BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

SONANGBAH TU! Oleh. Jindu anak Lundu, Sekolah Kebangsaan Koran, Serian, Sarawak. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

NOMBOR OH NOMBOR... Oleh. Christina Agang Sekolah Kebangsaan Tema, Serian, Sarawak. Abstrak

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan JADUAL WAKTU

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

SENARAI TUGAS GURU BESAR

015/025/035 MATEMATIK

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUALITATIF

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2.

PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Laman web sekolah: / E-mel:

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

BUKU PANDUAN IBUBAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH TAHUN 2010

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

PANDUAN PELAKSANAAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAGI PENYEBARAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU ASAS KELESTARIAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Transkripsi:

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP Oleh Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, 94750 Serian, Sarawak Abstrak Kajian ini dijalankan setelah saya mendapati bahawa seorang daripada murid Tahun Lima Wawasan langsung tidak dapat membundarkan angka kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta. Murid ini diberi nama Tambuk (nama samaran). Dia mengalami kesukaran mengenal pasti nilai tempat dan kemahiran asas tambah dengan mengumpul semula. Kajian ini dibuat bertujuan untuk membantu Tambuk menguasai kemahiran asas tambah dan membundarkan angka kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta. Tambuk amat lemah dalam mata pelajaran Matematik. Ini membawa impak yang amat besar sehingga minatnya dalam mata pelajaran Matematik terhakis. Oleh yang demikian, saya telah mencuba satu program khusus khas untuk membantu Tambuk. Program ini bertujuan untuk memulih Tambuk agar dapat menguasai kemahiran asas matematik selain untuk menambahkan minatnya dalam mata pelajaran tersebut. Di akhir program ini, Tambuk telah berjaya membundarkan angka kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu, dan juta. Tambuk juga telah semakin berminat dalam mata pelajaran Matematik. Hasil kerjanya semakin bertambah maju dan bermutu. PENGENALAN SK Sitaged terletak 25 km dari bandar Serian. Sekolah ini mempunyai enam buah bilik darjah yang agak usang dan serba kekurangan. Namun kekurangan dari segi fizikal dan prasarana tidak bermakna bahawa aktiviti berkesan dan pembangunan insane yang seimbang tidak perlu dijalankan dengan sempurna. Sekolah ini mempunyai enrolmen murid seramai 190 orang. Sekolah ini mula beroperasi sejak tahun 1960-an lagi. Justeru, sekolah ini telah banyak mengukir sejarah kemajuan dan kemunduran dalam pembangunan pendidikan. Saya mulai bertugas di sekolah ini selepas menamatkan kursus asas mengajar dari sebuah maktab tempatan. Pertama kali saya menjejak kaki di sekolah ini ialah pada 1 Disember 1992. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah kesayangan saya 81

ini selama 13 tahun. Setelah saya menamatkan pengajian saya di universiti tempatan, minat saya terhadap sekolah yang mempunyai sejarah tersendiri ini tetap menebal. Agenda utama saya di sekolah ini masih belum selesai. PEMERHATIAN SAYA Sejak mula masuk ke kelas Tahun Lima Wawasan pada tahun ini ( 03 Januari 2005), saya mendapati Tambuk amat lemah dalam mata pelajaran Matematik. Tambuk merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Ibunya merupakan ibu tunggal. Adik-beradiknya rata-rata menghadapi masalah dalam pembelajaran. Adakah adil kalau saya membuat rumusan bahawa Tambuk mempunyai IQ yang rendah? Di sekolah, Tambuk diterima mengikuti Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Tambuk merupakan seorang yang pendiam. Keadaan kebersihan pakaian seragam dan fizikal tubuh badannya kurang dititikberatkan. Pada awal pagi, keadaan kasutnya kelihatan putih bersih. Tetapi selepas waktu rehat, kasutnya dipenuhi dengan lumpur. Mula-mula saya merujuk Tambuk kepada Guru Hal-Ehwal Murid agar diberikan nasihat dan kaunseling. Saya amat berharap agar tindakan saya itu akan membuahkan hasil yang menakjubkan. Selang beberapa hari selepas Tambuk dirujukkan kepada Guru HEM, penyakit lama Tambuk yang pengotor dan malas membuat kerja atau latihan Matematik kembali lagi. Ramai warga pendidik di SK Sitaged sudah muak dengan perangainya. Mereka tidak mengendahkan Tambuk semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, malah tidak menyandarkan apa-apa harapan lagi terhadap insan kerdil bernama Tambuk. Nampaknya Tambuk telah menjadi mangsa arus pendidikan. Pada suatu pagi, saya meminta Tambuk menghantar latihan Matematiknya. Setelah diperiksa, didapati Tambuk langsung tidak dapat membuat latihan tersebut seperti yang diarahkan. Lima soalan yang diberikan semua gagal dijawabnya dengan betul. Malah teknik yang digunakannya berbeza daripada teknik yang disarankan. Tambuk seolah-olah membuat kerjanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Daripada pemerhatian saya, saya dapat membuat kesimpulan bahawa Tambuk kurang disiplin kendiri dan menghadapi masalah tertunggak yang banyak dalam Matematik. 82

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian saya ini adalah bertujuan untuk membantu Tambuk membundar atau membulatkan nombor bulat kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu, dan juta. Selain itu, kajain ini dapat membantu saya mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih baik dan berkesan supaya Tambuk dapat menguasai kemahiran asas dan menguatkan disiplin kendirinya. PERANCANGAN Pada peringkat awalnya, saya telah melakukan suatu refleksi ke atas sikap serta amalan pengajaran saya sendiri sebelum ini. Saya banyak diperhambakan oleh rancangan pembelajaran yang disusun atur di awal sesi persekolahan. Tajuk pelajaran pula perlu habis diajar dalam tempoh waktu yang sudah dirancangkan yakni selama (1-2 jam seminggu). Seterusnya saya mengajar tajuk yang lain pula pada minggu-minggu yang berikutnya. Ini menyebabkan murid yang bernama Tambuk gagal menguasai pelajaran yang sebelumnya. Kelemahan pengajaran dan pembelajaran berlaku kerana saya ingin mengejarkan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran walhal keberkesanannya meragukan. Atas dasar simpati dan ingin menabur khidmat bakti, saya telah merangkakan satu program khas untuk membantu Tambuk menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta. Saya mempunyai falsafah yang berbunyi belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Mulai hari itu, saya menjadikan Tambuk sebagai anak angkat saya. Selepas saya mengajar dan memberi latihan kepada murid-murid yang lain, saya akan memanggil Tambuk ke hadapan kelas. Pada waktu terluang, saya akan mendampinginya untuk mendapatkan perkembangan selanjutnya. Saya membisikkan kata-kata perangsang kepadanya. Saya selalu mengajukannya dengan beberapa soalan seperti berikut. Cikgu: Tambuk: Cikgu: Ada kamu makan sebelum turun ke sekolah? Tidak ada cikgu? Mengapa kamu tidak bersarapan pagi? 83

Tambuk: Lambat bangun, cikgu.( malu ) Cikgu: Ada kamu mandi pada waktu pagi? Tambuk: Tidak ada cikgu. Cikgu: Ada kamu belajar di rumah? Tambuk: Tidak ( nada yang perlahan dan sedikit takut) Cikgu: Mengapa kamu selalu tidak membuat kerja rumah? Tambuk: Tidak pandai (jawapannya ringkas sahaja) Cikgu : Kalau kamu berminat, cikgu akan tolong kamu Tambuk: (diam sahaja tidak memberi apa-apa reaksi positif) Selepas perbualan pendek dan ringkas itu, saya tidak terlalu mendesak Tambuk untuk melakukan perubahan yang drastic. Langkah pertama yang saya ambil ialah menyediakan jadual waktu belajar dan senarai semak menghantar buku kerja atau latihan untuk kelas Tahun Lima Wawasan. Jadual 1 menunjukkan satu contoh senarai semak menghantar buku kerja atau latihan untuk bulan Februari dan didapati Tambuk tidak menghantar latihan atau buku kerja sebanyak 3 kali bagi bulan Februari. Jadual 1: Senarai semak menghantar latihan atau buku kerja bulan Februari Nama 15.1.2005 17.1. 2005 19.1. 2005 20.1. 2005 26.1. 2005 Tambuk 0 0 / 0 0 Sena / 0 / / / Tuai / / / 0 / Jadual 2 menunjukkan jadual waktu belajar persendirian di rumah yang direka oleh saya untuk membantu Tambuk menguruskan masanya dengan berfaeadah. Ini juga adalah untuk membolehkan Tambuk mendapat manfaat daripada jadual waktu ini dan disiplin kendirinya dapat diperbaiki. Jadual 2: Cadangan jadual waktu belajar persendirian di rumah hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu masa 3-4 ptg Kerja Kerja Kerja Kerja Kerja Membaca rumah rumah rumah rumah rumah 5-6 ptg Riadah riadah Riadah riadah riadah Riadah 7-9 84

PELAKSANAAN Pada 17 Januari 2005 (Isnin), saya mengajar kemahiran membundarkan nombor bulat hingga satu juta. Contoh latihan bundarkan nombor kepada puluh yang terdekat adalah seperti berikut. 6 5 4 7 > Tambuk menyalin bulat-bulat soalan tersebut. Jawapan yang sepatutnya ialah 6 5 5 0. Jawapan yang diberi oleh Tambuk pula ialah 6 5 4 7. Ini bermakna Tambuk tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami konsep membundarkan nombor. Untuk membantu Tambuk, pada 18 Januari 2005, saya menggunakan carta nilai tempat seperti berikut untuk membantu saya dalam sesi p&p saya. Ribu Ratus Puluh Sa 6 5 4 7 Tambuk disaran supaya menghafal nilai tempat iaitu sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu hingga juta (tempoh masa tidak ditetapkan). Setiap kali topik ini diajar, saya akan menjemput Tambuk ke hadapan untuk menulis nilai tempat dan nilai digit nombor yang ingin dibundarkan. Apabila dia berjaya menulis nilai tempat dan nilai digit, rakan-rakan yang lain akan memberikan tepukan gemuruh. Sejak kejayaannya dihargai, Tambuk kini semakin yakin. Langkah-langkah seterusnya dikenal pasti agar dapat membantu Tambuk. (1) Tambuk diminta membuat tanda [ l l ] mengikut arahan soalan. Contohnya, bundarkan 6547 kepada puluh yang terdekat. Jadi, Tambuk diminta untuk menandakan [ l l ] pada petak puluh. 6 5 4 7 85

(2) Tambuk diminta menandakan angka dengan simbol ( - )sebelum angka yang telah ditandai dengan simbol. Lihat contoh berikutnya. 6 5 4 7 (3) Seterusnya, Tambuk diminta menukarkan angka yang berada sebelum angka yang ditandai ( _ ) kepada sifar pada ruang jawapan. 6 5 4 7 (4) Tambuk harus memastikan bahawa angka yang ditandakan [ l l ] akan kekal nilainya sekiranya angka sebelumnya ialah 0, 1, 2, 3, 4. Sekiranya angka sebelumnya ialah 5, 6, 7, 8, dan 9, maka angka yang ditandai [ l l ] harus ditambah dengan 1. Tambuk harus melakukan seperti yang di bawah ini: 1. 6 5 4 4 2. 6 5 ¹ 4 7 6 5 4 0 6 5 5 0 Tambuk juga mengalami kelemahan dalam operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula. Apabila membundarkan nombor, dia kadang-kala tidak mengumpul semula menyebabkan jawapannya salah. Salah satu dari contoh jawapan yang diberi oleh Tambuk adalah seperti berikut. 6 7 ¹9 6 6 7 10 6 Untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah menggunakan blok nombor 1 dan 0. Apabila 9 + 1 = 10, maka 0 ditulis dalam petak puluh dan 1 perlu dikumpul semula 86

dengan angka di petak ratus. Jawapan Tambuk sepatutnya 6800 dan bukannya 67100 seperti yang diberikan oleh Tambuk pada peringkat awal. 6 ¹7 ¹ 9 6 6 8 0 0 REFLEKSI Kesimpulannya, Tambuk telah berjaya mengikuti program yang telah direka khas untuknya. Dia telah menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat hingga satu juta. Berkat kesabaran semua pihak, Tambuk telah mulai mengecapi kejayaan yang belum pernah dikecapinya. Tambuk telah diberi tepukan oleh rakan-rakannya sebagai menghargai kejayaannya. Keyakinan Tambuk terhadap mata pelajaran yang paling dibencinya telah meningkat. Sekarang dia amat suka akan mata pelajaran Matematik. Bak kata orang Kalau Tak Kenal, Maka Tak Cinta. Harapan saya agar Tambuk akan terus menaruh minat dan seterusnya usaha gigihnya akan mengamit kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tambuk merupakan seorang yang tahu berterima kasih di atas ilmu yang dicurahkan kepadanya. Tok Guru dihadiahkannya dengan senyuman kepuasan dan beras baru. Syukurlah masalah Tambuk sedikit sebanyak telah dapat diselesaikan. Namun ini tidak bererti agenda utama saya telah selesai. Masalah Tampuk yang lama tertunggak perlu terus dicari penyelesaiannya dan diungkai satu per satu. Harapan saya agar Tambuk terus berminat dan rajin berusaha memperbaiki kelemahan diri. Kalaulah konsistensi diri Tambuk dapat dikekalkan, tidak keterlaluan kalau dinayatakan bahawa Tambuk boleh berjaya. SANTAPAN MINDA: AKU BENCI TIAP MINIT SEPANJANG LATIHAN, TETAPI AKU BERITAHU DIRI SENDIRI, JANGAN BERPUTUS ASA, BIAR SEKSA SEKARANG, KELAK KAMU AKAN HIDUP SEBAGAI JUARA Muhammad ALI 87

BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85. Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147. 88