BAB LIMA PENUTUP. Al-Quran adalah kalam Allah yang mulia. Di dalamnya terkandung isi kandungan

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

Kurikulum Kebangsaan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Apakah FPK? Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Budaya usahawan berjaya. Sinopsis:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 MASALAH PEMBELAJARAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

BAB I. tujuan pendidikan nasional menurut Undang-Undang No. 20 Tahun 2003 tentang

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

TEKS PERUTUSAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA: AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN 2018 TEMA:

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ARAHAN PENTADBIRAN BAHAGIAN LATIHAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

BAB I LATAR BELAKANG PENDAHULUAN

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. begitu pun keterkaitannya dengan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul-Nya sebagai

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN A (20 markah)

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

BAB 1 PENDAHULUAN. Qur an Melalui Pendekatan Historis-Metodologis, ( Semarang: RaSAIL, 2005), hlm

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 1

Transkripsi:

BAB LIMA PENUTUP 5.1 PENDAHULUAN Al-Quran adalah kalam Allah yang mulia. Di dalamnya terkandung isi kandungan yang terdiri daripada dalil-dalil hukum syara, menyentuh tentang Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah, sirah kehidupan nabi-nabi terdahulu dan sebagainya. Al-Quran bertepatan dengan situasi dan keadaan semasa kerana al-quran tetap utuh dan tidak akan hanyut walaupun ditelan zaman. Ini adalah bertepatan dengan janji Allah untuk menjaga dan memelihara al-quran. Sepertimana firman Allah SWT yang berbunyi: Surah al-hijr(15):9 Maksudnya: Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-quran dan Kamilah yang menjaganya. Daripada analisis yang telah dibuat, penyelidik mendapati hafazan al-quran di Maahad Tahfiz al-quran secara umumnya telah memberi suatu kesan yang besar ke arah pembinaan insan yang bersahsiah mulia di samping dapat menghasilkan pelajarpelajar cemerlang yang berkualiti selaras dengan kehebatan mukjizat al-quran itu sendiri, yang telah diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s 161

kepada Nabi Muhammad SAW, lebih kurang 14 kurun yang lalu. Dengan penghasilan pelajar yang cemerlang serta bersahsiah mulia, maka falsafah Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dapat direalisasikan melalui kecemerlangan pelajar-pelajar yang belajar di Maahadmaahad Tahfiz al-quran di seluruh Malaysia. Ini juga bertepatan dengan matlamat khusus bagi Pendidikan Yayasan Islam Kelantan iaitu untuk melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Kesempurnaan hidup dapat dinilai apabila seseorang itu telah berjaya memahami serta mengamati al-quran seterusnya mengamalkan segala amalan yang baik berteraskan al-quran dan menjadikan al-quran sebagai titian kehidupan. Kunci kehidupan yang sejahtera juga dapat diwujudkan apabila al-quran sering menjadi temannya dan apabila seseorang itu telah yakin terhadap segala isi kandungan al- Quran, lalu mempraktiskannya serta membudayakan budaya al-quran di dalam kehidupan. 162

5.2 CADANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN Setelah mengkaji tentang hafazan al-quran dan hubungannnya dengan kecemerlangan pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz al-quran Wal al-qiraat, Pulai Chondong, Kelantan, maka disini penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan: 1- Ibu bapa mestilah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak daripada kecil lagi untuk mengenali serta mencintai al-quran kerana didikan awal yang diberikan kepada anak-anak dapat menjadikannya seorang yang celik al-quran sejak daripada kecil lagi. Penyelidik berpendapat tanpa didikan al-quran dan agama yang mantap dan sempurna kepada anak-anak sejak kecil akan menyebabkan anak-anak tidak mampu membaca al-quran dengan baik apatah lagi untuk memahami serta menghayati al-quran. Jika perkara seumpama ini berlaku, maka ia akan menyebabkan seseorang itu akan jauh daripada landasan Islam, seperti terjebak dengan kebejatan sosial dan keruntuhan akhlak kerana ibu-bapa tidak mementingkan didikan agama dan tidak cuba untuk mempraktikkan segala isi kandungan yang terdapat di dalam al-quran serta tidak menjiwai ruh al-quran. Ini merupakan sesuatu perkara yang dapat menjatuhkan maruah serta martabat Islam kerana al-quran adalah kalam Allah yang mulia yang sepatutnya diagungkan oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah. 163

2- Metode atau teknik-teknik hafazan yang terdapat di Maahad Tahfiz al-quran Wal al-qiraat Pulai Chondong, Kelantan, harus dijadikan contoh kepada maahad-maahad tahfiz bagi seluruh negeri-negeri di Malaysia kerana didapati teknik serta metode hafazan yang digunakan di Maahad Tahfiz al-quran Wal al-qiraat Pulai Chondong, Kelantan, adalah berkesan dan dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu menghafal serta menghayati isi kandungan al- Quran dengan baik. 3- Yayasan Islam Kelantan perlu sering memantau serta memberi bantuan kepada maahad-maahad Tahfiz al-quran di seluruh negeri Kelantan seperti kelengkapan peralatan di dalam makmal-makmal sains atau bengkel, di samping itu kemudahan-kemudahan seperti bahan-bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan harus dipertingkatkan kualiti serta kuantitinya, penyediaan buku-buku serta bahan-bahan rujukan di dalam perpustakaan sebenarnya dapat memudahkan pelajar-pelajar mendapatkan informasi. Segala kelengkapan yang mencukupi akan memberi keselesaan kepada pelajarpelajar. Ini kerana maahad tahfiz juga merupakan salah satu institusi pendidikan yang telah mendapat tempat di hati golongan ibu bapa pada masa kini. 4- Menambahkan lagi bilangan institusi-institusi tahfiz melalui pembinaan Maahad-maahad Tahfiz di setiap negeri-negeri di seluruh Malaysia. kerana didapati generasi yang lahir daripada didikan maahad-maahad Tahfiz al- Quran secara keseluruhannya mampu untuk menerajui Malaysia kearah 164

negara maju dan berwawasan menjelang tahun 2020 kerana kualiti kecemerlangannya dari sudut akademik dan juga sahsiah. 5.3 PENUTUP Maahad-maahad Tahfiz al-quran yang terdapat di seluruh Malaysia sebenarnya merupakan salah satu daripada institusi-institusi pendidikan yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang pendidikan di Malaysia. Didapati kebanyakan sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian mampu untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan pintar, namun bukan mudah untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang pintar dan cemerlang disamping mempunyai sahsiah yang mulia. Kerana sahsiah yang mulia sebenarnya akan terhasil melalui didikan ibu bapa yang baik dari sudut penghayatan terhadap al-quran dan agama, pergaulan dengan rakan sebaya, didikan daripada guru-guru serta suasana persekitaran pembelajaran yang aman dan harmoni. Penghasilan pelajar-pelajar yang cemerlang serta berakhlak mulia, mampu untuk mengangkat nama serta martabat sesebuah institusi pendidikan. Sehubungan itu penyelidik berpendapat, Maahad Tahfiz al-quran Wal al-qiraat Pulai Chondong, Kelantan adalah contoh sebuah maahad tahfiz yang berprestij dan mampu untuk menghasilkan generasi yang bertakwa pada masa akan datang. 165