UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

dokumen-dokumen yang mirip
Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Empat 2002

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Lima

Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Lima

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Empat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN SAINS TAHUN 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KSSR SAINS TAHUN 4 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KSSR SAINS TAHUN 4

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sains. Tingkatan 1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 4 (KSSR)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 1

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 6 (KSSR)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN SAINS TAHUN 5

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH. Sains. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Tingkatan 1

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

PBS DUNIA SAINS & TEKNOLOGI TAHUN 3 ( BUKU AKTIVITI )

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 5 (KSSR) MINGGU

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

RANCANGAN PEMBELAJARAN & PENGAJARAN TAHUNAN BERFOKUS (RPPTB) SAINS TAHUN

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 6 (KSSR)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 4 (KSSR)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SAINS TAHUN EMPAT

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

FU: 4.3 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KEMAHIRAN MENULIS)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 5 (KSSR)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

GEOGRAFI TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Teknologi Pengajaran (2 jam)

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun :3 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Ibadah) 2. Kelas 3 Maju 3. Tarikh/Hari 17 Jamadilawal 1436

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS HJ SHA'ARI HJ OMAR KJ SAINS IPG KOTA BHARU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Menengah Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

Transkripsi:

15 UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menjelaskan maksud kurikuum 2. Menghuraikan maksud pembelajaran sains 3. Menganalisis keperluan kurikulum sains sekolah rendah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 4. Mengenalpasti persamaan kandungan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan luar negara 5. Mereka bentuk rancangan pengajaran sains sekolah rendah PENGENALAN Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul dari usaha manusia untuk hidup. Manusia mencari pengetahuan baru sejajar dengan kepentingan dengan kehidupannya. Anugerah Allah pencipta manusia memberi akal fikiran kepada manusia untuk memikirkan bahawa kehidupan mereka dibumi ini wajar diteruskan sebaik mungkin. Dengan kewajaran meneruskan kehidupan tersebut maka tiada jalan lain yang difikirkan oleh manusia adalah menyediakan segala keperluan yang sesuai dengan kehendak mereka. Fikiran ini di bentuk berasaskan kepada pemikiran sains. Pemikiran sains atau usaha membina pengetahuan sains terbina dari dari kaedah iaitu secara belajar dengan alam dan menerusi pengajaran langsung. Dengan itu kursus ini mengutamakan pembentukan pengetahuan sains dari sumber pengajaran langsung. Pengajaran langsung bermaksud pengajaran yang terbina berasaskan pembentukan kurikulum dan menerusi aktiviti persekolahan formal seperti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

16 ISI KANDUNGAN Pengajaran dan pembelajaran sains Kajian alam yang mencetuskan idea kepada manusia membentuk ilmu yang dikenali sains. Sains bidang mengenai kefahaman tentang hukum dan konsep tertentu yang mempunyai aturan dan hubung kait tertentu. Dengan ini menjadikan sains adalah satu yang kompleks. Keadaan ini menimbulkan usaha para guru atau penyelidik pendidikan sains untuk menjadi pengajaran sains mudah dan menarik dalam penyampaian kefahaman konsep mengenai sains kepada pelajar. Dengan itu pengajaran sains melibatkan pengajaran guru, pembelajaran pelajar dan kurikulum sains. Pengajaran adalah aktiviti penyampaian ilmu yang menjadi tugas para guru. Guru terlatih mempunyai kemahiran professional yang berupaya mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran sains dengan kaedah pengajaran. Dua perkara penting di sini adalah penguasaan ilmu sains dan kaedah pengajaran. Apakah yang dimaksud dengan pengajaran guru? Apakah yang dimaksud dengan pembelajaran murid? Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran sains? Pembelajaran akan memberi makna kepada pelajar sekira dijalankan secara aktif. Dalam hal ini peranan pelajar hendaklah diaktifkan dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran. Teori kontruktivisme amat menekan kepada pembinaan pengetahuan menerusi peranan individu khususnya pelajar dalam membina makna kepada pengetahuan baru secara penglibatan aktif. Satu prinsip yang kerap diberi penekanan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan latar,pengalaman tertantu yang perlu dikaitkan dengan pembinaan pengetahuan baru. Mereka bukan umpama tin kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan. Pengalaman bermakna kepada pelajar memerlukan perancangan yang teliti supaya dapat melibatkan pelajar secara aktif.

17 Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh melibatkan pelajar secara aktif? Senaraikan sekurangnya tiga aktiviti tersebut. Apakah yang dimaksud dengan kurikulum? Kurikulum Sains Sekolah Rendah Bagi tujuan perbincangan maka di bawah subtopik ini dipaparkan sebahagian petikan dari dokumen Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2003. Bahan ini boleh diakses di http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=190&itemid= Namun begitu bermula tahun 2010 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Anda hendaklah mendapatkan dokumen ini. Namun sebahagian petikannya dipaparkan kepada anda.

18 Apakah matlamat kurikulum Sains sekolah rendah? Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam. Apakah objektif kurikulum sains sekolah rendah? Kurikulum Sains untuk sekolah rendah membolehkan murid: 1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. 2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling. 3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah. 4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. 5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.

19 6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. 8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi. 9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup. 11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat. Apakah kemahiran-kemahiran nilai yang ingin diterapkan menerusi kurikulum ini? Merujuk dokumen kurikulum tersebut, kemahiran yang ingin diterapkan adalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah diutamakan dan digunakan dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan, projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Proses Sains? Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti yang berikut: Kemahiran Proses Sains Penerangan

20 Memerhatikan Mengelaskan Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Berkomunikasi Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan Data Mendefinisikan secara operasi Mengawal pembolehubah Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bauuntuk mengumpulkan maklumat tentangobjek dan fenomena. Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan cirri atau sifat sepunya. Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz,isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa. Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan. Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu

21 perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara yang berikut: a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. b) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. c) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. d) Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. e) Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Berfikir? Dokumen tersebut menyatakan bahawa berfikir merupakan proses menggerakkan minda secara sedar untuk mencapahkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan memberi makna kepada kehidupan sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai dengan menekankan aktiviti pembelajaran secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancangkan wajar mampu mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.

22 Kemahiran Berfikir Kritis Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir Kritis Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu. Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan buktiatau dalil yang sah. Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan

23 Apakah perkaitan kemahiran proses sains dengan kemahiran berfikir? Dalam dokumen tersebut menjelaskan bahawa kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran berfikir menggalakkan minda seseorang murid untuk berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir menjamin keupayaan pembelajaran yang lebih berkesan. Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir Pembelajaran Berkesan Jadual di bawah dipaparkan perkaitan di antara Kemahiran Proses Sains dengan Kemahiran Berfikir yang boleh dijadikan panduan bertujuan memberi impak kepada pembelajaran. Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir Memerhatikan Mengelaskan Mengukur dan menggunakan nombor Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Membuat inferens Menghubungkaitkan

24 Membandingkan dan membezakan Menganalisis Membuat inferens Meramalkan Menggunakan perhubungan ruang dan masa Menghubungkaitkan Membuat gambaran mental Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Mentafsirkan data Mendefinisi secara operasi Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen Berkomunikasi Membandingkan dan membezakan Menganalisis Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan Menilai Menghubungkaitkan Menganalogikan Membuat gambaran mental Menganalisis Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Menganalisis Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjanakan idea Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan Semua kemahiran berfikir Semua kemahiran berfikir

25 Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan kemahiran-kemahiran tersebut? Dokumen tersebut turut memberi gambaran bagaimana pelaksanaan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan meneliti kepada hasil pembelajaran sesuatu topik dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian. Petikan berikut akan menjadi panduan. Pengajaran dan Pembelajaran yang berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik Merujuk dokumen kurikulum tersebut telah menjelaskan bahawa kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasaan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murnidan sikap saintifik. Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang memberteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta penerangannya. Contoh 1: Hasil Pembelajaran Membandingkan dan membezakan haiwan berdasarkan cirri Kemahiran Berfikir Membandingkan dan membezakan Penerangan: Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang kepelbagaian, persamaan dan perbezaan ciri haiwan dipelajari melalui aktiviti membandingkan dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang ciri haiwan.

26 Contoh 2: Hasil Pembelajaran Mengawal pemboleh ubah untuk mengkaji faktor yang menyebabkan pengaratan. Kemahiran Proses Sains Mengawal pemboleh ubah Penerangan: Sebelum hasil pembelajaran ini, murid telah membuat membuat pemerhatian, membuat inferens, membuat hipotesis dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan pengaratan. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan ini, murid perlu berpandukan hipotesis yang telah dibuat, menentukan apakah pemboleh ubah yang terlibat, pemboleh ubah mana yang perlu dimanipulasikan dan pemboleh ubah mana yang perlu diukur. Contohnya pemboleh ubah yang perlu dimanipulasikan adalah kehadiran air manakala pemboleh ubah bergerak balas adalah karat yang diperhatikan. Kandungan kurikulum sains sekolah rendah Anda diminta menyemak dokumen tersebut. Modul ini perlu dibaca bersama dengan kurikulum sains sekolah rendah yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah. Kandungan pengetahuan mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4, 5 dan 6 dalam lima tema seperti berikut: Menyiasat Alam Kehidupan Menyiasat Alam Fizikal Menyiasat Alam Bahan Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Menyiasat Dunia Teknologi Bandingkan dengan kurikulum sains sekolah rendah luar negara Anda wajar membuat perbandingan kurikulum negara kita dengan luar negara. Saya percaya boleh melakunya dengan menggunakan Internet. Namun sebagai contoh bandingkan dengan mencari persamaan kurikulum dari UK yang boleh diakses di laman:

27 http://www.cie.org.uk/docs/qualifications/cipp/primarycheckpoint/primary%20science%20curric ulum%20framework.pdf. Sebahagiannya dipetik sebagaimana di bawah:

28 Contoh kedua kuriklum sains sekolah rendah adalah boleh dirujuk di http://www.ncca.ie/uploadedfiles/curriculum/intro_eng.pdf Sebahagian petikannya dipaparkan di bawah: Sediakan satu rancangan pengajaran sains sekolah rendah. Lihat contoh di bawah sebagai panduan penghasilan RPH. Mata Pelajaran Tingkatan : Sains : 6H

29 Bilangan Murid : 40/40 orang Tarikh : 14 September 2011 Masa Tajuk Isi Kandungan : 7.45 8.45 Pagi (60 minit) : Pelangi : i) Fenomena Sains Pembentukan Pelangi Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengetahui secara umum tentang fenomena pelangi Objektif Hasil Pembelajaran : Mengajar berkenaan fenomena pembentukan pelangi : Pada akhir pembelajaran pelajar diharap dapat: 1) Menyatakkan kombinasi spektrum cahaya 2) Menyatakan proses pembentukan pelangi 3) Menentukan posisi yang tepat untuk mengamati pelangi Kaedah Nilai ABM : Menerang, mencatat, perbincangan dan nyayian : Mencintai alam sejagat, bertanggungjawab, kagum ciptaan tuhan : Buku rujukan, laptop, LCD, bahan internet, kertas mahjong, pen marker LANGKAH/ MASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN SET INDUKSI (5 minit) Guru menayangkan video selama 5 minit. Pelajar melihat tayangan video yang dipaparkan oleh guru. Guru menyoal pelajar berkenaan dengan video yang ditayangkan ABM: Video http://youtu.be/rz sdqy2prpa Laptop

30 iaitu: Soalan - Apakah yang anda faham berkenaan dengan fenomena yang ditayangkan sebentar tadi? Pelajar menjawab berdasarkan pengetahuan masing-masing. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pengajaran pada hari ini. Kemahiran proses sains Memerhati Kemahiran Berfikir Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan LANGKAH 1 (5 minit) Pengenalan spektrum Cahaya Guru menayangkan slide spektrum cahaya. Guru menerangkan kepada pelajar spektrum cahaya terdiri daripada 7 warna iaitu merah,jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu ABM: Tayangan slide http://en.wikipedia.org/wiki/rainbow Pelajar mendengar penerangan guru. Kemahiran: Memahami Kaedah: LANGKAH 2 (35 minit) Proses pembentuka n pelangi Guru membawa murid-murid ke padang sekolah untuk membuat simulasi pembentukan pelangi. Murid dibahagi kepada 4 kumpulan dan diberi senarai arahan aktiviti untuk memancutkan air mengikut posisi yang diminta oleh guru. Kumpulan A -matahari berada di sisi kiri, murid pancut air di bahagian tengah. Kumpulan B -matahari berada di sisi kanan, murid pancut air di bahagian Menerang ABM: Kertas arahan aktiviti Water hose Kaedah: Menerang Perbincangan Kemahiran: Konstruktivism Memahami

31 tengah. Kumpulan C -matahari berada di belakang, murid pancut air ke hadapan. Kumpulan D -matahari berada di depan, murid pancut air menghadap cahaya matahari. Mencatat Mengumpul maklumat Kerjasama antara ahli Membuat inferen Pembentangan Murid diminta untuk memerhatikan dan mencatat kejadian yang berlaku semasa dan selepas pancutan air. Murid berbincang dalam kumpulan berkenaan topik yang ditugaskan. Guru mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. Wakil pelajar tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masingmasing. LANGKAH 3 (10 minit) Posisi pengamatan terbaik pelangi Guru membawa murid balik ke kelas dan menayangkan slide yang menunjukkan proses pembentukan pelangi untuk aktiviti pengukuhan. ABM: Laptop Wakil murid diminta untuk menerangkan hasil dapatan daripada pemerhatian aktiviti kumpulan berdasarkan pemahaman daripada slide yang telah ditayangkan Kaedah: Memerhati Soal jawab Kemahiran: Mengumpul maklumat

32 PENUTUP (5minit) Rumusan dan penerapan nilai Guru merumuskan topik pelajaran mengulang semula topik yang telah dipelajari hari ini secara ringkas. ABM: Murid diminta menyanyikan lagu Pelangi bersama-sama, untuk menerapkan nilai bersama bahawa kagum dengan ciptaan tuhan. http://youtu.be/d--bdphojlg Laptop Internet Kaedah: Nyanyian RPH ini diubahsuai dari kerja kursus pelajar KRN 1013, Ee dan Pang. Refleksi: PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah yang dimaksud kurikulum? 2. Huraikan maksud pembelajaran sains 3. Jelaskan kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran kurikulum sains sekolah rendah 4. Dengan bantuan internet, beri ulasan anda mengenai persamaan dan perbezaan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan kurikulum sains mana-mana negara lain. 5. Sediakan rancangan pengajaran sains bagi satu topik untuk tempoh 40 minit.

33