TANJUNG PIAI: JANGAN BERI KEPADA MCA. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

dokumen-dokumen yang mirip
BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

KAJISELIDIK KEBOLEHPINDAHAN UNDI ANTARA PARTI PEMBANGKANG

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor. 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL WATERFRONT JOHOR BAHRU

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14

KAJISELIDIK POPULARITI PERDANA MENTERI DAN CALON PERDANA MENTERI PEMBANGKANG

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010

BAHAGIAN 1 : Demografi

BAHAGIAN 1 : Demografi

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA (UMCEDEL)

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

UCAPAN YAB DATOʼ MOHAMED KHALED BIN NORDIN MENTERI BESAR JOHOR DI

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

PILIHANRAYA UMUM KE 12 DATA DAN ANALISA PRESTASI PAS

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Sistem Ahli. Pembentukan Parti Perikatan. Pilihan raya Negeri

AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

UCAPAN AWAL. Yang Berbahagia dan yang dikasihi Dato Panglima Seri Hjh Sharizat binti Abd Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

AGENDA MELAYU DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12: KAJIAN KES Dl NEGERI SELANGOR

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

PENGARAHAN PERJUANGAN

Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat

ETIKA MESYUARAT AGUNG

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Regulasi pembiayaan politik ke arah iklim politik yang lebih adil dan telus

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab


Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

A.RASHID RAHMAN PENJALANAN

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

Ubah pendekatan menggubal dasar

Setiausaha Agung DAP

luw$s*^ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 " FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 2.0

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

Dewan Resital 29 Julai 2008, jam 8.00 pagi. Yang Berbahagia Datuk Hajjah Rosnani Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia,

KEJOHANAN BOLA JARING KSS USM 2010

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PERATURAN PERTANDINGAN DAM AJI PESUMA KE-30

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM. ASSAMUALAIKUM WRT WBKTH DAN SALAM SEJAHTERA

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3 on 3 KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN TAHUN 2016

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KEJOHANAN SUKJAB BAGI SUKAN INDOOR PIALA PUSINGAN PROF DR AMINUDDIN ANJURAN KKSSK 2017 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. TARIKH : 6 /3/ /3/2017

PENCAPAIAN TUAN GURU NIK AZIZ Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

Produk. Teknologi. Perkhidmatan. Dihantar Di Seluruh Dunia. THE BLUE BOOK. Merayajan 50 tahun kecermerlangan

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI RUU355

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

OBJEKTIF. 100% Pelajar dapat menyenaraikan 3 Bidang Kuasa Badan Kehakiman

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

CHIA CHONG YANG A143398

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNANM)

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN MAC BAHAGIAN B. memberhentikan memperlahankan memandu. membawa mengucapkan mendengar

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

Transkripsi:

1 TANJUNG PIAI: JANGAN BERI KEPADA MCA Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Pada 21 September 2019, tersiar berita bahawa Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik, Ahli Parlimen Tanjung Piai telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada umur yang masih muda, ia itu 42 tahun. Kita terima berita itu dengan rasa sedih dan mendoakan rohnya di rahmati Allah dan ucapan takziah kepada keluarganya. Presiden UMNO, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berada di Kota Kinabalu, ketika ditanya wartawan, berkata bahawa UMNO akan berbincang dengan teliti dengan partiparti komponen BN sebelum memutuskan siapakah calon yang akan diletak di kubu kuat MCA Esoknya, pada 22 September 2019, keluar berita bahawa DS Wee Jeck Seng, calon MCA yang memenangi kerusi tersebut atas tiket BN selama dua penggal sebelumnya, tetapi kalah dalam PRU 14, bersedia untuk bertanding semula. Sebagai ketua bahagian (MCA), saya mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan kerusi itu dan saya semestinya bersedia, katanya. Pada hari yang sama, tersiar pula kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon bahawa MCA bersedia untuk merampas balik kerusi tersebut daripada Pakatan Harapan (PH). Perhatikan reaksi pemimpin UMNO dan pemimpin-pemimpin MCA. Pemimpin UMNO menghormati pandangan parti-parti komponen BN, malah membuat kesilapan apabila berkata kawasan itu adalah kubu kuat MCA. Itu adalah satu kesilapan yang perlu dibetulkan. Jika DS Zahid tidak berkata demikian, beliau hendaklah mengeluarkan kenyataan menafikannya. Sebaliknya, pemimpin-pemimpin MCA itu seolah-olah menganggap kawasan pilihanraya itu milik mereka dan mengeluarkan kenyataan demikian tanpa berunding dengan partiparti komponen BN, terutama sekali UMNO. Kawasan itu tidak pernah menjadi kubu kuat MCA, dalam erti kata MCA boleh memenanginya jika ia bertanding bersendirian, dengan undi orang Cina, tanpa undi orang Melayu. Sebaliknya, ia adalah antara kawasan majoriti Melayu dan kubu kuat UMNO yang diberikan kepada MCA dan MIC (kemudiannya, termasuk Gerakan). Amalan itu dilakukan semenjak PRU 1 (1955), pada masa itu untuk memberi representasi yang lebih

2 kepada orang Cina, manakala MIC pula, hingga ke hari ini, tidak mungkin memenangi satu kerusi pun secara bersenditian. Kemudiannya, kawasan-kawasan seperti itu diberi kepada MCA dan Gerakan untuk memastikan pemimpin utama mereka tidak kecundang, jika mereka bertanding dalam kawasan majoriti Cina. Ertinya, mereka bertanding dan menang di kawasan-kawasan seperti itu atas ihsan UMNO dan orang Melayu. Itu pengorbanan UMNO yang ahli-ahli UMNO, MCA, Gerakan dan MIC perlu ingat. Mengenai kawasan Parlimen Tanjung Piai, semenjak ia diwujudkan, UMNO telah bermurah hati memberikannya kapada MCA sebagai kawasan selamat untuk ditandingi oleh pemimpin-pemimpin MCA kerana jika mereka bertanding di kawasan majoriti Cina, mereka akan kalah disebabkan MCA tidak mendapat sokongan daripada orang Cina. Dalam PRU 11 (2004), ia diberikan kepada Presiden MCA, Ong Kah Ting, sebagai kerusi selamat untuk mengelak beliau kalah di kawasan majoriti Cina. Beliau berasal dari Lenggong, Perak. Apa hubungannya dengan Tanjung Piai, Johor? Ertinya kawasan itu diberi kepada MCA atas ihsan UMNO dan baliau menang atas ihsan pengundi Melayu, khususnya UMNO. Dalam PRU 12 dan 13, kawasan itu diberi pula kepada Wee Jeck Seng. Beliau juga menang atas sokongan padu pengundi Melayu, walau pun dalam PRU 13 (2013), DAP meletakkan calon Melayu. Perhatikan betapa taat setianya ahli-ahli UMNO kepada parti untuk menjaminkan kemenangan calon parti komponannya, walaupun bukan Melayu. Anihnya, Melayu dikatakan rasis. Semasa PRU 14, peratusan pengundi bagi kawasan Parlimen Tnjung Piai adalah seperti berikut: jumlah pengundi 53,528; Melayu 56.80%; Cina 41.64%; India 1.01% dan lainlain 0.55%. UMNO menuntut supaya kawasan itu diberikan kepada UMNO untuk bertanding, tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan UMNO. Maka, ia diberi juga kepada MCA dan DS Wee Jeck Seng bertanding lagi atas tiket BN. Keputusan pilihanraya itu adalah seperti berikut: DS Wee Jeck Seng (BN) 20,731; Nordin Othman(PAS) 2,962; Dr. Md. Farid Md Rafik (Bersatu) 21,255. Dr Md Farid menang dengan majoriti 524. DAP mendakwa bahawa dalam PRU 14, 97% pengundi Cina mengundi DAP. (Itu tidak rasis?). Jika dakwaan itu benar, maka dalam PRU 14, berapakah undi orang Cina yang diperolehi DS Wee Jeck Seng? Memang benar tidak ada calon DAP di kawasan itu. Tetapi, dalam PRU 14, DAP bertanding atas nama PH, malah memakai simbol PKR. Semestinyalah, orang-orang Cina yang berdiri di belakang DAP dalam PRU 14, mengundi calon PH.

3 Soalnya berapakah undi Cina yang diperolehi oleh calon MCA itu? Saya percaya, sebagiaan besar undi yang diperolehi beliau itu adalah undi orang Melayu, yang setia kepada UMNO dan BN, kerana penyokong PAS tentu sekali mengundi calon PAS. Mengapa DS Wee Jeck Seng kalah? Jawapannya diberi oleh Jefridin Atan, Ketua Bahagian UMNO Tanjung Piai. Mengikutnya BN kalah di kawasan itu kerana MCA tidak mahu menyerahkan kawasan itu kepada UMNO. Ahli-ahli UMNO di sini menuntut supaya kawasan itu diberikan kepada UMNO, tetapi pemimpin-pemimpin (UMNO) tidak menghiraukannya. Akibatnya mereka mengundi pembangkang. Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang tidak sepatutnya memadang ringan alasan yang diberikan oleh Jefridin Atan itu. Beliau adalah Ketua Bahagian dan tahu hal sebenar yang berlaku di akar umbi. Tidak menghiraukannya akan membawa padah. Kesimpulannya, Tanjung Piai bukanlah kubu kuat MCA. Ia diberikan oleh UMNO kepada MCA atas ihsan UMNO. MCA tidak ada hak untuk menganggap kawasan itu sebagai haknya, mahu pun kawasan tradisionalnya. Ihsan orang jangan dijadikan hak. UMNO juga tidak harus lupa sikap MCA selepas PRU 14. Selama 60 tahun MCA menumpang ihsan UMNO semasa UMNO kuat. Sekali kalah, berbagai-bagai cercaan dilepaskan terhadap UMNO. MCA terus menjauhkan diri daripada UMNO, menuntut supaya BN dibubarkan, menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang menyuruhnya keluar jika tidak yakin dengan BN lagi. Tetapi, entah mengapa, tidak pula ia berani bertindak keluar dari BN. Dengan angkuh dan hendak membuktikan bahawa pengundi Cina menolak MCA kerana ia bersekongkol dengan UMNO, maka MCA masuk bertanding dalam PRK DUN Balakong pada 8 September 2018 dengan menggunakan simbolnya sendiri. Apa jadi? MCA mendapat 3,975 undi manakala PH yang meletakkan calon DAP mendapat 22,508 undi. Undi yang diperolehi oleh MCA itu tentu sekali termasuk undi orang Melayu, berapa banyak kita tidak tahu. Biar apa pun MCA tahulah langit tinggi rendah. Dalan PRK DUN Sungai Kandis, walau pun UMNO bertanding atas nama BN, kelibat MCA tidak kelihatan. UMNO sudah tidak berguna lagi. Lebih baik lari daripadanya. Presiden MCA yang sering mencerca UMNO dan menuntut BN dibubarkan, kemudiannya memperolehi mandat daripada MCA sebelum menghadiri mesyuarat BN, untuk menuntut supaya BN dibubarkan. Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat itu, tetapi BN tidak juga dibubarkan. Sampai ke PRK Parlimen Cameron Highlands (26 01 2019). MIC yang mungkin merasakan tiada harapan untuk menang memberi laluan kepada UMNO. Sementara itu

4 UMNO dan PAS yang mula sedar tentang penting bekerjasama demi kepentingan Melayu dan Islam, buat pertama kali dalam berpuluh-puluh tahun, bersama-sama berkempen bagi calon BN, dan calon BN (UMNO) menang. PRK Cameron Highlands akan tercatat dalam sejarah sebagai titik permulaan kerjasama UMNO dan PAS yang membawa kejayaan. Dua bulan kemudian, tiba pula PRK DUN Semenyih (02 03 2019). Kali ini UMNO dan PAS mengulangi kerjasama seperti di Cameron Highlands. Wajah pemimpin Wanita dan Pemuda MCA mula kelihatan. Calon BN (UMNO) menang lagi. Ini mungkin menyebabkan MCA membuat perkiraan semula. Maka, semasa berkempen untuk PRK DUN Rantau (13 04 2019) yang ditandingi oleh Naib Presiden UMNO, DSU Mohamad Hassan, setelah kemenangannya dalam PRU 14 dibatalkan oleh Mahkamah, pemimpin-pemimpin MCA sudah terang-terang berkempen, malah duduk dan berucap sepentas dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS. DSU Mohamad Hassan menang. Selepas itu, nampaknya, mandat yang dahulu dijaja dengan megah itu sudah dilupai. UMNO juga perlu ingat bahawa ia baharu sahaja menandatangani piagam muafakat dengan PAS. PAS perlu meyakinkan ahli-ahli dan penyokongnya bahawa ia tidak melanggar dasar perjuangannya, selama ini. Bagaimana pemimpin-pemimpin PAS akan menjawab jika ahli-ahlinya merungut: kita baru sahaja mewujudkan muafakat dengan UMNO. Sekarang kita diminta mengundi orang bukam Islam di kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang Islam. Adakah kita mengadakan muafakat untuk memilih orang bukan Islam menjadi ketua kita? Jika itulah tujuannya, lebih baik tidak ada muafakat. Jika rungutan yang sama dikemukakan oleh PAS kepada UMNO, apakah jawapan UMNO? Saya ingin dengar. Dalam isu ini, UMNO perlu pilih antara PAS dan MCA. Di satu pihak ialah MCA yang telah menumpang UMNO semasa UMNO kuat dan berguna selama 60 tahun tanpa berterima kasih. Malah apa yang diberi atas ihsan itu dianggap sebagai hak. Apabila UMNO lemah dan tidak berguna kepadanya, ia menjauhkan diri, menghina dan mencerca dan menuntut supaya BN dibubarkan. Tetapi, apabila nampak UMNO telah mula kuat semula dan menyedari ia tidak mempunyai kekuatan sendiri, maka MCA pun datang untuk berbaik-baik semula. Apabila nampak sahaja peluang yang menguntungkan, lantas ia menuntutnya, seolah-olah itu haknya, padahal ia adalah ihsan UMNO. UMNO juga perlu fikir berapa undikah yang yang boleh di beri oleh MCA dan berapa undikah yang boleh diberi oleh PAS, kepadanya.

5 Di satu pihak lagi adalah PAS. PAS bersusah payah meyakinkan ahli-ahlinya untuk menerima muafakat dengan UMNO. Sebelum piagam ditandatangan pun, kerjasama antara UMNO dan PAS di tiga PRU itu telah memberi kemenangan kepada UMNO. PAS tidak mendapat apa-apa. Tetapi ahli-ahlinya bertongkos lumus bekerja siang dan malam untuk memberi kemenangan kepada calon UMNO. Yang membantu calon UMNO di ketiga-tiga PRU itu menang adalah PAS, bukan MCA. Di Tanjung Piai pun, jika UMNO meletak calonnya, petugas-petugas PAS dari seluruh negara akan turun dan bekerja siang malam untuk memberi kemenangan kepada calon UMNO. PAS tidak mendapat apa-apa. Sebaliknya, jika kawasan itu diberi kepada MCA untuk bertanding, saya percaya petugas-petugas PAS tidak akan turun padang, malah saya percaya penyokong-penyokong PAS sama ada tidak keluar menundi, membuat undi rosak atau mengundi calon PH yang semestinya Melayu dan Islam. (Penyokongpenyokong UMNO juga besar kemungkinan akan melakukan perkara yang sama,) Jika MCA berkeras tidak mahu melepas kawasan itu kepada UMNO, UMNO boleh berkata kepada MCA, baik, MCA boleh meletakkan calonnya dan menggunakan simbolnya seperti di Balakong. UMNO akan meletakkan calonnya. Kita lihat keputusannya. Jika MCA tidak puas hati dan hendak keluar dari BN pun, keluarlah. UMNO tidak akan rugi apa-apa berbanding dengan akibat kegagalan muafakat dengan PAS. Penulis-penulis anti-muafakat UMNO-PAS bermain psikologi mengatakan bahawa muafakat itu perlu membuktikan bahawa ia tidak rasis dengan memberikan kawasan itu kepada MCA. Saya bertanya mereka, pernahkah MCA memberi satu kawasan majoriti Cina untuk ditandingi UMNO dan memberi kemenangan kepada UMNO? Kita menunggu untuk melihat keputusan yang akan dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Orang Melayu dan Islam tidak akan memaafkan mereka jika mereka memberikan kawasan Parlimen Tanjung Piai kepada MCA. 25 09 2019 tunabdulhamid@gmail.com http://www.tunabdulhamid.my https://tunabdulhamid.me