BAB LIMA KESIMPULAN. Bab ini merupakan rumusan hasil analisis pengkaji tentang pandangan Winstedt terhadap

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Dapatkan Skema di

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH.

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis:

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Soalan Markah

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

Model Pengurusan Strategik

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)

Pelajaran 7. Dinamik Bendalir. Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

KEBOLEHMAMPATAN TANAH

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

SEJARAH SPM 1249/2 (Set B)

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) DAERAH PETALING UTAMA SKOR A DISEDIAKAN OLEH :

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

Pengenalan kepada Ekonomi

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

MEI 2017/SET A/MPU3123

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

Transkripsi:

BAB LIMA KESIMPULAN 5.0 PENGENALAN Bab ini merupakan rumusan hasil analisis pengkaji tentang pandangan Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu. Di awal pengenalan sehingga kepada analisis pandangan, pengkaji mendapati terdapat ketidaktelusan dan kurang kefahaman Winstedt ke atas kajian yang dilakukan. Setiap pandangan Winstedt didasari sudut pandangan negatif ke atas undang-undang Islam. 5.1 PENILAIAN DAN RUMUSAN Berdasarkan pendekatan kajian orientalis dalam bab dua dan penggunaan pendekatan mengkaji elemen khusus pemikiran Winstedt, pengkaji mendapati Winstedt menilai masyarakat Melayu berdasarkan sudut pandangan berunsurkan skeptikal sehingga hampir semua penulisannya mengenai masyarakat Melayu menggunakan sudut pertimbangan yang berat sebelah dan serba menyimpang dari sejarah tamadun Melayu itu sendiri. Misalnya, beliau melabelkan masyarakat Melayu sebagai bangsa yang lemah dari segenap segi seperti ketinggalan dalam aspek kemajuan dan pemodenan disebabkan berpegang kepada agama Islam. Winstedt dilihat gagal dalam memahami masyarakat Melayu disebabkan latar belakang pemikiran yang berpusatkan Eropah iaitu Euro-centrism. Sudut pemikiran ini mengangkat bangsa Eropah sebagai bangsa yang hebat dan bertamadun. Ketamadunan mereka lebih tinggi dari bangsa yang tinggal di Asia merangkumi Timur Tengah dan juga 126

di Tanah Melayu. Dalam soal ini, untuk memperbaiki kelemahan tamadun masyarakat Melayu, pihak British dianggap sebagai ambassador of civilization iaitu penyelamat kepada masyarakat di Alam Melayu. Apabila Winstedt menjadikan pendekatan Euro- Centrism sebagai kayu pengukur untuk mengkaji sejarah Tanah Melayu, ternyata beliau belum lagi memahami sepenuhnya berkenaan masyarakat Melayu, malah berat sebelah dalam mentafsirkan persoalan berkenaan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Hasil analisis ke atas empat rujukan utama Winstedt iaitu The Malays: A Cultural History, Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the Evolution of Malay Magic, A History of Malaya dan Kitab Tawarikh Melayu, pengkaji mendapati hanya karya The Malay: A Cultural History yang banyak membincangkan tentang undang-undang Islam di Tanah Melayu. Ini memperkukuhkan lagi pandangan pengkaji bahawa kepakaran Winstedt lebih kepada bidang sejarah, masyarakat, budaya dan kesusasteraan berbanding dalam undangundang Islam. Tiga karya yang lain itu turut terdapat perbincangan mengenai perkara yang sama tetapi ia sekadar menyentuh persoalan sejarah kesultanan Melayu yang berpegang dengan undang-undang Islam. Ia tidak menyentuh tentang perbincangan secara khusus terhadap undang-undang Islam. Karya Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the Evolution of Malay Magic dilihat lebih menyentuh tentang aspek perbandingan di antara aspek kepercayaan Hindu dan Islam dalam konteks amalan perubatan dan perkara khurafat seperti perkahwinan. Bagi memperkukuhkan lagi kajian ini, pengkaji juga merujuk karya Winstedt yang lain seperti A History of Classical Malay Literature. Dari karya inilah pengkaji menjumpai jawapan yang dicari iaitu perbincangan tentang Undang-Undang 99 Perak yang kandungannya didapati 127

telah diadaptasi dan disesuaikan dengan keadaan tempatan apabila diterima menjadi undang-undang di Perak sekitar abad ke-17 dan 18. Winstedt dalam menilai keautoritian undang-undang Islam di Tanah Melayu, menggunakan sudut pandangan berlandaskan akal yang berpaksikan paradigma sekularisme. Ini bersesuaiaan dengan teori yang dikemukan di dalam pendekatan kajian orientalisme klasik iaitu teori logikal empirikal positivisme. Ianya merupakan kaedah untuk mendapatkan suatu fakta keilmuan dengan tepat dan betul melalui kaedah penelitian yang cukup sistematik, teliti dan objektif. Tetapi, teori tersebut didasari dengan penggunaan akal sepenuhnya dalam setiap pertimbangan jawapan dan menolak sebarang pandangan yang menggunakan hujah agama terutamanya Islam. Berdasarkan teori ini jugalah Winstedt menolak hujah menerusi mitos kerana beranggapan ianya tidak masuk akal. Menerusi teori ini, Winstedt telah mengklasifikasikan undang-undang adat di Tanah Melayu kepada dua bahagian iaitu Undang-undang Adat Perpatih dan Undang-undang Adat Temenggong. Pandangan tersebut pada sudut penilaian pengkaji adalah satu helah untuk mengubah sudut pemahaman masyarakat Melayu berkenaan persoalan hukum merangkumi perkahwinan, jenayah, harta pewarisan, muamalat dan sebagainya. Dari sudut positif, kedatangan mereka telah merubah struktur pemodenan di Tanah Melayu, tapi negatifnya beliau telah melabelkan undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman, kejam dan tidak sesuai dengan corak budaya yang terdapat di Tanah Melayu. Winstedt juga mengatakan undang-undang Islam sebagai statik kerana menerima metodologi penghukuman Islam melalui wahyu. Justeru, sebarang undang-undang Islam yang bersumberkan wahyu tidak diterima. 128

Hasil analisis, pengkaji mendapati Winstedt mempunyai sudut penilaian yang berbeza kerana berpegang kuat dengan teori penggunaan akal. Beliau beranggapan Undang-undang Adat Temenggong merupakan dua campuran pengaruh Islam dan Hindu yang jelas terdapat proses diperadatkan di dalamnya. Pengkaji di dalam karya Winstedt iaitu The Malays: A Cultural History mendapati beliau membandingkan Undang-undang Adat Temenggong dengan Undang-undang 99 Perak, di mana walaupun ia dihasilkan dan dibawa oleh golongan Sayyid dari Hadramaut, jelas pada beliau terdapat persamaan sumber di mana ia datang dan bagaimana ia dilaksanakan. Jenis hukuman yang dikenakan ke atas pesalah jelas tidak mengambarkan sepenuhnya perundangan Islam yang tulen. Jenis hukuman tersebut ditukar ke konsep denda berbentuk wang mahupun emas dan perak. Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk membayar denda tersebut maka dia akan terlepas dari dikenakan hukuman. Namun, pengkaji menolak pandangan yang diberikan oleh Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu. Jelas di dalam pandangan tersebut mempunyai sudut penilaian yang berat sebelah. Winstedt pada penilaian pengkaji, menganggap undangundang Islam dan adat tidak boleh dipraktikkan dalam satu masa yang sama kerana apa yang dipraktikkan di Timur Tengah tidak sesuai dilaksanakan di Tanah Melayu disebabkan perbezaan budaya dan cara hidup. Sebarang perlaksanaan undang-undang Islam di Tanah Melayu tidak akan memberikan kesan yang besar kerana masyarakat Melayu begitu berpegang kuat dengan adat. Pandangan Winstedt ini jelas menunjukkan kurang kefahaman dan salah tafsiran mengenai undang-undang Islam dan adat. Pada beliau, sekiranya ingin melaksanakan undang-undang Islam, ia perlu diperadatkan bersesuaian dengan budaya dan cara hidup masyarakat Melayu. 129

Pengkaji membuktikan dalam kaedah pembentukan hukum Islam, adat merupakan sebahagian daripada kaedah penetapan sesuatu hukum. Seperti yang sudah diterangkan pada bab sebelum ini, terdapat beberapa kaedah yang berkaitan dengan adat menjadi asas kepada pembinaan sesuatu hukum. Bagi pengkaji, selagi mana undang-undang adat tidak bertentangan dengan undang-undang Islam ia tidak menjadi masalah untuk menerima dan mengamalkan undang-undang tersebut. Namun begitu, terdapat syarat-syarat yang mesti dipatuhi bagi memastikan undang-undang adat selari dengan tuntutan agama. Sekiranya ia berlawanan dengan syarat tersebut, ia tidak boleh diamalkan. Selain itu, pengambilkiraan sesuatu adat perlu berasaskan kepada world-view masyarakat di Tanah Melayu. Adat masyarakat Melayu tidak boleh dinisbahkan dengan latar belakang masyarakat Timur Tengah kerana ada sesetengah adat yang tidak sesuai untuk diamalkan di Tanah Melayu. Winstedt di dalam karya The Malays: A Cultural History menggunakan kandungan Undang-undang 99 Perak yang jelas telah diperadatkan dalam menguatkan hujah-hujahnya. Tindakan tersebut secara tidak langsung telah mengecilkan kekuatan undang-undang Islam dan mengubah persepsi masyarakat terhadap perundangan tersebut. 5.3 PENUTUP Winstedt jelas menolak pembuktian hujah berdasarkan wahyu kerana ia berasal daripada sumber tidak pasti kebenarannya berbanding akal manusia. Berdasarkan teori logikal empirikal positivisme, beliau mengangkat undang-undang Barat sebagai sebuah perundangan yang tinggi dan mampu mengubah sistem sosial sesuatu masyarakat kepada ketamadunan berbanding undang-undang Islam yang statik dan hanya sesuai diamalkan di 130

Timur Tengah sahaja. Begitu juga dengan pemikiran yang berkonsepkan Euro-centrism, menyebabkan Winstedt beranggapan bangsa Eropah sebagai bangsa yang hebat dan bertamadun berbanding bangsa lain. Sehingga mereka mengangkat diri mereka sebagai ambassador of civilization iaitu penyelamat kepada bangsa yang perlu ditamadunkan. Justeru, dalam mengkaji undang-undang Islam di Tanah Melayu, para pengkaji perlu memahami dengan baik adat dan budaya masyarakat Melayu agar tidak berlakunya salah faham ketika mengeluarkan sesuatu pandangan. 131