MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA BACAAN KEGEMARAN SAYA Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak
BAGAIMANA MENGGUNAKAN MODUL Modul ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu i. Penerangan Modul ii. Lampiran Di dalam Penerangan Modul dijelaskan pengenalan, objektif serta kaedah pengendalian aktiviti atau program galakan membaca. Bahagian ini perlu dibaca dengan teliti dan sepenuhnya sebelum memulakan aktiviti. Bahagian Lampiran mengandungi beberapa sampel atau contoh dokumen yang perlu serta berkaitan dengan aktiviti yang dibincang. Mengikut keadaan tempat dan kehendak pihak penganjur, dokumendokumen ini boleh digunakan terus atau dijadikan asas untuk membuat dokumen lain.
PENERANGAN MODUL
PENGENALAN Seramai dua atau tiga orang individu akan dijemput untuk membentangkan buku kegemaran mereka kepada orang ramai. Mereka dikehendaki untuk menceritakan serba-sedikit mengenai buku yang telah mereka baca untuk dikongsi bersama dengan orang ramai. Lazimnya, setiap pembentangan memakan masa 10 15 minit sahaja. Seorang fasilitator atau moderator akan dilantik untuk menyelaras sesi pembentangan. OBJEKTIF Objektif utama Program Bacaan Kegemaran Saya adalah 1. Untuk mempopularkan pembacaan di kalangan masyarakat 2. Menggalakkan penyertaan orang ramai di dalam program membaca 3. Menggalakan pembacaan melalui bacaan-bacaan yang digemari 4. Memperkenalkan bahan bacaan yang digemari 5. Mengadakan saluran perkongsian ilmu melalui pembacaan KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada golongan-golongan berikut i. Pelajar ii. Surirumah iii. Penduduk kampung iv. Kakitangan kerajaan v. Pekerja swasta Sebagai panduan umum, jika pembentang terdiri daripada pelajar, maka amat sesuai jika hadirin terdiri daripada pelajar atau komuniti 1
sekolah. Begitu juga jika pembentang adalah kakitangan kerajaan, maka eloklah penontonnya kakitangan kerajaan juga. TATACARA PENGENDALIAN 1. Kenal pasti pembentang serta moderator dan terangkan kepada mereka mengenai program Bacaan Kegemaran Saya. Gunakan Borang Biodata Pembentang. 2. Tetapkan tarikh yang sesuai. Seelok-eloknya, iadakan program dua minggu selepas diumumkan. 3. Buat promosi program melalui surat jemputan kepada kumpulankumpulan sasaran, poster, orang-perseorangan, ketua-ketua komuniti atau ketua-ketua komuniti. 2
4. Buat persiapan fizikal program seperti susunan tempat duduk pembentang and penonton. Biasanya, kesemua pembentang dan moderator duduk di depan penonton pada masa yang sama. Akan tetapi, pembentang boleh berada di depan penonton secara bergili-gilir untuk membuat pembentangan. 1 2 M 3 Penonton 1 Pembentang 1 2 Pembentang 2 3 Pembentang 3 M Moderator 5. Pada hari program, rekodkan kehadiran penonton, Pastikan penonton dan pembentang sudah bersedia sepenuhnya sebelum memulakan program. Aturcara program lazimnya dimulakan sedikit kata aluan penerangan mengenai program oleh moderator. Walau bagaimanapun, di tempat-tempat kecil seperti perpustakaan desa, moderator boleh terus menjemput pembentangan. peserta untuk membuat Setiap peserta biasanya membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit. Sejurus selepas pembentangan, moderator akan menjemput penonton atau hadirin untuk menanyakan soalan atau 3
memberi komen. Ini akan meakan masa lebih kurang 5 minit. Moderator kemudiannya menjemput peserta kedua untuk membuat pembentangan. Dalam keadaan di mana tiada sebarang soalan dari penonton atau penonton segan untuk memulakan sesi soal jawab, moderator hendaklah mengemukakan soalan. 6. Bila selesai sesi pembentangan, moderator mengucapkan terima kasih kepada pembentang dan penonton. Seterusnya, pembentang dan penonton diberikan cenderahti hati. PENYEDIAAN LAPORAN Laporan aktiviti hendaklah disediakan secepat mungkin setelah selesainya program supaya tidak lupa. Format laporan terpulanglah kepada kreativiti masing-masing. Akan tetapi, ia harus meliputi aspekaspek berikut i. Tajuk atau nama aktiviti ii. iii. iv. Tarikh, masa dan tempat aktiviti diadakan Jumlah penyertaan atau kehadiran Dua keeping gambar Laporan aktiviti boleh dihantar melalui surat biasa atau e-mel. 4
LAMPIRAN
PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG SAYA JALAN PERPUSTAKAAN KUCHING Rujukan: (101) PDKS/AKTIVITI/JIL. 1 Tarikh: 015 Julai 2007 Anyap Ganan Kampung Sungkuh Tayung Dahi Kuching Tuan/Puan, PROGRAM BACAAN KEGEMARAN SAYA Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadaka pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut Tarikh : 25 Ogos 2007 Masa : 08:30 pagi - 10:30 pagi Tempat : Perpustakaan Desa Kampung Saya Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput tuan untuk menjadi pembentang dalam program berkenaan. Bersama-sama ini disertakan Borang Biodata Pembentang untuk tindakan tuan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut atau jika ada pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan saya di talian telefon 082-123456 atau di alamat di atas. Kerjasama tuan amat saya harapkan dan hargai. Sekian, terima kasih. MISTER SANUH Atenden Perpustakaan Desa
BORANG BIODATA PEMBENTANG PROGRAM BACAAN KEGEMARAN SAYA Maklumat Peribadi Nama : Jantina : Umur : Alamat : Pekerjaan : Maklumat Buku Judul Buku : Nama Penerbit : Tahun Penebitan : Sinopsis/Ringkasan :
LAPORAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA 2007 Maklumat Perpustakaan Nama Perpustakaan Nama Pihak Berkuasa Tempatan Alamat Perpustakaan Maklumat Aktiviti Nama Aktiviti Tarikh Diadakan Masa Diadakan Tempat Diadakan Dengan Usahasama (Jika berkaitan) Jumlah Peserta Jumlah Pembentang (Jika berkaitan) Ulasan Ringkas 1
Gambar Aktiviti Gambar Satu Gambar Dua Dilaporkan oleh Tarikh : 2