MOBILISASI DANA KOPERASI RAMLAN KAMSIN JAMILAH DIN MOHD ZAIB MAT YUNUS KASIM YUSOF MOHD SHAHRON ANUAR SAID MEI 2008 RINGKASAN EKSEKUTIF

dokumen-dokumen yang mirip
PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Akaun Pelaburan Wafiyah

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UCAPAN PENUTUP KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 17 Mei 2017 (Rabu) Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak

Akaun Semasa Mudarabah

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Koperasi Pengangkutan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

AR-RAHNU SEBAGAI SUMBER PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT: AMALAN PENYEDIA PERKHIDMATAN RINGKASAN EKSEKUTIF

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

BAHAGIAN I PERMULAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

ANJAKAN PARADIGMA PEROLEHAN KOPERASI DI NEGERI SARAWAK

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

Kriteria Belanjawan Modal

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Amanah Saham Panduan Pelabur

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

PNS MENGGALAKKAN KOPERASI MENCEBURI PERNIAGAAN FRANCAIS

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Pendahuluan 3. Latar Belakang KOOP MKM 7 VISI & MISI 7. ISU dan Cabaran 8. Prestasi KOOP MKM Peta Strategi 10.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BORANG SOAL SELIDIK: SATU KOMUNITI SATU PRODUK (OCOP) Mengenalpasti Potensi Produk Unggul Komuniti

Transkripsi:

MOBILISASI DANA KOPERASI RAMLAN KAMSIN JAMILAH DIN MOHD ZAIB MAT YUNUS KASIM YUSOF MOHD SHAHRON ANUAR SAID MEI 2008 RINGKASAN EKSEKUTIF Dasar Koperasi Negara yang dibentuk pada 2004 mengenalpasti kebanyakan koperasi bermodal kecil dan kurang berdaya saing disebabkan oleh anggota yang tidak aktif dan Anggota Lembaga yang tidak berani untuk menanggung risiko. Kerajaan pula berharap 600 koperasi dimantapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan supaya gerakan koperasi lebih berdaya saing dan memberi faedah kepada anggota dan masyarakat selaras dengan matlamat penubuhannya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi anggota berdasarkan prinsip koperasi. Kerajaan juga berhasrat agar sektor koperasi menjadi sektor ketiga penting selepas sektor awam dan swasta dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bagaimanapun sumbangan gerakan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tidak membanggakan berbanding gerakan koperasi di luar negara. Sehubungan itu kerajaan mensasarkan agar koperasi akan memberi sumbangan sehingga 4 peratus kepada KDNK negara menjelang 2013. Bagi mencapai hasrat ini, koperasi perlu berubah dengan menceburi aktiviti yang berstrategi supaya koperasi lebih berdaya saing. Oleh itu koperasi perlu mengenalpasti aktiviti apakah yang boleh meningkatkan pendapatan dengan skala yang lebih besar berdasarkan penemuan kajian yang mendalam. Kajian eksploratori ini secara amnya bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan koperasi untuk memperolehi sumber dan penggunaan dana. Kajian ini juga mengenalpasti pulangan aktiviti dan pelaburan manakah yang memberi hasil yang paling lumayan serta kemanakah

koperasi mengagihkan keuntungan. Hasil kajian ini akan memberi maklumat asas kepada perancang dan pembuat dasar khususnya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) disamping membantu mereka yang terlibat untuk membuat perancangan dan mengambil tindakan berdasarkan penemuan hasil kajian. Penemuan hasil kajian ini juga boleh digunakan oleh koperasi yang baru ditubuhkan untuk melihat trend atau kecenderungan koperasi memperolehi sumber dan penggunaan dana serta perolehan pendapatan dan pembahagian keuntungan. Bagaimanpun kajian ini agak terbatas kerana wujudnya elemen kerahsiaan dan kurangnya kerjasama yang diberikan oleh koperasi disamping format laporan tahunan 2003-2005 yang tidak standard. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata dimana sebanyak 1648 borang soalselidik telah diposkan kepada koperasi yang dipilih dan sebanyak 274 responden (17 peratus) telah mengembalikan borang soalselidik bersama laporan kewangan masing-masing. Kajian ini melibatkan lebih 249 koperasi yang berusia lebih dari 10 tahun dan sebanyak 25 koperasi berusia antara 4-10 tahun. Kajian ini mendedahkan majoriti (median) koperasi yang terlibat dalam kajian ini memperolehi 83 peratus sumber dananya dari sumber dalaman berbanding 17 peratus dari dana luaran. Sepanjang tempoh kajian didapati peratusan dana yang diperolehi dari sumber luaran telah meningkat khususnya bagi koperasi fungsi perumahan, perladangan, pembinaan dan pengangkutan. Ini menunjukkan responden menggunakan dana luaran untuk mengembangkan aktiviti perniagaannya. Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti 274 koperasi memperolehi sumber dana dalamanan dari modal syer yang disumbangkan oleh anggota disamping dari Kumpulan Wang Rizab dan modal yuran. Bagaimanapun koperasi cenderung memperolehi sumber dana luarannya dari pembiayaan institusi kewangan dan simpanan anggota. Kajian juga mendapati bilangan koperasi yang menggunakan kemudahan pembiayaan dari Tabung Modal Pusingan (TMP) telah meningkat sepanjang tempoh kajian. Koperasi fungsi pengangkutan merupakan peminjam TMP terbanyak diikuti oleh koperasi fungsi perumahan. Koperasi fungsi perindustrian dalam kajian ini pula tidak menggunakan langsung kemudahan ini.

Kajian ini juga menunjukkan koperasi cenderung menggunakan dananya untuk membiayai pelaburan aset berbanding aktiviti ekonomi lain khususnya bagi koperasi fungsi perladangan, perumahan, pengguna dan pengangkutan. Sepanjang tahun kajian didapati penggunaan dana untuk belanja aktiviti dilihat berkurangan berbanding penggunaan untuk pelaburan aset yang meningkat tetapi tidak begitu ketara. Sepanjang tempoh kajian, bilangan koperasi yang melabur dalam pembelian aset tetap telah meningkat dengan nisbah pulanga n atas aset menunjukkan pulangan yang tinggi. Ini menandakan koperasi dapat hasilkan pulangan yang tinggi untuk setiap ringgit pelaburan dalam aset koperasi. Bagi pembiayaan aktiviti pula kajian menunjukkan koperasi cenderung melabur dalam aktiviti kontrak diikuti aktiviti perkhidmatan, kedai pengguna dan pengangkutan. Sementara aktiviti perladangan dan stesen minyak adalah aktiviti yang paling kurang mendapat perhatian. Bagi koperasi fungsi kredit pula didapati penggunaan dana terhadap aktiviti meningkat berbanding bagi tujuan pelaburan aset. Kajian ini mendapati dari 14 aktiviti yang dijalankan oleh koperasi, aktiviti perumahan merupakan aktiviti yang menjana pendapatan tertinggi diikuti aktiviti usahasama, pembangunan tanah dan kredit. Kajian ini juga menunjukkan aktiviti perindustrian, pengangkutan dan perladangan tidak begitu memberi pulangan yang memberangsangkan. Kajian ini mengenalpasti majoriti koperasi memperolehi untung bersih di bawah RM100 ribu. Hanya 28 peratus responden memperolehi untung bersih lebih RM100 ribu dan apa yang menarik bilangan responden yang memperolehi pendapatan lebih RM500 ribu telah meningkat sepanjang tahun kajian. Kajian ini mendedahkan majoriti koperasi mengagihkan keuntungan di bawah RM100 ribu. Hanya 6.2 peratus koperasi yang terlibat dalam kajian ini mengagihkan keuntungan lebih RM500 ribu. Sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Koperasi 1993, majoriti responden cenderung mengagihkan keuntungannya kepada pemberian dividen syer diikuti honorarium Lembaga dan Kumpulan wang. Bilangan koperasi yang mengagihan keuntungan untuk membayar zakat telah meningkat dengan agak ketara dalam tempoh kajian ini dijalankan khususnya bagi koperasi fungsi perumahan, perladangan dan pembinaan.

Kajian ini mendapati majoriti Lembaga Anggota koperasi tidak menghadiri kursus untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi mereka. Sehubungan itu wajarlah pihak yang berkaitan khususnya MKM, memainkan peranan penting untuk menarik minat Lembaga bagi mengikuti program latihan berkaitan supaya membuka minda Lembaga untuk mentadbir koperasi sebagaimana usahawan menguruskan perniagaannya. Walaupun majoriti koperasi memperolehi sumber dana dari sumber dalaman, sumbangan minimum anggota terhadap koperasi perlu ditingkatkan. Melalui program kesedaran berkoperasi khususnya program pendidikan anggota koperasi mampu menggunakan kekuatan anggota untuk menambah dana dalaman. Prinsip koperasi pula menuntut anggota menyumbangkan modal bagi membolehkan koperasi menjalankan kegiatan ekonomi. Semakin banyak sumbangan yang diberi oleh anggota, maka semakin banyaklah dana yang diperolehi koperasi untuk digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi bagi mencapai matlamat penubuhan koperasi. Kajian menunjukkan koperasi lebih cenderung melabur dalam aktiviti yang kurang berisiko seperti pembelian aset. Koperasi sepatutnya berani melaburkan dananya dalam aktiviti yang berskala besar dengan berstrategi. Untuk melabur dalam aktiviti berskala besar dan berisiko ini, Lembaga perlu memiliki ilmu pengetahuan yang relevan. Tanpa ilmu pengetahuan tersebut tidak mustahil koperasi akan menghadapi masalah. Oleh itu pihak yang berkenaan perlu menarik minat Lembaga untuk mengikuti program yang berkaitan seperti perancangan perniagaan dan pengurusan risiko supaya mereka akan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku dengan plan yang berkaitan. Memandangkan koperasi bergantung 83 peratus sumber dana dari sumber dalaman, adalah dicadangkan kajian seterusnya dilakukan dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan sumber dana dalaman koperasi di kalangan anggota. Mengenalpasti faktorfaktor yang mempengaruhi peningkatan sumbangan anggota terhadap dana tersebut. Faktor penarik dan penolak ini boleh dijadikan panduan oleh Anggota Lembaga khususnya koperasi baru yang agak sukar untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti selaras dengan nilai koperasi iaitu bertanggungjawab terhadap diri sendiri disamping melibatkan anggota dalam kegiatan ekonomi koperasi.

Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menjawab objektif kajian dimana majoriti koperasi cenderung memperolehi sumber dana dari sumber dalaman. Koperasi pula cenderung menggunakan dananya untuk membiayai pelaburan aset berbanding aktiviti ekonomi yang lain. Sementara pulangan pendapatan dari aktiviti kontrak pula merupakan aktiviti yang paling menguntungkan dan majoriti koperasi mengutamakan pengagihan untung bersihnya untuk memberi dividen kepada modal syer anggota. Penemuan kajian ini boleh digunakan oleh pihak yang berkaitan untuk membantu gerakan koperasi supaya menjadi satu pertubuhan yang lebih kos efektif dan memberi faedah kepada anggota dan komuniti. Semua pihak, khususnya agensi yang terlibat dalam gerakan koperasi perlu memainkan peranan mereka dalam satu pasukan yang kuat untuk mengubah gerakan koperasi supaya wujudnya koperasi dapat memberi faedah kepada anggotanya selaras dengan matlamat penubuhan koperasi dan mampu menjadi sektor penting yang memberi sumbangan lebih bermakna kepada KDNK negara.