BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

dokumen-dokumen yang mirip
Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR TONG LEK KEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PERPUSTAKAAN Kill 3 OOOO

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN BAHAGIAN 1

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH PROSIDUR PENGURUSAN KES PLAGIARISME PELAJAR

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SULIT KATEGORI 2 BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN PENSYARAH TAHUN: Institusi. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FAQ s LMPK. 2) Sekiranya salah satu kertas perkaedahan tidak lulus, bolehkah LMPK dijalankan?

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta LAN-TC-01. Edisi Ke Dua. Disediakan Oleh Lembaga Akreditasi Negara

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

Transkripsi:

PSZ 19:16 (Pinc.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN BAKAL GURU FIZIK TENTANG PEKA FIZIK Saya SESI PENGAJIAN: 2008/2009 SUHAILAH BINTI SAMSON (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KG. PARIT RABU, 84800 BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR. Tarikh: PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN Tarikh: Nama Penyelia CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

i Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan peanugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) Tandatangan :... Nama Penyelia: Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom bin Noordin Tarikh :...

ii TAHAP PENGETAHUAN BAKAL GURU FIZIK TENTANG PEKA FIZIK SUHAILAH BINTI SAMSON Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2009

iii Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.. Tandatangan :... Nama : Suhailah binti Samson Tarikh :...

iv Khas buat... Mak dan Abah yang dirindui, Guru-guru yang dihormati, Adik-adik yang disayangi, Rakan-rakan yang diingati, Terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan.

v PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, dengan kudrat dan rahmat yang diberikan oleh Ilahi, laporan projek sarjana muda ini dapat disempurnakan dalam jangka masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih ditujukan khas buat Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom bin Noordin selaku penyelia projek atas segala teguran, bimbingan, bantuan, nasihat dan tunjuk ajar yang sentiasa diberikan sepanjang proses penyelidikan. Tidak lupa juga kepada semua pihak-pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam usaha menyiapkan penyelidikan ini. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penyelidikan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kerjasama kalian amat dihargai.wassalam.

vi ABSTRAK PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang masih baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan bakal guru Fizik tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah jantina dan program pengajian. Peserta kajian adalah seramai 40 orang bakal guru Fizik yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan PEKA Fizik (UPTPPF) sebagai alat kajian yang terdiri daripada 40 item berbentuk objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α=.718. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru Fizik tentang PEKA Fizik adalah baik. Terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara bakal guru Fizik lelaki dan perempuan di mana tahap pengetahuan bakal guru Fizik lelaki adalah sederhana berbanding bakal guru Fizik perempuan yang mempunyai tahap pengetahuan yang baik. Terdapat juga perbezaan tahap pengetahuan merentas program pengajian di mana pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) berada pada tahap sederhana manakala pelajar Sarjana Muda Sains dan Komputer (Fizik) berada pada tahap baik. Ini menunjukkan bakal guru Fizik belum menguasai PEKA Fizik sepenuhnya.

vii ABSTRACT PEKA Fizik is a School-based Assessment for Physics which is still new in the Malaysian education system. This research was conducted to identify future Physics teachers level of knowledge in terms of concept and frame about PEKA Fizik. Independent variables in this research comprised of gender and course taken at university. 40 respondents involving 11 males and 29 females in the research. The research method used to collect data was a survey using the questionnaire called Assessment of Level of Knowledge about PEKA Fizik (UPTPPF). The UPTPPF contains 40 objective questions and has a reliability α =.718. Descriptive statistics in the forms of mean and standard deviation was used in the data analysis. Generally, the research findings showed that these future Physics teachers level of knowledge in terms of concept and frame of PEKA Fizik was good. However, there is a difference in the level between genders whereby the level of knowledge among male was average as compared to female which was good. There is also a difference in level of knowledge among respondents from the different courses whereby the level of knowledge of Bachelor of Science and Computer with Education (Physics) students was good as compared to Bachelor of Science with Education (Physics) students which was average. The findings from the research indicated these future Physics teachers have not completely mastered the concept and frame of PEKA Fizik.

viii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN i DEDIKASI ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiii 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.2.1 Pengetahuan Guru yang Lemah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Rangka Kerja Konsep 7 1.7 Kepentingan Kajian 8 1.8 Skop Kajian 9 1.9 Andaian Kajian 9 1.10 Batasan Kajian 10

ix 1.11 Takrifan istilah 10 1.11.1 Tahap 10 1.11.2 Pengetahuan 11 1.11.3 PEKA Fizik 11 1.11.4 Konsep 11 1.11.5 Kerangka 12 1.11.6 Bakal Guru Fizik 12 1.12 Rumusan 12 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pendahuluan 13 2.2 Teori-teori Berkaitan 13 2.2.1 PEKA Fizik 14 2.2.2 Konsep PEKA Fizik 14 2.2.3 Kerangka PEKA Fizik 18 2.2.4 Kemahiran Saintifik 26 2.2.5 Sikap Saintifik dan Nilai Murni 28 2.3 Kajian-Kajian Lepas Mengenai PEKA 29 2.3.1 Kajian Dalam Negara Mengenai PEKA 29 2.4 Rumusan 32 3 PENGKAEDAHAN 3.1 Pendahuluan 33 3.2 Reka Bentuk Kajian 33 3.3 Peserta Kajian 34 3.4 Alat Kajian 35 3.5 Tatacara Kajian 37 3.5.1 Kajian Rintis 37 3.5.2 Kajian Sebenar 38 3.6 Analisis Data 38 3.7 Rumusan 41

x 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 42 4.2 Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang 43 Konsep dan Kerangka PEKA Fizik 4.3 Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang 44 Konsep dan Kerangka PEKA Fizik Merentas Jantina 4.4 Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang 46 Konsep dan Kerangka PEKA Fizik Merentas Program Pengajian 4.5 Rumusan 48 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 49 5.2 Ringkasan 49 5.3 Kesimpulan 50 5.4 Perbincangan 51 5.4.1 Tahap Pengetahuan Tentang Konsep dan 52 Kerangka PEKA Fizik 5.4.2 Tahap Pengetahuan Tentang Konsep dan 54 Kerangka PEKA Fizik Merentas Jantina 5.4.3 Tahap Pengetahuan Tentang Konsep dan 55 Kerangka PEKA Fizik Merentas Program Pengajian 5.5 Cadangan 57 5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 59 5.7 Rumusan 60 RUJUKAN 61 LAMPIRAN 64

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Hasil Temu Bual dengan Beberapa Bakal 4 Guru Fizik di UTM 2.1 Jadual konstruk 1 dan petunjuk prestasi (PP) 20 2.2 Jadual konsruk ll dan petunjuk prestasi (PP) 22 2.3 Jadual konsruk lll dan petunjuk prestasi (PP) 23 2.4 Jadual konsruk lv dan petunjuk prestasi (PP) 24 2.5 Jadual konsruk V dan petunjuk prestasi (PP) 25 2.6 Perkaitan antara kemahiran berfikir dan 27 kemahiran proses sains 3.1 Peserta Kajian Merentas Program Pengajian 34 dan Jantina 3.2 Taburan rawak item kajian mengikut aspek 37 yang akan dinilai 3.3 Hubungan Markah, Gred dan Mata Nilai 39

xii 3.4 Pemeringkatan Tahap Pengetahuan PEKA Fizik 39 4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan 43 Bakal Guru Fizik Tentang Konsep dan Kerangka PEKA Fizik 4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan 44 Bakal Guru Fizik Tentang Konsep dan Kerangka PEKA Fizik Merentas Jantina 4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan 46 Bakal Guru Fizik Tentang Konsep dan Kerangka PEKA Fizik Merentas Program Pengajian

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT Rajah 1.1 Rangka Kerja Konsep 7 Rajah 2.1 Ilustrasi Pentaksiran PEKA Fizik di sekolah 17 Rajah 3.1 Aspek-aspek yang akan dinilai dalam PEKA 35 Fizik Rajah 3.2 Aspek-aspek yang akan dinilai dalam konsep 36 PEKA Fizik Rajah 3.3 Aspek-aspek yang akan dinilai dalam kerangka 36 PEKA Fizik Rajah 3.4 Rumus bagi Min Markah Peserta Kajian 39 Rajah 3.5 Rumus Sisihan Lazim Menggunakan Nilai Min 40 Rajah 3.6 Rumus Sisihan Lazim Menggunakan Data 40 Mentah

xiv SENARAI SINGKATAN KPM LPM PEKA PP PPK SPF SPM SPN 2221 SPP UPTPPF Kementerian Pelajaran Malaysia Lembaga Peperiksaan Malaysia Pentaksiran Kerja Amali Petunjuk Prestasi Pusat Perkembangan Kurikulum Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik Sijil Pelajaran Malaysia Pendidikan Amali Fizik Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan PEKA Fizik

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pada abad ke-21, sistem pendidikan dilihat sebagai wadah utama untuk merealisasikan impian negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan bahawa : Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi. (Huraian Sukatan Pelajaran Fizik, 2003: ix) Menyedari kepentingan pendidikan fizik dalam melahirkan masyarakat saintifik dan berdaya saing, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (LPM) telah menggubal Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Fizik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5. PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang bertujuan untuk mempertingkat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

2 (P&P). PEKA Fizik membolehkan guru membuat pentaksiran secara langsung di sepanjang proses P&P. Antara objektif PEKA Fizik adalah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran penyelesaian masalah secara saintifik, memperkukuh teori yang dipelajari melalui aktiviti amali dan memupuk amalan sikap saintifik. Melalui penguasaan kemahiran proses sains dan manipulatif, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam pengolahan maklumat dan menyelesaikan masalah secara sistematik. Oleh itu, masyarakat yang berupaya memberi sumbangan kepada pembangunan agama, bangsa dan negara dapat diwujudkan melalui PEKA Fizik. Menurut Laporan Prestasi SPM 2002, guru disarankan untuk memberi perhatian serius dalam PEKA terutama dalam aspek mengeskperimen dan kemahiran proses sains yang lain dengan menekankan pelaporan eksperimen yang tersusun dan lengkap. Justeru, warga pendidik seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang PEKA supaya dapat menggunakan PEKA sebaik mungkin bagi mengoptimumkan proses P&P dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berkemampuan untuk berfikir secara terbuka dan kreatif selaras dengan Falsafah Pendidikan Sains Negara. 1.2 Latar Belakang Masalah PEKA Fizik mula dilaksanakan pada tahun 1999 bagi menggantikan ujian amali sains. Seseorang pelajar itu perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari secara teori ke dalam latihan amali dan menguasai semua elemen yang ditaksir dalam PEKA Fizik. Ini kerana, PEKA Fizik merupakan kayu pengukur kekuatan dan kelemahan pelajar dalam kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Sehubungan dengan itu, guru mata pelajaran Fizik seharusnya mengendalikan segala aktiviti PEKA Fizik supaya penyeliaan PEKA Fizik dapat dilaksanakan

3 dengan lebih cepat, tepat, berkesan dan menyeluruh secara berterusan. Tugas guru bukan sahaja merancang gerak kerja amali dan melaksanakan PEKA Fizik, tetapi meliputi segala proses penyenggelaraan PEKA Fizik. Penguasaan pelajar dalam PEKA Fizik akan membantu mereka memahami konsep Fizik dengan lebih mudah. Oleh itu, semasa menjalankan PEKA Fizik, guru perlu memerhatikan setiap proses dan produk kerja amali yang dijalankan oleh pelajar. Dengan ini, guru akan dapat mengambil langkah yang sewajarnya untuk membimbing pelajar sekiranya seseorang pelajar itu gagal menguasai elemen yang telah ditetapkan dalam PEKA Fizik. 1.2.1 Pengetahuan Guru yang Lemah Seseorang guru itu akan dapat memberikan komitmen penuh serta dapat menjalankan PEKA Fizik dengan berkesan sekiranya mempunyai pengetahuan yang luas tentang PEKA Fizik. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan dengan saranan dari LPM dalam Laporan Prestasi SPM 2003:13, 3. Guru memahami objektif mata pelajaran Fizik yang dibekalkan oleh PPK dan objektif pentaksiran Fizik yang dibekalkan oleh LPM. 4. Guru mesti memahami konstruk berdasarkan contoh soalan yang dibekalkan oleh LPM. (Laporan Prestasi SPM 2003 : 13). Justeru, untuk memastikan pelajar mengikuti proses P&P dan aktiviti amali dengan berkesan, seseorang guru Fizik itu perlu mengetahui dan menguasai elemenelemen dalam PEKA Fizik selain dari memahami konsep Fizik dengan mendalam. Berikut adalah dapatan daripada hasil temu bual penyelidik dengan beberapa bakal guru Fizik di UTM Skudai.

4 Jadual 1.1: Hasil Temu Bual dengan Beberapa Bakal Guru Fizik di UTM Soalan 1 : PEKA adalah singkatan untuk Responden A : Penilaian kemahiran amali Responden B : Penilaian kemahiran amali Responden C : Penilaian kemahiran pelajar Responden D : Penilaian kerja amali Soalan 2 : Apakah yang anda tahu tentang PEKA? Responden A :... Responden B : Lupa... Responden C : Menilai tahap kemahiran pelajar mengendalikan eksperimen (alat radas), membuat kesimpulan, mengumpul data dan seterusnya membuat report. Responden D : Penilaian yang dilakukan oleh guru terhadap kerja amali yang dilakukan oleh pelajar. Berdasarkan dapatan di atas, jelas menunjukkan bahawa bakal-bakal guru Fizik tidak mempunyai tahap pengetahuan yang memuaskan tentang PEKA Fizik walaupun telah mengambil kursus Pendidikan Amali Fizik, SPN 2221 dan sudah menjalani latihan mengajar. Hal ini akan memberi impak kepada PEKA Fizik dan proses P&P. Kehendak wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pastinya akan tergugat jika bakal guru yang bertanggungjawab dalam melahirkan teknokrat dan saintis mempunyai pengetahuan yang cetek dalam PEKA Fizik.

5 1.3 Pernyataan Masalah PEKA Fizik sudah dilaksanakan hampir kepada satu dekad, namun masih ramai pelajar yang gagal mendapat gred Fizik yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Tambahan lagi, masih ada bakal guru yang tidak tahu tentang PEKA Fizik. Adakah bakal guru tidak memberi perhatian serius kepada PEKA Fizik? Adakah bakal guru tidak mempunyai tahap pengetahuan yang baik tentang PEKA Fizik? Kurangnya pengetahuan tentang PEKA Fizik dalam kalangan bakal guru Fizik UTM merupakan masalah yang serius. Oleh itu dengan menjalankan kajian ini, penyelidik berharap akan mendapat jawapan untuk persoalan-persoalan yang timbul. 1.4 Objektif Kajian. Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenal pasti : 1. Tahap pengetahuan bakal guru Fizik tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik. 2. Perbezaan tahap pengetahuan tentang tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik merentasi jantina. 3. Perbezaan tahap pengetahuan tentang tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik merentasi program pengajian.

6 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada objektif, persoalan dalam kajian ini adalah : 1. Apakah tahap pengetahuan bakal guru fizik tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik? 2. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik merentasi jantina? 3. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik merentasi program pengajian?