GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENYELIAAN BERSAMA (JOINT SUPERVISION), DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE), DUAL IJAZAH (DUAL DEGREE) DAN IJAZAH BERSAMA (JOINT

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN IJAZAH-DUAL DAN IJAZAH BERSAMA SARJANA & KEDOKTORAN

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

POLISI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PASCA SISWAZAH SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

KAPS-17 Kod Amalan Progam Pengajian Terbuka dan Jarak Jauh Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Program Sarjana Dan Kedoktoran

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KAPS-15 Kod Amalan Pengajian Doktoral Profesional SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

6.3 Kriteria Pemarkahan & Penilaian Kenaikan Pangkat Staf Akademik JawatanPensyarah Kanan (DS52)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

POLISI PENERBITAN BAB DALAM BUKU (BOOK CHAPTERS) UTM

Bengkel Penggabungan/ Pecahan/Penjumudan Program Akademik 4 April 2017 (Selasa) Pusat Pembangunan Kurikulum

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2007 PEKELILING PENGURUSAN BIL.51/2007

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

PERATURAN- PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UKM Global Student Mobility Partnerships Program (Ke Luar Negara)

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERTUKARAN PENDAFTARAN DARIPADA SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH OKTOBER 2004

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

Sekolah Pengajian Siswazah UTM Johor Bahru Johor Darul Ta zim

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

KAPS-13 Kod Amalan Program Luar (Pesisir/Khas) SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR LATIHAN STAF

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN BARU DAN KURSUS BARU SERTA SEMAKAN PROGRAM PENGAJIAN DAN SEMAKAN KURSUS

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENYELIAAN BERSAMA (JOINT SUPERVISION), DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE), DUAL IJAZAH (DUAL DEGREE) DAN IJAZAH BERSAMA (JOINT DEGREE) BAGI PROGRAM AKADEMIK DI PERINGKAT PASCASISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENYELIAAN BERSAMA (JOINT SUPERVISION), DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE), DUAL IJAZAH (DUAL DEGREE) DAN IJAZAH BERSAMA (JOINT DEGREE) BAGI PROGRAM AKADEMIK DI PERINGKAT PASCASISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 PENGENALAN Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, penyelidikan bersepadu dan sokongan yang komprehensif, serta selaras dengan keperluan pendidikan semasa. UTHM sentiasa berusaha dan bersedia untuk mengembangkan persekitaran pendidikan dan penyelidikan agar dapat bersaing dengan institusi pendidikan diperingkat negara dan antarabangsa. Kerjasama strategik antara UTHM dengan institusi dalam dan luar negara dapat meningkatkan visibility UTHM dan mendapat pengiktirafan diperingkat negara dan antarabangsa. Di samping itu, ia juga akan meningkatkan hubungan erat antara UTHM dengan universiti di dalam dan luar negara serta menjadi tempat tumpuan para ilmuan menimba ilmu pengetahuan. 2.0 TUJUAN 2.1 Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Pelaksanaan Penyeliaan Bersama (Joint Supervision), Dwi Ijazah (Double Degree), Dual Ijazah (Dual Degree) Dan Ijazah Bersama (Joint Degree) Bagi Program Akademik Di Peringkat Pascasiswazah, UTHM. 2.2 Tujuan garis panduan disediakan adalah untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada fakulti/institut tentang definisi, kaedah pelaksanaan dan pengawal seliaan yang melibatkan penyelia, pelajar, fakulti/institut 1

dan pihak luar yang berkerjasama untuk pelaksanaan program akademik di peringkat sarjana dan kedoktoran di UTHM. 2.3 Garis panduan ini hendaklah terpakai kepada setiap penyelia dan setiap pelajar yang mendaftar sesuatu program yang mengurniakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa garis panduan ini. 2.4 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Peraturan- Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang berkaitan dan sedang berkuatkuasa. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Penawaran program akademik yang berkualiti dan melahirkan siswazah yang cemerlang adalah hasrat dan aspirasi UTHM. Program yang bersifat transnasional akan melonjakkan nama dan meningkatkan keupayaan universiti dalam usaha bersaing dengan universiti ternama lain. 3.2 Mempertingkatkan hubungan dan aktiviti dengan UTHM dengan universiti-universiti yang mempunyai hubungan sama ada melalui MoU atau MoA. Ia juga akan menggalakkan perkongsian kepakaran atau peralatan dalam kalangan universiti/institusi pendidikan yang berkerjasama dengan UTHM. 3.3 Kepelbagaian mod penawaran pengajian dan pengajian yang lebih fleksibel diharapkan akan dapat menarik minat bakal pelajar dan akhirnya dapat meningkatkan jumlah pelajar siswazah di UTHM. 3.4 Pengalaman pembelajaran atau experiential learning di institusi yang berbeza akan memberi pengalaman yang baharu kepada pelajar dan 2

dapat menjalin hubungan kerjasama di kalangan penyelidik pada masa hadapan. 3.5 UTHM berhasrat untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan berwibawa. Oleh yang demikian, mereka perlu didedahkan dengan budaya kerja dan disiplin rakan sepenyelidikan yang sesuai dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya ia akan memantapkan kesediaan graduan untuk mengharungi pelbagai kaedah pengajian di Universiti. 4.0 DEFINISI Takrifan yang digunakan dalam garis panduan ini adalah seperti berikut: (i) Universiti merujuk kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (ii) Penyeliaan Bersama (Joint Supervision) merujuk kepada program pengajian yang melibatkan pelantikan penyelia luar daripada universiti/institusi berdasarkan kepakaran dan bidang penyelidikan. Penganugerahan ijazah melibatkan satu universiti/institusi sahaja. (iii) Dwi Ijazah (Double Degree) merujuk kepada gabungan dua program pengajian daripada dua bidang yang berbeza yang melibatkan UTHM dengan universiti/institusi lain sama ada dalam negara atau luar negara. Program ini boleh ditawarkan di peringkat UTHM yang melibatkan dua fakulti yang berbeza. Setelah memenuhi semua syaratsyarat penganugerahan ijazah kedua-dua fakulti atau universiti, pelajar akan dianugerahkan dua ijazah yang berasingan. (iv) Dual Ijazah (Dual Degree) merujuk kepada gabungan dua program pengajian daripada bidang yang sama atau hampir sama yang melibatkan antara UTHM dengan universiti/institusi lain sama ada 3

dalam negara atau luar negara. Pelajar akan menerima dua ijazah yang berasingan daripada universiti/institusi yang bekerjasama. (v) Ijazah Bersama (Joint Degree) merujuk kepada program pengajian yang dijalankan secara kerjasama di antara UTHM dengan universiti/institusi lain sama ada dalam negara atau luar negara yang membawa kepada satu skrol penganugerahan bersama yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh kedua-dua universiti/institusi yang bekerjasama. (vi) Jawatankuasa Penyeliaan merujuk kepada suatu jawatankuasa yang terdiri daripada seorang guru Universiti yang dilantik sebagai Pengerusi dan sekurang-kurangnya dua ahli lain sebagai Ahli Jawatankuasa Penyeliaan untukmenyelia penyelidikan, penyediaan tesis/disertasi dan membimbing serta menilai pengajian calon. (vii) Penyelia merujuk kepada staf akademik yang dilantik untuk menyelia penyelidikan, penyediaan tesis/disertasi dan membimbing serta menilai pengajian calon yang boleh terdiri daripada Penyelia Utama dan/atau Penyelia Bersama atau Jawatankuasa Penyeliaan atau Penyelia Luar. (viii) Penyelia Utama merujuk kepada staf akademik yang dilantik secara individu atau mengetuai kumpulan dua orang penyelia untuk menyelia penyelidikan, penyediaan tesis dan membimbing serta menilai pengajian calon mod penyelidikan. (ix) Penyelia Bersama merujuk kepada staf akademik yang dilantik bersama-sama dengan Penyelia Utama (jika berkenaan) untuk menyelia penyelidikan, penyediaan tesis dan membimbing serta menilai pengajian calon. (x) Penyelia Luar merujuk kepada staf akademik atau pakar dari luar Universiti yang dilantik sebagai Penyelia Kedua atau ahli 4

Jawatankuasa Penyeliaan untuk menyelia penyelidikan, penyediaan tesis dan membimbing serta menilai pengajian calon. (xi) Pemeriksa Dalam merujuk kepada staf akademik yang dilantik oleh Fakulti/Institut untuk menilai pencapaian hasil penyelidikan seseorang calon. (xii) Pemeriksa Luar merujuk kepada staf akademik atau pakar bidang dari luar Universiti yang dilantik oleh Senat untuk menilai pencapaian hasil penyelidikan seorang calon. (xiii) Peperiksaan Lisan merujuk kepada peperiksaan untuk calon mempertahankan hasil kajian yang dibentangkan dalam tesis/disertasi di hadapan jawatankuasa Peperiksaan Lisan. (xiv) Projek sarjana merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan berserta dengan penulisan ilmiah yang dilakukan oleh pelajar di peringkat sarjana. (xv) Disertasi merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan berserta dengan penulisan ilmiah yang dilakukan oleh pelajar di peringkat sarjana secara mod campuran. (xvi) Tesis merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan berserta dengan penulisan ilmiah yang dilakukan oleh pelajar di peringkat sarjana secara penyelidikan atau peringkat kedoktoran secara penyelidikan. (xvii) Fakulti/Pusat merujuk kepada pusat tanggungjawab yang menjalankan atau menguruskan sebarang aktiviti akademik pelajar berdaftar contohnya pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan. 5

(xviii) Staf akademik merujuk kepada pegawai universiti yang dilantik secara tetap, kontrak, atau sambilan ke jawatan Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah, Tutor, Guru Bahasa, dan Felo Industri. (xix) Pelajar merujuk kepada seseorang calon berdaftar Universiti yang mengikuti pengajian siswazah di Universiti bagi suatu program. (xx) Semester lazim merujuk kepada satu tempoh pengajian yang dinyatakan dalam kalendar akademik tahunan universiti. (xxi) Semester Khas merujuk kepada satu tempoh pengajian selain daripada semester panjang yang dinyatakan di dalam kalendar akademik tahunan universiti. (xxii) Ijazah Kedoktoran atau Doktor Falsafah merujuk kepada suatu perakuan yang diberikan oleh Universiti kepada seseorang calon yang telah memenuhi syarat program Ijazah Doktor Falsafah atau Ijazah Kedoktoran lain yang diiktiraf oleh Senat. (xxiii) Ijazah Sarjana merujuk kepada perakuan yang diberi oleh Universiti kepada seorang calon yang telah memenuhi syarat program Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Senat. (xxiv) Harta Intelek merujuk kepada hasil kerja penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar disepanjang tempoh pengajian mereka di UTHM dan institusi yang bekerjasama. 5.0 KAEDAH PELAKSANAAN 5.1 Universiti bertanggungjawab memantau pelaksanaan setiap program akademik (dwi ijazah, dual ijazah dan ijazah bersama) yang ditawarkan tertakluk kepada Peraturan Akademik Pengajian Siswazah UTHM. 6

5.2 Pelajar yang mengikuti program akademik secara dwi ijazah, dual ijazah atau ijazah bersama adalah tertakluk kepada Peraturan- Peraturan Akademik dan syarat-syarat penganugerahan kedua-dua fakulti atau universiti. 5.3 Program akademik dwi ijazah, dual ijazah dan ijazah bersama boleh dilaksanakan untuk semua mod pengajian peringkat sarjana (mod penyelidikan, mod kerja kursus atau mod campuran) dan peringkat kedoktoran (mod campuran atau mod penyelidikan). 6.0 PENYELIAAN BERSAMA (JOINT SUPERVISION) 6.1 Proses Kelulusan Pelaksanaan Program 6.1.1 Kuasa tertinggi kelulusan pelaksanaan program yang melibatkan penyeliaan bersama ini adalah fakulti. 6.1.2 Pemilik program penyeliaan bersama adalah UTHM. 6.1.3 Proses pelaksanaan program yang melibatkan penyeliaan bersama ini tidak memerlukan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan tidak memerlukan Memorandum Perjanjian (MoA). 6.2 Kemasukan dan Pendaftaran Program 6.2.1 Syarat kemasukan bagi program yang melibatkan penyeliaan bersama ini adalah tertakluk kepada syarat kedua-dua pihak yang terlibat. 6.2.2 Pendaftaran pengajian perlu dibuat di UTHM sahaja. 7

6.2.3 Bayaran yuran pengajian perlu dibuat di UTHM sahaja. 6.3 Struktur Kurikulum Program 6.3.1 Struktur kurikulum program penyeliaan bersama ditentukan oleh UTHM sahaja. 6.3.2 Pelaksanaan program yang melibatkan penyeliaan bersama dijalankan secara serentak. 6.3.3 Program penyeliaan bersama tidak melibatkan perpindahan kredit kecuali bagi kursus kaedah penyelidikan tertakluk kepada keperluan program. 6.3.4 Program penyeliaan bersama hanya boleh dilaksanakan bagi program jenis penyelidikan sepenuhnya. 6.3.5 Pelajar tidak dimestikan mengikuti program sangkutan penyelidikan/kelas/kursus. 6.4 Proses Penyeliaan 6.4.1 Perlantikan Penyelia Pelantikan penyelia bagi program penyeliaan bersama adalah melibatkan penyelia utama dari UTHM dan penyelia bersama dari universiti/institusi yang bekerjasama. 6.4.2 Bilangan Penyelia Bilangan minimum penyelia yang dilantik adalah seorang penyelia dari kedua-dua universiti. 8

6.4.3 Laporan Kemajuan Pelajar perlu mengemukakan laporan kemajuan kepada penyelia atau penyelaras masing-masing seperti yang dipersetujui oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 6.5 Perlaksanaan Pemeriksaan Tesis dan Peperiksaan Lisan (Viva) 6.5.1 Bilangan pemeriksa adalah mengikut syarat yang ditetapkan oleh UTHM. 6.5.2 Ianya melibatkan penyediaan satu tesis sahaja dan satu sesi peperiksaan lisan. 6.5.3 Peperiksaan lisan akan dijalankan di UTHM dan tertakluk kepada peraturan-peraturan pengajian pascasiswazah UTHM. 6.6 Penganugerahan 6.6.1 Pelajar akan dianugerahkan ijazah setelah memenuhi semua syarat penganugerahan yang ditetapkan oleh UTHM. 6.6.2 Pelajar akan menerima satu skrol penganugerahan yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh UTHM sahaja. 6.6.3 Nama penganugerahan yang akan diberi kepada pelajar adalah mengikut nama program di UTHM. 9

6.7 Hasil Penyelidikan (Harta Intelek) 6.7.1 Pemilikan harta intelek adalah tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa di UTHM. 6.7.2 Hasil daripada pengkomersilan adalah tertakluk kepada tatacara dan prosedur yang sedang berkuatkuasa di UTHM. 7.0 DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE) 7.1 Proses Kelulusan Perlaksanaan Program 7.1.1 Pelaksanaan program Dwi Ijazah perlu mendapat kelulusan Senat dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum dilaksanakan dan ditawarkan kepada pelajar. 7.1.2 Pemilik program dwi ijazah adalah UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 7.1.3 Proses pelaksanaan program dwi ijazah memerlukan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 7.1.4 Satu bentuk perjanjian diperlukan sama ada dalam bentuk MoU atau MoA atau Surat Cara tertentu antara UTHM dengan universiti/institusi yang bekerjasama dan diperakui oleh Lembaga Pengarah Universiti. 10

7.2 Kemasukan dan Pendaftaran Program 7.2.1 Syarat kemasukan bagi program ini adalah tertakluk kepada syarat kemasukan UTHM dan institusi yang bekerjasama. 7.2.2 Pendaftaran pelajar program dwi ijazah perlu dilakukan di UTHM dan di universiti/institusi yang bekerjasama. 7.2.3 Bayaran yuran pengajian bagi pelajar program dwi ijazah perlu dibuat di kedua-dua universiti berdasarkan kadar yang dipersetujui dalam memorandum perjanjian (MoA). 7.2.4 Kos yang berkaitan dengan penyeliaan, lawatan dan pemeriksaan tesis adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 7.3 Struktur Kurikulum Program 7.3.1 Struktur kurikulum program dwi ijazah ditentukan oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 7.3.2 Perlaksanaan program dwi ijazah boleh dijalankan secara serentak atau berturutan. 7.3.3 Peratus perpindahan kredit kursus yang dibenarkan untuk program ijazah bersama ialah maksimum 50%. 7.3.4 Pelajar yang mengikuti program dwi ijazah wajib mengikuti program sangkutan penyelidikan (research attachment) / kelas / kursus yang telah dipersetujui bersama di UTHM. 11

7.3.5 Tempoh minimum program sangkutan adalah mengikut suatu tempoh yang dipersetujui bersama. 7.4 Proses Penyeliaan 7.4.1 Pelantikan Penyelia Pelantikan penyelia bagi program dwi ijazah adalah melibatkan penyelia utama dari UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 7.4.2 Bilangan Penyelia Bilangan minimum penyelia yang dilantik adalah seorang penyelia dari dari kedua-dua universiti. 7.4.3 Laporan Kemajuan Pelajar perlu mengemukakan laporan kemajuan kepada penyelia atau penyelaras masing-masing seperti yang dipersetujui oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 7.5 Perlaksanaan Pemeriksaan Tesis dan Peperiksaan Lisan (Viva) 7.5.1 Bilangan pemeriksa adalah mengikut syarat yang ditetapkan oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 7.5.2 Program dwi ijazah boleh dilaksanakan bagi semua jenis program pasca siswazah (kerja kursus / kerja kursus dan penyelidikan / penyelidikan). 7.5.3 Bilangan sesi peperiksaan lisan dijalankan dalam program dwi ijazah adalah bergantung kepada keperluan UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 12

7.6 Penganugerahan 7.6.1 Pelajar akan dianugerahkan ijazah setelah memenuhi semua syarat penganugerahan yang ditetapkan oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 7.6.2 Pelajar akan menerima dua skrol yang dikeluarkan oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 7.6.3 Pernyataan jenis program dwi ijazah adalah tercatat di transkrip sahaja. 7.6.4 Nama penganugerahan dwi ijazah adalah mengikut penamaan UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 7.6.5 Pelajar boleh dianugerahkan satu ijazah sahaja jika tidak memenuhi keperluan graduasi bagi program yang kedua. 7.7 Hasil Penyelidikan (Harta Intelek) 7.7.1 Pemilikan harta intelek adalah tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa di UTHM. Walau bagaimanapun ia juga tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian MoU atau MoA. 8.0 DUAL IJAZAH (DUAL DEGREE) 8.1 Proses Kelulusan Perlaksanaan Program 13

8.1.1 Kuasa tertinggi kelulusan pelaksanaan program dual ijazah adalah Senat UTHM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 8.1.2 Pemilik program dual ijazah adalah UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 8.1.3 Proses pelaksanaan program ijazah bersama memerlukan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 8.1.4 Satu bentuk perjanjian sama ada dalam bentuk MoU atau MoA atau Surat Cara tertentu antara UTHM dengan universiti/institusi yang bekerjasama dan diperakui oleh Lembaga Pengarah Universiti. 8.2 Kemasukan dan Pendaftaran Program 8.2.1 Syarat kemasukan bagi program ini adalah tertakluk kepada syarat UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 8.2.2 Pendaftaran pelajar program dual ijazah perlu dilakukan di UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 8.2.3 Bayaran yuran pengajian program dual ijazah perlu dibuat di kedua-dua universiti berdasarkan kadar yang dipersetujui dalam Memorandum Perjanjian (MoA). 8.2.4 Kos yang berkaitan dengan penyeliaan, lawatan dan pemeriksaan tesis adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 14

8.3 Struktur Kurikulum Program 8.3.1 Struktur kurikulum program dual ijazah ditentukan oleh UTHM dan universiti/institusi secara bersama. 8.3.2 Perlaksanaan program dual ijazah adalah dijalankan secara serentak bagi program kerja kursus, dan serentak atau berturutan bagi program penyelidikan. 8.3.3 Program dual ijazah yang dilaksanakan secara kerja kursus sepenuhnya tidak melibatkan perpindahan kredit. 8.3.4 Pelajar yang mengikuti program dual ijazah wajib mengikuti program sangkutan penyelidikan (research attachment) / kelas / kursus di universiti/institusi yang bekerjasama. 8.3.5 Tempoh minimum program sangkutan adalah mengikut suatu tempoh yang dipersetujui bersama. 8.3.6 Program dual ijazah boleh dilaksanakan bagi semua jenis program pasca siswazah (kerja kursus / mod campuran / penyelidikan). 8.4 Proses Penyeliaan 8.4.1 Perlantikan Penyelia Pelantikan penyelia bagi program dual ijazah adalah melibatkan penyelia utama dari UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 8.4.2 Bilangan Penyelia Bilangan minimum penyelia yang dilantik adalah seorang penyelia dari kedua-dua universiti. 15

8.4.3 Laporan Kemajuan Pelajar perlu mengemukakan laporan kemajuan kepada penyelia atau penyelaras masing-masing seperti yang dipersetujui oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 8.5 Perlaksanaan Pemeriksaan Tesis dan Peperiksaan Lisan (Viva) 8.5.1 Bilangan pemeriksa adalah mengikut syarat yang ditetapkan oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 8.5.2 Bilangan sesi peperiksaan lisan dijalankan dalam program dual ijazah adalah bergantung kepada keperluan kedua-dua universiti. 8.5.3 Program dual ijazah secara penyelidikan sepenuhnya mesti melibatkan penghasilan dua tesis dengan perbezaan skop kajian atas persetujuan bersama. 8.5 Penganugerahan 8.5.1 Pelajar akan dianugerahkan ijazah setelah memenuhi semua syarat penganugerahan yang ditetapkan oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 8.5.2 Pelajar akan menerima dua skrol yang dikeluarkan oleh keduadua universiti yang terlibat dalam program dual ijazah ini. Pernyataan khas yang menghubungkan dua skrol penganugerahan perlu tercatat di dalam skrol. Contoh linking statement adalah seperti di Rajah 1. 16

This degree is conferred under a Dual Degree Program agreement between Universiti Tun Hussein Onn Malaysia and University A Rajah 1. Contoh pernyataan khas 8.5.3 Pernyataan jenis program dual ijazah adalah tercatat di transkrip sahaja. 8.5.4 Nama penganugerahan dual ijazah adalah mengikut penamaan UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 8.6 Hasil Penyelidikan (Harta Intelek) 8.6.1 Pemilikan harta intelek adalah tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa di UTHM. Walau bagaimanapun ia juga tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian MoU atau MoA. 9.0 IJAZAH BERSAMA (JOINT DEGREE) 9.1 Proses Kelulusan Perlaksanaan Program 9.1.1 Kuasa tertinggi kelulusan pelaksanaan program ijazah bersama adalah Senat UTHM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 9.1.2 Pemilik program ijazah bersama adalah UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 9.1.3 Proses pelaksanaan program ijazah bersama memerlukan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 17

9.1.4 Satu bentuk perjanjian sama ada dalam bentuk MoU atau MoA atau Surat Cara tertentu antara UTHM dengan universiti/institusi yang bekerjasama dan diperakui oleh Lembaga Pengarah Universiti. 9.1.5 Ilustrasi program ijazah bersama adalah seperti dalam Rajah 2. 2 UNIVERSITI 1 PROGRAM 1 DEGREE JOINT DEGREE Contoh : Bachelor in Islamic Bangking UKM (In collaboration with MIT) (2 nama PPT DAN 2 logo di atas scroll) Rajah 2: Bentuk program secara ijazah bersama (Sumber, MQA 2016) 9.2 Kemasukan dan Pendaftaran Program 9.2.1 Syarat kemasukan bagi program ini adalah tertakluk kepada syarat kedua-dua universiti/institusi yang bekerjasama. 9.2.2 Bagi program yang hanya melibatkan kerjasama antara universiti dalam negara sahaja, pendaftaran pelajar perlu dilakukan di UTHM sahaja. Bagi program yang melibatkan kerjasama dengan universiti luar negara, pendaftaran pelajar boleh melibatkan UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama atau tertakluk kepada keperluan. 9.2.3 Bayaran yuran pengajian bagi pelajar program ijazah bersama perlu dibuat di UTHM sahaja. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dengan universiti yang bekerjasama. 9.2.4 Kos yang berkaitan dengan penyeliaan, lawatan dan pemeriksaan tesis adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang 18

telah dipersetujui bersama oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 9.3 Struktur Kurikulum Program 9.3.1 Struktur kurikulum program ijazah bersama ditentukan bersama oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 9.3.2 Perlaksanaan program ijazah bersama adalah dijalankan secara serentak. 9.3.3 Peratus perpindahan kredit kursus yang dibenarkan untuk program ijazah bersama ialah maksimum 50% atau tertakluk kepada peraturan UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 9.3.4 Pelajar yang mengikuti program ijazah bersama wajib mengikuti program sangkutan penyelidikan (research attachment) / kelas / kursus di UTHM. 9.3.5 Tempoh minimum program sangkutan adalah mengikut suatu tempoh yang dipersetujui bersama.. 9.3.6 Program ijazah bersama boleh dilaksanakan bagi semua jenis program pasca siswazah (kerja kursus / mod campuran / penyelidikan). 9.4 Proses Penyeliaan 9.4.1 Perlantikan Penyelia Pelantikan penyelia bagi program ijazah bersama adalah melibatkan penyelia utama dari UTHM dan penyelia bersama dari universiti/institusi yang bekerjasama. 19

9.4.2 Bilangan Penyelia Bilangan minimum penyelia yang dilantik adalah seorang penyelia dari kedua-dua universiti. 9.4.3 Laporan Kemajuan Pelajar perlu mengemukakan laporan kemajuan kepada penyelia atau penyelaras masing-masing seperti yang dipersetujui oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 9.5 Perlaksanaan Pemeriksaan Tesis dan Peperiksaan Lisan (Viva) 9.5.1 Bilangan pemeriksa adalah mengikut syarat yang dipersetujui bersama oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 9.5.2 Program ijazah bersama melibatkan penyediaan satu tesis sahaja dan satu sesi peperiksaan lisan tertakluk kepada persetujuan bersama. 9.5 Penganugerahan 9.5.1 Pelajar akan dianugerahkan ijazah setelah memenuhi semua syarat penganugerahan yang ditetapkan oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 9.5.2 Pelajar program ijazah bersama akan menerima satu skrol penganugerahan bersama yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama atau tertakluk kepada persetujuan bersama. 20

9.5.3 Pernyataan jenis program ijazah bersama adalah tercatat di transkrip sahaja. 9.5.4 Nama penganugerahan ijazah bersama adalah mengikut nama yang dipersetujui oleh UTHM dan universiti/institusi yang bekerjasama. 9.6 Hasil Penyelidikan (Harta Intelek) 9.6.1 Pemilikan harta intelek adalah tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa di UTHM. Walau bagaimanapun ia juga tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian MoU atau MoA. 10.0 PERANAN DAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB 10.1 Fakulti/Pusat bertanggungjawab untuk mewujudkan jaringan strategik dengan institusi yang bekerjasama. 10.2 Fakulti/Pusat bertanggungjawab untuk memilih program akademik siswazah yang sesuai atau memenuhi hasrat universiti melalui kerjasama penawaran program akademik. 10.3 Fakulti/Pusat berperanan menggunakan sesuatu kaedah yang sesuai untuk mengenalpasti calon siswazah yang berpotensi dari aspek akademik dan ketrampilan. 10.4 Fakulti/Pusat dengan kerjasama pejabat perundangan akan menyedia dan menyemak isi kandungan perjanjian MoU atau MoA atau Surat Cara untuk mendapat kelulusan pihak Lembaga Pengarah Universiti. 21

10.5 Fakulti/Pusat dan universiti/institusi yang bekerjasama akan mendaftarkan pelajar sarjana atau kedoktoran di universiti/institusi masing-masing. 10.6 Fakulti/Pusat dan universiti/institusi yang bekerjasama akan menyelia, memantau dan menyelaras semua aktiviti penyelidikan dan aktiviti akademik yang dilakukan oleh pelajar yang berdaftar. 10.7 Fakulti/Pusat dan universiti/institusi yang bekerjasama bertanggungjawab untuk memastikan laporan kemajuan penyelidikan atau keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester kepada penyelia atau penyelaras di UTHM dan unversiti/institusi yang terlibat. 10.8 Fakulti/Pusat dan universiti/institusi yang bekerjasama bertanggungjawab untuk menguruskan peperiksaan, penyerahan tesis dan peperiksaan pelajar. 10.9 Fakulti/Pusat dan unversiti/institusi yang bekerjasama bertanggungjawab untuk menganugerahkan ijazah seperti yang dipersetujui dalam perjanjian setelah pelajar memenuhi syarat-syarat bergraduan. 10.10 Fakulti/Pusat dan unversiti/institusi yang bekerjasama adalah berperanan untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan pemilikan hasil penyelidikan atau harta intelek. 11.0 CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN Carta alir proses pelaksanaan program akademik pascasiswazah dwi ijazah, dual ijazah dan ijazah bersama dinyatakan dalam Lampiran 1. 12.0 AM / PENAFIAN 22

12.1 UTHM berhak mengubah dasar ini dari masa ke semasa. 12.2 Garis Panduan Penyeliaan Bersama (Joint Supervision), Dwi Ijazah (Double Degree), Dual Ijazah (Dual Degree) dan Ijazah Bersama (Joint Degree) bagi program akademik peringkat pengajian pascasiswazah ini akan disemak mengikut keperluan semasa. 13.0 RUJUKAN 13.1 Garis Panduan Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) Edisi Kedua (2016). Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementeriaan Pendidikan Tinggi Malaysia. 13.2 Garis Panduan Pemohonan Program Akademik Edisi Kedua (2015). Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. 13.3 Kompilasi Dasar Tahun 2009-2013 (2014). Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 13.4 Kompilasi Dasar Tahun 2015-2016. Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik, Agensi Kelayakan Malaysia. 13.5 Pekeliling BPPA, Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2016. 13.6 Polisi Program Berganda dan Usahasama Pengajian Siswazah UTM. 13.7 Polisi Program Dwi, Dual Ijazah dan Ijazah Bersama Pengajian Siswazah Di UTM. 13.8 Dapatan Soal Selidik dalam kalangan ahli MDPS (1&2), Bengkel Pemurnian Garis Panduan MDPS 25 Ogos 2017. 23

13.9 Garis Panduan Pelaksanaan Program Akademik Joint Supervision/Joint Degree/Dual Degree/Double Degree Di Peringkat Pasca Siswazah, Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS), 2017. 13.9 Panduan Penulisan Tesis (Bahagian Penulisan Rujukan), Pusat Pengajian Siswazah UTHM. Lampiran 1 Rajah 1. Carta alir Penyeliaan Bersama (Joint Supervision), Dwi Ijazah (Double Degree), Dual Ijazah (Dual Degree) Dan Ijazah Bersama (Joint Degree) Mula Mengenalpasti institusi untuk bekerjasama Mencadangkan program akademik atau bidang penyelidikan yang dipersetujui oleh kedua-dua institusi Menandatangani MoU atau MoA atau Surat Cara antara UTHM dengan institusi yang bekerjasama Pemilihan mod dan tahap pengajian yang dipersetujui [Kerja kursus atau penyelidikan] Kenalpasti penyelia dan calon siswazah yang berminat dan berpotensi Calon mendaftar ijazah Sarjana/PhD di UTHM dan institusi yang bekerjasama Melantik penyelia utama/ penyelia bersama/ penyelaras Laksanakan aktiviti akademik/ penyelidikan dengan pemantauan oleh penyelia/penyelia bersama/penyelaras di UTHM dan institusi yang bekerjasama Menghantar laporan kemajuan penyelidikan/ pembentangan penyelidikan/ keputusan peperiksaan (kerja kursus) setiap semester kepada penyelia/penyelaras di UTHM dan institusi yang bekerjasama Urusan peperiksaan, penyerahan tesis, peperiksaan lisan dan penjilidan tesis 24

Penganugerahan ijazah seperti yang dipersetujui oleh UTHM dan institusi yang bekerjasama Tamat 25