BAB LIMA PENUTUP. dirumuskan dan dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:-

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

CHIA CHONG YANG A143398

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

ARAHAN: ( )

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

Model Pengurusan Strategik

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

BAB 5 PENUTUP. Bab ini merupakan kesimpulan dan rumusan terhadap permasalahan Saudara Baru

Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

UNIT FALAK, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM MENYEBARKAN ILMU FALAK DALAM ALAM MELAYU

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Transkripsi:

BAB LIMA PENUTUP 5.1 KESIMPULAN Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dilakukan, beberapa kesimpulan telah dapat dirumuskan dan dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:- 5.1.1 Realiti Masyarakat Islam Di Selatan Thailand Hasil kajian mendapati masyarakat Islam di Selatan Thailand merupakan masyarakat majoriti. Mereka menggunakan bahasa Melayu dialek Patani sebagai bahasa pertuturan seharian. Mereka mempunyai kedudukan dan latar belakang sejarah, bahasa, bangsa, agama dan budaya yang tersendiri, berbeza dengan wilayah-wilayah lain di Thailand. Semenjak Selatan Thailand berada di bawah pentadbiran kerajaan Thailand keadaannya sentiasa bergolak sehingga kini. Kajian ini juga mendapati sebelum agama Islam bertapak sebagai agama anutan di negeri Patani, kepercayaan dinamisme, animisme dan agama Hindu-Buddha telah dianuti oleh raja dan rakyat. Adalah dipercayai kedatangan Islam ke negeri Patani bermula melalui pedagang-pedagang Muslim yang datang berdagang dengan negeri Patani sama ada dari negara Arab, India, Parsi, China dan Jawa. Apabila raja menganut agama Islam maka rakyat jelata yang belum menganut agama Islam pun turut menganut agama Islam dan syariat Islam mula berkembang dan diamalkan sedikit demi sedikit sehingga kini. Kedatangan Islam ke negeri Patani lebih awal dari negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa perkembangan penting lain yang didapati oleh pengkaji dalam kajian ini adalah: Dari aspek agama, tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian kecil kesan agama Hindu-Buddha, amalan khurafat, syirik dan bidaah masih wujud dalam masyarakat Islam di Selatan Thailand sehingga kini. Di samping itu juga, masih ramai umat Islam di Selatan 219

Thailand belum mengetahui ilmu agama dan belum memahami agama Islam secara syumul iaitu agama Islam sebagai suatu cara hidup yang merangkumi semua aspek hidup sama ada politik, ekonomi, cara bermasyarakat dan sebagainya. Kefahaman mereka terbatas, mereka hanya memahami Islam sekadar mempercayai rukun Iman yang enam perkara dan melaksanakan rukun Islam yang lima perkara sahaja. Walau bagaimanapun, secara umumnya amalan penghayatan Islam masyarakat Islam di Selatan Thailand masih kuat bahkan lebih baik daripada 20 tahun dahulu kerana penekanan kefahaman melalui sumber asal iaitu al-quran dan sunah dengan memberi tafsiran dan ulasan yang diambil perhatian serius oleh pendakwah-pendakwah sekarang. Manakala kegiatan dakwah pada masa kini, sesetengah kegiatan dakwah yang pernah di anjurkan oleh masyarakat Islam terhenti kerana situasi yang tidak aman dan selamat. Walau bagaimanapun, secara umumnya kegiatan dakwah kepada masyarakat bertambah meningkat berbanding 10 tahun dahulu kerana pelbagai pendekatan alternatif baru yang berbentuk media massa turut digunakan pada masa era globalisasi ini sama ada TV, radio, VCD, CD dan internet mengikut kemampuan yang sedia ada. Dalam aspek bahasa, tidak boleh dinafikan bahasa Melayu dialek Patani pada masa kini sedang mengalami kepupusan kerana banyak perkataan Thai telah dimasukkan ke dalam bahasa Melayu sehingga menjadi bahasa rojak dalam pertuturan. Terdapat ramai generasi muda berasa kekok dalam berbahasa Melayu dan ada juga yang langsung tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu dialek Patani namun mereka memahaminya. Walau bagaimanapun, kerajaan Thailand kini telah mengambil perhatian terhadap perkembangan bahasa Melayu walaupun hakikatnya ia tidak mencukupi untuk mempengaruhi generasi muda kerana pengaruh bahasa Thai sangat kuat. Manakala dalam aspek pendidikan, perkembangan pendidikan Islam dalam masyarakat Islam di Selatan Thailand semakin meningkat dan masyarakat mempunyai peluang yang sangat besar dalam menuntut ilmu agama yang dituntut oleh Allah SWT berbanding zaman dahulu. Pada zaman dahulu hanya masjid dan pondok sahaja yang 220

memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat. Namun, pada masa kini terdapat pelbagai institusi yang menawarkan pendidikan Islam kepada masyarakat, antaranya ialah masjid, pondok, tadika, sekolah agama swasta, sekolah kebangsaan dan universiti. Boleh dikatakan masyarakat Islam di Selatan Thailand berpeluang mempelajari ilmu agama semenjak kanak-kanak lagi sehingga dewasa. Di samping itu, masyarakat Islam boleh membuat pilihan untuk mempelajari ilmu agama sahaja atau mempelajari ilmu agama dan ilmu akademik secara integrasi. Dari aspek ekonomi pula, hasil pendapatan asas bagi masyarakat Islam di Selatan Thailand adalah bergantung kepada sektor pertanian. Kedudukan ekonomi masyarakat Islam di Selatan Thailand secara umumnya masih rendah berbanding wilayah-wilayah lain di Selatan Thailand. Bagi anggota masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan, mereka terpaksa mencari pekerjaan di Bangkok atau wilayah-wilayah lain atau bekerja di luar negara seperti Malaysia dan Arab Saudi. Manakala dari aspek perniagaan pula, terdapat banyak perniagaan yang dimiliki oleh masyarakat Islam sehingga boleh dikatakan semakin meningkat berbanding dahulu. Selain itu, terdapat ramai masyarakat Islam yang berpendidikan semakin mendapat tempat dalam sektor kerajaan di kawasan tempatan seperti menjadi guru, kerani dan lain-lain. Tambahan bagi, ekonomi umat Islam dilihat sedang berkembang pesat melalui koperasi-koperasi Islam, bank Islam dan bank swasta yang menawarkan kewangan Islam. Kewujudan institusi kewangan Islam tersebut, dapat membantu masyarakat Islam dari sudut kewangan bagi menjalankan aktiviti ekonomi yang bertepatan dengan kehendak syariat Islam. Manakala dalam aspek institusi dakwah pula, Majlis Agama Islam Wilayah di Selatan Thailand merupakan salah satu institusi dakwah yang mempunyai peranan penting sebagai peneraju utama dalam membimbing, membina, menjadi tempat perkhidmatan menerangkan maklumat dan menyelesaikan masalah kepada masyarakat Islam di Selatan Thailand yang berkaitan dengan hal ehwal agama. 221

5.1.2 Ismail Lutfi Japakiya Dan Pendekatan Dakwahnya Hasil kajian mendapati bahawa Ismail Lutfi adalah merupakan antara tokoh dakwah, pemimpin dan pemikir Islam yang sangat aktif, berperanan dan banyak memberi sumbangan dakwah, khususnya kepada masyarakat Islam di Selatan Thailand dan masyarakat Islam umumnya sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga seorang yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji seperti keikhlasan, kesabaran, kesungguhan, tawakal yang tinggi, komitmen, senyuman yang manis, berlapang dada, menggunakan masa yang berfaedah, visi yang jauh, amalan ibadat yang kuat dan sebagainya. Sumbangan dakwah yang sangat penting yang dilaksanakan oleh beliau adalah dengan menubuhkan UIY. UIY merupakan institusi pengajian tinggi swasta terawal yang menawarkan pengajian Islam dan pengajian-pengajian akademik yang diintegrasikan dengan pengajian Islam. Oleh yang demikian, tidak keterlaluan jika beliau dianggap sebagai seorang reformis dalam bidang pendidikan yang telah berjaya merubah sistem pendidikan Islam di negara Thailand ke arah yang lebih baik dan lebih tinggi. Di samping itu juga, boleh dikatakan dakwah beliau bukan dakwah sekadar idelogi dan retorik semata-mata bahkan dakwah beliau merupakan dakwah yang mengaplikasikan ideologi dan retorik menjadi kenyataan dalam kehidupan. Usaha dakwah yang dilakukan oleh Ismail Lutfi adalah melibatkan penggunaan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan keadaan sasaran untuk mencapai matlamatnya iaitu mengembalikan masyarakat Islam di Selatan Thailand kepada ajaran Islam yang syumul yang bersumberkan al-quran dan sunah serta mengikut minhaj salaf soleh sebagai landasan hidup seharian. Pendekatan dakwah yang digunakan oleh beliau adalah dakwah mendekati pemimpin masyarakat, dakwah bi al-hal, dakwah secara lisan, dakwah melalui penulisan, dakwah melalui pendidikan, dakwah melalui media elektronik. Daripada pendekatan dakwah tersebut, pendekatan pendidikan dilihat lebih dekat dan menyeluruh kepada seluruh lapisan masyarakat jika dibandingkan dengan pendekatan yang lain. Di samping itu juga, pendekatan pendidikan telah memberi faedah yang sangat besar kepada masyarakat Islam 222

di Selatan Thailand khususnya dan masyarakat Islam umumnya sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasil kajian juga mendapati secara umumnya Ismail Lutfi menggunakan pendekatan dakwah secara jemaah dan fardiyyah. Di samping itu juga, Ismail Lutfi merupakan seorang tokoh dakwah yang menggunakan pendekatan dakwah yang penuh berhikmah, bertoleransi, tepat dan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan masyarakat Islam di Selatan Thailand dalam menyebarkan dakwahnya. Oleh sebab itulah, masyarakat Islam di Selatan Thailand dari pelbagai lapisan telah tertarik dan terpengaruh dengan beliau manakala kalimah Wahabi yang dilabelkan kepada Ismail Lutfi semakin berkurang dan pudar. Justeru, pihakpihak yang sering melabelkan beliau sebagai orang yang tidak menghormati para ulama tempatan, Wahabi, pemecah belah masyarakat dan sebagainya mungkin boleh menilai kembali dasar dan kegiatan dakwah beliau secara keseluruhannya. 5.1.3 Faktor Tarikan Dakwah Ismail Lutfi Japakiya Hasil kajian yang berkaitan dengan faktor tarikan Ismail Lutfi dapat dirumuskan seperti berikut: 1. Faktor Pada Personaliti Hasil kajian mendapati purata min keseluruhan item pada personaliti ialah 1.257. Ini bermakna secara keseluruhannya responden tertarik dengan personaliti Ismail Lutfi. Faktor tarikan utama pada personaliti Ismail Lutfi mengikut kedudukan min dan 80 peratus ke atas pada skala sangat suka ialah ceramah, kelulusan akademik, akhlak umum, ilmu, kecerdikan dan suara. Hasil kajian juga mendapati Ismail Lutfi merupakan seorang tokoh dakwah yang mempunyai daya tarikan yang tinggi kerana beliau mempunyai penampilan fizikal yang tampan, penampilan peribadi yang mulia, status yang tinggi dan berkarisma. 223

2. Faktor Pada Isi Penyampaian Hasil kajian mendapati purata min keseluruhan item pada isi penyampaian ialah 1.302. Ini bermakna secara keseluruhannya responden telah tertarik dengan isi penyampaian Ismail Lutfi. Faktor tarikan yang utama pada isi penyampaian Ismail Lutfi mengikut kedudukan nilai min dan 80 peratus ke atas pada skala sangat suka ialah tafsir al-quran sahaja. Hasil kajian juga mendapati unsur jelas, mudah, keperluan menjadi unsur daya tarikan dalam tafsir al-quran yang disampaikan oleh Ismail Lutfi. 1. Faktor Pada Gaya Persembahan Mesej Hasil kajian mendapati purata min keseluruhan item pada gaya persembahan mesej ialah 1.385. Ini bermakna secara keseluruhannya responden tertarik dengan gaya persembahan mesej Ismail Lutfi. Faktor tarikan utama pada gaya persembahan mesej Ismail Lutfi mengikut kedudukan nilai min dan 80 peratus ke atas pada skala sangat suka ialah menggalakkan berbuat baik dan mengingati nikmat Allah SWT. 5.2 SARANAN KAJIAN Berdasarkan hasil kajian melalui disertasi ini, sebagaimana yang dipaparkan, pengkaji ingin memberikan beberapa saranan kepada pihak-pihak berkenaan untuk kebaikan bersama. Saranan-saranan itu adalah: 5.2.1 Saranan Kepada Pengkaji Yang Akan Datang 1. Kajian ini dilakukan ke atas seorang pendakwah yang masih hidup ialah Ismail Lutfi. Oleh itu, maklumat tentang aktiviti dan sumbangan dakwah beliau dalam kajian ini hanya terhad setakat tempoh masa kajian ini sahaja. Selain itu, kajian ini mendapati isi penyampaian tafsir al-quran beliau dapat memikat hati sasaran dan karya tafsir al-quran 224

menjadi fokas utama penulisan beliau. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan pengkaji yang akan datang mengkaji peranan dan sumbangan dakwah Ismail Lutfi terhadap masyarakat Islam di Thailand atau sumbangan Ismail Lutfi dalam pengajian tafsir. Di samping itu juga, pengkaji menyarankan pengkaji seterusnya menjalankan kajian seperti ini ke atas tokoh-tokah dakwah yang lain untuk menambahkan lagi panduan dalam berdakwah. 2. Kajian ini juga menerangkan realiti masyarakat Islam di Selatan Thailand dalam beberapa aspek sahaja secara umum dan memfokuskan kepada masyarakat Islam. Sebagai seorang pendakwah yang ingin merubah masyarakat, sepatutnya mengetahui latar belakang atau situasi sesuatu masyarakat terlebih dahulu untuk mengaplikasikan pendekatan dakwah yang lebih sesuai dengan keadaan sasaran supaya sasaran tidak lari daripada seruan dan senang untuk mencapai matlamat dakwah. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan kepada pengkaji seterusnya supaya menyelidiki situasi masyarakat di Selatan Thailand atau Thailand sama ada masyarakat Islam atau bukan Islam secara khusus mencakupi semua aspek kehidupan supaya mudah untuk menarik perhatian dan mempengaruhinya. 5.2.2 Saranan Kepada Ismail Lutfi Japakiaya 1. Bersesuaian dengan era globalisasi perkembangan sains dan teknologi, pengkaji menyasarankan kepada Ismail Lutfi agar menggunakan alat bantu mengajar seperti tayangan video yang berkaitan dengan pengajian, menggunakan slide, OHP, power point dan sebagainya supaya pengajian kuliah mingguan yang disampaikan oleh beliau dapat membantu pendengar untuk lebih mudah memahami pengajian yang diajarkan. 2. Tidak dapat dinafikan Mingguan Tazkirah yang telah dikeluarkan oleh Ismail Lutfi bersama panel-panel penulis yang lain pada setiap minggu dapat menjadi bahan bacaan dan membantu peserta memahami topik-topik yang disampaikan oleh Ismail Lutfi. Hasil kajian mendapati Mingguan Tazkirah yang mempunyai belasan halaman kadangkadang terputus dan tidak dapat dikeluarkan pada setiap minggu atas beberapa sebab yang 225

tertentu. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan Ismail Lutfi menyediakan sendiri nota ringkas khas yang diajarkan oleh beliau untuk rujukan para pendengar walaupun satu halaman sahaja supaya lebih mudah difahami. 3. Bahasa Thai adalah bahasa rasmi di Thailand. Pengguna bahasa Thai lebih ramai berbanding dengan bahasa Melayu yang hanya digunakan di kawasan Selatan Thailand sahaja. Menguasai bahasa sasaran oleh pendakwah dengan fasih akan lebih mudah untuk menarik perhatian sasaran. Di samping itu juga, dakwah yang disampaikan oleh pendakwah lebih tersebar luas kerana sasaran tidak akan berasa curiga. Melalui pemerhatian pengkaji, bahasa Thai yang digunakan dalam pengucapan Ismail Lutfi adalah masih kekurangan atau kurang fasih. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan kepada Ismail Lutfi agar lebih mementingkan penggunaan bahasa Thai dan mempertingkatkan komunikasi dalam bahasa tersebut dengan lebih banyak lagi. 5.2.3 Saranan Kepada Pendakwah 1. Dakwah Islamiah merupakan suatu tanggungjawab yang sangat penting khususnya kepada pendakwah untuk mengembalikan dan membimbing manusia ke jalan Allah SWT serta membangunkan masyarakat yang sejahtera. Namun, dakwah perlu dilaksanakan dengan berhati-hati mengikut pendekatan dakwah yang sesuai dengan keadaan masyarakat supaya dakwah yang dilakukan lebih mudah, dapat menarik perhatian dan mempengaruhi sasaran serta memberi kesan yang baik. Oleh yang demikian, setiap pendakwah atau organisasi dakwah diharapkan dapat menggunakan pendekatan-pendekatan yang berkesan dan bersistematik. Maka, para pendakwah khususnya para pendakwah yang masih baru perlu mempelajari dan mengkaji ilmu tentang metodologi dakwah terlebih dahulu sebelum menyampaikan dakwah kepada sasaran. 2. Tarikan dakwah merupakan salah satu pendekatan dakwah yang perlu diambil perhatian oleh pendakwah atau organisasi dakwah dalam menjalankan dakwah. Ini kerana tarikan dakwah bersesuaian dengan tujuan dakwah itu sendiri yang berusaha menarik 226

perhatian sasaran supaya mereka mendengar dan menerima mesej yang disampaikan. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan para pendakwah mempertingkatkan daya tarikan sama ada dari aspek personaliti, mesej dan gaya persembahan mesej. Maka, sewajarnya pendakwah perlu menghadiri kursus-kursus, latihan-latihan dan sebagainya yang berkaitan daya tarikan dakwah. 3. Menguasai ilmu terutamanya ilmu agama dengan mendalam dan meluas merupakan antara salah satu faktor yang dapat menarik perhatian sasaran. Pendakwah disarankan agar menguasai ilmu agama berdasarkan sumber al-quran dan sunah serta penghuraian daripada ulama yang muktabar. Di samping itu juga, pendakwah hendaklah menambah ilmu pengetahuan yang lain supaya dapat membantu pendakwah dalam melaksanakan dakwah dengan lebih lancar dan menarik seperti ilmu psikologi, ilmu komunikasi, ilmu teknologi dan lain-lain. 4. Dunia hari ini banyak menggunakan kemudahan internet dalam perhubungan di antara satu sama lain. Internet juga mempunyai peranan yang penting dan merupakan salah satu alternatif baru dalam menyampaikan maklumat-maklumat kepada manusia pada masa kini. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan kepada pendakwah supaya mengambil peluang daripada kemudahan internet sebagai medium dalam penyebaran dakwah dengan membina laman web persendirian atau blog mahupun facebook. Sehubungan itu, pendakwah yang kurang mahir atau tidak ada pengetahuan asas perlu menghadiri kursuskursus, program-program dan sebagainya dalam mempelajari ilmu berkenaan supaya dakwah yang hendak disampaikan lebih menarik dan memberi kesan yang baik. 5. Memahami budaya, pemikiran dan menguasai bahasa-bahasa ibunda sasaran merupakan aset berharga bagi menarik perhatian sasaran. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan kepada pendakwah agar memahami pantang larang budaya, pemikiran dan menguasai bahasa mereka supaya hubungan pendakwah lebih mesra dan tidak kekok serta memudahkan komunikasi dua hala antara pendakwah dan sasaran. 227

5.2.4 Saranan Kepada Masyarakat Umum 1. Kerja dakwah adalah tanggungjawab semua masyarakat dan tugas ini tidak boleh dilepaskan kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Bahkan tugas ini sepatutnya dilakukan oleh semua peringkat masyarakat sama ada besar atau kecil, muda atau tua. Semuanya mempunyai tanggungjawab tersendiri mengikut kemampuan dan kesesuaian diri masingmasing. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan setiap lapisan anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dalam menjayakan kerja dakwah. Sekiranya setiap lapisan anggota masyarakat tidak mampu untuk berdakwah, maka mereka bolehlah memberikan bantuan sama ada dalam bentuk sokongan moral, tenaga, buah fikiran, dana dan sebagainya yang sesuai. 2. Selain daripada ilmu fikah, tauhid, akhlak dan sebagainya, ilmu dakwah juga sangat penting untuk didedahkan kepada masyarakat kerana dakwah merupakan kewajipan kepada setiap individu Muslim agar mereka dapat menjalankan dakwah dengan penuh berhati-hati dan penuh berhikmah supaya sasaran tidak lari dan tidak menimbulkan keburukan kepada agama Islam. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan para tuan guru dan ustaz mendedahkan tajuk-tajuk yang berkaitan isu dakwah dalam pengajaran kepada masyarakat. 3. Masyarakat perlulah berfikir terbuka dan menerima setiap kelemahan dan keburukan yang terdapat pada diri pendakwah kerana pendakwah juga merupakan manusia biasa dan tidak maksum. Hakikatnya, masyarakat mestilah menerima realiti bahawa setiap pendakwah mempunyai kelebihan dan kekurangan. Saranan pengkaji, sekiranya terdapat perkara yang kurang elok dilihat, masyarakat hendaklah menegur dengan cara yang baik dan bukannya dengan cara menghina dan memburuk-burukkan lagi keadaan. Sebaliknya, sekiranya terdapat perkara yang baik, masyarakat hendaklah bekerjasama dan membantu kegiatan dakwah mereka. 228

4. Suatu perkara yang sedang melanda masyarakat Islam di Selatan Thailand sehingga menjadi masalah yang kritikal ialah generasi muda terpengaruh dengan bahasa dan budaya Thai. Ramai generasi muda sudah tidak menguasai bahasa Melayu dialek Patani dengan baik bahkan mereka menguasai bahasa Thai lebih baik daripada bahasa ibunda sendiri. Apa yang lebih menyedihkan adalah terdapat sebilangan generasi muda sudah tidak boleh bertutur dengan bahasa ibunda langsung. Pengkaji mencadangkan, pemimpin-pemimpin masyarakat Islam di Selatan Thailand seharusnya bekerjasama dalam menjaga bahasa Melayu dialek Patani dan budaya Melayu Patani dengan menubuhkan persatuan bahasa dan budaya Melayu di setiap wilayah. Ini bertujuan supaya persatuan ini dapat memantau perkembangan bahasa Melayu di kalangan penduduk masyarakat Islam dan menjaga budaya Melayu serta dapat mempertingkatkan lagi bahasa Melayu supaya tidak hilang. Di samping itu, program-program atau kursuskursus tentang bahasa Melayu hendaklah diadakan dengan lebih serius supaya mencantikkan lagi bahasa Melayu dan mengembangkan budaya Melayu kepada generasi muda khususnya, dan penduduk orang Melayu umumnya di Selatan Thailand. Apa yang lebih penting ialah setiap keluarga haruslah menggalakkan anak-anak supaya bertutur dalam bahasa Melayu semasa berada di rumah dan menjaga adat budaya Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam kerana keluarga memainkan peranan penting dalam menjaga bahasa dan budaya mereka.. 229