KESEDIAAN PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN UTM DALAM ASPEK KEMAHIRAN PRAKTIKAL

dokumen-dokumen yang mirip
1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

GARIS PANDUAN PENCALONAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENYELIDIKAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Transkripsi:

KESEDIAAN PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN UTM DALAM ASPEK KEMAHIRAN PRAKTIKAL MELISSA ANAK JAMES SELI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESEDIAAN PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN, UTM DALAM ASPEK KEMAHIRAN PRAKTIKAL. SESI PENGAJIAN: 2008-2009 Saya MELISSA ANAK JAMES SELI (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD TIDAK TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh ( TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO.27 JALAN BAYU, Nama Penyelia: PM Dr Yahya Buntat 95000 SRI AMAN, SARAWAK. Tarikh : Tarikh : CATITAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Tandatangan :.. Nama Penyelia : PM DR YAHYA BUNTAT Tarikh :

KESEDIAAN PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN, UTM DALAM ASPEK KEMAHIRAN PRAKTIKAL MELISSA ANAK JAMES SELI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2009

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan :. Nama Penulis : MELISSA ANAK JAMES SELI Tarikh :

iii DEDIKASI Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi mengetahui. Segala Puji akan Limpah dan Kurnia-Nya seluruh Alam. Untuk insan yang dihormati dan dikasihi ayah dan ibu James Seli anak John Jutie dan Dorathy Piang Doa, jasa dan pengorbanan kalian mengiringi kehidupan dan kejayaanku. Jua buat abang, kakak dan adikku terima kasih atas segalanya. Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan hati kalian tidak mampu diungkapkan dengan kata kata. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Semua kejayaan ini menjadi pendorong seluruh kaum keluargaku untuk mencapai kejayaan dan kemenangan terhadap apa jua bidang yang kalian ceburi.

iv PENGHARGAAN Puji kepada Tuhan kerana limpah kurnia Nya cadangan penyelidikan dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek iaitu PM Dr Yahya Bin Buntat yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihati, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidikan juga merakamkan terima kasih kepada Pensyarah Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia, Cik Sarimah Binti Ismail kerana turut membantu dalam penyiapan cadangan penyelidikan ini. Jutaan terima kasih juga disampaikan kepada pelajar tahun 4 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang terlibat dalam memberikan kerjasama dalam memastikan cadangan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada Guru PKPG yang turut memberi kerjasama dalam penyelidikan ini. Akhir sekali, penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu, James Seli Anak John Jutie dan Dorathy Piang di atas sokongan, kerjasama dan doa yang diberikan kepada saya. Semoga Tuhan memberkati kita semua dan memberikan kebaikan daripada tugasan ini serta melindungi segala keburukan yang terdapat di dalamnya. Sekian, terima kasih.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan UTM dalam aspek kemahiran praktikal. Kajian ini melibatkan 127 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan sebagai responden. Responden meliputi semua pelajar tahun 4 SPH yang mengambil program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 42 item soalan. Soal selidik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden, manakala bahagian B adalah mengenai persoalan kajian yang dikaji. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.906. Data dipeolehi diproses menggunakan program SPSS (Statistic Package for the Social Science) version 16.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Kajian ini dibataskan kepada enam persoalan yang dikaji iaitu penggunaan komputer, penggunaan alatan tangan, penyelenggaraan alatan tangan, lukisan kejuruteraan, penyediaan makanan dan jahitan, dan pengurusan pertanian. Hasil kajian menunjukkan pelajar telah bersedia untuk menggunakan keenam enam persoalan kemahiran yang dikaji sebagai persiapan menghadapi cabaran pendidikan yang lebih mencabar di masa depan. Namun begitu terdapat juga pelajar yang masih kurang bersedia dengan kebolehannya melaksanakan aktiviti yang memerlukan kemahiran. Terdapat beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dan cadangan kajian lanjutan bagi memperbaiki kajian ini.

vi ABSTRACT The purpose of this study is to identify preparation of student s 4SPH Faculty of Education UTM in aspect practical skills. This research was involved 127 students from Department of Technical and Engineering Education as respondents. Respondents are include all 4SPH students that taken by the Bachelor of Technology with Education (Living Skills). Instrument of this research that been used is questionnaire that include 42 question items. Questionnaire divided into 2 sections. Section A are about respondent background and section B are about questioned involving research that been carry out. Questionnaire credibility tested by using Cronbach Alpha where total value was 0.906. Data was processed use SPSS's programmed (Statistic Package for the Social Science) version 16.0 to seek frequency and percentage. This study is limited to six issue looked into namely computer application, hand tools usage, hand equipment maintenance, engineering drawing, food preparation and sewing, and agriculture management. Result research showed that student have ready to used their six question on skills that been research and ready to accept there challenge of education in future. However, existed students also which still less prepared with his ability implementing activity needing skill. There are some proposal, proposed to increase student skills and suggestion followup to improve this study.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 9 1.4 Kepentingan Kajian 9 1.5 Objektif Kajian 10 1.6 Persoalan Kajian 11 1.7 Skop Kajian 12 1.8 Batasan Kajian 12

viii 1.9 Definisi dan Konsep 12 1.9.1 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 13 1.9.2 Pendidikan Teknikal dan 13 Kejuruteraan 1.9.3 Pengajaran 14 1.9.4 Pembelajaran 14 1.9.5 Kesediaan 14 1.9.6 Kurikulum 15 1.9.7 Kemahiran 15 1.9.8 Praktikal 16 1.9.9 Kemahiran Praktikal 16 1.10 Penutup 17 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 18 2.2 Penguasaan Kemahiran 19 2.3 Kemahiran dalam penggunaan komputer 20 2.3.1 Kepentingan Menguasai Kemahiran 21 Teknologi Maklumat (ICT) 2.3.2 Penggunaan Multimedia dalam 23 Pendidikan 2.4 Kemahiran Meggunakan Peralatan Tangan 25 2.5 Kemahiran Dalam Penyelenggaraan Alatan 27 Tangan 2.6 Kemahiran Lukisan Kejuruteraan 30 2.6.1 Peralatan Asas untuk Lukisan 32 Kejuruteraan 2.6.2 Lukisan berbantu komputer 34 2.7 Ekonomi Rumah Tangga 36 2.8 Pertanian 38 2.9 Kajian Terdahulu 40

ix 2.10 Penutup 42 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 43 3.2 Rekabentuk Kajian 44 3.3 Lokasi Kajian 44 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 45 3.5 Instrumen Kajian 45 3.6 Soal Selidik 45 3.6.1.1 Bahagian A 46 3.6.1.2 Bahagian B 46 3.7 Cara Pemarkahan 47 3.8 Kajian Rintis 48 3.9 Prosedur Kajian 49 3.10 Analisa Data 50 3.11 Penutup 51 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 52 4.2 Dapatan kajian 53 4.3 Analisis Latar Belakang Responden 53 (Bahagian A) 4.4 Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B) 55 4.4.1 Kesediaan dalam Penggunaan 58 Komputer 4.4.2 Kesediaan dalam Penggunaan 61 Alatan Tangan 4.4.3 Kesediaan dalam Penyelengaraan Alatan Tangan 64

x 4.4.4 Kesediaan Dalam Lukisan 67 Kejuruteraan 4.4.5 Kesediaan Dalam Penyediaan 70 Makanan dan Jahitan 4.4.6 Kesediaan Dalam Pengurusan 73 Pertanian 4.5 Penutup 75 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 76 5.2 Rumusan 77 5.2.1 Rumusan Latar Belakang 77 Responden 5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 77 5.3 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian 80 5.3.1 Penggunaan Komputer 81 5.3.2 Penggunaan Alatan Tangan 84 5.3.3 Penyelenggaraan Alatan Tangan 85 5.3.4 Lukisan Kejuruteraan 87 5.3.5 Penyediaan Makanan dan Jahitan 89 5.3.6 Pengurusan Pertanian 91 5.4 Cadangan Kajian 93 5.4.1 Jabatan Pendidikan Teknikal dan 93 Kejuruteraan 5.4.2 Pelajar 94 5.5 Kajian Lanjutan 94 5.6 Penutup 95 RUJUKAN 96 LAMPIRAN 100

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Bilangan Pelajar 4SPH 5 2.1 Perbezaan Antara Lukisan Insani dan Lukisan 34 Terbantu Komputer 3.1 Kandungan Soalan Soal Selidik 47 3.2 Skala Pemeringkatan Likert dan Cara Pemarkahan 48 3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 48 3.4 Klasifikasi Stastistik Mengikut Persoalan Kajian 50 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 54 4.4 Taburan Responden Mengikut Aliran Sekolah 55 Menengah Atas 4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 57 dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar dalam Penggunaan Komputer 4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 60 dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar dalam Penggunaan Alatan Tangan 4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 63 dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar dalam Penyelenggaraan Alatan Tangan 4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar 66

xii dalam Lukisan Kejuruteraan 4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar dalam Penyediaan Makanan dan Jahitan 4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar dalam Pengurusan Pertanian 69 72

xiii SENARAI CARTA NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT 2.1 Langkah Penyelenggaraan Peralatan, Mesin dan Jentera UPM (2008) 28

xiv SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL Bil SPH SPSS UTM CAD LCD MQF JPTK ICT UPM Bilangan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Statistic Package for the Social Science Universiti Teknologi Malaysia Computer Aided Design Liquid Crystal Display Malaysian Qualifications Framework Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Information and Communication Technology Universiti Putra Malaysia

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 101 B Borang Pengesahan Soal selidik 111 C Keputusan Kajian Rintis 113

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang berbentuk pravokasional telah dilaksanakan di Sekolah Menengah. Subjek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian elektif. Bahagian teras terbahagi kepada rekabentuk dan teknologi dan perdagangan. Manakala bagi bahagian elektif terbahagi kepada kemahiran teknikal, ekonomi rumahtangga, pertanian dan perdagangan. Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan. Bagi menjayakan perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup, ia memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat.

2 Dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kemahiran hidup, seorang guru perlu menguasai topik topik yang terdapat di dalam sukatan pelajaran. Selain dari menguasai tersebut guru perlu juga mempunyai kemahiran dalam melaksanakan kerja amali di sekolah. Seperti yang kita tahu, guru kemahiran hidup lebih banyak melakukan aktiviti amali walaupun terdapat teori di dalam sukatan pelajaran. Tetapi sekiranya guru tersebut boleh merancang sesuatu pengajaran dengan berkesan, tidak susah bagi seorang guru menjalankan tugasan harian. Seorang guru perlu mengaplikasikan apa yang telah dipelajari kepada pelajar dan mengikut langkah langkah yang betul. Pelajar tahun 4SPH yang menjadi guru di masa akan datang, perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk mengajar pelajar. Pelajar tahun 4SPH perlu menekankan aspek kemahiran adalah penting kerana dalam mata pelajaran kemahiran hidup, banyak menggunakan peralatan dan mesin untuk membuat projek. Sekiranya seorang guru tersebut tidak mempunyai kemahiran menggunakan alatan dan mesin, guru tersebut tidak mempunyai semangat untuk mengajar pelajar membuat projek. Oleh itu, seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup perlu menambah ilmu dengan mengikuti kursus kursus yang ditawarkan supaya dapat memantapkan lagi kebolehan dalam melakukan kerja. Menurut Shaharudin, dan rakan rakannya (2003), kita sering kali mendengar kenyataan bahawa fungsi pengajaran adalah menghasilkan pembelajaran yang efektif. Oleh itu, satu sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru memadankan kaedah pengajaran dengan objektif pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka. Misalnya mengajar kemahiran (skill) berbeza dengan mengajar menyelesaikam masalah (problem solving). Mengajar kemahiran lebih menekankan kepada arahan, demonstrasi, dan juga pembaikan kesilapan (error correction) manakala mengajar menyelesaikan masalah lebih memberikan penekanan kepada pemahaman masalah itu sendiri dan kaedah penyelesaian berdasarkan penjelasan konsep secara deskriptif.

3 Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip mastery learning yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik: i. Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang bermakna. ii. Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran. iii. Pengajaran dan pembelajaran bermakna berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik. iv. Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri. v. Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari. vi. Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri. 1.2 Latar Belakang Masalah Di dalam bidang Kemahiran Hidup terdapat banyak masalah yang timbul seperti tiada bengkel yang mencukupi, bahan dan peralatan yang tidak cukup untuk membuat kerja amali, guru yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tertentu, dan sebagainya.

4 Menurut pengetua SMK Valdor Encik Tan Weng Hooi (2004), terdapat guru bukan opsyen kemahiran hidup yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup. Guru yang mempunyai kelulusan seperti bidang matematik, sejarah, dan lain lain telah diberikan tugas untuk mengajar kemahiran hidup yang dipandang remeh oleh pihak sekolah. Guru yang mengajar subjek tersebut terpaksa menerima walaupun tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam kerja amali yang banyak dijalankan. Kenyataan ini disokong oleh En Zakaria Yusuf (2008) dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di mana guru kemahiran hidup Sekolah Rendah di Sabah yang tidak berminat dalam mengajar subjek tersebut terpaksa mengajar subjek kemahiran hidup. Beliau menyatakan ada juga guru yang sepatutnya mengajar kemahiran hidup tetapi diberikan tugas untuk mengajar mata pelajaran yang lain seperti sejarah, bahasa Malaysia, pendidikan jasamani dan lain lain. Selain itu, ada juga yang guru yang sepatutnya berada di bengkel untuk mengajar kemahiran hidup tetapi pelajar diarah belajar sendiri di atas alasan peralatan dan bahan yang tidak mencukupi (Zakaria Yusuf, 2008). Kesan daripada masalah di atas pelajar kurang mempunyai teknik belajar kemahiran hidup. Mereka juga tidak mendapat kemahiran yang sepatutnya diperolehi untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Untuk itu, seorang guru Kemahiran Hidup perlu bersedia dan mengambil kursus yang ditawarkan yang berkaitan dengan kemahiran hidup supaya dapat menguasai sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran. Bagi kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah untuk mengenalpasti sama ada pelajar tahun 4 yang mengambil kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di UTM Johor bersedia dalam aspek kemahiran praktikal. Di dalam kursus ini seramai 127 orang pelajar telah mengikuti program ini pada sesi 2005/2009. Hasil daripada data bagi kelayakan akademik tertinggi yang pengkaji kumpul, seramai 88 orang kelulusan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) telah mengambil kursus ini. Manakala 11 orang yang kelulusan Matrikulasi dan 28 orang yang kelulusan Diploma juga yang telah mengambil kursus ini. Seperti yang sedia maklum, pelajar yang mengambil kursus ini datang dari kelulusan yang

5 berbeza beza. Banyak bidang yang belum mereka pelajari sebelum memasuki program ini. Melalui kajian ini, pengkaji ingin melihat sama ada pelajar yang seramai 127 orang yang sedang mengikuti Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti yang berbentuk amali di sekolah apabila tamat pengajian. Jadual 1.1 : Bilangan Pelajar 4SPH Kelulusan Bilangan Peratus (%) Matrikulasi 11 8.7 Diploma 28 22.0 STPM 88 69.3 Jumlah 127 100 Pengkaji juga ingin mengetahui sama ada pelajar yang mengikuti program ini mendapat kemahiran yang mencukupi atau tidak dalam bidang pertanian, ekonomi rumah tangga, dan kemahiran teknikal. Matlamat program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan adalah untuk membolehkan graduan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan untuk merancang, mengimplimentasi dan mengurus aktivitiaktiviti berkaitan pendidikan. Pelajar 4SPH telah diberikan pengetahuan dan latihan dalam bidang yang telah ditawarkan untuk program tersebut. Program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (kemahiran Hidup) ini memberikan kemahiran dalam bidang yang dipelajari. Di sini, pengkaji ingin melihat kemahiran praktikal yang diperolehi oleh pelajar semasa mengikuti aktiviti aktiviti yang telah dijalankan. Kemahiran praktikal adalah kebolehan menggunakan deria untuk melaksanakan gerakan berkaitan proses pembelajaran seperti memerhati, kenalpasti dan mencerap. Seorang pelajar perlu bersedia dari segi pemikiran dan

6 emosi untuk melakukan aktiviti kemahiran seperti melukis, rekabentuk dan kerja lapangan. Dalam Retreat Pemantapan Program Akademik Selaras Keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (2007), kemahiran praktikal adalah menunjukkan kepandaian dalam melaksanakan tugas praktikal atau teknikal yang diperlukan dalam bidang seperti kemahiran teknikal kejuruteraan, literasi komputer dan lain lain. Contohnya, menggunakan powerpoint membuat persediaan untuk pembentangan. Kemahiran yang dipelajari memerlukan seorang pelajar tahun 4SPH mempunyai pelbagai pergerakan. Pergerakan ini dipelajari dalam sesuatu latihan untuk mempelajari semua pergerakan di mana memerlukan pelbagai situasi. Kesimpulan daripada kenyataan ini menunjukkan bahawa sesuatu kemahiran yang diperolehi perlu dipraktikkan berulang kali dan dilakukan dalam pelbagai situasi. Pelajar tahun 4SPH mendapat pengetahuan dan kemahiran serta melakukan kerja kerja amali supaya dapat meningkatkan pengalaman mereka dan dapat melakukannya di sekolah apabila telah tamat pengajian. Di dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, setiap pelajar tahun 4SPH perlu mengambil mata pelajaran yang berbentuk amali atau praktikal di dalam bengkel pendidikan teknik dan vokasional (PTV). Seseorang pelajar tahun 4SPH perlu melengkapkan diri dengan kemahiran sebelum mengajar pelajar untuk melakukan kerja amali yang akan dilaksanakan di sekolah. Ini adalah kesediaan mereka untuk menghadapi alam persekolahan yang banyak cabarannya. Mereka perlu mahir dalam semua bidang kemahiran hidup yang banyak melakukan aktiviti amali seperti kerja kayu, rekabentuk dan penghasilan projek, jahitan, masakan, pertanian, kerja paip, elektrik dan elektronik dan lain lain lagi. Sekiranya pelajar 4SPH tidak mempunyai kesediaan untuk malakukan kerja amali yang telah ditetapkan maka kemahiran yang diperolehi hanya sia sia sahaja kerana tidak digunakan untuk menjalankan kerja amali.

7 Menurut Allen dan Abdul Rahman (1994), guru yang terlibat di dalam bidang teknik dan vokasional mestilah dilengkapi dengan pengalaman praktik dan latihan professional untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran atau dengan mengikuti program khas yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran guru dalam pekerjaan yang diajar. Kesimpulan yang diperolehi dari kenyataan ini adalah seorang guru perlu menguasai bidang yang diajar, mengetahui apa yang diajar, boleh menyelesaikan masalah dan dapat bekerjasama dengan pelajar untuk menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ini, pelajar tahun 4SPH telah menjalani satu latihan mengajar di sekolah sebagai persediaan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi daripada tempat latihan atau institusi pengajian. Menurut Norani (1992), untuk melatih serta menghasilkan guru yang baik, salah satu usaha yang boleh dilaksanakan ialah melalui praktikum atau pra-praktikum yang dijalankan oleh program pendidikan. Semasa proses praktikum - praktikum ini pelajar tahun 4SPH akan diminta mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi ke dalam bentuk praktikal. Pelajar tahun 4SPH ini akan dibimbing oleh pensyarah dan guru pembimbing. Pengalaman dalam latihan mengajar atau program khas yang dijalankan untuk pelajar pelajar tahun akhir adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam pekerjaan mereka di masa hadapan. Pelajar tahun 4SPH bukan sahaja perlu cekap dalam bidang diajar tetapi boleh menggunakan alat teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pelajar tahun 4SPH perlu mempunyai kemahiran yang lain supaya dapat menghadapi cabaran cabaran yang muncul pada masa sekarang seperti penggunaan peralatan teknologi yang bertambah tinggi, penggunaan komputer sebagai alat berhubung, kemahiran yang elektif dan kemahiran ledakan ilmu dan maklumat. Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2000), untuk menangani perkembangan teknologi maklumat yang memberi kesan yang luas kepada dunia pendidikan dan dunia profesion perguruan, maka guru di negara ini perlu mengadaptasikan diri dan profesion mereka mengikut arus perubahan yang berlaku.

8 Oleh itu, bagi mecapai tahap penguasaan yang baik dalam menerapkan kemahiran dalam pengajaran, pelajar tahun 4SPH perlu membuat perubahan dalam pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada secara berterusan dengan adanya ICT masa kini. Mereka perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat memandangkan di dalam pendidikan sekarang penggunaan komputer banyak digunakan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelajar juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan mutu kerja bagi mengelakkan kemalangan berlaku dan boleh memastikan alatan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Setiap kerja yang dilakukan dengan menggunakan teknik teknik yang pengendalian yang betul akan menjadi lebih kemas dan cantik. Ini dapat mengelakkan diri daripada kecederaan yang tidak diingini. Dengan kata lain, untuk menghasilkan pelajar yang baik guru dan pendidik perlu meningkatkan kemahiran dalam diri terlebih dahulu. Oleh itu, kesedaran tentang cabaran sebagai pendidik yang bakal ditempuhi akan membolehkan pelajar tahun 4SPH perlu membuat persediaan diri, sama ada dari segi mental dan fizikal apabila ditempatkan di sekolah. Daripada itu, penyelidik merasakan perlu membuat penyelidikan mengenai kajian di atas untuk mengetahui sama ada pelajar tahun 4SPH telah bersedia dari segi kemahiran praktikal yang telah diberikan semasa menjalani latihan praktikal di UTM. Dalam kajian ini, penyelidik hanya menumpukan kepada beberapa aspek sahaja iaitu kemahiran dalam penggunaan komputer, penggunaan alat tangan, penyelenggaraan alatan tangan, kemahiran lukisan kejuruteraan, penyediaan makanan dan jahitan serta pengurusan pertanian.

9 1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini adalah berkaitan dengan kesediaan pelajar tahun 4SPH, Fakulti Pendidikan, UTM dalam aspek kemahiran praktikal untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam kajian ini, kesediaan yang ingin dikenalpasti adalah dari segi pengunaan komputer, peralatan tangan, penyelenggaraan alatan, kemahiran lukisan kejuruteraan, penyediaan makanan dan jahitan serta pengurusan pertanian. Kajian ingin mengetahui sejauhmanakah pelajar bersedia menggunakan kemahiran yang diperolehi semasa pengajian mereka di Universiti Teknologi Malaysia untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka di sekolah kelak. 1.4 Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini dapat memberi ganjaran terhadap kesediaan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Di samping itu, dapatan ini juga memberi gambaran dari aspek kemahiran penggunaan komputer, penggunaan alatan, penyelenggaraan alatan, kemahiran lukisan kejuruteraan, penyediaan makanan dan jahitan serta pertanian. Diharapkan dapatan kajian ini dapat: 1. Kepada individu yang terlibat diharapkan dapat mengambil peluang sebaik mungkin daripada apa yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dan tetapkan sebagai kebimbangan terhadap sesuatu yang baru dan tanamkan sikap yang positif bagi menjayakan sesuatu matlamat.

10 2. Membantu Pihak Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK), UTM merancang program dan memberi lebih banyak kerja amali yang dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk berfikir secara lebih kreatif dan kebolehan melakukan sesuatu tugasan yang diberi. 3. Memberi panduan kepada pihak Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK), UTM menyediakan kursus yang selaras dengan sukatan pelajaran supaya pelajar lebih bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan di sekolah. 1.5 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau kesediaan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dalam aspek kemahiran praktikal. Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam aspek penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam aspek penggunaan alatan tangan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 3. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam aspek menyelenggaraan alatan tangan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 4. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam aspek kemahiran lukisan kejuruteraan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

11 5. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam aspek penyediaan makanan dan jahitan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6. Mengenalpasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam aspek pengurusan pertanian untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 1.6 Persoalan Kajian Beberapa persoalan kajian yang dikenal pasti dalam kajian adalah seperti berikut: 1. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah? 2. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi penggunaan alatan tangan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah? 3. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi penyelenggaraan alatan tangan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah? 4. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi lukisan kejuruteraan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah?

12 5. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi penyediakan pemakanan dan jahitan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah? 6. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia mengaplikasikan kemahiran praktikaldari segi pengurusan pertanian untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah?