KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010

dokumen-dokumen yang mirip
PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA (UMCEDEL)

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

KAJISELIDIK POPULARITI PERDANA MENTERI DAN CALON PERDANA MENTERI PEMBANGKANG

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14

BAHAGIAN 1 : Demografi

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAHAGIAN 1 : Demografi

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

KAJISELIDIK KEBOLEHPINDAHAN UNDI ANTARA PARTI PEMBANGKANG

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

AGENDA MELAYU DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12: KAJIAN KES Dl NEGERI SELANGOR

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI RUU355

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Sustainable Education 54

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

Model Pengurusan Strategik

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Reka Bentuk Kajian

A.RASHID RAHMAN PENJALANAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

2.0 PENYATAAN MASALAH

Ulasan Buku/Book Review

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

PEJABAT STRATEGI KORPORAT & KOMUNIKASI (COSCOMM) PERMOHONAN MEMASANG BAHAN PUBLISITI (BILLBOARD/BANNER/BUNTING/POSTER)

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PELAKSANAAN KLINIK 1MALAYSIA

6.1 Promosi PENGGUNA BAB 6 : PROMOSI. 1. Antara berikut, pernyataan manakah yang paling tepat menerangkan pemasaran? Saluran

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Speech by Malaysia Prime Minister, Y.A.B Datuk Seri Najib Razak in the recent UMNO Convention Utusan Online

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

APLIKASI DAN SISTEM PEMARKAHAN POSTER DI PUSAT PERMATA PINTAR

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Transkripsi:

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010 Latar Belakang Kajian Kemelut dalaman yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membabitkan beberapa orang ahli parlimen dan dewan undangan negeri yang bertanding atas tiket parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 meninggalkan parti, dan kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan pimpinan parti baru-baru ini telah menarik perhatian rakyat secara umumnya. Gambaran terhadap krisis dalaman yang dihadapi oleh PKR ini diperburukkan dengan gembar-gembur dan serangan secara besarbesaran oleh media arus perdana yang turut menjadikan Penasihat Umum parti tersebut, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran. Bagi mendapatkan gambaran terhadap persepsi masyarakat berhubung dengan perkembangan ini, satu kajian lapangan telah dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL http://umcedel.um.edu.my/). Kajian lapangan telah dilakukan pada 19-21 dan 27-28 November 2010 yang lalu ketika isu ini hebat dipaparkan oleh media arus perdana dan televisyen. Kawasan yang menjadi tumpuan kajian ini ialah di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang melibatkan kawasan Parlimen, antara lain termasuklah Cheras, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Ampang, Bukit Bintang, Subang Jaya, Wangsa Maju dan Lembah Pantai. Kawasan ini dipilih memandangkan penduduknya secara relatif agak terdedah kepada perkembangan politik yang lebih dinamik dan menunjukkan sikap menyokong politik pembangkang. Selain itu, kawasan yang dipilih terletak di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan kawasan yang merekodkan paling ramai ahli PKR yang terlibat dalam proses pengundian dan pemilihan pimpinan parti. Di samping itu, Selangor merupakan negeri yang ditadbir ole PKR dan perkembangan semasa yang berlaku secara 1

langsung atau tidak mempunyai kaitan dengan masa depan parti tersebut, khususnya di negeri tersebut. Kajian lapangan mengambil masa selama lima hari dan melibatkan seramai 1124 orang responden yang ditemu bual secara rawak melalui borang soal selidik berstruktur. Para penemuduga (enumerators) seramai lapan orang merupakan calon pasca sarjana Melayu dan Cina dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya yang mengemukakan soalan secara bersemuka. Lantaran itu, sampel responden yang dilibatkan dalam kajian ini terdiri daripada orang Melayu dan Bukan Melayu. Dari aspek jantina pula responden yang dipilih adalah seimbang di antara lelaki dan perempuan merangkumi mereka yang berada dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Tahap keralatan bagi kajian lapangan ini adalah 2.92% atau 95% tahap keyakinan. Secara khusus kajian lapangan yang dilakukan ini adalah untuk melihat Persepsi Masyarakat Terhadap Parti dan Kepimpinan PKR. Analisis 1 Persoalan pertama yang diikaji adalah berkaitan dengan kerelevenan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik negara berikutan krisis dalaman yang melanda PKR dan serangan peribadi terhadap beliau yang hebat oleh pelbagai pihak dengan menggunakan media arus perdana dan televisyen. Persoalan ini dikemukakan bertujuan bagi menguji tahap keyakinan masyarakat terhadap beliau dan PKR. Hasil kajian menunjukkan bahawa, walaupun dengan pelbagai usaha dilakukan bagi menjatuhkan imej beliau, namun 43 peratus responden masih menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbanding 41 peratus responden berpendapat sebaliknya. Sebanyak 16 peratus responden pula menyatakan tidak pasti terhadap soalan yang dikemukakan. Respons yang ditunjukkan ini memperlihatkan bahawa, walaupun dengan kempen dan usaha dilakukan bagi menghakis pengaruh beliau, namun peratus anggota masayakat yang masih menaruh keyakinan kepada Datuk Seri Anwar 2

Ibrahim masih tinggi. Apabila ditunjukkan hasil kajian yang memperlihatkan 41 peratus responden berpendapat bahawa beliau sudah tidak releven dengan politik negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah diduga, dan malahan berpendapat bahawa usaha memburukkan beliau dan PKR masih tidak begitu berjaya kerana masih terdapat peratus yang tinggi yang menaruh meyakinan kepada kepimpinan beliau. Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat bahawa kempen oleh media arus perdana terhadap PKR dan beliau telah memberikan publisiti kepada parti tersebut yang selama itu sukar medapat liputan. Beliau juga menaruh keyakinan bahawa dengan masalah rumah tangga PKR yang akan secara pro aktif akan diselesaikan setelah berakhirnya pemilihan parti dan gerak kerja seluruh negara yang akan dipergiatkan, beliau yakin prestasi parti akan dapat diperbaiki. Hasil kajian berhubung dengan kerelevanan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada politik negara adalah seperi yang ditunjukkan dalam Carta 1 di bawah. Carta 1 3

Analisis 2 Kepada persoalan sama ada kemelut dalaman yang berlaku dalam PKR menghakis keyakinan terhadap parti dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 52 peratus responden memberikan jawapan YA. Sebanyak bahawa 29 peratus mengatakan TIDAK, manakala 19 peratus mengatakan TIDAK PASTI. Krisis dalaman yang melanda PKR ternyata memberikan impak negatif kepada PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun begitu, jumlah 29 peratus yang berdiri teguh di belakang PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa terdapat peratus yang tinggi yang masih merupakan penyokong tegar parti dan kepimpinannya. Kajian yang dilakukan ini juga jelas menunjukkan bahawa keyakinan masyarakat mengalami penghakisan dengan kemelut dalaman yang melanda PKR dan sekaligus turut menghakis keyakinan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Respons yang diberikan oleh responden juga menunjukkan bahawa mereka mengambil perhatian terhadap perkembangan dalaman PKR dan mempengaruhi keyakinan mereka terhadap parti tersebut dan kepimpianannya. Hasil kajian berhubung dengan sejauahmana kemelut dalaman menghakis keyakinan terhadap PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunjukkan seperti dalam Carta 2 di bawah. 4

Carta 2 Analisis 3 Bagi persoalan sejauhamana krisis dalaman yang berlaku dalam PKR menghilangkan keyakinan terhadap parti tersebut, menunjukkan 49 peratus responden menyatakan kehilangan keyakinan pada parti tersebut berikutan kemelut yang berlaku. Walau bagaimanapun, 30 peratus responden masih menaruh kepercayaan kepada parti tersebut, meskipun dengan pelbagai kemelut yang melanda. Peratus ini hampir konsisten dengan peratus dalam carta 2 di atas yang berkaitan dengan keyakinan terhadap parti dan kepimpinan PKR. Walaupun tahap ketidakyakinan terhadap PKR secara relatifnya tinggi, tetapi peratus tidak pasti juga agak tinggi iaitu sebanyak 21 peratus. Peratus yang ditunjukkan ini memperlihatkan bahawa saingan kepada PKR masih belum mampu meraih sokongan yang meyakinkan berikutan pendirian masyarakat yang prihatin terhadap kemelut yang melanda PKR. Peratus yang ditunjukkan oleh responden juga memperlihatkan bahawa kempen anti PKR yang 5

dilakukan oleh saingan PKR dalam politik negara masih belum menunjukkan hasil yang meyakinkan. Di pihak PKR pula peratus ini jelas memperlihatkan bahawa krisis dalaman yang berpanjangan yang melanda parti tersebut menyebabkan masyarakat terhakis keyakinannya terhadap parti tersebut. Hasil kajian berhubung dengan sejauahmana krisis dalaman yang berlaku dalam PKR menghilangkan keyakinan terhadap parti tersebut, ditunjukkan seperti dalam Carta 3 di bawah. Carta 3 Analisis 4 Persoalan yang paling kritikal yang cuba ditunjukkan oleh kajian ini melalui maklumbalas oleh para responden ialah yang berhubung dengan bagaimana krisis dalaman yang berlaku ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi jika pilihan raya diadakan. Responden menunjukkan bahawa sebanyak 43 peratus hilang keyakinan 6

kepada PKR dan ini akan mempengaruhi pendirian mereka apabila mengundi. Walau bagaimapun, sebanyak 35 peratus responden masih menaruh kepercayaan kepada PKR dan akan terus menyokong parti tersebut, manakala 22 peratus berpendirian TIDAK PASTI. Walaupun dari segi peratus sokongan mengikut angka memperlihatkan PKR jauh tercicir, namun medan masih terbuka luas kerana peratus yang menolak PKR masih belum mencapai jumlah yang meyakinkan (lebih 50 peratus) dan jumlah mereka yang dikategorikan sebagai ATAS PAGAR agak tinggi. Prestasi yang ditunjukkan oleh parti-parti yang bersaing menjelang PRU Ke-13 masih merupakan faktor penentu sebelum pengundi membuat keputusan muktamad apabila berada di peti undi menjelang hari membuang undi tiba. Hasil kajian berhubung bagaimana krisis dalaman yang berlaku ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi jika pilihan raya diadakan ditunjukkan seperti dalam Carta 4 di bawah. Carta 4 7

Analisis 5 Kajian yang dilakukan ini juga cuba mendapatkan maklum balas tentang sumber maklumat kemelut yang dihadapi oleh PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh masyarakat. Melalui sumber maklumat ini penilaian dapat dibuat bagaimana peranannya dalam mempengaruhi pendirian para responden ketika membuat penilaian dan mempengaruhi persepsi mereka terhadap parti dan kepimpinannya. Dapatan kajian menunjukkan sejumlah 24 peratus responden mendapat maklumat daripada pelbagai sumber. Namun begitu, peratus ini tidak jauh bezanya dan secara relatif agak tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mendapat sumber maklumat tentang PKR dan kepimpinannya dari media arus perdana dan televisyen (19.8 peratus dari sumber media arus perdana dan 18.1 peratus dari sumber televisyen). Selain itu, sebanyak 11.6 peratus responden mendapatkan sumber maklumat tentang PKR dan kepimpinannya melalui sumber internet. Hasil kajian mengenai sumber maklumat ini jelas menunjukkan mengapa terdapat persepsi yang yang pelbagai terhadap PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam konteks persepsi masyarakat terhadap parti dan kepimpinan PKR ternyata peranan media arus perdana dan televisyen adalah penting. Di satu segi yang lain peranan internet dan sumber lain turut juga mempunyai pengaruh dalam mencorakkan persepsi masyarakat terhadap PKR dan kepimpinannya lantaran peranannya dalam menyiarkan secara meluaskan kemelut yang dihadapi. Hasil kajian berhubung bagaimana sumber maklumat tentang kemelut yang dihadapi oleh PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengaruhi pendirian para responden dalam membuat penilaian dan mempegaruhi persepsi mereka terhadap parti dan kepimpinannya ditunjukkan dalam rajah 1. 8

Rajah 1 Maklumat lanjut tentang kajian tentang persepsi masyarakat terhadap parti dan kepimpinan PKR boleh didapati dengan melayari laman web UMCEDEL http://umcedel.um.edu.my/ 9