PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN CIDOS DALAM KURSUS SAINS KEJURUTERAAN ABSTRAK

dokumen-dokumen yang mirip
GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Sustainable Education 54

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Laporan. Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. LAPORAN SKPG 2015 (Graduan 2014)

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2013

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PENCALONAN

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

LAPORAN PENYELIDIKAN

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT LAPORAN ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2015

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)


PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

SISTEM PENDAFTARAN CITRA

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Kajian Impak Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BPPT)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

Transkripsi:

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN CIDOS DALAM KURSUS SAINS KEJURUTERAAN Mohd Sanusi Deraman 1 dan Anisah Jawawi 2 Politeknik Kota Bharu/sanusi@pkb.edu.my 1 dan anisahjawawi@gmail.com 2 ABSTRAK Curiculum Information Document Online System (CIDOS) merupakan sistem pengurusan pembelajaran digital yang digunapakai di Politeknik Malaysia termasuk Politeknik Kota Bharu. Aktiviti dalam CIDOS dilaksanakan secara kaedah pembelajaran teradun (Blended Learning) dimana ianya berlaku secara bersemuka dan atas talian. Penggunaan CIDOS di Politeknik Kota Bharu penting sebagai pendedahan awal pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti. Oleh demikian, kajian tentang tahap penerimaan pelajar terhadap CIDOS dalam pembelajaran mereka sangat diperlukan sebagai proses penambahbaikan dalam sistem pengurusan pembelajaran di politeknik. Kajian kuantitatif ini melihat data secara frekuensi dan deskriptif dengan melakukan pengamatan dan pemantauan secara langsung pada responden. Kelompok responden adalah pelajar yang mengambil kursus Sains Kejuruteraan semester pertama. Seramai 91 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Hasil penelitian menunjukkan bahawa penerimaan CIDOS dalam kursus Sains Kejuruteraan berada pada tahap tinggi (M=3.9714, SD=.58562). Manakala penerimaan mengikut jabatan, jantina dan bangsa adalah sebanyak 93.4 % berada pada tahap tinggi dan 6.6 % sederhana. Sebagai rumusan, pelajar menerima penggunaan CIDOS dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kata kunci Sistem pengurusan pembelajaran, CIDOS, epembelajaran, penerimaan. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PENGENALAN CIDOS dibangunkan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran atas talian pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB). Menjadi hasrat Politeknik Kota Bharu untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berteraskan Blended Learning di kalangan warga politeknik melalui sistem pengurusan pembelajaran CIDOS. Politeknik Kota Bharu merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang memainkan peranan bagi menghasilkan graduan berilmu dan berkemahiran sederhana tinggi. Pendidikan dan latihan yang disediakan bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan perkembangan mental dan rohani pelajar, malah mengasah kemahiran mereka bagi memenuhi tuntutan pekerjaan separa profesional dan teknikal dalam kalangan golongan muda dan selanjutnya membangunkan ekonomi negara (Karimah, Mahanon & Siti, 2018). Politeknik Kota Bharu merupakan salah sebuah institusi TVET yang menjadi penyumbang modal insan berkemahiran sederhana bagi memenuhi keperluan industri dan pasaran tenaga kerja separa profesional. Sekarang keperluan untuk melakukan transformasi bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) begitu mendesak dengan mengambil kira kepentingan bidang itu terhadap negara bagi mendepani cabaran Revolusi Perindustrian ke-4 (Industri 4.0). Sementara itu, pengerusi jawatankuasa permekasaan TVET, Nurul Izzah berkata, skop TVET mempunyai banyak potensi dan berpuluh bilion ringgit telah dibelanjakan dari tahun ke tahun untuk mengangkat dan menambah Copyright and published by https://worldconferences.net Page 137

penglibatan pelajar dalam bidang TVET yang dipandang tinggi seperti di negara Jerman (Nurul Firdaus Khairi, 2018). LITARATUR KAJIAN Teknologi informasi memudahkan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Teknologi informasi membantu manusia dalam memproses pekerjaan, mengelola dan mengagihkan data serta mempermudah pekerjaan manusia. Salah satu pemanfaatan teknologi informasi dalam bidang pendidikan adalah penggunaan media dalam epembelajaran atau pembelajaran digital. Kaedah ini merupakan media pembelajaran atas talian yang berfungsi sebagai media perantara berasaskan teknologi informasi yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran tanpa berhadapan secara langsung. epembelajaran kini semakin menjadi amalan dalam sistem pendidikan terkini dimana ia terus berkembang dari semasa ke semasa (Sefrika, 2018). Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara (www.moe.gov.my, 2018). Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 [PPPM (PT)] mentransformasikan sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk menghadapi cabaran baharu. PPPM (PT) telah menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Melalui lonjakan ke 9 iaitu pembelajaran dalam talian secara global, model pembelajaran secara bersepadu (blended learning) menjadi pendekatan pedagogi utama untuk semua universiti awam termasuklah Politeknik Kota Bharu bersesuaian dengan trend terkini perkembangan teknologi abad 21. Ciri-ciri CIDOS yang terbuka dan percuma, serta boleh di akses dalam talian 24/7 membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih kreatif. Penggunaan CIDOS dapat membantu pelajar mengakses sumber secara kendiri dan menjimatkan kos apabila melaksanakan pembelajaran dan penilaian. Namun demikian, terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan penggunaan CIDOS di politeknik seperti proses pengajaran dan pembelajaran melalui perjumpaan bersemuka semakin berkurang, integriti pensyarah merosot, kekangan masa dalam kalangan pensyarah dan kekurangan kemudahan fasiliti (Hasnida, Elyn & Hamdan, 2018). Keperluan melaksanakan PPPM 2015 2025 memerlukan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian dengan lebih meluas. Dasar pendidikan ini banyak dibantu oleh perkembangan teknologi komunikasi dan perhubungan secara atas talian. Selain teknologi, motivasi memain peranan yang penting dalam penerimaan pelajar terhadap sistem pengurusan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Motivasi adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan apa yang memberi kepada seseorang dan apa yang memberi arah bagi aktivitinya. Dalam bidang pendidikan, masalah motivasi sering menjadi topik yang penting. Hal ini disebabkan motivasi dianggap sebagai faktor yang sangat dominan dalam menentukan pencapaian akademik pelajar. Kemampuan intelektual yang tinggi menjadi sia-sia jika pelajar berkenaan tidak mempunyai berkeinginan untuk mendapat kejayaan akademik. Di sini motivasi memain peranan penting bagi menggalakkan pelajar berusaha lebih dalam pembelajaran mereka. Selain motivasi, tahap penerimaan sistem pengurusan pembelajaran juga mempengaruhi epembelajaran. Nanayakkara & Whiddett (2011) menyatakan bahawa hasil kajiannya menunjukkan faktor sistem dan sikap individu pengguna mempengaruhi penerimaan dan penyerapan penggunaan teknologi epembelajaran. Persepsi individu dan budaya fakulti memainkan peranan yang penting bagi penentuan samada tutor itu menerima atau menolak sistem epembelajaran. Copyright and published by https://worldconferences.net Page 138

Fong-Ling Fu, Hung-Gi Chou, & Sheng-Chin Yu (2007) membuat kajian tentang hubungan interaksi aktif penerimaan epembelajaran di kalangan pelajar yang sukarela melibatkan diri dalam kajiannya. Pelajar ini terdiri daripada kalangan yang pernah mengikuti kursus dalam talian sekurangkurangnya sekali. Jumlah sampel adalah 451 unit. Ianya terdiri 39% kursus perniagaan, 23.9% kursus sains sosial dan selebihnya lain-lain kursus. Kebanyakan responden bukan pengguna internet yang baru dan 72.5% menyatakan mereka mempunyai pengalaman dalam talian selama tiga tahun. Kajian ini menggunakan perkembangan Technology Acceptance Model (TAM) untuk menjelaskan motivasi, sikap dan penerimaan epembelajaran oleh pelajar. Faktor-faktor yang menentukan kualiti sesawang adalah seperti peranan yang dimainkan oleh sistem tersebut, reka bentuk antara muka dan isi kandungan. Kesemua faktor-faktor ini menentukan penerimaan pelajar terhadap epembelajaran. PENYATAAN MASALAH Politeknik Malaysia termasuk Politeknik Kota Bharu telah melaksanakan epembelajaran yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran yang dinamakan CIDOS. Penggunaan sistem CIDOS ini memberi cabaran kepada semua pensyarah terutama pensyarah yang lebih berusia. Penerimaan pensyarah menggunakan CIDOS dalam pelaksanaan epembelajaran mempengaruhi motivasi seterusnya tahap penerimaan pelajar juga terjejas. Penerimaan pelajar terhadap CIDOS harus diukur untuk menjadi panduan dalam proses penambahbaikan masa akan datang. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan CIDOS. Juga melihat penerimaan CIDOS dari sudut jabatan, jantina dan bangsa. SKOP KAJIAN Penyelidik telah menetapkan skop sebagai batasan kajian untuk melaksanakan tugasan ini. Setelah diteliti, kriteria yang dipilih ialah: a. Pelajar Politeknik Kota Bharu. b. Pelajar semester pertama. c. Mengikuti kursus Sains Kejuruteraan. d. Kehadiran kuliah melebihi 80% e. Menggunakan CIDOS dalam pembelajaran mereka. METODOLOGI Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. REKA BENTUK KAJIAN Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan sepenuhnya borang soal selidik yang dibangunkan menggunakan google form. Menurut Mohd Majid (1990), soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran Copyright and published by https://worldconferences.net Page 139

gerakbalas yang diberikan oleh responden. Selain itu, instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik yang dibina sendiri dan telah menjalani ujian perintis bagi menentukan kesahan soalan. 5 orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kota Bharu terpilih menjawab soal selidik. Berdasarkan pemerhatian mereka, soal selidik ini bebas daripada sebarang kesilapan. Oleh demikian, soal selidik ini disahkan boleh digunakan untuk kajian. Pelaksanaan kajian dimulakan dengan mengenalpasti penyataan masalah, membina objektif, kaedah metodologi dan menganalisis data. Semasa pentadbiran instrumen, semua responden diberi pautan borang soal selidik menggunakan kumpulan whatsapp. Aplikasi google forms memberi banyak kelebihan kerana aplikasi ini terus menjana keputusan secara peratusan dan carta pie. Bagaimanapun bagi mendapat keputusan yang lebih jitu dan mendalam, Perisian IBM SPSS versi 21 digunakan. Data secara frekuensi dan deskriptif diperolehi dan dianalisis lalu diterjemahkan dalam bentuk perbincangan. POPULASI DAN PENSAMPELAN Populasi kajian ini adalah pelajar yang mengambil kursus Sains Kejuruteraan semester pertama. Teknik pensampelan rawak digunakan dalam pemilihan sampel kajian di mana kaedah ini di buat bagi memastikan sampel kajian dapat mewakili populasi pelajar. Kaedah ini digunakan bagi memastikan setiap responden mempunyai peluang yang sama bagi mewakili populasi dalam kajian ini. Sebanyak 91 responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan secara atas talian menggunakan google forms. INSTRUMEN KAJIAN Secara keseluruhan, soalan terbahagi kepada dua kategori. Bahagian A mengandungi tiga item tentang demografi responden, manakala bahagian B terdapat 10 item berkenaan penerimaan pelajar terhadap CIDOS. Setiap soalan di ukur menggunakan skala likert. Makluman kepada responden berkaitan soal selidik juga telah di buat menggunakan kumpulan wasap. Jadual 1 dibawah menunjukkan butiran instrumen. JADUAL 1: Ringkasan kandungan instrumen kajian Bahagian Soalan Item A Demografi 3 B Penerimaan 10 Data daripada soal selidik yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 21 (SPSSv21). Data yang diperolehi ditunjukkan dalam bentuk min dan frekuensi (peratus). Bagi menerangkan data dengan lebih jelas, SPSS memaparkan data min penerimaan CIDOS melalui kaedah jadual. Tahap penerimaan ditentukan sepertimana dalam jadual 2 di bawah. JADUAL 2: Tahap penerimaan Tahap Bilangan 1.000 1.666 Rendah 1.667 3.333 Sederhana 3.334 5.00 Tinggi Copyright and published by https://worldconferences.net Page 140

KEPUTUSAN ANALISIS Terdapat 91 orang pelajar yang menjadi responden dari dua jabatan. Dapatan kajian mendapati statistik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal seramai 50 orang (54.9%), manakala Jabatan Kejuruteraan Elektrik hanya 40 orang (45.1%) sahaja. Statistik ini menunjukkan dua jabatan sahaja terlibat kerana penyelidik mengajar jabatan ini sahaja. Politeknik Kota Bharu secara keseluruhan mempunyai enam jabatan dimana empat jabatan induk dan dua jabatan sokongan. Selain dua jabatan ini, empat jabatan lain ialah Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) dan Jabatan Pengajian Am (JPA). Pelajar lelaki menjadi majoriti dalam kajian ini iaitu seramai 66 orang (75.5%), manakala perempuan pula seramai 25 orang (27.5%). Ketidakseimbangan ini disumbangkan oleh jenis-jenis kursus yang ditawarkan di peringkat diploma. Kursus aliran kejuruteraan menjadi domino dan secara tidak langsung mempengaruhi bilangan pelajar dari aspek jantina. Semua pelajar ini menjalani kehidupan dan belajar dalam suasana yang berbilang kaum dengan harmoni. Di Politeknik Kota Bharu, terdiri tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan siam. Lain-lain kaum amatlah sedikit. Dapatan kajian mendapati pelajar Melayu merupakan kaum yang menjadi hampir keseluruhan iaitu 90 orang (98.9%), manakala pelajar India hanya seorang (1.1%). Statistik bangsa ini tidak mencerminkan posisi bangsa yang sebenar. Statistik penerimaan berdasarkan jabatan menunjukkan bahawa kedua-dua jabatan menerima CIDOS pada tahap yang tinggi. Pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menerima CIDOS dalam pembelajaran mereka pada tahap yang paling tinggi (M=4.0100, SD=.60144) dan dikuti oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik (M=3.9244, SD=.56955). Perbezaan min yang sangat kecil iaitu sebanyak 0.0856 memberi gambaran bahawa kedua-dua jabatan mempunyai sikap penerimaan yang sama. Boleh dikatakan bahawa perbezaan jabatan tidak memberi perbezaan yang ketara terhadap penerimaan pelajar terhadap CIDOS. JADUAL 3 : Penerimaan berdasarkan jabatan JABATAN Mean N Std. Deviation % of Total Sum % of Total N JKE 3.9244 41.56955 44.5% 45.1% JKM 4.0100 50.60144 55.5% 54.9% Total 3.9714 91.58562 100.0% 100.0% Penerimaan berdasarkan jantina tidak memberi sebarang makna, ini disebabkan pelajar lelaki dan perempuan mempunyai tahap penerimaan sama iaitu tahap tinggi. Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa jantina tidak mempengaruhi penerimaan CIDOS dalam pembelajaran mereka. Jadual 4 : Penerimaan berdasarkan jantina JANTINA Mean N Std. Deviation % of Total % of Total N Sum Lelaki 3.9758 66.62464 72.6% 72.5% Perempuan 3.9600 25.47871 27.4% 27.5% Total 3.9714 91.58562 100.0% 100.0% Copyright and published by https://worldconferences.net Page 141

CIDOS ini sesuai digunakan untuk semua bangsa. Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian, pelajar Melayu (M=4.8000, SD=0.0) dan India (M=3.9622, SD=.58224) sama-sama menerima CIDOS pada tahap yang tinggi. Perbezaan kaum tidak mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap CIDOS. Jadual 5 : Penerimaan berdasarkan bangsa BANGSA Mean N Std. Deviation % of Total % of Total N Sum India 4.8000 1. 1.3% 1.1% Melayu 3.9622 90.58224 98.7% 98.9% Total 3.9714 91.58562 100.0% 100.0% Secara keseluruhan, penerimaan pelajar terhadap CIDOS, keputusan kajian mendapati bahawa ianya berada pada tahap tinggi (M=3.9714, SD=.58562). Jadual 8 menunjukkan min penerimaan pelajar terhadap CIDOS. Mengikut statistik jabatan, pelajar daripada kedua-dua jabatan menerima CIDOS pada tahap yang tinggi. Begitu juga statistik mengikut jantina dan bangsa. Pelajar Melayu dan India samada perempuan atau perempuan, semua menerima CIDOS dalam pembelajaran mereka pada tahap tinggi. Jadual 6 : Penerimaan secara keseluruhan N Minimum Maximum Mean Std. Deviation Penerimaan 91 2.10 5.00 3.9714.58562 Valid N (listwise) 91 PERBINCANGAN Dapatan kajian mengikut pecahan kaum ini tidak mencerminkan kedudukan kaum secara keseluruhan. Seramai 90 orang (1.2%) pelajar terdiri daripada kaum Melayu sangat jauh dari fakta kependudukan sebenar. Pada tahun 2017, jumlah penduduk Malaysia adalah 31.9 juta yang merangkumi 90.2 peratus warganegara dan 9.8 peratus bukan warganegara. 62.1% merupakan kaum Bumiputera, dimana 87.7% terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 12.3% dari Bumiputera lain. Bumiputera lain adalah terdiri daripada Orang Asli, Siam, Serani dan lain-lain minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur. 43.4% merupakan kaum Dayak di Sarawak dan suku kaum Kadazan-Dusun majoriti di Sabah iaitu terletak di Malaysia Timur. Rajah 1 menunjukkan kependudukan warganegara dan bukan untuk tahun 2017 dan 2018. Nisbah jantina tahun 2018 juga dinyatakan secara grafik (www.dosm.gov.my, 2018). Penerimaan pelajar terhadap CIDOS pada tahap yang tinggi ini menempati dapatan kajian oleh Rubiah & Jamilah Ahmad (2009) di mana beliau mendapati bahawa tahap penerimaan dan aplikasi epembelajaran di universiti awam sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan CIDOS antaranya penggunaan di dalam kelas, kekurangan latihan dan pendedahan, pengaruh rakan sekeliling, minat, sikap. kelajuan internet dan sebagainya. Beberapa pengkaji telah membuat kajian tentang penerimaan epembelajaran di kalangan pelajar universiti awam. Diantaranya ialah Nanayakkara & Whiddett (2011), beliau menjumpai bahawa faktor sistem dan sikap individu pengguna mempengaruhi penerimaan dan penyerapan penggunaan teknologi epembelajaran. Antara faktor penerimaan adalah persepsi individu dan budaya fakulti. Hasil kajian ini juga menyokong kajian yang telah dilakukan oleh Keller, Hrastinski, & Carlsson, (2012) dimana beliau Copyright and published by https://worldconferences.net Page 142

mendapati tahap kesediaan penerimaan pembelajaran arahan kendiri pelajar berada paras tahap yang sederhana. Kaedah epembelajaran ini sebenarnya telah diterima oleh kebanyakan pelajar. Mereka berpendapat bahawa kaedah ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik. Penerimaan pelajar terhadap CIDOS ini mencapai sasaran menteri pengajian tinggi supaya semua institusi pengajian tinggi dapat melaksanakan epembelajaran dengan berkesan menjelang tahun 2015. KESIMPULAN Kajian ini dapat dijadikan kayu ukur kualiti perkhidmatan pendidikan dan latihan yang ditawarkan oleh Politeknik Kota Bharu. Maklumbalas daripada pelajar amat penting dalam merangka polisi dan strategi bagi menghasilkan graduan TVET yang berkualiti sekaligus dapat membantu menambahbaik keperluan pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum seiring dengan kehendak industri. Data kajian menunjukkan bahawa penerimaan pelajar terhadap CIDOS adalah tinggi. Perbezaan jabatan, jantina dan bangsa tidak mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap CIDOS. Ini bererti bahawa usaha semua pihak telah membuah hasil. Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan penggunaan CIDOS sebagai alat pembelajaran. Terkini, epembelajaran meningkat ke aras yang lebih tinggi lagi. epembelajaran berteraskan permainan yang dikenali sebagai gamifikasi semakin mendapat tempat dalam pengajaran dan pembelajaran. Kandungan pembelajaran yang mempunyai unsur-unsur permainan meningkat motivasi dan mengikatkan pelajar untuk berterusan. Pada era globalisasi hari ini, penggunaan rangkaian maklumat yang lebih efektif amat digalakkan oleh pihak kerajaan kerana ia membentuk satu mekanisme yang lebih baik kepada semua pelajar. Copyright and published by https://worldconferences.net Page 143

RUJUKAN Embargo (2018). Anggaran penduduk semasa, Malaysia, 2017-2018. Diperolehi pada 5 Dis 2018 daripada https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfprev&id=t0lmshlwoxj1awlzcjbla m9obuzpdz09 Fong-Ling Fu, Hung-Gi Chou, & Sheng-Chin Yu. (2007). Active interaction relationships between students accepttance behavior and e-learning. Taiwan: National Cheng-chi University Hasnida Ibrahim, Elyn Mohd Ridzwan & Hamdan Zakaria (2018). Transformasi pendidikan: isu dan cabaran pendidikan abad ke 21 melalui epembelajaran CIDOS di Politeknik. Prosiding International Conference On Global Education VI. Volume 1, 357 367 Karimah binti Umar, Mahanon binti Ismail & Siti Norhayati binti Yusop, (2018). Kajian kepuasan majikan terhadap graduan Kolej Komuniti Kuala Langat. Digest@JMSK Bil 3. Keller, C., Hrastinski, S., & Carlsson, S. (2012). Students' acceptance of e-learning environments: A comparative study in Sweden and Lithuania. Research Paper, hlm. 395-406. Mohd Majid Konting 91990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nanayakkara, C., & Whiddett, D. (2011). A model of user acceptance of e-laerning technologies: A case study of a polytechnic in New Zealand. Research Paper, hlm. 180-189 Nurul Firdaus Khairi (2018). Nurul Izzah dilantik pengerusi jawatankuasa pemerkasaan TVET. Diperolehi pada 12 Dis 2018 daripada http://www.sinarharian.com.my/ultras/ligaantarabangsa/nurul-izzah-dilantik-pengerusi-jawatankuasa-pemerkasaan-tvet-1.847576 Ringkasan eksekutif, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. Diperolehi pada 4 Dis 2018 daripada https://www.moe.gov.my/images/dasarkpm/ppp/articlefile_file_003113.pdf Rubiah Omar, & Jamilah Ahmad. (2009). Kesedaran, pernilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 155-172 Sefrika (2018). Analisis penerimaan teknologi e-learning pada amik BSI Jakarta. Journal Of Infomatic Pelita Nusantara. Volume 3 (No 1), 1-5 Copyright and published by https://worldconferences.net Page 144