Konsep Falsafah Pendidikan

dokumen-dokumen yang mirip
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kurikulum Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Apakah FPK? Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

FALSAFAH PENDIDIKAN. 9/12/2011 Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KESUSASTERAAN MELAYU

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

AMALAN BAHASA MELAYU

Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Tutor: En Md Yusoff b Daud

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD8023 Sejarah Pendidikan Islam II (Minggu 1)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA

WD8013 Sejarah Pendidikan Islam I (Minggu 1) Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

MESYUARAT KURIKULUM 1/2010 PENGURUSAN PANITIA : PERANAN DAN FUNGSI

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT :

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

Transkripsi:

Konsep Falsafah Pendidikan

Definisi Falsafah - 3 sudut: 1. Etimologi (bahasa) Konsep Asas Falsafah Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philos (cinta) dan sophia (ilmu/pengetahuan)- mencintai ilmu/pengetahuan atau hikmah Pendekatan yg libatkan usaha utk temui apa itu hakikat/kebenaran dan apa yg bernilai dlm kehidupan diri dan dunia mereka disamping hubungan mereka dgn dunia org lain. Ahli falsafah sentiasa kemukakan masalah, beri dan justifikasi penyelesaian dan bincang keseluruhan proses tersebut.

2. Terminologi (Istilah) Sekitar elemen elemen Tuhan dan alam: Socrates-...ilmu pengetahuan yg merangkumi yg merangkumi kebenaran. Merangkumi metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi,politik dan estetika Plato- ilmu pengetahuan yg membolehkan seseorg menuju ke arah pencapaian kebenaran semula jadi Al-Farabi- ilmu pengetahuan mengenai alam maujud(fizikal) Descartes- segala pengetahuan di mana Tuhan, alam dan manusia menjadi fokus pendidikan.

3. Praktikal Berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat Sistematik : berfikir secara logik dan berurutan Radikal : berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dgn penuh tanggungjawab Sejagat : berfikir tidak terhad kpd aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya

CABANG-CABANG FALSAFAH Metafizik/Ontologi FALSAFAH Epistimologi Aksiologi Logik

CABANG FALSAFAH 1. ONTOLOGI / METAFIZIK (Realiti) Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir. Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan.

Apakah dia alam jagat? Apakah dia hidup? Apakah dia kebebasan manusia?

Termasuk soalan-soalan yang mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan. Memberi perhatian kepada konsep-konsep yang keadaannya tidak dapat diukur seperti realiti, perubahan, kendiri, jiwa dan sebagainya.

2. EPISTEMOLOGI (Kebenaran) Mengenai teori pengetahuan dan perihal pengetahuan: Apakah sumber-sumber pengetahuan? Sejauh manakah sumber pengetahuan tersebut boleh dipercayai? Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang? Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang kita ketahui?

Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains) Memerlukan alasan yang rasional Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia berfikir dan merasai. Tugas ahli epitemologi memberi perhatian kepada apa yang dimaksudkan oleh konsep-konsep psikologi seperti perasaan, penngamatan, pengukuhan dan mempersoalkan adakah konsep-konsep tersebut digunakan dengan betul atau tidak oleh ahli psikologi. (Kneller, 1971)

3. AKSIOLOGI (Nilai) Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan nilai. Boleh dibahagikan kepada dua cabang: a) Etika b) Estetika

Etika: memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia. mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, dan kebaikan kehidupan. Estetika: Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft dan Haas 1979).

4. LOGIK (Penaakulan) Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah. Peraturan-peraturan yang membolehkan mereka membuat cadangan dan hujah-hujah perbincangan dengan cara yang betul. Sains tentang pemikiran tepat. Prosedur utk bezakan pemikiran sah dan yg mengelirukan. Terbahagi kpd 2 iaitu logik induktif dan logik deduktif Cth persoalan: Bgmn tentukan taakulan baik atau kurang baik?

Konsep Falsafah Berasal daripada perkataan Yunani philos bermaksud mencintai sophia bermaksud kebijaksanaan Falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Konsep Falsafah Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentafsirkan falsafah sebagai: prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan Secara keseluruhannya falsafah ialah suatu pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.

Konsep Pendidikan Sharifah Alwiah Alsagoff menghuraikan pengertian pendidikan seperti berikut: proses persekolahan formal proses latihan proses indoktrinasi proses yang berterusan suatu disiplin seni dan sains

Konsep Falsafah Pendidikan Oleh itu, falsafah pendidikan ialah pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah Pendidikan Islam Falsafah Islam: Falsafah Islam adalah berdasarkan ajaran Islam, bersumber daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ibn Rushd, yang juga terkenal di Barat sebagai Averroes, ialah ahli pemikir Muslim agung dan terkenal sebagai ahli sains yang ternama, serta seorang doktor yang ulung dan Hakim Besar (Kadi Agung) di Sepanyol Muslim semasa abad ke-12. Beliau mempunyai pengaruh besar terhadap pemikiran Barat. Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling bersetuju. (Raslan, 1997; Ead, 1998).

Peranan Falsafah Islam adalah untuk menerangkan hubungan antara manusia dan Penciptanya (Allah), antara manusia dan manusia, dan antara manusia dengan alam sekitarnya (BPG, 2002). Menurut Ibn Rushd, manusia tidak menguasai penuh takdirnya atau tersedia ditentukan baginya. (Ead, 1998). Untuk kefahaman yang lebih lanjut, kita perlu meneliti perihal Pendidikan Islam, matlamatnya, serta falsafahnya. Terdapat ahli pemikir Muslim lain yang membentuk pandangan mengenai falsafah. Akses maklumat lanjut melalui laman web yang berikut: http://www.muslimphilosophy.com/ip/intro.htm http://www.trincoll.edu/depts/phil/philo/philosophers.html

Pendidikan Islam Ibn Rushd menyatakan bahawa Islam menghasratkan pengetahuan sebenar yang didefinsikan sebagai pengetahuan tentang Tuhan dan ciptaan-nya. Ia juga termasuk hal mengetahui cara mencapai kepuasan di dunia dan juga cara mengelakkan kesengsaraan di Akhirat (Ead, 1998).

Pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih minda, tubuh, roh, dan emosi manusia, dan membimbing pendidik untuk membentuk pelajar berdasarkan ajaran Islam. Hal ini tercapai berdasarkan ilmu wahyu (Al-Quran), amal (amalan) Nabi Muhammad s.a.w. (Sunnah) dan sahabat-sahabatnya, dan melalui pengalaman Salaf al-salih dan tokoh-tokoh pendidikan ulung yang lain.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa Pendidikan Islam ialah usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan amalan Islam berdasarkan al-quran dan Sunnah. Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi supaya dia tahu siapa dia, peranannya, dan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan serta menjadi seorang pemimpin yang baik.

Sayyid Muhammad Qutb: Pend.- Satu proses utk membina manusia secara menyeluruh (jasad, intelek dan rohnya, kehidupan kebendaan dan rohaninya serta setiap aktiviti hidupnya. Ianya bersifat menyeluruh dan bersepadu, juga cenderung ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelektual dan kerohanian manusia.

Amar al-shaibani: Pend. Persiapan utk kehidupan dunia dan akhirat. Bagi agama Islam, pendidikan menggabungkan antara akidah dgn syariah, antara jasmani dengan rohani, antara dunia dengan akhirat. Tidak menggalakkan seseorg memencilkan diri dlm masyarakat, mengajak manusia utk bekerja serta menganggap manusia semulia dgn kerjanya.

Al-Ghazali: Pend.- Proses bermula sejak lahir. Selain intelek, pendidikan hendaklah merangkumi latihan jasmani dan sukan supaya dpt menguatkan tubuh badan serta menambahkan kecergasannya, juga merangkumi pemupukan budi pekerti yg mulia, sifat berani, sabar dan menghormati org lain.

Hassan Langgulung (1979), perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam ialah: keesaan Tuhan manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian kehidupan dunia dan akhirat persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam

Menurut pandangan tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Matlamat dan Tujuan Pendidikan Islam Sebenarnya, matlamat Pendidikan Islam adalah untuk mengembangkan insan manusia untuk menjadi manusia yang mencintai Allah dan Pesuruh-Nya, dan berupaya untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai Khalifah dunia ini. Orang seumpama itu ialah seorang Muslim yang mempercayai Allah, berilmu, berkelakuan dan berpekerti baik, serta yang beramal. Dia berusaha berterusan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu, menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab serta pemimpin salih.

Sementara itu, matlamat pendidikan Islam adalah untuk mendidik pelajar untuk: Berkelakuan baik Mencapai kesempurnaan rohnya Melakukan amal baik dan mulia Mengamalkan budaya yang halus; dan Memelihara kebersihan, keikhlasan dan amalan baik (BPG, 2002)

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Bermula dengan sekolah agama dan sekolah pondok. Pada zaman pemerintahan British, dasar pecah dan perintah telah digunakan; sekolah vernakular diwujudkan. 4 jenis sekolah vernakular iaitu; sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Bahasa ibunda digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sistem persekolahan vernakular mengakibatkan masalah dari sesi sosioekonomi. Beberapa langkah telah diambil untuk membina semula sistem pendidikan negara.

Penyata Barnes (1951) Penyata Razak (1956) Penubuhan 2 jenis sekolah sahaja iaitu sekolah Melayu dan sekolah Inggeris. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar sebagai mata pelajaran pilihan sahaja 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Umum dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Jenis Umum meliputi sekolah Inggeris, sekolah Tamil dan sekolah Tamil yang menggunakan bahasa pengantar mereka masing-masing. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah.

Penyata Rahman Talib (1960) Akta Pelajaran (1961) Menawarkan kursus vokasional selama 3 tahun bagi murid yang gagal memasuki sekolah akademik. Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Bayaran yuran sekolah rendah dimansuhkan. Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama Berasaskan kepada Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib.

Laporan Kabinet 1979 Struktur masa persekolahan dan penjurusan. Peperiksaan yang sama Pengurusan dan pentadbiran secara pusat Sukatan pelajaran yang sama Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan. Pendidikan Sivik Pendidikan Agama dan Moral Kegiatan Kokurikulum. Ekoran daripada laporan ini, KBSR dilancarkan pada tahun 1982.

Latar Belakang FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Matlamat FPK ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Falsafah Pendidikan Kebangsaan diumumkan secara rasminya pada tahun 1988 dan awalnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berbunyi seperti yang berikut:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Cabang Falsafah ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Ciri-ciri FPK Analisis Metafizik holistik dan bersepadu (berkaitan dengan punca dan perhubungan) Potensi dan kemampuan untuk menyubur secara bersepadu. Epistemologi Usaha berterusan (membayangkan bahawa pengetahuan sentiasa berubah)) Manusia perlu menyesuaikan diri kepada pelbagai perubahan seperti kemajuan k-ekonomi dan ICT; Perubahan menggalakkan pengurusan pengetahuan dengan memberi penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan terkini; Membayangkan pendidikan sepanjang hayat. Aksiologi Kepercayaan teguh kepada Tuhan Hubungan kait kendiri, persekitaran dan Tuhan; Penerimaan Tuhan sebagai pencipta. Logik Keterampilan (prosedur yang digunakan untuk membezakan penaakulan sah dan tak sah) Nordin Tahir, JIP Kecekapan kerana pengetahuan dan kelulusan; Memahami prosedur kerja.

Huraian FPK dan Implikasi terhadap Sistem Pendidikan Negara

Pendidikan suatu usaha berterusan Pendidikan sepanjang hayat Memperkembang potensi individu (JERI) Menguasai kemahiran asas 3M. Berfikir secara kritis dan kreatif. Menggunakan bakat dengan cekap. Memiliki perasaan kasih sayang. Memiliki semangat kekitaan, muhibbah dan kerjasama. Menilai dan menghargai keindahan dan kesenian. Membentuk akhlak yang mulia Memupuk dan membina disiplin kendiri

Menyeluruh dan bersepadu Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Perkembangan potensi individu tidak boleh dilakukan secara berasingan. Ia harus dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Mengakui wujudnya Tuhan Melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama Menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan sendiri.

Rakyat yang beilmu pengetahuan Rakyat yang berketrampilan Mencintai ilmu. Gemar membaca Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan. Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain. Berilmu pengetahuan dan berkelayakan Mempunyai kemahiran yang sesuai Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.

Rakyat yang bertanggungjawab Rakyat yang menikmati kesejahteraan diri Sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran. Sentiasa mematuhi undang-undang Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Melakukan tugas dengan sempurna Daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran Berfikiran waras Berkemahiran mewujudkan perhubungan yang baik.

Rakyat yang boleh memberi sumbangan Memupuk keharmonian keluarga Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan Menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara. Mengekalkan kestabilan negara Menghayati dan mengamalkan prinsip Rukunegara. Bersemangat patriotik dan cintakan negara.

Implikasi FPK Terhadap Kurikulum Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan program bersepadu Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai murni Perubahan program pendidikan yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis Perubahan sukatan pelajaran yang bersesuaian dengan bidang vokasional dan teknologi.

Implikasi FPK Terhadap Guru Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya. Perubahan sikap dan nilai guru

Implikasi FPK Terhadap Institusi Pendidikan Perubahan kemudahan untuk keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan aktiviti budaya sekolah bagi memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif.

Sebagai seorang guru, cadangkan bagaimana anda boleh menyelitkan elemenelemen FPK ketika melaksanakan pengajaran harian anda.