Faedah dan Perkhidmatan Pekerja

dokumen-dokumen yang mirip
Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Undang-undang pekerjaan: huraian dan panduan terhadap akta kerja 1955

PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PEKERJA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Pengenalan kepada Ekonomi

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

GARIS PANDUAN POTONGAN CUKAI BULANAN DI BAWAH KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN DARIPADA SARAAN) PINDAAN 2015

K E L U A R G A D E N G G

Pengenalan Makroekonomi

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

Tepakai kepada Pekerja yang Diambil Bekerja di Bawah Kontrak Perkhidmatan

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

Tatakelakuan. Pembekal

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

POLISI CUTI JOHOR CORPORATION. Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :-

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Bilakah harusnya sesuatu kontrak perkhidmatan dibuat bertulis? Sesuatu kontrak perkhidmatan seharusnya bertulis jika melebihi tempoh satu bulan.

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Bab 8- Perubahan Penduduk T E M A 4 - D I N A M I K P E N D U D U K

Universiti Malaysia PAHANG

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

Kesetiaan kepada Syarikat

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Model Pengurusan Strategik

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Giro Takaful Pelindung

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

MEMORANDUM PENERIMAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

KONTRAK PEKERJAAN. 2.2 Gaji hendaklah dibayar oleh Majikan berdasarkan sebulan sekali tidak lewat dari hari ketujuh bulan berikut.

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

SENARAI TUGAS GURU BESAR

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

Inovasi dan Perubahan

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

2. Ordinan Buruh Sarawak tidak meliputi semua pekerja. Ia hanya meliputi pekerja berikut:

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

Transkripsi:

Topik 9 Faedah dan Perkhidmatan Pekerja HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan maksud faedah dan perkhidmatan pekerja; 2. Menerangkan tujuh kategori faedah yang ditawarkan oleh majikan untuk pekerja; 3. Membincangkan tiga komponen utama dalam perkhidmatan pekerja; dan 4. Mereka bentuk pelan faedah yang fleksibel. PENGENALAN Kini, faedah pekerja merupakan salah satu komponen utama dalam pampasan pekerja. Antara contoh faedah yang sering ditawarkan kepada pekerja ialah pinjaman kereta dan perumahan dengan kadar faedah yang rendah, kemudahan klinik panel dan biasiswa untuk anak-anak pekerja. Banyak persoalan yang wujud dalam usaha untuk mereka bentuk pakej faedah yang baik untuk para pekerja. Bagaimanakah seseorang majikan memilih faedah yang paling sesuai untuk pekerjanya dan pada masa yang sama membolehkan organisasi mencapai objektifnya dan mematuhi peraturan dan panduan yang sedia ada? Adakah pakej faedah organisasi itu mampu menarik, menggalakkan dan mengekalkan pekerja?

190 TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA 9.1 DEFINISI FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA Sekarang, mari kita lihat definisi faedah dan perkhidmatan pekerja. Faedah pekerja didefinisikan sebagai program yang memberikan bentuk bayaran alternatif termasuk bayaran untuk waktu tidak bekerja (hari cuti, tugas juri, cuti tahunan dan lain-lain), perkhidmatan (seperti perkhidmatan kaunseling, perancangan kewangan, kafeteria dan lain-lain) dan perlindungan (seperti perlindungan hospital, insurans nyawa, persaraan dan lain-lain). Faedah menyumbang kepada kebajikan pekerja dengan memenuhi keperluan tertentu dan permintaan untuk kemudahan dan meningkatkan tahap kepuasan kerja mereka. Faedah pekerja meliputi dua aspek penting iaitu: (a) Perlindungan dalam kes perubatan dan kemalangan; dan (b) Pendapatan masa akan datang atau pendapatan tertunggak untuk persaraan, pengakhiran kerjaya dan lain-lain. Dalam konteks pengurusan pampasan, di samping membayar gaji yang adil dan berpatutan kepada pekerja untuk sumbangan mereka, organisasi juga merasakan bahawa ia perlu bertanggungjawab untuk memantau kebajikan pekerja dan keluarga mereka. Walaupun faedah yang ditawarkan tidak berkait secara langsung dengan produk dan perkhidmatan organisasi, kebanyakan majikan merasakan bahawa pekerja akan mempertingkatkan tahap produktiviti mereka melalui faedah yang ditawarkan. Program faedah pekerja yang baik akan turut membantu organisasi untuk menarik pekerja baru dan mengekalkan pekerja yang sedia ada. 9.2 FAEDAH PEKERJA Pada masa kini, telah menjadi trend untuk majikan menawarkan pakej faedah sebagai sebahagian daripada bayaran secara langsung. Majikan perlu memaklumkan kepada pekerja mereka tentang nilai ekonomi bagi pakej faedah tersebut secara keseluruhannya. Peranan program faedah dalam mencapai matlamat pampasan ialah mempengaruhi tingkah laku pekerja dalam organisasi.

TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA 191 9.2.1 Klasifikasi Faedah Pekerja Faedah pekerja diklasifikasikan kepada tujuh kumpulan utama seperti yang diterangkan dalam Rajah 9.1. Rajah 9.1: Kumpulan klasifikasi faedah pekerja Mari kita lihat setiap kumpulan dengan lebih terperinci. (a) (b) (c) Pendapatan Berterusan untuk Golongan Pesakit dan Orang Kurang Upaya Kecacatan boleh terjadi kerap kali, untuk sementara waktu, sepanjang masa atau sebahagiannya. Pembayaran secara berterusan untuk pekerja yang kurang upaya (kerana kemalangan atau masalah kesihatan) akan membantu mereka membiayai kos kehidupan dan perubatan mereka. Pendapatan Berterusan untuk Golongan yang Kehilangan Pekerjaan Pendapatan berterusan untuk golongan yang kehilangan pekerjaan direka untuk pekerja yang dipecat atau diberhentikan untuk membantu mereka dalam tempoh pengangguran. Pendapatan Tertunda Pendapatan tertunda memberi peluang kepada pekerja untuk bersara dengan hati yang tenang kerana mereka tahu kebajikan ekonomi mereka terjamin. Melalui faedah ini, pekerja akan menerima bayaran sekali gus apabila mereka bersara.

192 TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA (d) (e) (f) (g) Perlindungan Insurans untuk Suami atau Isteri dan Keluarga Kebanyakan pekerja mahu memastikan bahawa kebajikan ahli keluarga mereka dijaga sekiranya mereka meninggal dunia. Salah satu komponen faedah yang ditawarkan ialah insurans nyawa yang memberikan sejumlah bayaran kepada waris pekerja sekiranya pekerja itu meninggal dunia. Perlindungan Perubatan dan Kemalangan Perlindungan perubatan dan kemalangan yang ditawarkan oleh organisasi ialah untuk meringankan beban kewangan dan emosi pekerja dan keluarga mereka. Perlindungan Aset dan Liabiliti Perlindungan aset dan liabiliti memberikan perlindungan untuk aset dan liabiliti peribadi pekerja. Perkhidmatan dan Faedah Kumpulan Khas (Keistimewaan) Perkhidmatan dan faedah untuk kumpulan khas sering dikenali sebagai keistimewaan. Satu contoh ialah bayaran untuk kos perubatan bagi penyakit utama yang ditanggung oleh organisasi. Faedah ini hanya terhad untuk pengurusan kanan organisasi tersebut. SEMAK KENDIRI 9.1 Staf sektor swasta dan pegawai kerajaan diberikan pelbagai kemudahan seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta, cuti tahunan, cuti bersalin dan lain-lain. Apakah objektif faedah ini dan mengapakah majikan menggunakannya untuk menarik pekerja baru? 9.3 PERKHIDMATAN PEKERJA Sehingga kini, kita sudah membincangkan faedah dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh majikan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja mereka. Melalui pengagihan faedah dan perkhidmatan ini, majikan selalunya mendapat faedah cukai dalam bentuk potongan pada penyata cukai mereka kerana sering kali produk dan perkhidmatan sebegini tidak dikira sebagai pendapatan yang diperoleh. Rajah 9.2 menunjukkan komponen dalam perkhidmatan pekerja.

TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA 193 Rajah 9.2: Tiga komponen utama dalam perkhidmatan pekerja Mari kita lihat setiap komponen dengan lebih terperinci. (a) Bayaran untuk Waktu Bukan Bekerja Sejak 35 tahun yang lalu, usaha untuk mengurangkan masa bekerja dan masa yang dihabiskan di tempat kerja lebih memfokuskan terhadap memberikan lebih banyak cuti bergaji dan percutian yang dibiayai untuk pekerja. Cuti bergaji yang sering diberikan oleh majikan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3. Cuti Cuti rehat Tugas juri Hari pilihan raya Saksi di mahkamah Tugas kemasyarakatan Tugas ketenteraan Cuti belas kasihan Cuti ketika ahli keluarga sakit Cuti berkahwin Cuti untuk suami yang isterinya bersalin Cuti bersalin Cuti sakit Cuti mengundi Derma darah Perundingan kontrak Waktu rehat makan tengah hari dan untuk pembersihan Cuti peribadi Cuti belajar Cuti sukan (mewakili negara) Rajah 9.3: Bayaran untuk waktu bukan bekerja

194 TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA Jika kita merujuk kepada Akta Pekerjaan 1955 dan Undang-undang Buruh Malaysia, ada beberapa seksyen yang perlu dipatuhi ketika majikan ingin melaksanakan program faedah pekerja. Seksyen penting yang melibatkan cuti umum, cuti tahunan dan cuti sakit diringkaskan dalam Jadual 9.1. Seksyen Jadual 9.1: Akta Pekerjaan 1955: Seksyen Berkaitan Cuti Penerangan Seksyen 60D (1) Setiap pekerja berhak untuk mendapat sekurang-kurangnya 10 hari cuti dalam setiap tahun kalendar. Seksyen 60D (1) Seksyen 60D (1A) Seksyen 60D (1B) Seksyen 60D (2) Seksyen 60E (1) Jika cuti umum jatuh pada hari cuti mingguan, hari bekerja yang seterusnya akan menjadi cuti bergaji untuk menggantikan cuti umum tersebut. Mana-mana hari lain boleh digantikan untuk satu atau lebih daripada enam cuti umum yang diwartakan iaitu yang diumumkan sebelum bermulanya setiap tahun kalendar. Pekerja layak untuk mengambil satu hari lain sebagai cuti bergaji bagi menggantikan satu cuti umum. Jika seorang pekerja tidak hadir tanpa sebab pada hari bekerja sebelum atau selepas cuti umum, pekerja itu tidak layak untuk mana-mana cuti bergaji untuk cuti tersebut dan cuti-cuti yang seterusnya. Seorang pekerja layak untuk cuti tahunan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.2. Mari kita merujuk kepada Jadual 9.2 untuk mengetahui jumlah hari cuti bergaji yang layak diterima oleh pekerja mengikut jangka masa yang ditetapkan. Jumlah Tahun Bekerja dengan Majikan yang Sama Setahun atau lebih tetapi kurang daripada dua tahun Dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun Jadual 9.2: Cuti Tahunan Cuti Tahunan yang Layak Diambil (Jumlah Hari) Lima tahun atau lebih 16 8 12

TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA 195 Jadual 9.3 membincangkan cuti pekerja dengan lebih lanjut. Seksyen Seksyen 60E (1) Jadual 9.3: Akta Pekerjaan 1955: Seksyen yang Melibatkan Cuti Pekerja Penerangan Jika seorang pekerja berhenti kerja dalam masa setahun, dia layak untuk mengambil cuti tahunan yang setara dengan jumlah bulan dia bekerja pada tahun itu. Seksyen 60E (2) Berpandukan permintaan majikan dan persetujuan bertulis daripada pekerja, jumlah atau sebahagian daripada cuti tahunan yang tidak diambil boleh digantikan dengan bayaran. Seksyen 60E (1B) Pekerja wanita akan menerima cuti tahunan tambahan sekiranya semasa dalam cuti tahunan, dia mengambil cuti bersalin. Seksyen 60E (1B) Seksyen 60E (2) Seksyen 60E (2A) Seksyen 60F (1)(1A) & (2) Seksyen 60F (1) (aa) & (bb) Seksyen 60F (3) Seorang pekerja akan mendapat cuti tambahan jika dalam cuti tahunan, dia mengambil cuti sakit. Majikan hanya boleh meluluskan cuti tahunan untuk pekerja selepas berakhirnya perkhidmatan yang berterusan selama 12 bulan. Pekerja mesti menggunakan baki cuti tahunan bagi keseluruhan atau sebahagian daripada tempoh notis yang diperlukan untuk peletakan jawatannya. Seorang pekerja layak untuk cuti sakit dalam situasi tertentu [(rujuk kepada Seksyen 60F (1) (1A) dan (2) dalam Akta Pekerjaan 1955)]. Jumlah cuti sakit berbayar yang layak dimohon oleh pekerja dalam tahun kalendar tersebut disediakan dalam Jadual 9.4. Jika pekerja itu masuk hospital, jumlah cuti sakit berbayar boleh ditambah sehingga menjadi 60 hari dalam satu tahun kalendar. Pekerja upah harian perlu dibayar dengan kadar bayaran biasa bagi setiap cuti sakit. Namun, pekerja yang menerima gaji bulanan akan menerima gaji tanpa sebarang potongan kerana cuti sakit. Pindaan dalam 1998 (rujuk kepada Akta Pekerjaan 1955) mengehadkan bayaran gaji bagi kadar gaji pokok dengan tujuan untuk menentukan kadar biasa ketika pekerja itu mengambil cuti sakit (Pekerja yang menerima gaji harian dibayar mengikut kadar output sahaja). Kelayakan cuti pekerja diringkaskan dalam Jadual 9.4.

196 TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA Jadual 9.4: Cuti Sakit Tempoh Perkhidmatan Kurang daripada dua tahun Dua tahun tetapi kurang daripada lima tahun Lima tahun dan lebih Jumlah Cuti Sakit yang Layak Dipohon dalam Satu Tahun Kalendar 14 hari 18 hari 22 hari Berdasarkan seksyen ini, kiraan untuk semua kadar bayaran bagi cuti sakit ialah: Kadar Bayaran untuk Cuti Sakit = Jumlah hari Kadar bayaran biasa (b) (c) Ketidakhadiran di Tempat Kerja Tanpa Bayaran Walaupun pekerja kurang upaya tidak dibayar gaji ketika mereka tidak bekerja, mereka dilindungi di bawah program faedah ketidakupayaan dan layak untuk perlindungan perubatan. Bayaran Pengimbangan Pendapatan dan Perbelanjaan Pembayaran Balik Secara umumnya, kebanyakan komponen dalam pampasan ini termasuk apa yang disebutkan tadi ialah tindak balas terhadap perubahan dalam situasi ekonomi dan tuntutan cukai. Komponen yang sering disumbangkan oleh majikan diterangkan dalam Jadual 9.5. Jadual 9.5: Komponen Sumbangan Majikan Sumbangan kebajikan Kaunseling Persiapan untuk cukai Subsidi pendidikan Pengambilan anak angkat Penjagaan anak Penjagaan warga emas Subsidi perkhidmatan makanan Program kesedaran fizikal dan kesihatan Pengangkutan pergi dan balik kerja Perbelanjaan perjalanan Elaun uniform Perbelanjaan penempatan semula Perumahan Perbelanjaan kecemasan

TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA 197 Akta Pekerjaan1955 dan Undang-undang Buruh Malaysia mempunyai banyak prosedur yang boleh digunakan sebagai garis panduan dan sumber rujukan untuk majikan dan pekerja berkaitan dengan faedah dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh majikan. Namun, prosedur ini dikemas kini dari semasa ke semasa. Oleh itu, majikan dan pekerja dinasihatkan untuk menghubungi Jabatan Buruh untuk mengikuti perkembangan semasa. Apabila organisasi membelanjakan sejumlah wang untuk program sebegini, pengecualian cukai akan diberikan kerana organisasi telah menyumbang kepada kebajikan pekerja. AKTIVITI 9.1 Program faedah dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh majikan sangat kompetitif pada masa kini. Berdasarkan perbincangan kita, mengapakah majikan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk program sedemikian? Mari kita menguji pemahaman anda tentang apa yang telah dibincangkan melalui latihan ini. LATIHAN 9.1 1. Terangkan maksud faedah dan perkhidmatan pekerja dalam konteks pengurusan pampasan. 2. Senaraikan pelbagai media yang boleh digunakan dalam program komunikasi. 9.4 FAEDAH FLEKSIBEL ATAU PELAN PAMPASAN Pelan faedah fleksibel membenarkan pekerja memilih faedah dan perkhidmatan hingga satu tahap. Sebelum majikan membenarkan pekerja membuat pilihan, majikan itu perlu mengenal pasti faedah dan perkhidmatan alternatif. Kemudian, dia mesti menentukan kos bagi setiap faedah dan perkhidmatan itu untuk menilai jika kos itu berada dalam lingkungan had untuk pakej yang akan ditawarkan kepada pekerja.

198 TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA Jumlah organisasi yang menawarkan faedah fleksibel meningkat setiap tahun. Secara umumnya, pelan pampasan atau faedah fleksibel memenuhi tiga matlamat penting. Matlamat berkenaan ialah asas kejayaan sesuatu program. Rajah 9.4 menggambarkan matlamat tersebut. Rajah 9.4: Tiga matlamat pelan pampasan AKTIVITI 9.2 Ketika anda memasuki sesuatu organisasi, adakah anda akan membincangkan tentang pelan pampasan atau faedah yang anda fikir anda layak menerima? Atau adakah anda hanya akan menerima faedah atau pelan pampasan yang dibuatkan untuk anda oleh jabatan sumber manusia? 9.4.1 Penghargaan Faedah oleh Pekerja Sesebuah organisasi dan para pengurusnya menghabiskan banyak masa dan wang untuk memperbaik program faedahnya. Namun, mereka selalunya tidak mengagihkan banyak masa untuk aktiviti komunikasi bagi memaklumkan para pekerja tentang usaha mereka dan kelebihan program tersebut. Salah satu yang boleh dilakukan oleh majikan untuk menolong pekerja lebih memahami dan menghargai usaha dan program faedah organisasi ialah membangunkan sistem cadangan pekerja yang menggalakkan pekerja memberikan pendapat tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu tugasan

TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA 199 dan apa yang pekerja inginkan dalam bentuk pampasan untuk sumbangan yang telah mereka diberikan. Hanya dengan melibatkan para pekerja mereka akan menyedari dan menghargai pertimbangan yang diambil oleh majikan mereka untuk memperbaiki kualiti hidup mereka. 9.4.2 Harapan dan Keutamaan Para Pekerja Oleh sebab majikan semakin berminat untuk mengenal pasti faedah dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pekerja mereka, banyak kajian perlu dijalankan untuk menilai sikap, harapan dan keutamaan para pekerja. Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, apabila melibatkan faedah dan perkhidmatan, para pekerja lebih berminat dalam perkara yang digambarkan dalam Rajah 9.5. Rajah 9.5: Harapan pekerja Kaedah yang lebih baik untuk menentukan minat pekerja ialah dengan menjalankan kajian keutamaan. Dalam subtopik berikut, kita akan membincangkan pembangunan pelan faedah fleksibel. Sebelum itu, mari kita membuat aktiviti berikut.

200 TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA AKTIVITI 9.3 Berdasarkan pemahaman anda tentang apa yang kita bincangkan tadi, buat satu perbandingan antara kepentingan majikan menyediakan pelbagai faedah dan perkhidmatan untuk pekerja mereka dan kepentingan majikan membuat pilihan bijak tentang faedah dan perkhidmatan. 9.4.3 Pembangunan Pelan Faedah Fleksibel Pertimbangan, perancangan dan perbincangan secara mendalam perlu dibuat sebelum pelan faedah fleksibel dapat dilaksanakan. Oleh itu, terdapat tiga kumpulan yang perlu melibatkan diri dalam pembangunan pelan faedah fleksibel seperti yang dihuraikan dalam Jadual 9.6. Jadual 9.6: Tiga Jenis Kumpulan yang Terlibat dalam Pembangunan Pelan Faedah Fleksibel Jenis Kumpulan Fungsi Pengurus Kanan Kumpulan ini membangunkan, membentuk dan memuktamadkan dasar pelan faedah fleksibel. Pakar Pampasan dan Pegawai Sumber Manusia Kumpulan ini menawarkan bimbingan dalam pembangunan pelan dan menolong untuk merangka dan membentuk pelan yang dapat membantu untuk mencapai objektif organisasi dan memenuhi keperluan pekerja. Pekerja Kumpulan ini memainkan peranan penting dalam membangunkan pelan faedah fleksibel. Pekerja bertanggungjawab untuk memberikan input awal tentang apa yang perlu ada dalam pelan faedah tersebut dan untuk membuat pilihan berkaitan faedah dan perkhidmatan yang disediakan oleh majikan. 9.4.4 Isu dalam Pembangunan Pelan Faedah Fleksibel Eksekutif kanan bertanggungjawab untuk memastikan nilai keseluruhan faedah dan meluluskan peratusan yang diagihkan untuk pilihan yang boleh dipilih dan yang tidak boleh dipilih. Dia juga perlu memutuskan jumlah komponen pilihan dan nilai wang yang melibatkan pilihan yang mungkin dibuat oleh pekerja.

TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA 201 Persoalan yang sering diutarakan dalam pelan faedah fleksibel ialah seperti berikut: (a) Adakah pelan itu mengambil kira perubahan skala gaji semasa dalam faedah tahunan? (b) Adakah pelan itu mengambil kira perubahan status perkahwinan atau bilangan ahli keluarga pekerja? (c) Adakah pelan itu mengambil kira perubahan dalam premium dan kos faedah? (d) Bilakah pekerja dibenarkan membuat perubahan kepada faedah ini? Mari kita menguji pemahaman anda tentang subtopik ini dengan membuat latihan berikutnya. LATIHAN 9.2 Kenyataan BENAR (B) atau PALSU (P) 1. Kajian menunjukkan bahawa pekerja amat menyedari dan boleh menilai faedah yang diberikan oleh majikan mereka dengan tepat. 2. Majikan perlu menyedari bahawa kepuasan kerja yang berkurangan beserta faedah yang diberikan ialah akibat perubahan jangka panjang di tempat kerja. 3. Kajian menunjukkan keutamaan yang dikaitkan oleh pekerja dengan faedah dipengaruhi oleh umur, peringkat gaji dan status perkahwinan. 4. Majikan biasanya mahukan pakej faedah yang memenuhi kesemua keperluan undang-undang. 5. Faedah pekerja ialah kos-berkesan kerana ada banyak faedah yang berasaskan kumpulan yang boleh dicapai pada peringkat yang rendah berbanding faedah yang diberikan oleh pekerja individu.

202 TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA Soalan Esei 1. Bincangkan tentang tiga objektif untuk program komunikasi yang efektif. 2. Terangkan tiga faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh organisasi dalam merangka pelan faedah atau pampasan. 3. Nyatakan empat objektif penting bagi pelan pampasan atau faedah fleksibel yang berfungsi sebagai rangka kerja untuk pembangunan program yang berjaya. Menurut Milkovich dan Newman (2004), faedah pekerja didefinisikan sebagai program yang menawarkan bentuk bayaran alternatif termasuk bayaran untuk waktu bukan bekerja (hari cuti, tugas juri, cuti tahunan dan lain-lain), perkhidmatan (kaunseling, perancangan kewangan, kafeteria dan lain-lain) dan perlindungan (perubatan, insurans nyawa, persaraan dan lainlain). Tujuh kategori faedah yang ditawarkan oleh majikan kepada pekerja ialah: Pendapatan berterusan untuk golongan pesakit dan orang kurang upaya (OKU); Pendapatan berterusan untuk golongan yang kehilangan pekerjaan; Pendapatan tertunda; Perlindungan insurans untuk suami atau isteri dan keluarga; Perlindungan kemalangan dan perubatan; Perlindungan aset dan liabiliti; dan Perkhidmatan dan faedah kumpulan khas (keistimewaan). Tiga komponen utama dalam perkhidmatan pekerja ialah: Bayaran untuk waktu bukan bekerja; Ketidakhadiran di tempat kerja tanpa bayaran; dan

TOPIK 9 FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA 203 Bayaran pengimbangan pendapatan dan perbelanjaan pembayaran balik. Pelan faedah fleksibel membenarkan pekerja memilih faedah dan perkhidmatan hingga ke tahap tertentu. Dalam mereka pelan faedah fleksibel, majikan perlu mengenal pasti terlebih dahulu faedah dan perkhidmatan alternatif. Kemudian, dia mesti menentukan kos setiap faedah dan perkhidmatan untuk menilai jika kos itu berada dalam lingkungan had untuk pakej yang ditawarkan kepada pekerja. Bayaran bukan waktu bekerja Pelan faedah fleksibel Perkhidmatan dan faedah pekerja