sang. 1991. Pedagogi 1,Pengenalan Kepada Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Tengku Maznon Tengku Othman. 2011. Permasalahan Pengajaran Yang Dihadapi Oleh Guru Pendidikan Islam. Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Sepang. Temubual, 1 November. LAMPIRAN 417

418