Ecstacy BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN DADAH INI DI MALAYSIA?

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Ecstacy BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN DADAH INI DI MALAYSIA?"

Transkripsi

1 Ecstacy APA ITU ECSTACY? Ecstacy, atau nama kimianya 3,4 Methylene Dioxy Meth Amphetamine (MDMA), adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS). Seperti pengeluaran dadah-dadah lain yang dilarang, tiada terdapat kawalan ke atas faktor-faktor seperti kekuatan dan kebersihan dalam pengilangan haram dadah ATS. Pencemaran boleh berlaku semasa penghasilan haram dadah ini dan kerapkali bahan mentah yang rendah mutunya dicampurkan, menyebabkan mutu dan kekuatan MDMA yang dihasilkan sering berbeza. Ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk akibat pengambilan dadah ini. BAGAIMANA ECSTACY DIGUNAKAN? Ecstacy selalunya didapati sebagai tablet kecil berwarna putih, kuning coklat dan dari berbagai-bagai saiz, bentuk dan corak. Kebanyakan yang didapati di pasaran gelap adalah dari kekuatan mg sebiji. Selalunya dos yang diambil untuk mendatangkan kesan ialah mg. Walau bagaimanapun, seseorang mungkin memerlukan dos yang lebih untuk mendapatkan kesan yang sama akibat penggunaan yang berulang. Cara yang biasa ialah dengan menelannya, walaupun pil ini berasa pahit. Pil Ecstacy boleh juga dihancurkan (ia juga didapati dalam bentuk serbuk) dan dihidu. Pil ini juga boleh dimasukkan dalam dubur di mana dadah ini boleh terserap. Ecstacy juga boleh didapati dalam bentuk cecair dan akhir-akhir ini di negara-negara Barat, cara administrasi Ecstacy yang digemari ialah secara suntikan. APAKAH NAMA-NAMA LAIN? Ecstacy juga dikenali sebagai the love drug, the yuppie drug, the dance drug, pink lady, and playboy ; bergantung kepada corak yang tertera di pil berkenaan. Nama-nama ini juga sering berubah setiap beberapa bulan. BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN DADAH INI DI MALAYSIA? Ecstacy digunakan oleh segolongan remaja sebelum atau semasa pesta tarimenari atau di kelab-kelab malam, disko, tempat karaoke dan lain-lain tempat hiburan kerana kesan stimulannya. Dipercayai masalah pil ini mula menular 1

2 pada awal tahun Untuk pil yang diimport harganya dianggarkan pada RM100 sebiji, tetapi pil tiruan boleh diperolehi dengan harga RM40 sebiji. Jumlah rampasan oleh pihak penguatkuasaan ialah 20,276 biji pada tahun 1996, 38,389 biji pada tahun 1997, 9,231 biji pada tahun 1998 dan 55,975 biji pada tahun Untuk tempoh 5 bulan pertama tahun ini (Januari Mei 2000) sejumlah 22,554 biji pil telah dirampas. Adalah dilaporkan dalam satu serbuan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, 180 dari 445 pengunjung disko haram (iatu 40.4%) yang diuji didapati positif menggunakan ATS. APAKAH KESAN SEGERA ECSTACY? Ecstacy membuat penggunanya berasa gembira, seronok, tenang, bersikap lebih terbuka, sensitif kepada sentuhan, cepat mesra dan senang berdamping dengan orang lain (dari situ terbitnya nama love drug ). Pengguna merasa yakin, daya penarikan diri meningkat dan tenang. Kesan ini ditambah lagi dengan bunyi muzik yang seiring dengan degupan jantung seseorang semasa di dewan tarian dan menyebabkan penggunanya menari dengan lebih rancak lagi dan untuk tempoh yang lebih lama. Terdapat pengurangan perilakuan persaingan dan agresif; dan seks di bawah kesan pil ini dirasa lebih lembut, lebih berahi dan lebih mesra. Walaubagaimanapun, pengguna Ecstacy juga boleh mengalami kesan yang buruk seperti degupan jantung menjadi kencang, suhu badan dan tekanan darah meningkat, mengetap rahang, mengancing gigi, mulut kering, muntah-muntah, hilang selera, kekejangan otot, berpeluh, rasa panas atau sejuk, dahaga, kurang pengeluaran air kencing, pening, risau, ketakutan, gelabah dan susah untuk tidur. Pengguna lelaki juga boleh mengalami masalah ereksi dan gagal menikmati kepuasan. Ada juga kalangan pengguna yang merasa terancam dan lemah, lebih-lebih lagi apabila bersama dengan mereka yang tidak dikenali. Kesan pengambilan Ecstacy melalui 3 fasa : Peringkat permulaan : pengguna merasa khayal dengan cepat Peringkat tengah : di mana pengguna merasa gembira, seronok dan tenang Peringkat akhir: di mana penggunanya merasa keletihan, murung, gentar, cemas, mudah meradang; kurang tumpuan, menghadapi masalah tidur dan merasa tidak selamat. Dengan pengunaan yang berulang, pengguna akan mengalami imbasan kejadian, di mana peristiwa kenangan silam kerap terjadi dan membingungkan. 2

3 Sesiapa yang mengidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, masalah hepar, sawan dan mempunyai sejarah gangguan mental dan kejutan panik akan mengalami risiko yang lebih dari kerosakan fizikal dan psikologi akibat Ecstacy. APAKAH KESAN DOS TINGGI ATAU DOS BERLEBIHAN ECSTACY? Pada dos yang lebih tinggi Ecstacy tidak mendatang kesan yang lebih menyeronokkan tetapi sebaliknya menyebabkan muntah-muntah, perasaan terapung, perlakuan ganjil, menghadapi khayalan dan sawan. Dos yang tinggi menyebabkan suhu badan dan tekanan darah meningkat tinggi sementara degupan jantung menjadi bertambah kencang sehingga boleh membawa maut. Kesan ini lebih membahayakan mereka yang sememangnya menghadapi masalah jantung atau pernafasan, mereka yang menghadapi kemurungan dan lain-lain masalah psikologi. MENGAPA PENYALAHGUNA ECSTACY BOLEH MENGHADAPI MAUT? Tiada terdapat kaitan di antara dos yang diambil dengan risiko kesan sampingan atau kematian. Seseorang boleh mati akibat sebiji pil. Kerapkali kematian berlaku ke atas seseorang yang pernah mengguna Ecstacy tanpa menunjukkan kesan buruk Ecstacy. Tiada siapa mengetahui bagaimana sesorang boleh mengalami kesan yang teruk sekali dengan penggunaan dadah ini. Kematian boleh terjadi kerana: 1. Kesan stimulan dadah ini Tekanan darah yang tinggi, peningkatan suhu badan dan degupan jantung akibat dadah ini boleh menyebabkan serangan jantung dan pendarahan otak. 2. Kenaikan suhu badan Kebanyakan kematian adalah sebab ini. Suhu badan yang meningkat akibat penggunaan dadah ini diburukkan lagi dengan kepanasan akibat aktiviti menari dengan rancak di dalam kelab malam dan disko yang panas. Tubuh pengguna Ecstacy gagal menggantikan galian yang hilang apabila berpeluh, dan kekurangan air dalam tubuh mengakibatkan tubuh pengguna cuba mengekalkan air dalam badan dengan menghentikan mekanisma berpeluh dan fungsi buah pinggang. Kenaikan suhu badan ini mengakibatkan sawan, koma, buah pinggang gagal berfungi dan akhirnya maut. 3

4 3. Minum berlebihan. Kematian juga pernah berlaku kerana penggguna meminum terlalu banyak air pada satu masa kerana kehausan. Dibawah pengaruh Ecstacy ada pengguna yang diketahui meminum air sehingga 20 liter dalam jangkamasa 3 jam. Perlakuan ini mencairkan lagi kepekatan darah sementara saiz sel dalam badan akan mengembang. Ini terutama sekali membahayakan otak yang membengkak dan berhimpit dengan tempurung kepala. Bahagian otak yang mengawal degupan jantung dan pernafasan akan rosak dan mangsa akan maut. Dadah ini juga mengeluarkan hormon yang menghalang buah pinggang dari berupaya mengeluarkan air yang berlebihan dan ini memburukkan lagi keadaan. PENDEK KATA APA BAHAYA ECSTACY KEPADA KESIHATAN? Penggunaan Ecstacy memudaratkan kesihatan kerana: 1. Penggantungan psikologi di mana seseorang mendapati sukar untuk berhenti atau mengurangkan penggunaan Ecstacy. 2. Ecstacy merosakkan otak dan sistem saraf seseorang. 3. Ecstacy merosakkan jantung dengan menyebabkan degupan jantung bertambah kencang dan tidak menentu, dan peningkatan tekanan darah. 4. Ecstacy merosakkan hati (hepar). 5. Ecstacy mendatangkan kerosakan buah pinggang. Ecstacy menyebabkan suhu badan meningkat dan kehilangan air dari badan yang banyak, mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dan akhirnya membawa maut. 6. Tarian rancak di bawah pengaruh Ecstasy boleh mendatangkan kecederaan kepada otot, sendi dan tulang. 4

5 7. Gangguan pembekuan darah yang disebabkan oleh Ecstasy boleh menyebabkan perdarahan dalaman dan mendatangkan maut. 8. Ecstacy boleh membahayakan bayi dalam kandungan dan menyebabkan keguguran kepada wanita yang mengandung. 9. Ecstacy boleh menyebabkan kemalangan jalanraya kerana penggunanya mengalami penglihatan yang kabur dan khayal semasa memandu. 10. Bahaya kepada exploitasi seks dan seks bebas - Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh Ecstacy akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. 11. Ecstacy juga mendatangkan masalah sosial kerana ia menjejaskan hubungan dengan keluarga dan orang lain. Keadaan pengguna yang sentiasa gelisah dan tidak menentu juga memburukkan lagi hubungannya dengan orang lain. APA KAWALAN UNDANG-UNDANG UNTUK ECSTACY? Ecstacy (MDMA) telah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak Penguatkuasaan Akta ini dijalankan oleh pihak Polis dan Kastam. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki MDMA tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali. 5

6 Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk Ecstacy. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan 1998) ini berkuatkuasa Di bawah Pindaan ini, Pemilik kurang dari 5g MDMA boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g MDMA boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan. Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g MDMA boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. Pemilik 50g dan lebih dari 50g MDMA dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan. Pindaan kepada Akta ini juga mengenakan hukuman sebatan mandatori sehingga 3 sebatan ke atas kakitangan awam yang bertugas di pusat-pusat pemulihan, lokap polis, penjara dan tempat-tempat tahanan yang didapati memiliki dadah berbahaya. 6

7 Rampasan Pil Ecstacy, Tahun Jumlah pil Ecstacy yang dirampas ,276 biji ,389 biji ,231 biji ,975 biji 2000 (sehingga Mei) 22,554 biji Data tangkapan pemilikan Pil Ecstacy Jan-Mei 2000 Seksyen 39B Seksyen 39A(2) Seksyen 39A(1) Lain-lain Jumlah

Fakta Syabu. Syabu atau nama kimianya Methamphetamine, adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS).

Fakta Syabu. Syabu atau nama kimianya Methamphetamine, adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS). Fakta Syabu APA ITU SYABU? Syabu atau nama kimianya Methamphetamine, adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS). Dadah jenis ini dihasilkan pada abad lalu dari dadah induknya

Lebih terperinci

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing. Alkohol KETAGIHAN ALKOHOL Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa

Lebih terperinci

Masalah Ketika Hamil

Masalah Ketika Hamil Masalah Ketika Hamil Keguguran Keadaan ini berlaku apabila janin dilahirkan sebelum ia berkembang secukupnya untuk hidup di luar tubuh ibu. Tanda-tanda awal masalah ini adalah seperti pendarahan dan kekejangan.

Lebih terperinci

ARIPIPRAZOLE. i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

ARIPIPRAZOLE. i) Tujuan/ Kegunaan Ubat ARIPIPRAZOLE i) Tujuan/ Kegunaan Ubat Aripiprazole ialah ubat antipsikotik yang digunakan untuk mengubati penyakit skizofrenia. Aripiprazole juga digunakan untuk mengubati masalah tingkahlaku yang tak

Lebih terperinci

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. Drug Dan Sukan Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan? Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada

Lebih terperinci

Penyakit Kelamin (STIs)

Penyakit Kelamin (STIs) Penyakit Kelamin (STIs) Gonorea Gonorea adalah salah satu daripada penyakit jangkitan kelamin biasa dan mudah disebarkan semasa melakukan seks. Ia disebabkan oleh bakteria yang tinggal di bahagian-bahagian

Lebih terperinci

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya.

Lebih terperinci

Senyuman. Ceria yang Sihat. Senarai Semak Kesihatan Mulut. untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak. Dibawa kepada anda oleh: Disokong oleh:

Senyuman. Ceria yang Sihat. Senarai Semak Kesihatan Mulut. untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak. Dibawa kepada anda oleh: Disokong oleh: Senyuman Ceria yang Sihat Senarai Semak Kesihatan Mulut untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak Dibawa kepada anda oleh: Disokong oleh: Mengenai Gigi Susu Apabila mereka berada di prasekolah, kebanyakan kanak-kanak

Lebih terperinci

Luka Terbakar dan Melecur

Luka Terbakar dan Melecur Luka Terbakar dan Melecur Apakah itu luka terbakar dan melecur? Luka terbakar adalah kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus elektrik atau agen radioaktif terlalu lama.

Lebih terperinci

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Memahami Demensia.  Talian Maklumat Demensia: Memahami Demensia www.hpb.gov.sg/dementia Talian Maklumat Demensia: 1800 223 1123 Halaman Kandungan 01 Apa itu Demensia? Siapa yang Mendapat Demensia? Beberapa jenis Demensia 02 Apakah tanda-tanda Penyakit

Lebih terperinci

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO.

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO. BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO. Pada masa kini kesedaran pihak majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja semakin meningkat. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan

Lebih terperinci

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7 Kandungan Apakah yang membimbangkan anda? 3 Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4 Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7 Apakah pilihan anda? 13 Kelebihan dan kekurangan rawatan pilihan

Lebih terperinci

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder)

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder) KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder) Oleh : WAN SANIAH WAN YAHYA KAUNSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Kemurungan Kemurungan ialah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang mengalami simptom-simptom

Lebih terperinci

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda. PERATURAN-PERATURAN DI HUTAN LIPUR. Di larang sama sekali kegiatan pugut (vandalisme), merosak, memusnah tumbuh-tumbuhan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kawasan hutan lipur. Tidak dibenarkan

Lebih terperinci

Bahagian I. Adakah anda pernah ATAU sedang mengalami : BIL PERIHAL YA TIDAK CATITAN. 1. Masalah mata. - katarak. -pandangan monokular

Bahagian I. Adakah anda pernah ATAU sedang mengalami : BIL PERIHAL YA TIDAK CATITAN. 1. Masalah mata. - katarak. -pandangan monokular Bahagian I Sila jawab soalan-soalan berikut berhubung dengan sejarah kesihatan anda. Tandakan X dalam kotak ruangan yang sesuai Ya atau Tidak.Jika Ya jelaskan dalam ruangan catitan.. Adakah anda pernah

Lebih terperinci

KEBIMBANGAN. kebimbangan menjadi begitu teruk dan berpanjangan sehingga ianya mula mengganggu kebolehan kita untuk mengendalikan aktiviti seharian.

KEBIMBANGAN. kebimbangan menjadi begitu teruk dan berpanjangan sehingga ianya mula mengganggu kebolehan kita untuk mengendalikan aktiviti seharian. KEBIMBANGAN KEBIMBANGAN Emosi biasa yang kita alami bila berdepan dengan keadaan yang tidak tentu atau berbahaya. Kita berasa bimbang bila kita mengalami situasi yang menekankan seperti kehilangan kerja,

Lebih terperinci

Nama :... Tarikh :... Tingkatan : Malnutrisi. ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan. seperti,, protein,

Nama :... Tarikh :... Tingkatan : Malnutrisi. ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan. seperti,, protein, Tunjang 4: B1DK1E1 A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. karbohidrat pemakanan vitamin mineral Malnutrisi zat makanan ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan seperti,, protein,, lemak

Lebih terperinci

Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV.

Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV. Jangkitan Bersama Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV. Hepatitis Jangkitan virus hepatitis B atau hepatitis

Lebih terperinci

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 037b.fm Page 1 Tuesday, March 28, 2006 8:50 AM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 37 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 2010 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 2010 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU PENDIDIKAN KESIHATAN

Lebih terperinci

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017 Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017 SUSUNAN FASAL Bahagian I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan memberi maklumat? Ia adalah satu tindakan sukarela oleh mana-mana pekerja/orang awam (setakat perkhidmatan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PEMBUNGKUSAN, PELABELAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN RISALAH DATA KESELAMATAN

GARIS PANDUAN PEMBUNGKUSAN, PELABELAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN RISALAH DATA KESELAMATAN UTHM/OSHE/GP.003 GARIS PANDUAN PEMBUNGKUSAN, PELABELAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN RISALAH DATA KESELAMATAN 1.0 TUJUAN Garis Panduan Pembungkusan, Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya dan Risalah Data Keselamatan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental,

Lebih terperinci

JANGAN PRINT MUKA SURAT INI

JANGAN PRINT MUKA SURAT INI JANGAN PRINT MUKA SURAT INI PRINT DALAM BENTUK PASAN- GAN MUKASURAT MENGIKUT TURUTAN: 2 & 3 4 & 5 6 & 7 8 & 9 ms 3 SARINGAN STATUS KESIHATAN Pind.2/2011 REMAJA No. Pendaftaran:.. Tarikh. ANDA ADALAH HARAPAN

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN Terbitan Kementerian Pelajaran

Lebih terperinci

MSOC - Malay Sample Questions Set

MSOC - Malay Sample Questions Set 01 Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang pekerja jika dia tidak memahami langkah-langkah untuk mengendalikan mesin yang dinyatakan dalam Prosedur Keselamatan Kerja (SWP)? A. Periksa dengan penyelia

Lebih terperinci

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Sebagai pelabur, kita seringkali dipengaruhi oleh perspektif perilaku yang menghindari kita daripada membuat keputusan yang bijak. Apakah kelemahan

Lebih terperinci

#11 Amalan Mudah Ketika Berpantang Selepas Bersalin

#11 Amalan Mudah Ketika Berpantang Selepas Bersalin #11 Amalan Mudah Ketika Berpantang Selepas Bersalin Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku,

Lebih terperinci

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus 01 Jika anda bekerja di kawasan yang bising, anda mesti. A. Tutup telinga anda dengan tangan. B. Teruskan bekerja. C. Sumbat telinga anda dengan kapas D. Pakai penyumbat telinga atau pelindung telinga

Lebih terperinci

MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN

MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN - JAN TAJUK : KESIHATAN DIRI DAN. Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat... Menyatakan maksud akil baligh... Menyatakan tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan

Lebih terperinci

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA 2011 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN KESIHATAN

Lebih terperinci

Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1

Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1 Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1 Matlamat Mengenali dongeng tentang penyakit mental Mengetahui punca-punca penyakit mental Mempunyai ilmu asas tentang penyakitpenyakit mental Memahami

Lebih terperinci

Gangguan Hipertensi semasa Hamil

Gangguan Hipertensi semasa Hamil Gangguan Hipertensi semasa Hamil Apakah yang dimaksudkan Hipertensi semasa hamil? Hipertensi atau tekanan darah tinggi semasa hamil merupakan keadaan di mana tekanan darah (B/P) wanita hamil meningkat

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 514 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 Sebagaimana pada 1 Disember 2013 2 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Lebih terperinci

ISI KANDUNGAN. Kata-kata aluan Objektif Produk Latar Belakang Produk Keistimewaan Produk Gambar Produk Cara Penggunaan 5 Tips Kekal Sihat

ISI KANDUNGAN. Kata-kata aluan Objektif Produk Latar Belakang Produk Keistimewaan Produk Gambar Produk Cara Penggunaan 5 Tips Kekal Sihat ISI KANDUNGAN Kata-kata aluan Objektif Produk Latar Belakang Produk Keistimewaan Produk Gambar Produk Cara Penggunaan 5 Tips Kekal Sihat 1 KATA-KATA ALUAN Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah

Lebih terperinci

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus 01 Apakah makna tanda keselamatan ini? A. Topi keledar putih mesti dipakai. B. Topi mesti dipakai. C. Perlindungan kepala mesti dipakai. D. Perisai muka mesti dipakai. 02 Jika majikan anda menyuruh anda

Lebih terperinci

Borang Cadangan MedicaGen 200

Borang Cadangan MedicaGen 200 Borang Cadangan MedicaGen 200 2275/2/P/G/S/M Nota Penting: Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon insurans ini sepenuhnya untuk diri sendiri/keluarga/tanggungan,

Lebih terperinci

Cuba untuk mengambilnya pada masa yang sama setiap hari.

Cuba untuk mengambilnya pada masa yang sama setiap hari. . SALBUTAMOL (i) (ii) (iii) Tujuan/ Kegunaan Ubat Sebagai bronkodilator (meluaskan saluran pernafasan) untuk laluan pernafasan yang tersekat sama ada bagi rawatan penyakit asma atau COPD. Kontraindikasi

Lebih terperinci

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES Insulin Penggunaan ubat-ubat ini telah terbukti selamat dan berkesan. Namun demikian, ubat-ubat ini mampu membahayakan

Lebih terperinci

Asas Pertolongan Cemas & First Aid/Bantuan Awal.

Asas Pertolongan Cemas & First Aid/Bantuan Awal. Asas Pertolongan Cemas & First Aid/Bantuan Awal First Aid Definasi:- Rawatan atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa sebelum tibanya paramedik atau rawatan kecemasan di pusat perubatan Boleh diberikan

Lebih terperinci

QRA Water by QRA Brand

QRA Water by QRA Brand QRA Water by QRA Brand Manfaat QRA Water QRA Water adalah minuman kesihatan organik & minuman detoksifikasi yang dapat membuang segala asid toksik dan sebarang bentuk keracunan dalam badan. QRA Water menggunakan

Lebih terperinci

Kenali Impak Negatif Virus Pornografi. V i r u s P o r n o g r a f i 1

Kenali Impak Negatif Virus Pornografi. V i r u s P o r n o g r a f i 1 V i r u s P o r n o g r a f i 1 V i r u s P o r n o g r a f i 2 Virus Pornografi Ketahui Sains Virus Ini Bekerja & Cara Untuk Menghalangnya Dari Terus Merebak! Syamil Yusuff Founder Ilusi Minda ilusiminda.com

Lebih terperinci

TAKLIMAT PERLAKSANAAN SIJIL PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD IMPORT (PPSi)

TAKLIMAT PERLAKSANAAN SIJIL PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD IMPORT (PPSi) TAKLIMAT PERLAKSANAAN SIJIL PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD IMPORT (PPSi) TARIKH : 31 MAC 2017 (JUMAAT) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : BILIK BALAU, MENARA DATO ONN, CIDB OBJEKTIF Untuk memberitahu kepada pengimport

Lebih terperinci

ANALISIS KERJAYA DIRI

ANALISIS KERJAYA DIRI ANALISIS KERJAYA DIRI Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan

Lebih terperinci

Hepatitis B dan Kehamilan

Hepatitis B dan Kehamilan Hepatitis B dan Kehamilan Apa itu Hepatitis B? Penyakit Hepatitis B seperti juga Hepatitis A merupakan sejenis jangkitan dari kuman virus yang menyebabkan keradangan pada rgan hati atau hepar. Selalunya

Lebih terperinci

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA POLISI DAN PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERKAITAN KESIHATAN REPRODUKTIF

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 4 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 4 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SULIT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Ogos 2012 SMK TAMAN TUN DR ISMAIL KUALA LUMPUR PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 4 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1538 AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia Akta A1538 Tarikh Perkenan Diraja...... 15 September 2017 Tarikh

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT SOALAN NO: 28 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: DARIPADA: TARIKH: LISAN YB DR. MOHD HATTA BIN

Lebih terperinci

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia Undang-Undang Malaysia Cetakan Semula Akta 633 Akta Agensi penguatkuasaan maritim malaysia 2004 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia

Lebih terperinci

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) 26 KANUN (1) [ULASAN Dura PERUNDANGAN] Diyana Kamal 147 AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) Dura Diyana Kamal durakamal@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Lebih terperinci

Borang Soal Selidik Keadaan Kesihatan untuk Kajian Pencegahan Cirit-birit Akut dan/atau Penyakit Berkaitan Pernafasan

Borang Soal Selidik Keadaan Kesihatan untuk Kajian Pencegahan Cirit-birit Akut dan/atau Penyakit Berkaitan Pernafasan Borang Soal Selidik Keadaan Kesihatan untuk Kajian Pencegahan Cirit-birit Akut dan/atau Penyakit Berkaitan Pernafasan Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja ID Responden: Umur: Jantina: L / P BAHAGIAN A AKTIVITI

Lebih terperinci

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSTI MALAYSIA PERLIS Risalah Kesihatan Bulan Ogos 2008.

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSTI MALAYSIA PERLIS Risalah Kesihatan Bulan Ogos 2008. UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSTI MALAYSIA PERLIS Risalah Kesihatan Bulan Ogos 2008. SAKIT BELAKANG PENGENALAN Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

IBU MENGANDUNG PERKONGSIAN SPIRULINA ORGANIK- Susu saya kurang dan cair. Joy Lim Ying Ying, 44 KOMPILASI

IBU MENGANDUNG PERKONGSIAN SPIRULINA ORGANIK- Susu saya kurang dan cair. Joy Lim Ying Ying, 44 KOMPILASI Pengiktirafan Persatuan Makanan Kesihatan Jepun PERKONGSIAN SPIRULINA ORGANIK- IBU MENGANDUNG KOMPILASI Joy Lim Ying Ying, 44 Susu saya kurang dan cair Sebagai ibu kepada 4 cahaya mata, saya mengalami

Lebih terperinci

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak di Sekolah Chiam Heng Keng SUHAKAM Simposium Hak Kanak-kanak: Menjana Pemikiran 7-8 April 2008, Kuala Lumpur Dasar Merupakan prinsipprinsip untuk membuat

Lebih terperinci

TAKLIMAT PENGURUSAN SISA PEPEJAL PEMBINAAN MENGIKUT KEPERLUAN AKTA 672 KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI KUALA LUMPUR

TAKLIMAT PENGURUSAN SISA PEPEJAL PEMBINAAN MENGIKUT KEPERLUAN AKTA 672 KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI KUALA LUMPUR TAKLIMAT PENGURUSAN SISA PEPEJAL PEMBINAAN MENGIKUT KEPERLUAN AKTA 672 KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI KUALA LUMPUR APABILA AKAL TIDAK DIGUNA LONGGOKAN SAMPAH HARAM SISA BINAAN

Lebih terperinci

Cabaran Menjadi Teruna

Cabaran Menjadi Teruna Cabaran Menjadi Teruna Teruna adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak lelaki ke alam dewasa lelaki. Pada masa ini berlaku perubahan dari segi fizikal, emosi dan psikologi yang boleh menimbulkan tanda

Lebih terperinci

LAPORAN ESKLUSIF: Katakan Tidak Jerawat Badan Hidup Lebih Sihat Tanpa Jerawat Badan

LAPORAN ESKLUSIF: Katakan Tidak Jerawat Badan Hidup Lebih Sihat Tanpa Jerawat Badan LAPORAN ESKLUSIF: Katakan Tidak Jerawat Badan Hidup Lebih Sihat Tanpa Jerawat Badan Oleh: JERAWATBADAN.COM 2011 Hakcipta Terpelihara Versi 1.0 Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang

Lebih terperinci

FAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD

FAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD FAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD 1. Apa itu Reishi Gold? Reishi Gold adalah produk makanan kesihatan keluaran Gano Excel yang dihasilkan daripada kombinasi 6 spesis Ganoderma lucidum berteraputik tinggi

Lebih terperinci

Simptom-simptom buasir termasuk : Pendarahan dan sakit ketika membuang air besar. Bengkak pada dubur ketika membuang air besar.

Simptom-simptom buasir termasuk : Pendarahan dan sakit ketika membuang air besar. Bengkak pada dubur ketika membuang air besar. Mendengar perkataan buasir sahaja sudah cukup untuk mengundang perasaan seram dan takut kerana kita kenal atau mungkin mengenali seseorang yang pernah menderita penyakit penghadaman ini. Ia juga bukanlah

Lebih terperinci

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987. D.R. 8/94 Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan

Lebih terperinci

A. Zon dilarang membawa bahan kimia. B. Dilarang merokok. C. Dilarang membawa mancis. D. Dilarang membawa api terdedah.

A. Zon dilarang membawa bahan kimia. B. Dilarang merokok. C. Dilarang membawa mancis. D. Dilarang membawa api terdedah. 01 Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada jam sehari (ini tidak termasuk kerja lebih masa) A. 6 B. 8 C. 9 D. 10 02 Untuk mencegah kebakaran, apakah yang anda mesti

Lebih terperinci

JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU

JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU Fakulti Alam Bina JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU Penubuhan, perlaksanaan aktiviti Jawatankuasa Persekitaran,

Lebih terperinci

SDS Risalah Data Keselamatan

SDS Risalah Data Keselamatan G-PLANTER SDN BHD SDS Risalah Data Keselamatan BASE 15-11-11+1.5 MgO BAHAGIAN 1 - PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN MAKLUMAT SYARIKAT Nama & Alamat Pengilang : Talian Kecemasan: 03-77223180 G-Planter Sdn

Lebih terperinci

Rajah 1. (a) Pada rajah 1 di atas, tulis anter, stigma dan filamen untuk melabel bahagian-bahagian tertentu pada bunga itu.

Rajah 1. (a) Pada rajah 1 di atas, tulis anter, stigma dan filamen untuk melabel bahagian-bahagian tertentu pada bunga itu. 1. Rajah 1 menunjukkan struktur sekuntum bunga. Rajah 1 (a) Pada rajah 1 di atas, tulis anter, stigma dan filamen untuk melabel bahagian-bahagian tertentu pada bunga itu. [3 markah] (b) Pendebungan bunga

Lebih terperinci

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti Kurang nutrisi Big» dah 1Q j Oleh Faizatul Farlin Farush Khan ertumbuhan tulang 4 yang agresif ber laku pada waktu kritikal tumbesaran ketika usia bayi sehingga remaja. Ketika itulah ia memerlukan vitamin

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN [ KULIM BANDAR BAHARU 1 16 OKTOBER 2014 ( KHAMIS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN [ KULIM BANDAR BAHARU 1 16 OKTOBER 2014 ( KHAMIS) SOALAN NO. 53 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN JAWAB LISAN DARIPADA DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR [ KULIM BANDAR BAHARU 1 TARIKH 16 OKTOBER 2014 ( KHAMIS) SO ALAN Dato' Abd. Aziz

Lebih terperinci

KOLEJ UNIVERSITI TATI (TATIUC)

KOLEJ UNIVERSITI TATI (TATIUC) KOLEJ UNIVERSITI TATI (TATIUC) BORANG-BORANG PENDAFTARAN (BORANG TATIUC 1-TATIUC 6) ARAHAN : 1. Lengkapkan semua Enam (6) borang di bahagian ini dengan lengkap dan sempurna. 2. Borang TATIUC 2 (I) boleh

Lebih terperinci

Perkasa. Kandungan : CARA PENGAMBILAN PERKASA. Minum 1 sudu besar PERKASA pagi sebelum sarapan dan malam.

Perkasa. Kandungan : CARA PENGAMBILAN PERKASA. Minum 1 sudu besar PERKASA pagi sebelum sarapan dan malam. Perkasa Perkasa adalah minuman Herba yang di hasilkan khas untuk golongan lelaki yang mementingkan kesihatan dalaman yang dihasilkan melalui kombinasi Herba herba terpilih, Pati Kurma, serta vitamin c.

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT DATO' TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT DATO' TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] NO. SOALAN: 56 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN DARIPADA DATO' TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] TARIKH 8 JUN 2015 RUJUKAN 7923 SOALAN: Dato' Takiyuddin bin

Lebih terperinci

Buku Panduan Mudah Bagi. Refleksologi Tapak Tangan

Buku Panduan Mudah Bagi. Refleksologi Tapak Tangan Buku Panduan Mudah Bagi Refleksologi Kandungan Pengenalan Apakah Maksud Daerah Refleksi Panduan Mengurut/memicit Tempoh Masa Mengurut/memicit Kesan- kesan Yang Akan Berlaku Perhatian Organ Reproduksi,

Lebih terperinci

K E L U A R G A D E N G G

K E L U A R G A D E N G G POSHayat5.indd 1 I D I I R & K E L U A R G A I N D U N G L A N D A D A R I P A D A I D E N G G Dari Januari hingga Ogos 2014, jumlah kes denggi telah mencecah hampir 60,000 kes atau telah meningkat sebanyak

Lebih terperinci

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116 [ULASAN KES] 188 KANUN [JANUARI 2015] PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116 Jasri Jamal jasri@ukm.edu.my Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.

Lebih terperinci

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan

Lebih terperinci

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017) PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT ~ 2 ~ KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017) ~ 3 ~ 1. VISI Memimpin budaya kerja cemerlang. 2. MISI Melahirkan staf berbudaya kerja cemerlang. 3. OBJEKTIF

Lebih terperinci

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011 Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011 RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011 susunan fasal Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bah a g i a n II PENDAFTARAN

Lebih terperinci

Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN Imbasan 3D membolehkan doktor melihat kedudukan bayi dari pelbagai sudut dan orientasi LELAKI atau perempuan? Inilah soalan pertama yang diajukan kebanyakan

Lebih terperinci

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN NO KELUARAN : 06 NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02 NO PINDAAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 14 OGOS 2014 PROSEDUR

Lebih terperinci

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA Untuk perlindungan anda sendiri sila baca polisi ini dan syarat syaratnya dan jika polisi tidak diisi dengan betul atau mengikut kehendak anda sila pulangkan polisi yang

Lebih terperinci

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK HELAIAN KETERANGAN PRODUK (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai IKHLAS Basic Term Takaful Plan. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am). 1)

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT NO. SOALAN: 34 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LIS AN DARIPADA TUAN SU KEONG SIONG [ IPOH TIMOR 1 TARIKH 14 OKTOBER 2014 RUJUKAN 7134 SO ALAN: Tuan Su Keong Siong [ lpoh

Lebih terperinci

PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR

PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR Panduan untuk pesakit yang pulih daripada Angin Ahmar dan Penjaga mereka Label Pelekat Pesakit Satu inisiatif oleh Pasukan Peningkatan Perkhidmatan bagi Angin Ahmar (SSI) dengan

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SOALAN NO: 70 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN DARIPADA TARIKH SOALAN LISAN YB DR. AZMAN BIN ISMAIL [KUALA KEDAH]

Lebih terperinci

Emosi dan Perkembangan

Emosi dan Perkembangan BAB 11 Emosi dan Perkembangan Pengenalan Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan

Lebih terperinci

Soalan: Mohd Shukri Kuantan. Jawapan:

Soalan: Mohd Shukri Kuantan. Jawapan: Soalan: ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya sudah 6 tahun mengalami penyakit slipped disc. Kesan sakit ini membuat saya sukar untuk berdiri dan duduk lama. Disebabkan ini saya kerap mengambil cuti sakit sakit

Lebih terperinci

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS) ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS) 1. Perkembangan teknologi masa kini memungkinkan penghantaran data tanpa encryption dengan mudah dapat dibaca oleh pihak yang

Lebih terperinci

05 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

05 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus 01 Sesiapa sahaja yang mabuk dan membuat kacau di tempat-tempat awam di Singapura boleh A. diberikan surat amaran sahaja B. dipenjarakan atau didenda C. diberi hadiah wang tunai D. tiada apa yang akan

Lebih terperinci

Mata Wang Malaysia MAKLUMAT AM. Mata Wang Malaysia. Program pendidikan pengguna oleh:

Mata Wang Malaysia MAKLUMAT AM. Mata Wang Malaysia. Program pendidikan pengguna oleh: Mata Wang Malaysia MAKLUMAT AM Mata Wang Malaysia Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Wang yang sah diperlakukan dengan nilai 3 Penyalinan atau pengeluaran semula mata wang Malaysia

Lebih terperinci

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711) SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711) 1 2 PENGENALAN Secara khususnya kewujudan Akta ini adalah untuk memberi perlindungan

Lebih terperinci

Kemalangan yang disebabkan elektrik: 1.sentuhan terus dengan arus elektrik 2.arka elektrik

Kemalangan yang disebabkan elektrik: 1.sentuhan terus dengan arus elektrik 2.arka elektrik 1 PENGENALAN Tempat kerja meliputi persekitaran, keadaan dan suasana kerja yang amat luas. Bangunan pejabat, kilang- kilang, tapak pembinaan, pelantar minyak, dan lombong bawah tanah adalah antara contoh-

Lebih terperinci

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu. PruBSN Anugerah Sentiasa disisimu. PruBSN Anugerah Mulakan langkah pertama untuk melindungi diri anda daripada perkara-perkara tidak terduga ketika anda menempuhi pengembaraan tanpa kerisauan dengan PruBSN

Lebih terperinci

DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) Arahan ini membatalkan Pekeliling HRM / HRA / 07 / 2009 yang berkuatkuasa pada 1 September 2009. ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) TARIKH

Lebih terperinci

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK HELAIAN PENERANGAN PRODUK (Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan menyertai IKHLAS P.A PERMATA Takaful. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syaratsyarat).

Lebih terperinci

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI Terdapat beberapa tip bagaimana untuk mengelakkan diri daripada situasi bahaya ketika anda berada di luar rumah. Umumnya, idea terbaik adalah dengan menggunakan akal fikiran!

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN TEORITIS. atau ancaman atau fenomena yang sangat tidak menyenangkan serta ada

BAB II TINJAUAN TEORITIS. atau ancaman atau fenomena yang sangat tidak menyenangkan serta ada BAB II TINJAUAN TEORITIS A. Kecemasan 1. Defenisi Kecemasan adalah keadaan yang menggambarkan suatu pengalaman subyektif mengenai ketegangan mental kesukaran dan tekanan yang menyertai suatu konflik atau

Lebih terperinci

TAJUK 2 MEMANASKAN DAN MENYEJUKKAN BADAN

TAJUK 2 MEMANASKAN DAN MENYEJUKKAN BADAN TAJUK 2 MEMANASKAN DAN MENYEJUKKAN BADAN 2.1 Pengenalan Prestasi fizikal yang terbaik hanya boleh dihasilkan seseorang jika persediaan yang mencukupi telah dilaluinya. Persediaan untuk prestasi yang baik

Lebih terperinci