Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. (Undang-undang Konflik Bersenjata)

dokumen-dokumen yang mirip
KETETAPAN 1325 MAJLIS KESELAMATAN PBB MENGENAI WANITA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT

Aduan Kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tentang Pencabulan Hak Asasi Manusia oleh Polis Dalam Mengendalikan Perhimpunan Aman BERSIH 5

Tatakelakuan. Pembekal

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

FAKTOR-FAKTOR ORGANISASI YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN LATIHAN KELOMPOK: SATU KAJIAN DI REJIMEN ARMOR BAB 1 PENDAHULUAN

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. Bab ini akan menerangkan objektif kajian. Ianya juga menerangkan langkah yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

Polisi Privasi. Pengenalan

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

Apakah ISO? pengujudan piawai antarabangsa. yang bermaksud sama rata, seragam.

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Penyelidikan keatas pengurusan bahan buangan dalam industri pembinaan telah menjuruskan bagaimana amalan kerja-kerja sediada

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

Kod pengendalian perniagaan

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Lampiran Penerangan Produk - Pelan Perlindungan Diri Crystal Essentials

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

TOPIC 2 STAKEHOLDER RELATIONSHIPS (HUBUNGAN BERKEPENTINGAN)

Transkripsi:

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (Undang-undang Konflik Bersenjata)

ICRC/ CHIN, Lili APA ITU UUKA? Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang, atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. Ia melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan. UUKA juga dikenali sebagai Undang-undang Peperangan atau Undang-undang Konflik Bersenjata. UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara. UUKA tidak menentukan samada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan lain undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Akan tetapi, sebaik sahaja sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA diguna pakai. UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata konflik antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa. DARI MANAKAH ASAL-USUL UUKA? UUKA dikesan daripada peraturan tamadun purba dan agama dahulu kala. Peperangan sejak dari dahulu lagi telah dihadkan dengan pengamalan prinsip dan adat tertentu yang diterima secara meluas. Kodifikasi sejagat UUKA bermula pada abad ke-19. Sejak itu, negara-negara di dunia telah bersepakat untuk menerima satu siri peraturan yang praktikal, berdasarkan pengalaman pahit mereka dalam peperangan. Peraturan ini berusaha untuk mencapai keseimbangan di antara keprihatinan kemanusiaan dan keperluan ketenteraan sesebuah negara. Sejak berkembangnya masyarakat antarabangsa, bilangan negara yang menyumbang kepada pengembangan UUKA juga bertambah. Hari ini, UUKA merupakan satu badan undang-undang sejagat.

APAKAH PERATURAN ASAS UUKA? Perlindungan ke atas mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi terlibat secara aktif dalam pertempuran UUKA melindungi mereka yang tidak UUKA merangkumi: mengambil bahagian di dalam pertempuran perlindungan ke atas mereka seperti orang awam, kakitangan perubatan yang tidak terlibat, atau tidak dan keagamaan pasukan tentera. Ia juga lagi terlibat secara aktif dalam melindungi mereka yang tidak lagi mengambil pertempuran; bahagian dalam pertempuran tersebut seperti menghadkan cara peperangan, anggota tentera yang tercedera, karam di laut terutama jenis senjata dan ketika peperangan, anggota tentera yang sakit kaedah peperangan seperti dan tawanan perang. taktik ketenteraan. Nyawa, maruah serta integriti fizikal dan mental golongan yang dilindungi mesti dihormati. Mereka juga memiliki jaminan perundangan. Golongan ini mesti diberi jaminan perundangan serta dilindungi dan dilayan dengan perikemanusiaan didalam semua keadaan tanpa perbezaan dan sikap pilih kasih. Lebih terperinci, adalah dilarang untuk membunuh atau mencederakan seorang musuh yang telah menyerah diri atau tidak mampu untuk melawan; mereka yang sakit dan tercedera haruslah dikumpulkan dan dijaga oleh pihak berkuasa yang menemui mereka; dan anggota serta bekalan perubatan, hospital dan ambulan wajib dilindungi setiap masa. Wujud juga peraturan-peraturan khusus yang mengawal keadaan penahanan tawanan-tawanan perang, dan cara bagaimana orang awam patut dilayan apabila mereka berada dalam bidang kuasa pihak musuh. Ini termasuklah peruntukan makanan, tempat tinggal dan khidmat perubatan serta hak untuk berutus khabar dengan keluarga mereka. Undang-undang ini menentukan beberapa simbol yang mudah dikenali, digunakan sebagai lambang melindungi orang, tempat dan objek. Lambang utama adalah Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan simbol-simbol yang mengenalpasti hartabenda warisan dan kelengkapan pertahanan awam. Apakah had penggunaan senjata dan taktik peperangan? UUKA melarang segala cara dan kaedah peperangan dimana: gagal untuk membezakan diantara mereka yang mengambil bahagian dengan mereka (seperti orang awam) yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, tujuannya adalah untuk melindungi masyarakat, individu dan hartabenda awam; mengakibatkan kecederaan yang melampau atau kesengsaraan yang keterlaluan; menyebabkan kemusnahan yang keterlaluan atau kesan jangkapanjang terhadap alam sekitar. Oleh itu, UUKA telah menghadkan atau mengharamkan penggunaan banyak jenis senjata, termasuk peluru letupan, senjata kimia serta biologi, senjata laser yang boleh membutakan dan periuk api.

ICRC/SOHLBERG, Johan APAKAH PERJANJIAN YANG MEMBENTUK UUKA? UUKA terdiri daripada pelbagai perjanjian antarabangsa yang wujud sejak 150 tahun yang lalu. Perjanjian UUKA yang paling dikenali adalah empat Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan kepada konvensyen tersebut. Konvensyen Geneva merupakan perjanjian antarabangsa pertama dalam sejarah moden yang diterima sejagat oleh semua negara. Perjanjian lain menghadkan atau melarang penggunaan senjata dan taktik ketenteraan tertentu dan melindungi orang dan hartabenda dalam kategori tertentu. Perjanjian-perjanjian ini termasuklah: Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-dua protokolnya; Konvensyen Senjata Biologi 1972; Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya; Konvensyen Senjata Kimia 1993; Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api; Protokol 2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas Perang (Explosive Remnants of War/ERW). Kebanyakan peruntukan UUKA telah diterima pakai sebagai undang-undang lazim iaitu sebagai peraturan am di mana semua negara adalah terikat olehnya. Undang-undang lazim tidak bertulis tetapi oleh kerana ia diikuti secara sukarela, ia dianggap sebagai undang-undang yang mengikat kesemua pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata.

Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan Konvensyen Geneva Pertama Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan mereka yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan pertempuran (12 Ogos 1949) Melindungi petempur yang cedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat mereka diberi perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk merawat mereka. Mengawal dan menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Konvensyen Geneva Kedua Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan anak-anak kapal dari angkatan tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran di laut (12 Ogos 1949) Memberi perlindungan kepada petempur-petempur yang terdiri daripada anak-anak kapal yang karam dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan yang membolehkan mereka dibantu. Konvensyen Geneva Ketiga Konvensyen merujuk kepada layanan yang diberikan kepada tawanan perang (12 Ogos 1949) Melindungi angkatan tentera yang ditawan semasa perang. Menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan perang dan mewujudkan hak dan tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka. Konvensyen Geneva Keempat Konvensyen yang berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang (12 Ogos, 1949) Mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya. Protocol Tambahan I Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977) Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. ICRC/LOUIS, Virginie Protokol Tambahan II Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977) Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya. Protokol Tambahan III Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005) Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

SIAPAKAH YANG TERIKAT DENGAN KONVENSYEN GENEVA? Hanya Negara yang boleh menandatangani perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva serta Protokol Tambahannya. Walau bagaimanapun, semua pihak dalam konflik bersenjata sama ada Negara atau kumpulan bersenjata adalah terikat dengan UUKA. ICRC/BREGNARD, Didier UUKA digunapakai sejurus tercetusnya konflik bersenjata dan mengikat secara undang-undang semua yang terlibat, tanpa mengambilkira pihak mana yang memulakan persengketaan. BILAKAH UUKA DIGUNA PAKAI? UUKA diguna pakai hanya ke atas konflik bersenjata; ia tidak merangkumi ketegangan atau kekacauan dalaman seperti tindakan keganasan berasingan dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Dalam konflik bersenjata antarabangsa dan bukan antarabangsa, semua pihak mesti mematuhi peraturan-peraturan UUKA, yang mana membezakan kedua-dua jenis konflik tersebut. Undang-undang ini diguna pakai hanya apabila sesebuah konflik tercebus dan diguna pakai keatas semua pihak, tanpa mengira siapa yang memulakan persengketaan tersebut. Konflik bersenjata antarabangsa bermakna apabila sekurang-kurangnya dua buah negara terlibat. Mereka terikat dengan rangkaian peraturan-peraturan yang luas, termasuk keempat-empat Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan I. Konflik bersenjata bukan antarabangsa atau perang saudara adalah terbatas dalam sempadan sesebuah negara, yang melibatkan samada antara angkatan bersenjata dengan kumpulan pemberontak bersenjata, atau kumpulan-kumpulan bersenjata berlawan sesama sendiri. Satu rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan tersebut terkandung dalam Artikel 3 lazim kepada Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II, yang mana mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga undang-undang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata bukan antarabangsa. KENAPA PERLU MENGHORMATI UUKA? Satu pilihan yang patut dilakukan oleh pihak tentera Dari pandangan pihak ketenteraan, menghormati UUKA adalah satu kewajipan yang munasabah kerana UUKA mengimbangi antara keperluan ketenteraan (untuk memastikan sasaran objektif tentera adalah sah) dengan kemanusiaan (menjadi kesalahan apabila menyebabkan kesengsaraan, kecederaan atau kemusnahan yang melampau dan tidak munasabah bagi mencapai sasaran mereka). Menghormati UUKA, walau bagaimanapun, seperti konsep pertimbangan, adalah sebahagian strategik moden berdasarkan penggunaan sumber secara rasional. Satu tanggungjawab moral Semua bentuk budaya mempunyai peraturan tegas dalam membatasi pengunaan kuasa tentera. UUKA cuma menterjemahkan semua peraturan itu menjadi satu undang-undang dan menjadi satu bahasa pengantaraan sejagat. Dengan mematuhi UUKA, Negara-negara telah memberi diri mereka sendiri peluang untuk memastikan kemanusiaan itu dihormati semasa perang, dan juga menjamin maruah manusia akan dipelihara dalam apa jua keadaan. Satu pilihan politik yang munasabah Melayan pihak musuh yang terdiri dari pasukan tentera dan masyarakat berasaskan UUKA adalah satu cara terbaik untuk menunjukkan kepada pihak musuh agar mereka juga melakukan pekara yang sama. Menghormati tanggungjawab mereka terhadap UUKA akan mendorong pihak lain untuk berbuat demikian juga. Satu kewajipan dari segi undang-undang Apabila sesebuah negara menandatangani perjanjian UUKA ini bermakna ia bersetuju atas tanggungjawabnya yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

ICRC/NG, Norman Artikel 3 Lazim kepada Keempat-empat Konvensyen Geneva 1949 Artikel 3 Lazim kepada Konvensyen Geneva 1949 menyatakan bahawa: Dalam kes konflik bersenjata bukan antarabangsa, yang terjadi dalam kawasan salah satu negara yang memeterai Konvensyen, setiap pihak yang terlibat dalam konflik tersebut adalah terikat untuk menerimapakai paling minima, peruntukan-peruntukan berikut: (1) Orang yang tidak mengambil bahagian secara aktif dalam persengketaan termasuk anggota tentera yang telah meletakkan senjata dan mereka yang tidak lagi terlibat dalam persengketaan kerana sakit, tercedera, ditawan atau atas sebab-sebab lain, haruslah pada setiap masa dilayan dengan perikemanusiaan, tanpa perbezaan berdasarkan bangsa, warna kulit, agama atau kepercayaan, jantina, keturunan atau kekayaan atau lain-lain ciri yang bersamaan. Untuk mencapai matlamat ini, tindakan-tindakan berikut adalah dilarang dan kekal dilarang setiap masa walau di mana jua, terhadap mereka yang dinyatakan di atas: (a) (b) (c) (d) keganasan terhadap nyawa seseorang, khususnya pembunuhan, pencacatan, layanan kejam dan penyiksaan; pengambilan mereka sebagai tebusan; pencabulan terhadap maruah individu, khususnya layanan yang memalukan dan menghina; penjatuhan hukuman dan pelaksanaan hukuman mati tanpa penghakiman terlebih dahulu oleh sebuah mahkamah yang ditubuhkan secara sah dan teratur, yang telah memberi kesemua jaminan perundangan yang diakui dan diterima oleh semua yang bertamadun. (2) Mereka yang tercedera dan sakit haruslah dikumpul dan dirawat. Satu badan kemanusiaan yang saksama seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) boleh menawarkan perkhidmatannya kepada pihak-pihak yang berkonflik. Pihak-pihak yang berkonflik haruslah berusaha untuk menguatkuasakan melalui perjanjian khas, kesemua atau sebahagian peruntukan lain yang terdapat dalam Konvensyen yang sedia ada. Aplikasi peruntukan terdahulu tidak akan menjejaskan status perundangan pihak-pihak yang berkonflik.

ICRC/VON TOGGENBURG, Christoph BAGAIMANAKAH SESEORANG ITU MEMASTIKAN UUKA ITU DIHORMATI? Dalam banyak peperangan dan konflik Sehubungan dengan itu, bersenjata, UUKA telah berjaya membawa usaha mestilah dibuat bagi perubahan dalam melindungi orang awam, menguatkuasakan UUKA tahanan perang, mereka yang sakit dan menukar undang-undang tercedera dan menghadkan penggunaan senjata yang tidak berperikemanusiaan. tersebut kepada tindakan. Malangnya, terdapat juga banyak kejadian pencabulan UUKA. Semakin ramai mangsa perang terdiri daripada orang awam. Langkah undang-undang diiringi dengan tindakan politik Menghormati UUKA melibatkan beberapa kaedah undang-undang (misalnya menandatangani mana-mana perjanjian antarabangsa yang perlu, menggubal dan melaksanakan peraturan yang berkaitan). Negara-negara harus berusaha menghalang pencabulan undang-undang ini, atau menghukum mereka, sekiranya terjadi pencabulan. Khususnya, mereka harus menggubal undang-undang untuk menghukum pencabulan paling serius terhadap Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan, yang dianggap sebagai jenayah perang. Kesemua negara juga mesti meluluskan undang-undang yang melindungi lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah. Adalah menjadi kewajipan semua negara untuk menyebarkan peraturan UUKA kepada angkatan bersenjatanya dan masyarakat awam. Semasa perang dan semasa aman UUKA diterima pakai semasa konflik bersenjata, tetapi langkah-langkah mesti diambil sepanjang masa untuk memastikan bahawa ia sentiasa dihormati. Semasa aman langkah-langkah tersebut mesti diambil untuk memastikan penghormatan kepada UUKA semasa perang. Apabila konflik dijangkakan akan berlaku, selalunya adalah terlambat. Banyak langkah pencegahan yang boleh diambil iktibar semasa aman untuk memastikan UUKA dipatuhi. Dalam lingkungan dan di luar sempadan sesebuah negara Sesebuah negara itu mestilah memastikan UUKA dihormati bukan sahaja di negaranya tetapi mesti juga memastikan bahawa UUKA dihormati di seluruh dunia. Di peringkat antarabangsa, tribunal telah ditubuhkan untuk menghukum kesalahan yang dilakukan dalam tiga konflik terbaru (bekas Yugoslavia, Rwanda dan Sierra Leone). Sebuah Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang dipertanggungjawabkan untuk membawa penjenayah perang ke muka pengadilan, telah ditubuhkan oleh Statut Rome 1998.

Fédération/MAYER, Till APAKAH PERUNTUKAN UUKA YANG MENGAWAL PENGGUNAAN LAMBANG? Peruntukan dalam Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan menentukan bahawa Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah adalah simbol yang dilindungi oleh undang-undang antarabangsa. Peruntukan ini mendefinasikan individu dan perkhidmatan yang berhak menggunakan lambang-lambang tersebut. Penggunaannya adalah dikawal pada setiap masa, waktu aman dan juga ketika konflik bersenjata. Setiap penggunaan lambang tanpa kebenaran adalah dilarang. Secara amnya, penggunaan lambang dibenarkan bagi melindungi pasukan perubatan angkatan tentera dan ketika waktu perang, termasuk juga hospital awam. Ia juga digunakan oleh Persatuan-persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Persekutuan Antarabangsa dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC). Langkah-langkah domestik untuk mengawal penggunaan dan menghalang penyalahgunaan lambang Tanggungjawab untuk memberi hak penggunaan Palang Merah, Bulan Sabit Merah atau Kristal Merah terletak dalam polisi negara, yang harus selaras dengan terma-terma Konvensyen dan Protokol. Untuk memastikan pengawalan penggunaan emblem secara efektif, setiap negara harus mengamalkan langkah-langkah penguatkuasaan seperti berikut: pengenalpastian dan definisi lambang untuk tujuan pengenalan dan perlindungan hak negara untuk mengawal penggunaan lambang entiti-entiti yang diberi kebenaran untuk menggunakan lambang kebenaran penggunaan lambang Seterusnya, sebuah negara harus menggubal perundangan negara bagi melarang dan menghukum penggunaan lambang tanpa kebenaran pada setiap masa. Perundangan ini harus diguna pakai keatas semua jenis penggunaan secara peribadi atau komersial, serta melarang peniruan atau rekabentuk yang boleh disalah anggap sebagai Palang Merah, Bulan Sabit Merah atau Kristal Merah.

PERATURAN ASAS UUKA SECARA RINGKAS: 1. Pembatasan: Hak pihak-pihak yang bersengketa untuk mengguna pakai cara (senjata) dan kaedah (contohnya taktik peperangan) bagi mencederakan musuh adalah TERBATAS. 2. Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar: Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah, adalah dilarang. 3. Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang dan objek awam: Serangan yang ditujukan secara khusus terhadap orang awam adalah dilarang. Pada setiap masa harus dikenalpasti perbezaan diantara anggota/objek tentera dengan anggota/objek awam yang tidak bersalah. 4. Pertimbangan: Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan akan diperolehi secara langsung. 5. Keperluan ketenteraan: Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Ini bukanlah satu alasan untuk berkelakuan tidak berperikemanusiaan atau sebarang aktiviti yang dilarang oleh UUKA. Ia juga bukan satu alasan bagi menyokong kepimpinan yang buruk atau perancangan yang tidak baik. Keperluan ketenteraan diwajarkan bagi langkah-langkah yang tidak dapat dielakkan dalam menjayakan misi mereka. PEMBATASAN PERTIMBANGAN Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Delegasi Serantau Kuala Lumpur Unit 50-11-1, Tingkat 11, Wisma UOA Damansara, No. 50 Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, MALAYSIA. Telefon: +60 3 2084 1800 Faks: +60 3 2084 1999 Emel: kuala_lumpur.kua@icrc.org Laman Web: www.icrc.org T2007.149/305 12/2007 1,000 Gambar Muka Depan: ICRC/HEGER, Boris