PARIS, 16 Mei, 2011 Naib Canselor Prof Tan Sri Dato' Wira Sharifah Hapsah Syed Hasan

dokumen-dokumen yang mirip
Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSI DAN UNIVERSITAS RIAU

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

EPPE 2213 EKONOMI MONETARI DASAR MONETARI Di SRI LANKA

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

MEMORANDUM PERSEFAHMAAN DI ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DAN...

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

Anugerah Keterlibatan Komuniti

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PEROLEHAN BERKAITAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) DAN RANGKAIAN INTERNET

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

DASAR ANTI RASUAH RGIS

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

Model Pengurusan Strategik

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

Yang Berbahagia Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamil, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,

Kemelut pekerja wanita

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

...2/- SBU204 - Analisis Pelaburan Projek UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Masa: 2jam

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (1)

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

GP1 : GARISPANDUAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SURAT PEKELILING BENDAHARI

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010


KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PENYERTAAN BERKUMPULAN (PUSAT TANGGUNGJAWAB) INDIVIDU

Bahagian A. b. Terangkan tiga sebab mengapa syarikat menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. [3]

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

AMALAN BAHASA MELAYU

Transformasi Perpustakaan bagi Pelajar Antarabangsa di Malaysia. Seminar Kepustakawanan Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS

CHIA CHONG YANG A143398

Pencernaan Budaya PERDANA UiTM

YWP 215 Pengenalan Kepada Kewartawanan

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

UKM Global Student Mobility Partnerships Program (Ke Luar Negara)

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Kesetiaan kepada Syarikat

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

TEKS UCAPAN DATUK IDRIS B. HJ HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD ( PNS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:


HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Lampiran 4 - Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu UMS Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Transkripsi:

PARIS, 16 Mei, 2011 Naib Canselor Prof Tan Sri Dato' Wira Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata Universiti Kebangsaan (UKM), bukan saja terbatas kepada melahirkan pemimpin, hasil penyelidikan dan sains yang diharapkan daripada sebuah universiti bertaraf dunia tetapi juga dalam membina negara dan menggalakkan bahasa Melayu sebagai satu bahasa saintifik, sesuai dengan mandatnya sebagai sebuah universiti kebangsaan. Dalam suatu wawancara dengan sebuah penerbitan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya, Bangsa-bangsa Bersatu), Eduinfo edisi bulan ini atas tajuk penafaran universiti, beliau berkata penarafan bukanlah suatu ukuran nilai sebenar sesebuah universiti. Penafaran sepatutnya menaksir impak sebuah universiti terhadap inovasi perniagaan, promosi sosio-budaya dan pembangunan persekitaran sesebuah rantau. Tetapi petanda-petanda ini masih belum dapat digubal dan dikemaskan. 1 / 8

Beliau berkata pihak yang membuat penafaran juga gagal mengambil kira keperluan mahasiswa yang mencari maklumat tertentu untuk menolong mereka memilih sesebuah institusi. Nilai-nilai yang ditanam oleh universiti tidak diterjemahkan kepada petanda penarafan dan tidak boleh diukur dengan hanya nisbah kakitangan-pelajar. Mutu pengajaran mesti diukur dengan pengalaman belajar mahasiswa, tambah beliau dalam wawancara yang diadakan sempena Forum Global UNESCO mengenai penafaran dan kebertanggungjawaban Pelajaran Tinggi di Paris yang bermula hari ini. Beliau akan membentang satu kertas kerja di forum dua hari itu. Majalah itu menggambarkan beliau sebagai seorang penulis, aktivis sosial serta pejuang persamaan gender. Berikut ialah wawancara itu sepenuhnya: 2 / 8

Di manakah keasyikan dengan taraf kedudukan bermula? Pencetus penafaran universiti bermula berikutan dengan satu laporan Kerajaan British yang menyarankan agar diwujudkan aras tanda antarabangsa untuk mengukur kekuatan universiti-universiti British berbanding universiti-universiti Amerika. Proses itu kini diantarabangsakan. Bagaimanapun, tidak banyak petanda mutu dalam pendidikan tinggi digunakan dengan berkesan yang merentasi sempadan. Bagi anda apakah ujian tulen sesebuah universiti? Bolehlah saya katakan ia adalah bagaimana sebuah universiti secara berterusan membuat jangkaan dan memacu perubahan melalui inovasi yang mewujudkan nilai baru selain menawarkan pulangan sosial, persekitaran dan kewangan untuk universiti, negara dan rantau berkenaan. Secara ideal, apakah seharusnya diukur oleh petanda? Ia seharusnya menaksir impak sebuah universiti terhadap inovasi perniagaan, promosi sosio-budaya dan pembangunan persekitaran sesebuah rantau. Tetapi petanda-petanda ini masih belum digubal lagi dan diperkemaskan. Seperti Einstein pernah berkata, Bukan semua yang diambil kira boleh diharapkan. Bukan semua diperhitungkan, diambil kira. 3 / 8

Bagaimanakah ukuran penarafan dunia masakini dilaksanakan? Cara-cara masakini menyediakan satu pandangan institusi berkenaan berdasarkan langkah mudah dua data kualitatif (kajian semula majikan dan rakan setaraf) dipilih bersama-sama dengan empat data kualitatif untuk menggambarkan kekuatan dalam pengajaran, impak penyelidikan dan kedudukan antarabangsa. Pengaruh paling besar diberikan oleh mereka dalam kedudukan paling baik untuk menilai para akademik. Akhirnya, satu angka tunggal diperoleh untuk memberi kedudukan sebuah institusi berbanding yang lain berkaitan aspek berbeza tahap mutunya. Walaupun pelbagai kritikan dilemparkan terhadap mereka, penarafan universiti dunia dilihat sebagai aras tanda antarabangsa bagi membandingkan kekuatan institusi terlibat. Haruskah penarafan digunakan untuk membantu memutuskan dasar pendidikan dan peruntukan sumber? Ya, tetapi hanya jika penarafan digunakan untuk membantu memperuntukkan sumber-sumber bagi pembinaan keupayaan (sebagai contoh, menyediakan pembiayaan mencukupi untuk 4 / 8

penyelidikan dan pembelajaran), atau untuk merangka dasar memberikan autonomi institusi lebih luas dan kebebasan akademik, atau untuk merangka semula pendidikan tinggi demi persaingan kebangsaan dalam ekonomi global. Dalam kes seumpama itu, penarafan menjadi alat bernilai untuk memacu kegemilangan. Kerajaan Malaysia mengadakan satu Program Mempercepat Pencapaian Kegemilangan atau universiti APEX, sebagai tambahan kepada universiti giat-penyelidikan sedia ada. Ia bukanlah mencari sebuah universiti terkemuka tetapi sebuah yang mempunyai potensi dan kesediaan untuk mengubah dan menguruskan perubahan. Adakah persepsi orang awam mengenai penarafan satu masalah? Orang ramai mempunyai harapan yang tinggi dan mereka mahu keputusan segera daripada segi kenaikan penarafan. Mereka ini, terutama ahli politik, tidak memahami sifat penarafan dan menyamakannya dengan nilai sesebuah universiti. Ini sebenarnya menjadi masalah apabila anda cuba mengagak potensi untuk membuat sesuatu yang begitu kompleks dan memakan masa, tetapi menggunakan penarafan satu dimensi sebagai pengukur pencapaian. Lantas penurunan dalam penarafan ditafsirkan sebagai kemerosotan taraf dan pembaziran pelaburan dan pembangkang terutamanya, menganggap ini sebagai satu peluang untuk mengkecam kerajaan dan universiti. Bolehkah penarafan digunakan untuk membuat keputusan siapa terbaik? 5 / 8

Tidak, tugas Universiti Kebangsaan (UKM), bukan saja terbatas kepada melahirkan pemimpin, hasil penyelidikan dan sains yang diharapkan daripada sebuah universiti bertaraf dunia tetapi juga dalam membina negara dan menggalakkan Melayu sebagai satu bahasa saintifik, sesuai dengan mandat kami sebagai sebuah unversiti kebangsaan. Penarafan bukan satu ukuran nilai sebenar sesebuah universiti. Mereka gagal mengambil kira keperluan mahasiswa yang mencari maklumat tertentu untuk menolong mereka memilih sesebuah institusi. Begitu juga, nilai-nilai ditanam oleh universiti tidak diterjemahkan kepada petanda penarafan dan tidak boleh diukur dengan hanya nisbah kakitangan-pelajar. Mutu pengajaran mesti diukur dengan pengalaman belajar mahasiswa. Apa pandangan anda mengenai pemilihan petanda? Ini adalah perdebatan yang tidak akan berakhir. Mengapa bergantung kepada persepsi majikan ketika universiti kini menekankan bekerja sendiri sebagai ukuran kejayaan siswazah. Di samping itu, menggunakan pelajar antarabangsa sebagai satu petanda merugikan universiti di banyak negara membangun yang dijangka memenuhi permintaan tempatan yang tidak tercapai. Terdapat pergantungan besar terhadap kajian semula kualitatif rakan dan tinjauan pengrekrut yang merupakan 50 peratus daripada pencapaian. Kita tahu bahawa perkiraan seperti itu 6 / 8

dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti tradisi yang mungkin memberikan kelebihan kepada institusi lebih tua. Universiti bertaraf tinggi biasanya berusia kira-kira 200 tahun, mempunyai kira-kira 2,500 ahli akademik, hampir 24,000 pelajar, terlalu memilih lantas memikat dan mengekalkan kakitangan handalan, menerima bantuan kira-kira AS$1 bilion dan belanjawan tahunan AS$2 bilion. Adakah anda bimbang mengenai kepentingan komersial dalam penarafan? Ya terutama keinginan universiti bermain dengan percaturan penarafan. Baru-baru ini pakar-pakar akademik yang digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan penarafan untuk kajian semula rakan dikesan dan ditawarkan insentif oleh institusi yang ghairah untuk menaikkan penarafan mereka. Dalam meningkatkan usaha menaikkan taraf antarabangsa, sesetengah universiti mengambil kakitangan dan pelajar antarabangsa tanpa mempedulikan kelayakan mereka. Pendekatan seumpama ini bukan saja tidak berpandangan jauh dan tidak memberikan hasil dikehendaki untuk membina keupayaan institusi, tetapi mungkin menggugat usaha memupuk budaya akademik sebenar dan membahayakan misi universiti berkenaan. Jadi, sebagai rumusan, anda masih yakin penarafan antarabangsa memberikan data berfaedah... 7 / 8

Ya tetapi ia akan menjadi lebih berfaedah jika metodologi penarafan menilai universiti pada peringkat lebih mendalam lagi. Ini akan membolehkan perancangan terkehadapan untuk perubahan institusi bagi menjamin pembaikan yang tulen dan lestari dalam mutu universiti. Nilai harga sesebuah universiti adalah lebih tinggi daripada ukurtara digunakan dalam penarafan. Diterjemahkan oleh Abdul Ghani Nasir 8 / 8