PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2018 PELAKSANAAN KEBENARAN PULANG AWAL SATU JAM KEPADA PEGAWAI WANITA MENGANDUNG

dokumen-dokumen yang mirip
JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (22) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP BIL. 11/2016)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEJABAT PENDAFTAR

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

UPSI (ISO) / BSM / P06 PINDAAN : 01

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

Universiti Malaysia PAHANG

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

PEKELILING PENDAFTAR

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

SOALAN LAZIM PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

Bu k u in i k ep u n y a a n : Tandatangan:...

TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

JABATAN BENDAHARI PERMOHONAN PEMBIAYAAN KOMPUTER BAGI PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PEMBIAYAAN MEMBELI KENDERAAN BAGI KAKITANGAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

SENARAI SEMAK PERMOHONAN ELAUN MENANGGUNG KERJA

PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI MENJAGA ANAK (CMA) DIBAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR. Nama Pemohon :.. BORANG PERMOHONAN KURSUS DIPLOMA LANJUTAN

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

KOLEJ SAINS KESIHATAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR. Nama Pemohon :.. BORANG PERMOHONAN KURSUS LANJUTAN KEJURURAWATAN

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

TATACARA PERMOHONAN PERTUKARAN INSTITUSI PENGAJIAN

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5/2007

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BORANG PERMOHONAN BERNIKAH KAHWIN (Untuk diisi di dalam dua salinan)

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

96, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR Tel : / 4399 / 4736 Fax : SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PEMBIAYAAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEM SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR SENARAI SEMAK PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN KENDERAAN

MAKLUMAT PEMOHON (ANGGOTA)

BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

BORANG PERMOHONAN JAWATAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JABATAN BENDAHARI DOKUMEN/SEMAKAN YANG PERLU DIBUAT

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

BORANG PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN

UKM-SPKP-JP-PK06-BO01 No. Semakan: 01 Tarikh Kuatkuasa: 01/02/2013 PERMOHONAN CUTI BELAJAR / TAJAAN. 1. SENARAI SEMAK Nama: UKM(PER) / Kad Pengenalan:

Universiti Malaysia PAHANG

PEKELILING PENDAFTAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

EDARAN PEKELILING PENTADBIRAN BIL.3 TAHUN 2010 KEAHLIAN KELAB REKREASI DAN SUKAN

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT KOMPETENSI

PERMOHONAN ANGGOTA BARU KOSWIP

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/PEL/P001

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KE LUAR NEGARA/ NEGARA KETIGA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : i) Pembantu Operasi N11, N14 yang telah disahkan dalam perkhidmatan.

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

Transkripsi:

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2018 PELAKSANAAN KEBENARAN PULANG AWAL SATU JAM KEPADA PEGAWAI WANITA MENGANDUNG [Telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-63 (Bil. 4/2018) pada 25 September 2018] 1.0 TUJUAN Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kebenaran pulang awal satu (1) jam daripada masa bekerja biasa bagi pegawai wanita yang mengandung tujuh (7) bulan dan ke atas serta dipanjangkan kepada suami yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam dan bekerja di lokasi yang berdekatan. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pegawai wanita dalam Perkhidmatan Awam. Pada masa ini, pegawai wanita telah diberi kemudahan Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak. Selaras dengan keprihatinan berterusan terhadap pegawai wanita, Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan satu lagi inisiatif iaitu memberi kebenaran pulang awal satu (1) jam kepada pegawai wanita yang mengandung tujuh bulan ke atas. Kemudahan ini diberi demi kebajikan dan keselamatan pegawai wanita. 2.2 Selain itu, kemudahan ini juga dipanjangkan kepada suami yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam dan bekerja di lokasi yang berdekatan yang pulang bersama isterinya bagi membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan. 1

3.0 TAFSIRAN 3.1 Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- lokasi yang berdekatan bermaksud tempat di mana suami dan isteri bekerja dalam satu bangunan atau kompleks atau kawasan; yang mana suami dan isteri tersebut menaiki kenderaan yang sama sepenuh/sebahagiannya untuk pulang dari tempat kerja; dan mengandung tujuh bulan ke atas bermaksud usia kandungan kehamilan berusia 28 minggu dan ke atas. 4.0 PELAKSANAAN 4.1 Pelaksanaan umum kemudahan ini adalah seperti berikut: 4.1.1 Kemudahan ini diperuntukkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan kontrak (contract of service); 4.1.2 Pegawai wanita yang mengandung tujuh (7) bulan dan ke atas boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini; 4.1.3 Pegawai boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa, bermula apabila pegawai wanita mengandung tujuh (7) bulan dan ke atas; 4.1.4 Kemudahan ini akan tamat sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau pada tarikh mulanya Cuti Bersalin, mengikut mana yang terdahulu; dan 4.1.5 Penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan permohonan pegawai dan kelulusan Pendaftar. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran A yang diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan. Borang ini perlu dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran. 2

4.2 Kemudahan ini dipanjangkan kepada pegawai lelaki tertakluk kepada syarat berikut: 4.2.1 pegawai lelaki berkenaan pulang bersama-sama isterinya yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang mengandung tujuh (7) bulan dan ke atas; dan 4.2.2 isteri pegawai telah diberi kelulusan oleh Pendaftar untuk menggunakan kemudahan ini dan pegawai hendaklah melengkapkan borang permohonan seperti di Lampiran A. Borang ini diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan isteri pegawai dan dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran. 4.3 Kemudahan ini bukan merupakan satu hak bagi pegawai. Pihak universiti, atas kepentingan perkhidmatan, boleh menarik balik atau meminda kelulusan kemudahan yang diberikan olehnya pada bila-bila masa. 4.4 Pelaksanaan pekeliling ini diterima pakai oleh pihak universiti dengan pindaan seperti berikut: 4.4.1 Pasangan suami isteri perlu berkhidmat/berada di bangunan/kawasan yang sama dan berkongsi kenderaan pulang bersama. Tidak terpakai bagi suami yang berkhidmat di kawasan/zon yang berasingan. Pembahagian kawasan/zon adalah seperti di Lampiran B; 4.4.2 Permohonan bagi pegawai lelaki yang mana pasangannya tidak berkhidmat di UniMAP, boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; 4.4.3 Pegawai wanita yang mengandung 28 minggu dan ke atas dibenarkan menggunakan kemudahan ini; 4.4.4 Pada bulan Ramadhan, kebenaran pulang awal satu jam adalah tidak terpakai. Pegawai adalah tertakluk kepada 3

pindaan waktu bekerja untuk kakitangan UniMAP seperti yang telah diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali Ke-87 (Bil. 3/2013); 4.4.5 Waktu Bekerja Fleksibel bagi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Akademik) ialah minimum tujuh (7) jam sehari [tidak termasuk satu (1) jam rehat] dengan jumlah terkumpul 35 jam seminggu dan 140 jam sebulan. Waktu bekerja ini hanya terpakai untuk staf akademik yang tidak memegang jawatan Pentadbiran. Walau bagaimanapun, pertimbangan permohonan adalah berdasarkan kelulusan Pendaftar dan kepentingan perkhidmatan; 4.4.6 Pertimbangan permohonan bagi staf UniMAP yang terlibat dalam waktu bekerja secara giliran/syif adalah berdasarkan kelulusan Pendaftar dan kepentingan perkhidmatan; 4.4.7 Pegawai wanita yang mengandung 22 minggu dan ke atas, dan disahkan mempunyai masalah kehamilan boleh dipertimbangkan menggunakan kemudahan ini dengan syarat mendapat pengesahan laporan perubatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan/Swasta berkaitan masalah berkenaan; dan 4.4.8 Mendapat kelulusan bertulis daripada Pendaftar. 4.5 Pegawai yang menggunakan kemudahan kebenaran untuk meninggalkan pejabat bagi tempoh empat (4) jam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Jabatan Pendaftar Bilangan 5 Tahun 2012 adalah tidak layak menggunakan kemudahan ini. Ini kerana pengiraan tempoh empat (4) jam tersebut adalah termasuk dalam penggunaan kemudahan ini. 4.6 Penerimaan pakai pekeliling ini tertakluk kepada budi bicara Ketua Jabatan dan kepentingan perkhidmatan. 4.7 Carta alir proses permohonan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung Dan Suami Yang Bekerja Di Lokasi Berdekatan adalah seperti di Lampiran C dan D. 4

LAMPIRAN A PP 11/ 2017 JABATAN/PTj : BORANG KEBENARAN PULANG AWAL SATU JAM KEPADA PEGAWAI WANITA MENGANDUNG DAN SUAMI YANG BEKERJA DI LOKASI BERDEKATAN Arahan: i. Semua maklumat adalah mandatori dan hendaklah dilengkapkan dengan jelas. ii. Borang permohonan hendaklah diisi secara berasingan oleh pegawai wanita yang mengandung dan pegawai lelaki (suami). iii. Sila sertakan: a) Dokumen perubatan yang membuktikan tempoh kehamilan, tarikh jangkaan bersalin yang disahkan oleh Ketua Jabatan dan laporan perubatan (jika berkaitan). b) Salinan borang kebenaran pulang awal satu jam bagi isteri yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatannya (bagi permohonan pegawai lelaki). BAHAGIAN I : BUTIRAN DIRI PEMOHON 1. Nama Penuh 2. No. Kad Pengenalan 3. Jawatan/Gred 4. Jabatan/Unit 5. No. Telefon Bimbit : BAHAGIAN II : BUTIRAN ISTERI (BAGI PERMOHONAN PEGAWAI LELAKI SAHAJA) 6. Nama Isteri 7. No. Kad Pengenalan 8. Jawatan/Gred 9. Jabatan 10. Alamat Pejabat Isteri : 11. No. Telefon Pejabat BAHAGIAN III : PENGESAHAN ISTERI (BAGI PERMOHONAN PEGAWAI LELAKI SAHAJA) 12. Saya,... (nama isteri) dengan ini mengesahkan bahawa suami saya perlu menggunakan kemudahan ini bagi tujuan pulang bersama-sama. Tandatangan isteri Tarikh : :

BAHAGIAN IV : AKUAN PEMOHON 13. Saya mengakui bahawa maklumat yang dinyatakan di Bahagian I, II dan III di atas serta dokumen yang dikemukakan adalah benar. Sehubungan itu, saya memohon untuk menggunakan kemudahan balik awal maksimum satu jam mulai (tarikh) yang akan berakhir pada (tarikh) atau pada sehari sebelum tarikh cuti bersalin saya/isteri saya, mengikut mana yang terdahulu. 14. Saya faham bahawa: a) jika diperlukan, saya boleh dipanggil untuk bertugas atas kepentingan perkhidmatan; dan b) sekiranya kemudahan ini disalahgunakan, tindakan tatatertib dan pemotongan emolumen bagi tempoh berkaitan akan diambil ke atas saya. Tandatangan Tarikh : : BAHAGIAN V : SOKONGAN DAN KELULUSAN 15. SOKONGAN (KETUA JABATAN) Permohonan kemudahan balik awal satu jam bagi pegawai adalah DISOKONG/TIDAK DISOKONG* mulai (tarikh) yang akan berakhir pada (tarikh) atau pada sehari sebelum tarikh cuti bersalin pegawai/isteri pegawai, mengikut mana yang terdahulu. Tandatangan Nama dan jawatan Tarikh : : : 16. KELULUSAN (PENDAFTAR) Permohonan kemudahan balik awal satu jam bagi pegawai adalah DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN* mulai (tarikh) yang akan berakhir pada (tarikh) atau pada sehari sebelum tarikh cuti bersalin pegawai/isteri pegawai, mengikut mana yang terdahulu. Tandatangan Nama dan jawatan Tarikh : : : *Potong yang mana tidak berkenaan Catatan: Pegawai yang menggunakan kemudahan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam tempoh empat jam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Jabatan Pendaftar Bilangan 5 Tahun 2012 adalah tidak layak menggunakan kemudahan ini.

LAMPIRAN B PEMBAHAGIAN KAWASAN/ZON UNTUK KELAYAKAN PERTIMBANGAN KEBENARAN PULANG AWAL SATU JAM KEPADA PEGAWAI WANITA MENGANDUNG BIL. KAWASAN / ZON 1 Kangar 2. Kubang Gajah dan Jejawi 3. Pauh Putra 4. Sungai Chuchuh 5. Kulim, Kedah 6. Kuala Lumpur

LAMPIRAN C CARTA ALIR BAGI PERMOHONAN PELAKSANAAN KEBENARAN PULANG AWAL SATU JAM KEPADA PEGAWAI WANITA MENGANDUNG DAN SUAMI YANG BEKERJA DI LOKASI BERDEKATAN Mula Staf mengisi borang kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami yang bekerja di lokasi berdekatan Borang kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami yang bekerja di lokasi berdekatan dimajukan kepada Ketua Jabatan untuk perakuan [Boccccrang [Borang Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung Dan Suami yang Bekerja Di Lokasi Berdekatan disertakan bersama dokumen perubatan yang membuktikan tempoh kehamilan, tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang disahkan oleh Ketua Jabatan dan laporan perubatan (jika berkaitan)] Menghantar borang permohonan pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami yang bekerja di lokasi berdekatan kepada Unit Pentadbiran, Jabatan Pendaftar untuk kelulusan Pendaftar Dokumen tidak lengkap Semak borang permohonan yang diterima (Tindakan : Unit Pentadbiran, Jabatan Pendaftar) Pastikan dokumen permohonan yang telah ditetapkan lengkap diisi dan memenuhi kelayakan Surat kelulusan dikeluarkan kepada pemohon (Tindakan : Unit Pentadbiran, Jabatan Pendaftar) Salinan fail Tamat

LAMPIRAN D CARTA ALIR BAGI PERMOHONAN KEBENARAN PULANG AWAL SATU JAM KEPADA PEGAWAI WANITA MENGANDUNG DAN SUAMI YANG BEKERJA DI LOKASI BERDEKATAN (BAGI PERMOHONAN PEGAWAI LELAKI SAHAJA) Mula Staf mengisi borang kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami yang bekerja di lokasi berdekatan Borang kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami yang bekerja di lokasi berdekatan dimajukan kepada Ketua Jabatan untuk perakuan [Borannnnng [Borang Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung Dan Suami yang Bekerja Di Lokasi Berdekatan disertakan bersama salinan kelulusan borang kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami yang bekerja di lokasi berdekatan yang telah diluluskan oleh Pendaftar] Menghantar borang kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami yang bekerja di lokasi berdekatan kepada Unit Pentadbiran, Jabatan Pendaftar untuk kelulusan Pendaftar Dokumen tidak lengkap Semak borang permohonan yang diterima (Tindakan : Unit Pentadbiran, Jabatan Pendaftar) Pastikan dokumen permohonan yang telah ditetapkan lengkap diisi dan memenuhi kelayakan Surat kelulusan dikeluarkan kepada pemohon (Tindakan : Unit Pentadbiran, Jabatan Pendaftar) Salinan fail Tamat