SEKOLAH KEBANGSAAN TELAH BERUBAH MENJADI SEKOLAH AGAMA: SATU ULASAN Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BUKU PANDUAN IBUBAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH TAHUN 2010

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

2. Mata-mata pelajaran teras dan tambahan bagi peringkat Sekolah Menengah Atas dalam rancangan KBSM adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini :

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SOALAN-SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)MULAI TAHUN 2016

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PROGRAM BAHASA MALAYSIA MASTER LAB

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

ANUGERAH MEDIA KKLW 2017

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan JADUAL WAKTU

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Pendidikan dan Teknologi di Malaysia

FAQ PENGGUNAAN SINGKATAN :

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, TANJONG TUALANG, PERAK MINIT MESYUARAT POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH.

PENDIDIKAN KESIHATAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

Penilaian Pengguna Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Modul

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ARAHAN: ( )

2.0 PENYATAAN MASALAH

UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

PROJEK WARGA: KERJA SOSIAL YANG DIPERTANDINGKAN. Noor Azam bin Abdul Rahman, Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, Mohd Zin Mokhtar.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Laman web sekolah: / E-mel:

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

Transkripsi:

1 SEKOLAH KEBANGSAAN TELAH BERUBAH MENJADI SEKOLAH AGAMA: SATU ULASAN Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Saya merujuk kepada berita yang disiarkan di akhbar-akhbar internet yang melaporkan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bertajuk Sekolah Kebangsaan telah berubah jadi sekolah agama atau yang serupa dengannya. Berita itu adalah laporan ucapan beliau di majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) pada21 Disember, 2018. Katanya: Sekolah kebangsaan di negara ini telah berubah menjadi ke arah sekolah agama. Justeru bagi memperkasakan kembali sistem pendidikan di negara ini, kerajaan akan mengkaji semula kurikulum sekolah yang sedia ada. Jelas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kurikulum di sekolah perlu memberi penekanan untuk menguasai mata pelajaran yang boleh menghasilkan graduan yang berkualiti dan tidak memberi tumpuan semata-mata kepada mata pelajaran agama. Seseorang telah mengubah kurikulum sekolah dan sekarang sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama. "Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain dan keputusannya lepasan pelajar tidak berapa pandai matapelajaran yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan, katanya pada Majlis Makan Malam pada majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) 2018 di sini pada Jumaat. Hasilnya, pelajar tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja, tetapi mereka menjadi ulama," Perenggan terakhir ini adalah seperti yang dilaporkan oleh Kosmo online. Tiga perkataan terakhir itu tidak terdapat dalam beberapa laporan lain. Saya percaya, mereka merasa tidak selesa untuk melaporkannya. Malaysiakini serta merta menyokong kenyataan itu. Dalam ulasannya, Malaysiakini, antara lain, berkata: "Dr Mahathir Mohamad betul. Sekolah kebangsaan telah menjadi "sekolah agama" dan ramai pasti gembira bahawa Perdana Menteri berhasrat untuk membetulkan keadaan.

2 Mahathir sebenarnya telah menyentuh nota yang betul, kerana banyak kumpulan telah menyatakan keprihatinan mengenai keterlaluan memasukkan 'agama' dalam sukatan pelajaran sekolah semasa. " (Terjemahan saya) Saya juga temui rencana yang ditulis oleh seorang berketurunan Cina dan seorang yang berketurunan India yang menyahut baik kenyakaan Tun Dr. Mahathir itu dan mendesak supaya keadaan itu dipatah balik semula. Penulis berketurunan India itu mendesak pula supaya sekolah aliran Bahasa Inggeris diwujudkan semula, di samping sekolah-skolah aliran Cina dan India. Lim Kit Siang menyatakan bahawa membetulkan keadaan itu merupakan cabaran yang paling besar. Ia mungkin akan membangkitkan bantahan seperti bantahan ratifikasi ICERD sekali lagi. Saya hanya menemui seorang berketurunan Melayu yang menulis dan mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir tersilap fakta atau confused dengan sekolah Kafa. Sebagai seorang yang mempunyai anak bersekolah, beliau tahu kenyataan Tun Dr Mahathir itu salah, katanya. Kita tumpukan kepada apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir itu dahulu. Saya percaya ucapan Tun Dr. Mahathir itu bukan satu ucapan bertulis yang dibacanya. Jika tidak, saya percaya ayat ini tidak berbunyi demikian: Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain. Tetapi, sama ada disenghaja atau tersilap fakta atau beliau confused dengan sekolah Kafa atau Ma had Tahfiz, ia telah diucapkan, disiarkan dan dijadikan alasan oleh penulispenulis bukan Islam untuk mengunanya bagi menyokong agenda mereka. Kita kena menerima bahawa Tun Dr. Mahathir telah mengeluarkan kata-kata yang dipetik itu dan bertanggungjawab mengenainya. Maka ulasan saya ini adalah berdasarkan apa yang dikatakannya itu. Tun Dr. Mahathir mengatakan sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama semata-mata berdasarkan kurikulum sekolah itu dan bukan atas alasan-alasan lain seperti pakaian, aktiviti keagamaan dan lain-lain. Maka ulasan ini pun tertumpu kepada alasan itu sahaja. Sama ada sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama atau tidak adalah soal pendapat. Saya tidak akan berhujah mengenainya. Saya akan lebih menumpukan kepada alasan yang diberinya. Kurikulum pelajaran memang perlu dikaji semula dari semasa ka semasa dengan tujuan menambahbaikkan dan mengemaskini.

3 Saya tiada masalah dengan perenggan empat petikan ucapannya di atas. Kenyataan bahawa Seseorang telah mengubah kurikulum sekolah dan sekarang sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama adalah tidak betul. Sejarah menunjukkan kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahsa Inggeris (PPSMI). (Ambil perhatian, Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Pendidikan daripada tahun 1974 hingga 1978 dan Perdana Menteri daripada tahun 1981 hingga 2003.) Selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri (Tun Abdullah Badawi) di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2006, KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir tentu tahu apa yang berlaku daripada tahun 1974 hingga tahun 2003. Kenyataan bahawa "Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain. adalah salah. Carian rambang melalui internet menghasilkan peruntukan masa bagi mata-mata pelajaran berkenaan adalah seperti berikut (Supaya ringkas saya hanya menunjukkan mata-mata pelajaran teras asas sahaja): Tahun 2 dan 3: Pengurusan Kehidupan: 240 jam setahun Asas 3M (BM, BI, Mat: 192 jam setahun Pendidikan Seni Kreatif: 240 jam setahun Pendidikan moral/ Islam: 96 jam setahun Pendidikan Jasmani: 64 jam setahun Dalam kata-kata lain masa yang diperuntukkan bagi Pendidikan Islam hanya 96/832 jam setahun atau 11.5%. Bagi Tahun 4,5 dan 6: Bahasa Malaysia: Bahasa Inggeris: Matematik: Pengurusan Kehidupan: 96 jam setahun 64 jam setahun 80 jam setahun 96 jam setahun

4 Pendidikan Seni Visual: 32 jam setahun Pendidikan music: 32 jam setahun Pendidikan IMoral/slam: 96 jam setahun Pen. Jasmani dan Kesih: 48 jam setahun Pen. Sains, Alam Sekitar : 80 jam setahun Teknoligi Maklumat: 32 jam setahun Dalam kata-kata lain masa yang diperuntukkan bagi Pendidikan Moral/Islam hanya 96/656 jam seminggu atau 14.6%. Bagi sekolah menengah rendah pula: Bahasa Melayu: Bahasa Inggeris: Pendidikan moral/islam: Metamatik: Sains Sejarah 4 jam seminggu 4 jam seminggu 2 jam seminggu Dalam kata-kata lain masa yang diperuntukkan bagi Pendidikan Moral/Islam hanya 4/20.5 jam seminggu atau 19.5%. Bagi sekolah menengah atas pula (mata pelajaran teras sahaja): Bahasa Melayu: Bahasa Inggeris: Pendidikan moral/islam: Metamatik: Sains Sejarah 4 jam seminggu 3 jam seminggu 2 jam seminggu Dalam kata-kata lain masa yang diperuntukkan bagi Pendidikan Moral/Islam hanya 3/19.5 jam seminggu atau 15.3%. Angka-angka ini dengan jelasnya menunjukkan keadaan sebenar. Mengenai ayat terakhiri yang beliau dilaporkan berkata, pelajar-pelajar itu tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja, pengajaran ilmu agama tidak boleh disalahkan kerana premis hujah beliau bahawa Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain. adalah salah. Dalam kata-kata lain, kita tidak boleh menyalahkan pembelajaran ilmu agama Islam jika pelajarpelajar itu tidak berapa mahir dalam subjek-subjek lain. Phrasa tetapi mereka menjadi ulama," nyata salah tempatnya. Beliau bercakap berkenaan sekolah, bukan universiti. Seorang pelajar berkelulusan sekolah menengah kebangsaan tidak menjadi atau digelar ulamak.

5 Saya pun pernah mengkritik penyalahgunaan perkataan ulamak di negara ini. Tetapi, itu berlainan daripada apa yang dikatakan beliau. Adalah menyedihkan mendengar seorang negarawan seperti beliau membuat ucapan seperti itu. Itu bukanlah mutu ucapan yang kita harapkan daripada beliau. Mungkin, di umur beliau dan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak patut menerima jemputan jamuan makan malam bekas pelajar sekolah lagi, walaupun sekolahnya sendiri. Malah, beliau patut mengelak membuat kenyataan akhbar, apatah lagi menjawab soalan-soalan secara spontan. Tidak dapat tidak kesilapan akan berlaku. Di Malaysia, daripada ingatan saya, amalan Perdana Menteri menjawab soalan-soalan wartawan secara spontan itu dimulakan oleh beliau. Tetapi, dahulu beliau masih muda. Yang gembira adalah pengaran-pengarang akhbar online dan pembaca-pembaca yang menunggu sesuatu yang tidak baik dikatakan mengenai Islam. Mereka ada agenda sendiri. Apabila Perdana Menteri membuat kesilapan dan berkata sesuatu yang tidak baik terhadap Islam, mereka terus melompat dan menyahut betul dan mengambil kesempatan membuat desakan bagi mencapai agenda mereka, termasuk menuntut dikurangkan masa untuk pelajaran agama Islam dan diadakan semula sekolah aliran Inggeris, bersama-sama sekolah aliran Cina dan India. Yang menghairankan ialah mengapa mereka begitu gembira mayahut ucapan Perdana Menteri itu? Mereka tidak menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah kebangsaan. Jika anak-anak mereka belajar di sekolah kebangsaan pun, anak-anak mereka dikecualikan daripada kelas-kelas agama itu. Adakah semua itu disebabkan oleh kebencian mereka terhadap Islam yang mendalam? Saya belajar di sekolah Roman Catholic selama dua tahu semasa dalam tingkatan enam. Setiap pagi, selama 45 minit, diadakan kelas agama untuk pelajar-pelajar beragama Roman Catholic. Pelajar-pelajar lain, termasuk Islam, diletakkan dan kelas Moral Instruction. Tiada sesiapa menyalahkannya. Sekarang, di sekolah-sekolah kebangsaan, hampir kesemua pelajarnya adalah Melayu/Islam, mengapa orang bukan Islam menyibuk? Adakah mereka tidak suka pelajar Islam diajar pelajaran agama Islam? Sampai pelajaran agama Islam yang diajar kepada pelajar-pelajar Islam pun mereka hendak campur tangan! Kepada Lim Kit Siang, saya katakan, jika jadual untuk pembelajaran agama Islam dikurangkan atas alasan yang salah, tentu sekali orang Melayu marah. Jangan lupa betapa besarnya cabaran yang akan dihadapi jika kerajaan hendak menutup sekolahsekolah aliran Cina dan India, sedangkan itulah antara sebab utama polarisasi kaum! Mengatakan bahawa pelajar-pelajar sekolah kebangsaan hanya diajar ilmu agama adalah tidak betul. Mengatakan, oleh sebab itu pelajar-pelajar lulusan sekolah kebangsaan tidah fasih (lemah) dalam mata pelajaran lain juga adalah tidak tidak betul.

6 Daripada pemerhatian saya, latar belakang, keadaan sekitar, tahap akonomi dan availability sumber pembelajaran adalah factor penting. Sebab itu, pelajar-pelajar kampung yang dipilih untuk belajar di MRSM mencapai prestasi cemerlang. Memanglah mereka pelajar-pelajar terpilih. Tetapi, apabila diletak dalam persekitaran dan kemudahan sumber yang lebih baik, mereka mencapai kejayaan yang lebih baik. Jangan lupa pelajar-pelajar sekolah-sekolah itu jugalah yang memenangi berbagai-bagai pertandingan, termasuk sains, di peringkat antara bangsa, malah dunia. Saya akui, umumnya, terdapat kelemahan dalam pengusaan bahasa Inggeris, terutama sekali dalam percakapan atau lisan di kalangan pelajar-pelajar Melayu.. Sepatutnya, seorang pelajar yang diajar bahasa itu daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, selama 11 tahun, paling kurang boleh bercakap dengan fasih. Tetapi, dari pemerhatian saya, pelajar-pelajar luar bandar, di mana bahasa Inggeris tidak digunakan langsung di rumah dan di kampungnya, malah mungkin dianggap sebagai kurang-islam atau tak-islam, tidak yakin atau malu untuk bercakap Inggeris walaupun setelah mereka lulus universiti dan berkerja berpuluh-puluh tahun hingga menjadi professor, hakim dan doctor. Sebaliknya, semasa di sekolah rendah Inggeris di Prai, Pulau Pinang, saya dapati pelajar-pelajar keturunan India yang tinggal di Prai, walau pun bapa mereka hanya pekerja sebagai boroh Keretapi Tanah Melayu, bercakap dalam bahasa Inggeris dengan lancar dalam perbualan harian, walaupun mereka bukanlah pandai dalam darjah, termasuk bahasa Inggeris. Sebabnya ialah kerana mereka hidup dalam satu masyarakat yang merasa megah apabila bercakap dalam bahasa Inggeris. Kesimpulannya, kita tidak boleh menyalahkan pengajaran pendidikan Islam sebagai sebab kelemahan pelajar-pelajar Melayu dalam mata-mata pelajaran lain, jika mereka betul lemah dalam mata-mata pelajaran lain sekali pun. 26 12 2018 tunabdulhamid@gmail.com http://www.tunabdulhamid.my https://tunabdulhamid.me