BAB 1 PENDAHULUAN. dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;

dokumen-dokumen yang mirip
BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Kebangsaan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

PENDIDIKAN KESIHATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Empat

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Lima

Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Empat 2002

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Koperasi Pengangkutan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PENDIDIKAN KESIHATAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Lima

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN KESIHATAN

KANDUNGAN SENARAI JADUAL. Latar belakang 1. Pernyataan masalah 8. Soalan penyelidikan 10. Kepentingan penyelidikan 10. Skop penyelidikan 11

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Prinsip Pembangunan Komuniti

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Transkripsi:

BAB 1 PENDAHULUAN Pentadbir sekolah dan guru sains hendaklah menerima dan mengiktiraf pendidikan sains dan teknologi sebagai suatu agenda penting dalam proses pembangunan negara. Mereka seharusnya mengetahui bahawa perancangan dan penggubalan kurikulum sains adalah berlandaskan dasar-dasar yang telah diisytiharkan oleh kerajaan. Bagi mendapatkan gambaran tentang kepentingan pendidikan sains dan teknologi dan pelaksanaannya, bab ini menjelaskan aspek-aspek berkaitan: dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi; kepentingan sains dan teknologi; perancangan dan penggubalan kurikulum sains; pelaksanaan kurikulum sains; kebergunaan makmal sains/bilik sains; dan peranan dan tanggungjawab pengetua/guru besar. 1.1 Dasar-Dasar Yang Menjadi Landasan Pendidikan Sains dan Teknologi 1.1.1 Pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum sains, sama ada guru sains selaku pelaksana mahupun pengetua/guru besar sebagai pengurus kurikulum, hendaklah mengetahui, memahami dan menghayati dasar-dasar kerajaan yang menekankan kepentingan sains dan teknologi dalam agenda pembangunan negara. Pendidikan sains diwujudkan dengan berlandaskan inspirasi dan aspirasi negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pelaksana dan pengurus kurikulum sains untuk merealisasikan hasrat dan harapan negara. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran sains hendaklah dilihat sebagai cara untuk membangun dan menghasilkan modal insan dalam bidang sains dan teknologi yang diperlukan untuk terus menerajui pembangunan dan kemajuan negara. 1.1.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah dilahirkan melalui Penyata Razak (1956). Dari semasa ke semasa, DPK disemak semula untuk menampung keperluan semasa dan masa depan negara. Usaha-usaha penyemakan semula DPK telah menghasilkan Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Walau apa sahaja perubahan yang telah dilakukan, teras utama DPK adalah bagi memenuhi keperluan sumber manusia bukan sahaja dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi kualitinya selaras dengan hasrat negara untuk mencapai status negara perindustrian. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 1

1.1.3 Akta Pendidikan 1996 di antaranya menyatakan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, sejajar dengan perkembangan pesat sains, teknologi, dan maklumat (muka surat 13). Akta ini juga dengan jelas menyatakan agenda pendidikan negara perlu selari dengan kemajuan sains dan teknologi. Penggubalan Akta Pendidikan 1996 tidak dilakukan secara terasing tetapi mengambil kira kehendak dan hasrat lain-lain dasar kerajaan seperti Dasar 60:40 Pelajar Sains-Sastera, Dasar Sains dan Teknologi Negara (1986), dan Wawasan 2020 (1991: Malaysia The Way Forward). 1.1.4 Dasar 60:40 menetapkan nisbah penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi berbanding sastera. Ia merupakan panduan bagi pembangunan bilangan modal insan berteraskan sains dan teknologi mengikut keperluan pembangunan negara. Sasarannya masih belum tercapai walaupun selepas 42 tahun pelaksanaannya. Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia 2004 menunjukkan graduan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam hanya 32.4 peratus berbanding keperluan 60 peratus dalam bidang ini (Utusan Malaysia: 27 Mac 2009, muka surat 31). Antara isu-isu yang membelenggu pencapaian dasar ini adalah berkaitan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains, prestasi murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi, dan keupayaan guru untuk mengajar sains. Guru sains dan pengurus kurikulum seharusnya menerima komentar ini sebagai suatu cabaran. Mereka hendaklah menggembleng pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam mencari kaedah baru bagi merapatkan lagi jurang pencapaian dengan sasaran yang telah ditetapkan. 1.1.5 Dasar Sains dan Teknologi Negara bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat, dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara. Dasar ini memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan bidang-bidang lain yang berkaitan. 1.1.6 Gagasan Malaysia: The Way Forward yang diisytiharkan pada tahun 1991 telah menggariskan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju menjelang 2020 dengan ahli masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi untuk terus memacu aktiviti ekonomi agar berdaya saing, dinamik, giat dan berdaya tahan. Antara bidang hasil utama yang perlu dicapai ke arah membangunkan sebuah negara maju telah 2 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

dinyatakan dengan jelas iaitu: (i) mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui budaya kecemerlangan, dan (ii) membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik yang berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden. 1.1.6.1 Kemajuan keupayaan sains dan teknologi adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan dalam Wawasan 2020. Negara mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi masa hadapan. 1.1.6.2 Matlamat yang perlu dicapai adalah untuk meningkatkan keupayaan sains dan teknologi berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu ekonomi yang cekap teknologinya serta mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih. 1.1.7 Kesimpulannya, Akta Pendidikan 1996, Dasar 60:40, Dasar Sains dan Teknologi Negara, dan Wawasan 2020 telah meletakkan kepentingan pendidikan sains dengan sewajarnya dalam agenda pembangunan negara. Pelaksana dan pengurus kurikulum sains seharusnya memahami dan menghayati inspirasi dan aspirasi yang tersurat dan tersirat dalam dasar-dasar tersebut. Mereka seharusnya dapat melihat dengan jelas hala tuju pendidikan sains dengan hasrat untuk terus menyumbang kepada penerusan pembangunan dan kemajuan negara. 1.2 Kepentingan Sains dan Teknologi 1.2.1 Pengurus kurikulum, amnya dan pelaksana kurikulum sains dan murid, khususnya, seharusnya dapat menggarapkan kepentingan sains dan teknologi dalam kemajuan kehidupan manusia dan pembangunan negara. Bukalah pintu hati dan minda murid untuk mengimbas persekitaran mereka bagi mencari bukti bahawa kesenangan, kenikmatan dan kemanfaatan hidup mereka adalah hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Guru sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 3

perlu menyuntik minda murid dengan kenyataan bahawa kemajuan sains dan teknologi akan terus berkembang dalam ruang dan peluang yang tiada batasannya selagi Tuhan menganugerahkan minda yang kreatif dan inovatif kepada manusia. 1.2.2 Sains dan teknologi adalah merupakan jantung bagi kemajuan masyarakat manusia. Sains dan teknologi telah menyediakan banyak faedah dan manfaat kepada manusia dengan kesihatan yang bertambah baik, umur wang lebih panjang, kelegaan dari kesakitan, hari bekerja yang bertambah pendek, persekitaran bekerja yang lebih selamat dan selesa. Di samping itu, lebih banyak makanan lagi berkhasiat dapat dinikmati, pakaian serta perumahan yang lebih selesa, dan lebih banyak peluang untuk menikmati pendidikan, hiburan dan perjalanan. 1.2.3 Dalam konteks globalisasi, kemampuan sesebuah negara untuk mencapai dan mengekalkan tahap kehidupan yang tinggi adalah bergantung pada sejauh mana ia dapat memanfaatkan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. Kemampuan sesebuah negara untuk memanfaatkan teknologi moden bergantung pada tahap pendidikan rakyatnya. Justeru, pembangunan modal insan yang mampu menerima dan menghayati sains dan teknologi perlu diberi penekanan sewajarnya agar mereka dapat memastikan ekonomi negara terus berdaya saing di peringkat antarabangsa. 1.3 Perancangan dan Penggubalan Kurikulum Sains 1.3.1 Pelaksana dan pengurus kurikulum sains hendaklah memahami dan menghayati semangat dan hasrat di sebalik perancangan dan penggubalan kurikulum sains. Mereka juga seharusnya memahami tujuan pendidikan sains di sekolah, aspek-aspek penting, pendekatan, dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan. 1.3.2 Tanggungjawab Kementerian Pelajaran adalah memastikan pendidikan sains dan teknologi sentiasa relevan serta dimartabatkan selaras dengan keperluan perkembangan dan kemajuan semasa dan masa hadapan negara. 1.3.3 Pendidikan sains mempunyai tiga tujuan, iaitu: 1.3.3.1 Menyediakan murid dengan latar belakang ilmu pengetahuan dan kemahiran sains bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang berasaskan sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT). 1.3.3.2 Menyediakan murid untuk mendapatkan pekerjaan serta menjadikan sains dan teknologi sebagai bidang kerjaya mereka. 1.3.3.3 Menyediakan murid untuk menjadi warganegara yang kenal/celik 4 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

sains. 1.3.4 Secara idealnya, produk pendidikan sains keluaran sekolah hendaklah sifar kecacatan untuk melalui proses pengajian lanjutan di IPT, ataupun menceburi bidang pekerjaan dan kerjaya. Produk yang cacat akan menyebabkan klien, sama ada pihak IPT mahu pun majikan, tidak berpuas hati dan terpaksa menanggung kos untuk pembaikpulihan produk. Jika klien mempunyai pilihan lain nescaya mereka akan mengetepikan produk tidak berkualiti yang dihasilkan oleh sekolah. 1.3.5 Bagi memastikan mutu pendidikan sains, kurikulum bersepadu sains telah dirancang dan digubal dengan mengambil kira input daripada ahli akademik, profesional dan industri dalam bidang sains yang berkenaan, input daripada guru sains selaku pelaksana mengikut bidang pengkhususan masing-masing, dan menanda aras standard serta membandingkan kandungan kurikulum dengan negara yang berada di sepuluh kedudukan teratas dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study). 1.3.6 Antara aspek-aspek penting yang ditekankan dalam pelaksanaan kurikulum bersepadu sains termasuk: 1.3.6.1 Pembangunan Kemahiran Saintifik: mengkaji, mengkelasifikasi, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, membuat ramalan, berkomunikasi, mentafsir data, mendefinisikan pengoperasian, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan kemahiran manipulatif. 1.3.6.2 Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kritis: penjanaan sifat, membanding dan membeza, pengelompokan dan pengelasan, menyusun mengikut urutan, menentukan keutamaan, menganalisis, mengesan kecenderungan, menilai, dan membuat kesimpulan. 1.3.6.3 Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif: menjanakan fikiran, membuat perkaitan, membuat inferens, meramal, membuat generalisasi, menggambarkan, mensintesiskan, membuat hipotesis, membuat analogi dan mereka cipta. 1.3.6.4 Pembangunan Strategi Pemikiran: mengkonsepsikan, membuat keputusan dan penyelesaian masalah. 1.3.6.5 Pembangunan Sikap Saintifik dan Nilai Murni: menjiwai sesuatu yang benar, penghayatan dan amalan kerja saintifik yang sistematik, berani mencuba, berfikir secara rasional, berkeyakinan dan berdikari. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 5

1.3.7 Antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan termasuk inkuiri-penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran masteri. 1.3.8 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan luar, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi. 1.3.9 Kesimpulannya, guru sains, selaku pelaksana kurikulum sains seharusnya membaca, memahami, menghayati dan melaksanakan kurikulum sains mengikut hasil/standard pembelajaran yang telah ditetapkan. 1.4 Pelaksanaan Kurikulum Sains 1.4.1 Detik kebenaran ( the moment of truth ) pelaksanaan kurikulum sains adalah di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru hendaklah: 1.4.1.1 menyediakan rancangan mengajar sains yang lebih kemas. Perancangan pengajaran sains tidak boleh disamakan dengan perancangan lain-lain mata pelajaran. Guru sains perlu menentukan kaedah dan strategi yang terbaik untuk mencapai hasil/standard pembelajaran yang ditetapkan, menyediakan senarai peralatan/bahan yang diperlukan, menganggarkan masa yang diperlukan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti), dan menentukan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti sama ada di makmal sains/bilik sains atau di luar bilik darjah. Perancangan mengajar memberi kelebihan dan manfaat berikut: i. menggambarkan dan menyediakan diri untuk sebarang aktiviti pengajaran yang hendak ditekankan dan bagaimana menyusun langkah-langkah secara berkesan; ii. mengelakkan perancangan segera atau tanpa persediaan, yang mana, kerana kurang asas yang baik, selalunya menghasilkan pengajaran yang lemah; iii. untuk rujukan pada masa depan, bagi memperkukuh kekuatan dan menambah baik kelemahan yang dikesan dalam perancangan sebelumnya; 6 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS iv. mendapat rasa hormat daripada murid kerana guru membuat persediaan mengajar; dan

v. memastikan kepaduan kandungan yang hendak diajar. 1.4.1.2 mengajar dengan berkesan. Pengajaran yang menekankan teaching the test dan bergantung pada buku teks akan menyebabkan murid mengalami defisit terkumpul bagi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran penting (kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir) yang dihasratkan dalam pembelajaran sains. Kaedah dan strategi pengajaran yang disarankan dalam huraian sukatan pelajaran/ standard kandungan hendaklah dilaksanakan. 1.4.1.3 meningkatkan pengetahuan. Semua guru sains perlu berusaha mencari dan menambah ilmu melalui pelbagai sumber terutama melalui kemudahan ICT. 1.5 Kebergunaan Makmal Sains/ Bilik Sains 1.5.1 Sains adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Sesuai dengan status tersebut, makmal sains disediakan di sekolah menengah dengan kelengkapan seperti radas, peralatan dan bahan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains. Di sekolah rendah, bilik sains disediakan di samping sekolah digalakkan mengubah suai bilik untuk menjalankan aktiviti makmal bagi pembelajaran sains di samping menyimpan bahan dan peralatan sains. 1.5.2 Pembangunan modal insan dalam bidang sains dan teknologi direalisasikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi fokus kepada aspek-aspek berikut: i. membantu murid menjadi pemikir yang aktif; ii. menggalakkan pemahaman saintifik yang mendalam; iii. menggalakkan penyertaan maksimum dalam pembelajaran; dan iv. menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkualiti. 1.5.3 Makmal sains/ bilik sains yang dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi pelaksanaan aktiviti yang mungkin membantu murid mencapai hasil/ standard pembelajaran yang telah ditetapkan. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 7

1.5.4 Aktiviti makmal menyediakan peluang bagi murid berinteraksi secara terus dengan bahan semula jadi, menggunakan peralatan yang bersesuaian, teknik pengumpulan data, model, konsep, prinsip serta teori dalam sains. Matlamat pembelajaran sains yang boleh dicapai melalui aktiviti makmal termasuk: i. mempertingkatkan masteri kandungan pembelajaran; ii. memperkembangkan pemikiran saintifik; iii. memahami kompleksiti dan kesamaran kerja empirik; iv. memperkembangkan kemahiran praktik; v. memahami sifat-sifat sains; vi. memupuk minat dalam sains; vii. memupuk minat dalam pembelajaran sains; dan viii. memperkembangkan kemampuan kerja berkumpulan. 1.5.5 Aktiviti makmal dapat memperkembangkan keupayaan intelek dan kemahiran saintifik murid melalui interaksi otak, tangan, mata, telinga dan hidung. Bagi memastikan murid mencapai matlamat ini, guru hendaklah menyediakan pengalaman pembelajaran berasaskan hands on, minds on melalui pendekatan dan kaedah yang telah dicadangkan. Di samping itu, guru juga perlu mengenal pasti peralatan, bahan dan persekitaran yang sesuai sama ada makmal sains/ bilik sains, kawasan sekitar sekolah mahupun di luar sekolah. Konsep pembelajaran di luar bilik darjah (PLBD) hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya sesuai dengan hasil/ standard pembelajaran yang hendak dicapai. 1.5.6 Mengajar sains secara berkesan adalah sukar tetapi ia boleh mendatangkan kepuasan apabila murid berjaya mencapai ilmu dan kemahiran yang dihasratkan hasil daripada usaha guru. Walau bagaimanapun, jika murid bekerja keras tetapi gagal dalam pembelajaran, guru harus bertanggungjawab ke atasnya. 1.5.7 Walaupun guru berasa terbeban dengan perancangan dan persediaan pengajaran sains yang rapi, namun murid akan melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan lagi bermakna berbanding kaedah pengajaran chalk and talk, menggunakan buku teks semata-mata atau teaching the test. 8 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

1.5.8 Makmal sains/ bilik sains bukan sahaja dijadikan wahana untuk pengajaran dan pembelajaran sains tetapi juga sebagai wahana untuk melicinkan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) dan pentaksiran berasaskan sekolah. 1.5.9 Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan makmal sains, kemudahan, peralatan dan bahan bagi menyokong pelaksanaan pendidikan sains di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan secara optimum. 1.6 Peranan dan Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar 1.6.1 Pengetua/ guru besar mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum sains sebagaimana yang telah dirancang. Peranan dan tanggungjawab ini adalah untuk melahirkan modal insan yang berbekalkan keupayaan intelek dan kemahiran saintifik bagi menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Sekolah seharusnya dapat menyahut permintaan tenaga kerja daripada sektor awam dan juga sektor swasta. Sebagai contoh, industri bioteknologi negara yang dijangka berkembang dengan begitu pesat dengan pulangan berbilion ringgit menghadapi masalah dalam mendapatkan tenaga kerja mahir/ profesional untuk memacu kemajuan dan perkembangannya. Akibatnya, negara akan ketinggalan dalam persaingan dengan negara-negara lain, dan seterusnya menjejaskan pembangunan ekonomi negara. 1.6.2 Fungsi Pengetua/ guru besar sebagai pengurus kurikulum telah diperjelaskan dalam dokumen bertajuk Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia terbitan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 9