ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

dokumen-dokumen yang mirip
Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Teori Semantik

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

PROGRAM PPISMP GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1: Pengenalan kepada Wacana

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

PERKAMUSAN DEFINISI MINGGU 9

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PAKEJ IMBUHAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN PELAJAR

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

SOROTAN LITERATUR Strategi Tanya-jawab Dari Perspektif Pragmatik. Pragmatik boleh ditakrif secara mudah iaitu bagaimana bahasa digunakan

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Bahasa Malaysia (910)

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

SINTAKSIS PROSES PENERBITAN AYAT

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

SIKAP GENERASI MUDA TERHADAP BAHASA MELAYU: SENARIO DI MALAYSIA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN INDONESIA. Aminah Awang Basar

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

LINGUISTIK UNTUK GURU BAHASA

BAB 1 PENDAHULUAN. Sesungguhnya, pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran semestinya mempunyai

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

UNIT 6 SINTAKSIS: AYAT

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENENTUAN TEMPOH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK: SATU KAJIAN TINJAUAN

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

ULASAN BUKU. Asmah Haji Omar, Carik-Carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Dunia Melayu, 153 halaman, ISBN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Oleh. Nurnee Bukehmatee Idris Mohd Radzi Abu Hassan Abdul Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

MEMBINA AYAT KOHESI LEKSIKAL REPETISI DENGAN KAEDAH PEMBARIS OATAK ARdiKOOS AJAIB

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL DUA TINGKATAN ENAM 2013

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 KATA KERJA BAHASA MELAYU. berlari dan keadaan terkandung dalam perkataan seperti berfikir dan tidur. Kata

ARAHAN KEPADA CALON. 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

3/1/2017. Semantik struktural didefinisikan sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang mengkhususkan representasi semantik kepada ayat.

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

menggunakannya dengan lebih tepat dan berkesan dalam proses pengajaran dan

Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

Model Pengurusan Strategik

Transkripsi:

Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN 978-983-46-0608-4. Pengulas: Nor Hashimah Jalaluddin nhj7892@gmail.com Universiti Kebangsaan Malaysia Perbincangan mengenai kata hubung tidak mendapat perhatian serius daripada ahli nahu kerana fungsinya sebagai kata yang menggabungkan frasa, klausa dalam satu ayat tidak mendatangkan masalah pada bahasa Melayu (BM). Tulisan ahli nahu yang lazimnya mendefinisikan sahaja kata hubung sebagai kata tugas seperti contoh di bawah: 1. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. 2. Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. (Nik Safiah: 2004) Ahli nahu lain, seperti Abdullah Hassan (1993), Zaba (2000), Arbak dan Nik Safiah Karim (2004) (1981) telah menggunakan pendekatan struktural dalam menjelaskan kata hubung ini. Asmah telah memberikan maklumat yang terperinci mengenai kata hubung. Malah, pendekatan yang Asmah gunakan juga berlainan dengan ahli nahu di atas. Beliau menegaskan bahawa buku Nahu Melayu Mutakhir (1986) adalah penjelasan mengenai tatabahasa yang tidak terikat pada aliran tertentu. Pada asasnya, pemaparan nahu beliau adalah berdasarkan nahu sistemik, di samping memperhitungkan juga pendekatan struktural, analisis unsur terdekat, analisis makna komponen dan analisis wacana. Dalam perkembangan terbaharu, tatabahasa mula mendapat perhatian ahli semantik dan pragmatik. Kini banyak kajian mengenai kata hubung mula diketengahkan. Contohnya oleh Diane Blakemore 1985, 1988, 1989, 2000 dan 2002, Carston 1992, Blass 1989, 1990 dan ramai lagi (dalam Hasmidar, 2011). Mereka berminat melihat fungsi dan makna kata hubung dalam konteks ujaran. Kata hubung but, and, so telah dikaji dan terbukti mampu memberikan penjelasan yang lebih mendalam terhadap 339

NOR HASHIMAH JALALUDDIN kata hubung tersebut. Kata hubung ini bukan sahaja berfungsi sebagai penghubung tetapi juga mempunyai fungsi semantik lain yang lebih menarik. Sehubungan itu, Hasmidar (2011) telah mengambil langkah yang sama, iaitu cuba mencari kelainan dalam melihat fungsi dan makna bagi kata hubung Melayu. Buku yang bertajuk, Kata Hubung dan dan tetapi dari Sudut Pragmatik telah mencungkil makna kata hubung dalam bahasa Melayu (BM) dengan lebih mendalam. Hamidar mengikut jejak yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Carston dan Blakemore, iaitu menggunakan pendekatan pragmatik dalam melihat fungsi dan makna kata hubung dengan lebih tuntas. Hasmidar (2011) telah memilih kata hubung dan dan tetapi. Ada pewajaran di sebalik pemilihan kata ini. Ternyata kajian Imran Ho dan Azhar (2004) membuktikan bahawa kata hubung dan menduduki frekuensi tertinggi dalam cerpen manakala tetapi menduduki tempat ketiga. Pendekatan semantik dan pragmatik yang diterapkan dalam kajian ini diyakini mampu memberikan penjelasan yang baik dan lebih terperinci tentang kata hubung ini. Sebelum meneliti tulisan Hasmidar ini, kajian lain mengenai tatabahasa harus dikaitkan sama. Meskipun kajian Nor Hashimah dan Ahmad Harith (2008) mengkaji fungsi dan makna imbuhan pen- tetapi acuan yang digunakan adalah sama, iaitu pendekatan semantik dan pragmatik. Pendekatan ini telah berjaya memberikan satu dapatan kajian yang menarik mengenai imbuhan BM. Pendekatan semantik dan pragmatik telah berjaya mengemaskinikan cara takrifan imbuhan daripada kepelbagaian makna sebagaimana yang disenaraikan oleh ahli nahu terdahulu. Berdasarkan pendekatan semantik dan pragmatik, makna imbuhan pendiperkemas kepada fungsi manusia, benda, haiwan/tumbuhan dan abstrak. Penggolongan kepada empat makna akan lebih memudahkan pengajaran imbuhan BM kepada pelajar. Contoh yang membezakan antara: a b c d ***pelindung*** orang ramai ; ***perosak*** sastera ; ***perancang*** utama ; menjadi ***pemusnah*** ; dengan, 340

e f g h plastik ***pelindung*** ; racun ***perosak*** ; pil ***perancang*** ; senjata ***pemusnah***. Contoh data korpus di atas adalah daripada imbuhan pen- yang mempunyai kepelbagaian fungsi. Misalnya, pelindung orang ramai dan plastik pelindung, terdapat juga perancang utama dan ada pil perancang dan banyak lagi contoh imbuhan pen dengan pelbagai fungsi dan makna. Walau bagaimanakah imbuhan pen- yang mempunyai pelbagai makna harus dibezakan. Berbantukan janaan korpus dan teori semantik dan pragmatik, kita mampu membezakan antara kedua-duanya. Pelindung orang ramai pastinya merujuk manusia sementara plastik pelindung merujuk alat. Jadi pen- boleh berfungsi dan merujuk manusia, iaitu pelaku seperti petani, manakala plastik pelindung pula merujuk alat. Begitu juga dengan kata perosak sastera dan racun perosak. Ahli nahu lama akan mengkategorikan perosak selalunya kepada manusia, sedangkan janaan korpus membuktikan kata ini juga boleh berfungsi sebagai benda. Maklumat pragmatik membantu kita mentafsir semula makna pen- dan memberikan penjelasan yang lebih menarik. Secara tidak langsung, maklumat pragmatik juga dapat mengemaskan penggolongan makna imbuhan pen- BM. Inilah kelebihan menggunakan data korpus dan pendekatan semantik dan pragmatik dalam menghuraikan sifat dan pola imbuhan BM. Kaedah yang sama turut digunakan Hasmidar dalam menilai semula fungsi dan makna kata hubung. Berdasarkan janaan korpus, beberapa penemuan baharu berjaya ditemui. Dengan memaparkan contoh yang empirik sifatnya, berdasarkan data cerpen berserta ujian linguistik bagi mengukuhkan dakwaan beliau, pendefinisian semantik dan pragmatik bagi kata hubung dan dan tetapi dapat diketengahkan. Antara contoh yang diberikan adalah seperti yang berikut: Kata Hubung Dan yang Mengimplikasikan Maksud Kesinambungan atau Pertalian 1.***Dan*** mata liarnya seperti radar meneliti pula tubuh badan Sabinah yang baru sahaja bangun itu. 341

NOR HASHIMAH JALALUDDIN Kedudukan dan pada pangkal ayat bertentangan dengan definisi ahli nahu sebelum ini. Menurut definisi ahli nahu, dan ialah kata yang menghubungkan dua atau lebih frasa atau klausa yang sama tara sifatnya atau kata yang menggandingkan dua unsur. Kata ini seharusnya hadir di tengah-tengah frasa atau klausa bagi menghubungkan frasa atau klausa tersebut. Untuk menjadikan ayat di atas gramatis, maka dan di pangkal ayat itu boleh digugurkan. Namun demikian, makna sebenar yang hendak dicapai gagal diketengahkan. Jika dan digugurkan, ayat itu akan menjadi ayat tunggal dengan makna yang berbeza juga. Sedangkan ada maksud tersendiri hendak diketengahkan yang merupakan satu kesinambungan, mempunyai permulaan dan akhiran dalam sebuah wacana. Kata pula bertindak sebagai pembuktian linguistik bahawa ayat ini mempunyai konteks pemula dalam satu wacana yang lebih besar. Jika dan digugurkan maka tafsiran makna yang lebih luas gagal dilakukan. Malah, pola ini paling kerap muncul dalam data konkordans yang digunakan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, lebih banyak fungsi kata hubung dan ditemui berdasarkan analisis semantik dan pragmatik sebagaimana tergambar dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1 Bentuk linguistik yang hadir dalam setiap maksud yang diimplikasikan oleh kata hubung dan. Maksud yang Diimplikasikan Kesinambungan atau pertalian Menggabungkan dua item yang setara Perlakuan serentak Sebagai tambahan Perlakuan berurutan Penjelasan lanjut Bentuk Linguistik Kata hubung dan hanya hadir pada pangkal ayat. Tiada Kata hubung dan boleh digantikan oleh kata hubung sambil. Subjek atau pelaku yang sama. Boleh diparafrasa dengan malahan dan juga. Kata hubung dan boleh digantikan oleh kata hubung lalu dan kemudian. Tiada 342

Sambungan Jadual 1 Maksud yang Diimplikasikan Menambahkan sifat sesuatu item/ perkara Dua atau Lebih suasana yang hadir serentak Sebab dan akibat Bentuk Linguistik Kata hubung dan hanya menggabungkan Frasa Adjektif dan Frasa Adjektif. Kata hubung dan boleh digantikan oleh malahan dan boleh menerima bukan sahaja. Kata hubung dan boleh digantikan dengan manakala. Subjek atau pelaku tidak sama. Kata hubung dan boleh diikuti oleh sebagai akibat. Ayatnya boleh disongsangkan dan menerima kata hubung kerana sebagai ganti kata hubung dan. Kajian mengenai kata hubung tetapi juga telah dilakukan oleh sarjana barat. Blakemore, Carston dan ramai lagi (Hasmidar, 2011) telah membuktikan kehadiran makna tetapi lebih luas fungsinya selain sebagai kata hubung. Kajian mereka berlandaskan semantik dan pragmatik. Langkah yang sama turut dilakukan oleh Hasmidar (2011). Contoh di bawah ialah salah satu daripadanya: Kata hubung Tetapi yang Mengimplikasikan Maksud Memberikan Penjelasan Lanjut 2. Sejam tadi dia sendiri berada di tengah-tengah pentas itu, ***tapi***entah mengapa hatinya tidak senang Kata hubung tetapi di sini mengimplikasikan maksud memberikan penjelasan lanjut. Klausa kedua dalam ayat di atas ialah maklumat baharu yang menerangkan dengan lebih lanjut maklumat klausa pertama. Contoh ayat ini dapat menambah definisi kata hubung tetapi bukan sahaja sebagai kata hubung berlawanan malah boleh meluas kepada makna yang lain. Lazimnya ahli nahu akan mengambil contoh yang menunjukkan bagaimana tetapi mempunyai maklumat yang bertentangan, seperti contoh pada halaman 344. 343

NOR HASHIMAH JALALUDDIN Dia suka pergi ke pesta, tetapi saya tidak. Kipas itu mahal, tetapi yang ini tidak. (Asmah 1986) Bagi kes ayat 2 di atas, makna yang disampaikan bukan bermaksud pertentangan tetapi mengimplikasikan penjelasan lanjut. Klausa kedua ternyata tidak membawa sebarang maksud pertentangan tetapi lanjutan dan penjelasan kepada perasaan dia yang berada di pentas. Dalam contoh ayat 2 di atas, kata hubung tetapi tidak boleh digugurkan kerana akan menyebabkan ayat menjadi tidak gramatis dan anomali sifatnya. Berdasarkan teori Relevans ayat jenis ini bukan sahaja memberikan petunjuk tingkah laku ostensif tetapi juga sebagai prosedur pemahaman dengan usaha memproses maklumat yang rendah. Daripada analisis data kata hubung tetapi, maka dirumuskan keseluruhan fungsi makna baharu yang lebih menarik bagi tetapi seperti Jadual 2. Jadual 2 Bentuk linguistik yang hadir dalam setiap maksud yang diimplikasikan oleh kata hubung tetapi. Maksud yang diimplikasikan Pertentangan Memberikan penjelasan lanjut. Penunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan Penafian Keadaan atau tujuan yang belum/ tidak tercapai. Bentuk linguistik Tiada Menyamai kata hubung dan yang mengimplikasikan maksud memberikan penjelasan lanjut, maka kata hubung tetapi boleh bertukar ganti dengan dan. Boleh bertukar ganti dengan kata hubung dan, dan dalam konteks ayat tertentu ada yang boleh bertukar ganti dengan malahan. (rujuk ayat 10). Kata nafi tidak hadir dalam klausa kedua yang digabungkan oleh kata hubung tetapi. Ujaran mengandungi kata bantu ragam seperti mahu, hendak dan ingin dalam klausa yang pertama. 344

Sambungan Jadual 2 Maksud yang diimplikasikan Pembetulan Bentuk linguistik Kata nafi tidak atau bukan hadir dalam klausa yang pertama. Nyatalah cara tradisional yang melihat kata hubung dapat difikirkan semula. Fungsi asal kata hubung adalah untuk menghubungkan frasa dan klausa yang setara. Walau bagaimanapun cara tradisional ini banyak meninggalkan kekaburan yang perlu dihuraikan apabila data korpus digunakan dalam menganalisis kata hubung BM. Pendekatan pragmatik yang memasukkan unsur konteks dalam ujaran telah berjaya membantu memberikan pemahaman baharu pada kata hubung BM itu sendiri. RUJUKAN Abdullah Hassan & Liaw Yock Fang, 1994. Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Muktahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasmidar Hassan, 2011. Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Imran Ho & Azhar Jaludin, Perbendaharaan Kata dalam Bidang Komputer dan Teknologi Maklumat: satu Kajian Korpus dlm Jurnal Jendela Alam 3, 270-88, 2004. Nik Safiah Karim et al., 2004. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah, Penelitian Makna Imbuhan Pen- Dalam Bahasa Melayu: Satu Kajian Rangka Rujuk Silang dlm. GEMA Online Jilid 9(2) 57-72, 2009. Za ba, 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 345