BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

dokumen-dokumen yang mirip
PROSES PEMBENTUKAN KATA

PEMINDAHAN LEKSIS BAHASA INGGERIS DALAM CERPEN TAMIL JAYANTHI A/P PALANANDY FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERISITI MALAYA KUALA LUMPUR

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB 1 PENGENALAN. pembentukan kata dalam akhbar harian bahasa Tamil. Seterusnya, pernyataan masalah,

BAB 1 PENGENALAN. Kemasukan leksis dari satu bahasa ke dalam bahasa lain menyebabkan berlakunya

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki:

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

KANDUNGAN. 1.1 Pendahuluan dan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kepentingan Kajian Objektif Kajian 1.

Garis Panduan PENERBITAN. Institut Pengurusan Penyelidikan

LAPORAN PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT JANUARI-JUN Prosedur Objektif Kualiti Pencapaian Catatan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

FENOMENA PERCAMPURAN KOD DALAM BERITA HIBURAN SURATKHABAR BAHASA CINA DI MALAYSIA

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

KANDUNGAN ABSTRACT PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN BAB 1 PENGENALAN Latar Belakang Kajian Permasalahan Kajian 3

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan. i. 30 Mei bagi perekodan pertama (P1) dan ii. 30 Oktober bagi perekodan ke dua (P2)

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB 2 SINTAK DAN SEMANTIK PROLOG

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

BAB 1: PENGENALAN 1 BAB 2: KAJIAN KEPUSTAKAAN 16

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MYFIT INSTITUT SUKAN NEGARA PANDUAN PENGGUNA SISTEM MYFIT INSTITUT SUKAN NEGARA

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

LAPORAN PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI JULAI DISEMBER 2009

015/025/035 MATEMATIK

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Padankan. Padankan. Padankan

Sustainable Education 54

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS. dapatan kajian. Dalam prosedur analisis data, teknik Delphi melalui temu bual dilakukan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

PANDUAN PENULISAN DIGES PMS

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) JABATAN TENAGA KERJA (JTK) & PEJABAT TENAGA KERJA (PTK)

BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN. Berdasarkan kepada borang soalselidik yang diperolehi semula, didapati bahawa

TAKLIMAT 1 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

Transkripsi:

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang digunakan secara menyeluruh terhadap data kajian ini. Bab ini juga merangkumi maklumat mengenai responden kajian dan instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini. 3.1 Metodologi Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif mudah. Data bagi kajian ini dikumpul daripada 93 cerpen Tamil untuk mengkaji pemindahan leksis bahasa Inggeris ke dalam bahasa Tamil. 3.2 Data Kajian Sumber data kajian ini ialah tiga jenis akhbar di Malaysia iaitu Tamil Nesan (TN), Malayasian Nanban (MN) dan Makkal Osai (MO). Ketiga-tiga akhbar ini telah dipilih sebagai sumber data kerana pada kebiasaannya beberapa cerpen diterbitkan setiap hari Ahad dalam akhbar-akhbar ini. Selain itu pengkaji juga akan mendapat data kajian yang terkini dan menyeluruh. Ketiga-tiga akhbar inilah yang menjadi media utama bagi para penulis cerpen Tamil di Malaysia untuk menerbitkan hasil karya mereka. Kesemua edisi mingguan ketiga-tiga akhbar ini dikumpul selama 6 bulan atau 24 minggu iaitu mulai 1 September 2009 hingga 29 Februari 2010. Semua cerpen yang disiarkan dalam ketiga-tiga akhbar ini dikumpul bagi mendapatkan kata kajian. 67

3.3 Kaedah Pengumpulan Data Korpus yang telah dikumpul daripada cerpen-cerpen Tamil yang tersiar dalam tiga buah akhbar Tamil tempatan iaitu Malaysia Nanban, Makkal Osai dan Tamil Nesan akan dikaji. Cerpen cerpen yang digunakan dalam kajian ini adalah yang diterbitkan pada setiap hari Ahad dalam ketiga-tiga suratkhabar tersebut. Cerpen-cerpen ini dikumpulkan bagi tempoh 6 bulan atau 24 minggu. Pada kebiasaannya hanya satu cerpen diterbitkan dalam akhbar Malaysia Nanban dan Tamil Nesan. Manakala bagi akhbar Makkal Osai, lebih dari satu cerpen diterbitkan pada setiap hari Ahad. Sebanyak 93 cerpen telah dikumpulkan Setiap cerpen pada puratanya mempunyai 1,600 patah perkataan. Hasil daripada 93 buah cerpen Tamil yang telah dikumpulkan didapati mempunyai sejumlah 146849 patah perkataan. Cerpen-cerpen yang tersiar dalam akhbar-akhbar tersebut dikumpulkan dan dikodkan mengikut nama akhbar dan bilangan cerpen. Pengekodan dibuat berdasarkan format berikut: Singkatan nama akhbar/ bilangan cerpen Ketiga-tiga akhbar dirujuk dengan kod ringkas seperti dalam jadual berikut: Jadual 3.1 Kod Ringkas Akhbar Harian Tamil Akhbar Malaysia Nanban Tamil Nesan Makkal Osai Kod MN TN MO 68

Setiap cerpen yang dikumpulkan dilabelkan dengan Kod Ringkas akhbar dan nombor. Nombor yang diberikan itu menunjukkan urutan bilangan cerpen yang dikumpulkan dari setiap akhbar. Berikut ialah contoh pengekodan sebuah cerpen dalam akhbar Makkal Osai. MO 3 Setelah selesai pengumpulan data utama, pengkaji telah mengumpul data dari responden kajian ini. Pengkaji menghubungi pihak penulis cerpen Tamil Malaysia untuk mendapatkan kebenaran supaya dapat mentadbirkan soal-selidik kepada mereka. Tujuan menggunakan soal-selidik ialah untuk mendapatkan maklumat tambahan seperti faktor-faktor yang mempengaruhi para penulis cerpen untuk menggunakan leksis bahasa Inggeris dalam penulisan cerpen Tamil. Maklumat yang diperoleh melalui soal-selidik ini dianalis untuk mendapatkan jawapan bagi soalan kajian yang ke-3. 3.4 Responden Kajian Responden kajian ini terdiri daripada dua kumpulan. Jumlah keseluruhan responden kedua-dua kumpulan ini terdiri daripada 16 orang penulis yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka dalam penulisan cerpen. Kumpulan 1 - Pengalaman responden dalam penulisan cerpen lebih daripada 10 tahun (seramai lapan responden). Kumpulan 2 - Pengalaman responden dalam penulisan cerpen kurang daripad 10 tahun (seramai lapan responden). 69

Pilihan responden dibuat berdasarkan gabungan gender. 3.5 Instrumen Kajian Satu set soal selidik digunakan bagi mengumpul data dalam kajian ini. Soal selidik ini adalah untuk dijawab oleh penulis cerpen Tamil (Lampiran 3). Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A Bahagian ini mempunyai ruang untuk membolehkan sampel mengisi maklumat latar belakang demografi mereka. Sebanyak 7 item soalan dikemukakan untuk mengetahui latar belakang sebenar penulis. Ia adalah seperti berikut: Item 1 - Umur. Item 2 - Kelayakan akademik tertinggi. Item 3 - Kelayakan bahasa Tamil tertinggi. Item 4 - Pekerjaan. Item 5 - Bahasa pertuturan di rumah. Item 6 - Pengalaman dalam penulisan cerpen (tahun). Item 7 - Bilangan cerpen yang pernah responden menuulis. Bahagian B dan C adalah untuk memperolehi maklumat pendapat umum sebabsebab penggunaan leksis bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil oleh penulis. 70

Bahagian B Bahagian ini mempunyai 4 item untuk memperolehi maklumat atau pendapat umum mengenai sebab-sebab penggunaan leksis bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil oleh penulis. Ia adalah seperti berikut: Item 8 - Berapa kerapkah anda menggunakan perkataan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian? Item 9 - Apakah pandangan anda mengenai penggunaan perkataanperkataan bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil? Item 10 - Adakah anda menggunakan perkataan bahasa Inggeris dalam penulisan cerpen? Item 11 - Adakah penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil akan meningkatkan prestij anda sebagai seorang penulis sastera moden? Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci bagi setiap item soalan pada bahagian A dan B, sila rujuk pada lampiran 3. Bahagian C Bahagian ini terdiri dari satu item sahaja yang terdiri soalan terbuka. Item ini dikemukakan untuk memperoleh maklumat mengenai situasi penggunaan leksis bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil oleh penulis. Soalan terbuka ini akan berbunyi seperti berikut: Item 12 - Pada kebiasaanya, apakah mungkin menjadi sebab bagi para penulis untuk menggunakan perkataan Inggeris dalam cerpen Tamil? 71

Set borang soal-selidik ini akan diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil sebelum diberikan kepada penulis untuk dijawabnya (Lampiran 4) 3.5.1 Tujuan Penggunaan Soal Selidik Dalam kajian ini soal selidik ditadbirkan untuk mendapatkan maklumbalas kualitatif daripada penulis tentang sebab-sebab kecenderungan mereka menggunakan leksisleksis bahasa Inggeris dalam penulisan cerpen Tamil. 3.6 Penganalisisan Data Kajian ini merupakan satu kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan kaedah campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif mudah. 3.6.1 Penganalisisan Data dari Sumber Utama Leksis-leksis pinjaman Inggeris yang terkandung dalam setiap cerpen dikenal pasti setelah dibaca secara teliti. Setelah itu, leksis-leksis tersebut disenaraikan dalam borang penganalisisan jenis-jenis pinjaman (Lampiran 1). Senarai leksis pinjaman yang terkumpul itu telah disemak oleh dua orang pensyarah yang mahir dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris untuk menentukan sama ada kata/leksis yang tersenarai adalah leksis pinjaman Inggeris. Pada peringkat kedua leksis-leksis yang dikenal pasti diketegorikan mengikut Kerangka Pengklasifikasian Leksis yang ditentukan oleh pengkaji. Kerangka Pengklasifikasian ini adalah kombinasi Kerangka Pengklasifikasian Haugen (1953) dan Heah (1989). Penerangan secara detail mengenai kedua-dua kerangka konsep pengklasifikasian ini terdapat pada Bab 2. Rumusan Kerangka Pengklasifikasian yang digunakan bagi menganalisis leksisleksis pinjaman bahasa Inggeris adalah seperti berikut: 72

3.6.2 Pengklasifikasian Leksis-leksis Pinjaman Inggeris Leksis-leksis pinjaman bahasa Inggeris yang dikenal pasti dalam cerpen-cerpen Tamil dikelaskan secara umum mengikut kategori yang dicadangkan Haugen (1953). i) Pengimportan (Importation) ii) Penggantian (Substitution) Kategori-kategori pinjaman ini diperincikan lagi mengikut kombinasi kerangka Konsep Pengklasifikasian yang dicadangkan oleh Haugen (1953) dan Heah (1989) seperti dalam Rajah: 3.1. 73

Pemindahan Leksis Bahasa Inggeris Dalam Cerpen Tamil Pengimportan Penggantian Pinjaman Tulen Pinjaman Kacukan Pinjaman Terjemahan Pinjaman Padanan Dari Aspek Fonologi, Morfologi dan Semantik Kata Dasar Kata Akar Imbuhan (Bahasa Inggeris) + B.T Bentuk Struktur dikekalkan (maksud dan Struktur dipinjam) Padanan Langsung Padanan Tak Langsung Tanpa Asimilasi Separuh Asimilasi Asimilasi Penuh Kata Dasar Kata Akar Imbuhan (Bahasa Tamil) + B.I Bentuk Struktur Berubah (Hanya maksud dipinjam) Berasimilasi Secara Ortografi Rajah3.1: Pengklasifikasian Jenis-jenis Pinjaman yang dicadangkan oleh Haugen (1953) dan Heah (1989) 74

Bagi memastikan leksis yang dikenal pasti dari cerpen itu berasal dari bahasa Inggeris, kepakaran dua informan Tamil digunakan. Informan-informan ini akan dipilih daripada pensyarah atau pengajar bahasa Tamil yang mahir dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Selain itu kamus bahasa Inggeris dan Tamil akan digunakan bagi tujuan ini. 3.6.3 Penganalisisan Secara Kuantitatif Kekerapan penggunaan leksis pinjaman dalam setiap cerpen akan dianalisis mengikut kategori pinjaman atau pemindahan yang diterangkan pada 3.6.2. Jumlah leksis yang dipinjam dan peratusannya telah dikira dan dipaparkan dalam jadual. 3.6.4 Penganalisisan Data dari Soal Selidik Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik juga dijadikan sumber data kajian. Sila rujuk borang soal selidik di Lampiran 3 (dalam bahasa Melaysia) atau Lampiran 4 (dalam bahasa Tamil) yang disertakan. Pada keseluruhan, data-data yang diperolehi daripada soal-selidik penulis cerpen dianalisis secara kualitatif. 3.7 Kajian Rintis Satu kajian rintis akan dilakukan untuk memperbaiki soal-selidik. Seramai 2 orang responden akan dipilih untuk kajian rintis ini. Kajian rintis yang dijalankan membolehkan pengkaji mendapat maklumbalas tentang kekurangan yang wujud dalam borang soal selidik. Masalah-masalah yang timbul dalam kajian rintis juga dijadikan pengalaman sebelum kajian sebenar dijalankan. 75

Kajian rintis ini juga membolehkan pengkaji menguji kejelasan soalan-soalan dalam borang soal selidik. Selepas kajian rintis, kaedah penyoalan pengkaji diperbaiki, soalan-soalan dalam borang soal selidik distruktur semula ayatnya, susun atur soalan dalam soal-selidik juga diperbaiki. Lampiran 3 (dalam bahasa Malaysia) dan Lampiran 4 (yang diterjemahkan dalam bahasa Tamil) yang disertakan adalah borang soal selidik yang disedikan selepas kajian rintis dijalankan. 3.8 Penutup Penyediaan awal yang teratur seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 3 ini membantu pengkaji mendapat satu hasil kajian yang jitu yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya. 76