NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KORELASI ANTARA STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA DENGAN PENCAPAIAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI KELANTAN

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 4. KEBERKESANAN DAN HALANGAN PEMBANGUNAN ETIKA DAN MORAL MENERUSI KURSUS YANG DITAWARKAN DI UTeM

ARAHAN: ( )

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN SARJANA USULUDDIN UNIVERSITI MALAYA

Transkripsi:

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH: PROF DR. MOHAMED AMIN BIN EMBI

1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa. Kepelbagaian kaum ini telah menghasilkan pelbagai bahasa yang dituturkan oleh penduduknya. Antaranya bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban dan lain-lain. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi berbanding bahasa-bahasa lain. Di sekolah rendah, mata pelajaran bahasa yang wajib dipelajari adalah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bagi sekolah jenis kebangsaan, mereka akan mempelajari bahasa tambahan iaitu bahasa Cina atau bahasa Tamil. Bahasa-bahasa ini merupakan bahasa kedua bagi rakyat Malaysia. Namun begitu, bahasa Arab yang diperkenalkan kepada murid-murid sekolah rendah menerusi program j-qaf merupakan satu bahasa asing. Bahasa Arab jarang digunakan dalam pertuturan seharian dalam kalangan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, bahasa Arab sering digunakan dalam konteks ibadah orang muslim. Bahasa Arab mula diperkenalkan dalam silibus mata pelajaran sekolah rendah sebagai mata pelajaran elektif menerusi program j-qaf. Program ini merupakan idea daripada mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato Abdullah bin Ahmad Badawi dan mula dilaksakan di sekolah pada tahun 2005. Bermula daripada tahun tersebut, terdapat pelbagai penambahbaikan dalam mata pelajaran bahasa Arab agar ia menjadi satu mata pelajaran yang mudah dipelajari oleh murid Islam khasnya dan murid bukan Islam amnya. Justeru, dalam mempelajari bahasa Arab bagi murid-murid sekolah rendah, sumbangan guru dalam membantu mereka mempelajari bahasa Arab sangat diperlukan. Terdapat pelbagai strategi yang digunakan oleh guru dalam membantu murid-murid agar dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Dengan adanya strategi ini, murid-murid dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru samada berbentuk lisan atau tulisan dengan baik. Menurut O`Malley dan Chamot dalam jurnal Strategi Pembelajaran Bahasa oleh Linamalini dan Kamarul Shukri menyatakan bahawa strategi pembelajaran bahasa sebagai fikiran atau perilaku khusus yang digunakan oleh seseorang individu untuk memahami, mempelajari dan menyimpan maklumat baru. Penggunaan strategi

pembelajaran bahasa yang betul dapat membantu murid-murid untuk menjadikan pembelajaran mereka lebih cepat, mudah dan menyeronokkan. 2.0 KAJIAN LITERATUR Strategi Pembelajaran Bahasa disimpulkan oleh Kamarul Shukri (2009) sebagai satu langkah atau tindakan khusus yang diambil oleh para pelajar untuk memudahkan pemerolehan, penyimpanan, pengingatan dan penggunaan maklumat sehingga menjadikan pembelajaran lebih mudah, lebih cepat, lebih menyeronokkan, lebih kendiri, lebih efektif dan lebih senang dipindahkan ke suasana baru. Ia melibatkan proses mental dan komunaktif untuk mempelajari dan menggunakan bahasa dalam kerangka mempertingkatkan pencapaian dan penguasaan bahasa sasaran. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penggunaan SPB oleh murid antaranya tahap kesedaran murid, tahap pembelajaran, keperluan tugasan, pengharapan guru, umur, jantina, bangsa, cara belajar seseorang, personaliti, tahap motivasi dan tujuan mempelajari bahasa tersebut. (Oxford, 1990). Kajian yang dilakukan oleh Zamri Mahamod dan rakan-rakan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara SPB berdasarkan kemahiran bahasa dengan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus bahasa Melayu. Pelajar yang mendapat gred A dalam kursus bahasa Melayu lebih cenderung menggunakan SPB berkaitan kemahiran brtutur dan bertulis berbanding kemahiran mendengar, membaca dan kosa kata. Kajian mengenai faktor motivasi pelajar dengan penggunaan SPB oleh Kamarul Shukri Mat Teh dan rakan-rakan mendapati bahawa pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi lebih kerap menggunakan SPB berbanding pelajar yang mempunyai motivasi yang rendah. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar sekolah menengah agama Terengganu berkaitan tahap motivasi dan strategi pembelajaran bahasa Arab mereka. Kajian yang dilakukan oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin berkaitan mendapati terdapat dua pola SPB yang digunakan oleh pelajar cemerlang dalam penguasaan kemahiran membaca iaitu mendengar dengan teliti dan memperbanyakkan latih tubi. Manakala bagi pelajar lemah pula, terdapat satu pola yang biasa digunakan iaitu membuat persediaan awal melalui strategi baca buku rujukan rujukan peperiksaan.

Dapatan daripada kajian itu mendapati bahawa pelajar yang cemerlang lebih banyak menggunakan SPB berbanding pelajar lemah dalam penguasaan kemahiran membaca. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Sampel Kajian Kajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bangi. Pemilihan responden adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi mata pelajaran bahasa Arab yang mendapat gred A. 3.2 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 5 bahagian iaitu penggunaan SPB bagi kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kosa kata. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mengenal pasti strategi yang biasa digunakan oleh murid cemerlang dalam menguasai kelima-lima aspek yang dinyatakan di atas. 4.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi-strategi yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa Arab. 5.0 PERSOALAN KAJIAN 5.1 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kemahiran bertutur? 5.2 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kemahiran membaca? 5.3 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kemahiran menulis?

5.4 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kemahiran mendengar? 5.5 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kosa kata? 6.0 DAPATAN KAJIAN Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagia A adalah mengenai jantina responden dan markah yang mereka peroleh dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bulan Mei. Manakala bahagian B adalah mengenai SPB dalam lima kemahiran iaitu kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kosa kata. 6.1 Bahagian A Peratus Responden Jantina 40% 60% Perempuan Lelaki Rajah 1: Peratus responden mengikut jantina Jantina Bilangan Perempuan 6 Lelaki 4 Jadual 1: Bilangan responden mengikut jantina

4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Arab 86-90 91-95 96-100 Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Arab Rajah 2: Bilangan responden mengikut markah yang diperoleh dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Arab. Markah Bilangan 86-90 3 91-95 3 96-100 4 Jadual 2: Bilangan responden mengikut markah Peperiksaan Pertengaham Tahun Bahsa Arab 6.2 Bahagian B Terdapat lima kemahiran yang dikaji dalam bahagian B iaitu: a. Penggunaan Srategi Mendengar b. Penggunaan Srategi Membaca c. Penggunaan Srategi Bertutur d. Penggunaan Srategi Menulis e. Penggunaan Srategi Kosa Kata

Analisis Data Penggunaan Strategi Mendengar: Bil 1 2 3 4 5 6 7 Strategi Mendengar Mendengar program bual bicara di radio, menonton rancangan TV atau menonton filem dalam bahasa Arab Menggunakan pengetahuan umum saya untuk mendapatkan idea utama. Cuba mengagak apa yang dikatakan oleh seseorang berdasarkan apa yang telah dikatakan sebelumnya. Mendengar kata kunci yang nampak seperti menunjukkan sebagahian besar maksud ayat. Cuba memahami apa yang saya dengar tanpa menterjemahkannya secara harfiah (kata demi kata). Meminta penutur mengulangi apa yang dikatakan jika saya tidak begitu memahaminya. Meminta penjelasan jika saya tidak memahami pada kali pertama saya mendengarnya. Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 10 0 4 6 5 5 4 6 8 2 3 7 2 8 Jadual 3: Analisis data penggunaan strategi mendengar Berdasarkan jadual 3, responden lebih kerap menggunakan strategi untuk meminta penjelasan jika mereka tidak memahami pada pertama kali mendengarnya. Terdapat 8 orang responden yang menyatakan mereka menggunakan strategi ini dan hanya 2 orang responden yang menyatakan mereka tidak menggunakan strategi ini. Selain itu, responden juga menggunakan strategi meminta penutur mengulangi apa yang dikatakan jika responden tidak memahaminya. Strategi yang tidak digunakan oleh responden bagi kemahiran mendengar pula ialah mendengar program bual bicara di radio, menonton rancangan TV atau menonton filem dalam bahasa Arab. Kesemua responden menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan strategi ini dalam kemahiran mendengar.

Analisis Data Penggunaan Strategi Membaca: Bil 1 2 3 4 5 6 7 Strategi Membaca Membaca sebanyak mungkin dalam bahasa Arab. Cuba mendapatkan bahan dalam bahasa Arab untuk dibaca sebagai hiburan. Merancang cara untuk membaca dan menyemak sejauh mana saya memahami teks yang dibaca. Membaca sesuatu cerita atau dialog beberapa kali sehingga saya memahaminya. Memberikan perhatian kepada struktur teks, khususnya tajuk-tajuk kecilnya. Sentiasa membuat ringkasan dalam fikiran saya atau di tepi teks tentang apa yang dibaca. Menggunakan kamus untuk mendapatkan makna terperinci sesuatu perkataan. Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 3 7 2 8 8 2 3 7 6 4 9 1 5 5 Jadual 4: Analisis data penggunaan strategi membaca Berdasarkan jadual 4, responden lebih kerap menggunakan strategi cuba mendapatkan bahan dalam bahasa Arab untuk dibaca sebagai hiburan.terdapat 8 orang responden yang menyatakan mereka menggunakan strategi ini dan hanya 2 orang responden yang menyatakan mereka tidak menggunakan strategi ini. Selain itu, responden juga cuba membaca sebanyak mungkin dalam bahasa Arab. Strategi yang tidak digunakan oleh responden bagi kemahiran membaca adalah sentiasa membuat ringkasan dalam fikiran saya atau di tepi teks tentang apa yang dibaca. Terdapat 9 orang responden yang mewakili 90% tidak menggunakan strategi ini.

Analisis Data Penggunaan Strategi Bertutur: Bil 1 2 3 4 5 6 Strategi Bertutur Berlatih menyebut ungkapan baru kepada diri sendiri Berlatih menggunakan struktur tatabahasa Arab baru dalam situasi berlainan untuk memberi saya keyakinan dalam menggunakannya. Mencuba sesuatu topik walaupun saya tidak biasa dengan topik tersebut. Merancang terlebih dahulu apa yang hendak saya katakan. Bertayakan soalan sebagai satu cara untuk turut serta dalam perbualan. Menggalakkan orang lain membetulkan kesilapan dalam percakapan saya. Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 2 8 7 3 5 5 6 4 7 3 6 4 Jadual 5: Analisis data penggunaan strategi bertutur Berdasarkan jadual 5, responden lebih kerap menggunakan strategi berlatih menyebut ungkapan baru kepada diri sendiri. cuba mendapatkan bahan dalam bahasa Arab untuk dibaca sebagai hiburan.terdapat 8 orang responden yang menyatakan mereka menggunakan strategi ini dan hanya 2 orang responden yang menyatakan mereka tidak menggunakan strategi ini. Selain itu, responden juga cuba membaca sebanyak mungkin dalam bahasa Arab. Strategi yang tidak digunakan oleh responden bagi kemahiran membaca adalah sentiasa membuat ringkasan dalam fikiran saya atau di tepi teks tentang apa yang dibaca. Terdapat 9 orang responden yang mewakili 90% tidak menggunakan strategi ini.

Analisis Data Penggunaan Strategi Menulis: Bil 1 2 3 4 5 6 Strategi Menulis Berlatih menulis abjad atau perkataan baru dalam bahasa Arab Cuba menulis pelbagai jenis teks dalam bahasa Arab (contohnya nota peribadi, mesej, surat) Seboleh mungkin mengambil nota di dalam kelas dalam bahasa Arab Menyemak apa yang telah saya tulis sebelum sambung menulis. Menggunakan bahan rujukan seperti glosari atau kamus untuk membantu mencari atau menyemak perkataan dalam bahasa sasaran. Menyemak tulisan saya satu atau dua kali untuk memperbaiki isi kandungan bahasanya. Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 0 10 9 1 10 0 3 7 0 10 10 0 Jadual 6: Analisis data penggunaan strategi menulis Berdasarkan jadual 6, terdapat dua strategi yang digunakan oleh responden dalam kemahiran menulis iaitu berlatih menulis abjad atau perkataan baru dalam bahasa Arab dan strategi menggunakan bahan rujukan seperti glosari atau kamus untuk membantu mencari atau menyemak perkataan dalam bahasa sasaran. Kesemua reponden menggunakan strategi ini. Strategi yang tidak digunakan oleh responden bagi kemahiran membaca adalah sentiasa membuat ringkasan dalam fikiran saya atau di tepi teks tentang apa yang dibaca. Terdapat 9 orang responden yang mewakili 90% tidak menggunakan strategi ini.

Analisis Data Penggunaan Strategi Kosa Kata: Bil Strategi Kosa Kata Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 1 Menggabungkan perkataan mengikut bahagian kosa kata 8 2 2 Menyenaraikan perkataan baru dengan perkataan lain yang berkaitan. 5 5 3 Menulis perkataan baru dalam ayat yang bermakna. 6 4 4 Berlatih kata kerja baru dengan melakonkan perkataan tersebut. 4 6 5 Menggambarkan ejaan baru dalam fikiran. 1 9 6 Mengulang semula perkataan baru secara kerap apabila mempelajarinya buat pertama kali untuk membantu saya mengingatinya. 0 10 Jadual 7: Analisis data penggunaan strategi kosa kata Berdasarkan jadual 7, responden lebih kerap mengulang semula perkataan baru secara kerap apabila mempelajarinya buat pertama kali untuk membantu responden mengingatinya. Strategi ini digunakan oleh semua responden. Selain itu, strategi menggambarkan ejaan baru dalam fikiran juga adalah antara strategi yang selalu digunakan oleh responden. Strategi yang kurang digunakan oleh responden dalam strategi kosa kata ini adalah menggabungkan perkataan mengikut bahagian kosa kata. Seramai 8 orang responden tidak menggunakan strategi ini.

7.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI Daripada dapatan kajian, terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh murid cemerlang dalam pembelajaran bahasa Arab. Bagi kemahiran mendengar, murid-murid cemerlang akan meminta penjelasan jika mereka tidak memahami pada pertama kali mendengar perkataan tersebut. Selain itu mereka juga akan meminta penutur mengulangi apa yang dikatakan jika mereka tidak begitu memahaminya. Strategi ini digunakan oleh majoriti responden. Oleh kerana mereka adalah murid sekolah rendah, mereka jarang mendengar perkataan bahasa Arab melainkan apabila berada di dalam kelas. Oleh itu, murid yang cemerlang akan memberi tumpuan di dalam kelas dan meminta guru mereka untuk mengulagi semula perkataan atau ayat yang mereka tidak faham. Bagi strategi kemahiran membaca, murid-murid cemerlang menggunakan strategi cuba mendapatkan bahan dalam bahasa Arab untuk dibaca sebagai hiburan. Murid yang cemerlang juga cuba membaca sebanyak mungkin dalam bahasa Arab. Semasa membaca, murid cemerlang akan membaca sesuatu cerita atau dialog beberapa kali sehingga mereka memahaminya. Implikasi daripada strategi ini, mereka dapat menambah kemahiran membaca dalam bahasa Arab. Walaupun responden merupakan murid sekolah rendah, mereka telah mempunyai strategi pembelajaran bahasa yang baik. Bagi strategi kemahiran bertutur, responden berlatih menyebut ungkapan baru kepada diri sendiri. Dengan strategi ini, mereka akan dapat menguasai perkataan yang baru dipelajari di dalam kelas bahasa Arab. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang tertinggi selepas kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bagi strategi kemahiran menulis, murid cemerlang menggunakan strategi berlatih menulis abjad atau perkataan baru dalam bahasa Arab. Selain itu, mereka juga menggunakan bahan rujukan seperti glosari atau kamus untuk membantu mencari atau menyemak perkataan dalam bahasa sasaran. Penggunaan strategi ini membantu murid cemerlang menguasai perkataan-perkataan baru dan meningkatkan kemahiran mereka menulis perkataan-perkataan Arab.

Bagi strategi kosa kata, murid cemerlang akan mengulang semula perkataan baru secara kerap apabila mempelajarinya buat pertama kali untuk membantu mereka mengingatinya. Bagi pembelajaran bahasa asing, adalah penting untuk mengulang semula perkataan-perkataan baru supaya murid akan lebih mudah memahami dan menguasai perkataan tersebut. Penggunaan strategi belajar yang betul adalah penting bagi murid sekolah rendah. Melalui SPB, murid-murid cemerlang dapat belajar untuk menguruskan pembelajaran mereka dengan lebih baik dan perkara ini sekaligus memberi motivasi kepada murid-murid lain agar dapat mencontohi mereka. Melalui SPB, murid-murid akan menjadi lebih kendiri, proaktif, terarah dan memiliki penguasaan kemahiran berbahasa. Mereka juga akan mudah untuk mempelajari apa-apa bahasa dengan berkesan. 8.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, bagi murid cemerlang bahasa Arab, penggunaan strategi pembelajaran bahasa adalah penting dalam membantu mereka menguasai bahasa Arab. Walaupun masih berada dalam peringkat sekolah rendah, terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh responden dalam membantu mereka mempelajari bahasa Arab. Kebiasaannya, strategi belajar akan dapat dikuasai atau diperoleh apabila murid-murid memasuki sekolah menengah. Hal ini kerana mereka sudah mula mempunyai corak dan gaya belajar yang tersendiri. Pada peringkat sekolah rendah, guruguru memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu murid-murid untuk belajar menggunakan strategi belajar dengan betul. Beberapa penyelidikan telah dilakukan dan mendapati suasana pengajaran yang betul akan menjadikan sesi pembelajaran lebih efektif. (Kamarul Shukri & Mohamed Amin, 2014). 9.0 RUJUKAN Kamarul Shukri Mat Teh dan Mohamed Amin Embi. 2014. Strategi Pembelajaran Bahasa.Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Kamarul Shukri Mat Teh, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Zamri Mahamod. 2010. Hubungan Tahap Motivasi dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab

dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Terengganu. Jurnal Teknologi. Linamalini binti Mat Nafi dan Kamarul Shukri bin Mat Teh. 2008. Strategi Pembelajaran Bahasa: Satu Pengenalan Konsep dan Model. Jurnal KIAS. Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi, Jamaludin Badusah dan Sharala a/p Subramaniam. 2014. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Warganegara Asing Berdasarkan Kemahiran Bahasa dan Gred. Jurnal Personalia Pelajar 17. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2005. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia. Zamri Mahamod. 2006. Penggunaan Strategi Membaca dan Menulis oleh Pelajar Cemerlang dan Pelajar Lemah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa.