Fakta Syabu. Syabu atau nama kimianya Methamphetamine, adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS).

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Fakta Syabu. Syabu atau nama kimianya Methamphetamine, adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS)."

Transkripsi

1 Fakta Syabu APA ITU SYABU? Syabu atau nama kimianya Methamphetamine, adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS). Dadah jenis ini dihasilkan pada abad lalu dari dadah induknya Amphetamine, yang dahulunya diguna untuk melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat. Walau bagaimanapun, pada hari ini, kegunaannya terhad untuk keadaan-keadan tertentu seperti untuk rawatan narkolepsi ( satu keadaan di mana seseorang rasa mengantuk dan tertidur secara spontan), sindrome kurang penumpuan perhatian, dan kegemukan yang teruk (untuk kegunaan bagi jangkamasa singkat) Syabu dihasilkan di makmal haram dari bahan prekursor seperti Ephedrine, Pseudoephedrine dan Phenylpropanolamine. Apabila kawalan yang ketat dikenakan ke atas prekursor, pengilang haram ini mula mencuba resipi baru dengan menggunakan bahan-bahan lain yang merbahaya, seperti asid bateri dan pencuci longkang. Bahan-bahan ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk dan kematian. APAKAH NAMA-NAMA SYABU YANG LAIN? Syabu juga dikenali sebagai "speed", "meth", "chalk", dan "china white". Syabu yang dihisap secara 'chasing the dragon' disebut sebagai "ice", "crystal", "crank", dan "glass". Syabu gred satu yang berkualiti berwarna putih kristal sementara syabu gred dua warna putih kemerahan dan gred tiga pula rendah kualitinya serta mempunyai rasa yang pahit. BAGAIMANA CARA SYABU DIGUNAKAN? Syabu, seperti Ecstacy, dilaporkan disalahgunakan oleh remaja selalunya di pesta-pesta liar, di pesta tari-menari, di kelab-kelab malam, disko, tempat karaoke dan lain-lain tempat hiburan untuk menaikkan mood seseorang dan daya ketahanan fizikal. Syabu boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan boleh digunakan secara suntikan, dihisap secara merokok, ditelan atau disedut melalui hidung. Penggunaan secara suntikan atau dihisap secara 'chasing the dragon' mendatangkan kesan segera keseronokan. Penggunaan secara disedut melalui 1

2 hidung memberikan kesan dalam 3-5 minit sementara jika ditelan kesannya diperolehi selepas minit. Kedua-dua cara pengambilan dadah jenis ini iaitu dengan cara disedut atau dimakan akan menghasilkan euphoria - mengkhayalkan tetapi tidak dengan kesan segera. Kesan dadah ini akan bertahan sehingga 4-24 jam. Kesan toleran ke atas dadah ini terjadi dengan cepat - iaitu kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah - penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah ini secara berulangkali (dikenali sebagai bingeing ). Walau bagaimanapun, setiap episod kekhayalan ini semakin kurang keseronokannya dan lebih banyak syabu diperlukan untuk mencapai kekhayalan. Pengguna dadah ini yang dahulunya memakan atau menyedut dadah ini akan bertukar kepada menghisap atau menyuntik dadah ini untuk mendapatkan kesan seronok yang lebih dan cepat. Kesan khayal dan keseronokan ini dipercayai akibat pengeluaran dopamine, penghantar neuro di otak yang mengawal perasaan seronok/gembira. APAKAH KESAN SEGERA SYABU? Syabu ialah stimulan yang poten. Pengguna menggemarinya kerana ia memberi rasa euphoria - rasa gembira dan menyeronokkan; rasa lebih bertenaga dengan peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, peningkatan tumpuan perhatian, berjaga-jaga dan pengurangan selera. Walaubagaimanapun, pengguna syabu akan mengalami kesan buruk seperti mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala. Selepas kesan khayal, seseorang itu merasa gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi dadah ini menaikkan suhu badan kepada tahap yang membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut. APA BAHAYA SYABU KEPADA KESIHATAN? Penggunaan syabu memudaratkan kesihatan kerana: 1. Toleran - kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Dalam keadaan tertentu, pengguna 2

3 tidak makan atau tidur tetapi pada masa yang sama terus menyuntik dadah ini sehingga 1 gram setiap 2-3 jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya. Terdapat juga pengguna yang tahan tidak tidur dari 3-15 hari akibat dadah ini. 2. Penagihan - Pengguna dadah ini akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan syabu. Ketagihan ini akan berada pada tahap kronik dan berulang. Pemberhentian pengambilan dadah ini akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut. 3. Pengabaian diri - Apabila di bawah pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur dan mengabaikan diri sendiri. Penggunaan pada dos tinggi akan menyebabkan hilang berat badan yang ketara, muka menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri dengan perpeluhan, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. 4. Kurang daya tahan kepada penyakit - Pengguna syabu yang mengabaikan pemakanan dan tidur yang sempurna akan menjadi lemah dan kurang daya tahan melawan penyakit. 5. Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang - Penggunaan kronik mengakibatkan berkelakuan terlalu aktif, susah tidur, kemurungan yang teruk, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila. Penyelidik-penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak yang bolih menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan daya berfikir). 6. Gangguan metabolisma badan - dadah ini menyebabkan hilang selera yang ketara, kurang pemakanan, kehilangan berat badan yang jelas, kurus dan lain-lain masalah akibat metabolisma badan yang terjejas. 7. Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan - dadah ini menyebabkan degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah menyebabkan sakit ahmar. 3

4 8. Kerosakan pada sistem pernafasan - dadah ini, lebih-lebih lagi jika dicemarkan dengan bahan berbahaya, akan menyebabkan masalah pernafasan. 9. Gangguan kepada saluran makanan - Kebuluran berlanjutan sebab tidak makan semasa pengambilan syabu, serta bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman. 10. Bahaya semasa mengandung - penggunaan Methamphetamine semasa mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran. Bayi yang dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif dan mudah gelisah. Dikhuatiri juga bayi ini akan mengalami masalah mental dan masalah tumbesaran. 11. Kemalangan jalan raya - pengguna syabu boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat kesan kebingungan, khayal, paranoia, keganasan dan kelakuan psikotik. 12. Bahaya daripada exploitasi seks dan seks bebas - Hasil penyelidikan mendapati pengguna Methamphetamine menjadi lebih berahi. Penggunaan dadah ini sering dikaitkan dengan hubungan seks yang lebih ganas menyebabkan pendarahan dan luka. Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh syabu akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. Penggunaan Methamphetamine dalam jangka masa panjang menyebabkan lelaki menghadapi masalah fungsi seks mereka. 13. Bahaya akibat HIV, Hepatitis dan lain-lain penyakit berjangkit - penyakit-penyakit ini mungkin dijangkiti akibat amalan seks bebas atau tanpa perlindungan semasa di bawah pengaruh dadah ini, dan juga dari penggunaan alat-alat suntikan yang tercemar dan dikongsi. 14. Masalah-masalah sosial lain - Semua aspek kehidupan seseorang termasuk keluarganya, hubungan dengan orang lain dan kerja akan terjejas akibat dadah ini. Pengguna akan menghadapi pertelingkahan kerana masalah dadah dan kewangan akibat ketagihan dadah. Di tempat kerja penyalahgunaan dadah ini akan bermasalah disebabkan sifatnya yang cepat marah, tidak mesra dan kecenderungan kepada keganasan. Pengguna syabu juga mungkin terlibat dengan kejadian jenayah spontan seperti meragut beg bimbit dan serangan untuk menampung ketagihan mereka. Sifat paranoia dan ganas ini boleh menyebabkan pengguna membunuh diri atau melakukan pembunuhan. Di California, terdapat seorang lelaki yang semasa dibawah pengaruh syabu mencuri sebuah kereta perisai milik agensi 4

5 keselamatan National Guard dan merosakkan beberapa kereta di jalanraya San Diego sebelum dia akhirnya ditembak oleh polis. BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN SYABU? Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Sidang Khas mengenai masalah dadah sedunia, 8-10 Jun 1998, terdapat 2,400 kematian berkaitan dengan Methamphetamine di Amerika Syarikat untuk tempoh ; di Jepun hampir 90% pelanggaran undang-undang kawalan dadah adalah yang berkaitan dengan Methamphetamine; di Filipina, Methamphetamine adalah dadah yang paling banyak disalahgunakan sejak awal 1950'an; dan di Republik Korea dan Australia, Methamphetamine adalah dadah kedua yang paling banyak disalahgunakan selepas ganja. Kadar penyalahgunaan sebenar Methamphetamine di Malaysia tidak diketahui tetapi dipercayai sedang meningkat. Jumlah syabu yang dirampas oleh pihak penguatkuasa didapati meningkat dari 1.81kg pada tahun 1996 kepada 5.41kg pada tahun Pada tahun ini untuk tempoh 5 bulan pertama sahaja 14.66kg syabu telah dirampas. APA KAWALAN UNDANG-UNDANG KE ATAS SYABU?. Sebelum , Methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989) di mana pemilikan, penjualan atau bekalan tanpa kuasa atau kebenaran/lesen boleh dikenakan tindakan mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau pemenjaraan sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali. Pada Methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki Methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau keduaduanya sekali. Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa

6 Di bawah Pindaan ini - Pemilik 50g dan lebih Methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan. Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g Methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g Methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan. Pemilik kurang dari 5g Methamphetamine boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Pengguna yang menggunakan Methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya. Rampasan syabu, Tahun Berat syabu yang dirampas kg kg kg kg 2000 (sehingga Mei) kg Data tangkapan pemilikan syabu Jan-Mei 2000 Seksyen 39B Seksyen 39A(2) Seksyen 39A(1) Lain-lain Jumlah

Ecstacy BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN DADAH INI DI MALAYSIA?

Ecstacy BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN DADAH INI DI MALAYSIA? Ecstacy APA ITU ECSTACY? Ecstacy, atau nama kimianya 3,4 Methylene Dioxy Meth Amphetamine (MDMA), adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS). Seperti pengeluaran dadah-dadah

Lebih terperinci

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing. Alkohol KETAGIHAN ALKOHOL Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa

Lebih terperinci

Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1

Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1 Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1 Matlamat Mengenali dongeng tentang penyakit mental Mengetahui punca-punca penyakit mental Mempunyai ilmu asas tentang penyakitpenyakit mental Memahami

Lebih terperinci

ARIPIPRAZOLE. i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

ARIPIPRAZOLE. i) Tujuan/ Kegunaan Ubat ARIPIPRAZOLE i) Tujuan/ Kegunaan Ubat Aripiprazole ialah ubat antipsikotik yang digunakan untuk mengubati penyakit skizofrenia. Aripiprazole juga digunakan untuk mengubati masalah tingkahlaku yang tak

Lebih terperinci

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. Drug Dan Sukan Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan? Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada

Lebih terperinci

GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH JENIS SYABU DAN JENIS-JENIS DADAH BARU YANG LAIN

GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH JENIS SYABU DAN JENIS-JENIS DADAH BARU YANG LAIN GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH JENIS SYABU DAN JENIS-JENIS DADAH BARU YANG LAIN Oleh : Norliah binti Sajuri Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Abstrak Masalah penyalahgunaan

Lebih terperinci

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Memahami Demensia.  Talian Maklumat Demensia: Memahami Demensia www.hpb.gov.sg/dementia Talian Maklumat Demensia: 1800 223 1123 Halaman Kandungan 01 Apa itu Demensia? Siapa yang Mendapat Demensia? Beberapa jenis Demensia 02 Apakah tanda-tanda Penyakit

Lebih terperinci

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) 26 KANUN (1) [ULASAN Dura PERUNDANGAN] Diyana Kamal 147 AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) Dura Diyana Kamal durakamal@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Lebih terperinci

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II BANK DATA DNA FORENSIK

Lebih terperinci

Penyakit Kelamin (STIs)

Penyakit Kelamin (STIs) Penyakit Kelamin (STIs) Gonorea Gonorea adalah salah satu daripada penyakit jangkitan kelamin biasa dan mudah disebarkan semasa melakukan seks. Ia disebabkan oleh bakteria yang tinggal di bahagian-bahagian

Lebih terperinci

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017 Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017 SUSUNAN FASAL Bahagian I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan

Lebih terperinci

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya.

Lebih terperinci

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda. PERATURAN-PERATURAN DI HUTAN LIPUR. Di larang sama sekali kegiatan pugut (vandalisme), merosak, memusnah tumbuh-tumbuhan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kawasan hutan lipur. Tidak dibenarkan

Lebih terperinci

Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi

Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi Satu khidmat pendidikan yang dibawakan kepada anda oleh Kumpulan Kerja Risiko Penyakit Vascular NHG Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi Menambahkan usia Sihat kepada penduduk

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT DATO' TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT DATO' TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] NO. SOALAN: 56 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN DARIPADA DATO' TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] TARIKH 8 JUN 2015 RUJUKAN 7923 SOALAN: Dato' Takiyuddin bin

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 2010 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 2010 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU PENDIDIKAN KESIHATAN

Lebih terperinci

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli Setiap kali musim persekolahan berlangsung, ibu bapalah individu-individu

Lebih terperinci

ANALISIS KERJAYA DIRI

ANALISIS KERJAYA DIRI ANALISIS KERJAYA DIRI Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan

Lebih terperinci

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia Undang-Undang Malaysia Cetakan Semula Akta 521 Akta keganasan rumah tangga 1994 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia Di bawah Kuasa

Lebih terperinci

TAKLIMAT PERLAKSANAAN SIJIL PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD IMPORT (PPSi)

TAKLIMAT PERLAKSANAAN SIJIL PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD IMPORT (PPSi) TAKLIMAT PERLAKSANAAN SIJIL PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD IMPORT (PPSi) TARIKH : 31 MAC 2017 (JUMAAT) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : BILIK BALAU, MENARA DATO ONN, CIDB OBJEKTIF Untuk memberitahu kepada pengimport

Lebih terperinci

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 20 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 24 TAHUN 2007

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 20 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 24 TAHUN 2007 JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 20 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 24 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI TUJUAN 1. Pekelilling

Lebih terperinci

DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) Arahan ini membatalkan Pekeliling HRM / HRA / 07 / 2009 yang berkuatkuasa pada 1 September 2009. ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) TARIKH

Lebih terperinci

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN NO KELUARAN : 06 NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02 NO PINDAAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 14 OGOS 2014 PROSEDUR

Lebih terperinci

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK HELAIAN PENERANGAN PRODUK (Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan menyertai IKHLAS P.A PERMATA Takaful. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syaratsyarat).

Lebih terperinci

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia Undang-Undang Malaysia Cetakan Semula Akta 633 Akta Agensi penguatkuasaan maritim malaysia 2004 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia

Lebih terperinci

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA Untuk perlindungan anda sendiri sila baca polisi ini dan syarat syaratnya dan jika polisi tidak diisi dengan betul atau mengikut kehendak anda sila pulangkan polisi yang

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA 2011 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN KESIHATAN

Lebih terperinci

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO.

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO. BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO. Pada masa kini kesedaran pihak majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja semakin meningkat. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan

Lebih terperinci

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia Undang-Undang Malaysia Cetakan Semula Akta 316 Akta dadah berbahaya (langkah-langkah pencegahan khas) 1985 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang,

Lebih terperinci

Pilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan?

Pilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan? Pilihan : Soalan (5) Tajuk : Alam Sekitar atau Pembangunan? Pembangunan mengancam Alam sekitar Di Malaysia, pembangunan fizikal adalah tuntutan semasa. Kita memerlukan pelbagai projek besar-besaran sama

Lebih terperinci

Senyuman. Ceria yang Sihat. Senarai Semak Kesihatan Mulut. untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak. Dibawa kepada anda oleh: Disokong oleh:

Senyuman. Ceria yang Sihat. Senarai Semak Kesihatan Mulut. untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak. Dibawa kepada anda oleh: Disokong oleh: Senyuman Ceria yang Sihat Senarai Semak Kesihatan Mulut untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak Dibawa kepada anda oleh: Disokong oleh: Mengenai Gigi Susu Apabila mereka berada di prasekolah, kebanyakan kanak-kanak

Lebih terperinci

SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON. a) Kelayakan pemohon

SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON. a) Kelayakan pemohon SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON a) Kelayakan pemohon i) Peneroka atau pengganti peneroka ii) Isteri peneroka iii) Tanggungan peneroka anak kandung, anak angkat (yang berdaftar) atau anak tiri peneroka yang

Lebih terperinci

1. Jantung merupakan organ yang penting dalam badan, apakah fungsi jantung? 2. Anggota badan ini yang berfungsi menghadam makanan.

1. Jantung merupakan organ yang penting dalam badan, apakah fungsi jantung? 2. Anggota badan ini yang berfungsi menghadam makanan. 1. Jantung merupakan organ yang penting dalam badan, apakah fungsi jantung? A. Menghadam makanan. B. Mengepam darah ke seluruh badan C. Menarik dan menghembus nafas D. Menghantar isyarat kepada otak 2.

Lebih terperinci

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI Terdapat beberapa tip bagaimana untuk mengelakkan diri daripada situasi bahaya ketika anda berada di luar rumah. Umumnya, idea terbaik adalah dengan menggunakan akal fikiran!

Lebih terperinci

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000. HELAIAN PENERANGAN PRODUK (Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan memilih IKHLAS Personal Accident Takaful. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syarat-syarat.)

Lebih terperinci

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA POLISI DAN PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERKAITAN KESIHATAN REPRODUKTIF

Lebih terperinci

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 - 1. Latar Belakang 1.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

JABATAN PEGUAM NEGARA

JABATAN PEGUAM NEGARA JABATAN PEGUAM NEGARA STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) GARIS PANDUAN KESELAMATAN DOKUMEN TERPERINGKAT BAHAGIAN PENGURUSAN JABATAN PEGUAM NEGARA FEBRUARI 2014 TUJUAN 1. Garis panduan ini disediakan adalah

Lebih terperinci

Soalan Lazim Ditanya

Soalan Lazim Ditanya Soalan Lazim Ditanya 1 Mengenai Kit Pelitup Siap Sedia 3M N95... 3 Apakah yang ada di dalam kit Persiapan Asas Siap Sedia 3M TM N95 Mask Kit?... 3 Mengapakah setiap Kit Pelitup Siap Sedia 3M TM N95 hanya

Lebih terperinci

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES Insulin Penggunaan ubat-ubat ini telah terbukti selamat dan berkesan. Namun demikian, ubat-ubat ini mampu membahayakan

Lebih terperinci

SDS Lembaran Data Keselamatan

SDS Lembaran Data Keselamatan SEKSYEN 1 PENGENALPASTIAN BAHAN DAN MAKLUMAT SYARIKAT Nama dan Alamat Syarikat : G-Planter (SCC) Sdn Bhd (854104-X) 11 A Jalan Mahsuri Kaw. Industri, Jalan Mersing, 86000 Kluang, Johor Telefon kecemasan

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN Terbitan Kementerian Pelajaran

Lebih terperinci

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Lebih terperinci

Luka Terbakar dan Melecur

Luka Terbakar dan Melecur Luka Terbakar dan Melecur Apakah itu luka terbakar dan melecur? Luka terbakar adalah kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus elektrik atau agen radioaktif terlalu lama.

Lebih terperinci

MAKLUMAT. Penyakit Kencing Manis. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Insulin. Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin

MAKLUMAT. Penyakit Kencing Manis. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Insulin. Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin MAKLUMAT PESAKIT Ubat Untuk Merawat Penyakit Kencing Manis Apa anda harus tahu tentang Insulin Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin PENDAHULUAN Ubat Insulin yang ada di Singapura

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan memberi maklumat? Ia adalah satu tindakan sukarela oleh mana-mana pekerja/orang awam (setakat perkhidmatan

Lebih terperinci

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK HELAIAN KETERANGAN PRODUK (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan menyertai IKHLAS P.A PERMATA Takaful. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syaratsyarat di

Lebih terperinci

POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA 1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA 1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau 1.2 Kad Kuasa Polis Warna Merah: Anggota polis

Lebih terperinci

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS) ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS) 1. Perkembangan teknologi masa kini memungkinkan penghantaran data tanpa encryption dengan mudah dapat dibaca oleh pihak yang

Lebih terperinci

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013) SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR (pindaan 2013) KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 DEFINISI 1 3.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK PELAJAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 3 4.0 YURAN SKIM PERKHIDMATAN

Lebih terperinci

IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. BAHAGIAN A Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 25, diberi empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu merupakan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul dan lorek bujuran berangka (1,2,

Lebih terperinci

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk

Lebih terperinci

Masalah Ketika Hamil

Masalah Ketika Hamil Masalah Ketika Hamil Keguguran Keadaan ini berlaku apabila janin dilahirkan sebelum ia berkembang secukupnya untuk hidup di luar tubuh ibu. Tanda-tanda awal masalah ini adalah seperti pendarahan dan kekejangan.

Lebih terperinci

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 (Akta 521) SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 (Akta 521) SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 (Akta 521) SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. 3. Kecualian bagi peruntukan-peruntukan dalam undang-undang

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini

Lebih terperinci

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat POLISI INSURANS TEMAN PEMANDU KENDERAAN BAHAWASANYA Pihak Diinsuranskan yang dinamakan dalam jadual bersama-sama ini telah membuat kepada Liberty Insurance Berhad

Lebih terperinci

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 037b.fm Page 1 Tuesday, March 28, 2006 8:50 AM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 37 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH

Lebih terperinci

JANGAN PRINT MUKA SURAT INI

JANGAN PRINT MUKA SURAT INI JANGAN PRINT MUKA SURAT INI PRINT DALAM BENTUK PASAN- GAN MUKASURAT MENGIKUT TURUTAN: 2 & 3 4 & 5 6 & 7 8 & 9 ms 3 SARINGAN STATUS KESIHATAN Pind.2/2011 REMAJA No. Pendaftaran:.. Tarikh. ANDA ADALAH HARAPAN

Lebih terperinci

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997 D.R. 11/97 Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997 SUSUNAN FASAL Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. 3. Orang-orang yang boleh mengamalkan teleperubatan.

Lebih terperinci

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa KAMI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), ADALAH DENGAN INI PERCAYA BAHAWA KERAHSIAAN MAKLUMAT PELANGGAN ADALAH HAK DAN OLEH SEBAB ITU, IA ADALAH PENGHORMATAN DASAR ASAS YANG MESTI DITURUTI, DIKEKALKAN,

Lebih terperinci

MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN

MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN - JAN TAJUK : KESIHATAN DIRI DAN. Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat... Menyatakan maksud akil baligh... Menyatakan tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan

Lebih terperinci

3WUM SAINS SMK LAKSAMANA PUAN ASMAR

3WUM SAINS SMK LAKSAMANA PUAN ASMAR KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT NAMA : KELAS : SUBJECT : SEKOLAH : GURU : SURDISH PERUMALL 3WUM SAINS SMK LAKSAMANA PUAN ASMAR ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT Pengenalan kepada Respirasi 1/12 Objektive

Lebih terperinci

PROSEDUR PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN

PROSEDUR PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR PROSEDUR PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN NO KELUARAN : 03 NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE06 NO PINDAAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 1 MAC 2014 PROSEDUR

Lebih terperinci

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH 1.0 PENGENALAN Sudah diketahui bahawa hal ehwal berkenaan tanah di dalam Perlembagaan Persekutuan dijelaskan di bawah Senarai Negeri, dan

Lebih terperinci

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM E-KAD SEMENTARA PEKERJA ASING

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM E-KAD SEMENTARA PEKERJA ASING FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM E-KAD SEMENTARA PEKERJA ASING 1. Apakah itu Program E-Kad Sementara Pekerja Asing? Merupakan suatu inisiatif yang dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi

Lebih terperinci

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH FAKTOR Seorang guru di Puchong, Bibiana John mengatakan bahawa terdapat beberapa punca yang menjadi peluru kepada berlakunya sikap ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.

Lebih terperinci

1 Faktor kegagalan Utama Calon Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =) Legal Notice Ebook

Lebih terperinci

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi Oleh: Prof Madya Dr Siti Zobidah Omar Semester Kedua, 2012/2012 1 1. Pengenalan Kandungan 2. Definisi krisis, pengurusan krisis,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental,

Lebih terperinci

FAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD

FAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD FAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD 1. Apa itu Reishi Gold? Reishi Gold adalah produk makanan kesihatan keluaran Gano Excel yang dihasilkan daripada kombinasi 6 spesis Ganoderma lucidum berteraputik tinggi

Lebih terperinci

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 205 BAB A10 JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab ini akan membincangkan perkara-perkara berikut: Jenis-jenis pelan Takaful Perubatan dan

Lebih terperinci

Checklist Ibu Menyusu Ketika Berpuasa

Checklist Ibu Menyusu Ketika Berpuasa NuhaBaby (Aisyah Samat) Checklist Ibu Menyusu Ketika Berpuasa Supaya badan ibu kekal bertenaga, tak letih, susu tak "drop" dan berkualiti untuk bayi anda walaupun berpuasa. made with Checklist Ibu Menyusu

Lebih terperinci

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan. Insurans Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan. Ahli Kumpulan Nikmati gaya hidup anda dan fleksibiliti untuk perlindungan. Mengecapi gaya hidup

Lebih terperinci

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711) SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711) 1 2 PENGENALAN Secara khususnya kewujudan Akta ini adalah untuk memberi perlindungan

Lebih terperinci

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan Mighty Dine UOBM Terma Penggunaan Aplikasi mudah alih Mighty ( Aplikasi ) UOBM [ciri-ciri tempat makan] ( UOBM Dine ) dari United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ( UOBM ) ialah perkhidmatan yang

Lebih terperinci

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 1) Perlindungan dan Penggunaan Akta Peribadi Penang Adventist Hospital ( PAH ) menghargai data peribadi anda dan berusaha untuk melindungi

Lebih terperinci

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) 1. Apakah PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan

Lebih terperinci

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian (PAGE 1/5) Oleh Soraya Jamal Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan,

Lebih terperinci

Serat Mikro Kaca Bukan Tenunan

Serat Mikro Kaca Bukan Tenunan BAHAGIAN 0. MAKLUMAT AM Produk ini merupakan barangan menurut Artikel 3.3 peraturan (EC) Bil. 1907/2006 (REACH). Ia tidak mengandungi kandungan bertujuan untuk dibebaskan di bawah keadaan penggunaan yang

Lebih terperinci

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007 JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL TAMBAHAN TUJUAN 1. Pekelilling

Lebih terperinci

KEBIMBANGAN. kebimbangan menjadi begitu teruk dan berpanjangan sehingga ianya mula mengganggu kebolehan kita untuk mengendalikan aktiviti seharian.

KEBIMBANGAN. kebimbangan menjadi begitu teruk dan berpanjangan sehingga ianya mula mengganggu kebolehan kita untuk mengendalikan aktiviti seharian. KEBIMBANGAN KEBIMBANGAN Emosi biasa yang kita alami bila berdepan dengan keadaan yang tidak tentu atau berbahaya. Kita berasa bimbang bila kita mengalami situasi yang menekankan seperti kehilangan kerja,

Lebih terperinci

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur Tingkatan 4 Pendidikan Moral Soalan struktur. Kekayaan bumi ini boleh musnah akibat tindakan manusia yang tamak dan yang tidak percaya kepada kuasa Tuhan yang mencipta alam ini. (a) Berdasarkan pernyataan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI Rujukan Kami : UPM/PEND. 5.1 Tarikh : 26 Oktober 2009 PEKELILING AM PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2009 GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI Tujuan 1. Pekeliling

Lebih terperinci

Nama :... Tarikh :... Tingkatan : Malnutrisi. ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan. seperti,, protein,

Nama :... Tarikh :... Tingkatan : Malnutrisi. ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan. seperti,, protein, Tunjang 4: B1DK1E1 A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. karbohidrat pemakanan vitamin mineral Malnutrisi zat makanan ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan seperti,, protein,, lemak

Lebih terperinci

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PEKELILING KEWANGAN MKM BILANGAN 2/2009 (PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.4 TAHUN 2009) PERATURAN MENGENAI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH 1. TUJUAN Pekeliling ini bertujuan

Lebih terperinci

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

Diri Semua Risiko Terma & Syarat Diri Semua Risiko Terma & Syarat POLISI INSURANS DIRI SEMUA RISIKO Jika sepanjang Tempoh Insurans Harta yang diterangkan dalam Jadual atau mana-mana bahagiannya rugi, musnah atau rosak oleh APA-APA KEMALANGAN

Lebih terperinci

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010 Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010 RANG UNDANG-UNDANG perdagangan strategik 2010 SUSUSAN FASAL Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Undang-undang yang

Lebih terperinci

Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV.

Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV. Jangkitan Bersama Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV. Hepatitis Jangkitan virus hepatitis B atau hepatitis

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Antiberita Tidak Benar 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 803 AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018 2 Undang-Undang Malaysia Akta 803 Tarikh Perkenan Diraja...... 9 April 2018 Tarikh penyiaran dalam Warta... 11

Lebih terperinci

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011 Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011 RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011 susunan fasal Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bah a g i a n II PENDAFTARAN

Lebih terperinci

LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA

LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA NAMA PELAJAR: NURFATIN BT CHE YAHYA A149927 1.0 PENGENALAN

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SOALAN NO: 70 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN DARIPADA TARIKH SOALAN LISAN YB DR. AZMAN BIN ISMAIL [KUALA KEDAH]

Lebih terperinci

Gaya Hidup Sihat dalam Gerakan Koperasi

Gaya Hidup Sihat dalam Gerakan Koperasi Kepentingan Gaya Hidup Sihat dalam Gerakan Koperasi Nazirah Baharudin Pusat Pembangunan Komuniti Pengenalan You are what you eat. Begitulah tajuk sebuah rancangan televisyen di British tentang tabiat buruk

Lebih terperinci

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu. PruBSN Anugerah Sentiasa disisimu. PruBSN Anugerah Mulakan langkah pertama untuk melindungi diri anda daripada perkara-perkara tidak terduga ketika anda menempuhi pengembaraan tanpa kerisauan dengan PruBSN

Lebih terperinci

PERSIDANGAN AIDS KEBANGSAAN 2014 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA COMMUNITY ACTION ON HARM REDUCTION (CAHR)

PERSIDANGAN AIDS KEBANGSAAN 2014 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA COMMUNITY ACTION ON HARM REDUCTION (CAHR) KELAB SAHABAT META PERSIDANGAN AIDS KEBANGSAAN 2014 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA COMMUNITY ACTION ON HARM REDUCTION (CAHR) PENGENALAN Kelab Sahabat Meta merupakan sebuah ahli gabungan Majlis AIDS Malaysia

Lebih terperinci

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD (TAMBAHAN itu) TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu") NOTIS PENTING: Untuk mengakses dan / atau menggunakan Perkhidmatan Awan ini (seperti

Lebih terperinci

Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+

Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+ Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+ KESIHATAN KULIT Penembusan mendalam ke dalam kulit anda, semburan ajaib untuk memadamkan tanda-tanda penuaan

Lebih terperinci

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak di Sekolah Chiam Heng Keng SUHAKAM Simposium Hak Kanak-kanak: Menjana Pemikiran 7-8 April 2008, Kuala Lumpur Dasar Merupakan prinsipprinsip untuk membuat

Lebih terperinci