A. PENGURUSAN BAJET. 1.0 Tafsiran

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAHAGIAN 3 - PENGURUSAN BELANJAWAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Tujuan

FADZILLAH BINTI RAHMAN

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER YANG STANDARD DI BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 6/2003 PEJABAT BENDAHARI PERUNTUKAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2004

KUTKM.03/ 10.12/3/2 ( ) November 2004 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 13/2004 PENYEDIAAN CADANGAN BAJET MENGURUS TAHUN 2006 DAN 2007


PANDUAN PENDAHULUAN PELBAGAI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA (SPLN)

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

M / S : 1/12 PENGURUSAN BAJET TARIKH : 4 SEPTEMBER 2017 PINDAAN : 02 UPSI(ISO)/BEN/P01 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

BAB 6 PENGURUSAN ASET

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

SURAT PEKELILING BENDAHARI

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

BAB 9 PENGURUSAN PEMBAYARAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL 7 TAHUN 2016 PROSEDUR TUNTUTAN HASIL

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-BJT/P002 PROSEDUR PERMOHONAN PINDAHAN PERUNTUKAN BELANJA MENGURUS

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

TATACARA PENGURUSAN TABUNG ENDOWMEN/WAKAF DAN TABUNG SUMBANGAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

SOK/KEW/DF002/BJT PENYATA RINGKASAN CADANGAN DASAR BARU BAGI TAHUN.. MENGIKUT OBJEK SEBAGAI. KOD OBJEK SEBAGAI JUMLAH Tahun Baru I.

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

PEKELILING BENDAHARI BIL : 2 / 2007 PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

KANDUNGAN TAKLIMAT 1. SISTEM KEWANGAN NEGARA 2. KUMPULANWANG YANG DISATUKAN 3. PERATURAN KEWANGAN YANG BERKAITAN DENGAN BELANJAWAN 4

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TAKLIMAT PENGURUSAN BELANJAWAN


Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA N a t i o n a l U n i v e r s i t y o f M a l a y s i a

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UTHM.PB/100-6/4/1( 9 ) 15 November 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 9 /2007

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

Transkripsi:

A. PENGURUSAN BAJET 1.0 Tafsiran 1.1 Bajet merupakan satu perancangan kewangan sesebuah organisasi yang melibatkan anggaran hasil dan perbelanjaan yang dirangka untuk mencapai matlamat dalam jangka masa tertentu. 1.2 Jenis jenis Kumpulan Wang (KW) Kod KW KW01 KW02 KW03 KW04 KW05 KW06 KW07 KW08 KW09 KW10 Butiran Kumpulan Wang Mengurus Kumpulan Wang Pembangunan Kumpulan Wang Penyelidikan Kumpulan Wang Pembiayaan Swasta (PFI) Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan Kumpulan Wang Pinjaman Komputer Kumpulan Wang Pendapatan Kumpulan Wang Amanah Kumpulan Wang Peruntukan Khas Kumpulan Wang Perundingan 1.2.1 Kumpulan Wang Mengurus i. Kumpulan Wang Mengurus adalah peruntukan yang diterima dari Geran Kerajaan pada setiap tahun. Peruntukan yang diterima digunakan untuk menampung perbelanjaan operasi tanggungan dan pembekalan. 1.2.2 Kumpulan Wang Pembangunan i. Kumpulan Wang Pembangunan adalah peruntukan yang diterima dari Kerajaan bagi setiap lima tahun sekali untuk projek-projek yang 1

telah diluluskan mengikut Rancangan Malaysia (RMK) dan diagihkan berdasarkan Rolling Plan (RP). Peruntukan yang diterima digunakan untuk membiayai perbelanjaan harta modal. 1.2.3 Kumpulan Wang Penyelidikan i. Kumpulan Wang Penyelidikan adalah sejumlah peruntukan yang diterima daripada mana-mana pemberi dana bagi sesuatu tempoh tertentu penyelidikan. Peruntukan yang diterima digunakan bagi tujuan menjalankan sesuatu penyelidikan mengikut geran masing-masing. 1.2.4 Kumpulan Wang Pembiayaan Swasta (PFI) i. Kumpulan Wang Pembiayaan Swasta (PFI) adalah sejumlah peruntukan yang diterima daripada mana-mana pemberi dana swasta bagi perbelanjaan sesuatu projek PFI. Peruntukan diterima digunakan bagi tujuan melaksanakan bayaran belanja projek PFI sepanjang tempoh konsesi. 1.2.5 Kumpulan Wang Pembiayaan Kenderaan i. Kumpulan Wang Pembiayaan Kenderaan adalah sejumlah wang yang diperuntukkan oleh Universiti bagi Skim Pembiayaan Kenderaan Universiti. Peruntukan diterima digunakan bagi tujuan pembiayaan pinjaman kenderaan staf. 2

1.2.6 Kumpulan Wang Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar i. Kumpulan Wang Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar adalah sejumlah wang yang diperuntukkan oleh Universiti bagi Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar Universiti. Peruntukan diterima digunakan bagi tujuan pembiayaan komputer dan telefon pintar staf. 1.2.7 Kumpulan Wang Pendapatan Universiti i. Kumpulan Wang Pendapatan Universiti adalah sejumlah wang yang diterima dari pelbagai sumber yang diusahakan atas inisiatif Universiti selain daripada Kumpulan Wang utama seperti Kumpulan Wang Mengurus, Pembangunan, Penyelidikan dan Perundingan, Amanah dan pinjaman. Peruntukan ini digunakan bagi tujuan menampung sepenuhnya atau sebahagian daripada pembiayaan atau ketidakcukupan peruntukan aktiviti/program yang kritikal kepada kepentingan Universiti. 1.2.8 Kumpulan Wang Amanah i. Kumpulan Wang Amanah adalah sejumlah wang yang diwujudkan untuk mengakaunkan sumbangan dan terimaan yang dibenarkan bagi sesuatu maksud amanah yang nyata dan jelas serta memastikan kawalan dilakukan sebaik mungkin supaya matlamat penubuhannya. Peruntukan yang diterima digunakan untuk menampung perbelanjaan yang dibenarkan selaras dengan tujuan dan objektif yang ditetapkan. 3

1.2.9 Kumpulan Wang Peruntukan Khas i. Kumpulan Wang Peruntukan Khas adalah peruntukan yang diterima dari mana-mana Agensi Kerajaan. Peruntukan diterima digunakan untuk menampung perbelanjaan yang tertentu. 1.2.10 Kumpulan Wang Perundingan i. Kumpulan Wang Perundingan adalah sejumlah wang yang diterima daripada mana-mana pihak untuk melaksanakan projek perundingan. Peruntukan yang diterima bagi menampung perbelanjaan projek perundingan yang dilaksanakan. 1.3 Geran Peruntukan merupakan peruntukan yang diturunkan daripada pelbagai agensi sama ada Kerajaan atau Swasta kepada Universiti bagi satu tempoh kewangan. 1.4 Agihan Peruntukan merupakan satu proses pembahagian peruntukan kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) atau Penyelidik berdasarkan peruntukan yang diluluskan. 1.5 Peruntukan Waran Kecil adalah peruntukan yang diturunkan oleh Naib Canselor (Pegawai Pengawal) kepada PTj bagi satu tempoh kewangan. 1.6 Pemegang Waran Peruntukan Kecil adalah Ketua PTj yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peruntukan yang diluluskan kepada PTj dan membenarkan Ketua PTj berkenaan secara bertulis untuk mengawal perbelanjaan tidak melebihi waran yang telah diperuntukkan. 4

1.7 Dasar Sedia Ada (DSA) adalah program atau aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tahun semasa serta merupakan aktiviti yang berulang setiap tahun. 1.8 Dasar Baharu (DB) adalah program atau aktiviti baharu/tambahan/perluasan kepada DSA. 1.9 Dasar One-Off (DOO) adalah perbelanjaan yang tidak berulang dan hanya dipohon untuk dilaksanakan pada tahun berkenaan sahaja. Contoh perbelanjaan perjalanan luar negara dan emolumen staf kontrak. 1.10 Peruntukan Tambahan adalah satu jumlah yang dimohon sebagai tambahan kepada peruntukan sama ada menggunakan baki peruntukan semasa, rizab atau permohonan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi menampung ketidakcukupan peruntukan. 1.11 Pindah Peruntukan (Virement) adalah satu proses menambahkan peruntukan kepada Objek Sebagai atau Objek Am yang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan atau aktiviti yang terlibat dengan mengurangkan peruntukan dari Objek Am atau Objek Sebagai yang lain. 1.12 Objek Am (OA) adalah suatu kumpulan Objek Sebagai perbelanjaan atau hasil. Istilah lain yang digunakan adalah vot dan kepala. Contohnya seperti 10000 bagi emolumen dan 20000 bagi bekalan dan pekhidmatan. 1.13 Objek Sebagai (OS) adalah suatu jenis perbelanjaan atau hasil yang dijeniskan di bawah suatu Objek Am. Contohnya seperti 21000 bagi perjalanan dan sara hidup, 23000 bagi perhubungan dan utiliti serta 24000 bagi sewaan. 1.14 Objek Kumpulan Lanjut adalah suatu kumpulan Objek-Objek Lanjut. Contohnya seperti 21100 bagi perjalanan dan sara hidup staf di dalam negara serta 23200 bagi utiliti. 5

1.15 Objek Lanjut (OL) adalah suatu jenis perbelanjaan atau hasil yang dijeniskan di bawah suatu Objek Kumpulan Lanjut. Contohnya seperti 21106 bagi tambang kapal terbang dalam negara, 23201 bagi elektrik serta 24201 bagi sewa bangunan pejabat. 1.16 Vot adalah kod peruntukan/akaun bagi sesuatu perbelanjaan/hasil/aset/liabiliti. Vot ini terbahagi mengikut kod OA atau OS. 1.17 Buku Vot adalah satu rekod kewangan bagi tujuan kawalan peruntukan dan perbelanjaan untuk merekodkan apa-apa perbelanjaan, tanggungan, peruntukan dan pelarasan urusniaga. 1.18 Perbelanjaan komited adalah perbelanjaan tetap yang berulang/perbelanjaan berkontrak/emolumen dan lain-lain. 1.19 Perbelanjaan berpusat adalah perbelanjaan bagi vot tertentu yang dipertanggungjawabkan kepada PTj yang ditetapkan sahaja dalam mengawal dan menguruskan perbelanjaan tersebut. 1.20 Rizab adalah lebihan/kurangan di antara Geran dan Hasil Mengurus (sumber dalaman) tahunan dengan Perbelanjaan Mengurus termasuk pembelian aset dan komitmen tahun semasa. 1.21 Carta akaun adalah struktur kod yang digunakan untuk merujuk kepada jenis pendapatan, perbelanjaan, liabiliti, aset dan ekuiti bagi sesuatu aktiviti yang ditetapkan. 2.0 Pihak Berkuasa Melulus 2.1 Pihak Berkuasa Melulus adalah seperti yang diperincikan dalam Lampiran 1 Bab Governan, Bahagian Tadbir Urus Kewangan, Peraturan Kewangan dan Perakaunan Universiti. 6

3.0 Penyediaan Anggaran Bajet 3.1 Penyediaan Anggaran Bajet Mengurus (ABM) 3.1.1 Anggaran Bajet Mengurus Tahunan disediakan bagi mendapatkan peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menampung perbelanjaan operasi Universiti dalam satu tempoh tahun kewangan. 3.1.2 ABM Tahunan akan disediakan mengikut kalendar Kementerian. 3.1.3 Universiti hendaklah merancang dan merangka perbelanjaan yang strategik dan berkesan bagi memastikan sumber kewangan digunakan secara optimum dan bagi mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. 3.1.4 Pejabat Bendahari akan mengeluarkan surat makluman kepada semua PTj berkaitan penyediaan ABM berserta dengan format seperti di lampiran 1. 3.1.5 Pejabat Bendahari akan mengadakan Taklimat Penyediaan Bajet Tahunan kepada semua PTj menggunakan format ABM-7. 3.1.6 Penyediaan ABM-7 merangkumi perbelanjaan untuk Dasar Sedia Ada, Dasar Baharu dan Dasar One-Off. 3.1.7 PTj perlu mengemukakan ke Pejabat Bendahari permohonan ABM-7 yang telah dipersetujui oleh Ketua PTj berdasarkan perancangan tahunan PTj. 3.1.8 Pejabat Bendahari akan mengumpulkan permohonan ABM-7 dari semua PTj seperti di lampiran 2 untuk dibentangkan kepada Naib Canselor. 3.1.9 ABM-7 yang telah dikemaskini berdasarkan hasil perbincangan bersama Naib Canselor akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif (ME) 7

untuk sokongan, diperakukan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) dan kelulusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU). 3.1.10 ABM-7 yang telah diluluskan akan dikemukakan kepada KPM tidak lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. 3.2 Penyediaan Anggaran Bajet Pembangunan 3.2.1 Permohonan Bajet Pembangunan akan disediakan oleh Pejabat Pembangunan untuk tempoh setiap lima tahun sekali di bawah Rancangan Malaysia yang berkaitan mengikut projek dan program yang dirancang. 3.2.2 Permohonan Bajet Pembangunan yang baharu berdasarkan rolling plan akan disediakan oleh Pejabat Pembangunan untuk dibawa kepada KPM berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan. 3.2.3 Pejabat Pembangunan akan mengeluarkan surat makluman berkaitan permohonan Anggaran Bajet Pembangunan kepada semua PTj. 3.2.4 Anggaran Bajet Pembangunan adalah meliputi perkara-perkara seperti berikut: i. Bayaran Pampasan Pembelian Tanah; Kos tanah bangunan dan aset tidak alih yang lain; i Kos membangunkan kemudahan-kemudahan dan infrastruktur; iv. Kos membina bangunan atau membuat pindaan kepada bangunan; v. Peralatan makmal; dan vi. Perbelanjaan-perbelanjaan lain yang dikenakan kepada akaun pembangunan. 8

3.2.5 Pejabat Pembangunan akan mengumpulkan dan menyelaraskan permohonan Anggaran Bajet Pembangunan dari semua PTj samada melibatkan permohonan Bajet Pembangunan berdasarkan RMK atau rolling plan untuk dibentangkan kepada Naib Canselor. 3.2.6 Maklumat yang telah dikemaskini berdasarkan hasil perbincangan bersama Naib Canselor akan dibentangkan kepada ME untuk sokongan, diperakukan oleh JTK dan LPU untuk kelulusan. 3.2.7 Anggaran Bajet Pembangunan yang telah diluluskan akan dikemukakan kepada KPM tidak lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. 4.0 Pemeriksaan Bajet 4.1 Pemeriksaan Bajet Kementerian 4.1.1 Kementerian mengeluarkan surat makluman berkaitan Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Universiti Awam dan Badan Berkanun berserta dengan jadual pembentangan kepada semua Universiti. 4.1.2 Perbincangan strategi pemeriksaan bajet Universiti akan dibentangkan kepada Naib Canselor sebelum Mesyuarat Pemeriksaan Bajet bersama pihak Kementerian. 4.1.3 Siling peruntukan yang diperakukan oleh pihak Kementerian di akhir Mesyuarat Pemeriksaan Bajet akan dikemaskini dalam ABM-7 dan portal MYResults oleh Pegawai yang dinamakan oleh Naib Canselor. 4.2 Review Bajet Mengurus Pertengahan Tahun Universiti 4.2.1 Pejabat Bendahari akan mengeluarkan Surat Makluman Review Bajet Mengurus Pertengahan Tahun berserta jadual pembentangan kepada semua PTj. 9

4.2.2 PTj dikehendaki menghantar maklumat Review Bajet Mengurus Pertengahan Tahun berdasarkan format seperti di lampiran 3 ke Pejabat Bendahari bagi tujuan semakan dan pengemaskinian maklumat sebelum dibentangkan kepada Naib Canselor. 4.2.3 Pejabat Bendahari akan mengadakan Mesyuarat Review Bajet Mengurus Pertengahan Tahun bersama PTj. 4.2.4 Naib Canselor berkuasa meluluskan penambahan/pengurangan peruntukan PTj berdasarkan perancangan PTj dan keperluan Universiti. 5.0 Kelulusan Agihan Peruntukan dari Kementerian 5.1 Bajet Mengurus 5.1.1 Peruntukan ini akan disalurkan oleh KPM mengikut kuota tahunan yang telah ditetapkan. 5.1.2 Peruntukan yang telah diluluskan akan diberikan berdasarkan format ABM Tahunan (Anggaran Bajet Mengurus). 5.1.3 Kelulusan peruntukan yang diberikan ini perlu dibelanjakan dan diselesaikan selari dengan perancangan di dalam ABM tahun tersebut berdasarkan kelulusan mengikut vot. 5.1.4 Peruntukan yang tidak dapat dibelanjakan dalam tahun semasa tidak akan dibawa ke tahun berikutnya. 5.2 Bajet Pembangunan 5.2.1 Penyaluran peruntukan yang telah diluluskan adalah berdasarkan kepada projek yang diluluskan mengikut rolling plan yang ditetapkan oleh Kementerian. 10

5.2.2 Peruntukan ini perlu dibelanjakan mengikut projek yang telah diluluskan. 5.2.3 Peruntukan yang tidak dapat diselesaikan dalam tahun semasa akan dibawa ke tahun berikutnya. 5.3 Bajet Penyelidikan 5.3.1 Geran Penyelidikan terbahagi kepada empat jenis mengikut kelulusan pemberi dana masing-masing seperti berikut: JENIS GERAN PENYELIDIKAN Geran Penyelidikan UTeM Geran Penyelidikan Nasional (KPM/MESTECC/dll) Geran Penyelidikan Industri/Swasta Geran Penyelidikan Antarabangsa KELULUSAN Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Pemberi dana seperti KPM, MESTECC dan lain-lain pemberi dana awam Pemberi dana yang berkaitan MOA yang ditandatangani oleh pemberi dana bersama Universiti 5.3.2 Sumber peruntukan yang diperolehi daripada geran kerajaan separa atau penuh adalah tertakluk kepada peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa di UTeM. 5.3.3 Bagi sumber peruntukan yang diperolehi daripada geran kerajaan dan swasta adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan yang sedang berkuat kuasa di UTeM. 5.3.4 Bagi sumber peruntukan yang diperolehi sepenuhnya daripada pihak swasta adalah tertakluk kepada perjanjian yang dimeterai dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa di UTeM. 11

5.3.5 Bagi sumber peruntukan yang diperolehi sepenuhnya daripada institusi kewangan antarabangsa hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh institusi kewangan antarabangsa berkenaan. 6.0 Agihan Peruntukan Universiti 6.1 Agihan Awal Tahun Peruntukan Mengurus 6.1.1 Agihan peruntukan yang diluluskan oleh pihak Kementerian akan diagihkan kepada PTj berdasarkan One-Line Budget. 6.1.2 Kelulusan agihan peruntukan rizab adalah bagi tujuan menampung ketidakcukupan perbelanjaan operasi Universiti di bawah Geran Kerajaan Peruntukan Mengurus. 6.1.3 Agihan peruntukan akan dilaksanakan pada penghujung tahun semasa bagi tahun berikutnya. 6.1.4 Perbincangan strategi agihan peruntukan mengurus Universiti akan dibentangkan kepada Naib Canselor sebelum agihan dilaksanakan. 6.1.5 Pejabat Bendahari mengeluarkan surat makluman berkaitan semakan permohonan agihan peruntukkan awal tahun kepada semua PTj. 6.1.6 Pejabat Bendahari akan mengumpulkan permohonan ABM-7 dari semua PTj untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agihan Bajet bersama Naib Canselor. 6.1.7 Fokus pengagihan Universiti ialah seperti berikut; i. Perbelanjaan komited Universiti; Perbelanjaan komited PTj; 12

i Perbelanjaan penyenggaraan; dan iv. Perbelanjaan Dasar Sedia Ada Universiti. 6.1.8 Cadangan agihan peruntukan tahun berikutnya hendaklah disokong oleh ME, diperakukan oleh JTK dan diluluskan oleh LPU sebelum peruntukan tersebut diagihkan kepada PTj. 6.2 Agihan Peruntukan Pembangunan 6.2.1 Kelulusan agihan peruntukan pembangunan adalah berdasarkan kepada projek-projek yang telah diluluskan oleh Kementerian. 6.2.2 Peruntukan pembangunan yang tidak difokuskan kepada projek-projek tertentu perlu dikemukakan kepada Naib Canselor bagi tujuan kelulusan. 6.2.3 Pejabat Bendahari akan mengeluarkan surat makluman kelulusan berkaitan pengagihan peruntukan kepada PTj berkaitan. 6.2.4 Baki siling tahun sebelumnya akan dibawa ke tahun berikutnya sehingga lima tahun sebelum RMK baru bermula. 6.2.5 Permohonan kelulusan menggunakan lebihan peruntukan projek-projek yang telah difokuskan kepada pembangunan Universiti perlu dikemukakan kepada KPM bagi tujuan kelulusan pengagihan semula. 6.2.6 Permohonan kelulusan menggunakan lebihan peruntukan pembangunan bagi perolehan peralatan perlu dikemukakan kepada Naib Canselor bagi tujuan kelulusan pengagihan semula. 6.3 Agihan Peruntukan Penyelidikan 6.3.1 Agihan peruntukan penyelidikan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pemberi Dana atau Skim Geran Penyelidikan. 13

6.3.2 Pewujudan akaun geran akan dibina selepas peruntukan penyelidikan diterima. 7.0 Kawalan 7.1 Kawalan Buku Vot 7.1.1 Buku Vot hendaklah dikemaskinikan oleh PTj dengan jelas pada setiap masa berkaitan kedudukan terkini peruntukan yang diterima termasuk pindah peruntukan, perbelanjaan yang dilaksanakan, tanggungan dan sebarang perubahan kepada peruntukan bagi tujuan memastikan perbelanjaan setiap Objek Am dan Objek Sebagai adalah tidak melebihi peruntukan. 7.1.2 Ketua PTj perlu memastikan perbelanjaan adalah tidak melebihi peruntukan yang diluluskan. 7.1.3 Ketua PTj hendaklah mengawal peruntukan dan memastikan bahawa peruntukan kewangan yang diterima, dibelanjakan dan diakaunkan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 7.1.4 Segala perbelanjaan mestilah berdasarkan kepada peruntukan program/aktiviti seperti dinyatakan dalam kertas kerja/cadangan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus. 7.1.5 Ketua Penyelidik mestilah mengawal Rekod Kewangan Penyelidikan masing-masing dan memastikan peruntukan dibelanja mengikut peraturan dan kertas cadangan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus. 7.2 Penyelenggaraan Buku Vot 7.2.1 PTj dikehendaki untuk menyelenggara Buku Vot mengikut klasifikasi peruntukan atau kod objek dengan tepat; 14

7.2.2 Buku Vot hendaklah diselenggara secara berasingan berdasarkan kumpulan wang yang berkaitan; dan 7.2.3 Ketua Penyelidik dikehendaki sentiasa menyelenggara Rekod Kewangan Penyelidikan masing-masing untuk memastikan ia sama dengan Buku Vot. 7.3 Elemen Buku Vot terdiri daripada: 7.3.1 Geran peruntukan agihan awal; 7.3.2 Peruntukan tambahan; 7.3.3 Tanggungan bawa ke hadapan; 7.3.4 Pindahan masuk; 7.3.5 Pindahan keluar; 7.3.6 Perbelanjaan; 7.3.7 Jurnal pelarasan perbelanjaan; 7.3.8 Tanggungan pesanan tempatan; 7.3.9 Pelarasan tanggungan pesanan tempatan; dan 7.3.10 Pembatalan tanggungan pesanan tempatan. 7.4 Carta Akaun 7.4.1 Carta Akaun terdiri daripada tajuk-tajuk akaun dan nombor-nombor akaun yang ditetapkan kepada tajuk tersebut. 15

7.4.2 Elemen-elemen yang diperlukan untuk mewujudkan carta akaun yang komprehensif adalah seperti berikut: i. Kumpulan Wang; Pusat Tanggungjawab (PTj)/Projek; dan i Kod Akaun 7.4.3 Perbelanjaan dibahagikan kepada dua jenis iaitu: i. Perbelanjaan yang melibatkan aliran tunai antaranya seperti berikut: a. Emolumen; b. Perjalanan dan Sara Hidup; c. Pengangkutan Barang; d. Perhubungan dan Utiliti; e. Sewaan; f. Bekalan Bahan Mentah dan Alat Ganti; g. Bekalan dan Bahan-bahan Lain; h. Penyelenggaraan dan Pembaikan; i. Perkhidmatan Ikhtisas dan Hospitaliti; j. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap; dan 16

k. Bayaran-bayaran lain. Perbelanjaan yang tidak melibatkan aliran tunai antaranya seperti berikut: a. Susut nilai; b. Pelunasan Aset; c. Kerugian dari Pelupusan Aset; dan d. Belanja Hutang Ragu 7.4.4 Penjenisan Kod Vot adalah seperti berikut: i. Objek Am; Objek Sebagai; i Objek Kumpulan Lanjut; dan iv. Objek Lanjut 7.4.5 Perincian Kod Vot adalah seperti di lampiran 4. 7.5 Penyesuaian Buku Vot mesti dilaksanakan untuk: 7.5.1 Mengesan perbezaan atau kesilapan akaun seperti kesilapan kod KW, PTj, vot dan lain-lain; 7.5.2 Mengesan bayaran yang tidak dibenarkan; 7.5.3 Laporan pemantauan peruntukan, perbelanjaan dan tanggungan dapat disediakan; dan 17

7.5.4 Perbandingan dengan Laporan Prestasi Perbelanjaan Bulanan dapat dilaksanakan dengan baik. 7.6 Permohonan Tambahan 7.6.1 Sekiranya peruntukan yang diagihkan tidak mencukupi, permohonan tambahan boleh dikemukakan kepada Naib Canselor melalui Pejabat Bendahari bagi tujuan kelulusan. Sumber peruntukan tambahan akan ditentukan oleh Naib Canselor sama ada menggunakan baki peruntukan semasa atau rizab. 7.6.2 Baki peruntukan tahun semasa akan diluluskan oleh Naib Canselor manakala permohonan rizab akan diperakukan oleh JTK dan diluluskan oleh LPU. 7.6.3 Permohonan tambahan rizab yang melibatkan peruntukan projek pembangunan Universiti akan disalurkan secara berperingkat mengikut prestasi projek berdasarkan kelulusan Pihak Berkuasa Melulus. 7.7 Pindah Peruntukan 7.7.1 Pindah Peruntukan Mengurus/Pembangunan/Peruntukan Khas i. Pindah Peruntukan dalam Objek Am yang sama, antara PTj yang sama terhad kepada siling peruntukan yang diluluskan. a. Pegawai yang dinamakan oleh Ketua PTj menyokong permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. b. Ketua PTj diberi kuasa meluluskan permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. 18

c. Contoh : Pindah peruntukan vot 27000 (Pejabat Canselori) kepada Vot 28000 (Pejabat Canselori). Pindah Peruntukan dalam Objek Am yang berlainan, antara PTj yang sama terhad kepada siling peruntukan yang diluluskan. a. Ketua PTj menyokong permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. b. Bendahari diberi kuasa meluluskan permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. c. Contoh : Pindah peruntukan vot 23000 (Pejabat TNCAA) kepada Vot 42000 (Pejabat TNCAA). i Pindah Peruntukan PTj Komited terhad kepada siling peruntukan yang diluluskan. a. Ketua PTj menyokong permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. b. Naib Canselor diberi kuasa meluluskan permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. c. Contoh : Pindah peruntukan vot 23000 (Pejabat Pembangunan Komited) kepada Vot 24000 (Pejabat Pembangunan Komited). 19

iv. Pindah Peruntukan antara PTJ berlainan terhad kepada siling peruntukan yang diluluskan. a. Ketua PTj menyokong permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. b. Naib Canselor diberi kuasa meluluskan permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. c. Contoh : Pindah peruntukan vot 28000 (Pejabat Bendahari) kepada Vot 24000 (Pejabat Pembangunan). v. Pindah Peruntukan dalam vot One-Off antara PTj yang sama terhad kepada siling peruntukan yang diluluskan. a. Naib Canselor meluluskan permohonan pindah peruntukan. b. Pegawai yang dinamakan diberi kuasa untuk meluluskan permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. c. Contoh : Pindah peruntukan vot 35000 (Pejabat Bendahari) kepada Vot 36000 (Pejabat Bendahari). vi. Pindah Peruntukan melibatkan peruntukan Universiti (PTj Pusat - 50000) terhad kepada siling peruntukan yang diluluskan. a. Bendahari menyokong permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. 20

b. Naib Canselor diberi kuasa untuk meluluskan permohonan pindah peruntukan pada sistem dan menandatangani borang seperti di lampiran 5. 7.7.2 Pindah peruntukan Bajet Penyelidikan; i. Sebarang pindah masuk dan pindah keluar peruntukan vot 21000 adalah tidak dibenarkan bagi geran Penyelidikan Jangka Pendek Universiti sahaja. Sebarang pindah masuk dan pindah keluar peruntukan untuk vot Gaji dan Elaun (29000) adalah tidak dibenarkan bagi geran Penyelidikan Jangka Pendek Universiti. i Pindah keluar peruntukan untuk vot Perkhidmatan Asas (29000) adalah tidak dibenarkan bagi geran Penyelidikan Jangka Pendek Universiti. Hanya pindah masuk peruntukan sahaja dibenarkan. iv. Setiap permohonan pindah peruntukan perlu disertakan borang pindah peruntukan penyelidikan yang lengkap diisi seperti di lampiran 7. 7.7.3 Tanggungjawab Ketua PTj sebelum melaksanakan proses Pindah Peruntukan; i. Ketua PTj perlu memastikan baki peruntukan adalah mencukupi sepanjang tahun; Ketua PTj perlu membuat perancangan yang teliti untuk mengelakkan berlaku kekerapan pindah peruntukan kerana ia mencerminkan ketidakcekapan pengurusan bajet PTj; 7.7.4 Pindah masuk peruntukan pada vot yang telah dipindah keluar hendaklah dielakkan. 21

7.7.5 Pindah peruntukan Bajet Penyelidikan adalah berdasarkan garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Pemberi Dana atau Skim Geran Penyelidikan. 7.7.6 Ketua Penyelidik sahaja yang dibenarkan membuat permohonan pindah peruntukan. 7.7.7 Permohonan pindah peruntukan melalui Borang Pindah peruntukan penyelidikan seperti di lampiran 6 perlu mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Melulus. 7.8 Kawalan peruntukan 7.8.1 Tanggungan Belum Selesai i. Bagi jumlah tanggungan yang tidak melebihi RM500,000.00 yang tidak dapat diselesaikan pada tahun semasa akan menggunakan peruntukan tahun berikutnya berdasarkan peraturan AP 58 dengan kelulusan Naib Canselor. AP 58 adalah peraturan mengenai pembayaran yang memerlukan Kebenaran Khas bagi tanggungan bukan tahun semasa yang kena dibayar menggunakan peruntukan tahun semasa. i Bagi jumlah tanggungan melebihi RM500,000.00 yang tidak dapat diselesaikan pada tahun semasa akan menggunakan peruntukan rizab Universiti berdasarkan peraturan AP 58 dengan perakuan Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU). 7.8.2 Perolehan Belum Selesai i. Perolehan Belum Selesai adalah sebarang perancangan perolehan yang telah diperuntukkan dan sedang/telah melalui proses perolehan tetapi tidak dapat diselesaikan pada tahun semasa. 22

Perolehan belum selesai pada tahun semasa akan menggunakan peruntukan Rizab Universiti berdasarkan peraturan AP 58 dengan perakuan Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU). 7.9 Laporan Prestasi Perbelanjaan Bulanan 7.9.1 Pejabat Bendahari akan mengeluarkan Laporan Prestasi Perbelanjaan Bulanan bagi menunjukkan baki peruntukan dan perbelanjaan serta tanggungan kepada setiap PTj sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 hb bulan berikutnya. 7.9.2 PTj hendaklah menyemak dan memastikan laporan yang dikeluarkan adalah betul. 7.9.3 Sekiranya terdapat perbezaan jumlah, Pejabat Bendahari hendaklah dimaklumkan dengan segera untuk tindakan semakan dan pembetulan sekiranya perlu. 7.10 Perbelanjaan Berhemat/Pengoptimuman Sumber 7.10.1 Langkah Pengoptimuman Sumber i. Perincian langkah-langkah pengoptimuman sumber adalah seperti di lampiran 7. 7.10.2 Penguatkuasaan Pelaksanaan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan i. PTj hendaklah mematuhi semua langkah-langkah kawalan perbelanjaan dan terpakai untuk semua Kumpulan Wang; 23

Universiti dikehendaki membuat pemantauan ke atas program/aktiviti dan memastikan prestasi dilaporan secara berkala agar objektif dan outcome yang dikehendaki dapat dicapai; i Pematuhan langkah-langkah kawalan perbelanjaan akan diambil kira dalam pengagihan peruntukan tahunan kepada PTj. 8.0 Lampiran Lampiran Lampiran 1 Lampiran 1A Lampiran 1B Lampiran 1C Lampiran 1D Lampiran 2 Lampiran 2A Lampiran 2B Lampiran 2C Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Lampiran 7 Butiran ABM 7 Keseluruhan Permohonan PTj OA 10000 Permohonan PTj OA 20000 Permohonan PTj OA 30000 Permohonan PTj OA 40000 Permohonan PTj ABM 7 Cadangan Keseluruhan Permohonan UTeM ABM 7 Cadangan Dasar Sedia Ada ABM 7 Cadangan Dasar Baharu ABM 7 Cadangan Dasar One Off Format Review Bajet Kod Vot Borang BEN/UB/001 Borang CRIM/RND20 Pekeliling Kewangan Bilangan 4 Tahun 2016 : Mengguna pakai 1PP PB 3.3 Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan 24