MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

dokumen-dokumen yang mirip
MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

LAPORAN PENYELIDIKAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEBERKESANAN PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN KOMPENAN KEMAHIRAN HIDUP (SAINS PERTANIAN) DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PONTIAN BERDASARKAN MODEL KIPP

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

LAPORAN AKHIR PROGRAM LATIHAN MENGAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

Isi Kandungan Laporan Akhir ROS

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN KETUA JURUAUDIT AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR ISO 14001:2004 TAHUN 2015

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

vvvvvvvvvv MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEPANDU SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO KALI PERTAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

BAB 14 AUDIT DALAMAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENGGUNAAN KAD JAHIT BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN JAHITAN ASAS Batu Pahat, Johor, Malaysia

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

M$T H r, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II sesr 20ru20r2 SULIT SULIT NAMA KURSUS. BBD t0302

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

LAPORAN AKHIR LATIHAN MENGAJAR

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

Katakunci : mata pelajaran vokasional

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PK10 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT LAPORAN ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN SUKU TAHUN KEDUA 2015

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

ANALISIS KEPADA HASIL LAPORAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2008

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SESI 2010/2011

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KEBERKESANAN KEM BAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI DAN KEYAKINAN PELAJAR

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

Katakunci : aplikasi kerja amali, elemen ekinomi rumah tangga, kehidupan seharian

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

Transkripsi:

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS) HAISA BINTI OSMAN 1 & MOHD NOOR BIN HASHIM 2 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia PS 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. emel: 1 haisaosman@yahoo.com & 2 mohdnoor@uthm.edu.my ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan amalan keselamatan dalam kalangan murid SMK Elopura Sandakan ketika berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) menggunakan konsep REA (Risks, Effects, & Acts). Konsep ini diketengahkan kerana salah satu punca kemalangan adalah pengabaian amalan keselamatan (Minghat, A. D. & Pandin, I., 2010). Manakala, pengabaian amalan keselamatan pula berpunca daripada kurangnya pengetahuan terhadap risiko hazard, kesan kemalangan, dan langkah selepas berlakunya kemalangan (Rahman, A. M. A. & Wahab, A. M. Z., 2010). Kajian ini menggunakan dua kumpulan sebagai sampel. Kumpulan pertama iaitu kumpulan A terdiri daripada 10 orang murid yang menjadi kumpulan sampel kajian. Manakala, kumpulan kedua iaitu kumpulan B merupakan kumpulan sampel yang dikawal juga terdiri daripada 10 orang murid. Sampel kajian adalah murid tingkatan 3. Konsep REA dilaksanakan ke atas kumpulan A. Data dikumpul berdasarkan bilangan amalan keselamatan yang berjaya dilaksanakan oleh setiap sampel kajian selepas pelaksanaan konsep REA. Amalan keselamatan yang diuji dalam ujian pra dan ujian pos adalah keselamatan dalam bengkel, keselamatan bahan dan alatan, dan kesedaran terhadap risiko hazard persekitaran dengan jumlah soalan sebanyak 40. Bagi meningkatkan kebolehpercayaan skor sampel, pemerhatian dijalankan. Hasil tinjauan mendapati murid yang diterapkan konsep REA, iaitu Kumpulan A menunjukkan peningkatan mengamalan aspek keselamatan di dalam bengkel KHB sekolah. Kata Kunci : Risiko, Hazard, kemalangan.

1.0 Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di SMK Elopura Sandakan menawarkan hanya dua pilihan bahagian elektif kepada para pelajar. Elektif yang ditawarkan ialah Pilihan Pertama iaitu Kemahiran Teknikal dan Pilihan Keempat iaitu Perdagangan dan Keusahawanan. Memandangkan mata pelajaran KHB wajib diduduki dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), semua murid tingkatan 1 hingga 3 mengambil mata pelajaran ini. Di sekolah ini, tiga kelas diperuntukkan untuk mengambil pilihan Perdagangan dan Keusahawanan dan lima lagi tingkatan mengambil pilihan Kemahiran Teknikal. Lima tingkatan yang diperuntukkan untuk mengambil pilihan Kemahiran Teknikal adalah terdiri daripada tingkatan 3.4 hingga 3.8 yang berada pada kedudukan kelima hingga kelapan pada susunan pencapaian akademik seluruh tingkatan. Bengkel KHB sekolah ini terbahagi kepada bengkel kerja kayu, kerja paip, dan elektrik. Ketiga-tiga bengkel ini digunakan secara optimum oleh para pelajar terutamanya pelajar tingkatan 3. Berdasarkan rekod penggunaan bengkel, setiap hari bengkel digunakan oleh para pelajar dari tingkatan 1 hingga 3. 2.0 Fokus Kajian Amalan keselamatan bengkel diwujudkan bagi menjamin keselamatan murid ketika berada di dalam bengkel. Namun begitu, murid-murid sering mengabaikan amalan keselamatan. Walaupun bengkel KHB sekolah ini belum pernah berlaku sebarang kemalangan, namun murid sentiasa terdedah kepada risiko dan hazard kemalangan. Namun begitu, kemalangan dapat dielakkan sekiranya murid sentiasa mematuhi langkah keselamatan (Azhar,K. 2008). Oleh itu, langkah awal adalah perlu diambil bagi memastikan amalan keselamatan sentiasa dipatuhi oleh para murid bagi mengelakkan kemalangan dan sebagai ilmu nilai tambah apabila murid melangkah ke alam pekerjaan. Lantaran itu, saya telah mengumpul data bagi membantu saya membina dan memperkenalkan Model REA (Risks, Effects, Acts) bagi membantu para murid meningkatkan amalan keselamatan mereka ketika berada di dalam bengkel KHB.

2.1 Model REA Berikut adalah Model REA yang telah dibina. 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am Kajian ini bertujuan meningkatkan tahap amalan keselamatan para murid di dalam bengkel KHB. 3.2 Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini adalah : a. Meningkatkan pengetahuan murid berkenaan risiko atau hazard di dalam bengkel KHB. b. Meningkatkan pengetahuan murid berkenaan langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kemalangan di dalam bengkel KHB. c. Mengubah amalan biasa murid kepada mematuhi amalan keselamatan di dalam bengkel KHB.

4.0 Kumpulan Sasar Kumpulan sasar yang diuji dalam kajian ini adalah terdiri daripada : a. Kumpulan A Bilangan : 10 orang murid Tingkatan 3.7 Lelaki : 5 orang Perempuan : 5 orang b. Kumpulan B Bilangan : 10 orang murid Tingkatan 3.7 Lelaki : 5 orang Perempuan : 5 orang 5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Awal Sebelum melaksanakan tindakan, tinjauan awal telah dilakukan bagi mengesahkan tahap amalan keselamatan para murid tingkatan 3 sekolah ini. Proses tinjauan masalah dilakukan menggunakan instrumen pemerhatian, dan soal selidik kepada sampel mewakili seluruh populasi murid tingkatan 3 sekolah ini. 5.1.1 Tinjauan Awal Tinjauan awal adalah bertujuan mengetahui tahap amalan keselamatan para murid tingkatan 3 sekolah ini di dalam bengkel KHB. Tinjauan awal dilakukan melalui instrumen pemerhatian dan soal selidik menggunakan 116 orang murid tingkatan 3 bagi mewakili 40% daripada seluruh populasi murid tingkatan 3 sekolah ini. Pemerhatian dijalankan oleh 3 orang guru KHB yang mengajar KHB tingkatan 3. 5.1.2 Pemerhatian Pemerhatian dijalankan ke atas semua murid tingkatan 3 ketika berada di dalam bengkel KHB sebelum konsep REA dilaksanakan. Aspek yang diperhatikan adalah tahap amalan keselamatan murid. Tahap amalan keselamatan yang dimaksudkan adalah : a. Tahap pelaksanaan peraturan bengkel. i. Peraturan bengkel yang telah ditetapkan oleh panitia KHB. ii. Amalan 4M.

b. Tahap pengetahuan pengendalian alatan dan bahan. i. Alatan dan bahan kerja kayu. ii. iii. Alatan dan bahan kerja paip. Alatan dan bahan elektronik. c. Tahap kepekaan terhadap persekitaran kerja selamat. i. Terhindar daripada hazard bahaya. 5.1.4 Analisis Tinjauan Awal 5.1.4.1 Analisis pemerhatian Amalan keselamatan yang dilaksanakan oleh murid disenaraikan dan merujuk kepada skan berikut: 1. Mematuhi peraturan bengkel yang telah ditetapkan oleh panitia KHB. 2. Menggunakan alatan dan bahan kerja kayu dengan betul, cermat,dan selamat. 3. Menggunakan alatan dan bahan kerja paip dengan betul, cermat, dan selamat. 4. Menggunakan alatan dan bahan elektronik dengan betul, cermat, dan selamat. 5. Peka terhadap persekitaran yang berisiko hazard. Jadual 2 : Data dapatan pemerhatian Tingkatan Bil Skan murid 1 2 3 4 5 3.1 33 16 28 25 17 6 3.2 44 24 21 19 16 13 3.3 43 19 8 12 15 12 3.4 38 7 23 11 12 3 3.5 37 2 15 12 13 2 3.6 30 4 5 9 7 1 3.7 38 2 7 15 15 1 3.8 27 2 4 6 7 1 JUMLAH 290 76 111 109 102 39 Peratus (%) 26.20 38.28 37.59 35.17 13.45 Data di atas adalah hasil pemerhatian guru KHB tingkatan 3 yang dipungut berdasarkan skan. Lima skan diuji pada hari yang berlain. Catatan dibuat pada hari berlainan kemudian dikumpul dan dianalisis.

Berdasarkan jadual dapatan pemerhatian di atas, pada pemerhatian skan 1, didapati 26.20% sahaja daripada murid tingkatan 3 yang mematuhi amalan keselamatan di dalam bengkel yang telah ditetapkan oleh panitia KHB. Pada skan 2 pula, didapati murid tingkatan 3 yang mampu menggunakan alatan dan bahan kerja kayu dengan betul, cermat, dan selamat hanyalah 38.28% daripada keseluruhan murid tingkatan 3. Skan 3 pula menunjukkan bahawa 38.28% sahaja murid tingkatan 3 yang mampu menggunakan alatan dan bahan kerja paip dengan betul, cermat, dan selamat. Pada skan 4 didapati 35.17% murid tingkatan 3 yang menggunakan alatan dan bahan elektrik dengan betul, cermat, dan selamat. Skan 5 adalah menunjukkan terlalu sedikit murid tingkatan 3 yang peka terhadap hazard persekitan dengan hanya 13.45% sahaja yang peka terhadap hazard persekitaran. Konklusinya, berdasarkan data pemerhatian, murid tingkatan 3 adalah kurang mengamalkan amalan keselamatan di dalam bengkel KHB. 5.1.5 Kesimpulan Tinjauan Awal Berdasarkan dapatan yang diperoleh pada tinjauan awal melalui instrumen pemerhatian adalah disimpulkan bahawa murid tingkatan 3 sekolah ini kurang mengamalkan amalan keselamatan ketika berada di dalam bengkel KHB. Maka, tindakan seterusnya dijalankan dengan penghasilan Model REA. Seramai 10 orang murid daripada tingkatan 3.7 diambil sebagai populasi kajian adaptasi Model REA. Kumpulan ini dinamakan kumpulan A. Seterusnya, kumpulan kedua dibentuk dengan bilangan murid yang sama dan dari tingkatan yang sama iaitu seramai 10 orang murid dari tingkatan 3.7. Kumpulan ini dinamakan sebagai kumpulan B. Kumpulan A akan diadaptasi dengan Model REA manakala kumpulan B adalah sebaliknya. Selepas Model REA dilaksanakan ke atas kumpulan A, sekali lagi soal selidik dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan bagi mengetahui tahap amalan keselamatan di dalam bengkel KHB dengan adanya model REA dan tanpa adanya Model REA. 5.2 Tinjauan Masalah Selepas membuat tinjauan awal terhadap seluruh murid tingkatan 3, proses diteruskan dengan mewujudkan dua kumpulan bagi mewakili seluruh murid tingkatan 3. Dua kumpulan dibentuk terdiri daripada 10 orang pada kumpulan A dan 10 orang lagi pada kumpulan B. 20 orang murid ini terdiri daripada murid tingkatan 3.7. 5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra dijalankan terhadap 10 orang murid kumpulan A dan 10 orang murid kumpulan B. Kedua-dua kumpulan diberikan borang ujian yang

sama berkenaan amalan, kepekaan, kepatuhan, dan pengetahuan mereka terhadap amalan keselamatan di dalam bengkel KHB. Soalan yang diuji terdiri daripada 40 soalan yang digabung daripada Bab 1 Keselamatan Bengkel KHB tingkatan 1, 2, dan 3. Hasil ujian pra mendapati kedua-dua kumpulan berada pada tahap rendah dalam amalan dan pengetahuan keselamatan di dalam bengkel KHB. Model REA dibentuk dan diaplikasikan terhadap kumpulan A. Selepas seminggu penggunaan model REA, sekali lagi ujian dijalankan ke atas ke dua-dua kumpulan bagi melihat perkembangan selepas kumpulan A mempelajari Model REA. Kedua-dua kumpulan diberikan ujian pos. Ujian pos yang dijalankan masih lagi terdiri daripada 40 soalan daripada bank soalan KHB Bab Keselamatan Bengkel tingkatan 1,2, dan 3 dan berteraskan ujian amalan, kepekaan, kepatuhan, dan pengetahuan murid kepada amalan keselamatan di dalam bengkel KHB sekolah. 5.2.2 Pemerhatian Selepas melaksanakan ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dijalankan terhadap murid kumpulan A dan kumpulan B pada sesi amali di dalam bengkel elektrik KHB sahaja. Skan yang digunakan adalah seperti berikut: 1. Mematuhi peraturan bengkel yang telah ditetapkan oleh panitia KHB. 2. Menggunakan alatan dan bahan elektronik dengan betul, cermat, dan selamat. 3. Peka terhadap persekitaran yang berisiko hazard. Skan yang menguji keselamatan penggunaan bahan dan alatan di bengkel kerja kayu dan paip tidak diperhatikan kerana pemerhatian adalah ketika murid Kumpulan A dan Kumpulan B berada di dalam bengkel elektrik. 5.3 Analisis Tinjauan Masalah 5.3.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Oleh kerana didapati punca tahap amalan keselamatan yang rendah dalam kalangan murid adalah akibat kurang pengetahuan, dan langkah meningkatkan amalan keselamatan yang paling banyak dicadangkan oleh murid adalah melalui penambahan pengetahuan murid terhadap aspek keselamatan, maka konsep REA dihasilkan dan diaplikasikan

kepada kumpulan A selepas Ujian Pra. Konsep REA juga dibina berdasarkan cadangan-cadangan yang dipungut semasa temu bual. Ujian pra terdiri daripada 40 soalan dengan tiga tahap pencapaian. Cemerlang pada skor markah 40 31, sederhana pada skor 21 30, dan rendah pada 0 20. Berikut adalah jadual perbandingan skor markah kedua-dua kumpulan dalam ujian pra dan ujian pos. Jadual 4 : Skor markah Kumpulan A dan Kumpulan B Kumpulan A (Bilangan Kumpulan B (Bilangan Tahap Murid) Murid) Amalan Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos Tinggi - 7 - - Sederhana 5 1 6 5 Rendah 5 2 4 5 Bagi menjelaskan perkembangan penguasaan murid pada kumpulan A terhadap elemen yang dikaji, jadual berikut dibentuk. Jadual 5 : Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan A. Pelajar Ujian pra Ujian pos 1 22 35 2 15 28 3 26 32 4 28 37 5 13 20 6 26 35 7 14 19 8 30 38 9 16 31 10 10 34 5.3.2 Analisis Pemerhatian Jadual 6 : Data dapatan pemerhatian Kumpulan Bil. Skan Murid 1 2 3 A 10 8 (80%) 7 (70%) 10(100%) B 10 3 (30%) 4 (40%) 2 (20%) Pemerhatian dijalankan selepas ujian pra dan ujian pos bagi menyokong dapatan pada analisis ujian pra dan ujian pos. Jadual di atas adalah jadual kekerapan murid berdasarkan skan yang diuji.

Pemerhatian menunjukkan bilangan murid Kumpulan A lebih mematuhi peraturan dalam bengkel KHB, lebih menggunakan alatan dan bahan bengkel elektrik dengan betul, cermat, dan selamat, dan lebih peka terhadap persekitaran yang berisiko hazard. Dapatan pada pemerhatian kumpulan A dan kumpulan B menyokong dapatan pada ujian pra dan ujian pos yang menunjukkan murid pada Kumpulan A yang diberikan konsep REA lebih meningkat dalam amalan keselamatan dalam bengkel KHB. 5.4 Pelaksanaan Tindakan 5.4.1 Mengenalpasti Masalah Berdasarkan pemerhatian selama setahun mendapati murid kurang mengamalkan amalan keselamatan ketika berada di dalam bengkel KHB. Bagi mendapatkan kesahihan, tinjauan awal dijalankan melalui pungutan data pemerhatian terhadap murid-murid tingkatan 3 semasa berada di dalam bengkel KHB untuk menjalankan aktiviti amali. Pemerhatian telah dijalankan oleh 3 orang guru KHB tingkatan 3. Pemerhatian adalah berdasarkan skan yang telah dipilih. Setiap skan diperhatian bagi satu sesi amali. Pemerhatian dijalankan sepanjang bulan Mac dan data dikumpul oleh pengkaji. 5.4.2 Memilih Kumpulan Sasaran Tinjauan awal mendapati murid tingkatan 3 kurang mengamalakan amalan keselamatan di dalam bengkel KHB. Proses memilih kumpulan sasar untuk dijadikan sampel kajian dijalankan berdasarkan cadangan guru-guru KHB yang lain. Tingkatan 3.7 dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Pemilihan tingkatan 3.7 adalah kerana keyakinan para guru KHB kemampuan pada murid 3.7 memberikan ciri-ciri yang mewakili seluruh tingkatan 3. Tingkatan 3.7 terdiri daripada 38 orang murid. Namun bilangan murid yang digunakan hanya sebanyak 20 orang. Pemilihan 20 orang ini adalah dipengaruhi faktor kekerapan kehadiran murid ke sekolah. 20 orang murid adalah murid yang paling kerap hadir ke sekolah. 5.4.3 Mereka Model REA Model REA direka dalam masa dua minggu berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan. 5.4.4 Mengaplikasi REA Selepas pemilihan kumpulan sasar, REA mula diaplikasi terhadap kumpulan A selepas ujian pra dijalankan pada awal April. Sesi dijalankan di bengkel kerja kayu dan memakan masa selama 20 minit oleh penerangan guru berkenaan keperluan mengetahui Risiko hazard (Risks), Kesan kemalangan (Effects), dan Langkah yang perlu dilakukan

selepas kemalangan berlaku (Acts). Kemudian murid ditunjukkan Model REA dan dijelaskan oleh guru.murid diberikan 10 minit untuk melukis semula Model REA dalam buku nota KHB mereka tanpa merujuk semula salinan Model REA. Murid diminta menghafal model REA. Selepas satu minggu, ujian pos dijalankan. 5.4.5 Menguji Hasil Aplikasi REA Ujian pos dijalankan dan mendapati murid pada kumpulan A menunjukkan pencapaian yang meningkat berbanding kumpulan B yang tidak didedahkan dengan Model REA. Bagi mengesahkan dapatan peningkatan pencapaian ujian pos murid, pemerhatian dijalankan terhadap kumpulan A dan kumpulan B. Pemerhatian dijalankan berdasarkan 3 skan yang dipilih. Pemerhatian terhadap dua kumpulan ini memakan masa selama tiga minggu pada bulan Mei kerana sesi amali bagi setiap kelas hanyalah dijalankan seminggu sekali. 6.0 Refleksi Kajian 6.0.1 Peningkatan Amalan Keselamatan Murid Berdasarkan tinjauan masalah, didapati tahap amalan keselamatan murid meningkat selepas penerapan Konsep REA dijalankan. Peningkatan skor markah pada ujian pos berbanding ujian pra bagi 10 orang murid pad Kumpulan A adalah seperti berikut. Carta 1 Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan A Markah Murid Pemerhatian yang dijalankan juga menunjukkan murid yang berada pada kumpulan A lebih mengamalkan amalan keselamatan ketika

berada di dalam bengkel selepas diterapkan Model REA berbanding Kumpulan B. Carta 2 : Perbandingan Pemerhatian Selepas Ujian Pos Bil. Murid 6.0.2 Penguasaan Murid Terhadap Topik Keselamatan Model yang diperkenalkan bukan sahaja membantu murid mengingati amalan keselamatan yang perlu diamalkan tetapi turut menambahkan penguasaan murid terhadap topik keselamatan di dalam bengkel seperti pada kandungan KHB tingkatan 1 dan 2. 7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Untuk kajian seterusnya, adalah dicadangkan supaya kajian melibatkan lebih ramai murid sebagai sampel kajian. Selain itu, penambahbaikan terhadap model REA juga dapat dilakukan mengikut kesesuaian murid di lain-lain sekolah.

8.0 Bibliografi Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga (2008). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Tenaga Manusia (MOM) (2007). Sebuah Panduan Mengenai Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja. Abdul Rahman, M.A. & Abdul Wahab, M. Z. (2010). Pengetahuan dan Pengamalan Keselamatan Bengkel Di kalangan Pelajar Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara Di Negeri Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia. Minghat, A. D. & Pandin, I. (2010). Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor : Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia. Zulpakar, M. K. A. (2008). Amalan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa Melakukan Kerja-Kerja Amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.