BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

dokumen-dokumen yang mirip
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Bahasa Malaysia (910)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

015/025/035 MATEMATIK

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Lampiran I ம ணவர வ பரப ப வம 1. : 2. : 3. / 4. : 5. : : 6... (UPSR) : A B C D E 7. : : ( ) 8. :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

2.0 PENYATAAN MASALAH

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Bahasa Malaysia (910)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PERBANDINGAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN BAHASA TAMIL DI DALAM KELAS BIASA DAN KELAS POL

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. pembentukan kata dalam akhbar harian bahasa Tamil. Seterusnya, pernyataan masalah,

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

LAPORAN PENYELIDIKAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. Sesungguhnya, pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran semestinya mempunyai

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Transkripsi:

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian tentang penggunaan kohesi nahuan dalam karangan pelajar tingkatan tiga. Seramai enam puluh orang pelajar daripada dua buah sekolah telah menjadi sampel kajian. Dalam bab ini pengkaji membincangkan mengenai dapatan kajian, implikasi kajian dan cadangan penyelidikan akan datang. Perbincangan mengenai dapatan kajian dilakukan berdasarkan pada penganalisaan data mengenai kekerapan penggunaan sarana kohesi nahuan dan pencapaian gred karangan responden. Selain itu, perbincangan mengenai hubungan antara tabiat membaca dan pencapaian gred karangan juga dilakukan. Dapatan-dapatan daripada analisis data dalam bab empat diteliti dan diberi ulasan sama ada kajian ini menjawab persoalan kajian yang dikemukakan dalam bab 1 atau tidak. Kaedah pengiraan peratusan mudah digunakan untuk mentafsir gred karangan. Kaedah ini juga digunakan untuk mengkaji bilangan jenis kohesi nahuan yang digunakan dalam karangan peserta mengikut jenis karangan, iaitu karangan jenis perbincangan dan karangan jenis perbahasan. Faktor- 101

faktor latar belakang juga dikaji dalam kajian ini. Faktor-faktor latar belakang ini meliputi kumpulan gender (lelaki dan perempuan) dan kumpulan minat membaca. Faktor latar tempat iaitu bandar atau luar bandar juga dikaji untuk memperolehi dapatan mengenai gred karangan dan implikasinya terhadap prestasi karangan. Pengkaji telah menganalisis jenis karangan yang dipilih oleh pelajar mengikut gender dan latar tempat. Didapati pelajar dari luar bandar lebih gemar memilih jenis karangan perbincangan dan pelajar dari bandar membuat pemilihan karangan jenis perbahasan sebagai topik pilihan mereka. Kajian juga menunjukkan sama ada pelajar lelaki atau perempuan dari bandar memilih tajuk perbahasan sebagai topik utama mereka. Kajian juga membuktikan bahawa pelajar perempuan merupakan golongan yang paling ramai mengambil Bahasa Tamil dalam peperiksaan PMR berbanding dengan pelajar lelaki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan sarana kohesi nahuan oleh pelajar untuk menulis karangan adalah sangat baik. Dalam menghasilkan karangan, pelajar tidak menghadapi kesukaran menggunakan sarana-sarana kohesi nahuan. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan sarana kohesi nahuan dalam karangan jenis perbincangan lebih tinggi daripada karangan jenis perbahasan. Sebanyak dua ratus lapan puluh lima sarana kohesi nahuan digunakan dalam karangan jenis perbincangan dan dua ratus tujuh puluh tiga sarana kohesi nahuan digunakan dalam karangan perbahasan. Perbezaan 102

penggunaan sarana kohesi nahuan di antara karangan perbincangan dan perbahasan tidaklah begitu ketara, iaitu perbezaannya cuma dua belas atau 1% sahaja. Ini menunjukkan bahawa pelajar menguasai kemahiran menggunakan sarana kohesi nahuan dalam kedua-dua jenis karangan. Dapatan juga membuktikan bahawa sarana kohesi nahuan yang paling banyak digunakan dalam kedua-dua jenis karangan adalah sarana KNR. Antara kesemua sarana kohesi nahuan yang digunakan dalam karangan jenis perbahasan, didapati bahawa sarana KNR menunjukkan pencapaian peratusan kekerapan yang paling tinggi. Ini bermakna, sarana KNR merupakan sarana kohesi nahuan yang paling banyak digunakan oleh responden kajian ini dalam karangan jenis perbahasan mereka. Didapati bahawa penggunaan sarana KNR dalam karangan perbincangan adalah kurang berbanding dengan karangan jenis perbahasan. Keputusan analisis juga menunjukkan bahawa penggunaan sarana KNE dalam kedua-dua jenis karangan adalah paling rendah berbanding dengan penggunaan sarana-sarana kohesi nahuan yang lain. Kohesi nahuan KNR digunakan dalam beberapa kategori mengikut keperluan jenis karangan masing-masing. Kategori KNR yang digunakan oleh para pelajar dalam karangan mereka adalah seperti KNR personal, demonstratif dan komparatif. Karangan gred baik memperlihatkan penggunaan KNR kesemua jenis tersebut dengan betul dan sesuai. Didapati juga karangan gred A dan B menunjukkan jumlah penggunaan sarana KNR yang banyak dan juga lebih variasinya jika dibandingkan dengan karangan gred C dan gred D. Dengan ini disimpulkan bahawa karangan gred baik memerlukan penggunaan sarana 103

KNR yang tinggi atau yang sepatutnya untuk menentukan kesepaduan bentuk, isi karangan dan mutu bahasa karangannya. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa karangan yang mendapat gred C dan D dan E memperlihatkan penggunaan sarana KNR kurang sesuai, tidak tepat dan penggunaan yang salah. Ini juga menyebabkan karangan itu kurang bermutu dan mengandungi kesalahan tatabahasa. Penggunaan kohesi nahuan yang salah juga melemahkan gred karangan pelajar. Kesalahan yang menonjol akibat penggunaan kohesi nahuan yang salah ialah kesalahan struktur ayat, ayat tergantung dan idea dan isi yang dikemukakan mengelirukan dan pengolahan isi kurang kemas. Satu lagi kesalahan yang ketara dalam analisis kajian ini ialah penggunaan sarana kohesi yang sering diulangi. Ini melemahkan atau membosankan para pembaca. Satu lagi kesilapan yang ditemui dalam penggunaan sarana KNR bagi karangan gred lemah ialah penggunaan sarana KNR rujukan gantinama yang salah. Pelajar memulakan ayat dengan gantinama tunggal dan menyudahkan dengan gantinama jamak dan sebaliknya. Penggunaan gantinama bagi manusia, binatang dan benda bukan hidup yang salah juga mencacatkan prestasi karangan pelajar. Secara rignkasnya dapat dirumuskan bahawa karangan gred lemah memperlihatkan penggunaan, sarana KNR yang kurang berkesan, tidak bervariasi dan sering diulangi. Ini menyebabkan karangan ini menjadi kurang mantap. 104

Sarana KNK adalah sarana kohesi nahuan yang terdiri daripada kata hubung. Dalam karangan gred A, B dan C peserta kajian telah menggunakan banyak variasi KNK. Anatarnya ialah kata hubung aditif, adversatif, kausal dan temporal. Pelajar yang menghasilkan karangan gred baik, menggunakan sarana KNK yang tepat dan bervariasi. Karangan yang bergred D memperlihatkan kekurangan penggunaan sarana KNKyang bervariasi dan pemilihan sarana KNK yang kurang tepat serta pengulangan sarana KNK yang sama dalam karangan mereka. Maka didapati karangan gred lemah kurang menunjukkan hubungan di dalam sesuatu ayat dan hubungan antara ayat. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan sarana KNP dalam kedua-dua jenis karangan gred A, B, dan C adalah baik, tepat dan sesuai. Pelajar karangan gred A, B dan C menggunakan sarana KNP yang lebih variasi dan lebih berkesan. Karangan yang mendapat gred lemah pula menunjukkan penggunaan sarana KNP yang sama jenis dan pengulangan item yang sama. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penggunaan sarana KNP yang tepat menentukan kualiti karangan sedangkan kajian menunjukkan karangan lemah kurang menggunakan sarana KNP yang tepat. Penggunaan sarana KNE dalam karangan gred A,B dan C tidak ada banyak variasi dan bilangan penggunaanya juga sangat minima. Didapati penggunaan sarana KNE dalam karangan responden sangat kurang kerana penguasaan bahasa sastera kurang menonjol tambahan pula, kohesi nahuan ellipsis yang 105

lazimnya digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Tamil adalah dengan menggugurkan maksud yang didukung oleh kata atau frasa nama yang berfungsi sebagi objek ayat. Manakala pengguguran maksud yang didukung oleh frasa kerja sebagai predikat yang sudah wujud dalam ayat pertamanya, hanya terdapat dalam Bahasa pertuturan ataupun dialog. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang menghasilkan karangan gred lemah bagi kedua-dua jenis karangan tidak menggunakan sarana KNE dalam karangan yang dihasilkan. Secara keseluruhannya, didapati karangan gred baik yang dihasilkan oleh responden-responden kajian memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis sarana kohesi nahuan dalam kedua-dua jenis karangan mereka. Karangan gred baik memperlihatkan bahawa sarana kohesi yang digunakannya adalah tepat dan sesuai mengikut keperluan karangan yang dihasilkan. Kajian juga membuktikan bahawa sarana kohesi nahuan yang mudah dan sukar digunakan dengan sama banyaknya dalam karangan gred baik. Kelemahan pelajar yang ternyata daripada segi penggunaan kohesi nahuan ialah pengulangan dan kesilapan menggunakannya dengan tepat. Pelajar yang menghasilkan karangan gred lemah, menghadapi masalah dalam pemilihan sarana kohesi yang sesuai dan tepat mengikut tajuk dan jenis karangan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menyusun idea dan seterusnya gagal dalam melahirkan ayat-ayat yang kohesif dalam karangan mereka. Maka, karangan mereka menjadi tidak kohesif dan kurang mantap. 106

Faktor gender diambil kira dalam kajian ini untuk menentukan peratusan penggunaan kohesi nahuan dalan karangan jenis perbincangan dan perbahasan. Gender kajian terdiri daripada 22 orang pelajar lelaki dan 38 orang pelajar perempuan. Kajian menunjukkan peratusan kekerapan penggunaan kohesi nahuan dalam karangan perbahasan bagi pelajar lelaki adalah kurang, sedangkan peratusan kekerapan penggunaan kohesi nahuan dalam karangan perbahasan pelajar perempuan adalah tinggi. Ini menunjukkan pelajar perempuan menggunakan bilangan kohesi nahuan yang paling tinggi dalam karangan perbahasan. Perbezaan peratusan penggunaan kohesi nahuan di antara pelajar perempuan dan lelaki adalah sangat ketara. Prestasi pencapaian peratusan kekerapan penggunaan sarana kohesi nahuan bagi pelajar lelaki dalam karangan perbincangan ialah 36.7%, manakala prestasi peratusan kekerapan penggunaan sarana kohesi yang dicapai oleh pelajar perempuan dalam karangan perbincangan ialah 56.7%. Bagi karangan perbahasan pula, prestasi peratusan kekerapan penggunaan sarana kohesi nahuan yang dicapai oleh pelajar lelaki dalam karangan perbahasan ialah 36.6%, manakala prestasi peratusan kekerapan penggunaan sarana kohesi nahuan pelajar perempuan pula 70.1%. Maka dapatan menunjukkan bahawa dalam dua-dua jenis karangan, iaitu perbahasan dan perbincangan, pelajar perempuan menggunakan lebih banyak sarana kohesi nahuan berbanding pelajar lelaki. Pengkaji juga menyelidik tabiat membaca dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Respon dalam kajian ini berasaskan kepada kekerapan membaca skala selalu, sederhana dan tidak membaca. Keputusan 107

menunjukkan bahawa daripada jumlah pelajar 60 orang, seramai 22 orang telah menunjukkan tabiat membaca yang tinggi, iaitu 36.7% dan peratusan tabiat membaca dengan kadar sederhana ialah 46.7% dan tabiat tidak membaca langsung ialah 16.6%. Dapatan menunjukkan tabiat membaca mempengaruhi gred karangan yang diperolehi oleh pelajar. Golongan pelajar yang selalu membaca mendapat gred A ialah 70%, manakala yang sederhana membaca ialah 30%. Sedangkan yang tidak membaca lansung tidak mendapat gred A. Jumlah pelajar yang mendapat gred B ialah 18 orang dan daripada mereka yang selalu membaca ialah 6 orang (33.3%), sederhana membaca ialah 11 orang (61.1%) dan tidak membaca ialah seorang (5.6%). Tabiat membaca memperkayakan mutu penulisan karangan dan menambahkan penggunaan kohesi dalam karangan mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan peratuasan tabiat membaca yang sangat tinggi terdapat pada golongan pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. Tabiat ini juga memperkukuhkan gred yang diperolehi. Peratusan pelajar perempuan yang mendapat gred A adalah lebih tinggi, iaitu 85% manakala hanya 15% pelajar lelaki sahaja memperolehi gred A. Peratusan yang gagal atau mendapat gred D juga terdiri daripada pelajar yang mempunyai tabiat membaca secara sederhana dan dari kumpulan yang tidak berminat membaca. Prestasi pelajar yang selalu membaca memperlihatkan peratusan kekerapan penggunaan kohesi nahuan yang tinggi. Maka dapatlah disimpulkan bahawa tabiat membaca bukan hanya menentukan kualiti karangan atau gred karangan 108

malah kekerapan penggunaan kohesi nahuan juga sangat tinggi. Ini membuktikan bahawa budaya membaca memperkayakan perbendaharan kata dan pelajar dapat menguasai tatabahasa secara tidak langsung. Penggunaan jumlah kohesi nahuan bagi kumpulan pelajar yang rminat membaca yang tinggi menunjukkan prestasi pencapaian yang tinggi berbanding dengan kumpulan pelajar kurang berminat membaca bagi keduadua jenis karangan. Secara keseluruhannya, kajian ini memperlihatkan bahawa karangan gred baik menggunakan sarana kohesi yang banyak berbanding dengan karangan gred lemah. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, didapati bahawa pelajar yang mencapai gred baik menunjukkan prestasi yang lebih tinggi dalam mewujudkan perkaitan semantik dalam karangan mereka. 5.1 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kajian ini telah meninjau tentang kekerapan penggunaan kohesi nahuan dalam karangan Bahasa Tamil yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan tiga untuk melihat aspek kebahasaan dari segi perkaitan semantik bagi melahirkan kejituan teks yang dihasilkan. Analisis pencapaian kohesi dalam kajian ini memperlihatkan bahawa, secara kuantitatifnya, penggunaan jenis sarana kohesi nahuan berbeza mengikut jenis karangan, iaitu antara karangan jenis perbincangan dan karangan jenis perbahasan dan juga berbeza mengikut faktor-faktor latar belakang peserta kajian iaitu, gender, tabiat membaca, dan gred karangan. Penggunaan jenis-jenis sarana kohesi nahuan, ysng dianalisis 109

secara deskriptif, menujukkan bahawa perkaitan semantik wujud dalam karangan pelajar gred baik. Dapatan kajian ini diharapkan akan membantu pendidik- pendidik Bahasa Tamil, Pusat Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Buku Teks, Institusi Pendidikan Tinggi, dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini akan membantu guru-guru untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran karangan bahasa Tamil yang baik. Melalui kajian ini dapat dibuktikan bahawa penggunaan kohesi nahuan yang sesuai dari segi bilangan, kesesuaian dan ketetapan dalam karangan akan meningkatkan kualiti karangan. Oleh itu, bahagian pelaporan secara deskriptif tentang penggunaan kohesi dalam kajian ini amat bermanfaat dan akan menjadi panduan kepada guru- guru Bahasa Tamil. Dapatan kajian membuktikan bahawa penguasaan penggunaan kohesi nahuan penting dalam kemahiran menulis. Ini bererti para guru perlu memberikan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran kohesi nahuan. Mereka seharusnya mengajar cara menggunakan sarana kohesi dengan betul dan sesuai mengikut kehendak tajuk karangan dan jenis karangan. Dengan itu, pelajar akan menghasilkan ayat yang benar-benar kohesif dan karangan yang berkualiti. Berdasarkan dapatan kajian ini karangan yang mutunya baik menunjukkan kekohisifan yang utuh dan penggunaan sarana kohesi yang bervariasi. Ini bererti keupayaan pelajar menghasilkan pertautan dalam 110

karangan merupakan salah satu faktor utama menentukan gred karangan mereka. Tambahan pula, pengetahuan mengenai kepentingan kekohisifan dalam karangan amat berguna bagi membantu pelajar mengelakkan daripada menulis secara membuta-tuli dan menghasilkan karangan yang tidak memperlihatkan kelancaran bahasa dan perkaitan isi. Dengan ini dicadangkan aspek pengajaran kemahiran kohesi harus dijadikan sebagai salah satu kemahiran dalam sukatan pelajaran bahasa Tamil di peringkat sekolah menengah bagi memperkukuhkan kemahiran mengarang dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan pencapaian kohesi antara gender. Ini memberikan implikasi bahawa pelajar yang berbeza latar belakang memerlukan pengajaran secara langsung yang menekankan perkaitan semantik. Maka, guru perlu peka terhadap tahap keupayaan pelajar menguasai kemahiran menggunakan sarana kohesi. Mereka juga perlu merancang teknik pengajaran kohesi yang sesuai supaya pelajar tidak tercicir. Guru-guru perlu memperbanyakkan latihan dan membuat diagnosis terhadap karangan pelajar. Sekolah juga perlu mengadakan latihan perkembangan staf kepada guru-guru untuk membantu memantapkan kemahiran menulis pelajar. Penemuan kajian ini juga akan memberi implikasi kepada para penulis buku teks dan buku ulangkaji untuk memberi penekanan mengenai analisis wacana, khususnya tentang penggunaan kohesi dalam penulisan 111

karangan, dalam hasil tulisan mereka. Para perancang bahasa, juga harus mengadakan seminar, kursus dan bengkel yang berkaitan dengan pertautan dalam penulisan karangan. Berasaskan impilikasi yang dinyatakan, penekanan terhadap pengajaran kohesi secara sedar dalam pengajaran dan pemelajaran kemahiran menulis karangan amat diperlukan supaya pelajar mahir menggunakan kohesi dalam ayat agar karangan mereka lebih kohesif. Satu anjakan paradigma akan dapat dilihat dalam kemahiran penulisan karangan Bahasa Tamil jika ianya diimplikasikan dalam bidang tersebut. Penyelidikan ini hanya bertumpu pada analisis peratusan kekerapan penggunaan kohesi nahuan dalam karangan jenis perbincangan dan perbahasan oleh pelajar tingkatan tiga dengan melihat pada gender, tabiat membaca, latar tempat, serta gred karangan. Oleh itu, beberapa cadangan kepada para penyelidik untuk kajian-kajian selanjutnya. Kajian selanjutnya boleh dilakukan dengan menghasilkan modul yang boleh menguji pelajar dalam kemahiran mengaplikasi sarana kohesi dalam karangan. Input yang diperolehi oleh pelajar melalui modul dalam kajian ini mungkin boleh membantu mereka untuk menggunakan sarana kohesi secara tepat supaya dapat menggabungkan ayat dan perenggan dengan utuh. Kajian seumpama ini akan membantu warga guru untuk mendapatkan teknik pengajaran yang lebih bermakna lagi dalam konteks pengajaran bahasa 112

Tamil agar mempertingkatkan lagi penguasaan kemahiran menulis pelajar dalam menghasilkan karangan yang kohesif dan utuh. Oleh kerana kajian ini hanya mengambil kira dua jenis karangan, maka adalah wajar bagi mengkaji karangan jenis lain. Selain itu, perbandingan juga boleh dilakukan di antara tingkatan, status ekonomi dan pencapaian akademik pelajar. Kesemua ini akan memberi manfaat kepada guru dalam merancang teknik pengajaran dan pemelajaran Bahasa Tamil. Peserta kajian ini hanya terbatas kepada pelajar tingkatan tiga di dua buah sekolah sahaja. Oleh itu, tidak wajar untuk membuat kenyataan generalisasi berdasarkan hasil kajian ini. Oleh itu, kajian selanjutnya boleh dilakukan dalam kalangan pelajar daripada berlainan negeri, latar tempat, tahap umur bermula daripada peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk mengkaji tahap pencapaian penggunaan sarana kohesi dalam hasil penulisan masing-masing. Kajian juga boleh diadakan untuk meninjau sejauh manakah penggunaan sarana kohesi nahuan yang tepat membantu mencapai gred karangan. Perbandingan penggunaan kohesi nahuan dan leksikal juga akan membantu para penyelidik menentukan gred karangan dan implikasi pengajaran dan pembelajaran karangan bahasa Tamil. Kajian ini hanya mengambil populasi yang sangat minima iaitu 60 orang pelajar, maka kajian yang akan menyusuli seharusnya memperluaskan 113

sampel kajian. Dapatan kajian ini akan membantu merangka kurikulum yang lebih tepat. Kajian-kajian yang bakal dijalankan pada masa yang akan datang diharap membantu warga pendidik bahasa Tamil dan membantu pelajar menghasilkan karangan yang berkualiti. 114