TAMBAHAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN

dokumen-dokumen yang mirip
JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Undang-Undang Malaysia

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Undang-Undang Malaysia

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

Undang-Undang Malaysia

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

GP1 : GARISPANDUAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Undang-Undang Malaysia

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN MERCANTILE BERHAD. mercantile

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEKERJA-PEKERJA JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERHAD (pindaan: 23 Jun 2012)

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

Kawalan Harga dan Antipencatutan 1 D.R. 29/2010 RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2010

Teknologis dan Juruteknik 1 D.R. 30/2014 RANG UNDANG-UNDANG TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2014

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

AKTA PILIHAN RAYA 1958

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Transkripsi:

TAMBAHAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 P.U. (A) 616/1996 PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN) 1996 Tarikh penyiaran: 26 Disember 1996 Tarikh mula berkuatkuasa: 1 Januari 1997 Mukadimah BAHAGIAN I PERMULAAN Peraturan 1. Nama dan mula berkuatkuasa. Peraturan 2. Tafsiran. Peraturan 3. Pemakaian. Peraturan 4. Kewajipan majikan. SUSUNAN PERATURAN-PERATURAN BAHAGIAN II KOMPOSISI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Peraturan 5. Keanggotaan jawatankuasa. Peraturan 6. Pelantikan pengerusi dan setiausaha jawatankuasa. Peraturan 7. Pelantikan anggota lain jawatankuasa. Peraturan 8. Pewakilan pekerja mencukupi. Peraturan 9. Kekosongan. Peraturan 10. Penyingkiran anggota jawatankuasa. BAHAGIAN III FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Peraturan 11. Fungsi jawatankuasa. Peraturan 12. Pemeriksaan tempat kerja. Peraturan 13. Penyiasat apa-apa kemalangan, dsb. Peraturan 14. Tindakan hendaklah diambil ke atas laporan dan cadangan jawatankuasa. Peraturan 15. Perkara yang hendaklah ditimbangkan oleh jawatankuasa. Peraturan 16. Penyiasatan aduan. Peraturan 17. Penyelesaian aduan. Peraturan 18. Bantuan jawatankuasa. Peraturan 19. Kaedah-kaedah tentang keselamatan dan kesihatan. Peraturan 20. Jawatankuasa kecil. BAHAGIAN IV MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Peraturan 21. Kekerapan mesyuarat jawatankuasa. Peraturan 22. Kewajipan untuk menyediakan kemudahan.

Peraturan 23. Mesyuarat sulung. Peraturan 24. Kuorum. Peraturan 25. Bukan anggota boleh menghadiri mesyuarat. Peraturan 26. Perkara yang hendaklah dibincangkan dalam mesyuarat. Peraturan 27. Minit mesyuarat. BAHAGIAN V PERUNTUKAN-PERUNTUKAN LATIHAN DAN MAKLUMAT Peraturan 28. Kewajipan untuk memastikan pengetahuan asas dan fungsi jawatankuasa. Peraturan 29. Kewajipan untuk menyediakan latihan mencukupi. Peraturan 30. Kewajipan untuk memberikan dokumen dan maklumat relevan. Peraturan 31. Maklumat tidak boleh dibekalkan. BAHAGIAN VI PENALTI Peraturan 32. Penalti.

Mukadimah PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 66 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Nama dan mula berkuatkuasa. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 dan hendaklah berkuatkuasa pada 1 Januari 1997. 2. Tafsiran. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain anggota ertinya anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan; audit keselamatan ertinya audit keselamatan dan kesihatan tentang loji dan sistem kerja untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di tempat kerja; juru audit keselamatan dan kesihatan ertinya orang, sama ada yang diambil kerja di tempat kerja atau sebaliknya, yang dilantik oleh majikan untuk menjalankan audit keselamatan di tempat kerja; kemalangan nyaris ertinya apa-apa kemalangan di tempat kerja yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta; Ketua Pengarah ertinya Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) Akta; pengerusi ertinya pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan; pengurus yang diberikuasa ertinya seseorang yang diberikuasa dengan sewajarnya oleh seseorang majikan untuk menguruskan apa-apa perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di tempat kerja; setiausaha ertinya setiausaha suatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. 3. Pemakaian. (1) Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 Akta. (2) Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang dibentuk di tempat kerja sebelum Peraturan-Peraturan ini mula berkuatkuasa hendaklah menyusun semula dirinya mengikut Peraturan- Peraturan ini dalam masa enam bulan dari tarikh Peraturan-Peraturan ini mula berkuatkuasa.

4. Kewajipan majikan. Maka hendaklah menjadi kewajipan seseorang majikan (a) untuk mematuhi Bahagian II dan III Peraturan-Peraturan ini; dan (b) untuk memastikan bahawa Bahagian IV dan V Peraturan-Peraturan ini dipatuhi. BAHAGIAN II KOMPOSISI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN 5. Keanggotaan jawatankuasa. (1) Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah terdiri daripada- (a) seseorang pengerusi; (b) seorang setiausaha; (c) wakil-wakil majikan; dan (d) wakil-wakil pekerja. (2) Jika terdapat satu ratus orang atau kurang yang diambil kerja di tempat kerja, maka hendaklah ada tidak kurang daripada dua orang wakil pekerja dan dua orang wakil pengurusan dalam jawatankuasa; dan jika terdapat lebih daripada satu ratus orang yang diambil kerja di tempat kerja, maka hendaklah ada tidak kurang daripada empat orang wakil pekerja dan empat orang wakil pengurusan. 6. Pelantikan pengerusi dan setiausaha jawatankuasa. (1) Seseorang majikan atau pengurusnya yang diberikuasa hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. (2) Setiausaha jawatankuasa hendaklah orang yang diambil kerja sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. (3) Jika tiada orang yang diambil kerja sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, pengerusi boleh melantik seorang yang lain untuk bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa atau anggota-anggota boleh, dengan audi sulit, melantik setiausaha jawatankuasa daripada kalangan mereka sendiri. 7. Pelantikan anggota lain jawatankuasa. (1) Seseorang majikan hendaklah mempelawa orang yang diambil kerja di tempat kerja untuk mencalonkan wakil-wakil mereka dalam jawatankuasa keselamatan dan kesihatan; dan jika bilangan orang yang dicalonkan melebihi bilangan kekosongan yang ada, pengundian hendaklah diadakan untuk menentukan wakil-wakil (2) Dalam hal jika tiada wakil pekerja atau bilangan wakil pekerja yang dicalonkan tidak mencukupi, majikan hendaklah melantik bilangan orang yang dikehendaki untuk mewakili pekerja dengan mematuhi peraturan 5.

(3) Seseorang majikan tidak boleh mendenda seseorang anggota jawatankuasa dengan apa-apa cara kerana tidak hadir untuk menjalankan kewajipan kerja biasanya semasa menjalankan fungsifungsi jawatankuasa. 8. Pewakilan pekerja mencukupi. Wakil-wakil pekerja dalam suatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah dapat mewakili pelbagai bahagian tempat kerja supaya dapat mengekalkan dan mengembangkan minat pekerja untuk membentuk sesuatu keadaan bekerja yang selamat dan sihat di tempat kerja. 9. Kekosongan. Sekiranya berlaku kekosongan di kalangan anggota suatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, kekosongan itu hendaklah diisi oleh seseorang yang dilantik dengan cara yang sama sebagaimana anggota jawatankuasa terdahulu yang peletakan jawatannya atau selainnya telah mewujudkan kekosongan itu. 10. Penyingkiran anggota jawatankuasa. Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan boleh menyingkirkan seseorang anggota dari jawatankuasa jika- (a) dia gagal menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi; (b) dia didapati atau diisytiharkan sebagai tak sempurna akal; (c) dia menjadi bankrap; (d) sebagai seorang wakil pekeja, dia tidak lagi bekerja di tempat kerja; (e) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan- (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan perkerjaan; atau (iii) apa-apa kesalahan jenayah yang lain; atau (f) dia selainnya tidak dapat atau tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya sebagai anggota jawatankuasa. 11. Fungsi jawatankuasa. BAHAGIAN II FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan sesuatu tempat kerja hendaklah-

(a) membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat; (b) mengkaji semula kebersanan program keselamatan dan kesihatan; (c) menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku ditempat kerja, dan hendaklah melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan; dan (d) mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan bagi apa-apa penyemakan dasar itu. 12. Pemeriksaan tempat kerja. Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah (a) memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk menentukan jika terdapat apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di dalamnya: Dengan syarat bahawa jawatankuasa itu boleh, pada bila-bila masa, membuat pemeriksaan lanjut ke atas apa-apa loji di dalamnya atau mana-mana bahagian tempat kerja untuk mengukur keberkesanan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja; (b) membincangkan, dengan seberapa segera yang praktik, pemerhatian anggota jawatankuasa yang dibuat semasa pemeriksaan tempat kerja, dan jika terdapat hal keadaan di tempat kerja yang, pada pendapat jawatankuasa, memudaratkan keselamatan dan kesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalamnya, hendaklah merekodkan butirbutir tentang hal keadaan tersebut dalam suatu laporan yang disimpan bagi maksud itu; dan (c) membuat cadngan kepada majikan mengenai langkah-langkah pemulihan yang perlu diambil tentang apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja dan hendaklah merekodkan cadangan tersebut dalam laporan. 13. Penyiasat apa-apa kemalangan, dsb. (1) Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah memeriksa tempat kerja, dengan seberapa segera yang selamat untuk berbuat demikian, selepas apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja. (2) Jika seseorang diambil kerja sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan, dia hendaklah mengemukakan kepada pengerusi jawatankuasa suatu laporan dapatannya selepas penyiasatan yang dijalankan olehnya terhadap apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja; dan pengerusi hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, memanggil mesyuarat jawatankuasa untuk membincangkan laporan itu. (3) Jika tiada pegawai keselematan dan kesihatan diambil kerja di tempat kerja, majikan atau pengurusnya yang diberikuasa hendaklah dengan serta-merta memberitahu pengerusi atau setiausaha jawatankuasa tentang apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan pengerusi atau setiausaha hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, selepas jawatankuasa memeriksa tempat kerja, memanggil mesyuarat untuk menyiasat peristiwa itu.

(4) Dalam mesyuarat jawatankuasa yang dipanggil di bawah subperaturan (2) atau (3), jawatankuasa hendaklah membincangkan sebab kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan dan membuat cadangan kepada majikan mengenai langkahlangkah yang hendak diambil bagi mencegah berulangnya peristiwa itu. 14. Tindakan hendaklah diambil ke atas laporan dan cadangan jawatankuasa. (1) Seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan, atau, jika tiada orang yang dilantik sedemikian, pengerusi, hendaklah, apabila laporan atau cadangan di bawah perenggan 12(c) atau subperaturan 13(4), mengemukakan laporan dan cadangan itu kepada majikan atau pengurusnya yang diberikuasa. (2) Seseorang majikan atau pengurusnya yang diberikuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, selepas menerima laporan atau cadangan di bawah subperenggan (1), membincangkan laporan atau cadangan itu dengan pegawai keselamatan dan kesihatan atau pengerusi, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pegawai keselamatan dan kesihatan atau pengerusi hendaklah merekodkan dalam laporan itu keputusan majikan atau pengurusnya yang diberikuasa dan hendaklah mengarahkan mana-mana orang yang diambil kerja di tempat kerja supaya mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh majikan atau pengurusnya yang diberikuasa demi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di dalamnya. (3) Seseorang majikan hendaklah menyimpan suatu salinan laporan itu di tempat kerja selama tempoh minimum tujuh tahun. 15. Perkara yang hendaklah ditimbangkan oleh jawatankuasa. Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, apabila melaksanakan fungsi-fungsinya, hendaklah menimbangkan yang berikut: (a) apa-apa laporan lain selain daripada yang di bawah peraturan 14 yang mungkin dikemukakan oleh pegawai keselamatan dan kesihatan; (b) audit keselamatan yang dikemukakan oleh juru audit keselamatan dan kesihatan; (c) laporan dan maklumat factual yang disediakan oleh pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dan (d) laporan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 16. Penyiasatan aduan. (1) Seseorang majikan hendaklah mengadakan dan menyenggarakan suatu sistem komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja. (2) Seseorang majikan, selepas menerima aduan di bawah subperaturan (1), hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, melayan aduan itu dan hendaklah mengambil langkah-langkah segera untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko kepada keselamatan atau kesihatan di tempat kerja. (3) Jika seseorang majikan tidak dapat menunaikan kewajipannya di bawah subperaturan (2), pekerja boleh membuat aduan yang serupa, atau majikan boleh merujukkan perkara itu, kepada jawatankuasa.

(4) Jawatankuasa hendaklah, selepas aduan dibuat atau perkara dirujukkan di bawah subperaturan (3), menyiasat perkara itu dan hendaklah selepas itu menyediakan suatu laporan dan membuat cadangan kepada majikan mengenai cara-cara untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko kepada keselamatan atau kesihatan di tempat kerja. 17. Penyelesaian aduan. (1) Seseorang majikan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, melaksanakan tiap-tiap cadangan yang dibuat di bawah subperaturan 16(4), dan jika kerana apa-apa alasan dia atau pengurusnya yang diberikuasa tidak dapat melaksanakan apa-apa cadangan itu, dia hendaklah menyampaikan alasannya kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. (2) Jika jawatankuasa tidak bersetuju dengan mana-mana alasan yang diberikan oleh majikan atau pengurusnya yang diberikuasa di bawah subperaturan (1), jawatankuasa hendaklah membuat permintaan kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu pemeriksaan tempat kerja dan untuk menyelesaikan perkara itu. (3) Bagi maksud permintaan yang dibuat di bawah subperaturan (2), jawatankuasa hendaklah mengemukakan yang berikut kepada Ketua Pengarah dalam dua salinan: (a) laporan pemeriksaan atau penyiasatan; (b) cadangan jawatankuasa kepada majikan; dan (c) apa-apa dokumen atau keterangan material yang lain yang berkaitan dengan aduan. 18. Bantuan jawatankuasa. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah membantu majikan dalam apa-apa pertandingan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan, ceramah keselamatan dan kesihatan dan apa-apa kegiatan lain yang diadakan untuk menggalakkan perjalanan kerja yang selamat di tempat kerja. 19. Kaedah-kaedah tentang keselamatan dan kesihatan. (1) Majikan sesuatu tempat kerja hendaklah, dengan berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, menyediakan dan memperkenalkan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan yang akan memastikan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di tempat kerja bagi panduan orang itu. (2) Kaedah-kaedah itu boleh dengan kelulusan majikan dipinda, diubah atau dimansuhkan oleh jawatankuasa. (3) Majikan tempat kerja hendaklah mengemukakan suatu salinan kaedah-kaedah itu kepada setiap pekerjanya. (4) Seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah apabila diminta diberi suatu salinan kaedah-kaedah itu.

20. Jawatankuasa kecil. Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan boleh membentuk suatu jawatankuasa kecil untuk membantu jawatankuasa dalam melaksanakan fungsi-fungsinya. BAHAGIAN IV MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN 21. Kekerapan mesyuarat jawatankuasa. (1) Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang menyertai jenis kerja di tempat kerja tetapi hendaklah bermesyuarat tidak kurang daripada tiga bulan sekali. (2) Tiap-tiap anggota jawatankuasa hendaklah diberi notis bertulis yang munasabah mengenai apaapa mesyuarat jawatankuasa berserta dengan suatu salinan agenda mesyuarat itu yang dilampirkan pada notis itu. (3) Walau apa pun subperaturan (2), suatu mesyuarat hendaklah dipanggil dengan serta-merta jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya atau apa-apa situasi lain yang memerlukan perhatian serta-merta suapaya dapat dipastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. 22. Kewajipan untuk menyediakan kemudahan. Majikan sesuatu tempat kerja hendaklah (a) menyediakan suatu tempat yang sesuai di tempat kerja untuk jawatankuasa keselamatan dan kesihatan mengadakan mesyuaratnya; dan (b) membenarkan tiap-tiap anggota jawatankuasa untuk menghadiri mesyuarat semasa waktu bekerja. 23. Mesyuarat sulung. (1) Mesyuarat sulung sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah dipanggil oleh majikan tempat kerja. (2) Dalam mesyuarat sulung itu majikan hendaklah memberitahu dasar keselamatan dan kesihatan, pelan dan cadangannya untuk mewujudkan suatu keadaan bekerja yang selamat dan sihat di tempat kerja. (3) Kecuali bagi subperaturan (1), seseorang majikan boleh melantik pengurusnya yang diberikuasa untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa semasa ketiadaannya. 24. Kuorum. Pada tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pengerusi, setiausaha dan tidak kurang daripada satu perdua baki angggota yang hadir hendaklah membentuk kuorum.

25. Bukan anggota boleh menghadiri mesyuarat. (1) Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan boleh mempelawa mana-mana orang yang terlibat dalam atau mempunyai pengetahuan tentang apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu yang akan membincangkan itu. (2) Jawatankuasa boleh mempelawa mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya untuk membincangkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 26. Perkara yang hendaklah dibincangkan dalam mesyuarat. Hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja boleh dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. 27. Minit mesyuarat. (1) Suatu salinan minit tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah diberikan kepada tiap-tiap anggota jawatankuasa dan majikan tempat kerja dalam masa dua minggu selepas mesyuarat berlansung. (2) Majikan hendaklah menyimpan suatu salinan minit mesyuarat jawatankuasa di tempat kerja selama tempoh minimum tujuh tahun bagi maksud pemeriksaan oleh pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. (3) Seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya suatu salinan minit mesyuarat itu dikemukakan kepadanya dan majikan tempat kerja hendaklah dengan serta-merta mematuhi kehendak itu. BAHAGIAN V PERUNTUKAN-PERUNTUKAN LATIHAN DAN MAKLUMAT 28. Kewajipan untuk memastikan pengetahuan asas dan fungsi jawatankuasa. Seseorang majikan tempat kerja hendaklah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan mempunyai kefahaman dan pengetahuan asas tentang fungsi-fungsi jawatankuasa di bawah Akta. 29. Kewajipan untuk menyediakan latihan mencukupi. Seseorang majikan hendaklah mengambil apa-apa langkah yang semunasabahnya praktik untuk menyediakan latihan mencukupi mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada anggota sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan untuk membolehkan mereka melaksanakan fungsi-fungsi jawatankuasa itu dengan berkesan.

30. Kewajipan untuk memberikan dokumen dan maklumat relevan. Seseorang majikan hendaklah menyediakan dokumen dan maklumat yang berikut untuk sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan: (a) Akta dan segala perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta; (b) tataamalan dan garis panduan industri berhubungan dengan penghapusan risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan jenis kerja yang dijalankan di tempat kerja, dan apa-apa tataamalan lain yang relevan; (c) maklumat tentang rancangan keselamatan dan pelaksanaannya, dan apa-apa perubahan yang dicadangkan kepada rancangan keselamatan itu yang menyentuh keselamatan dan kesihatan pekerja; (d) maklumat teknikal tentang bahaya keselamatan dan kesihatan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu untuk menghapuskan atau mengurangkannya; (e) maklumat tentang prosedur pengendalian, sistem kerja, dan bahan bagi kegunaan semasa bekerja dan data lain yang relevan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan; dan (f) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa. 31. Maklumat tidak boleh dibekalkan. Walau apa pun peraturan 30, seseorang majikan tidak boleh memberikan maklumat yang berikut kepada sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan: (a) apa-apa maklumat yang pendedahannya akan memudaratkan kepentingan keselamatan negara; (b) apa-apa maklumat yang tidak dapat didedahkan olehnya tanpa melanggar suatu larangan yang dikenakan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (c) apa-apa maklumat yang berhubungan secara khusus dengan seseorang individu, melainkan jika dia mengizinkan pendedahan itu; (d) apa-apa maklumat yang pendedahannya akan, kerana sebab-sebab selain daripada kesannya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan di tempat kerja, menyebabkan terjejasnya pengusahaan majikan dengan substansial atau, jika maklumat telah dibekalkan kepadanya oleh orang lain, pengusahaan orang lain itu; atau (e) apa-apa maklumat yang diperolehi oleh majikan bagi maksud memulakan, mendakwa atau membela apa-apa prosiding undang-undang.

BAHAGIAN VI PENALTI 32. Penalti. Seseorang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Dibuat 3 Disember 1996. [KSM. PUU (S) 6/9; PN. (PU 2 ) 541/III.] DATO LIM AH LEK, Menteri Sumber Manusia