Memorandum Pendidikan DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2020

dokumen-dokumen yang mirip
Memorandum Pendidikan DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU 2020

Memorandum Pendidikan

1. Melaksanakan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

2.0 PENYATAAN MASALAH

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

FEDERALISME FISKAL. Perlunya Federalisme Fiskal

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB SATU PENDAHULUAN

Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT Y.B. DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI [ TITIWANGSA 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BAB 5 SUMBER KEWANGAN

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada Kewangan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 14 AUDIT DALAMAN

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Transkripsi:

Memorandum Pendidikan Berkenaan Dengan DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2020 Dikemukakan Oleh The Council of Perak Chinese School Committees Dikemukakan Kepada Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Perak 20 Mac 2006

KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Tren Pertumbuhan Penduduk 1 (3) Tren Pertambahan Murid dan Sekolah Setiap Aliran 5 (4) Cadangan Penyelesaian 6 1. Menggubal Sistem Pembinaan Sekolah Komuniti Untuk Kesemua Aliran Sekolah 6 2. Keperluan Untuk Membina SJKC Yang Mencukupi 10 3. Memperbaiki Pembangunan Ekonomi dan Masalah Migrasi Penduduk 11 4. Memperbetulkan Maklumat Perangkaan 11 (5) Penutup 12 Senarai Jadual Jadual 1A: Pertumbuhan penduduk negeri Perak mengikut daerah, 1980-2020 2 Jadual 1B: Pertumbuhan penduduk negeri Perak mengikut daerah, 1980-2020 2 Jadual 2: Pertumbuhan penduduk Cina negeri Perak, 1970-2020 3 Jadual 3 Pertumbuhan penduduk Cina negeri Perak mengikut daerah, 1980-2000 3 Jadual 4: Bilangan sekolah dan murid bagi setiap aliran sekolah rendah di negeri Perak 4 mengikut daerah, 2004 Jadual 5: Sekolah kurang murid (SKM) di negeri Perak, 2004 4 Jadual 6: Tren pertambahan sekolah, murid dan guru bagi setiap aliran sekolah rendah di 5 negeri Perak, 1970-2005 Jadual 7: Garis panduan perancangan sekolah rendah 6 Jadual 8: Keperluan bilangan dan jenis sekolah di sesuatu kawasan komuniti 8 Senarai Rajah Rajah 1: Jarak dan masa perjalanan di antara rumah kediaman dan sekolah 7 Rajah 2: Perancangan sekolah komuniti 7

Memorandum Pendidikan Berkenaan Dengan Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2020 Dikemukakan Oleh The Council of Perak Chinese School Committees 20 Mac 2006 (1). Pendahuluan Dengan tulus ikhlasnya kami mengemukakan memorandum pendidikan ini bagi menyuarakan beberapa masalah yang dihadapi oleh sekolah rendah Cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC) di Negeri Perak seperti masalah-masalah kekurangan sekolah, kesesakan murid pembinaan semula sekolah, penambahan bangunan sekolah dan masalah sekolah kurang murid bersama dengan beberapa cadangan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Kami berharap kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di pelbagai peringkat dapat memberi perhatian ke atas perkara tersebut dan mengambil tindakan untuk membina SJKC baru, memenuhi keperluan pendidikan rakyat dan menyelesaikan masalah pendidikan dan kehidupan harian yang rakyat hadapi selama ini. (2). Tren Pertumbuhan Penduduk Jumlah penduduk negeri Perak telah bertambah sebanyak 310 ribu orang, iaitu meningkat daripada 1.74 juta kepada 2.05 juta orang. Hampir 170 ribu atau 54% daripada pertambahan penduduk tersebut berada di dalam Daearh Kinta, terutamanya di Bandaraya Ipoh dan kawasan-kawasan pembangunan baru di sekitarnya. Mengikut unjuran Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2020 (DRSNP 2020), penduduk negeri Perak akan bertambah daripada 2.05 juta kepada 2.68 juta orang dalam tahun 2000-2020, iaitu bertambah sebanyak 630 ribu orang. Hampir 250 ribu orang atau 40% daripada pertambahan penduduk tersebut akan berada di dalam Daerah Kinta (Sila rujuk Jadual 1A dan 1B). Oleh itu, projek-projek pembinaan sekolah-sekolah baru dan penambahan bangunan sekolah perlu dilaksanakan di Bandaraya Ipoh dan kawasan-kawasan pembangunan baru di sekitarnya untuk memenuhi keperluan penduduk terhadap setiap aliran sekolah rendah di samping mengatasi masalah kesesakan murid di sekolah-sekolah. 1

Jadual 1A:Pertumbuhan penduduk negeri Perak mengikut daerah, 1980-2020 Daerah Pertumbuhan Penduduk Mengikut Tahun 1980 1991 2000 2005 2010 2015 2020 Hulu Perak 71,372 81,636 86,217 93,260 101,646 109,891 118,794 Selama 26,188 35,909 35,551 35,866 37,444 40,536 45,140 Larut Matang 223,362 235,973 248,691 252,829 256,727 271,172 294,538 Kerian 155,765 148,720 158,830 162,405 167,380 176,970 187,594 Kuala Kangsar 146,292 146,684 150,103 151,507 154,437 163,953 180,196 Kinta 564,886 627,899 731,132 768,323 822,441 894,192 985,249 Perak Tengah 72,679 75,574 85,369 88,790 94,759 103,331 114,663 Manjung 143,610 168,331 198,576 207,680 222,472 243,074 270,621 Batang Padang 136,473 154,686 158,487 169,879 183,741 204,823 232,199 Hilir Perak 203,028 202,059 198,280 199,859 207,981 221,611 247,326 Jumlah 1,743,655 1,877,471 2,051,236 2,130,398 2,249,028 2,429,553 2,676,320 Sumber: (1) Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2020. (2) Jabatan Perangkaan Malaysia, laopran-laporan perangkaan bagi tahun-tahun yang berkenaan. Jadual 1B:Pertumbuhan penduduk negeri Perak mengikut daerah, 1980-2020 Daerah Pertumbuhan Penduduk 1980-2000 2000-2020 Hulu Perak + 14,845 + 32,577 Selama + 9,363 + 9,589 Larut Matang + 25,329 + 45,847 Kerian + 3,065 + 28,764 Kuala Kangsar + 3,811 + 30,093 Kinta + 166,246 + 254,117 Perak Tengah + 12,690 + 29,294 Manjung + 54,966 + 72,045 Batang Padang + 22,014 + 73,712 Hilir Perak 4,748 + 49,046 Jumlah + 307,581 + 625,084 Sumber: Diolah daripada Jadual 1A. Pada keseluruhannya, penduduk negeri Perak semakin bertambah mengikut tahun tetapi penduduk Cina pula semakin berkurangan. Pada tahun 1980 hingga 2000, jumlah penduduk Cina di negeri Perak berkurang sebanyak 70 ribu orang, iaitu daripada 710 ribu menyusut kepada 640 ribu orang (Jadual 2 hingga Jadual 4). Pada hakikatnya, penduduk Cina di negeri Perak sememangnya semakin bertambah tetapi akibat migrasi keluar maka jumlah penduduk Cina semakin berkurangan. Ini kerana ramai penduduk Cina yang berasal dari negeri perak telah bekerja atau menetap di negeri-negeri lain. 2

Migrasi keluar penduduk Cina tersebut telah menyebabkan jumlah penduduk Cina dan murid-murid sekolah rendah Cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina[SJKC]) di kebanyakan daerah semakin berkurangan. Ini telah memburukkan lagi fenomena sekolah kurang murid. Mengikut perangkaan Kementerian Pelajaran, negeri Perak mempunyai 189 buah SJKC pada tahun 2004 tetapi sejumlah 85 buah atau 45% daripadanya merupakan sekolah kurang murid (Jadual 5). Kementerian Pelajaran menetapkan bahawa sekolah yang mempunyai kurang daripada 150 orang murid dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid. Jadual 2:Pertumbuhan penduduk Cina negeri Perak, 1970-2020 Tahun Jumlah Penduduk Penduduk Cina Peratusan Penduduk Cina (%) 1970 1,569,100 666,400 42.5 1980 1,743,655 709,573 40.7 1991 1,877,471 656,729 35.0 2000 2,051,236 643,129 31.4 1970-1980 + 174,555 + 43,173 + 24.7 1980-1991 + 133,816 52,844 1991-2000 + 173,765 13,600 1970-2000 + 482,136 23,271 Sumber: (1) Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2020. (2) Jabatan Perangkaan Malaysia, laopran-laporan perangkaan bagi tahun-tahun yang berkenaan. Jadual 3:Pertumbuhan penduduk Cina negeri Perak mengikut daerah, 1980-2000 Daerah Pertumbuhan Penduduk Bilangan SJKC dan Murid (2004) 1980 1991 2000 1980-2000 Sekolah Murid M/S Hulu Perak 16,576 12,251 10,028 6,548 11 1,247 113 Selama dan Larut Matang 84,009 79,748 71,649 12,360 25 7,979 319 Kerian 35,017 31,477 30,029 4,988 10 3,916 392 Kuala Kangsar 47,425 41,234 35,964 11,461 16 4,213 263 Kinta 340,506 325,927 340,752 +246 57 35,258 619 Perak Tengah 2,344 1,700 1,320 1,024 2 101 51 Manjung 74,863 66,669 65,282 9,581 25 7,899 316 Batang Padang 48,938 40,354 34,870 14,068 23 4,077 177 Hilir Perak 59,895 57,369 53,235 6,660 20 6,222 311 Jumlah 709,573 656,729 643,129 66,444 189 70,912 375 Sumber: (1) Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2020. (2) Jabatan Perangkaan Malaysia, laopran-laporan perangkaan bagi tahun-tahun yang berkenaan. (3) Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, fail penyiasatan maklumat sekolah tahun 2004. Nota: M/S = bilangan murid / bilangan sekolah. 3

Jadual 4:Bilangan sekolah dan murid bagi setiap aliran sekolah rendah di negeri Perak mengikut daerah, 2004 Daerah SK SJKC SJKT Sekolah Murid Sekolah Murid Sekolah Murid Hulu Perak 42 12614 11 1247 3 229 Selama dan Larut Matang 70 31491 25 7979 18 2223 Kerian 43 17117 10 3916 14 1267 Kuala Kangsar 61 15945 16 4213 12 1501 Kinta 93 50062 57 35258 24 4521 Perak Tengah 53 12060 2 101 3 149 Manjung 41 19053 25 7899 15 2511 Batang Padang 52 16293 23 4077 19 1753 Hilir Perak 65 18587 20 6222 29 2865 Jumlah 520 193222 189 70912 137 17019 Sumber: (1) Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, fail penyiasatan maklumat sekolah tahun 2004. Nota: (1) SK (Sekolah Kebangsaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil). (2) Perangkaan bagi Sekolah Kebangsaan (SK) tidak termasuk sekolah khas. (3) Pada tahun 2004, Daerah Kinta mempunyai sebuah sekolah khas dengan 85 orang murid. Daerah Larut Matang juga mempunyai sebuah sekolah khas dengan 24 orang murid. Jadual 5:Sekolah kurang murid (SKM) di negeri Perak, 2004 Aliran Sekolah Jumlah Sekolah Bilangan SKM Peratusan SKM (%) SK 520 130 25.0 SJKC 189 85 45.0 SJKT 137 100 73.0 Jumlah 846 315 37.2 Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, laporan perangkaan pendidikan tahun 2004. Nota: Perangkaan di atas tidak termasuk sekolah khas. Negeri Perak mempunyai 2 buah sekolah khas dengan 101 orang murid. 4

(3). Tren Pertambahan Murid dan Sekolah Setiap Aliran Pada tahun 1970 hingga 2005, bilangan Sekolah Kebangsaan di negeri Perak telah bertambah sebanyak 166 buah tetapi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula masing-masing berkurangan sebanyak 18 dan 40 buah sekolah. Pada masa yang sama, bilangan murid SK bertambah sebanyak 99258 orang manakala SJKC dan SJKT pula masing-masing berkurangan sebanyak 18054 dan 3198 orang murid. Jadual 6:Tren pertambahan sekolah, murid dan guru bagi setiap aliran sekolah rendah di negeri Perak, 1970-2005 Tahun SK SJKC SJKT Sekolah Murid Guru Sekolah Murid Guru Sekolah Murid Guru 1970 355 88920 2936 206 88220 2665 176 20098 889 1980 417 155251 6220 190 107434 3385 158 18725 915 1990 453 175246 8925 189 87030 3898 147 22564 1466 1991 454 179275 9155 189 85306 3800 147 22851 1440 1999 485 187261 11147 189 71799 3423 138 18180 1257 2000 486 187349 10567 189 72354 3342 137 17353 1184 2001 495 185748 10547 189 70480 3362 137 16490 1212 2002 506 188182 10578 189 71563 3378 137 16734 1201 2003 519 189107 11413 189 71428 3667 137 16947 1310 2004 520 189719 11559 189 71218 3668 137 16736 1292 2005 521 188178 12381 188 70166 3584 136 16900 1345 1970-2005 +166 +99258 +9445 18 18054 +919 40 3198 +456 Sumber: (1) Jabatan Perangkaan Malaysia, laopran-laporan perangkaan bagi tahun-tahun yang berkenaan. Nota: (1) Pada tahun 1970, Negeri Perak mempunyai 71 buah sekolah rendah Inggeris dengan sejumlah 65269 orang murid. Sekolah rendah Inggeris ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan secara beransur-unsur mulai tahun 1970-an. (2) Statistik tahun 1970 bagi Sekolah Kebangsaan tidak termasuk sekolah rendah Inggeris. 5

(4). Cadangan Penyelesaian 1. Menggubal Sistem Pembinaan Sekolah Komuniti Untuk Kesemua Aliran Sekolah Terdapat banyak kawasan di negara kita terutamanya kawasan bandar yang mempunyai ramai penduduk Cina menghadapi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC. SJKC yang merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan negara kita seharusnya mendapat layanan yang adil. Tetapi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC yang dihadapi selama ini masih tidak diatasi, malah menjadi semakin serius lagi. Salah satu punca kepada masalah tersebut adalah kerana kerajaan tidak mempunyai suatu sistem pembinaan SJKC, tidak mengambil initiatif untuk membina SJKC, tidak ada mengenalpasti kawasan yang perlu dibina SJKC, bilangan SJKC yang perlu dibina, tanah rizab sekolah, peruntukan wang untuk pembinaan sekolah, projek dan jadual masa pembinaan sekolah. Pada hakikatnya, semenjak negara kita mencapai kemerdekaan, pembinaan SJKC yang baru bukan sahaja kecil bilangannya, malah rakyat terpaksa bersusah-payah, berusaha gigih dan mengambil masa yang lama atau dalam keadaan khas tertentu barulah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk membina SJKC. Selain itu, masyarakat Cina selalunya terpaksa mendapatkan tanah untuk pembinaan sekolah dan menanggung sendiri kos pembinaan sekolah. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk menyediakan satu garis panduan perancangan sekolah. Garis panduan tersebut menetapkan bahawa sebuah sekolah rendah dengan tanah seluas 5 hingga 10 ekar hendaklah disediakan bagi setiap 3000 hingga 7500 orang penduduk atau 420 hingga 1050 orang murid dalam sesuatu kawasan kejiranan. Jarak di antara rumah kediaman dan sekolah rendah adalah sedekat 0.4 hingga 0.8 kilometer dan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke sekolah. Selain itu, kepadatan maksimum adalah sebanyak 210 orang murid bagi setiap ekar tanah dan 35 orang murid bagi setiap kelas (Jadual 14, Rajah 1 dan 2). Perancangan tersebut membolehkan murid-murid belajar di sekolah dalam kawasan perumahannya dan memudahkan perjalanan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Ini membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelaksanaan sistem sekolah satu sesi. Jadual 7: Garis panduan perancangan sekolah rendah Sekolah Rendah Piawaian Penduduk Bilangan Murid Bil Murid Per Kelas Keluasan Sekolah Kawasan Tadahan 12 bilik darjah 3,000 420 Maksimum 5-10 ekar 0.4-0.8 km 24 bilik darjah 6,000 840 35 orang (2-4 hektar) (1/4-1/2 batu) 30 bilik darjah 7,500 1,050 per kelas 10 minit masa perjalanan Sumber: (1) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat. Cetakan Pertama. 1997 (2) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kemudahan Masyarakat. Edisi Kedua. 1999. 6

Rajah 1: Jarak dan masa perjalanan di antara rumah kediaman dan sekolah Rajah 2: Perancangan sekolah komuniti 7

Nota: 1. 3 unit perumahan (2500 orang penduduk) membentuk satu unit kejiranan (7500 orang). 3 unit kejiranan pula membentuk satu unit komuniti (22500 orang). 2. Unit kejiranan merupakan satu kawasan kediaman yang kecil dan dibekalkan dengan keperluan biasa. Barangan dan perkhidmatan asas dan kemudahan awam berada di dalam lingkungan jarak perjalanan. Murid-murid dapat belajar di sekolah yang berhampiran. Penduduk dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan dalam jarak perjalanan. 3. Konsep kejiranan digunakan dalam perancangan dan pembinaan sekolah di sesuatu kawasan komuniti yang mempunyai tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah supaya para pelajar dapat belajar di sekolah dalam kawasan perumahannya. Setiap jenis sekolah mempunyai kawasan tadahan perkhidmatan sendiri. Faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam perancangan dan pembinaan sekolah meliputi faktor penduduk, jarak dan masa perjalanan, keadaan topografi dan keluasan tapak sekolah, serta bilangan murid (termasuk bilangan kelas atau bilik darjah, bilangan murid per kelas). Jadual 8: Keperluan bilangan dan jenis sekolah di sesuatu kawasan komuniti Perkara Bilangan Penduduk komuniti 22500 (7500 x 3) orang penduduk Tadika 9 buah Sekolah rendah 3 buah Sekolah menengah 1 buah Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh jabatan perancangan bandar dan desa, sesuatu kawasan komuniti yang mempunyai 22500 orang penduduk hendaklah disediakan 3 buah sekolah rendah (Rajah 2, Jadual 15). Oleh itu, sekiranya perancangan dan pembinaan sekolah adalah berasaskan kepada konsep sekolah komuniti, struktur penduduk dan keperluan penduduk terhadap pendidikan setiap aliran sekolah, maka kerajaan dapat menggunakan sistem sekolah komuniti tersebut untuk merancang dan membina sekolah baru bagi setiap aliran sekolah rendah. Pada hakikatnya, pelaksanaan sistem sekolah komuniti tersebut tidak menggunakan struktur penduduk dan keperluan pendidikan setiap aliran sekolah dalam merancang dan membina setiap aliran sekolah rendah. Ia diguna hanya untuk membina SK sahaja dan tidak membina SJKC dan SJKT. Kejadian ini telah mengabaikan keperluan pendidikan rakyat terhadap SJKC dan SJKT dan masalah kehidupan yang mereka hadapi. Oleh itu, walaupun kerajaan menetapkan bahawa kawasan perumahan baru hendaklah disediakan beberapa bidang tanah untuk kegunaan pembinaan sekolah, tetapi selama ini tanah rizab sekolah tersebut digunakan untuk membina Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan, dan tidak digunakan untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Ini menyebabkan banyak kawasan pembangunan khasnya kawasan yang mempunyai penduduk Cina yang ramai kekurangan SJKC atau tidak disediakan SJKC. Kejadian ini membawa banyak masalah pendidikan dan kehidupan harian kepada rakyat. Pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai suatu sistem pembinaan SJKC, manakala agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di pelbagai peringkat tidak mengambil inisiatif untuk membina SJKC. Pada hakikatnya, masyarakat Cina dan penduduk di merata tempat kerap kali meminta kerajaan membina SJKC tetapi sukar mendapat kelulusan kerajaan. 8

Selain itu, pelan-pelan pembangunan yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, projek-projek pembangunan perumahan di merata tempat juga tidak mengemukakan masalah yang dihadapi oleh SJKC, formula penyelesaian dan cadangan pembinaan SJKC. Ini mengakibatkan masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC selama ini masih tidak diatasi malah menjadi lebih serius lagi. Ini menyebabkan ramai murid menghadapi masalah untuk memasuki SJKC. Oleh itu, kerajaan seharusnya menyelaraskan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan supaya mengambil inisiatif untuk membina SJKC. Cadangan: 1.1 Kami mencadangkan kerajaan menggubal dan melaksanakan secepat mungkin suatu sistem pembinaan sekolah komuniti bagi kesemua aliran sekolah rendah. Ini termasuk menyatakan dengan jelasnya dasar, prosedur dan langkah-langkah pembinaan SJKC, agensi-agensi pelaksanaan dan tanggungjawabnya, serta menyelaraskan agensi-agensi kerajaan untuk mengambil inisiatif membina SJKC supaya projek-projek pembinaan sekolah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesannya. Sistem tersebut hendaklah adil dan munasabah dan berasaskan kepada konsep sekolah komuniti, struktur penduduk dan keperluan pendidikan setiap aliran sekolah dalam pengagihan tanah rizab sekolah dan peruntukan pembinaan sekolah untuk kesemua aliran sekolah dan dimasukkan ke dalam pelan-pelan pembangunan (rancangan struktur dan rancangan tempatan), projek perumahan baru, Rancangan Malaysia dan belanjawan. Ini barulah merupakan cara yang tepat dan berkesan untuk mengatasi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC. 1.2 Mengikut garis panduan perancangan sekolah yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di Kementerian Kerajaan Tempatan, sesuatu kawasan komuniti (3 unit kejiranan) yang mempunyai 22500 orang penduduk hendaklah disediakan 3 buah sekolah rendah. Oleh itu, kami mencadangkan supaya pembinaan sekolah baru dan pengagihan tanah rizab sekolah bagi setiap aliran sekolah hendaklah berasaskan kepada konsep sekolah komuniti, struktur penduduk dan keperluan penduduk terhadap pendidikan setiap aliran sekolah. Contohnya, ketiga-tiga buah sekolah rendah di sesuatu kawasan komuniti diagihkan kepada: (a) sebuah Sekolah Kebangsaan (SK), sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), atau (b) dua buah SK dan sebuah SJKC, atau (c) sebagainya. Pengagihan sebenar adalah mengikut keadaan kawasan tersebut. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak seharusnya menggubal semula garis panduan perancangan sekolah yang sedia ada dengan menjemput pertubuhan-pertubuhan masyarakat termasuk persatuan kami untuk memberi pendapat dan terlibat di dalam penggubalan garis panduan yang baru. Setiap aliran sekolah, iaitu SK, SJKC dan SJKT hendaklah dimasukkan ke dalam garis panduan baru tersebut untuk dijadikan suatu kriteria dalam perancangan dan pembinaan setiap aliran sekolah. 1.3 Kami mencadangkan kerajaan memastikan pelan-pelan pembangunan (pelan struktur dan pelan tempatan) di setiap kawasan yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 hendaklah mengkaji keperluan, pembekalan dan kekurangan sekolah bagi setiap aliran sekolah, masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya. Selain itu, pelan-pelan pembangunan tersebut hendaklah membuat cadangan tentang perancangan dan pembinaan sekolah baru serta pengagihan tanah rizab untuk setiap aliran sekolah. 9

1.4 Kami mencadangkan kerajaan memastikan projek-projek pembangunan perumahan yang dalam proses memohon kelulusan pembangunan, hendaklah menilai pelbagai impak yang dihadapi oleh rakyat akibat daripada projek pembangunan tersebut dan menggubal formula penyelesaiannya, termasuk membuat cadangan pembinaan SJKC. Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan di dalam Laporan Penilaian Impak Sosial (Social Impacts Assessment Report) dan Laporan Cadangan Pemajuan / LCP (Development Proposal Report) yang dikemukakan semasa memohon kelulusan pembangunan. Pihak berkuasa yang berkaitan seharusnya juga menetapkan bahawa laopran-laporan tersebut yang dikemukakan oleh pemaju perumahan hendaklah mengkaji permintaan dan pembekalan sekolah (demand and supply), masalah kesesakan murid dan kekurangan sekolah yang dihadapi oleh setiap aliran sekolah. Seterusnya mengenalpasti kawasan dan bilangan sekolah baru yang perlu dibina dan pengagihan tanah rizab sekolah bagi setiap aliran sekolah. Selain itu, penduduk setempat, persatuan dan wakil-wakil sekolah hendaklah dijemput untuk memberikan pandangan dan cadangan semasa pemaju menyediakan dan kerajaan tempatan meluluskan laporan-laporan tersebut agar keputusan-keputusan yang dibuat dapat memenuhi keperluan pendidikan dan kepentingan asas penduduk. 1.5 Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan kerajaan-kerajaan tempatan berkaitan seharusnya menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System, GIS) untuk membina suatu pangkalan data sebagai alat bantu analisis supaya dapat mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan sumber dan perancangan pembangunan setiap aliran sekolah rendah. 2. Keperluan Untuk Membina SJKC Yang Mencukupi Cadangan: 2.1 Kami mencadangkan kerajaan memastikan skop kajian perancangan dan pembinaan SJKC merangkumi aspek struktur penduduk, masalah kesesakan murid, keperluan dan pembekalan serta kekurangan SJKC, kawasan yang perlu dibina SJKC, bilangan SJKC baru yang perlu dibina, pengagihan tanah rizab sekolah, peruntukan wang untuk pembinaan sekolah, projek dan jadual masa pembinaan sekolah, dan lain-lain perkara yang berkaitan. Ini adalah untuk membantu agensi-agensi kerajaan berkenaan dan rakyat setempat menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi dan mengemukakan keperluan membina SJKC kepada Kementerian Pelajaran berasaskan maklumat dalam rancangan struktur, rancangan tempatan, projek perumahan dan laporan kajian yang disediakan oleh penduduk. 2.2 Kami mencadangkan jabatan/pejabat pelajaran dan jabatan/pejabat tanah di peringkat negeri dan daerah, jabatan perancang bandar dan desa negeri dan kerajaan tempatan supaya mendekati rakyat untuk mengumpul pandangan penduduk setempat berkenaan dengan masalah kehidupan rakyat. Kami berharap pihak berkuasa yang berkaitan dapat bermesyuarat dengan kami untuk berusaha bersama-sama ke arah membuat perancangan dan pembinaan SJKC bagi memenuhi keperluan pendidikan penduduk setempat dan mengatasi masalah kesesakan murid, kekurangan SJKC, pembinaan semula sekolah, penambahan bangunan sekolah dan masalah sekolah kurang murid. 10

2.3 Kami mencadangkan kerajaan menggubal perancangan sekolah dan projek pembinaan sekolah dengan sempurna, dan mengambil langkah awal menggubal suatu pelan pembangunan dan pembinaan sekolah mengikut beberapa fasa pelaksanaan untuk membina sekolah bagi setiap aliran sekolah. Kerajaan seharusnya memperuntukkan wang dan tanah untuk pembinaan SJKC baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Kesepuluh dan Kesebelas bagi tahun 2006-2020. Ini bagi memenuhi keperluan pendidikan penduduk agar membolehkan murid-murid belajar di SJKC yang terletak di dalam kawasan kediamannya dan memudahkan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi. Kerajaan seharusnya memasukkan cadangan ini ke dalam Rancangan Struktur Negeri Perak dan rancangan-rancangan tempatan lain yang berkaitan. 3.Memperbaiki Pembangunan Ekonomi dan Masalah Migrasi Penduduk Cadangan: 3.1 Kami berpendapat bahawa Rancangan Struktur Negeri Perak haruslah mengutamakan pembangunan seimbang di pelbagai sektor. Ini termasuk memperkukuhkan pembangunan ekonomi dan menambah peluang pekerjaan di samping dapat mempertingkatkan pertumbuhan penduduk dan mengatasi masalah sekolah kurang murid. 4.Memperbetulkan Maklumat Perangkaan Cadangan: 4.1 Maklumat perangkaan yang salah dan tidak jelas dalam Jadual 3.13 dan Jadual 3.14 draf rancangan struktur negeri (sila rujuk Bahagian 3, mukasurat 40) hendaklah dikaji semula dan diperbetulkan. Draf rancangan struktur negeri telah silap menetapkan umur persekolahan murid-murid sekolah rendah pada umur 7 hingga 13 tahun. Oleh itu, sebarang perangkaan yang berasaskan kepadanya hendaklah diperbetulkan. Selain itu, kami berpendapat bahawa perangkaan bagi pemintaan, penawaran dan taburan sekolah rendah yang dinyatakan dalam Jadual 3.14 adalah tidak jelas dan sukar difahami. Oleh itu, jadual-jadual tersebut hendaklah menyatakan dengan jelas permintaan, penawaran dan taburan sekolah bagi setiap aliran sekolah (SK, SJKC dan SJKT), struktur penduduk dan umur persekolahan murid-murid sekolah rendah (7 hingga 12 tahun) serta jadual masa pembinaan sekolah baru. 4.2 Mengikut draf rancangan struktur negeri, negeri Perak hanya perlu menambah 5 buah sekolah rendah baru sahaja dalam tahun 2005-2020 dan kesemuanya dibina di dalam Daerah Kinta. Kami berpendapat keputusan tersebut tidak sesuai kerana Daerah Kinta dijangka akan bertambah 250 ribu orang penduduk dalam tahun 2000-2020, terutamanya di Bandaraya Ipoh dan kawasan-kawasan pembangunan baru di sekitarnya. Kawasan tersebut perlu disediakan sekolah-sekolah baru yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan rakyat terhadap setiap aliran sekolah di samping mengatasi masalah kesesakan murid. Selain itu, kawasan-kawasan perumahan baru di daerah-daerah lain juga perlu disediakan tanah rizab untuk menubuh sekolah baru bagi membolehkan murid-murid belajar di dalam kawasan kediamannya. Oleh itu, draf rancangan struktur tersebut tidak boleh menafikan keperluan daerah-daerah lain untuk membina sekolah baru di masa hadapan. Kami 11

berpendapat draf rancangan struktur negeri hendaklah memperbetulkan perancangan sekolahnya untuk meliputi setiap aliran sekolah dan memastikan perancangan dan pembinaan sekolah dapat memenuhi hak, kepentingan dan keperluan rakyat. 4.3 Untuk membangun menjadi sebuah negeri maju, draf rancangan struktur negeri telah menetapkan pembangunan pendidikan rendah hendaklah mencapai piawaian perancangan berikut: (1) Penyediaan sebuah sekolah rendah bagi setiap 7500 orang penduduk, (2) Kapasiti 800 orang murid bagi setiap sekolah rendah, (3) Penyediaan seorang guru bagi setiap 20 orang murid dan (4) Kapasiti 30 orang murid bagi setiap kelas. Piawaian perancangan tersebut adalah berbeza dengan piawaian perancangan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Sila rujuk Jadual 7). Kami berpendapat rancangan struktur negeri seharusnya menggunakan piawaian perancangan yang ditetapkan oleh kementerian tersebut. Ini bagi membolehkan perancangan sekolah yang sesuai mengikut keadaan yang berbeza di pelbagai kawasan di samping menjimatkan kos pembinaan sekolah dan menggelakkan pembaziran sumber. (5). Penutup Negara kita adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, kebudayaan, bahasa dan kepercayaan agama. Pada hakikatnya, kewujudan dan pembangunan pelbagai aliran sekolah terbukti telah memperkayakan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat berbilang kaum negara kita, malah juga merupakan suatu aset yang tidak ternilai dan kelebihan persaingan yang menjadi kebanggaan negara kita. Kerajaan dan rakyat jelata seharusnya menghargai aset yang tidak ternilai ini dan memanfaatkan kelebihan persaingan masyarakat majmuk negara kita, supaya bersama-sama kita menggerakkan pembangunan negara dan membina sebuah negara yang maju. Kami berharap kerajaan pusat, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan agar dapat merancang dan membina setiap aliran sekolah di kawasan yang diperlukan berasaskan kepada konsep sekolah komuniti, struktur penduduk dan keperluan pendidikan. Kami berpendapat bahawa penggubalan dan pelaksanaan dasar pendidikan dan pelan-pelan pembangunan hendaklah memenuhi hak dan kepentingan dan keperluan penduduk di samping membangunkan setiap aliran sekolah secara adil dan manasabah. Kami juga berharap pelbagai pihak dapat bekerjasama dengan kami supaya bersama-sama kita berusaha menyelesaikan masalah kesesakan murid dan kekurangan sekolah bagi memenuhi keperluan pendidikan rakyat dan menggerakkan pembangunan dan kemajuan negara kita. 12