MEMAHAMI KONSEP SUMPAH DALAM ISLAM. Zulkifli Hasan

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "MEMAHAMI KONSEP SUMPAH DALAM ISLAM. Zulkifli Hasan"

Transkripsi

1 1.0 Pendahuluan MEMAHAMI KONSEP SUMPAH DALAM ISLAM Zulkifli Hasan Mutakhir ini, masyarakat dihidangkan dengan pelbagai isu agama yang sememangnya perlu difahami secara ilmiah, jujur, ikhlas dan tepat menurut kehendak syarak. Di antara isu yang menjadi topik hangat perbincangan umum pada hari ini ialah tentang konsep sumpah atau al-yamin di dalam Islam. Apabila berlakunya sesuatu kes yang melibatkan pertuduhan dan perselisihan, maka kerap kali sumpah menjadi sebutan dan mainan. Di dalam kes pertuduhan liwat misalnya, ramai yang membuat andaian bahawa Yang Menuduh dan Orang Kena Tuduh perlu mengangkat sumpah bagi menyelesaikan kes. Dengan itu berlakulah upacara angkat sumpah di dalam masjid dihadapan al-quran dan mendapat liputan secara langsung di media. Begitu juga dalam kes video seks yang menggemparkan Malaysia baru-baru ini, di mana ramai pihak menuntut Orang Kena Tuduh untuk bersumpah dan beranggapan ianya perlu dan wajib dilakukan. Melihat kepada perihal ketidak atau kurang fahaman umum mengenai konsep sumpah dalam Islam, penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan dengan ruanglingkup undang-undang Islam terhadap perlaksanaan sumpah dan aplikasinya. Dengan informasi dan penjelasan yang diberikan, diharapkan selepas ini tiada lagi desakan dari pihak tertentu sesuka hati untuk meminta sesiapa bersumpah. Sesungguhnya hanya ilmu pengetahuan dan kejujuran serta keihklasan dalam memahami konsep sumpah ini akan memelihara masyarakat dari pelbagai mehnah dan tohmahan. 2.0 Konsep Sumpah (Al-Yamin) dan Pembahagian Menurut bahasa al-yamīn bermaksud kanan atau bahagian kanan, dan di dalam bahasa melayu al-yamīn bererti sumpah. Istilah lain yang digunapakai juga merujuk kepada al-yamīn ialah al-halaf, al-istihlaf, al-ila dan al-qasam. Dari sudut istilah pula, al-yamīn ditakrifkan sebagai: Suatu lafaz yang digunakan untuk menyatakan (mensabitkan) haknya terhadap sesuatu perkara atau menafikan sesuatu perkara dengan menyebut nama Allah Subhanahuwataala atau sifatsifatnya. Melalui pentakrifan ini, sumpah yang dibuat dengan memegang atau menjunjung al-quran di mana sering kali menjadi anggapan ramai sebagai syariat Islam bukanlah amalan yang dituntut oleh syarak. Bagi memahami konsep sumpah dengan lebih mendalam, kefahaman terhadap pembahagiannya adalah amat penting. Secara umumnya sumpah dibahagikan

2 dua bahagian iaitu di luar mahkamah (al-yamīn ghair al-qadha iyyah) dan dalam mahkamah (al-yamīn al-qadha iyyah). Walaupun kedua-dua al-yamīn bertujuan untuk menguat dan mengukuh sesuatu tetapi terdapat beberapa perbezaan dari segi hukum dan kaedah pemakaiannya. Al Yamin di luar mahkamah adalah tidak tergolong dalam kategori pembuktian yang diterima untuk sabitan apa-apa kes. Manakala al-yamin di dalam mahkamah menjadi keterangan (al-bayyinah) dan boleh diterima pakai untuk sabitan di dalam kes mal (sivil) sahaja. Apa-apa bentuk al-yamin atau sumpah di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah seperti hudud, qisas dan taa zir tidak boleh diterima pakai sebagai pembuktian untuk sabitan. 2.1 Al-Yamīn Di luar Mahkamah (al-yamīn Ghair al-qadha iyyah) Al-Yamīn di luar mahkamah juga bertujuan untuk menguat dan mengukuhkan sesuatu perkara. Tetapi al-yamīn ini tidaklah menjadi salah satu cara pembuktian berbeza dengan al-yamīn di dalam mahkamah. al-yamīn ghair al-qadha iyyah bergantung sepenuhnya kepada niat yang orang melafazkannya, sekiranya lafaznya berbeza dari apa yang diniatkannya ia disebut sebagai Tauriyyah. Tauriah semasa bersumpah adalah tidak dibenarkan samasekali sekira bertujuan untuk menganiayai orang lain bahkan ia merupakan perbuatan yang diharamkan. Pembahagian al-yamīn di luar mahkamah boleh dibahagikan kepada empat iaitu al-yamīn al-munaqidah, al-yamīn al-lagha, al-yamīn al-ghumus dan al-yamin Mubahalah. Al-Yamīn al-mun aqidah. Al-yamīn al-munaqidah iaitu sumpah yang bersungguh-sungguh dan sah. Ia merupakan suatu sumpah terhadap sesuatu perkara pada masa yang akan datang sama ada untuk dilaksanakan atau meninggalkan sesuatu perkara. Sekiranya seseorang itu melanggar apa yang disumpahkannya maka wajib dikenakan kafarah. Al-Yamīn al-lagha al-yamīn al-lagha adalah jenis sumpah sia-sia yang mana orang yang melafazkan sumpah tersebut tidak berniat untuk bersumpah. Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sumpah terhadap sesuatu yang tidak disangkakan menepati ianya bersumpah sebagaimana ia bersumpah akan tetapi ternyata tidak tepat atau dalam erti kata lain sumpah yang dimaksudkan dengan sesuatu tetapi lidah menyebut perkataan lain. Para fuqaha berpendapat bahawa sumpah jenis ini tidak dikenakan kafarat kepada sesiapa yang melanggarnya.

3 Al-Yamīn al-ghumus al-yamīn al-ghumus ialah sumpah bohong yang merendahkan hak-hak atau bertujuan membuat dosa dan khianat serta ia tergolong di antara dosa-dosa besar. Ghumus itu bermaksud menjerumuskan pelakunya ke dalam neraka. Mengikut pendapat mazhab Shafie diwajibkan juga kafarat kepada sumpah bohong ini. Al-Yamin al-mubahalah Al-Yamin mubahalah ialah sumpah saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Di antara perkara yang perlu dibari perhatian pada sumpah mubahalah ialah ianya adalah bentuk sumpah di luar mahkamah yang berlaku untuk mempertahankan diri dan bukan untuk melakukan tuduhan kepada orang lain. Sekiranya apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil atau berbohong orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Perlu diingat keperluan kepada al-yamin mubahalah tidak menjadi tuntutan sekiranya kes sedang dibicarakan di Mahkamah. Ini kerana ianya boleh mengganggu proses keadilan di Mahkamah yang melibatkan banyak kaedah pembuktian yang lain seperti al-iqrar, al-syahadah, al-qarinah. Malahan sumpah mubahalah dianjurkan hanya selepas pelbagai cara diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dan sekiranya terus buntu barulah ianya boleh dilaksanakan. Sheikh Yusuf al- Qaradhawi mengingatkan bahawa mubahalah bukanlah perkara yang baik dan mudah dilakukan begitu sahaja, sebaliknya ia berlaku dalam perkara-perkara yang sangat penting dalam agama sahaja. 2.2 Al-Yamīn Di Dalam Mahkamah (al-yamīn al-qadhaiyyah) Al-yamīn al-qadhaiyyah berfungsi untuk mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan ke atas seseorang dan ia bergantung kepada niat orang yang mengarahnya iaitu Hakim. Ianya hanya terpakai untuk sabitan dalam kes mal. Menurut kitab-kitab fiqh, al-yamīn yang dilaksanakan dalam sesuatu penghakiman terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Yamīn al-mudda a alaih, Yamīn al-mudda i dan Yamīn al-syahid. Yamīn al-mudda a alaih Yamīn al-mudda a alaih ialah sumpah yang dilafazkan oleh yang kena dakwa atas arahan hakim merujuk kepada permohonan yang mendakwa bagi menguatkan jawapan terhadap dakwaan. Ia juga dikenali sebagai Yamīn al-asliyyah, Yamīn al- Dafī ah dan Yamīn Al-Rafī ah. Ulamak Hanafiyyah juga menamakan sebagai sumpah wajib (Yamīn al-wajibah).

4 Yamīn al-shahid Yamīn al-shahid akan dilaksanakan oleh saksi sebelum sesuatu kesaksian dibuat. Sumpah ini bertujuan memberi kebenaran atas kepercayaan. Pada Masa ini alyamīn jenis ini menjadi ganti kepada tazkiah kepada saksi. Yamīn al-mudda i Seperti yang telah dinyatakan di atas, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya hanya menerima Yamīn al-mudda a alaih (sumpah yang didakwa) dan menolak selain daripada itu. Namun jumhur yang terdiri daripada Maliki, Shafie, Hanbali dan lain-lain menerima pakai yamīn al-mudda i. Menurut para ulamak yang menerima Yamīn al-mudda i, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Yamīn al- Jalibah, Yamīn al-tuhmah dan Yamīn al-istizhar. i. Yamīn al-jalibah: Sumpah yang dilaksanakan oleh al-mudda i untuk mensabitkan hak-haknya. Sebab-sebab yang memerlukan sumpah ini adakala ianya keterangan seorang saksi sahaja iaitu sumpah bersama seorang saksi (alyamīn ma a al-syahid) adakalanya kerana nukul al-mudda a alaih daripada al-yamīn al-asliyyah dan dikembalikan kepada al-mudda i supaya bersumpah atau dinamakan al-yamīn al-mardudah atau al-munqalibah. Adakalanya al-yamīn al- Jalibah digunakan kerana lauth iaitu yamīn al-qasamah dalam kes pembunuhan atau kecederaan. Kadangkala ia juga dilaksanakan kerana Qazaf suami terhadap isterinya iaitu dikenali sebagai al-yamīn al-li an dan adakalanya amanah kerana setiap orang yang diberi amanah dan mendakwa telah memulangkan barang tersebut kepada tuannya. Maka dibenarkan dakwaannya dengan bersumpah kecuali pemegang barang gadai, penyewa dan peminjam tidak dibenarkan dakwaan mereka melainkan jika ada bayyinah. ii. al-yamīn al-tuhmah: Sumpah yang diarah oleh Hakim kepada orang yang mendakwa bertujuan untuk menolak dakwaan yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Sumpah ini diterima pakai oleh mazhab Maliki dan Zaidiyyah. iii. Yamīn al-istizhar: Bentuk sumpah ini yang paling kerap digunakan dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian di mahkamah Syariah. Yamīn al-istizhar juga disebut sebagai Yamīn al-istithaq atau Yamīn al-istibra iaitu sumpah yang dilakukan oleh orang yang mendakwa atas permintaan hakim untuk menolak tohmah terhadapnya selepas ia mengemukakan dalil dan keterangan yang diperlukan dalam dakwaan. Lazimnya Yamīn al-istizhar ini dilaksanakan bagi tuntutan yang berhubung dengan hak ke atas orang yang ghaib atau mati.

5 4.0 Kesimpulan Konsep sumpah di dalam Islam merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu difahami secara mendalam oleh pengamal undang-undang manakala kesedaran dan kefahaman asas pada konsep ini perlu diserap dan diperjelaskan kepada masyarakat. Akibat dari ketidak atau kurang fahaman atau buat-buat tak faham pada konsep sumpah ini membuatkan ketidakselesaan dan persengketaan di dalam masyarakat. Desakan pihak tertentu untuk bersumpah dalam pelbagai aspek menunjukkan krisis intelektual dan kedangkalan tahap kefahaman Islam. Sumpah yang boleh diterima pakai untuk sabitan kes adalah sumpah yang dibuat di mahkamah dan menurut syarat-syarat yang ditetapkan. Sumpah sebagai kaedah pembuktian hanya terpakai di dalam kes mal dan ianya tidak boleh diterima di dalam kes jenayah seperti kes liwat, zina, qazaf dan sebagainya. Sumpah di luar mahkamah bukanlah sesuatu perkara yang digalakkan di dalam Islam. Sumpah mubahalah misalnya, bukanlah boleh dilaksanakan sesuka hati sesedap rasa. Ianya hanya boleh dilakukan sekiranya pelbagai cara lain telah dilaksanakan dan tiada kaedah lain lagi yang boleh menyelesaikan perselisihan. Dalam aspek kaedah bersumpah pula, amalan bersumpah menjunjung atau mencium atau mengusap atau mengangkat al- Quran bukanlah tuntutan ajaran Islam. Sumpah cukup dengan menyebut nama Allah Subhanahuwataala atau sifat-sifatnya. Penjelasan ringkas mengenai konsep sumpah di atas diharapkan dapat merungkai dan memberi kefahaman yang sewajarnya terhadap ruanglingkup dan aplikasi sumpah menurut hukum syarak. Masyarakat umum atau pihak tertentu janganlah terlalu teruja dan terkinja untuk mendesak individu untuk bersumpah sebagai kaedah menyelesaikan pertikaian dan perselisihan. Sumpah yang menyandarkan kepada nama Allah Subhanahuwataala atau sifat-sifatnya tidak boleh dipermain-mainkan dalam bentuk apa sekalipun. Amalan mendesak atau memaksa individu bersumpah di dalam masyarakat perlu dihentikan atau kita akan hanya terus mengamalkan perkara yang tidak dituntut oleh syarak malahan boleh mencetuskan kemurkaan Allah Subnahuwataala.

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG Zulkifli Hasan Pendahuluan Mutakhir ini masyarakat umum disajikan dengan berita-berita sensasi mengenai kes yang telah diputuskan

Lebih terperinci

MEMAHAMI UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM. Zulkifli Hasan

MEMAHAMI UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM. Zulkifli Hasan MEMAHAMI UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM Zulkifli Hasan 1.0 Pendahuluan Undang-undang keterangan Islam merupakan cabang ilmu yang perlu difahami secara mendalam terutamanya pengamal undang-undang seperti

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut BAB V KESIMPULA DA SARA A 5.1 Kesimpulan Harta sepencarian adalah suatu istilah yang dikenal dalam konsep kepemilikan harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

Lebih terperinci

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA Tarikh : 23 24 Disember 2009 / 6-7 Muharram 1431 Tempat : Dewan Annex, SUK Shah Alam, Selangor Darul Ehsan PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH

Lebih terperinci

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 ) DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 ) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) Silibus Munakahat: Poligami dalam Islam

Lebih terperinci

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya [ULASAN BUKU] 25 KANUN (1) 141 ULASAN BUKU Nasimah Hussin et. al. (ed.) Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur (Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia, Jilid 13, 2007. 272 halaman,

Lebih terperinci

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561) Akta Keterangan Mahkamah [ULASAN Syariah PERUNDANGAN] (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) 27 KANUN (1) Ruzman Md Noor 195 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA

Lebih terperinci

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992 KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992 NOTA PERBICARAAN DAN ULANGBICARA Oleh Y.A. Dato Abdul Hamid Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Lebih terperinci

PENGURUSAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH. Zulkifli Hasan

PENGURUSAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH. Zulkifli Hasan 1.0 Pendahuluan PENGURUSAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH Zulkifli Hasan Pengurusan harta merupakan satu tuntutan agama yang sangat dititikberatkan dalam kehidupan. Di kala pengurusan harta menjadi kewajipan

Lebih terperinci

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP 5.1 Pengenalan Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. Antaranya ialah hukum pelaksanaan bay al- inah adalah dilarang di sisi majoriti

Lebih terperinci

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461 [ULASAN KES] 170 KANUN [JANUARI 2015] ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461 Nurhafilah Musa hafilah@ukm.edu.my Fakulti Undang-undang

Lebih terperinci

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H [ULASAN KES] 29 KANUN (2) 135 HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H Mohd. Norhusairi Mat Hussin husairi@um.edu.my Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER PEPERKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : PENGAJAN SLAM KOD KURSUS : MPW 1143 TEMPOH : 2 JAM ARAHAN KEPADA CALON PEPERKSAAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi DUA(2) BAHAGAN: BAHAGAN A (Aneka Pilihan) BAHAGAN

Lebih terperinci

Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif. undang) Undang-undang

Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif. undang) Undang-undang Tentangan Pelaksanaan Syariah di Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif Undang-undang undang) DR. ZULKIFLI HASAN EXCO ABIM PUSAT (SHARIAH DAN KEWANGAN ISLAM) TIMBALAN PENGERUSI BIRO ANTARABANGSA

Lebih terperinci

KONSEP PERUNDANGAN ISLAM

KONSEP PERUNDANGAN ISLAM MAZHAB-MAZHAB FIKAH DALAM ISLAM - Mazhab beerti jalan iaitu mazhab2 fikah berbeza jalan mereka mengeluarkan hukum dari sumber2 hukum - 4 Mazhab yang terkenal yg diiktiraf disisi AHLI SUNAH WAL-JAMAAH ialah:

Lebih terperinci

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H 29 KANUN (2) 167 ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H Mohd. Norhusairi Mat Hussin husairi@um.edu.my Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian

Lebih terperinci

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Syariah (930) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 1722 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 75.96%, meningkat sebanyak 2.59% berbanding dengan

Lebih terperinci

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur, BAB 5 PENUTUP 5.1 PENDAHULUAN Secara umumnya dalam kajian ini, teori dan konsep produk berstruktur Islam telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur, pembahagian produk

Lebih terperinci

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan BAB 5 : PENUTUP 5.1 Pendahuluan Penulis akan membuat kesimpulan daripada perbincangan-perbincangan pada bab-bab yang lalu. Bab ini lebih memfokuskan dapatan yang penulis perolehi pada setiap kajian bab.

Lebih terperinci

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH Oleh: Ahadin bin Arinen 1 PENGENALAN Tiap-tiap kes yang dibawa ke Mahkamah mestilah terlebih dahulu didaftar di pejabat pendaftaran

Lebih terperinci

FAKTA- FAKTA TENTANG QISAS, HUDUD, TAKZIR & DIYAT

FAKTA- FAKTA TENTANG QISAS, HUDUD, TAKZIR & DIYAT FAKTA- FAKTA TENTANG QISAS, HUDUD, TAKZIR & DIYAT Di tengah-tengah kemelut isu hudud ini adalah lebih baik kita ambil kesempatan ini untuk berkongsi sesama kita mengenai hudud agar yang tak tahu menjadi

Lebih terperinci

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN 128 [ULASAN BUKU] Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN 978-983-46-1554-3 Pengulas: Jasri Jamal jasri@ukm.edu.my Fakulti Undang-undang,

Lebih terperinci

KONSEP AL-YAMĪN (SUMPAH) DAN PERLAKSANAANNYA DI MAHKAMAH SYARIAH ZULKIFLI HASAN WAN ABDUL FATAH WAN ISMAIL

KONSEP AL-YAMĪN (SUMPAH) DAN PERLAKSANAANNYA DI MAHKAMAH SYARIAH ZULKIFLI HASAN WAN ABDUL FATAH WAN ISMAIL 1 KONSEP AL-YAMĪN (SUMPAH) DAN PERLAKSANAANNYA DI MAHKAMAH SYARIAH ZULKIFLI HASAN WAN ABDUL FATAH WAN ISMAIL FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. 2 Cetakan Pertama 2007 Hakcipta

Lebih terperinci

Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran

Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran YA NOOR HUDA BINTI ROSLAN Ketua Pendaftar/Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) PENGLIBATAN WANITA DALAM SISTEM

Lebih terperinci

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian? UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 2) i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM HARTA SEPENCARIAN Apa itu Harta Sepencarian? Sama ada harta alih atau tak alih yang diperolehi

Lebih terperinci

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Jaminan Fideliti Terma & Syarat Jaminan Fideliti Terma & Syarat Polisi Jaminan Fideliti BAHAWASANYA Pihak Diinsuranskan melalui Usul dan Perisytiharan yang akan menjadi asas kontrak ini dan disifatkan bergabung dalam perjanjian ini telah

Lebih terperinci

Tambahan pula, bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam, suatu amanah akan diwujudkan untuk penama di bawah keadaan-keadaan berikut:

Tambahan pula, bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam, suatu amanah akan diwujudkan untuk penama di bawah keadaan-keadaan berikut: Kepentingan membuat penamaan Pengenalan Ini merupakan panduan untuk membantu anda memahami betapa pentingnya membuat penamaan dalam plisi insurans hayat anda bagi menjaga kepentingan rang yang anda sayangi.

Lebih terperinci

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001 WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001 Perkahwinan adalah akad yang ditentukan oleh syarak yang menghalalkan hubungan jenis antara lelaki

Lebih terperinci

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN 136 [ULASAN BUKU] [JUN 2013] ULASAN BUKU Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN 978-983-46-0792-0. Pengulas: Shamsuddin Suhor sudin@ukm.my Fakulti Undang-Undang

Lebih terperinci

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika BAB 2 : PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN ETIKA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Lebih terperinci

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad 1 PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad S: Tolong beritahu secara ringkas latar belakang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355): J: Akta ini telah digubal

Lebih terperinci

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati ILMU FARAID 1 Firman Allah : "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anakanakmu. Iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu

Lebih terperinci

HALAL, HARAM & SYUBHAT

HALAL, HARAM & SYUBHAT HALAL, HARAM & SYUBHAT Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Hadis Sandaran Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud Apa yang halal adalah jelas dan apa yang haram juga telah

Lebih terperinci

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD ATURAN-ATURAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PEMBIAYAAN SECARA ISLAM KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD 1. Tajuk dan mula berkuatkuasa 1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan

Lebih terperinci

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI SHAMRAHAYU A. AZIZ KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Pembentangan di Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017 60

Lebih terperinci

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit Tasawwur slam Percubaan SPM 2013 1 1 / 4 Jam Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR SLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA

Lebih terperinci

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN FARAID ILMU YANG DILUPAKAN Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia (Ilmu Faraid) adalah sebahagian dari ilmu yang banyak. Tetapi malangnya ia adalah ilmu yang

Lebih terperinci

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1 KOPERASI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN MERCANTILE BHD ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1. TAJUK 1.1 Aturan-Aturan ini boleh disebut sebagai Aturan-Aturan

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan memberi maklumat? Ia adalah satu tindakan sukarela oleh mana-mana pekerja/orang awam (setakat perkhidmatan

Lebih terperinci

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh: Penjamin PINJAMAN ANDA Penjamin Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Apakah jaminan? Siapakah yang boleh jadi penjamin? 3 Hak-hak seorang penjamin 4 Liabiliti seorang penjamin 5 Nasihat

Lebih terperinci

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 251 BAB A13 TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab A13 akan membincangkan isu-isu berkaitan tuntutan Takaful perubatan dan kesihatan, yang meliputi

Lebih terperinci

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016 MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO KES : 11/4-452/13 DI ANTARA HASRI BIN HASHIM DAN HICOM AUTOMOTIVE MANUFACTURES (MALAYSIA) SDN BHD (Disatukan dengan No. Kes : 11/4-640/13 melalui Perintah Mahkamah Bertarikh

Lebih terperinci

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008 JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) No. Siri. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PEGAWAI AWAM YANG SEDANG DIBICARAKAN ATAS PERTUDUHAN

Lebih terperinci

Fiqh dan Pengurusan Harta Warisan: Dengan Fokus kepada Faraid

Fiqh dan Pengurusan Harta Warisan: Dengan Fokus kepada Faraid Fiqh dan Pengurusan Harta Warisan: Dengan Fokus kepada Faraid Abdullaah Jalil Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Email: abdullaah@usim.edu.my / abdullaahjalil@gmail.com

Lebih terperinci

Kesetiaan kepada Syarikat

Kesetiaan kepada Syarikat Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3.

Lebih terperinci

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali. Takaful empunya rumah/isi rumah Pengenalan Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful empunya rumah/isi rumah. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini. BAB LIMA KESIMPULAN 5.0 PENDAHULUAN Di dalam bab ini, Pengkaji akan mengemukakan kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum

Lebih terperinci

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999 7/1999 ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999 7/1999 BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor 29 Disember

Lebih terperinci

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971. Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan

Lebih terperinci

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 SUSUNAN FASAL Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Ketidakpakaian 3. Tafsiran

Lebih terperinci

TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN AMALAN SEMASA. DR SHAMSIAH MOHAMAD 23 November 2016 HOTEL ISTANA

TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN AMALAN SEMASA. DR SHAMSIAH MOHAMAD 23 November 2016 HOTEL ISTANA TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN AMALAN SEMASA DR SHAMSIAH MOHAMAD 23 November 2016 HOTEL ISTANA KANDUNGAN PENGERTIAN TANAZUL & KAITANNYA DENGAN ISQAT AL-HAQ DAN IBRA HUKUM HAKAM BERKAITAN

Lebih terperinci

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam. KENYATAAN MEDIA MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA MENGENAI ISU TUNTUTAN COMANGO DAN PELABURAN ASN DAN ASB Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Lebih terperinci

BAB 5 : KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN ISLAM

BAB 5 : KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN ISLAM BAB 5 : KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN ISLAM APLIKASI 5 KAEDAH FIQH (QAWA ID FIQHIYYAH) DALAM PENGURUSAN OBJEKTIF KULIAH : Mengenal pasti kaedah fiqh yg diterapkan dlm pengurusan Melahirkan satu bentuk pengurusan

Lebih terperinci

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan hasil kajian yang diperolehi dan dianalisis di sepanjang penyelidikan yang telah dijalankan. Penulis membahagikan bab ini kepada 3

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 Dasar Pemberi Maklumat (Dalaman) Definisi 1. Pemberian maklumat adalah pendedahan yang dilakukan oleh individu yang kebiasaannya terdiri daripada

Lebih terperinci

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument

Lebih terperinci

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1 1 Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kegunaan kaedah fiqh dalam pengurusan Islam KANDUNGAN 5 Aplikasi Kaedah Fiq dalam Pengurusan 5.1 Definisi Kaedah

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN NAMA : TINGKATAN :.. SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN MODUL LATIH TUBI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 SET 3 1 ¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

Nota Editor 27 KANUN (1) Farid Sufian Shuaib dan Ainul Jaria Maidin 1 NOTA EDITOR

Nota Editor 27 KANUN (1) Farid Sufian Shuaib dan Ainul Jaria Maidin 1 NOTA EDITOR Nota Editor 27 KANUN (1) Farid Sufian Shuaib dan Ainul Jaria Maidin 1 NOTA EDITOR Sistem pentadbiran keadilan jenayah syariah Islam mempunyai persamaan dengan sistem pentadbiran keadilan jenayah yang lain

Lebih terperinci

KESIMPULAN DAN SARANAN

KESIMPULAN DAN SARANAN KESIMPULAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Bab kelima ini akan merumuskan keseluruhan bab sebelum ini. Setiap bab dalam sesi penulisan ini mempunyai fungsi, peranan dan skop perbincangan tersendiri dalam memastikan

Lebih terperinci

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa Muhammad Haniff Hassan Pendahuluan Tidak syak lagi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah unsur yang penting dalam kerja Islam. Namun rasa kepentingan seharusnya

Lebih terperinci

KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN

KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN Ahmad Shamsul Dato Abd Aziz Harta merupakan sesuatu yang diingini oleh tabiat semulajadi manusia dan boleh disimpan untuk sesuatu tempoh masa. Dengan harta juga

Lebih terperinci

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Hierarki Mahkamah Di Malaysia Kuasa setiap Mahkamah adalah berbeza. Pertuduhan di mahkamah

Lebih terperinci

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan Insurans Perubatan & Kesihatan Pengenalan Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk memberikan anda kefahaman asas tentang insurans perubatan dan kesihatan (IPK). Ia memberikan anda maklumat asas

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015 0 NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN TASAWWUR ISLAM 5226/ Kertas Ogos / 4 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 205 TASAWWUR ISLAM Kertas Satu jam lima belas

Lebih terperinci

PERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU

PERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU PERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU 1. Pendahuluan Kelewatan memohon untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka setelah berlaku kematian pemilik harta (simati)

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran. dikehendaki menandatangan ikrar seperti dalam fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangani ikrar tersebut boleh menyebabkan dia

Lebih terperinci

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 713 Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling Minggu 5 Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh & Sains Teknologi (UTM)

Lebih terperinci

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah Ulasan makalah Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, "Konsep Perbuataan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam: Pengaruh Dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam Di Malaysia", Dalam Jurnal Pengajian Melayu,

Lebih terperinci

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2 TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2 Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Ayat, 12:11 8 12:11, bacaan khas dalam Al Quran La ta manna i.e. ishmam Renung ketiadaan kredibiliti dan integriti

Lebih terperinci

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim. Kandungan 1 2 10 12 Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam Soalan Lazim Glosari Buku kecil ini menerangkan konsep asas dan prinsip

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Satu jam lima belas minit 5226/1 PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT BACHOK, KELANTAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Satu jam lima belas minit 5226/1 PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT BACHOK, KELANTAN SULIT Tasawwur Islam Kertas 1 26 Ogos 2014 1 ¼ jam NAMA : TINGKATAN :.. PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT 16300 BACHOK, KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 Satu jam lima belas

Lebih terperinci

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia Undang-Undang Malaysia Cetakan Semula Akta 521 Akta keganasan rumah tangga 1994 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia Di bawah Kuasa

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

SULIT 1223/1 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SULIT 1223/1 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN SULIT Pendidikan Islam Kertas 1 SET 3 Peraturan Pemarkahan 2015 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ================================== SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 PENDIDIKAN ISLAM

Lebih terperinci

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Soalan 1 Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Pendidikan merupakan aktiviti dalam kehidupan yang amat memberi kesan kepada individu serta masyarakat. Terkandung dalam pendidikan adalah proses

Lebih terperinci

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 84 (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 82, Suruhanjaya, pada bila-bila masa dalam membuat keputusan di bawah Akta ini, atau Menteri pada bila-bila

Lebih terperinci

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir Bab 5 PENUTUP 5.1 Hasil Kajian Hasil kajian yang diperolehi membuktikan bahawa kitab Jami Al-Bayan an Ta wil Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir yang dihasilkan

Lebih terperinci

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179 ULASAN BUKU Ahmad Hidayat Buang (ed.), 2007, Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan, 440 halaman, ISBN 978983100434008500

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),

Lebih terperinci

0C2B F A4?OpenDocument

0C2B F A4?OpenDocument http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/undangbm.nsf/mainslg/82f1f880fb 0C2B9648256F85000279A4?OpenDocument ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999 4/1999 BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH

Lebih terperinci

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN ENAKMEN YAYASAN PAHANG NO.6/1982 DAN UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA TABUNG PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN YAYASAN PAHANG (TAPEN) 1985 PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : INSTITUSI JURUSAN SESI TAWARAN

Lebih terperinci

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990 D.R. 32/90 Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran.

Lebih terperinci

PENDIDIKAN ISLAM. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

PENDIDIKAN ISLAM. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA 1 Peraturan Pemarkahan Pendidikan Islam Kertas 1 Ogos 2009 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SET B BAHASA MELAYU 2 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI KEDAH DARUL AMAN MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk:

Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk: MELANTIK PEGUAM PEGUAM Peguam-peguam adalah ahli professional yang terlatih di dalam bidang undang-undang. Anda boleh berjumpa mereka untuk mengatasi masalahmasalah anda. Mereka adalah orang yang bebas

Lebih terperinci

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga Konsep Pemikiran Kritis Definisi Pemikiran kritis dapat dilihat sudut pengertiannya dari segi bahasa dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu

Lebih terperinci

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan: Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi bab sebelum ini mengikut aspek yang ditimbulkan dalam persoalan kajian serta

Lebih terperinci

2.0 PENYATAAN MASALAH

2.0 PENYATAAN MASALAH Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah

Lebih terperinci

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1 1 2 Hasil Pembelajaran Kandungan Bab BAB 4 KONSEP AKHLAK I Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam 4.1 Maksud

Lebih terperinci

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Tasawwur Islam kertas HGIN (20 MRKH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.. erikut adalah rasul-rasul yang mendapat gelaran Ulul-zmi kecuali Nabi Isa a.s. Nabi Idris

Lebih terperinci

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda. SOALAN ESEI (10 MARKAH) BAB 1 : ISLAM DAN KONSEP-KONSEP ASAS 1. Ihsan ditakrifkan dengan makna membuat sesuatu kebaikan dengan penuh keikhlasan kepada Allah Ta ala dan melakukannya secara tekun dan terbaik.

Lebih terperinci

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz Kesimpulan : Berdasarkan kepada analisis kajian yang telah dilakukan, penulis dapat membuat kesimpulan terhadap hasil analisis kajian tersebut seperti berikut : Metode qawl qadim 1- Metode qawl qadim sedikit

Lebih terperinci

ISU-ISU TERHADAP TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR (2003)

ISU-ISU TERHADAP TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR (2003) 1012 ISU-ISU TERHADAP TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR (2003) ZAINI YUSNITA MAT JUSOH Jabatan Undang-undang, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam

Lebih terperinci

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711) SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711) 1 2 PENGENALAN Secara khususnya kewujudan Akta ini adalah untuk memberi perlindungan

Lebih terperinci

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi SULIT Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi BORANG SKM/BP mengandungi 4 Bahagian: BAHAGIAN A Maklumat Peribadi Calon BAHAGIAN B Kebenaran Calon untuk Mendedahkan Maklumat BAHAGIAN

Lebih terperinci

AMALAN PERINTAH TAUBAT (ISTITABAH) BAGI PERMOHONAN KELUAR AGAMA ISLAM

AMALAN PERINTAH TAUBAT (ISTITABAH) BAGI PERMOHONAN KELUAR AGAMA ISLAM 1052 AMALAN PERINTAH TAUBAT (ISTITABAH) BAGI PERMOHONAN KELUAR AGAMA ISLAM ZANARIAH BT DIMON Pensyarah Jabatan Undang-undang, Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) zanariah@kuis.edu.my

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup BAB V PENUTUP Alhamdulillah, pengkaji bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup dengan kesimpulan dan cadangan.

Lebih terperinci