METOD IBNU AL-ARABI DALAM KITAB TAFSIR AHKAM AL-QURAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN METOD PENTAFSIR MASA KINI

dokumen-dokumen yang mirip
BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

ILMU QIRO AT DAN ILMU TAFSIR Oleh: Rahmat Hanna BAB I PENDAHULUAN. Al-Qur an sebagai kalam Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Metodologi Imam Tirmizi DR MUHAMAD ROZAIMI RAMLE

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 4)

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

TEKS UCAPAN YABHG TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DI MAJLIS SELAWAT & SALAM PERDANA 2014 GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

HALAL, HARAM & SYUBHAT

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 2)

Transkripsi:

METOD IBNU AL-ARABI DALAM KITAB TAFSIR AHKAM AL-QURAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN METOD PENTAFSIR MASA KINI Azman Ab Rahman & Zulkifli Hasan Fakulti Syariah Dan Undang-Undang Kolej Universiti Islam Malaysia LATARBELAKANG IBNU AL-ARABI Beliau adalah Muhamad bin Abdullah bin Muhamad Abdullah bin Ahmad bin Al-Arabi Al-Isbili Al-Maliki. Dikenali juga sebagai Abu Bakar, manakala bapanya pula merupakan seorang ulama fiqh. Ibnu Al-Arabi berkongsi gelaran dengan Ibnu Arabi Al Sufi, namun begitu mereka berdua dibezakan dengan alif dan lam. Ibnu Al-Arabi mempunyai alif dan lam yang dikenali sebagai ahli tafsir manakala Ibnu Arabi tanpa alif dan lam dikenali sebagai ahli sufi. (Al-Daudi, 1994; Al- Suyuti, 1976). Beliau dilahirkan pada tahun 468 hijrah dalam keluarga yang berkedudukan tinggi dalam ilmu pengetahuan dan dibesarkan dalam suasana keilmuan, tidak hairanlah beliau mempunyai keperibadian yang mulia serta pengetahuan yang tinggi sehingga menjadi salah seorang ketua ketika itu (Al-Masni,1991). Beliau merupakan seorang yang cintakan ilmu, mempelajari ilmu fiqh dan usul fiqh, tafsir, ilmu bacaan al-quran, hadis, bahasa dan sebagainya. Diantara guru-guru beliau adalah Abu Bakar Tortus, Al-Tobari dan lain-lain, manakala anak murid beliau adalah Kadi Al-Yad, Kadi Abu Hasan dan lain lain lagi. Beliau banyak mengarang kitab diantaranya kitab ahkam al-quran, kitab masalik fi sarah muwata Malik, kitab kanun fi tafsir al-quran dan sebagainya (Al-Zahabi,t.t). Beliau meninggal dunia di Udwah dan dikebumikan di bandar Pas pada tahun 543 hijrah ketika berusia 75 tahun (Ibnu Baskual, 1989). PENGENALAN KITAB AHKAM AL-QURAN Kitab ahkam al-quran ini merupakan salah sebuah kitab yang dikarang oleh Ibnu Al-Arabi, ia juga dianggap kitab tafsir ayat-ayat hukum yang penting dalam mazhab Maliki. Beliau memulakan pentafsiran dengan perbincangan semua surah-surah yang terdapat dalam al-quran tetapi hanya menerangkan secara terperinci ayat-ayat hukum sahaja. Kaedah yang digunakan adalah dengan menyebut nama surah dahulu, kemudian menyebut bilangan ayat yang mengandungi ayat hukum dan seterusnya menerangkannya satu-satu, sebagai contoh: ayat pertama terdapat 6 masalah hukum, ayat kedua 5 masalah hukum dan seterusnya hinggalah tamat tafsir kesemua ayat dalam sesuatu surah (Abu Sulaiman, 1995). 1

METOD IBNU AL-ARABI DALAM KITABNYA AHKAM AL-QURAN BAHAGIAN PERTAMA: METOD PENGGUNAAN ATAU PENGARUH MAZHAB Pengaruh mazhab dalam proses pentafsiran ayat-ayat hukum merupakan antara perkara yang perlu diambil perhatian kerana ia melibatkan permasalahan hukum dan perbezaan pendapat antara empat mazhab yang mashur. Kertas kerja ini akan mengenalpasti mazhab yang digunakan oleh Ibnu Al-Arabi ketika membuat pentafsiran tentang ayat-ayat hukum yang terdapat di dalam kitabnya dan sejauh manakah pengaruh beliau terhadap mazhab Maliki didalam penafsirannya. Penelitian dan kajian telah dibuat ke atas kitab ahkam al-quran dan penulis mendapati bahawa Ibnu Al-Arabi telah berpegang teguh dengan mazhab Maliki secara jelas dan terang, ketika menyelesaikan sesuatu permasalahan hukum. Terdapat beberapa petunjuk yang menunjukkan beliau banyak terpengaruh dan berpegang dengan mazhabnya yang boleh didapati dalam kitab tafsirnya. Disamping itu juga, beliau akan tetap mempertahankan pendapat mazhabnya secara terang-terang atau secara sindiran sama ada dalam perkara ilmu, fiqh, dan sebagainya. Beliau juga akan memilih pendapat mazhabnya sekiranya terdapat perselisihan pendapat tentang sesuatu isu. Namun begitu walaupun beliau berpegang kuat dengan mazhabnya, ia tidak sampai ke tahap yang melampau atau taksub yang terlalu tinggi daripada kalangan ulama-ulama dan mujatahidmujtahid mazhab Maliki. Kadang-kadang beliau juga menerima pendapat yang bertentangan dengan mazhabnya sekiranya pendapat itu lebih tepat dan sesuai diamalkan serta dikuatkan dengan dalil-dalil dan bukti-bukti yang kukuh dari nas al-quran atau as-sunnnah. Kesimpulannya, tidak terdapat cara yang khusus dalam menentukan dan memastikan ketaksuban Ibnu Al-Arabi terhadap mazhabnya dalam kitab tafsirnya secara jelas, begitu juga dari segi kecenderungan beliau dalam menerima pendapat mazhab-mazhab yang lain. Apa yang boleh dikatakan disini, Ibnu Al-Arabi sangat terpengaruh dengan mazhabnya dalam pentafsirannya tetapi ada kalanya beliau menerima pendapat mazhab lain yang difikirkan lebih tepat dan sesuai diamalkan. BAHAGIAN KEDUA: IKUTAN METOD PENTAFSIR TERDAHULU Jika dilihat secara umumnya Ibnu Al-Arabi banyak mengunakan kaedah sendiri dalam mentafsir ayat-ayat hukum yang terdapat didalam al-quran. Namun begitu, beliau juga tidak terlepas 2

daripada merujuk atau mengunakan kaedah pentafsir-pentafsir yang terdahulu dalam mentafsir ayat-ayat hukum. Diantara rujukan-rujukan dan metod-metod yang telah digunakan oleh Ibnu Al- Arabi adalah seperti berikut: PERTAMA: METOD TAFSIR IMAM AL-TOBARI Iman Al-Tobari merupakan pentafsir yang terkenal pada zaman dahulu dan beliau dilahirkan sebelum Ibnu Al-Arabi dilahirkan. Tidak hairanlah Ibnu Al-Arabi merujuk dan menggunakan kaedah yang digunakan oleh Al-Tobari ketika membuat tafsiran al-quran. Sebagai contoh kaedah yang digunakan oleh Imam Al-Tobari dalam kitabnya jamik bayan an takwil al-quran, secara dasarnya Ibnu Al-Arabi telah menjadikan tafsir Imam Al-Tobari sebagai sumber rujukannya. Adakalanya beliau mengikut sebahagian dari metod yang digunakan oleh Imam Al-Tobari atau sebaliknya. Pada kebiasaanya Ibnu Al-Arabi menyokong pendapat Imam Al-Tobari yang berpegang dengan al-quran dan as-sunnah ketika menerangkan atau mentafsir sesuatu ayat hukum. Namun begitu, kadang mereka berbeza pendapat dari segi cara penyampaian, penggunaan bahasa, pembahagian bab dan penerangan makna sesuatu perkataan dalam ayat al-quran. Contohnya, Imam Al-Tobari mementingkan penerangan makna sesuatu perkataan secara terperinci dan hanya menjelaskan masalah-masalah perselisihan pendapat serta hukum-hukum fiqh secara umum, manakala Ibnu Al-Arabi pula mementingkan penerangan secara terperinci masalah-masalah yang berkaitan dengan hukum-hukum fiqh daripada menerangkan makna sesuatu perkataan ayat alquran. (Al-Masni, 1991) KEDUA: METOD TAFSIR IMAM AL-JASSOS Imam Al-Jassos pula merupakan pentafsir yang terkenal dalam mazhab Hanafi dengan kitab tafsirnya ahkam al-quran, nama kitab tafsirnya sama dengan kitab Ibnu Al-Arabi, walaupun nama kitab mereka sama tetapi tidak semestinya metod yang digunakan juga adalah sama. Dari segi persamaan penggunaan metod, Ibnu Al-Arabi dan Al-Jassos sama-sama membincangkan tentang ayat hukum, masalah perselisihan pendapat dan berpegang kepada al-quran dan as-sunnah. Manakala dari segi perbezaan penggunaan metod pula, mereka berbeza dari segi susunan bab, gaya bahasa dan susunan surah, contohnya Al-Jassos memulakan tafsirannya dari bassmalah, kemudian fatihah dan berakhir dengan surah al-falak, manakala Ibnu Al-Arabi pula memulakan tafsirannya daripada bassmalah dan berakhir dengan surah al-falak dan al-nas sekaligus. (Al- Masni: 1991). 3

Kesimpulannya, secara umumnya terdapat persamaan metod yang digunakan oleh Ibnu Al-Arabi dengan metod-metod pentafsir yang terdahulu darinya, namun begitu terdapat juga perbezaan metod di antara mereka terutama cara susunan kitab dan surah, penerangan dalam ayat hukum serta masalah-masalah yang terdapat perselisihan pendapat diantara ulama. BAHAGIAN KETIGA: NUKILAN DARI KITAB TAFSIR YANG TERDAHULU Dalam bahagian kedua penulis telah menerangkan secara jelas perihal metod yang digunakan oleh Ibnu Al-Arabi dengan metod-metod pentafsir yang terdahulu. Manakala bahagian ketiga ini pula penulis akan melihat sejauh mana Ibnu Al-Arabi merujuk kepada tafsir-tafsir yang lama dan seterusnya membuat nukilan darinya. Diantara tafsir-tafsir yang menjadi rujukan dan nukilan beliau adalah seperti berikut: 1- TAFSIR IMAM AL-TOBARI (JAMIK AL-BAYAN AN TAKWIL AI- QURAN) Ibnu Al-Arabi telah mengunakan tafsir ini sebagai rujukannya dan sumber nukilannya. Terdapat beberapa perkara yang menjadi rujukan beliau terdapat di dalam tafsir Imam Al-Tobari sama ada menerima pandangannya secara langsung atau menolaknya dengan cara menegurnya atau menafikannya. Pada kebiasaanya Ibnu Al-Arabi membuat nukilan dari kitab Imam Al-Tobari secara langsung tanpa soal jawab seperti penggunaan tafsir al-maksur dan sebagainya, tetapi terdapat perbezaan dari segi cara nukilan yang mana Imam Al-Tobari ada menyebut sanad dalam kitab tafsirnya manakala Ibnu Al-Arabi melakukan sebaliknya. Disamping itu juga, Ibnu Al-Arabi ada membuat nukilan dari Imam Al-Tobari seperti cara penggunaan tatabahasa dan penyelesaian masalah hukum. Beliau juga akan menerima pandangan Iman Al-Tobari sekiranya mendapati perkaraperkara tersebut bersesuaian dengan tafsirannya dan pendapatnya. Kesimpulannya, Ibnu Al-Arabi cukup berhati-hati ketika merujuk kepada tafsir Al-Tobari dan membuat nukilan darinya. Penulis juga mendapati Ibnu Al-Arabi kadang-kadang menyokong pendapat Imam Al-Tobari dan membuat nukilan darinya dan adakalanya mengkritik pendapatnya. Disamping itu juga, terdapat perbezaan antara mereka dari segi cara pentafsiran iaitu didapati Ibnu Al-Arabi tidak menyebut sanad dalam kitab tafsirnya manakala Al-Tobari melakukan 4

sebaliknya. Manakala dari segi jumlah nukilan yang dibuat oleh Ibnu Al-Arabi, perkara ini perlulah dikaji dengan terperinci, namun demikian Ibnu Al-Arabi tetap membuat nukilan dari pentafsir yang terdahulu sama ada banyak ataupun sedikit. 2. TAFSIR AL-NIKAS Kebanyakan ulama mengatakan tafsir al-nikas tidak begitu menyakinkan, mereka mengatakan hadis yang digunakan hadis yang ditolak dan lemah. Ibnu Al-Arabi mengetahui tentang kelemahan hadis dan kisah-kisah dongeng yang terdapat dalam tafsir al-nikas. Ini menjadikan beliau begitu berhati-hati meneliti dan menganalisis pendapat Al-Nikas sebelum mengambil nukilan darinya. 3. TAFSIR AL -JASSOS Ibnu Al-Arabi juga ada merujuk dan mengambil nukilan dari Al-Jassos tetapi beliau tidak mengambilnya secara langsung. Pada kebiasaannya Ibnu Al-Arabi mengkritik pendapat Al-Jassos. Beliau jarang bersetuju dengan pendapat Al-Jassos, sebab itulah nukilannya daripada Al-Jassos terlalu terhad. Kesimpulannya, disamping nukilannya dari kitab-kitab tafsir yang terdahulu, beliau juga ada mengambil nukilan dari kitab tafsirnya sendiri iaitu anwar al-faj, contoh-contoh boleh dilihat dalam kitab tafsirnya ahkam al-quran. BAHAGIAN KEEMPAT: METOD PEMILIHAN PENDAPAT YANG TEPAT Apabila melibatkan pentafsiran tentang ayat-ayat hukum sudah tentu akan berlaku perselisihan pendapat antara ulama dalam sesuatu isu. Apabila berlakunya situasi ini para ulama perlu memilih satu pendapat yang tepat untuk diamalkan dengan menggunakan kaedah Taarud dan Tarjih. Kertas kerja ini akan melihat bagaimana Ibnu Al-Arabi menyelesaikan sesuatu permasalahan hukum jika terdapat banyak pendapat antara ulama fiqh. Setelah diteliti dan dikaji, penulis mendapati terdapat dua cara yang digunakan oleh Ibnu Al- Arabi dalam menyelesaikan dan menentukan pendapat yang lebih tepat sekiranya berlaku perselisihan pendapat dalam sesuatu isu dengan mengambil kira kesesuaian masa dan tempat iaitu: 5

1- Pertama: Menggunakan Sanad iaitu mendahulukan yang mutawatir, maksudnya mendahulukan al-quran dari as-sunnah, kemudian hadis mutawatir, kemudian hadis mashur dan hadis ahad. Begitu juga perkara yang berkaitan dengan perawi, didahulukan yang warak, yang dipercayai dan seterusnya. 2- Kedua: Mengunakan matan iaitu memilih yang paling kuat petunjuknya, maksudnya didahulukan muhkam kemudian mufasir, kemudian nas, kemudian zahir, kemudian hafi, kemudian musakal dan seterusnya. Disamping dua cara yang tersebut diatas, terdapat cara khusus yang biasa digunakan oleh para ulama jika berlakunya perselisihan pendapat dalam sesuatu isu iaitu kaedah Taarud dan Tarjih. Penulis tidak akan menerangkan secara terperinci tentang kaedah Taarud dan Tarjih kerana ia telah jelas diterangkan dalam kitab usul fiqh. Penulis juga mendapati bahawa Ibnu Al-Arabi telah menggunakan kaedah ini dalam membuat pemilihan terhadap sesuatu permasalahan dengan menurut peringkat kaedah Taarud dan Tarjih sama ada dengan menyatukan kedua-dua pendapat, atau menggunakan kaedah Nasikh dan Mansukh, atau memilih salah satu daripada dua pendapat atau mengugurkan kedua-dua pendapat tersebut dan mengantikan dengan pendapat yang lain. METOD PENTAFSIR MASA KINI Ilmu pentafsiran dan terjemahan al-quran merupakan salah satu ilmu yang perlu dipelajari oleh umat Islam. Secara umumnya kerja pentafsiran ini penting untuk maslahah umat yang bertujuan menyampaikan makna-makna al-quran dan memberi petunjuk kepada umat Islam. Disamping itu juga, proses pentafsiran ini juga dapat memelihara akidah Islam daripada diselewengkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mengelirukan pemahaman umat Islam. Perbincangan metod pentafsir masa kini perlu dilihat dari semua aspek untuk memastikan mutu dan kualiti sesuatu pentafsiran mencapai matlamatnya. Perbincangan ini berkait rapat dengan syarat-syarat yang perlu ada untuk menjadi seorang pentafsir. Bagi menentukan metod pentafsir masa kini, penulis akan menerangkan syarat-syarat pentafsir seterusnya melihat hubungan dan kaitan antara syarat dan metod pentafsir masa kini. Terdapat beberapa syarat atau ilmu yang perlu diketahui oleh seorang pentafsir antaranya: (Al-Jaafar, Al-Sirhan, t.t) 1- Mengetahui hadis dan semua perkara yang berkaitan dengan hadis sama ada dari segi riwayah dan dirayah hadis, cara memastikan kekuatan hadis dan sebagainya. 6

2- Mengetahui ilmu bacaan ini adalah kerana kebanyakan makna al-quran bergantung kepada jenis bacaan. Perbezaan dari segi bacaan kebiasaannya memberi maksud atau makna yang berbeza dalam sesuatu perkataan di dalam al-quran. 3- Mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa arab dari segi tarikhnya, perbezaan bahasa, tatabahasa dan sebagainya kerana al-quran diturunkan dengan sempurna dari segi susunannya dan lengok bahasanya. 4- Mengetahui sejarah kepulauan Arab dan keadaannya sebelum Islam dan selepas Islam kerana al-quran banyak menyelesaikan perkara-perkara yang tidak jelas ketika itu dan membetulkan adat-adat atau peraturan-peraturan yang salah. 5- Mengetahui agama-agama yang terdahulu sebelum kedatangan Islam dan turunnya alquran kerana al-quran membincangkan tentang keagamaan dan memberi petunjuk kepada ajaran yang benar. 6- Mengetahui ilmu-ilmu Islam lain yang muncul selepas turunnya al-quran seperti ilmu usul fiqh, ilmu mantik dan ilmu akidah untuk menolak pandangan-pandangan salah atau serong terhadap al-quran. Semua syarat-syarat dan ilmu-ilmu diatas perlu diketahui oleh para pentafsir dalam melakukan aktiviti pentafsiran. Tanpa pengetahuan yang mendalam terhadap ilmu-ilmu ini sudah tentu pentafsiran yang dibuat tidak menepati kehendak atau kualiti sesuatu pentafsiran itu. Setiap jenis tafsir mempunyai syarat atau ilmu tambahan yang perlu diketahui oleh para pentafsir dalam melakukan aktiviti pentafsiran. Apabila seseorang pentafsir ingin membuat tafsiran terhadap ayat-ayat hukum, sudah tentu terdapat beberapa ilmu atau syarat khusus yang perlu diketahui selain daripada ilmu-ilmu diatas. Syarat-syarat khusus ini adalah untuk memastikan seorang pentafsir itu benar-benar layak membuat tafsiran ayat hukum kerana ia melibatkan masalah masalah hukum dalam semua aspek kehidupan. Diantara syarat-syarat atau ilmu-ilmu khusus yang perlu diketahui adalah seperti berikut: 1- Mengetahui Ilmu fiqh perbandingan, pentafsir seharusnya mengetahui sekurang-kurang 4 mazhab yang mashur untuk mengelakkan beliau terpengaruh dengan sesuatu mazhab sahaja. 2- Mengetahui ilmu Nasikh dan Mansukh 3- Mengetahui ilmu Taarud dantarjih. 4- Mengetahui kisah-kisah dan riwayat-riwayat zaman dahulu. 7

5- Mengetahui ilmu asbab nuzul. 6- Mengetahui ilmu istinbat ahkam. Semua ilmu-ilmu ini penting ketika melibatkan pentafsiran ayat hukum, ini adalah kerana tafsir ayat hukum menekankan pentafsiran tentang ayat-ayat yang terdapat permasalahan hukum didalamnya. Ilmu-ilmu khusus ini menjadi metod pentafsir dalam membuat pentafsiran kerana kebanyakan tafsir ayat hukum hanya membuat tafsiran tentang hukum-hukum yang terdapat didalam ayat ataupun surah tanpa membuat pentafsiran makna-makna ayat secara terperinci sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan pentafsir pentafsir yang terkenal pada zaman dahulu seperti Al-Jassos, Ibnu Al-Arabi, Ibnu Al-Jawzy dan sebagainya. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PENTAFSIR DALAM PENTAFSIRAN Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan oleh pentafsir dalam aktiviti pentafsiran agar tidak melakukan kesalahan dan mengeluarkan pendapat yang tidak benar dalam al-quran, antara perkara-perkara itu adalah seperti berikut: (al-zahabi: t.t) 1- Menerangkan makna al-quran tanpa mengetahui ilmu-ilmu yang perlu diketahui oleh seorang pentafsir dengan sewenang-wenangnya. 2- Membincangkan perkara-perkara yang hanya Allah sahaja mengetahui secara mendalam, seperti ayat-ayat mutasabihah dan lain-lain. 3- Mengikut hawa nafsu dalam membuat pentafsiran. 4- Membuat pentafsiran dengan berpegang dengan mazhab yang salah, mendahulukan mazhab kemudian menyesuaikan dengan tafsir. Sedaya upaya membuat tafsiran yang bertepatan dengan pendapat mazhab yang dipegang. 5- Membuat tafsiran yang tidak boleh diubah-ubah, contohnya maksud ayat ini adalah begini dan begini tanpa membuktikannya dengan dalil yang kukuh. Kesimpulannya, semua perkara ini perlu dijauhi oleh pentafsir dalam memastikan tafsiran yang dibuat benar-benar menepati ciri-ciri pentafsiran yang dikehendaki. Segala kesilapan atau kesalahan yang terdapat dalam pentafsiran sama ada dari segi makna ayat atau hukum yang dikeluarkan boleh menimbulkan kekeliruan dan huru-hara dikalangan masyarakat Islam. METOD YANG PERLU DIKUTI OLEH PENTAFSIR DALAM PENTAFSIRAN 8

Penulis telah menerangkan segala jelas dan terang tentang syarat-syarat yang perlu ada untuk menjadi pentafsir. Disamping itu juga, penulis telah menjelaskan beberapa syarat khusus untuk melakukan aktiviti pentafsiran yang melibatkan tafsir ayat hukum dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam pentafsiran. Semua perkara tersebut merupakan metod asas yang perlu dikuti oleh setiap pentafsir, namun begitu terdapat metod-metod yang khusus yang perlu dititikberatkan supaya tidak terkeluar dari maksud sebenar yang dikehendaki, antaranya: (al-zahabi-t.t) 1- Membuat tafsiran yang tepat, tanpa mengurangkan penerangan makna yang perlu dijelaskan dan tidak menambah perkara yang tidak perlu ditambah. Memastikan tafsiran yang dibuat bertepatan dengan maksud ayat al-quran. 2- Memelihara makna hakiki dan makna majazi mengikut kesesuaian ayat dan maksud sebenar. 3- Menjaga penulisan dan tujuan bentuk lafaz yang digunakan. 4- Menghubungkan peristiwa antara ayat agar al-quran dilihat mempunyai kesinambungan antara yang terdahulu dan yang terkemudian. 5- Menerangkan sebab turunnya ayat, kebanyakan ayat yang turun mempunyai sebabsebabnya tersendiri. 6- Setelah menerangkan peristiwa dan sebab turunnya ayat, dimulakan tafsiran dengan makna kalimah, nahu dan saraf dan seterusnya hinggalah sampai ke bahagian istinbat ayat hukum. 7- Sekiranya terdapat ayat hukum yang berselisih pendapat antara ulama, pentafsir haruslah memilih pendapat yang tepat mengikut kaedah Taarud dan Tarjih. Semua kaedah-kaedah di atas perlu diikuti dan dihayati dengan baik oleh setiap seseorang yang ingin menjadi pentafsir yang berkualiti. Bagi pentafsir masa kini pengetahuan tentang metodmetod ini amat penting kerana pentafsiran masa kini makin mencabar dengan timbulnya beberapa tafsiran baru al-quran yang menjadi panduan masyarakat Islam masa kini. Jika diperhatikan secara umumnya pada masa kini tidak terdapat ramai orang atau ulama yang bergiat secara langsung dalam aktiviti pentafsiran, kemungkinan ini disebabkan kekurangan kemampuan dan kelayakan seseorang itu dalam menguasai ilmu-ilmu yang diperlukan untuk menjadi pentafsir dan kurang pengetahuan tentang metod-metod pentafsiran yang merupakan elemen penting dalam memastikan mutu dan kualiti sesuatu pentafsiran itu. 9

METOD IBNU AL-ARABI DAN HUBUNGAN DENGAN METOD PENTAFSIR MASA KINI Setelah membincangkan secara terperinci metod yang digunakan oleh Ibnu Al-Arabi dalam kitab tafsirnya ahkam al-quran, penulis akan menerangkan hubungan dan kaitan antara metod yang digunakan oleh Ibnu Al-Arabi dengan metod pentafsir masa kini. Setelah diteliti dan dikaji secara umumnya penulis mendapati terdapat beberapa metod yang telah digunakan oleh Ibnu Al-Arabi dalam membuat tafsiran tentang al-quran. Memandangkan kitab ini merupakan kitaf tafsir ayat hukum, sudah tentu ia melibatkan permasalahan hukum dan pendapat dari para ulama. Setelah diperhatikan metod yang digunakan oleh Ibnu Al-Arabi ketika menyelesaikan masalah hukum, penulis mendapati beliau banyak terpengaruh dengan mazhab Maliki dalam sesuatu isu. Namun begitu kadang-kadang beliau ada juga mengunakan pendapat mazhab lain sekiranya mempunyai dalil dalil yang kukuh dalam sesuatu isu. Penulis berpendapat metod pemilihan mazhab atau pengaruh mazhab merupakan metod yang penting yang harus diketahui oleh pentafsir masa kini. Seseorang yang ingin menjadi pentafsir masa kini terutama yang melibatkan pentafsiran ayat hukum harus menguasai atau mempunyai pengetahuan yang cukup dalam fiqh perbandingan. Pengetahuan yang cukup tentang fiqh perbandingan dapat mengelakkan seseorang pentafsir itu berpegang dengan sesuatu mazhab sahaja dan mengambil kira pendapat mazhab-mazhab lain dalam sesuatu isu atau permasalahan. Manakala dari segi metod ikutan pentafsir yang terdahulu, penulis mendapati bahawa Ibnu Al- Arabi ada mengikut metod pentafsir yang terdahulu darinya seperti Iman Al-Tobari dan Al-Jassos. Perkara ini adalah disebabkan mereka sama-sama menulis atau membuat tafsiran tentang ayatayat hukum, walaupun begitu terdapat juga perbezaan metod yang digunakan antara mereka terutama dari segi cara susunan kitab dan surah, penerangan dalam ayat hukum dan sebagainya. Penulis juga berpendapat bahwa metod ikutan pentafsir terdahulu juga perlu diketahui oleh pentafsir masa kini kerana sebelum seseorang pentafsir membuat pentafsiran seharusnya mereka meneliti dan melihat bagaimana metod yang digunakan oleh pentafsir terdahulu. Sekiranya seseorang pentafsir ingin membuat tafsiran tentang ayat-ayat-hukum, hendaklah beliau merujuk kepada tafsir ayat-ayat hukum, ianya terpulang kepada beliau sama ada ingin mengikut metod yang digunakan ataupun tidak. 10

Seterusnya metod nukilan dari sumber tafsir terdahulu, penulis mendapati Ibnu Al-Arabi ada membuat nukilan dari tafsir terdahulu seperti tafsir jamik al- bayan an takwil Al-quran, tafsir alnikas dan tafsir ahkam al-quran al-jassos. Walaupun Ibnu Al-Arabi ada membuat nukilan dari tafsir-tafsir tersebut, beliau cukup berhati-hati dengan nukilannya dan sekiranya terdapat perkara yang beliau tidak persetujui, beliau akan mengkritiknya dan menegurnya. Metod nukilan terhadap tafsir terdahulu juga perlu ada pada seseorang pentafsir, kerana ada perkara yang tidak perlu ditafsirkan lagi kerana ia sudah jelas dan terang hanya membuat nukilannya saja atau mengubah gaya bahasa. Tetapi apa yang perlu dititik beratkan oleh pentafsir masa kini ketika membuat pentafsiran adalah sifat berhati-hati dalam setiap nukilan yang dibuat. Selain daripada metod-metod yang tersebut diatas, pentafsir juga perlu mengetahui metod pemilihan pendapat yang paling tepat sekiranya berlaku perselisihan pendapat antara ulama dalam sesuatu isu. Kita mendapati Ibnu Al-Arabi telah menggunakan dua cara dalam memilih sesuatu pendapat iaitu penggunaan sanad dan matan serta kaedah Taarud dan Tarjih. Oleh yang demikian, pentafsir masa kini seharusnya mendalami ilmu Taarud dan Tarjih ini sebaik mungkin kerana pengetahuan yang meluas tentang kaedah ini akan memudahkan para pentafsir membuat pentafsiran seterusnya dapat membuat pemilihan pendapat yang tepat dalam sesuatu isu. Kesimpulannya, penulis mendapati sekiranya seorang pentafsir yang ingin membuat pentafsiran tentang ayat-ayat hukum hendaklah mengetahui sekurang-kurang empat metod yang utama iaitu metod penggunaan mazhab, metod ikutan dan nukilan pentafsir terdahulu dan metod pemilihan pendapat yang tepat. Selain daripada itu juga, pentafsir hendaklah memiliki syarat-syarat umum dan khusus untuk menjadi seorang pentafsir dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak seharusnya dilakukan ketika melakukan aktiviti pentafsiran bagi memastikan hasil pentafsiran benar-benar menepati ciri ciri yang dikehendaki. PENUTUP 1- Ibnu Al-Arabi merupakan seorang yang terkenal dalam bidang pentafsiran ayat ayat hukum. 2- Terdapat perbezaan kitab ahkam al-quran Ibnu Al-Arabi dengan kitab tafsir ayat-ayat hukum yang lain terutama dari segi metod penyusunan bab dan perbincangan hukum. 11

3- Ibnu Al-Arabi sangat berpengaruh dengan mazhab Maliki dalam pentafsirannya disamping menerima pendapat mazhab lain dalam keadaan tertentu. 4- Ibnu Al-Arabi ada mengunakan metod pentafsir-pentafsir terdahulu disamping membuat nukilan dari mereka sama ada banyak ataupun sikit. 5- Ibnu Al-Arabi mengunakan sanad dan matan serta kaedah Taarud dan Tarjih sekiranya berlaku perselilisihan pendapat antara mazhab. 6- Pentafsir masa kini hendaklah mengetahui metod-metod yang digunakan oleh Ibnu-Arabi dalam pentafsirannya supaya menjadikannya panduan ketika melakukan pentafsiran. 7- Pentafsir masa kini hendaklah memiliki syarat-syarat yang umum dan khusus untuk menjadi seorang pentafsir yang berkualiti. 8- Pentafsir juga perlu mengetahui metod-metod yang umum dan khusus dalam aktiviti pentafsiran untuk memastikan hasil pentafsiran benar-benar menepati ciri-ciri yang dikehendaki. 9- Pentafsir hendaklah mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak seharusnya dilakukan dalam aktiviti pentafsiran. 12