KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD

dokumen-dokumen yang mirip
LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN


PEPERIKSAAN PRASPM 2013

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak


Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Penyajian Tulisan MINGGU 13 (SAMB.)

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Bahasa Malaysia (910)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

MAKLUMAT KURIKULUM DARJAH 5. Cikgu Sharifah Maznah

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Kertas 1 BAHASA MELAYU TAHUN Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahaglan 8. Dua jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

WD1113 : Metodologi Kajian Ilmiah Minggu 6

SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1

2011

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Model Pengurusan Strategik

PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA DAN LAPORAN SERTA PORTFOLIO

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Mengenai Kempen Penyertaan Semua Untuk Kemalangan Sifar

Penulisan Ekspositori

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

Transkripsi:

KARANGAN EKSPOSITORI mohamed naim daipi

KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD 2

Azhar Hamid (2001) Menulis merupakan satu proses yang dinamik. ik Menulis melibatkan kemahiran menaakul, membaca, mengumpul fakta, menilai, i memilih dan membina hujah. h Justeru itu menulis memerlukan latihan, pendedahan, d dan minat yang konsisten agar seseorang itu mampu menghasilkan sebuah wacana yang bermutu. 3

Anda perlu berfikir sebelum anda menulis. Anda menulis setelah anda memahami apa yang anda fikir. Sama jugalah halnya anda berfikir sebelum anda berkata-kata. 4

KARANGAN JENIS EKSPOSITORI Fakta Ciri-ciri Cara-cara Kesan-kesan Bukan naratif ataupun deskriptif 5

Mengapa tulis karangan jenis ekspositori? Tidak pandai menggunakan bahasa berbungab Lebih selesa menggunakan laras bahasa formal. Bagi mereka yang sukar untuk memikirkan plot yang menarik dalam masa yang singkat 6

Soalan-soalan karangan ekspositori kertas GCE O tahun-tahun lepas Cara-cara menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar. Pada pendapat kamu, apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang pelajar contoh? Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap di negara lain. 7

Memahami Tajuk Baca tajuk karangan dengan teliti dan cuba fahami kehendak soalan. 8

Komponen penting dalam ekspositori KARANGAN PENDAHULUAN ISI PENUTUP 9

Mengumpulkan idea Fikirkan dan catat idea-idea Kumpulkan maklumat Pilih isi yang sesuai mengikut kehendak soalan 10

Susun isi mengikut pentingnya isi tersebut dengan kehendak soalan Setiap isi yang dikemukakan perlu dihuraikan dengan contoh-contoh yang konkrit dan kukuh 11

Semak lakaran isi dan perincian yang telah dipilih dan disusun itu. Gunakanlah peta minda atau penyusun grafik yang sesuai untuk kamu menyusun idea. 12

Pendahuluan Gambaran awal tentang apa yang ingin disampaikan. Pelajar harus mengaitkan pendahuluan karangan perbincangan dengan tajuk soalan. Oleh itu, bahagian ini dianggap penting. 13

Apabila menulis, mulakan dengan pendahuluan yang menarik agar dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca karangan itu hingga akhir. Bahagian pengenalan boleh dimulakan dengan unsur-unsur menarik seperti pantun, madah, peribahasa, persoalan, tukilan, dan data. 14

Terdapat tujuh jenis pendahuluan yang digunakan dalam penulisan karangan perbincangan 15

GABUNGAN FAKTA PENDAPAT PERBINCANGAN JENIS-JENIS PENDAHULUAN PERIBAHASA LATAR BELAKANG ATAU SEJARAH SUASANA 16

Pendahuluan Jenis Fakta Pelajar memberikan takrif, makna atau definisi tentang sesuatu tajuk.

Contoh Konsep kesihatan meliputi aspek yang luas. Menurut apa yang dipersetujui semasa Persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama pada tahun 1948, anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), kesihatan bermakna sihat dari aspek fizikal, mental dan sosial, bukan sekadar bebas daripada penyakit, kecacatan atau kecederaan. Kini konsep kesihatan bukan sahaja melibatkan aspek fizikal mental dan sosial tetapi juga merangkumi emosi dan rohani. 18

Pendahuluan Jenis Pendapat Pendahuluan jenis ini memuatkan pendapat seseorang tokoh, pujangga atau pendapat masyarakat umum tentang sesuatu isu. 19

Contoh Kata pujangga, Harga atau nilai i kesihatan, tidak diketahui kecuali orang-orang yang sakit. Ini kerana kesihatan yang hilang belum tentu boleh direbut kembali dengan ubatubatan yang mampu dibeli dengan wang ringgit yang banyak. Dalam mengejar impian kehidupan gaya moden yang penuh kemewahan, ramai yang terlupa bahawa kesihatan yang sempurna merupakan suatu kekayaan. 20

Pendahuluan jenis peribahasa Pendahuluan jenis ini memuatkan sekurang-kurangnya satu atau lebih peribahasa atau kata-kata hikmah yang sesuai dengan kehendak soalan. 21

Contoh Kekayaan dan kemewahan belum tentu dapat menjamin kebahagiaan hidup. Pepatah Melayu ada mengatakan orang yang bertanam pokok nyiur tak tentu ia dapat memakan buahnya. Ini adalah kerana orang yang menghimpunkan harta benda itu adakalanya tiada berfaedah bagi dirinya, lebih-lebih lagi jika ia tiada beroleh kesihatan. 22

Pendahuluan jenis suasana Pendahuluan jenis ini menggambarkan sesuatu tajuk melalui suasana dan gambaran yang sesuai dan nyata. 23

Contoh Di pintu masuk pejabat, jelas tertera waktu pejabat telah lama berakhir. Namun, masih ramai lagi pekerja yang sibuk bekerja lebih waktu. Ramai orang yang mengabaikan kesihatan sendiri dan terus bekerja, tanpa mempedulikan waktu dan rehat. Anehnya, kadang kala wang yang dikumpulkan itu terpaksa dihabiskan di klinik ik rawatan kerana mereka jatuh sakit atau mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan. Begitulah gambaran kehidupan hari ini. Dalam kesibukan mencari kesenangan material, ramai orang terlupa peri pentingnya kesihatan. 24

Pendahuluan jenis latar belakang/sejarah Pendahuluan jenis ini menggariskan latar belakang atau mengaitkan sesuatu peristiwa yang berlaku dahulu dengan tajuk. 25

Contoh Pemerintah Singapura telah melancarkan kempen Gaya Hidup Sihat Kebangsaan pada tahun 1992 demi memastikan seluruh masyarakat hidup dalam keadaan sihat, cergas, bertenaga dan berdaya maju. Lembaga Penggalak Kesihatan Singapura telah mengambil pendekatan berbilang matlamat, termasuk mewujudkan sokongan masyarakat dan sekitaran fizikal, untuk merangsang orang ramai supaya mengamalkan kehidupan yang sihat. Langkah pemerintah menunjukkan bahawa asas kemakmuran negara ini bergantung kepada tenaga kerjanya yang sihat dan berdaya maju. 26

Pendahuluan jenis perbincangan Untuk menulis pendahuluan jenis ini, pelajar perlu mengemukakan beberapa ayat tanya, sama ada berjawab atau tidak, yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. 27

Contoh Setiap orang mempunyai banyak keinginan dan kemahuan di dunia ini. Antaranya, kuasa, kedudukan, kecantikan dan kemewahan. Sekiranya kita akan dikurniakan hanya satu permintaan, apakah yang akan kita minta? Jika kita harus memilih antara kesihatan dan kemewahan,,yang manakah yang akan kita pilih? Bagaimanakah harus kita mempertimbangkannya? Persoalannya, apakah yang kita anggap lebih penting bagi diri kita kesihatan atau kemewahan? 28

Pendahuluan jenis gabungan Pelajar menggabungkan dua jenis pendahuluan, misalnya fakta dan perbincangan. 29

Contoh Konsep kesihatan bukan sahaja sekadar bebas daripada penyakit, kecacatan atau kecederaan tetapi melibatkan aspek fizikal mental, emosi, rohani dan sosial. Kemewahan pula lebih merupakan sesuatu yang meterial seperti wang ringgit dan harta benda yang banyak biasanya dikaitkan dengan status. Jika kita harus memlih antara kesihatan dan kemewahan, yang manakah yang akan kita pilih? Bagaimanakah harus kita mempertimbangkannya? Persoalannya, apakah yang kita anggap lebih penting bagi diri kita kesihatan atau kemewahan? 30

Pemilihan perkataan Pemilihan kata yang baik mempengaruhi hasil sesebuah penulisan. Anda mestilah mengatur buah fikiran anda dan meletakkannya pada tempat yang betul. 31

PEMERENGGANAN KARANGAN Permulaan perenggan baru Masih ramai pelajar yang memulakan perenggan yang baru secara sewenangwenangnya. Sepatutnya, perenggan yang baru dimulakan jika berlaku: peralihan dari satu isi kepada satu isi yang baru perubahan kepada situasi yang dibincangkan perubahan kepada pendekatan (baik lawan buruk) 32

Perenggan yang bermutu ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencukupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami. 33

Tiap-tiap perenggan hendaklah mengandungi satu idea sahaja. Perenggan disusun mengikut jalinan idea. Jika ada idea yang perlu dijelaskan dengan panjang lebar dalam satu perenggan, pecahkan perenggan itu kepada dua atau tiga perenggan yang lebih pendek. 34

Sesebuah perenggan memperkembangkan satu idea. Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perkembangan daripada satu perenggan ke satu perenggan yang lain hendaklah dilakukan secara sistematik dan logik supaya terlihat pertalian antara idea dan isi tersebut. 35

Susunan isi dalam perenggan Untuk sesuatu perenggan menjadi jelas, mestilah terdapat t 3 komponen: Ayat topik (idea utama) Isi atau hujah Ayat kesimpulan 36

Pernyataan yang paling umum dalam sesuatu perenggan dikenali sebagai ayat topik. Kedudukan ayat topik: awal perenggan akhir perenggan tengah perenggan awal dan akhir perenggan 37

Isi penting (Ayat judul Idea utama) Huraian Isi (Ayat Huraian Penjelasan) Contoh-contoh (Ayat Bukti pengukuhan)

Huraian Isi (Ayat Huraian Penjelasan) Isi Penting (Ayat Judul Idea Utama) Contoh-contohnya (Ayat Bukti Pengukuhan) 39

Isi penting (Ayat judul Idea Utama) Huraian Isi (Ayat Huraian penjelasan) Contoh-contoh (Ayat Bukti Pengukuhan) Isi penting (Pengulangan dengan memparafrasa) 40

Tumpuan keseluruhan isi mestilah berfokus kepada tajuk. Setiap isi yang diketengahkan haruslah mantap, tepat dan disusun rapi serta berkesinambungan. 41

Kejelasan Perenggan yang jelas memberi makna penulisan idea yang terang, nyata dan mudah difahami. Oleh sebab perenggan mempunyai tujuan yang tertentu, maka ayat topik mestilah diperkembangkan dengan cara yang dapat difahami i oleh pembaca. Kejelasan dapat dihasilkan melalui ayat-ayat yang tepat dan tidak meleret-leret. 42

Isi karangan Pastikan perenggan-perenggan kamu dapat merangkumi keseluruhan tajuk Kamu harus memperhatikan tiga perkara dalam setiap perenggan, iaitu kesatuan idea, urutan idea, dan penonjolan idea utama agar peralihan idea berlaku secara lancar. 43

Tautan dalam perenggan atau di antara perenggan Kata penanda wacana merupakan kata atau rangkai kata yang menjadi jambatan atau penghubung idea dalam penulisan untuk menghasilkan penceritaan yang lebih jelas. Kekata itu menjadi penanda kepada pembaca bahawa pelajar/penulis li sedang membuat perbandingan, membuat kesimpulan, memberi contoh, menunjukkan urutan masa, dan sebagainya. 44

Dalam bahasa Melayu, kita dapat membahagikan kata penanda wacana kepada beberapa kategori berdasarkan fungsinya. 45

Penanda akibat dengan demikian, oleh itu, sebagai akibatnya, jadi, lantas, justeru, lantaran itu 46

Penanda contoh atau ilustrasi umpamanya, khususnya, terutamanya, seperti kata yakni, misalnya, contohnya 47

Penanda keterangan atau penjelasan dengan kata lain, ringkasnya, tegasnya, sebenarnya, jelaslah bahawa, seperti mana yang diketahui, yakni, iaitu 48

Penanda tambahan selain itu, lagi pun, juga,, apatah lagi, g, malahan, malah, bahkan, tambahan pula, tambahan lagi 49

Penanda masa/ waktu dan urutan pertamanya, keduanya, kemudian, kini, sekarang, lazimnya, keesokannya, k pada masa itu, selepas itu, pada ketika itu, seterusnya, pada masa sekarang ini, i beralih ke hujah selanjutnya, bertolak dari situ. berikutnya, selanjutnya, sebagai lanjutannya, sebagai lanjutan daripadanya, lantas 50

Penanda sebaliknya/ Perbandingan alternatif namun demikian, walau bagaimanapun, sebaliknya, tetapi, namun, jika tidak sungguhpun, meskipun, biarpun, sekalipun, sungguhpun demikian, walaupun begitu 51

Penanda perbandingan Sebagai perbandingan, demikian juga dengan Khusus: Khususnya, khasnya, lebih-lebih lagi, terutamanya, apatah lagi Andaian: Nampaknya, pada jangkaan 52

Pernyataan pendapat atau fikiran Pada pandangan, pada hemat, pada perkiraan, sepatutnya, t sebaiknya, seharusnya, setidak-tidaknya tidaknya 53

Kepastian atau kebenaran sebagai penegasan Sesungguhnya, pada hakikatnya, pada kenyataannya, tidak dapat tidak, pastinya, secara pasti 54

Lain-lain i Dalam hal ini, dalam pada itu, dalam perkara ini, dalam hubungan ini, sehubungan dengan itu/ini, di samping itu, dengan itu/ini, betapa pun, walau apa pun, walau au bagaimanapun, a apu seperkara lagi 55

Penanda kesimpulan akhirnya, kesimpulannya, ringkasnya, pada keseluruhannya, natijahnya, rumusannya, kesannya, hasilnya, akibatnya, pada hakikatnya, pendek kata, dengan dalam perkataan lain, apatah lagi, sebagai penutup, 56

Kesinambungan Kesinambungan ibarat jambatan tempat pembaca berjalan. Kalau jambatannya bengkang-bengkok, bengkok atau pun patah, tentulah pembaca akan hilang panduan. Sekiranya penulis sudah hampir kepada penghujung penulisannya, sedarkan pembaca akan kedudukan tersebut. Maksudnya, pembaca bukan sahaja dapat menangkap maksud anda pada permulaan karangan ekspositori anda, tetapi juga berasa puas hati setelah tamat membacanya. 57

Penutup Karangan Sesebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada penutup atau kesimpulan. Akhiri karangan kamu dengan merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan tentang t tajuk atau soalan. 58

Penutup karangan Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan. Penutup juga mencerminkan sikap dan pandangan pelajar/penulis terhadap tajuk. Oleh itu, penutup harus dirancang dengan teliti. Elakkan daripada mengakhiri karangan secara mendadak. 59

Perenggan kesimpulan perlu mengandungi perkara-perkara berikut : Kesimpulan/Rumusan Cadangan Harapan Pendirian/Penegasan 60

Aspek-aspek penting Pastikan ia mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan tentang t sesuatu perkara yang berasaskan fakta- fakta benar. Unsur humor tidak digalakkan dalam penulisan jenis ekspositori. 61

Idea yang disampaikan harus berurutan dan berkaitan serta beruntutan dengan hujah kamu. Pilihlah h kosa kata yang sesuai dan tepat untuk sesuatu idea, mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan. 62

SEKIAN TERIMA KASIH SEMOGA BERJAYA 63