BAB 2 SINTAK DAN SEMANTIK PROLOG

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "BAB 2 SINTAK DAN SEMANTIK PROLOG"

Transkripsi

1 BAB 2 SINTAK DAN SEMANTIK PROLOG Pengenalan Setelah anda mendapat gambaran umum tentang bahasa pengaturcaraan Prolog dalam bab sebelum ini, seterusnya kita akan beralih kepada sintak dan semantik yang disediakan oleh Prolog. Sintak merujuk kepada objek data yang disediakan oleh Prolog dan bagaimana operasi padanan dilaksanakan terhadap objek data ini. Semantik pula memberi penghuraian dari segi makna deklaratif dan makna prosidur bagi sesuatu aturcara Prolog Secara ringkasnya, bab ini memberi penekanan yang sistematik terhadap konsep asas Prolog dari segi sintak dan semantik, juga memperkenalkan objek data berstruktur. Topik-topik merangkumi: Objek data mudah (atom, nombor, pemboleh ubah) Objek berstruktur Padanan sebagai operasi asas bagi objek Objektif Di akhir bab ini anda dapat: 1. Mengetahui pengkelasan objek data dalam Prolog. 2. Mengetahui operasi padanan yang dilaksanakan terhadap objek data. 3. Membezakan semantik aturcara Prolog dari aspek deklaratif dan prosidur. 2.1 Objek Data Rajah 2.1 menunjukkan pengkelasan objek data dalam Prolog. Prolog mengenali sesuatu jenis objek dalam program melalui bentuk sintatik. Oleh itu, terdapat perbezaan format sintatik untuk setiap jenis objek data yang disediakan oleh sistem Prolog. 13

2 objek data objek mudah struktur pemalar pembolehubah atom nombor Rajah 2.1: Objek data dalam Prolog Atom dan Nombor Satu atom adalah unit terkecil yang diberi maklumat dalam aturcar Prolog. Atom boleh dibina dalam tiga cara iaitu: 1. Rentetan abjad, digit dan aksara baris bawah (underscore) dan atom mesti bermula dengan huruf kecil. Atom ini dikenali sebagai konstan. Contohnya: ahmad fatima a123 a_123 sains_komputer kecerdasan_buatan 2. Rentetan untuk aksara istimewa. Contohnya: = = = = < = = = =>.:. <-> Perhatian hendaklah diberikan apabila menggunakan aksara ini kerana terdapat sesetengah akasara istimewa yang telah ditekrifkan terlebih dahulu dalam bahasa pengaturcaraan Prolog seperti tanda :-. 3. Rentetan untuk aksara yang dikurungi oleh satu quotes. Selalunya diguna sekiranya ingin memulakan satu atom dengan satu huruf besar. Contohnya: 'AHMAD' 'Universiti Kebangsaan Malaysia' 'Malaysia' 'Kecerdasan_Buatan' Nombor yang diguna dalam Prolog terdiri daripada nombor integer, dan nombor nyata. Sintak bagi nombor integer adalah seperti contoh berikut: Tidak semua nombor integer boleh diwakilkan dalam komputer. Oleh yang demikianjulat nombor integr dihadkan di antara nombor yang paling kecil dan nombor yang paling besar 14

3 bergantung pada jenis implementasi Prolog. Pada kebiasaannya, julat yang dibenarkan ialah dan Nombor nyata juga bergantung pada implementasi Prolog. Sintak bagi nombor nyata adalah seperti contoh berikut: Nombor nyata tidak diguna secara meluas dalam pengaturcaraan Prolog kerana Prolog merupakan satu bahasa pengaturcaraan untuk masalah simbolik dan pengiraan bukan numerik. Untuk pengiraan simbolik, nombor integer biasanya diguna sebagai contoh untuk mengira bilangan item dalam senarai tetapi masih terdapat keperluan yang minimum dalam penggunaan nombor nyata Pembolehubah Satu pembolehubah mewakili satu elemen tidak spesifik dalam dunia. Ia tidak mempunyai satu nilai yang jelas dan mengambil sebarang nilai yang diperlukan. Pembolehubah adalah rentetan yang terdiri dari abjad, digit dan aksara baris bawah. Pembolehubah mesti bermula dengan huruf besar. Contohnya: Ahmad Fatima A123 A_123 Sains_komputer _saya Sekiranya satu pembolehubah muncul dalam klausa sekali sahaja (tidak perlu khuatir sama ada nilainya digunakan atau tidak), ia tidak perlu diberi nama. Pemboleubah tersebut diberi nama sebagai 'pemboleubah hantu' atau anonymous variable dan ia ditulis sebagai satu aksara baris bawah sahaja. Sebagai contoh, pertimbangkan peraturan di bawah: ada_anak(x) :- ibubapa(x,y) {X mempunyai anak sekiranya X adalah ibubapa Y} Peraturan ini menyatakan bahawa: Untuk semua X, X mempunyai anak jika X adalah ibubapa kepada Y. Kita telah mentakrifkan satu cirri untuk hubungan ada_anak iaitu ia tidak bergantung kepada nama anak. Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk menggunakan pembolehubah hantu. Klausa di atas boleh ditulis semula sebagai: ada_anak(x) :- ibubapa(x,_) {Tidak perlu tahu nama anak } Setiap kali aksara baris bawah diguna dalam klausa, ia mewakili pembolehubah hantu yang baru. Sebagai contoh, kita boleh katakana bahawa seseorang itu mempunyai anak jika terdapat dua objek dan satu objek itu merupakan ibubapa kepada objek yang lagi satu. Klausa ini boleh ditulis sebagai: 15

4 seseorang_ada_anak(x) :- ibubapa(_,_). Adalah setara jika ditulis sebagai: seseorang_ada_anak(x) :- ibubapa(x,y). Skop leksikal bagi satu pembolehubah adalah satu klausa. Sebagai contoh, sekiranya pembolehubah X15 muncul dalam dua klausa, maka ia menunjukkan dua pembolehubah yang berbeza. Tetapi, setiap kemunculan X15 dalam satu klausa yang sama, bermakna pembolehubah itu mempunyai satu maksud yang sama. 2.2 Objek Berstruktur Struktur adalah objek yang mengandungi satu atau lebih komponen. Komponen struktur bagi sesuatu objek juga boleh terdiri daripada struktur. Sebagai contoh tarikh boleh digambarkan sebagai satu struktur yang terdiri daripada tiga komponen: hari, bulan dan tahun. Walaupun digubah dalam bentuk komponen, struktur masih juga dirujuk oleh aturcara Prolog sebagai satu objek. Untuk menggabungkan kesemua komponen kepada satu objek, kita perlu menggunakan functor iaitu satu simbol yang mempunyai sintaks yang sama seperti atom. Functor yang sesuai bagi contoh di atas ialah tarikh. Dengan itu tarikh 20 November 1966 boleh ditulis sebagai: tarikh(20, november,1966). Struktur tarikh boleh digambarkan seperti Rajah 2.2 dan Rajah 2.3 di bawah. tarikh 20 november 1966 Rajah 2.2: Tarikh sebagai contoh objek berstruktur dalam bentuk pohon tarikh(20,november,1966) functor argumen Rajah 2.3: Tarikh sebagai contoh objek berstruktur dalam Prolog 16

5 Komponen dalam struktur tarikh terdiri daripada dua integer dan satu atom. Komponen juga boleh terdiri daripada pembolehubah dan struktur lain. Sebarang hari dalam bulan November boleh diwakilkan dalam struktur sebagai: tarikh(hari, november, 1966). Perhatikan Hari adalah pembolehubah dan boleh digantikan dengan sebarang objek semasa pelaksanaan aturcara Prolog. Kaedah penstrukturan sata ini ringkas dan berkesan. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Prolog diguna dalam masalah yang melibatkan manipulasi simbolik. Secara sintaknya, semua objek data dalam Prolog dikenali sebagai terms. Contohnya november dan tarikh(20,november,1966). Kesemua objek berstruktur boleh digambarkan dalam bentuk pohon (rujuk Rajah 2.2). Akar bagi pohon adalah functor, dan anak kepada akar adalah komponen. Jika komponen juga merupakan satu struktur, maka akan terdapat subpohon bagi keseluruhan objek berstruktur tersebut. Struktur yang berbeza boleh menggunakan nama functor yang sama. Sistem Prolog dapat mengenalpasti perbezaan di antara struktur ini mengikut bilangan komponen dan seterusnya menterjemahkan nama functor ini sebagai nama yang berbeza. Ini adalah kerana setiap functor ditakrifkan oleh dua perkara iaitu: (1) nama iaitu sintaknya adalah atom (2) ariti iaitu bilangan argumen Berikut adalah contoh dua struktur yang mempunyai nama functor yang sama tetapi berbeza dari segi bilangan argumen. Sistem Prolog akan menterjemahkan struktur ini sebagai dua struktur yang berbeza kerana bilangan argumen untuk struktur yang pertama ialah tiga dan bilangan argumen untuk struktur yang kedua ialah dua. ibubapa(aliya,johan,suhaila). ibubapa(johan, suhaila). Kedua-dua struktur dikatakan serupa sekiranya mengandungi nama functor dan bilangan ariti yang sama. 2.3 Padanan Dalam seksyen yang lepas, kita telah lihat bagaimana terms diguna untuk mewakili objek data. Operasi penting bagi terms ialah padanan. Jika diberi dua terms, kita katakan kedua-duanya berlaku padanan apabila: (1) kedua-dua terms sama (2) pembolehubah bagi kedua-dua terms boleh diwakilkan kepada objek dalam keadaan di mana selepas penggantian pembolehubah kepada objek, terms menjadi sama. Sebagai contoh, terms tarikh(h,b,1966) dan tarikh(h1,november,y1) adalah sepadan. Satu perwakilan yang membuatkan kedua-dua terms sama ialah: 17

6 D diwakilkan kepada D1 M diwakilkan kepada november Y1 diwakilkan kepada 1966 Sebaliknya, terms tarikh(h,b,1966) dan tarikh(h1,b1,1997) tidak sepadan kerana 1996 tidak sama dengan 1997 walaupun H boleh digantikan dengan H1 dan B boleh digantikan dengan B1.Begitu juga dengan terms tarikh(x,y,z) dengan titik(x,y,z) adalah tidak sepadan kerana nama hubungan atau predikat tidak sama walaupun nama argumen iaitu X, Y, Z dan bilangan ariti sama bagi kedua-dua predikat tarikh dan titik tersebut. Padanan merupakan proses yang mengambil input dua terms dan menyemak sama ada sepadan atau tidak. Jika terms tidak sepadan, kita katakan proses padanan gagal. Jika kedua-dua input sepadan, kita katakan proses padanan ini berjaya dan pembolehubah dalam kedua-dua terms akan diwakilkan dengan nilai yang sepadan bagi membolehkan kedua-duannya terms tersebut sama. Kita pertimbangkan semula padanan dua terms tarikh dan lakukan pertanyaan dalam Prolog dengan menggunakan operator =.?-tarikh(h,b,1966) = tarikh(20,november,t1). Prolog akan menberi jawapan: H = 20 B = november T1 =1966 Peraturan umum untuk menentukan bahawa dua terms, S dan T sepadan ialah: (1) Jika S dan T adalah konstan, maka S dan T sepadan hanya jika kedua-duanya adalah objek yang sama. (2) Jika S adalah pemboleh ubah dan T adalah sebarangan, maka kedua-duanya akan sepadan dan S diwakilkan dengan T. Jika T pula merupakan pemboleh ubah, maka T akan diwakilkan dengan S. (3) Jika S dan T adalah struktur, maka kedua-duanya akan sepadan hanya jika: (a) S dan T mempunyai nama functor yang sama dan (b) semua komponen yang bersesuaian bagi S dan T adalah sama. 18

7 2.4 Rumusan Sehingga kini anda telah mempelajari objek-objek mudah dalam Prolog seperti atom, pembolehubah dan nombor. Objek berstruktur pula diguna untuk mewakilkan objek yang mengandungi beberapa komponen. Di samping itu Bab 2 juga membincangkan proses padanan yang dilakukan bagi menggantikan sesuatu terms dengan terms yang lain dan memperolehi jawapan daripada pertanyaan yang dikemukakan dalam bahasa pengaturcaraan Prolog. Bab seterusnya akan mengenengahkan cara-cara memulakan pengaturcaraan dalam persekitaran Prolog. Latihan 1. Terangkan dengan ringkas jenis-jenis objek data. 2. Bagi setiap objek di bawah, nyatakan jenis objek data tersebut samada atom, nombor, pemboleh ubah atau struktur. a. Aisyah b. aisyah c. Aisyah d. _aisyah e. makan(aisyah,nasi) f Bagaimanakan proses padanan dilakukan dalam aturcara Prolog. 19

BAB 2 SINTAKs DAN LOGIKA PROLOG

BAB 2 SINTAKs DAN LOGIKA PROLOG BAB 2 SINTAKs DAN LOGIKA PROLOG 2.1 Pengenalan Setelah anda mendapat gambaran umum tentang bahasa pemprograman Prolog, maka seterusnya kita akan membahas sintak dan logika yang disediakan oleh Prolog.

Lebih terperinci

BAB 4 SENARAI, OPERATOR DAN ARITMETIK. Pengenalan. Objektif. 4.1 Perwakilan Senarai. TS Sistem Cerdas

BAB 4 SENARAI, OPERATOR DAN ARITMETIK. Pengenalan. Objektif. 4.1 Perwakilan Senarai. TS Sistem Cerdas BAB 4 SENARAI, OPERATOR DAN Pengenalan ARITMETIK Bab ini membincangkan notasi khas untuk senarai yang merupakan satu bentuk struktur yang paling mudah dan berguna. Operasi-operasi asas senarai turut dibincangkan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PROLOG

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PROLOG BAB 1 PENGENALAN KEPADA PROLOG Pengenalan Unit ini agak berbeza dengan unit-unit yang lain dalam modul ini kerana ia lebih memberi penekanan kepada aspek pengaturcaraan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan

Lebih terperinci

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT211/CPM311/CPP201 Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT211/CPM311/CPP201 Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003 September 2002 CPT211/CPM311/CPP201 Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan Masa : 2 jam ARAHAN KEPADA CALON: Sila pastikan

Lebih terperinci

DEFINISI PENDEKATAN ELEMEN ASAS

DEFINISI PENDEKATAN ELEMEN ASAS 5.0 PENGATURCARAAN DEFINISI ARAS & GENERASI Aras Rendah (Generasi 1 & 2) PENDEKATAN Aras Tinggi (Generasi 3,4 & 5) PENTERJEMAH Penghimpun Pentaksir Pengkompil FASA PEMBANGUNAN 5 Fasa ELEMEN ASAS Berstruktur

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (SESI OKTOBER 2013)

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (SESI OKTOBER 2013) PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (SESI OKTOBER 2013) STRUKTUR DATA DAN ALGORITMA KCS1213 NAMA PENSYARAH : NO MATRIK :. PROGRAM :.. TEMPAT :. FEBRUARI 2014 TEMPOH : 3 JAM ARAHAN: 1. Calon dikehendaki membaca

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang digunakan secara menyeluruh terhadap data kajian ini. Bab ini juga merangkumi maklumat

Lebih terperinci

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis penggunaan kohesi dalam karangan bahasa Tamil Tingkatan 3. Aspek-aspek

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau

Lebih terperinci

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki:

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki: Bab Perwakilan Data Modul PdP Melalui "Key Point". Sistem perpuluhan dikenali sebagai Sistem Asas kerana mempunyai sepuluh pilihan digit daripada hingga 9. Nilai sesuatu digit dalam sistem perpuluhan dikira

Lebih terperinci

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN Kognitif TIGA DOMAIN PENGUJIAN - bidang mengenai pengetahuan, faktafakta, teori dan kefahaman - merujuk secara langsung kepada Taksonomi Bloom (pengetahuan,

Lebih terperinci

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang diguna pakai dalam kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

BAB 4 SUSUNAN, OPERATOR DAN ARITMATIKAA

BAB 4 SUSUNAN, OPERATOR DAN ARITMATIKAA BAB 4 SUSUNAN, OPERATOR DAN ARITMATIKAA 4.1 Pengenalan Bab ini membicarakan notasi khusus untuk susunan yang merupakan satu bentuk struktur yang paling mudah dan berguna. Operasi-operasi dasar susunan

Lebih terperinci

Kriteria Belanjawan Modal

Kriteria Belanjawan Modal Topik 6 Kriteria Belanjawan Modal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menentukan kebolehterimaan projek baru berdasarkan tempoh bayar balik, nilai kini bersih, indeks keberuntungan

Lebih terperinci

2.0 PERWAKILAN DATA PROGRAM LATIHAN GURU ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

2.0 PERWAKILAN DATA PROGRAM LATIHAN GURU ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PROGRAM LATIHAN GURU ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk Topik 2.0 PERWAKILAN DATA 2.1 SISTEM NOMBOR PERDUAAN A. Objektif Pada akhir sesi ini,

Lebih terperinci

Secara khususnya, kepentingan keperluan komunikasi itu dapat kita senarai seperti berikut :

Secara khususnya, kepentingan keperluan komunikasi itu dapat kita senarai seperti berikut : E3007 FUNGSI PENGURUSAN 4.0 PENGENALAN merupakan perkara yang amat penting bagi sesebuah organisasi. Tanpa satu sistem komunikasi yang berkesan, akan menyebabkan proses perancangan sesebuah organisasi

Lebih terperinci

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini. 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal

Lebih terperinci

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN CATATAN ANALISIS KANDUNGAN LAMPIRAN C Butiran Dokumen KERJA PROJEK SEJARAH KST TAHUN 2006 NAMA PELAJAR : P1 TAJUK : PERISTIWA 13 MEI BILANGAN : 1 Catatan Analisis Kandungan Soalan/ Komen Semakan secara

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Paparan visual merupakan salah satu aspek penting dalam bidang grafik komputer dan animasi maya. Pelbagai kajian telah dilaksanakan oleh ramai penyelidik dalam usaha untuk

Lebih terperinci

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN 2015 JABATAN PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PROFESION KEGURUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Disediakan oleh: Dr Ramesh Rao Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Profesionalisme

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Setiap kapal yang berlayar masuk atau keluar ke pelabuhan akan menggunakan laluan tertentu yang lazimnya disediakan oleh pihak pengurusan pelabuhan. Laluan tersebut

Lebih terperinci

Teknologi Pengajaran (2 jam)

Teknologi Pengajaran (2 jam) TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam) Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan

Lebih terperinci

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober Masa: 3jam

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober Masa: 3jam ANGKA GILIRAN: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005 Oktober 2004 IUK 105 - Aplikasi Komputer Perindustrian Masa: 3jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk 8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik (Bhasah, 2007). Dalam kajian tindakan ini, saya menganalisis semua

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK TINGKATAN 1 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

Lebih terperinci

M A N U A L PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KONTRAK 3K (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA

M A N U A L PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KONTRAK 3K (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA M A N U A L PENGGUNA SISTEM (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA * B a h a g i a n A u d i t D a l a m * K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a

Lebih terperinci

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang BAB IV METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan. Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan XML secara pantas telah menjadi satu piawaian bagi perwakilan dan pertukaran data. Ia menyediakan satu format yang diterima bagi mempersembahkan kedua-dua struktur dan kandungan

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan. PENGENALAN Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Seorang guru perlu menguasai kemahiran

Lebih terperinci

PENGENALAN KEPADA RESIPAN

PENGENALAN KEPADA RESIPAN C4008/1/1 UNIT 1 PENGENALAN KEPADA RESIPAN OBJEKTIF Objektif Am : Memahami tentang resipan dalam tanah Objektif Khusus :Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- 1. menyatakan maksud resipan dalam tanah.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP KANDUNGAN Muka Surat 1. Pendahuluan 1 2. Pengenalan 2 3. Proses Kerja Penilaian 4 4. Kaedah Penilaian 5 5. Penetapan

Lebih terperinci

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat. Berdasarkan dari dapatan kedua-dua bahagian di atas, jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar tidak mampu menterjemah perkataan Arab berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Di antara keistimewaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) ialah kemampuannya untuk melakukan analisis spatial terhadap entiti seperti poligon, garisan dan juga titik (polygon/line/point

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 8 Kos Modal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasikan prinsip dalam menentukan kos modal; 2. Mengira kos hutang, kos saham biasa dan kos saham keutamaan;

Lebih terperinci

015/025/035 MATEMATIK

015/025/035 MATEMATIK 015/025/035 MATEMATIK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 015 (SK), 025 (SJKC), 035 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 40 Masa : 40 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas

Lebih terperinci

Panduan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 (April Mei 2012) Huraian Senarai dan Catatan Pelarasan.

Panduan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 (April Mei 2012) Huraian Senarai dan Catatan Pelarasan. Hakcipta http://mhdazlan.wordpress.com Panduan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 (April Mei ) Huraian Senarai dan Catatan Pelarasan. Merujuk pada muka surat 2 soalan tugasan, item no 1, pelarasan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ukur tanah secara umumnya didefinisikan sebagai satu seni dan sains pengukuran untuk menentukan kedudukan relatif sesuatu objek di atas permukaan bumi serta mempersembahkannya

Lebih terperinci

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain

Lebih terperinci

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir : Mukasurat : 2 dari 13 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini disediakan bertujuan untuk menjelaskan kaedah menyediakan soalan peperiksaan akhir bagi mata pelajaran yang ditawarkan oleh FPPSM mengikut standard yang

Lebih terperinci

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST102 Pengantar Sistem Pengendalian & Komunikasi Data

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST102 Pengantar Sistem Pengendalian & Komunikasi Data UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2001/2002 April 2002 CST102 Pengantar Sistem Pengendalian & Komunikasi Data Masa : 3 jam ARAHAN KEPADA CALON: Sila pastikan

Lebih terperinci

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak BESAR dan kecil Oleh Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Joji, seorang murid tahun 5 menghadapi masalah menulis huruf

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA 9.1 Sinopsis Data yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak supaya apa yang dimasukkan adalah betul, sebelum analisis data dibuat.

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS PUSAT PENGETAHUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (2017) ISI KANDUNGAN 1 PENDAHULUAN... 3 1.1 PENGENALAN... 3 1.2 SKOP... 3 1.3

Lebih terperinci

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Huraian tentang latar belakang / konteks hendaklah memberikan maklumat berkaitan senario kajian Ciri-ciri sekolah iaitu latar belakang

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan FELDA iaitu singkatan kepada Lembaga Kemajuan dan Tanah Persekutuan dimana ia ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956 telah dipertanggungjwab untuk memajukan tanah-tanah

Lebih terperinci

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN 7.0 PENDAHULUAN Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan pendekatan

Lebih terperinci

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej Zuraini Ali Shah 1, Syarifah Zyurina Nordin 2 dan Norhanim Abdul Samat 3 Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Takzim 1 zuraini@fsksm.utm.my,

Lebih terperinci

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR LAMPIRAN I PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR Mula 1 Dekan Pusat Pengajian keluarkan arahan kepada setiap Pensyarah untuk sediakan soalan mengikut kurikulum yang dipersetujui.

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL KEMAHIRAN ASAS MENGIRA ProTiM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM 3M ProTiM MODUL KEMAHIRAN ASAS MENGIRA (Edisi Ketiga) TERBITAN

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kesedaran mengenai betapa pentingnya latihan di Malaysia menyebabkan organisasi-organisasi awam mahupun swasta mewujudkan pusat latihan untuk melatih tenaga kerja menurut

Lebih terperinci

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem Pengurusan Pusat Tuisyen ini merupakan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bidang Information Extraction (IE) adalah satu bidang yang melakukan proses pengekstrakan maklumat daripada data digital. Youn (1992) mendefinisikan pengekstrakan maklumat

Lebih terperinci

JAL 533/ JAJ 433/3 Kajian Ekonomi Lebuhraya & Pengangkutan

JAL 533/ JAJ 433/3 Kajian Ekonomi Lebuhraya & Pengangkutan UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester II Sidang Akademik 2001/2002 FEBRUARI / MAC 2002 JAL 533/ JAJ 433/3 Kajian Ekonomi Lebuhraya & Pengangkutan Masa : 3 jam Arahan :- 1. Sila pastikan kertas

Lebih terperinci

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor 1. Nama Guru : Rohaiza Azlina Binti Zakaria 2. Nama Sekolah : Sk. Syed Ibrahim, Pendang, Kedah 3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor 6. Tajuk : Tulis, Sapu dan Kira 7. SINOPSIS

Lebih terperinci

KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH)

KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH) C4008/13/1 UNIT 13 KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH) OBJEKTIF Objektif Am : Menggunakan Kaedah Analisis Tegasan Jumlah untuk mendapatkan faktor keselamatan cerun Objektif Khusus : Di akhir unit

Lebih terperinci

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2 3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2 BENTUK KERTAS SOALAN Kertas soalan Prinsip Perakaunan 3756/2 mengandungi 6 soalan dan dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi 4 soalan yang wajib

Lebih terperinci

TAKLIMAT 1 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI

TAKLIMAT 1 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI TAKLIMAT 1 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI SEMESTER 1 SESI 2012/2013 (4 Februari 2013 27 April 2013) SEMESTER 2 SESI 2012/2013 (1 Julai 2013-21 September 2013) 1 Pengenalan LI merupakan kursus

Lebih terperinci

TOPIK 8 : KETAKSAMAAN DAN PENGATURCARAAN LINEAR

TOPIK 8 : KETAKSAMAAN DAN PENGATURCARAAN LINEAR PERBEZAAN ANTARA PERSAMAAN LINEAR DENGAN KETAKSAMAAN LINEAR Persamaan Linear Ketaksamaan Linear Simbol = m + c Ada simbol = > (Lebih besar) < (Lebih kecil) (Lebih besar atau sama dengan) (Lebih kecil atau

Lebih terperinci

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM 1 EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM 1 Abdul Afiq Asyrani Bin Abdul Halim, 2 Mohd Aizaini Maarof 1,2 Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310, Johor Bharu, Johor,

Lebih terperinci

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU A. PANDUAN PERMOHONAN PENERBITAN BUKU Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditubuhkan dengan matlamat menjadi sebuah penerbit universiti yang terpandang

Lebih terperinci

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal Topik 7 Aliran Tunai Pembelanjawan Modal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasikan garis panduan dalam anggaran aliran tunai; 2. Menjelaskan aliran perbelanjaan

Lebih terperinci

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN PENGURUSAN PROJEK 10.0 PENGENALAN Unit ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai elemen-elemen pengurusan projek yang berikut :- 1. Perancangan dan kitar kawalan dalam pengurusan projek 2.

Lebih terperinci

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 200412005 Mac 2005 PGT 303 - Pengantar an dan Kajian Tindakan Masa : 2 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Hakmilik strata menurut kuatkuasa Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985 (Akta 318) adalah manifestasi pecah bahagi bangunan berbilang tingkat kepada petak-petak strata dalam

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 5 JAYA DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA DAN KATA SOAL Oleh Zalekha binti Haji Elie Sek. Keb. Abang Aing, 95000 Sri Aman Abstrak Kajian tindakan

Lebih terperinci

Makluman. Kandungan manual ini mungkin akan berubah, dari masa ke semasa agar selaras. dengan polisi kehadiran KPTM. Tarikh manual: 30 Jun 2016

Makluman. Kandungan manual ini mungkin akan berubah, dari masa ke semasa agar selaras. dengan polisi kehadiran KPTM. Tarikh manual: 30 Jun 2016 Makluman Kandungan manual ini mungkin akan berubah, dari masa ke semasa agar selaras dengan polisi kehadiran KPTM Tarikh manual: 30 Jun 2016 Manual Pengguna 1 Sistem Kehadiran Biometrik Tarikh Kemaskini:

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat Pensyarah Secara Sistematik Berasaskan Sistem Bantuan Keputusan (SBK) Berkumpulan dibangunkan berdasarkan proses penilaian kenaikan pangkat

Lebih terperinci

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan bahasa Melayu dalam konteks tanya-jawab di bilik darjah.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Terdapat pelbagai definisi kualiti yang diutarakan oleh guru-guru kualiti dalam disiplin ilmu kualiti. Akan tetapi secara umumnya, kualiti boleh dirujuk sebagai sebagai

Lebih terperinci

Rajah 1: Carta Aliran Proses Kerja Sistem eaudit MULA. Log masuk ke Sistem eaudit. Pilih menu Maklumat Audit

Rajah 1: Carta Aliran Proses Kerja Sistem eaudit MULA. Log masuk ke Sistem eaudit. Pilih menu Maklumat Audit Rajah 1: Carta Aliran Proses Kerja Sistem eaudit MULA Log masuk ke Sistem eaudit Pilih menu Maklumat Audit Pilih Sesi Audit dan daftarkan lokasi baru jika lokasi tiada dalam Senarai Lokasi Diaudit Pilih

Lebih terperinci

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat, BAB PERTAMA PENGENALAN 1. 0 PENDAHULUAN Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat, jumlat fi liyyat dan syibh al-jumlat. Ada dua unsur penting dalam pembentukan jumlat

Lebih terperinci

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA 2.1 ASET Definisi: Merupakan sumber ekonomi (barangan bernilai) yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Kajian ini menggunakan metodologi secara perpustakaan sahaja iaitu kajian yang tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan masa dan tidak

Lebih terperinci

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang 6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan teknik ENIS untuk membantu murid menguasai kemahiran dan kefahaman konsep pendaraban bagi sifir darab 2 hingga 5. Saya telah memberi

Lebih terperinci

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD. A. R A S H I D R A H M A N PENJALANAN IHAN M MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD. KANDUNGAN Senarai Jadual Senarai Contoh Senarai Rajah Kata Pengantar xvii xvii xviii xix Bahagian I - PENGENALAN SISTEM PILIHAN

Lebih terperinci

Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 5 Analisis Risiko HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinasikan risiko dan pulangan; 2. Mengaplikasikan ukuran statistik dalam menentukan risiko dan pulangan dalam

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK TINGKATAN 2 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

Lebih terperinci

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN Pendahuluan Modul ini merupakan asas kepada kerja buat setiap individu dalam organisasi yang ingin memastikan hasil kerja yang dilakukannya berimpak besar.

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK EMAS SAHAJA) isejahtera. Permohonan Program Anak Emas Secara Atas Talian

MANUAL PENGGUNA (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK EMAS SAHAJA) isejahtera. Permohonan Program Anak Emas Secara Atas Talian MANUAL PENGGUNA (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK EMAS SAHAJA) isejahtera Permohonan Program Anak Emas Secara Atas Talian http://isejahtera.penang.gov.my Oleh: HakMilik Pejabat Setiausaha

Lebih terperinci

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah Topik 7 Pengurusan Bilik Darjah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah; 2. Mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengelolaan acara sukan yang cekap dan berkesan adalah elemen terpenting dalam penganjuran sesuatu kejohanan sukan. Dalam era teknologi maklumat yang berkembang pesat

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA (PTJ)

MANUAL PENGGUNA (PTJ) MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PTJ) Jabatan Bendahari FEBRUARI 2012 KANDUNGAN - PTJ TAJUK MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN SISTEM 2 2.0 CARIAN 3 Langkah 1 : Tukar Jabatan 3 Langkah 2 : Carian permohonan 3 3.0

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia 1 GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia 2 Cetakan Pertama 2016 Hak Cipta Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian

Lebih terperinci

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini

Lebih terperinci

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK OH, ITUNYA DARAB! Oleh Chai Mei Ling ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu Liu menguasai kemahiran mendarab. Dalam kajian ini, teknik yang digunakan untuk membantu Liu menguasai kemahiran mendarab adalah

Lebih terperinci

BAB 3 Teknik Perwakilan Pengetahuan Logik

BAB 3 Teknik Perwakilan Pengetahuan Logik BAB 3 Teknik Perwakilan Pengetahuan Logik Pengenalan Logik simbolik mengandungi 2 cabang iaitu Logik usulan dan Logik predikat. Logik usulan mengambil usulan sebagai satu unit tunggal. Manakala Logik predikat

Lebih terperinci