By Shahfizal Musa Foto ASSC

dokumen-dokumen yang mirip
AUDITORIUM ADVANCED SURGICAL SKILLS CENTRE MASA ACARA TINDAKAN Ketibaan PRO, Penyambut Tetamu dan Para Petugas Persiapan akhir Persediaan sarapan pagi

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

SAMPEL SOALAN PEPERIKSAAN (Sukatan lama dan baru)

KERTAS KERJA KEMPEN KESEDARAN KEBERSIHAN DIRI DIKALANGAN KANAK-KANAK PELAJAR PRASISWAZAH KEJURURAWATAN (SEPARUH MASA) 2013/2014 TARIKH 25 APRIL 2014

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

TERTIB ACARA PENTADBIRAN MAJLIS PELANCARAN PROJEK HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK PERMATA UKM PADA 23 OGOS 2013 (JUMAAT) JAM 9.00 PAGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

SESI PERKONGSIAN SEKSYEN KENAIKAN PANGKAT PEJABAT PENDAFTAR. 11 April 2018

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017.

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT ASAS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C DAN PROF. MADYA

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

Pengenalan kepada Teknologi Animasi Digital

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSI DAN UNIVERSITAS RIAU

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Abd Ra'ai bin Osman

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Saintis wanita. mel11buru l{ejayaan. DIBERI ucapan - Canselor UMP Prof.

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

TAJUK PROJEK: MODUL PERISIAN UNTUK PENGOPTIMUMAN REKA BENTUK LITAR ELEKTRONIK

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda.

Ucapan Aluan BRIG. JEN. DATUK PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BENGKEL SOA PROJEK-PROJEK RMK MAC 2014 * PUTRA PALACE

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 3 TAHUN 2007 KEMEMTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Keluaran Sentiasa Sama Dengan Pendapatan dan Perbelanjaan. Pendapatan Negara, Pendapatan Persendirian dan Pendapatan Boleh Guna

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERUBATAN SISTEM SARAAN BARU KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN UNTUK IBUBAPA YANG SAH

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PERATURAN SKIM PERKHIDMATAN PERUBATAN (UNTUK KAKITANGAN) BIL. ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

TAJUK PROJEK: PENINGKATAN KUALITI KUIH TRADISIONAL SEJUK BEKU UNTUK OPERASI KATERING DI WARISAN BAIDURI SDN. BHD.

Universiti Malaysia PAHANG

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN SIQ (SHORTFALL IN QUALITY) - KEMATIAN KES MALARIA. 2 Cara kes dikesan: ACD PCD MBS Kes Ikutan lain-lain, nyatakan

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

BULETIN. MEI - OGOS Edisi 31

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

Ulasan Buku/Book Review

PINDAAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN TENAGA PELAWAT AKADEMIK KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKIM TENAGA PELAWAT AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AKADEMIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN SISTEM PEMBERIAN SERANGGA (DIPTERA) SEBAGAI SUMBER MAKANAN KEPADA BURUNG WALIT (AVES: APODIDAE)

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 05 ) 14 November 2011 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 4 TAHUN 2011

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

UPAYA PENGEMBANGAN PENDIDIKAN MELALUI PEMBELAJARAN BERBASIS MULTIMEDIA

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

Transkripsi:

By Shahfizal Musa Foto ASSC KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2012 - Menjelang akhir tahun pakar bedah dari rantau ini berpeluang mendapatkan latihan pembedahan lubang kunci termaju di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC) setinggi lima tingkat, bertempat di PPUKM di Cheras di sini akan dilengkapi dengan teknologi terkini dalam pembedahan teknik lubang kunci menjadikannya pusat latihan pembedahan yang pertama seumpamanya di rantau ini. Apabila beroperasi sepenuhnya, Malaysia boleh menjadi hab latihan doktor di rantau ini menggunakan teknologi pembedahan termaju terutamanya dalam bidang pembedahan teknik invasi minima, kata Pengarahnya, Profesor Madya Dr Hanafiah Harunarashid. Dr Hanafiah awal bulan ini telah dilantik sebagai penasihat kepada Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) di United Kingdom untuk membantu mereka menyediakan latihan di rantau ini. ASSC akan melatih pakar bedah melakukan pembedahan invasi minima yang juga dikenali sebagai pembedahan lubang kunci. Ia merupakan teknik pembedahan yang agak baru di mana pakar bedah melakukan pembedahan tanpa perlu melakukan potongan besar pada badan pesakit. Dengan hanya potongan sekecil 5mm, sebuah teleskop dengan kamera akan dimasukkan ke dalam badan pesakit melalui potongan itu. Kamera itu dapat memberi visual bahagian dalam badan pesakit dengan gambar videonya dipancarkan ke skrin televisyen. Satu atau dua potongan yang bersaiz sama akan dibuat untuk memasukkan alat pembedahan. 1 / 5

Menggunakan alat pembedahan tersebut, pakar bedah dapat melakukan pembedahan ke atas organ dalaman pesakit. Berdasarkan visual yang dipancarkan ke skrin tv, pakar bedah boleh mengawal alat pembedahan untuk menstabilkan organ, memotong, mengeluarkan dan menjahit tanpa membuat hirisan yang panjang pada badan pesakit. Hanya dua atau tiga hirisan kecil diperlukan. Hasilnya pesakit akan lebih cepat sembuh. Ia juga mengurangkan kesakitan dan tidak meninggalkan kesan parut potongan yang menonjol kerana tidak terdapat hirisan yang panjang. ASSC lebih bertujuan untuk melatih para pakar bedah dalam pembedahan kompleks seperti mengeluarkan pankreas dan bukan hanya pembedahan rutin mengunakkan teknik lubang kunci seperti hernia dan batu karang. Pakar bedah biasanya dilatih di bawah program penempatan (Residency) di hospital di bawah penyeliaan pakar bedah yang bertauliah. Mereka akan melakukan pembedahan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan. Penempatan ataupun Residency adalah masa yang amat mencabar bagi mereka yang ingin menjadi pakar bedah. Ia merupakan peralihan daripada seorang pelajar kepada seorang pakar bedah. Dalam keadaan dunia sekarang dengan pesakit lebih peka ada di antara mereka yang tidak membenarkan pelatih turut serta dalam pembedahan ke atas mereka. Satu lagi masalah ialah jumlah pelatih semakin meningkat dan ini menyukarkan mereka 2 / 5

menyerap sesuatu prosedur yang ditunjukkan, kata Dr Hanafiah. Salah satu keistimewaan ASSC, ialah masalah itu dapat dielakkan kerana ia diwujudkan hanya untuk latihan. Tidak ada pesakit ditempatkan di situ. Terdapat hanya doktor bedah yang ingin dilatih dalam teknik pembedahan lubang kunci yang rumit. Ini menghindarkan kebanyakan masalah yang wujud dalam latihan konvensional. Ia juga mengelakkan pesakit menjadi medan latihan bagi pelatih yang ingin memahirkan diri mereka sebagai pakar bedah. Di ASSC doktor bedah boleh berlatih dan cuba menjalankan prosedur tertentu sebanyak mungkin bagi menajamkan kemahiran mereka, hanya selepas itu mereka dibenarkan melakukannya ke atas pesakit, kata Dr Hanafiah. Para doktor dan pakar bedah telah dilatih dengan kaedah praktikal sejak sekian lama. Ilmu yang ditimba akan lebih berkesan apabila mereka mempraktikkan apa yang dipelajari dalam situasi yang sebenar. Ini termasuk bertemu pesakit, membuat diagnosis dan melakukan pembedahan ke atas pesakit. Dengan peningkatan jumlah pelatih pembedahan, kita memerlukan pusat latihan yang bersesuaian bagi abad ini. ASSC menjadi tempat di mana pakar bedah dapat dilatih sehingga mencapai kemahiran yang sempurna dan pada masa yang sama dapat mengelakkan latihan dipraktikkan ke atas pesakit sebenar, kata Dr Hanafiah. Melalui teknologi terkini, pelatih di ASSC akan berlatih menggunakan kadaver (mayat yang disumbangkan untuk tujuan penyelidikan dan kemajuan sains) dan binatang hidup serta replika badan dan tubuh manusia. 3 / 5

Dengan cara ini pelatih dapat mempraktikkan kemahiran mereka ke atas spesimen dan kadaver, tanpa membahayakan nyawa pesakit. Terdapat juga replika tubuh badan dan organ manusia di mana latihan dapat dijalankan tanpa memudaratkan sesiapa. Tambahan pula latihan di ASSC yang tidak melibatkan nyawa manusia, membolehkan mereka lebih fokus dan tenang. Ini akan menjadikan mereka pakar bedah yang lebih baik apabila mereka membuat pembedahan ke atas pesakit. ASSC akan dilengkapi dengan OR 1 sebuah bilik pembedahan menggunakan teknologi terkini. Ia adalah sebuah bilik bedah untuk pembedahan laparoskopi kompleks. Ia membolehkan pakar bedah mengendalikan hampir semua kerja hanya dengan menyentuh skrin komputer. Dilengkapi dengan kemampuan persidangan video, ia membolehkan pakar bedah bekerjasama semasa sesuatu pembedahan tanpa perlu berada dalam bilik bedah. Kelengkapan OR1 yang bernilai lebih RM6 juta disumbangkan oleh Karl Storz, sebuah syarikat alat perubatan dan pembedahan. ASSC akan dilengkapi dengan makmal kering, makmal lembab, bilik bedah haiwan, makmal kadaver, makmal kemahiran khas, simulator dan endo-trainers apabila beroperasi sepenuhnya. Dengan tertubuhnya ASSC Malaysia mempunyai pusat latihan seumpama yang terbesar di rantau ini. Kita akan berada di hadapan dalam latihan pembedahan terutamanya dalam bidang pembedahan invasif minima di rantau ini, kata Dr Hanafiah. 4 / 5

ASSC mulanya dirancangkan dengan begitu canggih menelan belanja lebih RM60 juta dalam suatu bangunan baru berdepan dengan tasik buatan. Reka bentuk tersebut mempunyai bilik menonton yang separuh bulat dilengkapi dengan teknologi terkini. Sekiranya reka bentuk tersebut telah dihasilkan ia akan menjadikan ASSC salah sebuah pusat latihan yang termoden, dengan mengekalkan anatomi klasik bilik kuliah. Walau bagaimanapun dengan dana yang terhad reka bentuk tersebut telah diubahsuai bagi mengurangkan kos. PPUKM kemudiannya mengubah suai hostel jururawat dijadikan sebagai bangunan ASSC dengan dilengkapi berbagai peralatan canggih itu. Dr Hanafiah berterima kasih dengan Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin kerana usahanya merealisasikan projek itu dan pengasasnya, Profesor Ulung Dr Tan Hock Lim kerana sumbangan membangunkan ASSC. Dr Hanafiah berkata walau pun telah diberikan dana bantuan oleh kerajaan dan universiti, ASSC tetap memerlukan dana tambahan untuk membolehkannya beroperasi pada potensi yang optimum. Beliau mengalu-alukan penglibatan sektor swasta untuk membantu ASSC dengan memberikan sumbangan untuk menjadikannya salah satu pusat latihan pembedahan yang terbaik di dunia. 5 / 5