PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

dokumen-dokumen yang mirip
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

MUSTAHAK PETENDER DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI TENDER INI

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA(BERNAMA ) HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN PELBAGAI JENIS MESIN FOTOSTAT UNTUK PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA

SEBUT HARGA MEMBEKAL BAHAN-BAHAN BACAAN PUSAT SUMBER 2013

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KUiTTHO.PB/10.12/14( 39 ) 9 Januari 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2007 PINDAAN HARGA CIF BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

PEJABAT BENDAHARI DOKUMEN SEBUT HARGA BEKALAN

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER/ DAKWAT PENCETAK DAN MESIN PENYALIN KE POLITEKNIK JELI KELANTAN NO. SEBUTHARGA: PJK(S)/SH/Q01/2015

NO. PERJANJIAN : [UNTUK BEKALAN] DI ANTARA UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) CONTOH DAN PADA HB. TAHUN 20 BAGI MEMBEKALKAN

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEROLEHAN KERJA BAGI JUMLAH SEHINGGA RM100, Kod Dokumen : SOK/KEW/GP010/BUY

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Kepada : PUSAT SUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN ( U.P. JAWATANKUASA PEROLEHAN DAN KEMUDAHAN SUKAN HEP ) Tuan,

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

KENYATAAN SEBUTHARGA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Hadiah-Hadiah 1 Hadiah-Hadiah:

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH BORANG TENDER

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Sumasni Sulaiman. Bahagian Pengurusan Perolehan Pejabat Bendahari

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

PENGURUSAN BAYARAN (PERKHIDMATAN KERJA & FASILITI) BON PELAKSANAAN IZFARINA BINTI AB HALIM PENOLONG BENDAHARI KANAN UNIT KEWANGAN ZON 5

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

2. KESAHAN MATA GANJARAN


POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

SYARAT-SYARAT JUALAN

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

KENYATAAN SEBUTHARGA. SEBUTHARGA yang terlibat adalah di dalam bidang berikut : Skop Kerja

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

PERISYTIHARAN JUALAN

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

KENYATAAN SEBUTHARGA

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

BAHAGIAN KEWANGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DOKUMEN SEBUTHARGA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

JABATAN STANDARD MALAYSIA (STANDARDS MALAYSIA) DOKUMEN SEBUTHARGA

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Transkripsi:

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER Penyebut harga / petender adalah diingatkan supaya mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan apabila menyertai sebut harga / tender ini. Kegagalan mematuhi satu ataupun lebih daripada syarat-syarat ini, MAKA SEBUT HARGA / TENDER TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN DAN AKAN TERUS DITOLAK. 1. HAK PUSAT PERUBATAN UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA / TENDER Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga / tender yang terendah atau mana-mana sebut harga / tender atau memberi apaapa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga / tender. 2. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH 2.1 Merujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan/ Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan PK 1 Lampiran 1.2 selaras dengan Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 28 Februari 2009:- 2.1.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 2.1.2 Sekiranya ada mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 2.1.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 2.1.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan 1

tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 2.1.5 Semua Agensi Kerajaan dikehendaki memasukkan Klausa Peringatan Kesalahan Rasuah dalam Surat Setuju Terima dan Dokumen Tender. 2.1.6 Penyebut harga / petender dikehendaki mengisi dan menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran F) semasa menghantar dokumen sebut harga / tender. Manakal penyebut harga / petender yang berjaya dikehendaki mengisi dan menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya (Lampiran G) semasa mengembalikan Surat Setuju Terima. Wakil penyebut harga / petender yang menandatangani Surat Akuan Pembida dan Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah mengemukakan Surat Perwakilan Kuasa semasa menandatangani surat akuan tersebut. 3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA / TENDER 3.1 Hanya borang sebut harga / tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Perolehan ini sahaja boleh digunakan bagi penyertaan sebut harga / tender Pusat Perubatan Universiti Malaya. Lain-lain borang yang digunakan oleh penyebut harga / petender TIDAK DITERIMA kecuali sebagai tambahan (attachment) kepada borang asal. 3.2 Jenama, Nama Pembuat, Tahun Pengeluaran dan Negara Sila nyatakan dengan jelas akan maklumat yang diperlukan. Ini adalah untuk rujukan teknikal dan ini tidak menyekat penyebut harga / petender untuk menawarkan apa jua jenama / buatan / model item yang memberikan fungsi yang sama. 3.3 Kuantiti dan Bentuk Bungkusan Nyatakan kuantiti yang ditawarkan berdasarkan kuantiti yang dikehendaki oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya dan bentuk pembungkusan yang ditawarkan. 3.4 Tempoh Serahan / Jaminan / Pemasangan dan Penggunaan Penyebut harga / petender dimestikan memberikan tempoh serahan bagi setiap item yang ditawarkan. Tempoh serahan adalah bermaksud tempoh barangan dapat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas Pesanan Tempatan Rasmi dikeluarkan. Tempoh serahan ex-stock adalah tidak dibenarkan. Tempoh, jaminan, pemasangan dan penggunaan perlu dinyatakan bagi perolehan yang berkaitan. 2

3.5 Harga Kontrak Penyelenggaraan Penyebut harga / petender dimestikan memberikan maklumat harga untuk kontrak penyelenggaraan bagi mana-mana alat kelengkapan / perisian yang memerlukan penyelenggaraan. 3.6 Penyebut harga / petender dikehendaki mengemukakan dokumen tawaran dalam bentuk hardcopy. Softcopy tawaran perlu disertakan menggunakan CD/USB, jika dinyatakan di dalam dokumen sebut harga / tender. 3.7 Sekiranya terdapat percanggahan maklumat di dalam tawaran berbentuk hardcopy dengan tawaran berbentuk softcopy, maka tawaran hardcopy akan diterima pakai sebagai tawaran yang sah. 3.8 Pengisian dokumen sebut harga / tender hendaklah bertaip. Tulisan tangan adalah tidak dibenarkan dan akan ditolak. 3.8 Penyebut harga / petender dikehendaki mengisi dan melengkapkan segala maklumat atau ruangan yang disediakan dalam dokumen sebut harga / tender. Sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi, lampiran tambahan hendaklah disertakan. 3.9 Penyebut harga / petender dimestikan mengemukakan dokumen tawaran dalam dua (2) salinan seperti berikut:- 3.9.1 Salinan Harga (Salinan Pertama) Dokumen tawaran yang lengkap dengan spesifikasi yang ditawarkan, nama penyebut harga / petender, harga tawaran, jenama dan model serta katalog (jika berkaitan). 3.9.2 Salinan Teknikal (Salinan Kedua) Perolehan Bekalan / Perkhidmatan Dokumen tawaran yang lengkap dengan spesifikasi yang ditawarkan, jenama dan model serta katalog (jika berkaitan) TANPA harga tawaran, nama dan cop syarikat. Perolehan Kerja-Kerja Dokumen tawaran yang lengkap dengan spesifikasi yang ditawarkan, harga tawaran, jenama dan model serta katalog (jika berkaitan) TANPA nama dan cop syarikat. Adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga / petender untuk memastikan segala maklumat, dokumen sokongan di dalam Salinan Pertama dan Kedua ini adalah mencukupi. 3

3.10 Setiap dokumen tawaran yang dikemukakan perlulah disusun rapi mengikut urutan seperti dalam dokumen sebut harga / tender. Penyebut harga / petender boleh menggunakan kaedah seperti penggunaan fasterner, binding, tagging, fail atau lain-lain kaedah yang bersesuaian semasa mengemukakan dokumen tawaran tersebut. Semua dokumen sokongan juga perlu dikepilkan bersekali. 3.11 Penyebut harga / petender adalah dilarang mengubah atau meminda apa-apa maklumat di dalam dokumen sebut harga / tender. Sekiranya terdapat pindaan maka Pusat Perubatan Universiti Malaya berhak untuk :- 3.11.1 Tidak menerima pakai pindaan penyebut harga / petender dan mengekalkan spesifikasi asal; atau 3.11.1 Menolak tawaran penyebut harga / petender secara automatik. 3.12 Penyebut harga / petender hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan kecuali bagi perolehan tertentu sekiranya dinyatakan di dalam dokumen tawaran. 4. BON PELAKSANAAN Penyebut harga / petender yang berjaya akan dikenakan Bon Pelaksanaan sekiranya nilai kontrak melebihi RM200,000.00. Penyebut harga / petender dikehendaki menyediakan Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Insurans dari institusi yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia seperti berikut:- 4.1 Perolehan Bekalan / Perkhidmatan 4.1.1 2.5% daripada jumlah harga kontrak yang bernilai RM200,000.00 hingga RM500,000.00; atau 4.1.2 5% daripada jumlah harga kontrak bernilai melebihi RM500,000.00 4.2 Perolehan Kerja-Kerja 4.2.1 5% daripada jumlah harga kontrak Tempoh sah laku jaminan tersebut hendaklah daripada tarikh kontrak dimulakan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas penghantaran terakhir mengikut mana yang terkemudian. 5. INSURANS Petender yang berjaya bagi Perolehan Kerja-kerja / Perkhidmatan akan dikehendaki menyediakan insurans-insurans berikut :- 4

5.1 Polisi Insurans Tanggungan Awam 5.1.1 Nilai perolehan < RM5 juta = nilai polisi insurans sekurang-kurangnya RM200,000.00. 5.1.2 Nilai perolehan di antara RM5 juta RM50 juta = nilai polisi insuran sekurang-kurangnya RM1 juta. 5.2 Polisi Insuran Pampasan Pekerja Nilai polisi insuran bersamaan dengan nilai perolehan. 6. HARGA Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih meliputi semua kos dan menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) sahaja. 7. TEMPOH SAH LAKU HARGA 7.1 Bagi Sebut Harga - Semua harga yang ditawarkan hendaklah sah laku dalam tempoh tidak kurang daripada 90 hari daripada tarikh sebut harga ditutup. 7.2 Bagi Tender - Semua harga yang ditawarkan hendaklah sah laku dalam tempoh tidak kurang daripada 120 hari daripada tarikh tender ditutup. 8. PENYERAHAN DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA / TENDER 8.1 Dokumen tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam satu (1) sampul surat berlakri yang dicatitkan nama dan nombor rujukan sebut harga / tender di atas sampul surat tersebut. 8.2 Dokumen tawaran tersebut hendaklah dimasukkan sendiri oleh penyebut harga / petender ke dalam PETI SEBUT HARGA / TENDER yang disediakan di :- Jabatan Perolehan Pusat Perubatan Universiti Malaya Lembah Pantai 59100 Kuala Lumpur 8.3 Dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan. Dokumen tawaran yang lewat tidak akan diterima. 5

8.4 Dokumen tawaran sebut harga / tender yang dihantar melalui pos tidak akan diterima. 8.5 Pusat Perubatan Universiti Malaya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen tawaran akibat daripada kesilapan penyebut harga / petender memasukkan dokumen ke dalam peti sebut harga / tender yang salah. 8.6 Bagi sebut harga / tender yang memerlukan sampel / contoh, penyebut harga / petender hendaklah menyerahkan sampel / contoh tersebut seperti masa yang ditetapkan. Sampel / contoh bagi penyebut harga / petender yang berjaya tidak akan dikembalikan. Manakala bagi penyebut harga / petender yang tidak berjaya, sampel / contoh yang mempunyai nilai yang tinggi sahaja akan dikembalikan sekiranya permohonan dibuat secara bertulis oleh penyebut harga / petender dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya. 8.7 Penyebut harga / petender adalah diwajibkan agar mengembalikan CD/USB sekiranya dibekalkan oleh PPUM semasa proses pembelian dokumen sebut harga / tender. 9. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA / TENDER Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga / tender ini hendaklah ditanggung oleh pihak penyebut harga /petender sendiri. 10. SYARAT-SYARAT AM Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syaratsyarat am itu ditolak atau diubah khususnya oleh penyebut harga / petender. 10.1 Keadaan Barang 10.2 Harga Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulin, baru dan belum digunakan. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan. 10.3 Pemeriksaan 10.3.1 Pusat Perubatan Universiti Malaya akan sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seorang pegawai yang dilantik 6

olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan. 10.3.2 Penyebut harga / petender hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki. 10.4 Pembungkusan Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan. Apa-apa atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh pembekal. 10.5 Pengenalan Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang-barang itu dibuat, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan. 10.6 Pesanan Tempatan dan Kuantiti Bagi bekalan yang melibatkan kuantiti yang banyak, pesanan akan dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya dari masa ke semasa dan Pusat Perubatan Universiti Malaya tidak semestinya mengeluarkan pesanan bagi kesemua jumlah yang tercatat dalam sebut harga. 10.7 Harga Tawaran Segala harga yang telah disetuju terima tidak boleh diubah di dalam tempoh sah laku harga. 10.8 Semua peralatan elektrik mestilah mematuhi piawaian terbaru yang ditetapkan oleh SIRIM. Jika SIRIM tidak ada piawaian untuk barangan tertentu, piawaian terbaru BRITISH mestilah dipatuhi. 10.9 Barang-barang dan ubat-ubat yang mempunyai tempoh tamat penggunaan hendaklah dibekalkan SEKURANG-KURANGNYA DUA (2) TAHUN dari tarikh tamat tempoh penggunaannya. 10.10 Semua bahan dan alat yang dibekalkan hendaklah mematuhi semua undangundang Kerajaan yang sedang berkuatkuasa. Bagi bahan-bahan racun seperti yang ditakrif di bawah Ordinan Racun, cuma penyebut harga / petender yang berlesen untuk mengendalikan bahan racun dibenarkan memasuki sebut harga / tender. Nombor lesen hendaklah diberikan di bawah Lain-Lain Maklumat dalam borang tender. 7

10.11 Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah berhak mempersetujui terima sebut harga / tender tersebut sama ada kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya. 10.12 Sekiranya penyebut harga / petender gagal mematuhi tempoh penghantaran atau gagal membekalkan barang-barangan mengikut kontrak, Pusat Perubatan Universiti Malaya boleh mengenakan denda dan memotong dari apa-apa wang yang kena bayar oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya kepada penyebut harga / petender bagi maksud pembayaran tersebut. 11. PELAKSANAAN GST DALAM PEROLEHAN Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 (Akta 762) telah berkuatkuasa mulai 01 April 2015. Sehubungan itu, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmaan (GST) ke atas kontrak perolehan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) adalah seperti berikut:- 11.1 Pengisytiharan Nombor Pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 11.1.1 Penyebut Harga / Petender yang menyertai perolehan PPUM hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST. 11.1.2 Penyebut Harga / Petender yang menyertai perolehan PPUM hendaklah mengemukakan nombor pendaftaran GST. 11.1.3 Bagi penyebut harga / petender yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST namun akan menjadi penyebut harga / petender yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Agensi berkenaan perubahan status pendaftaran penyebut harga / petender tersebut di bawah Akta GST. 11.1.4 Setelah memaklumkan perubahan status pendaftaran GST tersebut, penyebut harga / petender boleh memohon pelarasan harga kontrak dan menuntut sebarang kenaan GST daripada PPUM mulai tarikh penyebut harga / petender berdaftar GST dengan syarat kontrak semasa masih berkuat kuasa bagi baki perolehan yang belum disempurnakan. 11.2 Tawaran Harga Penyebut Harga / Petender 11.2.1 Hanya penyebut harga / petender yang berdaftar GST sahaja boleh mengenakan GST ke atas produk/ perkhidmatan/ kerja yang ditawarkan dalam perolehan PPUM. 11.2.2 Semua tawaran harga (pembelian terus, sebut harga dan tender) oleh penyebut harga / petender hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST. Penyebut Harga / Petender yang Berjaya adalah berdaftar GST dengan 8

Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak PPUM akan menawarkan nilai perolehan termasuk kenaan GST. 11.2.3 Mana-mana penyebut harga / petender yang belum berdaftar GST tetapi akan menjadi wajib berdaftar GST setelah ditawarkan kontrak PPUM, surat setujuterima akan dikeluarkan oleh PPUM dengan tawaran harga termasuk kenaan GST. PPUM perlu memastikan penyebut harga / petender mengemukakan nombor pendaftaran GST. 9