Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

dokumen-dokumen yang mirip
S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Amanah Saham Panduan Pelabur

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

Akaun Semasa Mudarabah

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Model Pengurusan Strategik

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Pelaburan Waheed

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Kriteria Belanjawan Modal

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Consultant Anda : Haire Kahfi, Mobile : , TAKAFULINK EDUCATION TP212/1/L

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Akaun Pelaburan Wafiyah

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Disediakan Oleh : Fadzilah Binti Muhammad Leader & Founder SMART Consultant Team

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Pengenalan Makroekonomi

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2000/2001. April 2001

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Pengurusan Kewangan Peribadi

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

Akaun Semasa Mudarabah

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

Akaun Pelaburan Waheed

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

Pengenalan kepada Kewangan

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

PRUlink global fund (Foreign)

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

MITOS & FAKTA KAUNSELING

Pengenalan kepada Ekonomi

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Perlindungan insurans yang disediakan termasuklah manfaat sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

ATW Prinsip Kewangan

Kesannya Kepada Pengguna

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Transkripsi:

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Sebagai pelabur, kita seringkali dipengaruhi oleh perspektif perilaku yang menghindari kita daripada membuat keputusan yang bijak. Apakah kelemahan perilaku yang biasa dan bagaimana kita boleh mengatasinya? Keputusan pelaburan kita selalu dipengaruhi oleh perspektif psikologi kita kerana kita bukannya sentiasa merupakan pembuat keputusan yang rasional, terutamanya semasa pergolakan pasaran yang ketara. Bahkan, perilaku kewangan, iaitu kajian tentang bagaimana perilaku berat sebelah menghalang kita daripada membuat keputusan pelaburan yang bijak, telah memberikan perspektif baru mengenai psikologi pelabur dan bagaimana minda manusia bertindak balas terhadap kitaran pasaran. Dengan memahami perilaku berat sebelah kita yang paling biasa, semoga kita dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih baik dengan cara yang lebih rasional dan berdisiplin. Apakah perilaku berat sebelah yang paling biasa? 1. Tambatan: Bergantung Pada Maklumat yang Lepas Tambatan berlaku apabila anda membuat keputusan semata-mata bergantung kepada perkara yang lepas. Sama ada harga belian, harga jualan atau paras indeks pasaran, anda selalunya memberi banyak perhatian kepada apa yang berlaku pada masa lalu dan membuat keputusan pelaburan anda sewajarnya. Sebagai contoh, indeks pasaran tertentu didagang pada paras tertinggi 200 mata tetapi setelah itu jatuh sebanyak 35% ke paras semasanya iaitu 130 mata. Pelabur yang persepsi pasarannya tertambat pada paras tertinggi 200 mata mungkin masih berharap pasaran akan kembali ke paras tertingginya pada masa akan datang. Masalah dengan tambatan ialah yang lepas itu sememangnya sudah berlalu. Seperti anda tidak boleh memandu kereta dengan melihat cermin belakang, anda juga tidak boleh menguruskan portfolio pelaburan anda dengan melihat kepada harga pemegangan anda yang lepas. 2. Ikut Arus: Mengikut Orang Ramai Pelabur selalunya mengikut trend kumpulan orang ramai tanpa mengambil kira sama ada ia rasional atau tidak rasional. Mereka percaya bahawa kumpulan orang ramai ini tidak mungkin silap. Oleh yang demikian, mereka menyertai trend pelaburan yang terbaru atau terhangat kerana mereka memfokus kepada mengikuti tindakan kumpulan orang ramai.

Warren Buffet pernah berkata: Anda tidak betul dan tidak salah kerana orang ramai bersetuju atau tidak bersetuju dengan anda. Anda betul kerana data dan kesimpulan anda betul. 3. Terlalu Yakin: Saya Paling Tahu! Pelabur kerapkali memandang tinggi kebolehan mereka dan terlalu yakin dengan pengetahuan pelaburan mereka, memikirkan bahawa mereka mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas situasi pasaran. Lalu mereka pun melakukan lebih banyak dagangan kerana mereka percaya bahawa mereka mampu memilih pelaburan yang tepat pada masa yang tepat. Pelabur yang cuba menentukan masa pasaran selalunya didorong oleh perasaan terlalu yakin pada diri sendiri. Ahli falsafah Socrates pernah berkata Orang yang bijak adalah orang yang dengan rendah dirinya sedar tentang apa yang dia tidak tahu. 4. Teori Prospek: Keuntungan lawan Kerugian Secara psikologinya, pelabur menilai keuntungan dan kerugian secara berbeza di mana kerugian lebih memberi kesan negatif dari segi emosi berbanding dengan kegembiraan yang diperoleh daripada membuat keuntungan. Sikap pelabur terhadap risiko berkenaan dengan keuntungan mungkin agak berbeza daripada sikap mereka terhadap risiko berkenaan dengan kerugian. Jadual 1: Pilihan yang dibuat oleh pelabur berkaitan dengan keuntungan dan kerugian pelaburan Pelaburan Pilihan Yang Ada Pilihan Pilihan A: 100% kemungkinan untuk memperoleh keuntungan sebanyak RM100 Senario Keuntungan Pilihan B: 50% kemungkinan untuk memperoleh keuntungan sebanyak RM250 berbanding dengan 50% kemungkinan untuk memperoleh pulangan sifar (Sama ada untung RM250 atau tiada langsung) X Senario Kerugian Pilihan A: 100% kemungkinan untuk mengalami kerugian sebanyak RM100 X

Pilihan B: 50% kemungkinan untuk mengalami kerugian sebanyak RM250 berbanding dengan 50% kemungkinan untuk mengalami kerugian sifar (Sama ada rugi RM250 atau tiada langsung) Apabila diberi pilihan untuk memilih tawaran pelaburan antara pasti untung dan tidak pasti tetapi boleh jadi untung lebih besar, kebanyakan pelabur cenderung memilih pilihan yang pertama itu. Ini merupakan perilaku yang cukup wajar yang diperihalkan sebagai pengelakan risiko. Walau bagaimanapun, apabila berhadapan dengan pasti rugi berbanding dengan 50-50 kemungkinan antara kerugian yang lebih besar atau kedudukan pulang modal, pelabur yang sama cenderung memilih pilihan yang kedua untuk mengelakkan kerugian yang pasti. Ini dinamakan perilaku pengelakan kerugian. Pelabur sanggup berpuas hati dengan jumlah keuntungan yang berpatutan tetapi bersedia untuk menggunakan perilaku mencari risiko dalam soal kerugian. Dengan kata lain, pelabur lazimnya lebih merasai kesakitan apabila mengalami kerugian kerana kerugian secara psikologinya dipandang lebih serius daripada jumlah keuntungan yang sama. Itulah sebab mengapa pelabur cenderung membuat keputusan mereka berdasarkan mengelakkan kerugian, yang menjelaskan tentang penerimaan risiko mereka. Jika keadaan pasaran tidak menentu, pelabur yang mengelak risiko cenderung untuk menjauhkan diri daripada melabur dalam pasaran kerana takut mengalami kerugian. Sebaliknya, pelabur sepatutnya terus memfokus kepada objektif jangka panjang mereka dan meneruskan pelan pelaburan mereka meskipun keadaan pasaran tidak menentu. Pada dasarnya, pendekatan yang berdisiplin kepada pelaburan boleh dicapai dengan mengatasi kelemahan perilaku yang biasa hanya dengan mengamalkan beberapa strategi pelaburan seperti Pemurataan Kos Ringgit dan Pengimbangan Semula Portfolio. Pemurataan Kos Ringgit Di bawah Pemurataan Kos Ringgi (RCA), pelabur melaburkan sejumlah wang yang tetap ke dalam pelaburan terpilih dalam suatu tempoh masa tanpa mengira keadaan pasaran. Lebih banyak unit dibeli apabila pasaran turun dan kurang unit dibeli apabila harga pasaran tinggi. Dengan berbuat demikian, pelabur diganjari keuntungan yang lebih besar apabila pasaran

pulih kerana aliran menaik dalam jangka panjang membolehkan nilai pelaburan itu meningkat akhirnya. Dari segi perilaku kewangan, RCA membantu pelabur mengatasi tabiat perilaku tambatan (melihat harga yang lepas sebagai penanda aras yang sah), cara berfikir ikut arus (mengikuti trend terbaru pasaran) dan pengelakan kerugian (sebagaimana yang diterangkan oleh teori prospek). Mempunyai cara pemikiran yang berdisiplin untuk mengagih-agihkan pelaburan tetap dalam suatu tempoh masa dan bukan meletakkan kesemuanya sekali gus merupakan salah satu kunci kejayaan pelaburan dalam jangka panjang. Pengimbangan Semula Portfolio Pengimbangan Semula Portfolio juga menolong pelabur mengatasi bahaya sikap terlalu yakin dan mengikut arus. Apabila kelas aset tertentu, misalnya ekuiti, lama-kelamaannya melonjak kukuh, pelabur tertarik untuk meningkatkan pendedahan mereka kepada kelas aset itu kerana ia mungkin masih merupakan pelaburan paling popular ketika itu. Untuk mengelakkan terjebak dalam perangkap ini, pelabur dinasihatkan supaya mengimbangkan semula portfolio mereka sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan peruntukan portfolio mereka menepati objektif pelaburan dan profil risiko mereka. Justeru itu, sekiranya akibat daripada aliran menaik dalam harga saham, pendedahan ekuiti pelabur melebihi paras yang selaras dengan toleransi risikonya, maka dia boleh mengurangkan sebahagian daripada dana ekuiti dan berpindah masuk ke dalam dana bon atau pasaran wang untuk mengimbangkan semula peruntukan aset sewajarnya. Mengekalkan sasaran peruntukan aset dapat mengurangkan risiko portfolio menjadi terlalu tertumpu kepada satu kelas aset sahaja. Dengan kata lain, pengimbangan semula portfolio yang berdisiplin mengurangkan ketidakimbangan dengan membantu pelabur terus memfokus kepada peruntukan aset mereka dan bukannya dipengaruhi oleh emosi kejayaan atau kegagalan baru-baru ini. Kesimpulan Pengajaran daripada perilaku kewangan boleh membantu pelabur membuat keputusan yang bijak dengan mengetahui kecenderungan psikologi yang ada dalam diri mereka. Pelabur perlu bersabar dengan mengetepikan emosi mereka dan belajar untuk tidak dipengaruhi oleh cara berfikir ikut arus. Menggunakan RCA sepanjang tempoh pasaran menurun terbukti merupakan tindakan yang berhemat bagi pelabur jangka panjang kerana mereka paling

mendapat manfaat apabila pasaran pulih dalam jangka panjang. Selain itu, pengimbangan semula portfolio yang kerap sebenarnya membantu pelabur untuk terus memfokus kepada tempoh jangka panjang dan menghalang mereka daripada bereaksi secara keterlaluan terhadap pergerakan jangka pendek pasaran saham. Kedua-dua strategi ini sememangnya merupakan batu loncatan yang berguna dalam membantu pelabur mencapai matlamat pelaburan dan mengatasi kesilapan perilaku dalam melabur. Untuk maklumat lanjut, sila dail Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Mutual di 03-6207 5000 atau layari www.publicmutual.com.my.